Artikel "Utama" Terkini
COVID-19 : Anak Felda Terharu Dengan Keprihatinan Wakil Rakyat
Oleh : Rizauddin Mohammad SabruKEMAMAN, 2 April - Penduduk di Felda Kerteh terharu dengan sumbangan 750 pek barangan keperluan harian yang disumbangkan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato' Dr Khairuddin Aman Razali semalam.Ismail Jusoh, 54, antara penduduk yang terkesan akibat penularan wabak covid-19, menyatakan rasa gembira apabila bantuan tersebut sampai tepat pada waktunya.Katanya, dia bersyukur kerana pemberian itu membantu meringankan beban keluarganya disebabkan beliau hanya bekerja kampung."Saya ada keluarga untuk dijaga dan diberi makan, wabak yang sedang merebak ini membuatkan saya tak boleh pergi kerja berikutan arahan kerajaan untuk terus tinggal di rumah."Tetapi alhamdulillah, saya nak ucapkan terima kasih kepada para wakil rakyat yang sudi menghulurkan bantuan disaat kami kesempitan," ujarnya ketika ditemui pemberita.Sementara itu, Zahidah Kasim, 46, dari Felda Kerteh 6 pula berkata, pendapatannya terjejas teruk selepas lebih dua minggu kurang menjual kuih."Malah, saya kini bergantung kepada wang simpanan untuk teruskan kehidupan. Tetapi dengan adanya bantuan ini, saya boleh kurangkan kos perbelanjaan harian dan kami semua sangat gembira," luahnya.Dalam pada itu, Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli yang hadir dalam majlis penyerahan tersebut berkata, sumbangan berkenaan menjadi bukti kecaknaan terhadap rakyat.Di samping memberi mereka sedikit ruang hidup dengan selesa selepas hilang sumber pencarian akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)."Apa yang perlu kita tumpukan perhatiaan sekarang hanyalah keadaan rakyat. Oleh kerana itu, sumbangan akan terus disalurkan dari masa ke masa. Kami tidak mahu ada yang tertinggal dalam menerima sumbangan," katanya.Segala proses penyerahan barangan keperluan tersebut telah disempurnakan oleh badan bukan kerajaan (NGO) Generasi untuk diagih kepada orang ramai.
02 Apr 20
60
COVID-19 : DUN Tepoh Agih 4,216 Pek Barangan Keperluan
Oleh : Zulkifli MatKUALA NERUS, 2 April - Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh telah selesai mengagihkan 4,216 pek barangan harian kepada sebahagian besar penduduk di kawasan terbabit.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim berkata, agihan melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) menyasarkan penduduk yang terjejas pendapatan harian."Melalui itu, PKM dan badan bukan kerajaan (NGO) Tepoh Care mengeluarkan sejumlah 2,003 kit bekalan makanan manakala PKM Kuala Nerus mengeluarkan sebanyak 1,306 dan sumbangan pihak luar sebanyak 907."Rekod ini hanya agihan melalui pihak MPKK. Manakala sumbangan terus individu perseorangan, NGO dan sebagainya secara langsung kepada penduduk tidak direkodkan oleh pihak kami," katanya dalam satu kenyataan semalam.Menurut beliau, dalam situasi semasa ini, pihaknya akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan semua rakyat berhak mendapat bantuan bekalan makanan kesan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)."Insya-Allah, jika ada yang masih terlepas pandang dalam situasi ini, pihak MPKK dan PKM DUN Tepoh sentiasa terbuka untuk menerima maklumat dan memproses aduan tersebut sebaik mungkin," katanya.Tambah beliau, barangan keperluan makanan yang diedarkan melalui penyelarasan bersama pihak MPKK adalah bersumberkan kerajaan negeri."Saya juga mengambil kesempatan untuk menasihatkan semua rakyat terutamanya di kawasan DUN tepoh agar berdisiplin bagi memastikan baki PKP dua minggu ini mampu memutuskan rantaian COVID-19," nasihatnya.
02 Apr 20
136
Kerajaan Negeri Alu-Alukan Sumbangan Untuk Tabung Bantuan Covid-19 Terengganu
Penyerahan sumbangan cek oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak kepada Menteri BesarKUALA TERENGGANU, 2 April - Kerajaan negeri masih lagi membuka peluang kepada mana-mana pihak untuk memberikan sumbangan mereka untuk Tabung Bantuan COVID-19 Terengganu bagi membantu golongan yang terjejas akibat penularan wabak berkenaan.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata beliau berharap ada sumbangan daripada semua pihak sama ada pihak individu ataupun syarikat-syarikat dan penderma-penderma lain untuk menyumbang dan akan digunakan untuk COVID-19."Sumbangan ini akan digunakan sama ada untuk kelengkapan, kegunaan para frontliner (barisan hadapan) ataupun kepada mereka yang memerlukan termasuklah masyarakat yang terkesan dengan virus ini."Jadi , buat masa ini kita masih mengumpulkan dana dahulu dan kita akan tengoklah nanti bagaimana cara penggunaan. Tapi mana yang berkait dengan penggunaan peralatan kesihatan yang diperlukan oleh frontliner itu, kita akan terus gunakan untuk perkara sedemikian,"ujarnya.Penyerahan sumbangan dari wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada Menteri BesarBeliau berkata demikian kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas penyampaian cek oleh oleh Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak, dalam satu majlis ringkas di Kediaman Seri Iman.Terdahulu, Terengganu Incorporated salah sebuah anak syarikat kerajaan negeri menyumbang RM1 juta kepada Tabung Bantuan COVID-19 Terengganu.Dalam pada masa yang sama, Tenaga Nasional turut menyumbang RM1juta termasuk syarikat yang menjalankan pembinaan loji air di negeri , Konsortium KAJV Sdn Bhd yang memberi sumbangan sebanyak RM500 ribu untuk Tabung COVID-19.Penyerahan sumbangan cek dari Konsortium KAJV Sdn Bhd kepada Menteri BesarSementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak, menyokong inisiatif kerajaan negeri mewujudkan Tabung Bantuan COVID-19 dan berharap sumbangan itu akan dapat membantu golongan yang memerlukan dalam tempoh yang mencabar ini."Sumbangan sangat bermakana terutamanya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada 18 Mac telah dilanjutkan kepada 14 April 2020 dalam usaha membendung virus pandemik itu,"ujar beliau.
01 Apr 20
159
COVID-19: Agihan Bantuan Perlu Adil, Jangan Pilih Kasih-MB
Pengerusi MPKK KG Losong Masjid Kuala Terengganu, Wan Musa Wan Endut menyampaikan bantuan makanan kpd warga emas, Nong AliKUALA TERENGGANU, 2 April-Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan bahagian pelaksana diseru supaya bertindak dengan adil dalam proses pengagihan bantuan COVID-19 kepada golongan yang terkesan.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata bantuan perlu diberikan kepada golongan yang memerlukan pada waktu ini."Saya sebenarnya, pada peringkat awal lagi saya telah menyeru kepada semua pihak termasuklah bahagian pelaksana, MPKK dan sebagainya supaya kita harus bertindak dengan adil."Kita ada pelbagai kategori dalam masyarakat yang memerlukan bantuan tidak mengira dari parti mana, daripada latar belakang mereka sebagaimana virus ini juga tidak kenal dari parti mana, daripada org mana, bangsa mana, agama mana, semua itu tidak kenal."Jadi, begitulah juga kita, semua pihak terutama yang menyampaikan bantuan ini tidak boleh sesekali pilih kasih dan haruslah bertindak adil,"ujarnya.Beliau berkata demikian kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI)selepas penyampaian cek sumbangan kepada Tabung Bantuan COVID-19 oleh Terengganu Inc, Konsortium KAJV Sdn Bhd dan Tenaga Nasional Berhad di Seri Iman, hari ini.Tambahnya lagi, mereka yang perlu diberi bantuan tanpa mengira apa latar belakang, warna kulit, agama dan sebagainya."Ini adalah perkara asas yang sangat penting yang kita kena tunjukkan, perbezaan kita di negeri Terengganu ini berbanding dgn negeri-negeri yang lain ataupun di tempat-tempat yang lain diseluruh dunia,"katanya.
01 Apr 20
479
COVID-19: Terengganu Tingkat Usaha Kekang Penularan Melalui PKP Fasa Dua
KUALA TERENGGANU, 2 April - Kerajaan negeri dengan kerjasama semua pihak dan agensi-agensi barisan hadapan (frontliner) akan memastikan suasana kes COVID-19 di Terengganu lebih terkawal dan dengan pelaksanaan baru Perintah kawalan Pergerakan(PKP) fasa dua ini.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pihaknya mahu Terengganu kekal dalam keadaan yang terkawal dan tidak ada kes-kes terpencil yang menyebabkan tindakan yang lebih drastik terpaksa ambil.Jelasnya, pihak kerajaan negeri dengan kerjasama Menteri Kesihatan dan agensi-agensi pelaksana 'enforcement' seperti polis, tentera, dan lain-lain seperti RELA dan lain-lain akademi sedang berusaha dengan gigih untuk memastikan Terengganu dalam keadaan terkawal."Jadi buat masa ini, kita harap semua pihak mengambil perhatian yang serius."Mana-mana yang tidak perlu keluar daripada rumah mereka itu, haruslah berada di rumah dan tentunya kita faham bahawa ada persoalan-persoalan psikologi apabila berkurung dlm tempoh yg begitu lama, stress, ruang yang sempit dan sebagainya, jadi masing-masing kena ambil pendekatan sesama ahli keluarga," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI)selepas penyampaian cek sumbangan kepada Tabung Bantuan COVID-19 oleh Terengganu Inc, Konsortium KAJV Sdn Bhd dan Tenaga Nasional Berhad di Seri Iman, hari ini.Justeru itu katanya, pastikan emosi terkawal, pastikan gunakan masa ini untuk menjalankan ibadah dan sebagainya dalam keadaan terkawal semuanya."InsyaAllah kita akan sama-sama menghadapi perkara ini sebagai satu pasukan rakyat negeri Terengganu."Dan kepada semua barisan hadapan, seluruh rakyat negeri Terengganu berdoa supaya mereka kuat semangat, mengikut semua prosedur, kita berdoa mereka dapat menghadapi tugas mereka dengan baik tanpa sebarang risiko-risiko yang boleh memberi keburukan kepada mereka," ujarnya.
01 Apr 20
54
Kilang Padi Termoden Di Malaysia Beroperasi Hujung April Ini
Dr Azman Ibrahim.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 2 April – Sebuah kilang padi termoden bernilai RM25 juta yang telah siap dibina di daerah ini akan mula beroperasi pada hujung April nanti.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, Konsortium Kilang Padi PP Terengganu yang berada di bawah selian Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) itu mempunyai kemampuan untuk menjalankan pemprosesan padi sehingga 400 tan metrik sehari.Katanya, ia sekali gus dapat menyelesaikan masalah kekurangan kilang padi yang membelenggu pesawah di negeri Terengganu selama ini."Kilang ini terletak di Kampung Dalam Oh, Jabi. Saya dimaklumkan bahawa, ini adalah antara kilang padi dengan penggunaan teknologi termoden."Sebelum ini, masalah kilang padi yang tidak dapat menampung keperluan pengeluaran setempat menyebabkan padi dari Terengganu terpaksa dihantar ke Kedah untuk diproses."Ia melibatkan kos tambahan dari segi pengangkutan dan logistik,’’ katanya dalam satu kenyataan, semalam. Tambah Dr Azman, beliau mewakili kerajaan negeri terharu dengan usaha dan peranan yang dimainkan kerajaan Persekutuan."Bagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu, saya merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta LPP atas usaha bagi memajukan lagi industri padi beras di Terengganu," ujarnya.
01 Apr 20
1287
COVID-19 : 1,200 Buah Keluarga Terima Ikan Segar
Oleh : Mustaqim AfandiBESUT, 1 April - Sebanyak 1,200 buah keluarga menerima sumbangan ikan selayang dan cencaru di sekitar DUN Kota Putera yang hilang punca pendapatan dan terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, pemberian tersebut bukanlah secara keseluruhan setiap rumah dalam setiap kampung."Ini adalah bantuan kecil yang dapat disampaikan buat penduduk secara berkala.“Saya akan berusaha sedaya upaya bagi membantu masyarakat yang memerlukan dan berharap dengan sumbangan ikan-ikan segar ini, mereka yang terjejas dapat mempelbagaikan menu masakan," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas mengagihkan ikan kepada 37 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk dibahagikan secara rawak kepada 30 orang penduduk di sini, pada semalam.Menurutnya, ia merupakan inisiatif Pusat Khidmat DUN Kota Putera hasil daripada sumbangan orang ramai yang prihatin dikumpulkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. "Diharapkan dengan adanya bantuan ini dapat mengurangkan bebanan mereka yang turut terjejas untuk keluar mencari rezeki. "In shaa Allah kita akan terus berusaha bagi meringankan beban rakyat di DUN Kota Putera,” tambah beliau.
01 Apr 20
64
COVID 19 : Tidak Perlu Hadir Ke Pejabat Untuk Ambil Bantuan
Oleh : Norekwan MamatBESUT, 1 April - Penduduk yang tinggal di sekitar Hulu Besut tidak perlu ke datang pejabat untuk mengambil bantuan sebaliknya kekal tinggal di rumah masing-masing.Pegawai Penyelaras DUN Hulu Besut Ustaz Mat Daik Mohamad berkata, bantuan tersebut akan diagihkan melalui Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) masing-masing.“Sebanyak 600 bungkusan keperluan asas berupa beras, gandum, gula dan jenis-jenis lain diberikan kepada MPKK untuk disalurkan kepada golongan yang terjejas “Inisiatif itu bagi meringankan beban penduduk yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program tersebut, di sini, pada Isnin, 30 Mac.Menurutnya, setiap MPKK akan mendapat sebanyak 17 bungkusan keperluan asas untuk dibahagikan kepada penduduk kampung masing-masing yang layak menerima.“Saya berharap agar sumbangan ini dapat mengurangkan sedikit sebanyak kegusaran yang melanda rakyat akibat daripada Covid-19."Saya juga amat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat kerana telah bertungkus lumus dalam menyiapkan bantuan keperluan asas kepada penduduk kampung,” ujarnya.Justeru itu, beliau menyeru dan memohon kepada semua rakyat di negeri Terengganu khususnya dapat bertenang, mengamalkan kebersihan dan mematuhi perintah kerajaan supaya terus berada di rumah bagi mengelakkan penularan virus maut ini.
01 Apr 20
40
COVID-19 : RM400 Ribu Nilai Tangguhan Sewaan Premis Terengganu
Mohd Nurkhuzaini Abdul Rahman.KUALA TERENGGANU, 1 April - Kerajaan Terengganu menanggung kos sebanyak RM463,340 susulan langkah penangguhan bayaran sewa bulanan bagi premis-premis perniagaan di bawah seliaan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu bagi bulan April dan Mei 2020.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Abdul Rahman mengesahkan perkara tersebut melalui Pakej Rangsangan Terengganu Cakna fasa dua yang diumumkan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, baru-baru ini.Terdahulu, kerajaan negeri mengumumkan beberapa lagi inisiatif bagi menjaga kebajikan rakyat Terengganu khususnya golongan yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April ini bagi membendung penularan wabak COVID-19.Menurut Nurkhuzaini, beliau sangat berterima kasih kepada YAB (Yang Amat Berhormat) Menteri Besar di atas langkah yang diambil tersebut."Kita merasakan ini adalah langkah yang sangat baik yang diambil oleh kerajaan negeri untuk meringankan beban usahawan-usahawan, peniaga-peniaga dan penjaja-penjaja kecil kita ke atas sewaan-sewaan premis ini dalam tempoh PKP."Ianya kerana sepanjang tempoh kawalan ini, sudah pasti akan menjejaskan teruk peniaga-peniaga kecil kita, jadi langkah menangguhkan bayaran itu sangat sesuai dengan keadaan semasa," katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini.Tambahnya, beliau mengharapkan agar para usahawan dan peniaga yang menyewa premis-premis berkenaan menerima langkah kerajaan dengan penuh kesyukuran."Kerana dalam keadaan ketika ini menggambarkan kerajaan negeri merasa denyut nadi rakyat khususnya denyut nadi peniaga-peniaga kita yang terjejas akibat wabak COVID-19," jelasnya.
31 Mar 20
40
COVID-19 : Pelawat Tidak Dibenarkan Ke Zon Operasi TDM Terengganu
Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dalam tinjauannya ke Akademi TDM, Sungai Tong, Setiu, baru-baru ini.KUALA TERENGGANU, 1 April - Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali memuji usaha Kumpulan TDM Berhad tidak membenarkan pelawat dalam zon operasi anak syarikat Kerajaan Terengganu tersebut dalam tinjauannya di sini baru-baru ini.Beliau sendiri turun padang dalam usaha memastikan industri minyak sawit terutamanya ladang dan kilang beroperasi dengan lancar semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April ini.Kumpulan TDM Berhad menerima kunjungan dari Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali bertempat di Akademi TDM, Sungai Tong, Setiu, Terengganu selain lawatan beliau ke Kilang Kelapa Sawit Sungai Tong dan pertemuan dengan pekerja dalam bilangan yang dihadkan selaras dengan pelaksanaan PKP.Ketua Pegawai Eksekutif TDM Plantation Sdn Bhd, Jailaini Che Kar berkata, TDM berusaha memastikan ladang dan kilang dikendalikan berdasarkan protokol-protokol yang telah ditetapkan di bawah PKP bagi mencegah virus COVID-19 yang sedang merebak dengan meluas."Untuk membanteras pandemik ini dan mematuhi PKP, kami memantau pergerakan pekerja ladang dan kilang. Kakitangan dan pekerja tidak dibenarkan meninggalkan zon operasi. Bagi mereka yang telah meninggalkan dan kembali semula, mereka akan dikuarantin selama 14 hari. Mereka diletakkan di kawasan khas untuk mengelakkan hubungan interaksi dengan orang lain."Di samping itu, pelawat tidak dibenarkan masuk ke zon operasi. Dalam situasi terhad, pelawat yang telah diperiksa tahap kesihatan mereka akan dibenarkan memasuki zon operasi tetapi mereka akan dikuarantin selama 14 hari," katanya dalam satu kenyataan media, baru-baru ini.Tambahnya, bagi pekerja yang tinggal di luar zon operasi, mereka akan bekerja di kawasantertentu dan tidak akan digabungkan dengan mereka yang tinggal di dalam zon operasi."Kami telah membuat beberapa pengaturan bagi memastikan bekalan makanan mencukupi. Kesemua bekalan akan dibawa secara sistematik ke zon operasi ladang dan kilang. Interaksi dengan pembekal akan dihadkan selepas meneliti status kesihatan mereka."Bagi membantu kerajaan dalam mencegah penularan penyakit ini, syarikat Kumpulan TDMB yang terdiri daripada syarikat perladangan, yang juga merupakan anggota Malaysian Palm Oil Association, serta syarikat penjagaan kesihatan, telah membuat sumbangan dalam bentuk topeng muka, termometer dan pembersih tangan kepada YBM (Yang Berhormat Menteri)."Sumbangan ini secara tidak langsung membantu YBM untuk membantu meringankan beban orang ramai terutamanya dalam mencegah dan meminimumkan risiko virus COVID-19 dari terus merebak," jelasnya.
31 Mar 20
300