Artikel "Utama" Terkini
COVID-19 : Semua Pasar Di Terengganu Ditutup 10 April Untuk Disinfeksi
Dr Alias.KUALA TERENGGANU, 6 April - Pasar awam dan pasar borong di seluruh Terengganu akan ditutup pada 10 April ini bagi membolehkan operasi disinfeksi dijalankan.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, operasi terbabit akan dijalankan pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu."Jadi kita memohon supaya semua rakyat di negeri ini yang ingin membeli barang keperluan untuk membuat persiapan awal bagi mengelak sebarang kesulitan."Pada hari itu hampir kesemua pasar akan ditutup bagi membolehkan proses disinfeksi atau nyahcemar dijalankan," katanya ketika dihubungi media hari ini.Mengulas lanjut, Dr Alias memaklumkan tarikh berkenaan dipilih kerana trend pembelian masyarakat yang tinggi pada hari Jumaat."Pemerhatian dalam tempoh tiga minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, masyarakat di Terengganu gemar keluar beramai-ramai untuk mencari keperluan pada hari Jumaat."Sehubungan dengan itu, hari itu dipilih bagi mengelak individu yang ramai keluar dan berada di satu-satu lokasi dalam masa tersebut sekali gus dapat mengekang risiko penularan wabak COVID-19," katanya.Katanya, beliau berharap rakyat Terengganu tidak berasa panik dengan perubahan itu kerana ia hanya bersifat sementara.Antara pasar utama yang terlibat ialah Pasar Kedai Payang 2, Pasar Borong Gong Pauh, Pasar Cabang Tiga, Pasar Manir, Pasar Bukit Besar, Pasar Permint Jaya Chendering, Pasar Kampung Laut dan Pasar Kedai Buluh."Selain itu, Pasar Gelugor, Pasar Kepung, Pasar Bukit Tunggal, Pasar Batu Enam, Pasar Teluk Ketapang, Pasar Wakaf Tengah dan Pasar Maras yang berada di bawah Majlis Bandaraya Kuala Terengganu turut ditutup."Sebagai pemakluman juga semua pasar di bawah Majlis Daerah Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu, Marang, Besut dan Setiu turut ditutup," tambah beliau.
05 Apr 20
166
COVID-19 : Kakitangan Pembersihan Dan Pegawai Keselamatan Adalah Barisan Hadapan
Oleh : Rohayati RipinKUALA TERENGGANU, 5 April - Kakitangan dan petugas kebersihan serta pengawal keselamatan juga merupakan barisan hadapan yang terpaksa keluar setiap hari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato' Yahaya Ali berkata, mereka mengorbankan masa dan tenaga menghadapi ujian berat demi tugas, menyediakan keselesaan serta menjaga harta benda kerajaan negeri."Saya sangat prihatin terhadap kelompok penting yang kurang diambil perhatian ini.Saya mengambil inisiatif memberi sedikit sumbangan kepada mereka yang bertugas dalam tempoh ini," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini.Menurutnya, orang ramai tidak ada pilihan bagi membendung penularan wabak Covid 19 yg melibatkan makin ramai yang telah meninggal dunia melainkan dgn mematuhi arahan dari kerajaan (PKP)."Kita tidak boleh bersikap mementingkan diri sendiri yang menyebabkan nyawa org lain turut terancam."Sebaik-baik tindakan ialah tidak kemana-mana melainkan duduk di rumah bersama keluarga dgn pelbagai pengisian berbentuk kekeluargaan," tambah beliau.
05 Apr 20
374
COVID-19 : 274 Pelajar Tahfiz Bebas Wabak Dihantar Pulang
Para pelajar menaiki bas yang disediakan kerajaan negeri untuk pulang ke rumah.KUALA TERENGGANU, 5 April - Seramai 274 pelajar Madrasatul Quran, Kubang Bujuk, di sini yang disahkan bebas COVID-19 dihantar pulang ke rumah masing-masing selepas dikuarantin selama dua minggu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri menyediakan enam buah bas dan tiga van bagi menghantar semua pelajar yang berada di luar Terengganu untuk pulang ke kediaman masing-masing."Manakala bagi pelajar yang dari daerah Kuala Terengganu, kita jemput ibu bapa mereka untuk datang ke madrasah bagi mengambil anak mereka," katanya sebagaimana dilapor Sinar Harian.Mengulas lanjut, Ariffin memaklumkan, terdapat beberapa lagi pelajar yang sedang menunggu surat pengesahan daripada pihak kesihatan sebelum mereka dibenar pulang.Ujarnya, kesemua pelajar terbabit sedang berada tempoh bercuti selama dua bulan sehingga Aidilfitri."Sebab itu mereka semua dihantar pulang ke rumah masing-masing selepas tamat tempoh kuarantin, namun tempoh bercuti itu bergantung kepada keadaan semasa."Kesemua mereka ini adalah yang bebas saringan dan telah melalui proses kuarantin," tambah beliau.
05 Apr 20
59
COVID-19 : Kedai Makanan Ternakan Seluruh Terengganu Dibuka Dua Kali Seminggu
Dr Azman.KUALA TERENGGANU, 5 April - Premis perniagaan makanan ternakan di seluruh Terengganu hanya dibenar beroperasi dua hari seminggu di sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) fasa dua.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, kedai terbabit dibenarkan beroperasi pada hari Isnin dan Khamis bermula pada jam 7 pagi hingga 2 petang."Pelanggan dilarang berkumpul di dalam kedai. Pemilik premis perlu memasang tali rentang untuk pelanggan beratur di luar kedai atau apa-apa kaedah yang bersesuaian."Pematuhan garis panduan PKP yang lain adalah dituntut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Tambah beliau, keputusan itu dibuat bagi meminimakan pergerakan untuk mencegah penularan wabak COVID-19."Kejayaan atau kegagalan PKP bergantung kepada disiplin kita bersama," jelasnya.
05 Apr 20
84
COVID-19 : 'Ibu Bapa Pelajar Luar Negara Jangan Bimbang' - Satiful Bahari
Satiful Bahari.KUALA TERENGGANU, 5 April - Ibu bapa kepada sekitar 1,262 pelajar Terengganu yang berada di luar negara dinasihatkan agar tidak bimbang dengan keadaan anak masing-masing di sana.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, penuntut diMesir adalah yang tertinggi iaitu 500 orang, diikuti Indonesia 200, Jordan 170, Turki 122, United Kingdom (Ireland) 100, Sudan 70, Arab Saudi 50, Jerman 30 dan Yaman 20.Katanya, kerajaan negeri sedang meneliti keadaan pelajar-pelajar di negara lain dan akan memastikan kesemua penuntut terbabit dijaga dengan baik termasuk kebajikan mereka."Baru-baru ini, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah memperuntukan RM100,000 untuk pelajar di Jordan dan Mesir."Pada 19 Mac sebelum ini, pihak Yayasan Terengganu (YT) turut memberikan peruntukan khas (kecemasan) berjumlah RM65,000 kepada penuntut di Mesir, justeru para ibu bapa tidak perlu khuatir tentang keadaan mereka di luar Malaysia," katanya ketika dihubungi media hari ini.Di samping itu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelmarin memaklumkan, kerajaan melalui agensi penaja akan menampung sepenuhnya kos penginapan dan makanan pelajar Malaysia yang tamat pengajian tetapi terkandas di luar negara."Bagi memastikan kebajikan pelajar terpelihara, penaja pelajar berkenaan bersetuju untuk menanggung semua kos meliputi sewa rumah, makan minum dan sebagainya di negara masing-masing," jelasnya.Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia, Abu Umair Mohd Yusof berkata, seramai 48 pelajar yang menuntut di Universiti Islam Ar-Raniry, Aceh sudah dibawa pulang ke Malaysia dan sedang dikuarantin di Cyberjaya."Manakala 23 orang lagi pelajar di Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau sedang dikuarantin di Desaru, Johor Bharu," tambah beliau.
05 Apr 20
424
COVID-19: Kempen 'Time For Al-Quran', Galak Masyarakat Jadikan Al-Quran Rutin Kehidupan
KUALA TERENGGANU, 4 April- Akademi DIDIK ULAMA Amilin Terengganu (DUAT) menganjurkan kempen 'Time For Al-Quran', Satu Hari Satu Juzuk bermula 1 hingga 30 April ini.Ia susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu dan dilanjutkan sehingga 14 April ini, dimana orang ramai digalakkan manfaatkan tempoh tersebut dengan aktiviti yang berfaedah.Pengarah DUAT, Ramlan Mahmood berkata, kempen munajat dan khatam al-Quran 30 juzuk itu menyasarkan seluruh masyarakat khususnya warga Terengganu yang melibatkan setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini."Objektif kita adakan program ini adalah untuk mengajak orang ramai bersama-sama munajat mohon kepada Allah dengan menjadikan al-Quran sebagai rutin kehidupan selaras keharmonian dan kesejahteraan dunia dan akhirat," ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.Menurut beliau, bacaan surah untuk setiap hari boleh dirujuk mengikut jadual yang dikeluarkan dari semasa ke semasa melalui Page rasmi Akademi DUAT."Bacaan satu hari satu juzuk akan merangkumi lapan daerah di negeri ini," ujarnya.
04 Apr 20
439
COVID-19 : Tempoh Permohonan Anugerah Pingat Emas, Hadiah Kecemerlangan Terengganu Dilanjutkan
Satiful Bahari.KUALA TERENGGANU, 3 April - Tempoh permohonan Anugerah Pingat Emas dan Hadiah Kecemerlangan untuk pelajar Sijil Pelajaran (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2019 dilanjutkan ke 20 April ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, langkah itu diambil berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan menghadkan aktiviti orang ramai."Permohonan untuk pelajar yang layak masih lagi dibuka dan dilanjutkan supaya setiap pelajar cemerlang mempunyai masa untuk melengkapkan sebarang dokumen."Kita juga tidak mahu ada pelajar yang layak tercicir ekoran PKP yang membataskan pergerakan mereka," katanya ketika dihubungi media hari ini.Sementara itu, ekoran wabak COVID-19, Pengarah Yayasan Terengganu, Ishamuddin Hashim memaklumkan, insentif Anugerah Sarjana Terengganu untuk 204 graduan Terengganu yang cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda (sepenuh masa) dengan keputusan Kepujian Kelas Pertama telah selesai dibayar secara atas talian pada 23 Mac lalu."Iaitu mereka dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.75 atau 80 peratus ke atas daripada keseluruhan peperiksaan tanpa mengira bidang pengajian dari dalam dan luar negara," ujarnya.Katanya lagi, insentif bernilai RM4,000 diberikan kepada 26 graduan Bidang Ikhtisas seperti bidang Kejuruteraan, Perubatan, Perakaunan dan lain-lain.Manakala 178 graduan Bidang Bukan Ikhtisas seperti bidang Pendidikan, Pengajian Islam, Bahasa dan lain-lain pula diberikan insentif sebanyak RM2,000."Ia menjadikan jumlah keseluruhan yang kita peruntukan untuk graduan kelas pertama ijazah Sarjana Muda 2019 adalah RM460,000," tambah beliau.
03 Apr 20
314
COVID-19 : Terengganu Sumbang RM50,000 Untuk Perantau
Setiausaha Akhbar Menteri Besar menyampaikan sumbangan kepada wakil PERANTAU.KUALA TERENGGANU, 3 April - Kerajaan Terengganu memperuntukan bantuan sebanyak RM50,000 untuk diagihkan kepada anak Terengganu di luar negeri yang terjejas akibat wabak COVID-19.Setiausaha Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU), Dr 'Awasi Mohamad berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) utama bagi memastikan bantuan tersebut sampai kepada golongan sasar."Kita sedang mengumpul data dan bilangan keluarga yang benar-benar terkesan dalam situasi ini."Insya-Allah sekiranya semua berjalan lancar, bantuan dianggar dapat disalurkan pada minggu depan," katanya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) semalam.Mengulas lanjut, beliau berkata, keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang hilang pendapatan akibat diberhentikan, hilang gaji harian dan tidak dapat bekerja atau berniaga."Keluarga yang positif atau pesakit dalam siasatan COVID-19 (PUI) dan juga ibu tunggal yang mempunyai anak-anak kecil tidak akan dilupakan."Pengumpulan maklumat akan dibuat secara berpusat sebelum diagihkan kepada negeri-negeri mengikut bilangan keluarga yang terjejas," jelas beliau.Katanya lagi, beliau menghargai keprihatinan kerajaan negeri dalam membantu rakyat di perantauan yang sedang mengalami kesukaran untuk meneruskan hidup."Sekurang-kurangnya bantuan ini dapat meringankan beban rakyat yang terhimpit."Diharapkan juga peruntukan dapat digandakan lagi memandangkan PERANTAU menjangkakan lebih ramai rakyat yg terkesan akibat daripada lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini," tambah beliau.
02 Apr 20
69
COVID-19 : MAIDAM Umum Lapan Insentif Untuk Rakyat Terengganu
KUALA TERENGGANU, 2 April - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mengumumkan lapan insentif bagi meringankan beban rakyat di negeri itu yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19 dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Menurut kenyataan itu semalam, selain bantuan sebanyak RM86,000 untuk Petugas Hadapan COVID-19 , Dana Ramadan sebanyak RM11 juta kepada 23,000 asnaf turut disalur dan diawalkan pembayaran.Yang Dipertua MAIDAM, Dato' Osman Muda berkata, pengagihan untuk fakir miskin dilakukan lebih awal sebagai mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April depan.“Bantuan itu sepatutnya diagihkan pada minggu pertama Ramadan yang dijangka pada 24 April depan.“Tetapi kita memutuskan membuat bayaran awal bagi meringankan beban golongan itu yang terpaksa mematuhi perintah PKP,” katanya sebagaimana dilaporkan Harian Metro baru-baru ini.Selain itu, antara insentif lain yang boleh meringankan beban masyarakat ialah Bantuan Bulanan dan Sara Hidup Asnaf, ia telah diberi pada 18 Mac lalu dengan sebanyak RM3,352,600."Termasuk RM2,655,100 Bantuan Sara Hidup fasa kedua disegerakan melibatkan 1,578 asnaf setakat yang diluluskan pada 26 Mac 2020."Kemudian, RM500 bantuan kepada keluarga mangsa positif COVID-19. Seramai 39 orang (bagi fasa pertama) dan keseluruhan berjumlah RM19,500.00."Dan RM50,000 bantuan khas COVID-19 Kepada pelajar di Jordan dan Mesir. Keseluruhan berjumlah RM100,000," jelas kenyataan itu.Di samping itu, bantuan makanan berjumlah RM12,150 kepada 81 penerima di Perumahan Asnaf melibatkan Perumahan Asnaf Banggol Peradong (Kuala Terengganu), Perumahan Mak Chili (Kemaman) dan Perumahan Padang Nenas (Kuala Nerus).Kata kenyataan itu lagi, MAIDAM memperuntukan RM5,000 sebagai keperluan Rumah Orang Tua melibatkan Rumah Sejahtera Taman Bahagia Bukit Payong, Rumah Ehsan Dungun (AMBS), Pusat Jagaan Kanak-Kanak Terencat Akal, Padang Midin dan Rumah Anak Yatim Darul Hilmi, Seberang Takir."Keseluruhan dana tersebut berjumlah RM20,000 bagi mengurangkan kesusahan yang dihadapi mereka sepanjang wabak ini berlaku," tambahnya.
02 Apr 20
823
Abdul Hadi Dilantik Sebagai Duta Khas Ke Timur Tengah - PM
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.KUALA LUMPUR, 2 April - Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah hari ini.Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan rasmi hari ini berkata, pelantikan bertaraf Menteri itu dibuat selaras dengan pengalaman luas di peringkat global yang dimiliki Presiden PAS terbabit."Abdul Hadi merupakan bekas Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS)."Beliau pernah menjadi Menteri Besar Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004," jelasnya kenyataan itu.Menurut Perdana Menteri lagi, kecemerlangan dalam bidang akademik juga menjadi faktor Abdul Hadi dipilih."Selain itu, beliau merupakan pemegang ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan ijazah Sarjana dari Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir dalam bidang Sains Politik."Di samping tersenarai sebagai antara 500 Muslim berpengaruh di dunia bagi kategori Pendakwah dan Pembimbing Rohani oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpusat di Jordan pada tahun 2016," jelas kenyataan itu.
02 Apr 20
329