Artikel "Utama" Terkini
COVID-19 : MOSTI Usaha Pastikan Pandemik Mampu Ditangani
Ahmad Amzad.KUALA TERENGGANU, 1 April- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan terus memastikan usaha menangani pandemik COVID-19 oleh kerajaan berjaya dilakukan secepat mungkin.Timbalan Menteri MOSTI, Ahmad Amzad Hashim melalui satu hantaran di laman Facebooknya menyatakan, pihaknya terus berperanan membantu setiap kementerian dan agensi yang berkepentingan untuk mengatasi masalah berkenaan."MOSTI semestinya akan menjadi tumpuan bagi segala usaha penyelidikan saintifik berhubung pandemik wabak Covid-19 ini dan menyelaraskan usaha di peringkat nasional dengan pelbagai kerjasama strategik rentas kementerian."Kita juga melihat beberapa perkara yang perlu disegerakan termasuk menggerakkan industri tempatan, menyegerakan proses bagi sumber - sumber yang diperlukan oleh pihak industri, digitalisasi, 'autonomous robotic', peralatan perubatan dan beberapa lagi keperluan penting yang harus disegerakan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ( MITI )," tulisnya.Beliau secara peribadi berharap, semua usaha dan koordinasi yang dilakukan dapat membantu menangani wabak Covid-19 daripada merebak dengan lebih teruk."Saya juga harap agar rakyat secara keseluruhan dapat membantu kerajaan dengan mematuhi arahan yang telah dikeluarkan terutamanya Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) yang telah pun memasuki fasa kedua, hari ini," katanya.
31 Mar 20
41
COVID-19 : DUN Bandar Selesaikan Fasa Ketiga Bantuan Pakej Rangsangan Terengganu Cakna
Oleh: Shahril NizamKUALA TERENGGANU, 1 April– Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar kini dalam proses menyelesaikan bantuan fasa ketiga kepada golongan terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik Covid-19.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed berkata, bantuan melalui Pakej Rangsangan Terengganu Cakna itu mengutamakan mereka yang amat memerlukan, yang terjejas kerana tidak dapat mencari rezeki dan tidak mempunyai pendapatan tetap."Banyak rungutan dan aduan yang kami terima mengatakan bahawa mereka tidak mendapat bantuan, namun apabila kami rujuk kepada data-data, ternyata bahawa mereka adalah golongan yang tidak layak mendapat bantuan, terutamanya mereka yang memiliki pendapatan tetap."Walaupun dalam tempoh PKP ini mereka tidak bekerja, tetapi mereka tetap mendapat gaji bulanan," katanya.Beliau juga menyeru individu yang mempunyai pendapatan lebih serta berkelapangan dari sudut kewangan untuk bersama-sama menghulurkan sumbangan membantu golongan yang kurang bernasib baik."Sepanjang tempoh PKP ini, saya mengharapkan kepada semua warga mematuhi serta menjaga keselamatan dan kesihatan diri masing-masing."Arahan PKP bukanlah bertujuan menyusahkan kita, tetapi sebagai salah satu proses pencegahan bagi memutuskan rantaian penyebaran wabak ini," katanya.Sebanyak 2,100 pek barangan keperluan disumbangkan pihak DUN Bandar dalam tiga fasa pakej rangsangan itu melibatkan 300 pek untuk fasa pertama, 300 pek (fasa kedua) dan 500 pek bagi fasa ketiga selain 1,000 pek sumbangan Parlimen Kuala Terengganu.
31 Mar 20
52
COVID-19 : Terengganu Perkukuh Perniagaan Atas Talian Bantu IKS
Ariffin Deraman.KUALA TERENGGANU, 1 April - Kerajaan Terengganu melalui Pakej Rangsangan Terengganu Cakna bertindak memperkukuh inisiatif digital bagi membantu syarikat-syarikat menggunakan pemasaran dalam talian (online marketing) dan ‘runner’ negeri berkenaan untuk beroperasi lebih baik dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, satu pasukan petugas dibentuk bagi menyokong kumpulan ini dan membantu perkembangan pendigitalan perniagaan Industri Kecil Sederhana (IKS) melalui konsep E-Dagang."Konsep ini berpotensi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi bagi menangani perniagaan yang terjejas akibat COVID-19 dengan menyediakan platform lebih baik dan berdaya saing."Kita jangkakan ia akan memacu peluang pasaran baharu dalam peruncitan, perniagaan asas tani, makanan dan lain-lain di negeri Terengganu," katanya.Produk IKS mampu dipasarkan secara dalam talian.Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, beliau memaklumkan, inisiatif ini membolehkan pengiat industri 'online' mengautomasikan operasi dalam talian dengan lebih cekap dan membantu rakyat membuat pembelian barangan harian dengan lebih mudah.Jelasnya, antara syarikat terlibat dalam kerjasama itu adalah TD1303, Top IT Sdn. Bhd, getrunner.my, ganufresh.com, eruncit.my, hunggaexpress (apps) dan beberapa platform 'online' yang akan dibina."Kerjasama ini juga melibatkan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dalam menyediakan produk-produk IKS sama ada barang-barang keperluan harian, industri asas tani mahupun makanan agar dapat terus memasarkan produk mereka di pasaran terbuka.Kerajaan negeri akan memberi pendedahan kepada rakyat Terengganu untuk melihat platform teknologi maklumat terutama 'online marketing' sebagai rangkaian untuk perniagaan yang lebih efisyen dan menguntungkan," katanya.
31 Mar 20
94
Bantuan COVID-19 : Beri Bukti Jika Ada MPKK Pilih Kasih
Sebahagian petugas DUN Kota Putera bersiap sedia untuk mulakan penagihan bantuan kepada penduduk yang layakBESUT, 1 April - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman, menafikan isu yang di viralkan di laman sosial yang menyatakan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) mengagihkan borang bantuan COVID-19 secara pilih kasih dan diberikan kepada parti-parti tertentu sahaja.Beliau berkata zaman pemikiran itu telah berlalu kerana pada peringkat awal pelantikan MPKK telah diberi penekanan supaya tidak berlaku masalah ini."Dari mula pelantikan, saya telah menekankan kepada MPKK supaya jangan pilih kasih, jangan pilih bulu kerana orang yang layak akan dibantu."Jadi di sini saya tekankan, kepada yang berfikiran sebegitu, kepada yang sedang meviralkan atau 'keyboard warrior' yang sedang menulis tolong dapatkan senarai terperinci MPKK mana, kawasan mana dan kampung mana jika ia berlaku."Jika dalam kawasan DUN Kota Putera, boleh terus serahkan kepada saya senarai tersebut."Saya tak mahu lagi diviralkan dengan kata-kata, bagi puak dia..bagi puak dia sedangkan bukti tidak ada. Jadi bagi yang ada bukti tolong ambil nama MPKK tersebut dan hantar bukti itu dan saya akan ambil tindakan sewajarnya bila ada yang layak tetapi tidak diberikan," ujarnya dalam satu kenyataan di laman sosial rasminya semalam.Tambahnya lagi. buat masa sekarang bantuan adalah terbatas dan ada yang belum sampai lagi."Bagi penduduk Kota Putera, insha Allah sekarang ni MPKK dan pengerusinya sedang bertungkus lumus untukmendapatkan senarai- senarai rakyat yang terkesan dengan arahan PKP ini."Saya mengucapkan terima kasih banyak atas usaha yang dijalankan dan juga kepada rakyat yang masih menanti bantuan dan jika layak, bantuan akan sampai ke rumah mereka dari semasa ke semasa," ujarnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri.Mohd Nurkhuzaini berkata, beliau tidak mahu lagi persepsi rakyat dimainkan atau dimomokkan oleh mereka yang tidak jujur sedangkan dalam pemerintahan sekarang, akan membantu sebaik mungkin mereka yang layak dan bukannya penyokong mana-mana parti.
31 Mar 20
138
COVID-19 : 750 Warga Felda Kemaman Terima Bantuan
Oleh : Wan Abdul HadiKEMAMAN, 1 April - 750 warga felda di daerah ini teruja apabila menerima sumbangan berupa barangan dapur daripada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato' Dr Khairuddin Aman Razali semalam.Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid yang mewakili Dr Khairuddin menyerahkan bantuan tersebut kepada badan bukan kerajaan (NGO) Generasi untuk diagihkan kepada komuniti felda setempat.Pengerusi Generasi, Naraza Muda berkata, bantuan seperti beras, minyak masak dan keperluan lain itu pastinya akan membantu warga felda untuk hidup dengan lebih sempurna dalam suasana penularan wabak COVID-19."Terima kasih kepada semua kerana memberi kepercayaan buat Generasi bagi menguruskan agihan barang bantuan ini," ujarnya dalam ucapan penghargaan.Majlis penyampaian bantuan berkenaan turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat, Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Wan Ramli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili.Majlis tersebut diadakan di Pejabat Felda Kertih 1 dengan mengamalkan penjarakan sosial sebagaimana saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
31 Mar 20
55
COVID-19 : Elakkan Kes Keganasan Rumahtangga Semasa PKP - Zuraida
KUALA TERENGGANU, 31 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor menyuarakan kegusarannya berkenaan masalah keganasan rumahtangga yang mungkin berlaku semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Beliau berkata stastik kes keganasan rumahtangga meningkat dengan mendadak sejak wabak COVID-19 menular di seluruh dunia dan tidak terkecuali di Malaysia, apabila panggilan ke Talian Kasih bertambah 57 peratus sejak PKP.Menurutnya, di Tennesse panggilan kes keganasan rumahtangga meningkat sebanyak 55 peratus manakala di New South Wales, Australia 40 peratus, di Perancis pula 32 peratus.“Memang benar, bagi sesetengah orang, duduk di rumah adalah seperti di neraka. Ada aduan suami pukul isteri, isteri derhaka pada suami, ibubapa pukul anak, anak tengking dan pukul ibubapa.“Dalam hal ini, mereka akan merasa tertekan apabila duduk di rumah. Saya sendiri menerima aduan dan luahan hati seorang ibu, isteri, anak-anak dan bicara hati seorang menantu,” ujarnya.Beliau berkata demikian dalam media sosial miliknya, kelmarin.Zuraida turut meluahkan kesedihannya apabila mendengar pelbagai rungutan dan aduan daripada pelbagai latar belakang wanita.“Kadang-kadang, saya rasa seperti tidak percaya dengan luahan mereka tetapi apabila melihat dengan mata kepala saya sendiri, terdiam saya seribu bahasa. Tidak tersangka, berjurai air mata, isteri mengabaikan rumahtangga, hilang hormat antara mertua dan menantu.“Saat ujian datang menyapa, pasangan masing-masing semakin mudah melatah, sehingga menyebabkan rasa tawar hati dan bersikap kasar antara satu sama lain. Tambahan sekarang mereka teruji dengan masalah kewangan, kesusahan dan kemiskinan,” tambahnya.Zuraida turut berpesan supaya sentiasa bermuhasabah diri, perbaiki kelemahan dan banyakkan bersabar. Hakikat kehidupan berumahtangga tidak sunyi dari ujian.Katanya, ujian dan kesusahan yang berlaku itu terselit beribu hikmah yang akan membuatkan kita tersenyum tatkala mengetahuinya.Beliau juga menggesa supaya keganasan rumahtangga dihentikan dan segera hubungi Talian Kasih Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di talian 15999 jika ada aduan berkaitan kes keganasan rumahtangga.
31 Mar 20
112
COVID-19 : Cadangan Sistem Giliran Kenderaan Ditangguhkan
KUALA TERENGGANU, 31 Mac - Polis Terengganu menangguhkan pelaksanaan sistem penggiliran mengikut nombor pendaftaran kenderaan di atas jalan raya menerusi Perintah kawalan Pergerakan (PKP) yang dijadualkan bermula esok 1 April 2020 .Ketua Polis Terengganu, Dato' Roslee Chik berkata penangguhan itu dilakukan bagi membolehkan kajian lebih lanjut dan terperinci dijalankan.“Perancangan kita untuk melaksanakan giliran nombor plat pada esok, 1 April terpaksa ditangguhkan kerana memerlukan kajian impak yang lebih terperinci.“Sebab banyak komen yang kita terima, ada yang baik ada yang tidak menyenangkan. Justeru saya dengan ini mengesahkan bahawa pelaksanaan penggiliran nombor plat kenderaan pagi esok terpaksa kita tangguhkan,” katanya dalam satu kenyataan pada petang ini.Sebelum ini, Polis Terengganu mengeluarkan satu kenyataan bahawa pihaknya akan memperketatkan Perintah kawalan Pergerakan(PKP) fasa dua bagi tujuan mengawal pergerakan orang ramai yang keluar tanpa sebab dan alasan kukuh.PDRM akan melaksanakan arahan penggiliran keluar kenderaan mengikut nombor genap dan ganjil iaitu nombor plat terakhir bagi mengurangkan 50 peratus jumlah kenderaan di atas jalan raya termasuk motosikal.
31 Mar 20
60
COVID-19 : Polis Terengganu Wujud Ruang Sanitasi Petugas Keselamatan
Seorang anggota Polis melalui proses sanitasi.KUALA TERENGGANU, 21 Mac- Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kontinjen Terengganu menyediakan ruangan sanitasi buat 1,800 anggota keselamatan yang bertugas dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri itu.Ketua Polis Terengganu, Dato' Roslee Chik berkata, inisiatif itu merupakan pertama kali dilaksanakan pasukan itu di negeri berkenaan dan menggunakan bahan sanitasi yang diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee memberikan maklumat kepada media yang hadir.“Inisiatif ini kita buat sebagai perlindungan kepada petugas lapangan. Saya berterima kasih kepada kerajaan negeri yang membantu untuk mewujudkan inisiatif ini. “Kemudahan ini kita sediakan di tujuh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang terdapat di seluruh negeri Terengganu,” katannya ketika ditemui pemberita ketika melaksanakan demo sanitasi petugas di IPD Kuala Terengganu, hari ini.Beliau turut memaklumkan satu lagi inisiatif yang akan dilaksanakan pada fasa kedua PKP iaitu Sistem Penggiliran Berasaskan Nombor Pendaftaran Kenderaan bagi menghadkan pergerakan kenderaan di ata jalan raya.Roslee bersama Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Nor Azimi Yunus melihat kemudahan ruang sanitasi yang disediakan.“Dua tiga hari lepas, kami lihat bilangan kenderaan di atas jalan raya semakin bertambah jadi kita bimbang dan peraturan ini diadakan supaya orang awam tidak sewenang-wenangnya keluar tanpa sebab.“Bagaimanapun, ia tidak akan menjejaskan pekerja penghantaran, individu yang mendapat kebenaran untuk berkerja dan yang terlibat secara langsung dalam menangani wabak Covid-19 ini,” jelasnya.Tambahnya, ia dilaksanakan memang bertujuan untuk menyukarkan dan melambatkan pergerakan orang awam.“Esok adalah giliran nombor pendaftaran kenderaan ganjil, jadi kalau yang keluar genap, kita akan suruh patah balik,” katanya.Salah seorang anggota keselamatan menggunakan ruangan sanitasi.Beliau menegaskan, 34 sekatan jalan raya seluruh negeri dan 71 rondaan ‘snap check’ yang diwujudkan adalah usaha untuk mengekang penularan rantaian wabak berkenaan sebagaimana yang diarahkan.“Graf kita sudah mendatar, kita mahu terus kekalkan graf ini supaya akhirnya akan menurun. Barulah kita boleh menyambut puasa dengan lebih baik apabila PKP dapat ditamatkan lebih awal,” katanya.
31 Mar 20
409
COVID-19 : Tiada Pelajar Dan Kakitangan TATIUC Positif
KUALA TERENGGANU, 31 Mac- Kolej Universiti TATI (TATIUC) mengesahkan bahawa tiada pelajar dan kakitangan institusi pengajian tinggi itu disahkan positif COVID-19 setakat ini.Rektor TATIUC, Prof. Dr. Anuar Ahmad berkata, beliau merakamkan rasa syukur ke hadrat Allah kerana melindungi mereka semua dari wabak berkenaan."Pada 10 hingga 11 Mac lalu telah berlangsung Minggu Penyelidikan dan Inovasi (MPI 2020) kerjasama di antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan TATIUC, di mana kita merupakan tuan rumah bagi MPI 2020 yang berlangsung di Dewan Canselor TATIUC."Salah seorang juri daripada Institut Pengajian Tinggi Awam ( IPTA) telah disahkan positif COVID-19 selepas itu. Justeru, saya amat bimbang kemungkinan berlaku jangkitan di kalangan peserta yang melibatkan 445 produk inovasi serta hampir 2000 pengunjung dan peserta yang terlibat," ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.Rektor TATIUC, Prof. Dr. Anuar Ahmad Katanya, hari ini adalah hari terakhir bagi semua pelajar dan kakitangan yang terlibat dengar MPI 2020 menjalani 'self-quarantine'."Pada malam 13 Mac lepas, kami telah menunaikan solat sunat hajat bersama-sama pelajar Huffaz Fast Track SPM, memohon kepada Allah semoga semua warga TATIUC dilindungi daripada wabak ini," katanya.Justeru, beliau turut mengharapkan semoga semua warga TATIUC sentiasa dalam keadaan tenang dan menjaga kesihatan dan kebersihan."Berusaha untuk solat diawal waktu, melaksanakan solat-solat sunat dan membaca al-Quran serta jangan berhenti berdoa."Semoga semuanya di dalam keberkatan dan sentiasa dilindungi Allah," ujarnya.
31 Mar 20
347
COVID-19 : MPKK Teluk Menara Agih 450 Ekor Ayam
Oleh: Ahmad MawardiHULU TERENGGANU, 30 Mac - Sebanyak 450 ekor ayam bersih diagihkan kepada 420 buah rumah di kampung Teluk Menara, Manir, di sini semalam, dalam usaha meringankan beban susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Teluk Menara, Manir, Hamazah Mohd Latif berkata, kesemua rumah mendapat seekor ayam hasil inisiatif pihaknya selepas mendapat sumbangan daripada pelbagai pihak dan orang ramai."Kita tahu ramai yang terkesan sepanjang tempoh PKP dan ada yang hilang sumber pendapatan kerana tidak dapat bekerja."Jadi kami ambil inisiatif sendiri cari bantuan daripada pihak prihatin dan kami bersyukur berkebetulan ada sebuah pengusaha ayam di kampung kami bermurah hati bekalkan ayam bersih tersebut dengan harga murah untuk diagihkan kepada penduduk yang memerlukan," katanya kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) semalam."Selain ucapan terima kasih, kegembiraan jelas terbayang di wajah-wajah penerima dengan rezeki yang diterima walau terlalu kecil berbanding keperluan mereka ketika ini."Juga ada sebahagian keluarga berkemampuan menolak dengan penuh sopan dan kalimah penghargaan tetap dihadiahkan kepada seluruh petugas kami,"ujarnya lagi.Beliau berharap pemberian ayam berkenaan dapat meringankan beban keluarga memerlukan terutama ibu tunggal dan fakir miskin."Terdahulu, hampir 200 bungkusan bantuan keperluan asas termasuk bantuan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Manir telahpun diedarkan kepada yang benar-benar terkesan selepas pihak kami kenal pasti."Selepas ini gabungan MPKK, Jawatankuasa Masjid dan Belia tubuhkan TM Care akan bekerjasama untuk memberi sumbangan barangan keperluan lain bagi memastikan tiada keluarga yang terjejas sumber makanan dalam tempoh PKP ini," katanya.Hamazah yang juga merupakan Penasihat TM Care menyeru orang ramai untuk terus menyumbang terutamanya wang tunai ke akaun 13010005864714 Bank Muamalat MPKK Teluk Menara.
31 Mar 20
299