lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
PKP : Kedai Hardware, Alat Ganti Kenderaan Dibenar Beroperasi Dua Hari Seminggu
Grafik oleh - Khairulanuar Naim Mustafa.KUALA TERENGGANU, 8 April - Kerajaan Terengganu membenarkan empat jenis perniagaan beroperasi dua kali seminggu mulai semalam di sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berakhir 14 April depan.Kenyataan bertarikh 6 April itu memaklumkan, perkhidmatan dan perniagaan kedai baja, kedai hardware, kedai menjual makanan haiwan dan kedai menjual alat ganti kenderaan hanya dibenar dibuka pada hari Isnin dan Khamis bermula 7 pagi hingga 2 petang.Menurut kenyataan itu, keputusan tersebut selaras dengan arahan semasa Majlis Keselamatan Negara (MKN).Sementara itu, premis keperluan harian seperti pasaraya dan kedai runcit, premis kedai makan dan restoran (pandu lalu dan bungkus) serta farmasi atau kedai ubat boleh dibuka setiap hari pada pukul 7 pagi hingga 6 petang.Turut dibenar beroperasi setiap hari adalah pasar awam (7 pagi hingga 12 tengah hari), pasar borong (3 pagi hingga 9 pagi), klinik swasta (7 pagi hingga 9.30 malam) dan pusat pembaikian dan servis kenderaan (9 pagi hingga 2 petang).Di samping, perkhimatan isian petrol dan diesel dibuka pada pukul 7 pagi dan ditutup jam 8 malam setiap hari."Kedai serbaneka di stesen minyak pula dibuka pada waktu yang sama tetapi ditutup 6 petang," ujar kenyataan itu.Manakala, kompleks perniagaan, gerai makan tepi jalan, penjaja beredar, pasar malam, pasar pagi dan pasar tani tidak dibenarkan beroperasi sepenuhnya.
08 Apr 20
766
Empty Image
Ibadah Haji Tangguh : Belum Ada Keputusan Rasmi
Zulkilfli Mohamad Al-Bakri. Foto ihsan - The Star.PUTRAJAYA, 8 April - Semua pihak disaran menunggu kenyataan rasmi kerajaan Arab Saudi berkenaan isu urusan mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, setakat ini tiada sebarang arahan yang dikeluarkan kerajaan Arab Saudi berhubung isu tersebut."Duta Besar Arab Saudi Ke Malaysia, TYT Mahmoud Hussien Saeed Qattan memaklumkan belum ada sebarang arahan daripada pihak Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dalam isu ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Sehubungan dengan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang info tidak sahih berkait perkara itu."Sama-sama kita berdoa agar Allah S.W.T menghilangkan wabak ini (COVID-19) dan kita mampu beribadat seperti biasa," tambah beliau.
08 Apr 20
59
Empty Image
COVID-19: PKP Diperketatkan Bagi Pastikan Hulu Terengganu Kekal Zon Hijau
Mohd AdliHULU TERENGGANU, 8 April-Tahap pematuhan rakyat Hulu Terengganu terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjaya meletakkan daerah berkenaan dalam kategori paling patuh pada PKP di Terengganu sejak ia dilaksanakan.Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata kepatuhan terhadap PKP juga adalah kunci yang  menentukan kejayaan daerah yang merupakan zon hijau yang mencatatkan kosong kes COVID19 dalam negeri ini.Katanya, untuk itu PKP di Hulu Terengganu akan diperketatkan lagi bagi memastikan tahap pengawalan COVID19 di daerah ini terkawal dan kekal berada dalam zon hijau."Dari PKP fasa 1 dan fasa 2, daerah Hulu Terengganu masih lagi menunjukkan kosong kes bagi covid19 dan merupakan antara kawasan hijau terutama di negeri ini. "Situasi ini memerlukan kita berusaha lebih kuat lagi untuk menentukan dan mengekalkan laporan kosong ini untuk daerah Hulu Terengganu."Jadi, dalam melaksanakan penegasan ini, pihak polis melakukan kerjasama yang baik dengan Angkatan Tentera Malaysia(ATM) dan lain-lain agensi seperti RELA, Bomba, Pejabat Daerah dan Penguatkuasa Majlis Daerah mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh Pegawai Daerah sebelum ini untuk mengekang penularan COVID19," ujarnya kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman ketika ditemui di IPD Hulu Terengganu hari ini.Mohd Adli mendengar laporan pegawai yang bertugas di pondok kawalan di Kuala BerangKatanya, sehingga kini perancangan bersama itu berada atas dasar yang betul kerana ia berjaya mengekang penularan kes di daerah hulu terengganu.Menurut Mohd Adli, semuanya mengikut jadual dan buat masa sekarang terdapat tujuh sekatan jalan raya iaitu di laluan-laluan utama masuk ke Hulu Terengganu."Hanya keluar rumah apabila perlu sahaja dan membawa bukti perjalanan tersebut, kalau tidak ada bukti, tidak boleh memberi pengesahan , maka kita akan arahkan untuk berpatah balik di sekatan-sekatan jalan raya."Manakala untuk kes-kes tangkapan, kesalahan sempena PKP di Daerah Hulu Terengganu, setakat ini adalah kosong lagi dan angka kosong ini bukan kerana pihak PDRM tidak membuat pemeriksaan dan kawalan, tetapi kita dapati angka kosong ini berpunca daripada pematuhan daripada masyarakat itu sendiri dan mereka benar-benar patuh," jelasnya lagi.Selain itu katanya, kerjasama daripada pemimpin-pemimpin masyarakat, ketua kampung, pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), badan bukan kerajaan(NGO) di kawasan daerah ini juga amat baik dengan pihak polis."Mereka sentiasa berhubung, memberi maklumat, mengemukakan aduan berkenaan apa jua kesalahan ataupun kejadian-kejadian yang berlaku dengan pelanggaran PKP ini dan pihak polis akan segera mengambil tindakan, pergi ke tempat-tempat yang diadukan itu, cuba untuk membuat pemantauan dan pemeriksaan."Alhamdulillah, dengan ada kerjasama ini , kita lihat ia menjadi salah satu punca daerah Hulu Terengganu bagaimana pematuhan PKP begitu tinggi dan ekoran daripada itu, kes COVID19 di daerah ini adalah kosong," tambah beliau.
07 Apr 20
334
Empty Image
Gelandangan Sekitar KT Dipindahkan Ke Tempat Khusus
Operasi Pengumpulan yang dijalankan semalam.KUALA TERENGGANU, 8 April - Seramai 11 gelandangan di sekitar daerah ini yang rata-ratanya berusia 37 hingga 65 tahun telah dipindahkan ke dua lokasi bagi membendung penularan COVID-19.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional, Hanafiah Mat berkata, sembilan daripada mereka telah dibawa ke Pusat Pemulihan dan Kebajikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Marang, termasuk seorang yang disahkan positif dadah (pil kuda)."Manakala dua orang yang mempunyai penyakit mental telah dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk pemeriksaan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan.Beliau berkata demikian selepas melakukan Operasi Pengumpulan Individu Gelandangan di sekitar Kuala Terengganu, semalam.Operasi tersebut turut melibatkan JKM, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Jabatan Kesihatan dan Jabatan Amal.Mengulas lanjut, Hanafiah memaklumkan, hasil operasi, tinjauan serta maklumat daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan orang ramai, pihaknya mendapati masih ada lagi golongan tersebut yang terlepas daripada operasi yang dijalankan."Justeru, menerusi penglibatan agensi-agensi ini, operasi seumpama ini akan dilaksanakan lagi dalam masa terdekat."Ia bagi memastikan kesemua gelandangan berjaya dikumpulkan dan mereka akan dijaga dengan baik, kita tidak mahu ada yang tertinggal," tambah beliau.
07 Apr 20
82
Empty Image
Terengganu Bakal Jadi Hab Kenaf
Khairuddin (kiri).Oleh : Muhammad A RahmanSETIU, 7 April - Terengganu bakal menjadi hab kenaf di Malaysia selepas Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi bercadang untuk mewujudkan  Kenaf Terengganu Valley seluas 10,000 hektar di daerah ini.Menterinya, Dato' Dr Khairuddin Aman Razali berkata, beliau telah berbincang dengan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam mengenalpasti kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan."Setakat ini, tanaman kenaf sudah ditanam sejak tahun 2016 di daerah Setiu seluas 230 hektar dan kawasan utama penanaman adalah di Kampung Guntung dan Kampung Bahagia."Terdapat 296 orang penanam berdaftar di Terengganu dan 119 daripada Setiu. Setiap seorang mengusahakan satu ke dua hektar tanah, jadi kita berhasrat untuk mengembangkan lagi," katanya ketika ditemui media kelmarin.Hadir sama, Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir, Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LTKN) (Pengurusan dan Operasi), Idris Mohd Salleh, Pengarah Bahagian Perancangan Strategik LTKN, Mohd Fadzhel Mohd Nasir.Tambah beliau, di Setiu juga terdapat kilang pemprosesan 'non-voven thermoboarding'."Yang terletak di Kampung Saujana dan ia merupakan satu-satunya di Malaysia," jelasnya.Produk-produk kenaf terkenal dengan sifatnya yang mesra alam serta mudah lerai.Antara produk kenaf adalah bekas makanan 'biodegradable', fiber tilam, kit pakai buang hospital dan 'Pet Litter'.
07 Apr 20
201
Empty Image
COVID-19 : Rakyat Terhutang Budi Pada Petugas Barisan Hadapan
KUALA TERENGGANU, 7 April- Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mewakili seluruh rakyat Terengganu merakamkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus untuk memastikan wabak COVID-19 dapat dibendung.Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman sosial YouTube beliau, Ahmad Samsuri berkata, rakyat negeri ini amat terhutang budi kepada semua petugas barisan hadapan COVID-19."Para petugas barisan hadapan bertugas dengan penuh dedikasi dan berdepan risiko diri dan keluarga dalam memastikan rakyat dapat keluar dari bebanan COVID-19 dengan segera."Kepada semua rakyat setiap orang ada peranan dalam menangani pandemik ini termasuk mematuhi segala arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta duduklah dirumah," pesannya.Beliau turut mengingatkan seluruh anggota masyarakat agar tidak ingkar arahan kerajaan dalam usaha untuk memutuskan rantaian wabak ini.
07 Apr 20
36
Empty Image
COVID-19 : Kadar Faedah Skim Kredit Mikro Dimansuh - PM
Foto ihsan - NST.PUTRAJAYA, 6 April - Bagi meringankan beban kewangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kerajaan bersetuju memansuhkan kadar faedah dua peratus untuk Skim Kredit Mikro yang membabitkan dana sebanyak RM500 juta di bawah Bank Simpanan Nasional (BSN).Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata skim pinjaman mudah untuk syarikat mikro ini juga dipanjangkan kepada TEKUN Nasional dengan had maksimum pinjaman sebanyak RM10,000 setiap syarikat, tanpa faedah."Untuk tujuan ini, dana sebanyak RM200 juta akan disediakan."Pemohon hanya boleh memilih salah satu daripada skim ini bagi membolehkan lebih ramai peniaga menikmati kemudahan ini," katanya.Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Langkah Tambahan Bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau 'PRIHATIN TAMBAHAN' berjumlah RM10 bilion, hari ini.
06 Apr 20
49
Empty Image
COVID-19: Terengganu Catat Kematian Pertama
Foto: Ehsan PembacaKUALA TERENGGANU, 6 April - Jenazah mangsa COVID-19 yang pertama meninggal dunia di Terengganu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Tumbuh, Kampung Raja, Jertih, petang semalam.Kes kematian pertama yang direkodkan di negeri ini adalah merupakan pesakit dari kes yang ke 3663, dan kes kematian yang ke-62 dalam negara setelah hampir tiga minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakanIa melibatkan lelaki warganegara Malaysia berumur 67 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 dari kluster Sri Petaling kes-kes bernombor 1265, 1266, 1267, 1404 dan 2549.Pesakit telah dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah dan disahkan meninggal dunia pada 5 April 2020 jam 10.22 pagi. Isteri dan seorang anak mangsa yang tinggal bersama sedang dikuarantin di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut.Sehingga hari ini, dua daerah iaitu Dungun dan Besut mencatat jumlah kes tertinggi dan Terengganu kini telah merekodkan 90 kes positif dengan peningkatan mengejut dalam masa dua hari berturut-turutManakala daerah Hulu Terengganu sehingga petang semalam masih kekal sebagai daerah bebas Covid-19.
06 Apr 20
56
Empty Image
COVID-19 : Geran Khas PRIHATIN RM2.1 bilion Bantu Perusahaan PKS Mikro
Foto Ehsan: Malay MailPUTRAJAYA, 6 April -Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion, akan diwujudkan khusus untuk membantu syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro menangani impak kewangan akibat COVID-19.Katanya, kerajaan akan menyediakan Geran Khas sebanyak RM3,000 untuk setiap syarikat mikro yang akan memanfaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara."PKS mikro perlulah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menikmati kemudahan ini."Kerajaan akan memperolehi senarai PKS mikro yang layak daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia,"ujarnya.Perdana Menteri berkata demikian sewaktu membentangkan Langkah Tambahan Bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN TAMBAHAN), hari ini, dengan peruntukan sebanyak RM10 bilion.Ia merupakan tambahan kepada dana RM4.5 bilion khusus untuk PKS dan PKS mikro yang diumumkan beliau pada 27 Mac lepas.
06 Apr 20
82
Empty Image
COVID-19 : PM Umum Pakej Tambahan RM10 Bilion Bantu PKS
Add captionPUTRAJAYA, 6 April - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Langkah Tambahan Bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau “PRIHATIN TAMBAHAN” berjumlah RM10 bilion, hari ini.Muhyiddin berkata beliau berharap pakej tambahan diharapkan dapat membantu meringankan beban kewangan PKS dan seterusnya menjamin dua pertiga daripada jumlah pekerja di negara ini terus mendapat pekerjaan.Daripada jumlah itu, peruntukan program subsidi upah ditambah sebanyak RM7.9 bilion iaitu daripada RM5.9 bilion yang diperuntukkan sebelum ini kepada RM13.8 bilion.Di bawah inisiatif tambahan ini, Muhyiddin berkata, semua syarikat dengan pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah akan menerima bantuan subsidi upah seperti berikut: -“Bagi syarikat yang mempunyai pekerja lebih daripada 200 orang, subsidi upah sebanyak RM600 bagi setiap pekerja dikekalkan. Namun, bilangan maksimum pekerja yang layak untuk menerima subsidi akan ditingkatkan daripada 100 orang kepada 200 orang pekerja.“Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga hingga 200 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM800 bagi setiap pekerja.“Akhir sekali, bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja. Melalui penambahbaikan ini, syarikat-syarikat akan menerima lebih banyak manfaat dan bantuan,” katanya lagi.Tambah beliau, bantuan ini adalah untuk selama 3 bulan dan dikhususkan kepada majikan yang telah berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan sebelum 1 Januari 2020 dan mendaftar dengan PERKESO."Justeru, kira-kira 4.8 juta pekerja dijangka akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini."Bagi majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan pekerja mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan, iaitu dalam tempoh 3 bulan semasa menerima subsidi upah dan 3 bulan selepas itu," ujarnya.
06 Apr 20
39