lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
COVID-19: PKP Dilanjutkan Bermula 15 Hingga 28 April
Foto Oleh: BernamaPUTRAJAYA, 10 April - Perintah kawalan pergerakan (PKP) akan dilanjutkan bermula 15 April hingga 28 April bagi mengawal penularan dan memutuskan rantaian wabak COVID19.Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebentar tadi dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung di seluruh negara, hari ini.Beliau berkata, pelanjutan PKP dua minggu ini selaras dengan pandangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya PKP tidak ditarik terlalu awal."Atas nasihat Kementerian Kesihatan kerajaan memutuskan untuk melanjutkan PKP selama dua minggu lagi iaitu bermula 15 April sehingga 28 April."Pelanjutan tempoh ini dibuat untuk memberi ruang kepada petugas-petugas kesihatan memerangi penularan COVID-19, selain mengelakkan penularan semula wabak ini dalam masyarakat ," ujarnya.Beliau juga berkata, melalui usaha-usaha yang telah dibuat, kes-kes positif Covid-19 adalah terkawal pada kadar tujuh peratus, iaitu di bawah 'benchmark' 10 peratus yang ditetapkan oleh WHO.Muhyiddin juga berkata, meskipun unjuran dibuat Kementerian Kesihatan (KKM) sepanjang PKP hampir sebulan lalu menyaksikan pengurangan kebolehjangkitan Covid-19, situasi itu tidak boleh diambil mudah."Namun begitu, kita tidak boleh mengambil mudah situasi yang sedang berlaku. Penularan wabak ini masih di peringkat pertengahan dan memerlukan tindakan pencegahan serta kawalan yang berterusan."Malah usaha mencegah wabak mesti diperhebatkan lagi bagi memutuskan rantaian penularan jangkitan termasuk memberi tumpuan khusus kepada kumpulan sasar yang dikenal pasti punca penularan wabak," katanya.Terdahulu, Malaysia telah menguatkuasakan PKP sejak 18 Mac lalu dan kini bakal memasuki fasa ketiga selepas berakhirnya fasa kedua pada 14 April.
10 Apr 20
31
Empty Image
COVID-19 : Topeng Muka Diedar Ke Setiap Rumah
Dr Alias Razak. Foto oleh - Pok Abbas.KUALA TERENGGANU, 10 April - Kerajaan akan mengagihkan empat keping topeng muka secara percuma kepada setiap isi rumah di seluruh Terengganu bagi membantu mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak mengatakan, edaran dari rumah ke rumah itu akan dilaksanakan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)."Topeng tersebut sudah ada di daerah masing-masing, insya-Allah ia akan diedarkan dalam masa terdekat."Kita juga minta orang ramai, supaya bersabar dan tidak menyerbu ke rumah MPKK bagi mendapatkan 'mask', tunggu sahaja di rumah," katanya ketika ditemui media selepas operasi disinfeksi di Pasar Borong Gong Pauh, di sini hari ini.Mengulas lanjut beliau mengharapakan agar orang ramai memanfaatkan sebaik mungkin pemberian topeng muka itu."Pakai apabila perlu sahaja, terutamanya ketika keluar rumah, ketua keluarga yang membeli keperluan rumah dinasihatkan untuk memakai."Kita mahu mengekalkan kesihatan semua rakyat dengan mengelakkan virus ini tersebar dengan mudah," tambah beliau.
09 Apr 20
39
Empty Image
Kerajaan Terengganu Bayar Elaun 'Runner' Bazar Online
Dr Alias Razak.KUALA TERENGGANU, 10 April - Kerajaan Terengganu akan membayar elaun khas kepada penghantar makanan di sepanjang Bazar Ramadan 'Online' berlangsung.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak memaklumkan, kerajaan negeri juga akan menurunkan caj penghantaran makanan ke setiap rumah yang dibuat 'runner' berdaftar."Jadi, harga makanan tidak meningkat secara keterlaluan dan apa yang penting ia tidak membebankan orang ramai."Peniaga dan pasar yang ada (berdaftar) akan dikumpulkan dalam satu aplikasi, sejak kerajaan negeri mengumumkan pembatalan penganjuran bazar Ramadan seramai 7,180 peniaga sudah berdaftar untuk urus niaga secara dalam talian mereka akan dikendalikan oleh Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU)."Walau bagaimanapun, maklumat dan keputusan rasmi akan diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Abdul Rahman dalam masa terdekat," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas operasi disinfeksi di Pasar Borong Gong Pauh, di sini hari ini.Pada 30 Mac lalu, kerajaan negeri telah bersetuju untuk membatalkan penganjuran bazar Ramadan tahun ini kerana dikhuatiri akan menyebabkan virus COVID-19 merebak.Sehubungan dengan itu, beberapa alternatif termasuk mewujudkan bazar Ramadan 'Online' telah dipertimbangkan bagi mengurangkan bebanan kewangan yang terpaksa ditanggung peniaga."Para peniaga disaran untuk mengusahakan pemasaran perniagaan secara dalam talian (online) selain membuat perkhidmatan penghantaran ke rumah untuk sebarang bentuk produk termasuk makanan," tambah beliau.
09 Apr 20
99
Empty Image
COVID-19: Kerajaan Terengganu Bantu Wartawan Terjejas
Setiausaha Akhbar Menteri Besar menyampaikan cek sumbangan kepada Presiden KAWAT.KUALA TERENGGANU,10 April- Dalam menghadapi tekanan pandemik Covid-19, Kerajaan Terengganu turut menghulurkan bantuan kepada wartawan 'stringer' (sambilan) yang tidak bergaji tetap dalam negeri tersebut.Presiden Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT), Khairul Azlam Mohamad berkata, sumbangan yang diberikan amat bermakna kepada petugas-petugas media."Kami merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, atas sumbangan bantuan kecemasan sebanyak RM10,000."Selain daripada anggota keselamatan dan petugas jabatan kesihatan di hospital-hospital diiktiraf sebagai ‘frontlines’, sebenarnya warga media seperti wartawan dan jurugambar juga merupakan petugas hadapan," katanya.Jelasnya, mereka adalah yang bekerja secara profesional dan tertakluk kepada etika kewartawanan kemungkinan terdedah dengan jangkitan wabak itu ketika di lapangan.Beliau menyatakan, sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu meringankan nasib sebahagian pengamal media yang memerlukan."Sumbangan ini akan diagihkan kepada wartawan sambilan yang tidak mempunyai gaji tetap dan terjejas kerana PKP.“Kami berterima kasih kerana pengorbanan warga media terutama yang bertugas di lapangan turut dihargai kerajaan negeri," katanya selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Kecemasan Covid-19 oleh kerajaan Terengganu kepada Kelab Wartawan Media Terengganu, di Wisma Darul Iman, semalam.Cek sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar Terengganu, Adram Musa dan disaksikan Timbalan Presiden KAWAT, Shuhaimi Ahmad.
09 Apr 20
75
Empty Image
Ahli Parlimen Dungun Pulang Balik Duit BPN
Wan Hassan. Foto ihsan - Rosli Ilham, Harian Metro.DUNGUN, 10 April - Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli akan memulangkan kembali duit Bantuan Prihatin Nasional (BPN)  yang diterimanya kepada pihak kerajaan.Wan Hassan berkata, beliau sudah membuat semakan dan mendapati bantuan sebanyak RM1,600 itu masih belum dikreditkan ke dalam akaunnya."Selepas ini, jika wang itu dimasukkan, saya akan menulis surat kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mengembalikan semula wang itu."Saya berharap LHDN dapat melupuskan nama saya dalam sistem kerana saya merasakan diri saya sangat tidak layak," katanya kepada Harian Metro semalam.Terdahulu, beliau merasa terkejut selepas dimaklumkan layak mendapat BPN dan perkara tersebut menjadi tular dalam masyarakat."Ketika itu saya sedang bermesyuarat tentang pembahagian bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 di Pejabat PAS Kawasan Dungun, kira-kira jam 10 pagi."Rakan memaklumkan kelayakan saya yang ditularkan oleh orang ramai itu saya kemudian saya membuat semakan dan terkejut perkara itu sememangnya benar."Saya menghentikan mesyuarat sekejap dan menghubungi isteri serta anak untuk bertanya sama ada mereka ada membuat permohonan."Namun mereka mengatakan tidak membuat sebarang permohonan,” tegasya.
09 Apr 20
103
Empty Image
COVID-19: Polis Terengganu Perketat Kawalan Di Dua Daerah
KUALA TERENGGANU, 9 April- Polis Terengganu memperketatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Dungun dan Besut, bermula hari ini.Menurut Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik, kawalan terbabit diperketat ekoran 30 orang penduduk di dua daerah itu  disahkan positif COVID-19.Katanya, peningkatan itu berpunca dari kaitan kluster tabligh."Kedua-dua daerah ini telah dikategorikan sebagai zon jingga."Seramai 156 kekuatan anggota ditugaskan mengawal kawasan berkenaan yang meliputi tiga kampung iaitu Kampung Tok Kah, Kampung Teluk Lipat dan Kampung Sungai Buaya."Pengunaan dron turut dilakukan bagi memantau lokasi-lokasi tersebut secara menyeluruh termasuk memberi amaran dan nasihat supaya orang ramai duduk di rumah," jelasnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Penyerahan 44 khemah sumbangan kerajaan negeri untuk ditempatkan di kawasan operasi sekatan jalan raya di negeri ini.Untuk rekod, hanya daerah Hulu Terengganu kekal dikategorikan zon hijau selain bebas sebarang kes Tangkapan Perintah Kawalan Pergerakan.Sementara itu, kompaun sebanyak RM1,000 akan mula dikenakan terhadap individu yang melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula hari ini.Pesalah PKP diberi masa dua minggu untuk menjelaskan kompaun berkenaan, jika gagal akan dihadapkan ke mahkamah.Dengan penguatkuasaan PKP, orang ramai tidak dibenarkan berada di luar rumah untuk urusan tidak penting.Mereka yang melanggar perintah itu boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000, atau kedua-duanya sekali
09 Apr 20
233
Empty Image
COVID-19: Tabung Covid-19 Terengganu Terima Sumbangan RM650 Ribu
KUALA TERENGGANU, 9 April- Sebanyak RM650 ribu disumbangkan kepada Tabung Bantuan Covid-19 Terengganu daripada pemain-pemain industri dalam negeri.Anak syarikat kerajaan negeri, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) menyumbangkan RM500 ribu untuk membantu tabung berkenaan yang disampaikan oleh ahli lembaga pengarah yang juga Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim.Manakala, Eastern Steel Sdn Bhd dan Permint Granite-HCM Sdn Bhd masing-masing menyumbang EM100 ribu dan RM50 ribu kepada Tabung COVID-19 Terengganu.Penyerahan tersebut disempurnakan dengan penerimaan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Terengganu bagi Menangani COVID-19 kali ke-5 di Wisma Darul Iman, hari ini.
09 Apr 20
48
Empty Image
COVID-19: Peruntukan Tambahan PRIHATIN Mampu Suntik Manfaat-MB Terengganu
Dr. Ahmad Samsuri.KUALA TERENGGANU, 9 April-Kerajaan Terengganu berharap peruntukan tambahan berjumlah RM10 bilion Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) PKS (Tambahan) dapat memberikan manfaat kepada pengusaha Perniagaan Kecil Sederhana (PKS) di negeri itu.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar turut merakamkan rasa terima kasih kerajaan negeri atas pengumuman pakej berkenaan oleh kerajaan Persekutuan. “Apa yang penting sekarang ialah untuk menggerakkan aktiviti ekonomi kerana tanpa rangsangan akan berlaku kelembapan ekonomi yang semakin berat.“Dalam suasana yang semua pihak tertekan, maka ekonomi perlu digerakkan terutamanya kepada industri sederhana dan besar. Kalau tidak, kesan Covid-19 akan terus berpanjangan,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Wisma Darul Iman, hari ini.Jelasnya, suntikan rangsangan dalam pakej tambahan itu akan mampu menggerakkan beberapa aktiviti ekonomi dalam masyarakat."Saya percaya, ia akan memberi kesan kepada rantaian yang lain dan masyarakat terlibat," katanya.Dalam pada itu, Dr. Samsuri turut menyatakan bahawa Pakej Rangsangan Terengganu Cakna Covid-19 dirangka dengan strategi yang sama dengan kerajaan Persekutuan."Pelaksanaannya kita fokus kepada yang memerlukan dahulu dan secara berperingkat kerana kesannya berantai, kalau kita berikan secara sekaligus pastinya akan ada yang terkesan dan sebagainya."Saya sudah maklumkan kepada ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (MMKN) bahawa kita akan mengusahakan pakej yang seterusnya selepas pengumuman daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkaitan hala tuju Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nanti," katanya.
09 Apr 20
90
Empty Image
COVID-19 : Terengganu Tanggung RM4 Juta Insentif Pengecualian Dan Penangguhan
Dr Alias Razak.KUALA TERENGGANU, 9 April - Kerajaan Terengganu melalui SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri) Bahagian Perumahan menanggung kos melebihi RM4 juta susulan langkah pengecualian bayaran sewa premis perniagaan milik kerajaan negeri bagi bulan April 2020 dan penangguhan bayaran sewa Program Perumahan Rakyat (PPR), Rumah Kos Rendah (RKR) dan Rumah Mampu Milik (RMM) untuk dua bulan iaitu April dan Mei 2020.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak mengesahkan perkara tersebut melalui Pakej Rangsangan Terengganu Cakna fasa dua yang diumumkan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, baru-baru ini.Terdahulu, kerajaan negeri mengumumkan beberapa lagi inisiatif bagi menjaga kebajikan rakyat Terengganu khususnya golongan yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April ini bagi membendung penularan wabak COVID-19.Menurut Dr Alias, sebanyak 991 keluarga yang menghuni PPR Hiliran, Kuala Terengganu akan ditangguhkan bayaran sewa dan kos penyelenggaraan selama dua bulan. Penangguhan ini akan diberikan pada bulan April dan Mei 2020 termasuk perkedaian."Ini adalah insentif penangguhan bayaran sewa PPR yang melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM173,765.00 sebulan," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.Tambahnya, melalui pakej rangsangan yang sama, sebanyak 10,809 keluarga yang tinggal di 77 projek RKR dan RMM di seluruh negeri Terengganu akan ditangguhkan bayaran sewa dan sewa beli bagi bulan April dan Mei 2020."Insentif ini juga mengambil kira keluarga yang tinggal di Pangsapuri Ladang Gemilang I & II (Kos Rendah) termasuk perkedaian," jelasnya.Namun katanya, sekiranya tempoh PKP dilanjutkan, kerajaan negeri berhasrat untuk menangguhkan sewa dan sewa beli sehingga tempoh perintah berakhir.Justeru beliau sangat berterima kasih di atas pertimbangan kerajaan negeri dalam meringankan beban rakyat yang terjejas akibat wabak COVID-19.
08 Apr 20
56
Empty Image
Penternak Ikan Sangkar Luah ‘Rasa Nak Mati’
Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 9 April – Penternak ikan sangkar meluahkan ‘rasa nak mati’ akibat terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan 18 Mac lalu.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, ia ekoran perniagaan yang diusahakan mengalami kemerosotan jualan sehingga menjejaskan kewangan mereka.Jelasnya, kerajaan tidak mampu membeli hasil pertanian dan ternakan untuk diagihkan kepada rakyat kerana ruang-ruang pasaran sangat sempit dan terhad."Semua sektor terjejas teruk, termasuk sektor penternakan akuakultur ikan dalam sangkar. "Sejak PKP, jumlah ikan siakap dan kerapu hibrid yang berjaya dijual hampir tiada kerana restoran dan hotel tidak beroperasi," katanya.Beliau berkata demikian selepas Program Penyerahan Bantuan Makanan Ikan kepada penternak Daerah Setiu, di Kuala Setiu, Permaisuri.Walau bagaimanapun, Dr Azman berkata, masalah tersebut tidak akan dibiarkan begitu sahaja sebaliknya sumbangan makanan ikan untuk pemilik sangkar ikan di Kuala Setiu sentiasa disalurkan."Dengan usaha yang ada juga, kita ikhtiar untuk bantu cari pasaran. Ada hasil yang boleh jalan dan ada hasil terkandas," ujarnya.Sementara itu, menurut beliau, langkah pemprosesan pembekuan seperti daging burung puyuh dan arnab perlu dijalankan bagi menghalang peningkatan kos penternakan."Saya sudah minta Pengarah Pertanian Negeri untuk tunjukkan kaedah membuat lada kering kepada petani yang tak dapat pasarkan lada. "Ruang sejuk di negeri kita terhad untuk semua hasil disimpan dalam bentuk sejuk beku," jelas beliau.Tambahnya, Pengarah Pertanian Terengganu juga telah menghubungi sendiri beberapa pasaraya di Terengganu untuk menawarkan hasil pertanian keluaran tempatan dipasarkan di premis mereka. "Di samping itu, kita juga berhubung dengan rakan-rakan di negeri-negeri lain bagi mencari ruang pasaran. Terengganu Agrotech Development Corporation (TADC) juga membuka 37 outlet pemasaran hasil pertanian seluruh negeri sebagai tambahan," jelasnya.
08 Apr 20
919