Artikel "Utama" Terkini
'Biru, Oren, Hijau, Semua Kita Bagi' - ADUN
KUALA TERENGGANU, 14 April - Bantuan keperluan harian dan kewangan sentiasa disalurkan kepada semua rakyat tanpa mengira ideologi serta pendirian politik mereka.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed berkata, prinsip itu sentiasa ditekankan kepada semua petugas Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) ketika mahu mengagihkan sumbangan.
"Daripada maklumat yang saya perolehi, memang bantuan kita agihkan kepada semua, sama ada UMNO, Parti Amanah Negara (Amanah), PAS dan lain-lain parti.
"Kita juga menerima saranan daripada pihak UMNO, mereka memberi cadangan nama untuk disampaikan kepada rakyat yang mereka rasa layak menerima bantuan," katanya ketika dihubungi media hari ini.
 Ahli Jawatankuasa UMNO DUN Bandar menerima sumbangan daripada MPKK.
Dalam perkembangan sama, ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong menegaskan, walaupun berbeza fahaman politik, setiap rakyat tidak harus dimangsakan.
Ujarnya, rakyat berhak mendapat layanan adil daripada semua pihak .
"Jika mereka daripada parti yang tidak sama dengan kita, tetapi dia layak mendapat bantuan, zalim sekiranya kita pinggirkan mereka.
 Pengerusi MPKK Hiliran Jejawi (kiri) menyerahkan bantuan duit kepada bekas JKKK.
"Itu yang kita belajar, dan itulah yang saya praktikan di lapangan, di DUN saya, kesemua rakyat yang tidak berkemampuan kita santuni.
"Kita tetap berikan mereka bantuan keperluan rumah, kewangan dan sebagainya," jelasnya.
Tegas Sulaiman lagi, orang ramai yang berada di luar kawasan diminta untuk merujuk kepada penduduk kampung yang terlibat dahulu sebelum mengeluarkan apa kenyataan.
"Kita tidak mahu timbul sebarang masalah atau isu yang boleh membawa fitnah dan perpecahan dalam masyarakat," tambah beliau.
Ahli parti Amanah turut tidak dipinggirkan.
Â
Â
14 Apr 20
165
COVID-19 : Bawa Pulang Pelajar Di Mesir Bukan Langkah Terbaik - ALBAB
KUALA TERENGGANU, 14 April- Pertubuhan Alumni Lepasan Blok Asia Barat (ALBAB) menegaskan, beberapa pertimbangan perlu diteliti pelbagai pihak terutama ibu bapa sebelum mengambil keputusan membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia di Kaherah, Mesir.Pengerusi ALBAB, Dr. Samsul Azhar Yahya mezahirkan kebimbangan tetang kebarangkalian wujudnya kluster baharu wabak Covid-19 akibat keputusan itu."Kemungkinan untuk wabak ini merebak agak tinggi apabila berada di dalam perjalanan pulang melebihi 8 jam kerana tiada jaminan bahawa semua yang berada di dalam penerbangan tersebut bebas dari jangkitan."Kita tidak mahu kluster pelajar Mesir menjadi salah satu kluster baru pandemik ini di Malaysia," katanya melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.Jelasnya, usaha membawa pulang para pelajar berkenaan juga bakal menimbulkan lebih banyak masalah kerana mereka turut berisiko tercicir dan terlewat kuliah apabila pusat pengajian kembali dibuka nanti."Mesir pada ketika ini telah menutup pintu kemasukan orang luar serta syarikat pelancongan dan ia bakal menyukarkan  pelajar untuk kembali semula ke Mesir selepas tempoh penangguhan."Tambahan pula, mengikut statistik yang disahkan Covid-19 setakat ini, statistik di Mesir masih rendah  berbanding negara lain yang mempunyai lebih ramai pelajar termasuk Amerika Syarikat, Jerman, United Kingdom dan beberapa buah negara Eropah lain," katanya.Tambah Syamsul Azhar, Wisma Putra turut menasihatkan para pelajar di luar negara untuk terus kekal di lokasi mereka menetap sehingga situasi pulih.Berdasarkan hal itu, beliau menasihatkan mana-mana pihak yang ingin membawa pulang pelajar dari Mesir supaya berunding  dengan pihak kedutaan dan Pengarah Education Malaysia Egypt (EME) kerana langkah itu nyata tidak menguntungkan."Saya  telah berhubung  dengan beberapa pihak  termasuk EME dan diberi jaminan pelajar berada dalam keadaan terkawal di rumah sewa dan di rumah negeri  di bawah pemantauan kerajaan negeri dan penaja serta tidak terputus bekalan makanan."Jangan  memberi gambaran  yang menakutkan kepada ibu bapa di Malaysia. Pihak ketiga seharusnya bekerjasama dengan pihak kedutaan untuk lebih menyediakan kemudahan atau khidmat nasihat untuk pelajar terus berada di Mesir," katanya.
14 Apr 20
102
Kadar Zakat Fitrah Di Terengganu RM7 Seorang
Foto Oleh: GoogleKUALA TERENGGANU, 14 April-Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menetapkan kadar fitrah bagi tahun ini tidak kurang RM7 setiap orang.Yang Dipertua MAIDAM, Dato’ Osman Muda berkata, kadar fitrah yang ditetapkan dibuat setelah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.Jelasnya, kadar itu bersamaan dengan nilai satu gantang Baghdad atau 2.60 kilogram atau 2.97 cupak beras."Pembayaran zakat boleh dibuat secara tunai kepada amil bertauliah, bayaran dalam talian menggunakan aplikasi Snap & Pay menerusi aplikasi ‘Google Play’ dan ‘Play Store’ serta ‘Financial Process Exchange’ (FPX) yang boleh diakses menerusi portal rasmi www.maidam.gov.my.“Selain itu, pembayar juga boleh menggunakan saluran perbankan Internet yang dilantik oleh MAIDAM. Maklumat berkaitan boleh diperoleh di www.maidam.gov.my,"katanya pada kenyataan di sini, hari ini.Osman juga berkata pihak MAIDAM menggalakkan umat Islam melaksanakan pembayaran zakat dan fitrah secara atas talian untuk disesuaikan dengan keadaan negara yang dilanda Covid-19 ketika ini.Osman berkata, pembayar yang tertakluk di bawah arahan kuarantin dinasihati supaya mewakilkan bayaran zakat fitrah dan zakat lain kepada orang lain atau menggunakan aplikasi dalam talian.Tambahnya lagi, MAIDAM mengenakan peraturan yang ketat ke atas prosedur penerimaan zakat dan fitrah oleh amil pada tahun ini disebabkan larangan PKP yang dikuatkuasakan."Para amil dikehendaki mematuhi segala arahan dan peraturan pihak kerajaan dari semasa ke semasa termasuk penjarakkan sosial ketika berurusan dengan pembayar, memakai penutup mulut dan hidung serta tidak berjabat tangan ketika berurusan,"ujarnya.
14 Apr 20
143
COVID-19 : Terengganu Lanjut Tempoh Penangguhan Aktiviti Masjid, Surau Sehingga 28 April
Foto: Tengku Syamim Tengku IsmailKUALA TERENGGANU, 14 April - Tempoh penangguhan semua aktiviti masjid dan surau di Terengganu dilanjutkan sehingga 28 April ini, selari dengan keputusan Kerajaan Persekutuan melanjutkan jangka masa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Dato' Osman Muda berkata, keputusan yang telah diperkenankan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin itu turut terpakai kepada solat Jumaat dan solat fardhu.Menurut beliau, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan turut perkenan sekiranya tempoh PKP dilanjutkan selepas 28 April ini, maka penangguhan aktiviti keagamaan di masjid dan surau dalam Negeri Terengganu diselaraskan sama dengan tempoh pelanjutan PKP yang ditetapkan oleh kerajaan."Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan menzahirkan rasa dukacita atas kesulitan yang perlu dihadapi oleh rakyat jelata sehingga menyebabkan kehidupan harian terjejas disebabkan wabak COVlD-19."Baginda berharap supaya semua rakyat jelata bersabar dan terus berdoa lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak lama lagi," ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pihak MAIDAM, hari ini.Osman berkata, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan turut berdoa agar semua rakyat jelata mampu menghadapi saat sukar ini dengan penuh rasa keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T."Dan baginda memohon kepadaNya agar wabak COVID-19 ini segera berakhir dan semua rakyat jelata berada dalam lindungan Allah S.W.T," ujarnya.
13 Apr 20
166
COVID-19 : Pekerja Kontrak Pengurusan Sisa Pepejal Terima Bantuan
Oleh : Ahmad Ezani RazaliKEMAMAN, 13 April - Seramai 145 orang pekerja kontrak pengurusan sisa pepejal seluruh Kemaman yang melibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik, Kijal, Cukai dan Air Putih masing-masing menerima bantuan, kelmarin.Penolong Pengarah Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar Majlis Perbandaran Kemaman, Siti Rahayu Mamat mewakili semua pekerja mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat yang telah menyampaikan sumbangan tersebut."Semua penerima ini terbahagi kepada pekerja kontrak kutipan sampah tong-tong awam untuk empat zon melibatkan 97 orang."Juga termasuk pekerja kontrak kutipan taman perumahan untuk 12 zon yang melibatkan empat orang pekerja bagi setiap zon."Mereka ini bekerja setiap hari dan tidak dibenarkan cuti tanpa alasan yang kukuh untuk memastikan pengurusan sisa pepejal berjalan dengan lancar," ujarnya ketika ditemui pemberita.Menurutnya, beliau turut mengharapkan agar insentif yang diberikan oleh kerajaan negeri itu dapat memberi semangat kepada mereka yang juga beraksi sebagai 'frontliner'."Saya mengharapkan mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik di dalam suasana negara yang sedang dilanda wabak jangkitan COVID-19 ketika ini."Majlis Perbandaran Kemaman turut menyediakan topeng muka dan sarung tangan kepada setiap pekerja."Manakala setiap lori yang digunakan oleh mereka disinfeksi setiap hari. Ini bagi memastikan keselamatan mereka turut terjaga dan terpelihara," ujarnya.Kesemua mereka menerima bantuan berbentuk wang tunai, beras dan pelbagai barangan dapur yang disampaikan oleh Hanafiah Mat di pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Cukai.
13 Apr 20
81
Individu Keluar Rumah Selepas Jam 8 Malam Akan Ditangkap
Dato' Roslee Chik.KUALA TERENGGANU, 13 April - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menangkap rakyat Terengganu yang berkeliaran selepas jam 8 malam tanpa sebarang sebab.Ketua Polis Terengganu, Dato' Roslee Chik berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tersebut terhadap mana-mana individu yang ingkar dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Katanya, walaupun sudah hampir sebulan PKP dilaksanakan, masih ada antara rakyat Terengganu yang memberi alasan tidak munasabah apabila keluar rumah."Contohnya mahu membeli air, makanan, barangan dan sebagainya walaupun sudah dimaklumkan operasi perniagaan di negeri ini hanya beroperasi sehingga jam 6 petang."Kita terpaksa ambil tindakan tegas seperti ini bagi memastikan rantaian COVID-19 ini terputus," katanya kepada media kelmarin.Mengulas tentang kesesakan lalu lintas di beberapa laluan di negeri itu, Roslee berkata, pertambahan kenderaan berlaku mungkin disebabkan beberapa premis perniagaan seperti bengkel kereta dan peralatan pertukangan yang dibenarkan beroperasi kembali."Sebelum ini, sepanjang PKP jumlah kenderaan adalah antara 5,000 hingga 6,000 namun kita lihat ada pertambahan sehingga 9,000 kenderaan sejak semalam."Mereka beralasan mahu ke bank, membeli makanan dan sebagainya, jadi kita benarkan tetapi kita harap alasan yang diberikan itu adalah benar," tambah beliau.
13 Apr 20
172
'GanuShop' : 800 'Runner' Disediakan Di Seluruh Terengganu
Nurkhuzaini Ab Rahman.KUALA TERENGGANU, 13 April - Seramai 800 penghantar makanan atau runner 'GanuShop' beroperasi pada Ramadan tahun ini dan kerajaan negeri akan menanggung elaun 'standby' mereka.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, caj penghantaran makanan pula diletakkan pada kadar yang minima berbanding harga pasaran.Jelasnya, dua inisiatif itu bagi mengelakkan harga makanan meningkat di samping menggalakkan orang ramai untuk memiliki juadah berbuka puasa dan sahur secara atas talian."Kerajaan negeri bersetuju untuk membayar kos elaun tersebut kepada 25 penghantar makanan di setiap DUN."Ia sekali gus mewujudkan 800 peluang pekerjaan (runner) di sepanjang bulan Ramadan lebih-lebih lagi dalam suasana tidak menentu ini," katanya semasa Wawancara Khas di Studio TV Darul Iman hari ini.Menurut beliau, orang ramai yang berminat untuk menjadi penghantar makanan boleh membuat permohonan di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN masing-masing."Segala permohonan mesti dibuat di PKM sebaik sahaja aplikasi ini dilancarkan," jelasnya.Dalam pada itu, Nurkhuzaini berkata, tahap kebersihan setiap makanan yang dijual juga akan dipastikan berada pada tahap terbaik."Walaupun makanan dimasak di rumah dan terlindung daripada orang ramai, kita tetap akan pastikan makanan tersebut bersih."Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah bersetuju untuk melakukan tinjauan dari rumah ke rumah (penjual) secara rawak di sepanjang bulan Ramadan," tambah beliau.
13 Apr 20
61
'GanuShop' Dilancar 15 April, Ganti Bazar Ramadan
Orang ramai boleh memuat turun aplikasi 'GanuShop' di Play Store bermula 15 April.KUALA TERENGGANU, 13 April - Aplikasi bazar Ramadan 'online' Terengganu atau 'GanuShop' dijangka akan dilancarkan pada 15 April ini.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, aplikasi yang mengandungi elemen peniaga, pembeli, penghantar makanan dan proses pembayaran itu adalah pengganti kepada penganjuran bazar Ramadan tahun ini."Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) akan mengetuai setiap sistem dan operasi yang akan dilancarkan paling awal pada 15 April nanti."Sekarang ini kita 'running test' aplikasi itu dengan melibatkan lebih 30 usahawan dan ia sudah di fasa akhir."Kita mahu setiap usahawan yang sudah biasa dengan sistem itu memberi komen balas agar tidak timbul sebarang masalah selepas dilancarkan kelak," katanya dalam Wawancara Khas di Studio TV Darul Iman hari ini.Nurkhuzaini berkata, aplikasi bazar online itu akan dilancarkan pada 15 atau 16 April.Mengulas lanjut, Nurkhuzaini berkata, pendaftaran melibatkan peniaga dan penghantar makanan pula akan diuruskan oleh Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula pada hari pelancaran.Ujarnya, keutamaan diberikan kepada 7,180 peniaga bazar Ramadan tahun lalu kerana operasi penyediaan makanan mereka sudah dipantau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)."Jadi untuk pendaftaran baharu, kita ikut 32 DUN, PKM masing-masing akan buat pemilihan selepas setiap peniaga mendaftar secara 'online' di 'link' yang akan kita berikan semasa pelancaran nanti."Mesyuarat penyelarasan atau taklimat juga akan dibuat bersama semua wakil DUN seluruh Terengganu," jelas beliau.
12 Apr 20
108
COVID-19: 199 Penggiat Pelancongan Terengganu Bakal Terima Bantuan 'One Off'
KUALA TERENGGANU, 12 April- Kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan wang tunai berbentuk sekali bayar (one off) kepada penggiat industri pelancongan yang terjejas akibat COVID-19.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan Dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman berkata, seramai 199 penggiat pelancongan di negeri ini telah dikenal pasti layak menerima bantuan berkenaan."Mereka terdiri daripada 48 orang pengayuh beca serta 17 orang pemandu bot penambang."Termasuk juga 99 orang pemandu pelancong bandar dan pemandu pelancong alam semulajadi serta 35 orang Malim Gunung daerah Dungun," ujarnya.Beliau berkata demikian pada sidang media Pelan Cakna Rakyat Dalam Menangani Wabak COVID-19 Bagi Sektor Pelancongan Negeri Terengganu di Duyung Marina & Resort, hari ini.Ariffin berkata, jumlah bantuan 'One Off' yang akan diterima oleh para penggiat pelancongan terbabit bakal diumumkan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam masa terdekat.Menurut beliau, bantuan berkenaan merupakan antara tindakan segera dan utama  pelan strategik pelancongan negeri dalam usaha untuk mengembalikan kerancakkan ekonomi dalam sektor pelancongan di negeri ini.
11 Apr 20
111
COVID-19: Seluruh Pasar Utama Terengganu Selesai Dinyah Cemar
Operasi yang dijalankan pagi tadi.KUALA TERENGGANU, 10 April - Kerajaan negeri telah melakukan operasi nyah cemar di seluruh pasar yang menjadi tumpuan orang ramai di Terengganu hari ini bagi membendung penularan wabak COVID-19.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, operasi di 42 pasar terkemuka itu melibatkan beberapa agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT)."Kita memilih pasar kerana ia merupakan kawasan tumpuan orang ramai yang kita yakin virus tersebut mudah merebak di tempat ini."Operasi seperti ini kita akan jalankan bergantung kepada situasi semasa wabak tersebut termasuk kejadian kes di Terengganu," katanya ketika ditemui media selepas operasi disinfeksi di Pasar Borong Gong Pauh, di sini hari ini.Turut menyertai operasi itu adalah Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar, serta Pengarah Jabatan Persekitaran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Che Wan Mohd Zulkifli Che Wan Jalil.Anggota bomba yang bertugas di barisan hadapan.Sementara itu, mengulas operasi di daerah Kemaman, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Jusman Ibrahim ketika dihubungi berkata, proses nyah cemar telah bermula sejak 16 Mac lalu yang diadakan secara berkala."Ia melibatkan lokasi-lokasi seperti pasar awam, tandas awam, taman rekreasi awam, perhentian bas, rumah ibadat dan premis makanan dan bukan makanan milik MPK."Hari ini kita buat secara bersepadu di setiap daerah, bagi menyekat penularan wabak pandemik itu."Kerja-kerja nyah cemar ini juga sedang diperluaskan kepada 191 buah rumah ibadat di Daerah Kemaman," jelasnya.Menurut Jusman lagi, pihak Majlis juga mendapat tajaan bahan serta peralatan nyah cemar daripada Syarikat Malay Sino Chemical Industries dan Joo Hin Hardware & Machinery.Proses nyah cemar di Kemaman."Selain itu, Syarikat Encompass Industrial juga turut menyumbang peralatan PPE iaitu sarung tangan bagi kegunaan anggota semasa menjalankan kerja-kerja nyah cemar," tambah beliau.
10 Apr 20
26