lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Masalah Dadah Kalangan Pelajar Perlu Ditangani Secara Serius
Masalah Dadah Kalangan Pelajar Perlu Ditangani Secara Serius
KUALA TERENGGANU, 11 Ogos- Masalah dadah di kalangan pelajar perlu ditangani secara serius semua pihak termasuk kerajaan bagi memastikan agenda Transformasi Pendidikan Sekolah 2050 (TS 25) dapat dicapai Kementerian Pendidikan Malaysia.  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim berkata, untuk itu kerajaan negeri perlu membentuk satu jawatankuasa bertindak yang lebih serius. "Beri peruntukkan yang banyak untuk menangani kes ini supaya tidak menjadi satu barah. Kita tahu bagaimana Perang Candu di China boleh memusnahkan sebuah negara. Kita bimbang takut negeri dan negara kita suatu masa nanti akan dipenuhi oleh penagih dadah dan penagih-penagih dadah ini bukan sahaja melibatkan golongan yang tidak cerdik malah termasuklah pelajar-pelajar universiti. "Jadi saya ingin mencadangkanlah disini kalau boleh ambil satu inisiatif dengan kapasiti kita sekarang ini sebagai kerajaan negeri dengan libatkan semua pihak untuk kita mencegahnya sebelum parah," ujarnya.  Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Ke Bawah DYMM Sultan Terengganu pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Keempat Belas di Wisma Darui Iman, di sini, semalam.  Katanya, merujuk pada statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) penglibatan pelajar didalam masalah penyalahgunaan dadah terutama jenis 'Methaphetamine' atau pil kuda menunjukkan berlaku peningkatan yang sangat mengejutkan.  "(Tahun) 2014, 6036 kes baru dicatatkan manakala tahun 2019 mencatat satu peningkatan luar biasa iaitu 16,154 kes seluruh negara termasuklah Negeri Terengganu.  "Satu peningkatan yang sangat mengejutkan kita dan inilah pasaran-pasaran masyarakat, samada pasaran dalam pekerjaan ataupun didalam industri dimana remaja kita ini akan menempatkan diri mereka didalam pelbagai sektor sedangkan bina insan didalam diri mereka tidak menjadi,"ujarnya.  Justeru katanya penglibatan semua pihak termasuk wakil rakyat, Majllis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), dan Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) perlu memainkan peranan disamping AADK dan PDRM.  "Dari segi kesungguhan semua pihak perlu diaktifkan dengan lebih serius. (Justeru) saya mengajak semua ahli dewan yang ada di sini daripada atas, pertengahan sampai ke bawah kita cuba serius dan turun padang dengan cara lebih tersusun untuk menangani kes ini, "katanya. Diantara faktor berlaku hal demikian katanya 50 peratus daripada  27, 000 kes yang berlalu adalah disebabkan pengaruh rakan.  "Sebenarnya dapat disekat pertamanya oleh ahli keluarga, oleh kerana keluarga yang ada dalam masyarakat kita ini pelbagai jenis pendidikan, cara dan gaya mereka anak dan sebagainya menyebabkan berlakunya kelompangan dalam kawalan (akhirnya) anak-anak terbiar bebas dan akhirnya terjebak masalah dadah, "ujarnya. Tambah beliau, di sekolah proses kemenjadian murid selari dengan program TS 25 dilihat berkesan dan mencapai standard yang diingini dalam mendidik para pelajar kerana sarat disiplin dan penerapan nilai-nilai murni tetapi masalah berlaku apabila diluar sekolah. Bagi menjayakan TS25 itu juga katanya perlu dibina hubungan diantara PIBG dan PIBK bagi memastikan kemenjadian murid yang bebas dari gejala buruk.
10 Aug 20
557
Pusat Pemulihan Dadah Holistik Beroperasi Januari Depan
Pusat Pemulihan Dadah Holistik Beroperasi Januari Depan
  KUALA TERENGGANU, 10 Ogos - Pusat pemulihan dadah secara holistik yang menggunakan pendekatan lebih komprehensif dijangka beroperasi mulai Januari tahun depan di Kem Chador, Marang dengan pengambilan 100 pelatih. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, kerajaan negeri akan mengadakan kerjasama dengan pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Terengganu dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Kebangsaan berkaitan pemilihan pelatih. Katanya, mereka yang dipilih termasuk yang tinggal di kawasan pendalaman dan benar-benar mahu berubah kepada kehidupan lebih baik. "Pusat pemulihan dadah itu berada dalam peringkat penyelesaian isu tanah dan pemilikan bangunan sedia ada antara Lembaga Tabung Warisan Negeri Terengganu dan Sri Miah Sdn Bhd melibatkan kos RM1.5 juta. Permohonan tapak sebagai cadangan adalah tapak Program Latihan Khidmat Negara PLKN Kem Chador, Marang, Terengganu sebelum ini yang berkeluasan kira-kira 40 ekar. “Dalam konteks pemilihan pelatih, kita tidak akan memaksa mereka  untuk berubah sebaliknya menggunakan pendekatan  kerohanian dan mendalami ilmu agama, mengaji al-Quran, pentingnya solat apabila pelatih ke pusat itu kelak,”katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Wan Hapandi Wan Nik (Sura-PAS) pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14, di Wisma Darul Iman hari ini. Mengulas lanjut, beliau memaklumkan anggaran kos perbelanjaan pengurusan bulanan yang akan ditanggung oleh pihak kerajaan RM1.499 juta, termasuk kos gaji, emolumen, pengurusan dan operasi. Konsep secara holistik yang dimaksudkan adalah secara bersepadu, kerana itu pemilihan pelatih adalah daripada bukan penagih tegar kerana penagih tegar diuruskan oleh AADK "Hanya mana-mana pelatih yang sudah dikeluarkan daripada pihak penjara, kita akan ambil dan dibuka secara sukarela serta dididik di pusat ini. "Sistem itu nanti merangkumi dua segmen, pertama adalah melalui konsep kerohanian, iaitu rawatan secara dalaman. "Kedua adalah membuat perkampungan melalui projek-projek dari sudut kemahiran, seperti pertanian, penternakan sehingga mereka sesuai untuk keluar bersama-sama masyarakat setempat dan jika sebaliknya, mereka akan kekal di situ sehingga akhir hayat," tambah beliau.
10 Aug 20
2299
Parkir MBKT Diswastakan, Apa Rasionalnya?
Parkir MBKT Diswastakan, Apa Rasionalnya?
KUALA TERENGGANU, 10 Ogos - Kerajaan negeri menjelaskan penswastaan parkir berbayar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) merupakan langkah terbaik bagi mengatasi kerugian pihak berkuasa tempatan itu. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr. Alias Razak berkata, MBKT berdepan kerugian selama beberapa tahun disebabkan sistem manual yang digunakan banyak mengalami kerosakan. "Sejak tahun 2016, MBKT mengalami kerugian bersih melibatkan parkir sahaja berjumlah RM170 ribu, RM484 ribu bagi tahun 2017, RM850 ribu (2018) dan sebanyak RM918 ribu pada 2019. "Memang betul, sebelum ini MBKT memperoleh hasil sekitar tiga ke empat juta setahun berbanding RM1.3 juta yang diterima dari pihak pengurusan swasta. Tetapi, kos operasi berterusan kita tinggi sehingga menyebabkan defisit," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Wisma Darul Iman, hari ini. Dr Alias turut memaklumkan, kerajaan negeri mengambil inisiatif memperbaharui sistem kepada digital dengan penjimatan melalui penswastaan.  "Langkah ini lebih efisien dan memberi untung tetap kepada MBKT serta kita tidak dibebankan dengan cas servis. "Daripada 70 orang kakitangan, 34 kakitangan dikekalkan dan 36 yang lain diserapkan ke jabatan lain serta pihak pengurusan swasta berkenaan namun, masih kekal berstatus kakitangan kerajaan yang tetap dan berpencen," katanya. Terdahulu, syarikat Vista Summerose  Sdn. Bhd. terpilih melalui tender terbuka untuk menguruskan sistem digital parkir berbayar MBKT bagi lebih 6,000 tapak parkir di ibu negeri itu.    
10 Aug 20
2500
ADUN Kemasik Nafi Terlibat Kes Rasuah
ADUN Kemasik Nafi Terlibat Kes Rasuah
KUALA TERENGGANU, 10 Ogos - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili yang dikaitkan dengan rasuah bernilai RM500,000 bagi satu projek pasir di Terengganu menafikan dakwaan tersebut hari ini. Menurut beliau, pihaknya memandang serius dakwaan itu dan akan meneliti butiran tertentu termasuk berbincang dengan peguam sebelum mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya. "Saya tidak pasti bagaimana isu berkenaan boleh dikaitkan dengan saya dan saya juga hanya mengetahui isu berkenaan daripada Facebook. "Saya akan tengok dulu sebelum ambil tindakan sewajarnya selepas perbincangan bersama pihak peguam. "Saya tidak tahu apa tujuan mereka tetapi dalam politik, ada yang tidak puas hati, apa-apa pun tindakan akan diambil," katanya ketika dihubungi media selepas Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14, di Wisma Darul Iman hari ini. Beberapa hari lalu, tular di media sosial beberapa tangkap layar yang didakwa perbualan antara Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Integrity & Strategic Studies Institute (T-ISSI), Nurul Islam Mohamed Yusoff dengan seorang individu yang dipercayai seorang kontraktor. Perbualan di aplikasi Whatsapp itu turut dimuat naik dalam akaun Facebook beberapa penyokong dan pemimpin Pakatan Harapan. Hasil tinjauan di status itu Facebook juga mendapati rata-rata pengguna media sosial mempersoal mengapa individu yang mendakwa mempunyai bukti rasuah tidak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).  
10 Aug 20
8191
Selesaikan Masalah Pembinaan Rumah PR1MA Di Rantau Abang
Selesaikan Masalah Pembinaan Rumah PR1MA Di Rantau Abang
KUALA TERENGGANU, 10 Ogos - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun mendesak supaya kerajaan menyegerakan pembinaan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) seperti yang dijanjikan sebelum ini kerana sudah tertangguh sekian lama. Menurut beliau, dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) 2016 telah dimaklumkan bahawa projek PRIMA akan dibina di Rantau Abang. “Malangnya sehingga ke hari ini belum menjadi kenyataan dan kemungkinan ia masih dalam perancangan. “Diharapkan pihak kerajaan dan agensi berkaitan menyegerakan pembinaannya kerana ia terlalu lama tertangguh sedangkan tapaknya sudah ada,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Ke Bawah DYMM Sultan Terengganu pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Keempat Belas di Wisma Darul Iman di sini, hari ini. Sementara itu, Alias merakamkan ucapan penghargaan kepada kerajaan negeri atas usaha memenuhi keperluan rakyat khususnya golongan B40 di Terengganu berkait dengan perumahan untuk rakyat . “Tahniah kepada kerajaan negeri kerana memperkenalkan dasar perumahan patuh syariah, yang mana ini suatu yang perlu kita tonjolkan kepada umum bahawa kita betul-betul melaksanakan perintah Allah supaya sesiapa saja yang mendapat rumah sekurang-kurangya ada tiga bilik. “Terima kasih juga kerana berusaha merealisasikan janji untuk membina sebanyak 20,000 unit rumah menjelang 2022 walaupun ketika ini sesetengahnya masih dalam pembinaan dan perancangan tetapi diharapkan ia disegerakan demi kepentingan rakyat,” ujarnya.  
10 Aug 20
793
YPU Sasar Perniagaan Emas Sebagai Hasil Baharu Terengganu
YPU Sasar Perniagaan Emas Sebagai Hasil Baharu Terengganu
KUALA TERENGGANU, 10 Ogos - Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) berhasrat untuk menceburi perniagaan emas secara khusus bagi menjana pendapatan negeri pada masa depan. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman memaklumkan, usaha tersebut sedang dinilai berikutan harga emas yang kini melonjak tertinggi dalam sejarah. "Pada peringkat awal ini tidaklah, tetapi penglibatan awal adalah untuk mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan fungsi dan tanggungjawab YPU. Sekiranya ia baik untuk kerajaan negeri, pelan ini akan dibentangkan. "Ketika ini, perniagaan ini diusahakan oleh syarikat Terengganu Metal Ex-Trade Sdn Bhd (TMEx) dan YPU menyokong serta bersetuju menawarkan seorang pegawai kanan sebagai ketua pegawai eksekutif bagi memandu TMEx," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Wisma Darul Iman, hari ini. ADUN Kota Putera itu turut menjelaskan modal berbayar YPU dalam syarikat itu ialah sebanyak RM1 juta dengan pegangan saham 20 peratus bernilai RM200,000. Terdahulu, harga emas mencapai harga tertinggi dalam sejarahnya sendiri dan bernilai RM275.51 hari ini, meningkat lagi berbanding RM274.96 semalam.          
10 Aug 20
1008
Kadar Pengangguran Di Terengganu Terus Berkurang
Kadar Pengangguran Di Terengganu Terus Berkurang
KUALA TERENGGANU, 10 Ogos – Kadar pengangguran di Terengganu terus berkurang kepada 3.3 peratus pada suku pertama tahun ini iaitu sehingga Mac 2020. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar berkata, data yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan memperlihatkan kadar pengangguran itu berkurang 0.2 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding 2019. “Pada tahun 2018 kadar penganguran di Terengganu adalah 4.8 peratus, kemudian pada tahun 2019 ia terus menurun kepada 3.5 dan suku pertama tahun ini sebanyak 3.3 peratus. “Untuk tahun ini, Jabatan Perangkaan telah mengeluarkan data pengangguran untuk suku pertama sahaja, data bagi suku kedua dijangka akan dikeluarkan pada Ogos,” katanya. Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan bertulis yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Abd Rahman pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Keempat Belas di Wisma Darul Iman di sini hari ini.  
10 Aug 20
982
Terengganu Tubuh Urus Setia Wanita
Terengganu Tubuh Urus Setia Wanita
KUALA TERENGGANU, 9 Ogos - Sebuah jawatankuasa Urus Setia Wanita Terengganu secara rasmi ditubuhkan hari ini oleh kerajaan negeri melalui portfolio Pembangunan Wanita & Keluarga bagi menjaga kedudukan golongan berkenaan seiring dengan hasrat dan kehendak rakyat. Hanafiah Mat. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, kerajaan negeri memandang serius keperluan urus setia tersebut yang akan berperanan untuk membangunkan peranan wanita dalam institusi masyarakat. "Alhamdulilllah sebagaimana yang dibentangkan oleh Menteri Besar dalam bajet yang lalu, penubuhan Urus Setia Wanita Terengganu telah dipersetujui kerajaan negeri bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan portfolio wanita khususnya dapat dibuat dengan sebaik mungkin. "Kita amat berhasrat untuk mendengar bahkan mengangkat suara wanita bagi merealiasikan hala tuju rakyat negeri Terengganu. Buat masa ini pejabat urus setia ini akan beroperasi di TD1303 dengan siri-siri 'roadshow' sedang dirancang dan akan berjalan dari masa ke masa," ujarnya dalam satu kenyataan pada sidang media di Paya Bunga Hotel di sini hari ini. Zuraida Md Noor. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor menyifatkan, penubuhan urus setia terbabit menunjukkan keseriusan kerajaan negeri terhadap pembangunan wanita seiring Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030. "Saya sangat berbesar hati di atas pencapaian ini dan berterima kasih kepada kepimpinan kerajaan negeri yang prihatin terhadap isu-isu wanita yang perlu diambil berat dan diketengahkan bagi mencapai visi dan misi PITAS 2030. "Justeru dengan adanya urus setia ini, ianya akan sekali gus membantu peranan Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam bekerjasama menyelesaikan isu-isu wanita yang berbangkit," ujarnya. Urus Setia Wanita Terengganu yang mula beroperasi sejak awal bulan ini, akan diketuai Pengarahnya, Wan Nur Sakinah Din bersama tujuh lagi ahli jawatankuasanya yang telah dilantik. Mengulas lanjut, menurut Sakinah, urus setia wanita yang dipertanggungjawabkan itu berperanan berdasarkan beberapa teras, antaranya termasuklah pembangunan diri wanita, pemeliharaan hak-hak wanita, penglibatan golongan wanita serta pemerkasaan institusi dan sistem sokongan keluarga. Turut hadir dalam sidang media tersebut, Pegawai Khas Hal Ehwal Wanita Pejabat Menteri Besar, Khairiah Mokti.
09 Aug 20
2443
Kajian Impak COVID-19 Di Terengganu Dibentangkan
Kajian Impak COVID-19 Di Terengganu Dibentangkan
KUALA TERENGGANU, 9 Ogos - Dapatan kajian impak pandemik COVID-19  di Terengganu dan langkah baharu yang perlu dilaksanakan pelbagai pihak untuk sektor perniagaan khususnya dalam mendepani wabak berkenaan telah dibentangkan dalam satu majlis yang berlangsung di Wisma Darul Iman, hari ini. Pembentangan berkaitan dengan Laporan Tinjauan Khas COVID-19 Terhadap Ekonomi Dan Individu telah disampaikan oleh Ketua Perangkaan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin manakala Kajian Impak COVID-19  Ke Atas Sosioekonomi (Individu Dan Perniagaan) Di Terengganu pula oleh Pensyarah Universiti Malaysia Terengganu, Prof Dr. Nur Azura Sanusi. Manakala pembentangan bertajuk kajian Impak Bisnes Terengganu disampaikan oleh yang Dipertua Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Melayu, Ahmad Izani Abd. Ghani. Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pelbagai cadangan dan permasalahan yang ditimbulkan pada pembentangan tersebut memerlukan tindakan lanjut daripada pihak berkaitan. “Secara keseluruhannya, pembentangan ini memberikan maklumat penting kepada kita termasuk data, permasalahan yang dihadapi rakyat serta kesan COVID-19 kepada sektor peniagaan negeri. “Justeru, sebagai ‘policy maker’ kita berperanan untuk memperhalusi setiap cadangan yang diutarakan oleh para pembentang dengan mendahulukan apa yang terpenting demi kepentingan rakyat,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Program Pembentangan Dapatan Kajian Impak Pandemik COVID-19 Di Terengganu di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini. Turut hadir, barisan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Negara serta ketua-ketua jabatan. Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pembentang yang sudi berkongsi maklumat yang penting mengenai COVID-19 kepada kepimpinan kerajaan negeri yang berperanan besar untuk membangunkan  negeri.  
09 Aug 20
904
Empat Agenda Dalam Sidang DUN
Empat Agenda Dalam Sidang DUN
Oleh: Rohayati Ripin KUALA TERENGGANU, 8 Ogos - Empat agenda penting akan dibawa dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 10 Ogos ini. Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato' Yahaya Ali berkata, terdapat dua usul dan dua Rang Undang-Undang yang akan dibentangkan pada persidangan tersebut. "Dua usul iaitu menjunjung kasih atas titah ucapan Diraja dan berkait dengan penubuhan Kumpulan Wang Amanah.  "Ini sebenarnya lebih kepada soal menjadikan akaun kerajaan negeri lebih cekap supaya dari segi pengurusannya lebih realistik'" ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemu bual pengacara konti Manis FM, semalam.  Menurutnya, kerajaan negeri bukan sahaja menekankan soal (cash flow) aliran tunai tetapi mengambil kira dari segi aset dan juga  isu-isu yang lain termasuk bidang perakaunan untuk menjadikan akaun kerajaan negeri menjadi lebih cekap. Selain itu, Rang Undang-Undang Enakmen Sumber Air yang merupakan satu enakmen baru menggantikan enakmen bekalan air sebelum ini juga akan dibentangkan. "Enakmen ini menjurus kepada bidang kuasa kerajaan negeri yang lebih luas berhubung dengan pengurusan air.   "Sebab itu kerajaan negeri berhasrat daripada enakmen yang bakal diluluskan ini dari segi pengurusan air, penjagaan alam sekitar dan perkara-perkara berkait dengan bagaimana nak menjadikan sumber air di negeri Terengganu ini dapat diuruskan dengan lebih sempurna," ujarnya  Tambah beliau, dari segi jangka panjangnya, kerajaan negeri boleh membangunkan sumber air ini dan memberikan keuntungan. Sementara itu, isu yang berkait dengan Rang Undang-Undang ialah cadangan pindaan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi kerajaan negeri Terengganu iaitu  berhubung dengan had umur calon.  "Kita nak seragamkan apa yang telah diluluskan di peringkat parlimen maka dengan sendirinya kerajaan negeri perlu meluluskan perkara ini sama dengan kerajaan persekutuan had umur calon  daripada 21 kepada 18 tahun.  "Kerajaan negeri sangat  meraikan hasrat golongan muda bukan sahaja dari segi umur mengundi. "Kita harap 18 tahun ke atas adalah umur rakyat negeri kita ini menjadi lebih matang," tambah beliau lagi.
08 Aug 20
575