lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Pesakit Wad Kelas Ketiga Terengganu Bakal Nikmati Caj Percuma Bila-Bila Masa
Pesakit Wad Kelas Ketiga Terengganu Bakal Nikmati Caj Percuma Bila-Bila Masa
KUALA TERENGGANU, 15 Oktober - Kerajaan negeri memberi jaminan pesakit wad kelas ketiga di hospital milik kerajaan di seluruh Terengganu akan menikmati caj perubatan secara percuma bila-bila masa sahaja dari sekarang bermula bulan ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, kemudahan tersebut disediakan khusus kepada rakyat Terengganu yang menjadi pesakit wad kelas itu tanpa mengira golongan. "Persetujuan telah dicapai antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kerajaan negeri mengenai perkara ini sebelum ini. Di peringkat kita semua persiapan telah dibuat, hanya tinggal menunggu surat rasmi dari Putrajaya bagi pelaksanaan serta-merta. "Kita jangkakan dalam masa beberapa hari lagi perkara ini akan selesai dan berjalan serta-merta insya-Allah dalam bulan ini juga," katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam. Caj percuma pesakit wad kelas ketiga adalah satu daripada 20 perkara yang dijanjikan oleh PAS Terengganu dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Ia akan dilaksanakan di enam buah hospital di seluruh negeri Terengganu membabitkan Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu serta hospital di Dungun, Setiu, Besut, Kemaman dan Hulu Terengganu. Menurut beliau, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM5 juta setahun untuk pelaksanaan caj percuma bagi wad kelas ketiga demi meringankan beban rakyat negeri Terengganu yang berpendapatan rendah terutamanya. Untuk rekod, caj wad kelas ketiga yang dibayar pesakit di hospital di negeri ini berjumlah RM3.89 juta dengan jumlah seramai 84,946 pesakit pada 2017 dan RM3.6 juta membabitkan 76,206 pesakit pada 2018.
15 Oct 20
2633
COVID-19 : RM4.38 Juta Bantu Peniaga Terjejas
COVID-19 : RM4.38 Juta Bantu Peniaga Terjejas
  KUALA TERENGGANU, 15 Oktober— Kerajaan negeri melalui Tabung Pemulihan PKS Terengganu Covid-19 menyalurkan  peruntukan sebanyak RM4.38 juta dibawah Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) kepada 333 usahawan di negeri ini yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Ahmad Farhan Abdul Wahab berkata peruntukan melalui Tabung Pemulihan PKS Terengganu COVID 19 ini merupakan pinjaman patuh syariah tanpa riba yang mana bayaran balik adalah dalam tempoh lima tahun. “Pembiayaan pinjaman adalah antara RM5,000 hingga RM50,000 setiap usahawan bergantung kepada tahap kerugian yang dialami dan prosesnya dipermudahkan tanpa memerlukan penjamin dari pihak peminjam "Pinjaman khas ini diharap dapat memberi ruang untuk usahawan menyusun semula strategi perniagaan yang telah terjejas agar mampu bertahan dan bangkit semula bagi tempoh pasca COVID-19," katanya. Sementara itu, Ahmad Farhan berkata YPU terpaksa membatalkan beberapa program yang melibatkan kempen promosi perniagaan usahawan Terengganu berikutan peningkatan mendadak kes COVID-19 sejak akhir-akhir ini. Jelasnya, program-program yang berskala kecil masih diteruskan bagi membantu usahawan-usahawan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). “Contohnya seperti yang berlangsung baru-baru ini iaitu Program Jualan Malaysia dan Kempen Beli Barangan Malaysia Terengganu yang berlangsung pada 24 hingga 27 September lepas. "Jualan melibatkan 41 usahawan itu berjaya merekodkan jualan sebanyak RM87,720.20 bagi tempoh empat hari,”ujarnya.
15 Oct 20
2144
Santuari Kelah Tasik Kenyir Ditutup Sementara
Santuari Kelah Tasik Kenyir Ditutup Sementara
  KUALA TERENGGANU, 15 Oktober- Santuari Kelah Tasik Kenyir akan ditutup kepada orang ramai bermula Jumaat ini hingga akhir Februari tahun hadapan. Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa  berkata penutupan awal ini adalah disebabkan beberapa faktor keselamatan termasuk bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 yang semakin meningkat. “Faktor lain yang turut mempengaruhi penutupan awal berikutan penurunan paras air yang drastik (136.93 meter) menyebabkan kesukaran laluan ke Santuari Kelah buat masa ini,”katanya dalam satu kenyataan hari ini. Tambah beliau lagi, pra monsoon yang diramalkan bermula esok  oleh Jabatan Meteorologi  di Pantai Timur juga menyebabkan pihaknya membuat keputusan  untuk menutup santuari kelah lebih awal dari kebiasaan.  
15 Oct 20
2954
COVID-19 : Langkah Drastik Jejaki Kontak Rapat Berjaya
COVID-19 : Langkah Drastik Jejaki Kontak Rapat Berjaya
BESUT, 14 Oktober – Langkah drastik yang diambil kerajaan negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) bagi membendung penularan wabak COVID-19 daripada terus merebak dalam kalangan masyarakat berjaya. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan, dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, persiapan rapi telah dibuat sebagai persediaan sebelum menghadapi gelombang kedua dan ketiga penularan wabak ini. "Alhamdulillah, setakat ini kelengkapan cukup di hospital dan pusat kuarantin selain kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang ada terdiri daripada mereka yang berpengalaman untuk menjejaki kontak rapat kes positif COVID-19," katanya. Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas lawatan ke tapak projek pembinaan projek RMM di Kampung Tempinis, Jabi dan projek pembinaan RMM Bukit Cina, Hulu Besut baru-baru ini. Turut hadir, Timbalannya, Ustaz Ahmad Shah Muhamed dan Pegawai Penyelaras DUN Hulu Besut, Ustaz Mat Daik Mohamad. Mengulas lanjut, Dr. Alias berkata, antara kluster baru wujud di Terengganu ialah mereka yang pulang daripada Sabah baru-baru ini. "Alhamdulillah pihak KKM terus dapat menjejaki kontak rapat kes positif ini sekaligus mengasingkan mereka di pusat kuarantin untuk peringkat permulaan. "Dari segi kawalan kes, insya-Allah kita mampu menguruskannya dengan baik, jika kerjasama daripada semua pihak berperanan dengan membudayakan norma baharu dalam kehidupan seharian," ujarnya. Untuk rekod, Terengganu tidak merekodkan sebarang kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh tiga hari berturut-turut.
14 Oct 20
1271
Mak Cik Maimun Sebak Kumpulan EPIC Hulur Bantuan
Mak Cik Maimun Sebak Kumpulan EPIC Hulur Bantuan
KUALA NERUS, 14 Oktober – Seorang Ibu Tunggal di Kampung Kubur Timah, Maimun Yunus tidak dapat menahan sebak apabila Kumpulan Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) Berhad menyampaikan bantuan keperluan asas beserta wang tunai kepada keluarganya. Maimun, 61, berkata setelah kehilangan suami akibat kanser paru-paru pada tahun lepas, ditambah lagi dengan kehilangan kakinya akibat kencing manis, ujian itu menyukarkan dirinya mencari nafkah buat keluarga. “Nak bergerak pun susah, anak-anak kena dukung naik motosikal, duit untuk baiki kereta pun tidak mampu. Keluarga kami bergantung kepada pekerjaan anak dan bantuan-bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kubur Timah. “Mak cik nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada kumpulan EPIC, Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, MPKK Kampung Kubur Timah dan ramai lagi. Dengan bantuan sebegini, boleh mak cik buat makan untuk anak-anak dan cucu-cucu yang ramai,” katanya. Dia berkata demikian ketika ditemubual pemberita di rumahnya hari ini dalam program EPIC Cakna dan Prihatin 2020 di sini hari ini. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC, Saabi Wahab berkata, program sesi kelima tersebut bertujuan untuk membantu dan mengurangkan beban golongan yang kurang berkemampuan. “Untuk hari ini, pihak kami telah menyampaikan bantuan katil hospital tiga fungsi kepada seorang penghidap diabetes di Tok Jembal diikuti bantuan keperluan asas serta wang sagu hati kepada Puan Maimun dan keluarga. “Kami sentiasa mengambil berat tentang mereka yang kurang bernasib baik di dalam negeri. Program dalam masa terdekat akan melibatkan 3 hingga 4 kawasan, seperti di Ajil pada pagi esok tetapi ditangguhkan atas sebab pandemik COVID-19,” ujarnya. Dalam pada itu, Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman bersama pihak MPKK turut datang melawat dan mengambil cakna tentang keadaan keluarga Maimun. “Pihak MPKK dan DUN Batu Rakit menganggap mereka seperti keluarga angkat kerana sering melawat dan memberi bantuan keperluan harian dan dapur pada tiap-tiap musim,” katanya.
14 Oct 20
1272
'Terima Kasih APMM Terengganu'
'Terima Kasih APMM Terengganu'
BESUT, 14 Oktober - Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr. Azman Ibrahim mewakili kerajaan negeri, melahirkan penghargaan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu atas pelaksanaan program menenggelamkan bot Vietnam sebagai tukun tiruan di perairan negeri itu. “Tahniah dan syabas atas usaha berterusan APMM mengawal kedaulatan perairan kita dan hasil laut kita daripada pencerobohan nelayan asing. Kerajaan negeri sangat berterima kasih atas usaha berterusan agensi. “Di samping penguatkuasaan mengatasi pencerobohan, terima kasih juga atas program memperkayakan sumber perikanan sebagaimana yang dilaksanakan kerajaan negeri bersama kerajaan persekutuan sepanjang tahun,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas program menenggelamkan sembilan buah bot Vietnam lucut hak di Pulau Susu Dara bersama APMM Terengganu dan Kelantan, semalam. Jelasnya, usaha itu sedikit sebanyak dapat menampung kehilangan hasil marin yang dicuri akibat pencerobohan nelayan asing.  “Ini adalah satu lagi tambahan kepada lokasi yang akan dimanfaatkan oleh nelayan secara bersama, setakat maklumat yang saya dapat berkenaan bot-bot yang telah ditenggelamkan, memang hasil perikanan di kawasan tersebut bernilai puluhan ribu ringgit,” tambahnya. Sementara itu, Pengarah APMM Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli memaklumkan, tukun tersebut dinamakan sebagai Tukun Segantang sebagai penghargaan kepada Kapal Maritim (KM) Segantang yang telah dilucutkan hak kepada Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), baru-baru ini. “Bot-bot Vietnam lucut hak ini merupakan hasil rampasan bagi tahun 2018 dan 2019 serta menjadi antara hasil tangkapan KM Segantang. “Sepanjang perkhidmatan KM Segantang dari 2015 hingga 2020, sebanyak 80 buah bot nelayan asing terutama Vietnam telah ditangkap oleh KM itu dan ini sebagai satu penghormatan kepadanya,” katanya. Tambahnya, Tukun Segantang di Pulau Susu Dara yang terletak di sempadan Kelantan dan Terengganu akan menggalakkan aktiviti nelayan kelas A dan pembiakan biodiversiti marin di kawasan berkenaan. “Sebelum ini, kita tidak pernah buat di daerah Besut. Ini yang pertama kali hasil kerjasama  Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT) di lokasi  9.4 kilometer dari pantai Besut dengan kedalaman perairan sedalam 26 meter,” katanya.  
14 Oct 20
1061
UC TATI Terajui Pelaksanaan Data Raya Terengganu
UC TATI Terajui Pelaksanaan Data Raya Terengganu
KUALA TERENGGANU, 14 Oktober - Kolej Universiti TATI (UC TATI) mendapat kepercayaan kerajaan negeri untuk meneraju pelaksanaan Data Raya (Big Data) bagi Negeri Terengganu sekaligus menambahbaik penyampaian kualiti perkhidmatan kepada rakyat. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, menerusi penubuhan Big Data Institute Terengganu (BDIT) bertempat di kampus universiti milik kerajaan negeri itu, ia menjadi tempat penyelidikan komputeran yang berfungsi sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menerokai cabaran Revolusi Industri 4.0. “Selain itu, objektif penubuhan BDIT ini juga sebagai pusat kecemerlangan akademik iaitu kemudahan dan kepakaran kakitangan UC TATI akan digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran dalam program pengkomputeran terutamanya bagi pelajar institusi berkenaan. “Institut ini juga akan menawarkan perkhidmatan analisis data kepada pihak kerajaan dan swasta bagi membantu menjana pertumbuhan ekonomi negeri,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Big Data Antara UC TATI Dan Kerajaan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini. Pada majlis itu, Kerajaan Negeri Terengganu diwakili Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Zahari Md Azahar dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Zainal Abidin Mohamed sementara UC TATI diwakili Rektornya, Prof. Dr. Anuar Ahmad dan Pendaftar UC TATI, Mohd Shafaruddin Mustaffa. Turut hadir, Setiausaha Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat (BPTM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Zuwislan Awang. Ariffin berkata, kerjasama yang dijalinkan antara BPTM dan UC TATI itu sangat bertepatan dalam memenuhi kehendak kerajaan negeri bagi mendapatkan data yang berintegriti, bersih dan memudahkan pentadbiran kerajaan negeri membuat perancangan dan keputusan masa depan. Katanya, sebanyak RM600,000 diperuntukan kerajaan negeri kepada UC TATI untuk pelaksanaan Data Raya ini. Menurut Ariffin, Data Raya telah digunakan secara meluas dalam pelbagai industri termasuk kerajaan, perbankan, komunikasi, pendidikan, pengangkutan dan lain-lain. “Antara kelebihannya termasuklah penjimatan kos melalui kaedah yang lebih efektif bagi menjalankan aktiviti seharian, penjimatan masa melalui sumber data baharu dan menyokong proses pembuatan keputusan yang lebih bermaklumat, pembangunan produk dan memahami keadaan semasa melalui analisa sentimen pengguna dan pasaran,” ujarnya. Sementara itu, Anuar berkata, pelaksanaan Big Data Analytics ini melibatkan tenaga kerja kakitangan UC TATI sendiri yang berkelayakan PhD termasuk seorang kakitangan yang menyambung pengajian PhD di Mie University, Jepun.  “Kakitangan tersebut akan menjalani latihan tertentu supaya memenuhi keperluan Analytics.  “UC TATI telahpun membuat pembangunan segera Big Data Product pada Ogos lalu dan dijangka berupaya memberi perkhidmatan Big Data Analytics sepenuhnya pada akhir tahun pertama penubuhannya,” ujar beliau.  
14 Oct 20
1173
Ingkar SOP: 264 Premis Makanan Dikompaun Di Terengganu
Ingkar SOP: 264 Premis Makanan Dikompaun Di Terengganu
  KUALA TERENGGANU, 14 Oktober – Sebanyak 264 kompaun bernilai RM264,000 telah dikeluarkan terhadap pemilik premis makanan di Terengganu kerana tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam operasi pemantauan sejak 1 April, lepas. Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, kompaun tertinggi direkodkan oleh daerah Besut sebanyak 62 dan diikuti Kemaman(55), Hulu Terengganu (33), Setiu (29), Kuala Terengganu (28), Dungun (26), Marang (16) dan Kuala Nerus. "Selain itu, sebanyak 195 premis telah diarahkan tutup kerana tidak mematuhi SOP seperti tidak merekodkan butiran pelanggan dan tiada penjarakan dua meter antara meja pelanggan. "Arahan tutup adalah antara tiga hingga tujuh hari bergantung kepada kesalahan dan tahap ketidakpatuhan pemilik premis terhadap SOP yang ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Tambahnya, seramai 48 pegawai penguat kuasa terlibat dalam operasi pematuhan SOP itu di semua premis seperti pasar raya, restoran, kedai makan, pasar awam dan pasar tani di seluruh Terengganu. Dr Nor Azimi juga berkata, pihaknya  telah menjalankan pemeriksaan  di 20,005 premis di seluruh Terengganu sejak Mei lepas . "Antara kesalahan yang sering dilakukan ialah tidak mengambil rekod suhu pekerja, tidak memastikan pengambilan suhu pelanggan yang tepat dan tiada penjarakan meja pelanggan seperti mana dikehendaki dalam SOP di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit,"ujarnya. Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak pergi ke premis makanan yang tidak mematuhi SOP dan berharap mereka membuat laporan kepada pejabat kesihatan berhampiran sekiranya ternampak premis makanan yang penuh sesak tanpa penjarakan sosial.  
14 Oct 20
1382
Dedak Isirung Sawit Jimat Kos Industri Ternakan
Dedak Isirung Sawit Jimat Kos Industri Ternakan
KUALA LUMPUR, 14 Oktober - Dedak isirung sawit (PKC) mempunyai potensi besar untuk dimajukan dan digunakan secara meluas dalam industri makanan haiwan memandangkan kelebihannya dari sudut kandungan nutrien dan kos yang kompetitif. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, berdasarkan kajian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dalam penyediaan makanan haiwan, kos penggunaan PKC berbanding rumusan konvensional mampu dijimatkan sebanyak 15.42 peratus dengan nilai RM83.75 juta bagi sektor ruminan dan 22.53 peratus dengan nilai RM182.18 juta bagi sektor unggas pada 2019. Menurut beliau, kelebihan tersebut adalah dari sudut penjimatan kos yang dijangka akan melonjakkan industri ternakan negara. “Dalam hal ini, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi sedang menyediakan Dasar Penggunaan PKC sebagai langkah untuk memastikan industri tersebut berkembang selain bagi menjamin bekalan berkenaan di dalam negara. Dasar ini juga penting bagi memastikan kawal selia PKC dari sudut pengeluaran dan penggunaannya adalah stabil. “Untuk itu, satu mekanisme berdasarkan kuota bagi tujuan eksport akan diperkenalkan bagi menjamin produk ini sentiasa terdapat di pasaran tempatan,” katanya dalam kenyataan media. Mohd Khairuddin menambah, pasaran Malaysia hanya memerlukan bekalan PKC sebanyak 20 peratus daripada jumlah keseluruhan pengeluarannya. Beliau memberitahu, sehingga Jun 2020, pengeluaran PKC adalah sebanyak 1,165,588 tan dinggarkan bernilai RM686.7 juta berdasarkan harga purata selama enam bulan iaitu RM556 setiap tan. “Daripada jumlah itu, sebanyak 1,199,912 tan PKC bernilai RM667.8 juta telah dieksport antaranya ke New Zealand, Pakistan, Korea Selatan, China, Arab Saudi, Australia dan lain-lain negara,” jelasnya. Mohd Khairuddin berkata, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan terus menguar-uarkan secara meluas tentang kelebihan PKC dalam penyediaan makanan haiwan terutamanya kepada penternak ruminan. Beliau menjelaskan, kementerian melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan bekerjasama dengan MARDI dan lain-lain agensi berkaitan untuk melaksanakan promosi bagi meningkatkan permintaan PKC. “Selain itu, MPOB dengan kerjasama pihak swasta juga telah membangunkan PKC Premium (PURAFEX) yang terhasil dengan menggunakan PURAFEX sebagai bahan asas sesuai sebagai makanan kepada ayam dan itik,” katanya. Mohd Khairuddin berkata, PURAFEX yang dihasilkan menggunakan PKC mempunyai kandungan nutrisi tinggi selain tawaran pilihan harga yang lebih murah. Ia dapat dihadam bukan sahaja oleh haiwan ruminan malah boleh dimakan oleh unggas selain dapat mengurangkan kebergantungan bahan asas import seperti jagung dan soya. - PNBBC Portal
14 Oct 20
1626
PINTAR Catat 4,080 Pengguna Bulanan, Sentiasa Ditambah Baik - Ariffin Deraman
PINTAR Catat 4,080 Pengguna Bulanan, Sentiasa Ditambah Baik - Ariffin Deraman
KUALA TERENGGANU, 14 Oktober - Kerajaan negeri sentiasa menambah baik dan mengesyorkan masyarakat agar memanfaatkan kemudahan akses internet dan perkhidmatan sampingan di Pusat Internet Akses Rakyat (PINTAR) yang beroperasi di seluruh negeri Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, sehingga Julai 2020, 38 pusat sehenti komuniti tersebut telah menerima jumlah pengguna seramai 16,323 orang. “Jumlah dan sambutan pengguna amat baik sekali di mana purata bulanan adalah seramai 4,080 orang, kecuali dalam tempoh penutupan sementara pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac sehingga 1 Julai lalu. “Di samping kemudahan internet, PINTAR turut menyediakan perkhidmatan ‘PINTAR Pay’, Ejen Agro Bank serta servis pembayaran bil, tambah nilai kad prabayar dan lain-lain lagi. “Bagi memastikan kualiti prasarana dan perkhidmatan berjalan lancar, pihak kerajaan telah meluluskan bajet kira-kira RM700,000 untuk penyelenggaran prasarana seperti komputer yang rosak di sesetengah pusat PINTAR. Kita turut merancang pembaharuan lain seperti penambahbaikan papan tanda PINTAR. Keperluan penambahbaikan sentiasa akan diteliti dari semasa ke semasa,” katanya ketika bersiaran di Studio TVDI, petang semalam. Tambahan lagi, beliau berkata, beberapa PINTAR yang dahulunya mempunyai lokasi kurang strategik dan pengunjung akan dikaji untuk penambahbaikan juga. “Contohnya, sebuah pusat bersebelahan Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai adalah kurang kondusif dan sempit dan sekarang dalam proses pemindahan ke lokasi lebih sesuai di kawasan Pekan Chukai,” ujarnya lagi. Untuk rekod, Pengoperasian PINTAR bermula dari jam 8.30 pagi hingga 6 petang mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
14 Oct 20
313