Artikel "Utama" Terkini
Kes Harian COVID-19 Terengganu Hampiri 1,000
KUALA TERENGGANU, 31 Julai - Kes positif harian di Terengganu hari ini dilaporkan menghampiri angka 1,000 dan merupakan rekod tertinggi pernah dicatatkan di negeri terbabit.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak 883 kes direkodkan di Terengganu.
"Manakala kes di Malaysia adalah 17,786 dengan Selangor paling tinggi iaotu 6,400 kes," katanya.
Sementara, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu pula melaporkan, Kemaman kekal sebagai penyumbang terbesar kes di negeri itu dengan 291 kes, diikuti Kuala Terengganu (195), Dungun (179), Marang (79), Setiu (60), Kuala Nerus (53), Besut (23), dan Hulu Terengganu (3).
Di samoing itu tiga kematian turut direkodkan hari ini.
31 Jul 21
4721
753 Penduduk Pulau Redang Terima Suntikan Vaksin
KUALA NERUS, 31 Julai – Seramai 753 orang penduduk Pulau Redang menerima suntikan vaksin COVID-19 dos pertama menerusi program Outreach Imunisasi COVID-19 (PICK).
Pegawai Daerah Kuala Nerus, Ahmad Faris Abdul Razak berkata, pejabat daerahnya yang berperanan sebagai urus setia Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) bagi daerah tersebut berkampung di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah Kebangsaan Pulau Redang selama dua hari.
“Seramai lebih 700 orang pada hari ini akan disuntik dos pertama vaksin jenis Pfizer manakala selebihnya iaitu terdiri daripada penggiat pelancongan pada hari esok.
“Program PPV Outreach ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui Pejabat Daerah Kuala Nerus, dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta 11 lagi agensi lain.
“Seramai 110 orang petugas termasuk daripada Polis, Rela, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan sebagainya juga memainkan peranan dalam menjayakan PPV selama dua hari ini,” katanya ketika ditemubual pemberita di sini, semalam.
Turut hadir, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak.
Sementara itu, Mohd Shafizi berkata, pihaknya akan terus bekerjasama dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bagi memastikan semua penduduk di sini divaksin.
“Antara usaha dijalankan Pusat Khidmat Masyarakat seperti turun ke Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bagi memastikan setiap orang mendaftar untuk divaksin.
“Di samping itu, kita juga menghantar nama-nama penerima kepada pihak Kesihatan Daerah,” jelasnya.
31 Jul 21
444
Kudung Kaki Tak Halang Warga Emas Dapatkan Vaksin
KUALA NERUS, 31 Julai – Kerisauan seorang pesakit kencing manis yang kudung kaki kanan mengenai kemungkinan tidak dapat hadir temu janji vaksin berakhir setelah dia berjaya mendapatan suntikan pencegah jangkitan COVID-19 itu di rumahnya semalam.
Mat Soh Mat San, 62, hilang sebelah kakinya setelah dipotong pada bulan Ramadan lalu akibat jangkitan di peha setelah mengalami kecederaan daripada kemalangan enam tahun lalu.
Katanya, dia yang tidak mampu lagi berjalan tanpa pertolongan sejak peristiwa pahit itu bersyukur kerana petugas vaksin datang ke rumahnya di Kampung Baru Pulau Redang.
“Saya telah mendapat vaksin dos pertama pada bulan Jun lalu di darat, kemudian saya mendapat panggilan untuk dos kedua selepas mendapat rawatan untuk kaki saya di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
“Mula-mulanya saya risau, tapi Alhamdulillah, petugas mari datang ke rumah saya untuk cucuk saya dengan vaksin, terima kasih kepada petugas kesihatan dan seluruh pihak yang sudi bantu saya,” katanya yang juga penghidap darah tinggi selepas ditemubual pemberita di sini, semalam.
Mat Soh merupakan antara 10 penerima vaksin yang disantuni petugas di rumah masing-masing daripada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Pejabat Daerah Kuala Nerus.
Dalam pada itu, seorang lagi penduduk yang mengalami sakit saraf sejak tiga tahun lalu, Muhammad Teh Hassan, 81, meluahkan rasa teruja apabila disuntik vaksin di kediamannya.
"Sekarang tidak boleh keluar dan perlu bertongkat jika ingin bergerak, terima kasih kepada petugas barisan hadapan sanggup datang ke rumah saya ini," katanya.
Sementara itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, pihaknya mendahulukan warga emas dan golongan tidak mampu bergerak sendiri dalam usaha pemvaksinan di sekitar kawasan itu.
“Antara usaha dijalankan Pusat Khidmat Masyarakat seperti turun ke Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bagi memastikan setiap orang mendaftar untuk divaksin.
“Di samping itu, kita juga menghantar nama-nama penerima kepada pihak Kesihatan Daerah,” jelasnya.
31 Jul 21
357
Polis Terengganu Bantu Komuniti Terjejas Di Pulau Redang
KUALA NERUS, 31 Julai – Polis Terengganu menggerakkan Operasi Bantu (Op Bantu) di Pulau Redang di sini bagi mengatasi kesukaran masyarakat untuk mendapatkan bekalan keperluan harian akibat keterbatasan pergerakan.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, operasi tersebut berjalan dengan penyaluran bantuan buat warga pulau terbabit melibatkan 40 buah rumah.
Sumber foto : Facebook Polis Terengganu
“Umum mengetahui, sumbangan ini adalah hasil kutipan elaun COVID-19 Pegawai Kanan dan Anggota Pangkat Rendah Polis Terengganu khusus bagi tujuan membantu mereka yang terkesan pandemik ini.
“Bantuan yang kami sampaikan ini adalah atas dasar semangat 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada', memandangkan ramai anggota masyarakat di pulau ini bergantung kepada sektor pelancongan, yang terjejas teruk akibat pandemik ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.
Dalam pada itu, Datuk Rohaimi bersama rombongannya turut melawat Balai Polis Pulau Redang bagi menyampaikan barangan keperluan harian untuk kegunaan balai dan anggota.
“Bantuan sama turut disampaikan kepada tiga orang anggota RELA sebagai tanda menghargai jasa mereka sebagai sahabat barisan hadapan,” katanya lagi.
31 Jul 21
366
Terengganu Mahu Proses Vaksinasi Di Kawasan Kritikal Dipercepatkan
KUALA TERENGGANU, 30 Julai - Kerajaan negeri mahu proses vaksinasi di tempat kritikal atau kawasan yang mencatatkan bilangan kes COVID-19 tinggi dipercepat dan ditingkatkan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, bagi memastikan langkah itu berjalan lancar, kerajaan Terengganu telah memohon pertambahan vaksin untuk diberikan ke kawasan merah.
"Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara telah membangkitkan perkara ini.
"Kita mahu vaksin diutamakan ke tempat-tempat yang mempunyai kes tinggi seperti Dungun dan Kemaman.
"Ini sangat penting bagi memastikan 'herd immunity' dicapai dalam kadar segera sekali gus mengelakkan kes terus bertambah, tambahan pula Terengganu merekodkan kadar kebolehjangkitan tertinggi," katanya ketika bersiaran dalam segmen 'Isu Minggu Ini : Apa Jawab YB' di TV Darul Iman semalam.
Dalam perkembangan sama, beliau menyeru seluruh rakyat di Terengganu untuk kekal berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) lebih-lebih selepas varian delta mula dikesan di negeri itu.
"Sekarang bukan masanya untuk kita saling tuduh-menuduh siapa bersalah, itu tidak menyelesaikan masalah.
"Sebaliknya masing-masing ada peranan tersendiri, kerajaan dengan perancangan yang dirangka dan rakyat dengan tindakannya.
"Saling bercakaran mungkin boleh menyebabkan masalah bertambah serius apatah lagi ia perkara yang tidak disukai oleh Allah, jadi mari bersama berganding bahu kita hapuskan wabak ini," jelasnya.
Berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia, Terengganu mencatatkan 258 kes hari ini dan kadar kebolehjangkitan setakat semalam adalah 1.36.
30 Jul 21
842
Sentul River Cottage Destinasi Pelancongan Terbaru
MARANG, 31 Julai - Awal pembinaan hanya tempat beristirehat keluarga, kini Sentul River Cottage (SRC), Kampung Sentul Patah, di sini menjadi destinasi pelancongan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.
SRC milik seorang penduduk yang juga pesara kerajaan, Mohd Yasim Abd Ghani dan ia dibangunkan berkonsepkan nature dan Eco-tourism
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata walaupun SRC milik peribadi, lokasi itu sewajarnya mendapat sokongan pelbagai pihak terutama kerajaan selepas kesungguhan dan komitmen pemiliknya membangunkan kawasan itu.
Katanya, Mohd Yassim sanggup mengeluarkan modal yang besar bagi membina pelbagai fasaliti, antaranya chalet, dorm dan rumah bot, turut disediakan kawasan memancing dan berkayak.
"Pihak kami akan membantu Mohd Yassim untuk terus memajukan kawasan ini, setaraf dengan lokasi pelancongan lain yang ada di Marang.
"Ia bakal menjadi pelengkap kepada destinasi tersohor lain, Pulau Kapas, Pulau Kekabu dan Komuniti Pelancongan Dataran Batu Putih di Jenang," katanya selepas mengadakan lawatan ke SRC, kelmarin
Menurut Ariffin, SRC boleh diperkasakan sebagai salah satu destinasi tarikan pelancongan dan juga untuk merancakkan lagi komuniti pelancongan (CBT) di daerah Marang.
"Sekali gus mampu mengetengahkan produk-produk hiliran pelancongan yang sedia ada di kawasan Sentul Patah seperti pembuatan atap nipah, dodol palas dan juga nisang. Kesemua ini akan dirangkumkan di dalam satu jajaran pelancongan yang dikenali dengan nama Trail Rhu Rendang," katanya
Sementara itu bagi Mohd Yasim, rumah kayu dua bilik yang dibina pada 2008 itu, asalnya mahu menjadi tempat lepak bersama keluarga.
"Namun hasil dorongan keluarga dan penduduk setempat mahu melihat kawasan ini ditambah baik.
"Disebabkan minat mendalam, kawasan itu terus dibangunkan secara berperingkat-peringkat,
"Dengan adanya SRC secara tidak langsung mampu menghidupkan kembali tarikan laluan air yang sedia ada seperti menjalankan perkhidmatan bot persiaran, bot untuk memancing, houseboat dan juga perkhidmatan untuk pergi ke Pulau Kapas," katanya.
Jarak SRC dari bandar kuala Terengganu adalah 35 KM (30 minit) manakala jika dari bandar Marang hanya 4 KM (10 minit).
30 Jul 21
2209
Projek KT Bypass Kini Dalam Proses Akhir
HULU TERENGGANU, 30 Julai - Projek Kuala Terengganu Bypass iaitu pembinaan jalan raya dari Kuala Ibai ke Durian Burung sejauh lebih kurang enam kilometer beserta dengan jambatan dan 'calvert' kini dalam proses untuk penyiapan akhir.
Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau, Dr Mamad Puteh berkata, secara keseluruhannya projek itu telah dilaksanakan dalam 85 peratus dan dijangka siap pada Januari 2022.
"Kos membina jalan ini pada awalnya sebanyak RM160 juta, kemudian ditambah lagi RM60 juta dan menjadikan jumlah keseluruhan RM220 juta.
"Projek ini agak lambat disiapkan atas beberapa faktor seperti permasalahan dalam pengambilan tanah serta perubahan skop kerja yang berkaitan dengan tanah lembut dan beberapa perkara lain yang perlu dibuat," jelasnya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke tapak projek Kuala Terengganu Bypass, baru-baru ini.
Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kuala Berang, projek yang disiapkan kelak akan memudahkan orang ramai kerana ia dipanggil juga "jalan shortcut".
"Laluan orang ramai dari Pulau Rusa, Batu Enam tidak perlu lagi masuk kawasan Bandar Kuala Terengganu untuk ke Marang kerana boleh terus turun di Kuala Ibai.
"InsyaAllah, kita sama-sama doakan supaya projek ini dapat disiapkan dalam tempoh yang diberikan dengan baik agar kita semua dapat menggunakan lebuh raya tersebut," katanya.
30 Jul 21
1398
Ternak Lembu Tenusu Jana Pendapatan Lumayan
HULU TERENGGANU, 30 Julai- Usaha seorang lelaki menternak lembu tenusu berbaloi dengan pendapatan sebulan mencecah RM 3,000, apabila susu lembu segar yang dipasarkan mendapat sambutan penduduk sekitar yang mendapat pemintaan tinggi sehingga bekalan tidak mencukupi.
Rosli Mejah, 53, berkata, idea itu datang kerana dia melihat kebanyakan penternak di kampungnya tidak menternak lembu susu sebaliknya lebih kepada ternakan daging.
Dia yang menetap di Kampung Pengkalan Ajal kini mengusahakan lapan ekor lembu tenusu baka Jersey diimport dari Australia selain 30 lembu pedaging.
"Berbekal sedikit modal saya membeli lapan ekor lembu tenusu dengan dibantu sebahagiannya dari Jabatan Veterinar.
Katanya lagi, menternak lembu tenusu memerlukan perhatian lebih dan sistematik kerana haiwan itu tidak selesa jika hidup dalam kandang kotor.
“Kandang perlu dibersihkan setiap hari, begitu juga lembu tidak boleh kotor. Sebab itulah, saya membina lantai simen kukuh dan mudah dibersihkan, sistem longkang dan sistem buangan yang teratur.
"Sebab itulah, saya membina kandang lebih tinggi bagi membolehkan najis mudah dibersihkan,” katanya yang membelanjakan hampir RM30,000 sebagai modal permulaan.
Rosli berkata, proses memerah susu dibuat sekali sehari iaitu pada pagi kerana kegagalan memerah susu akan menyebabkan lembu akan sakit kerana ‘ambing’ susunya membengkak.
“Susu diperah dijual mentah terutama kepada pelanggan dari kampung kerana mampu bertahan tiga jam sebelum basi.
“Lembu tenusu perlu diberi makanan mencukupi termasuk dedak,rumput selain kacang soya untuk mengalakkan pengeluaran susu selain vitamin," tambah Rosli.
Katanya, ketika ini enam ekor lembu menghasilkan susu 25-30 kilogram sehari dengan secara purata setiap seekor mampu menghasilkan lima hingga sepuluh kilogram susu sehari.
“Susu yang diperah mampu bertahan kira-kira seminggu sekiranya disimpan di tempat sejuk, kalau sejuk beku, tempoh tahan adalah lebih lama.
“Kebiasaan untuk pelanggan yang jauh,susu berkenaan dimasuk ke dalam bekas dan disimpan dalam peti sejuk beku,” katanya.
Menurut Rosli, harga bagi sekilogram susu segar yang dijual adalah RM7.00
Ditanya mengenai harapan akan datang, Rosli berharap agar badan-badan kerajaan berkaitan dapat membantu beliau daripada segi modal membeli lembu.
“Kalau boleh memang sasar nak bela kira-kira 100 ekor lembu dan luaskan pasaran susu ini,” katanya.
Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan susu segar dari Rosli, boleh hubungi beliau di talian 011-10948913.
30 Jul 21
848
300 Kg Talapia Untuk Penduduk Padang Kubu Yang Dikuarantin
Oleh: Mujahid MK
KEMAMAN, 30 Julai - Sebanyak 300 kilogram ikan talapia segar diagihkan kepada komuniti Kampung Padang Kubu yang dikuarantin akibat penularan pandemik Covid-19, semalam.
Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Ustaz Hazri Jusoh ketika membuat serahan tersebut mengucapkan jutaan terima kasih di atas 'Corporate Social Responsibility' (CSR) Syarikat Iman Insani Sdn. Bhd. dengan sumbangan itu.
"Alhamdulillah, terima kasih kepada CSR Iman Insani di atas keprihatinan ini. Semoga ia dapat mengurangkan beban penduduk yang dikuarantin di sini.
Gimik penyerahan oleh Hazri Jusoh (kanan) kepada Pengerusi JPKK Padang Kubu, Sudin Muda.
"Saya menyeru kepada banyak lagi syarikat di luar sana agar tampil mengambil bahagian untuk membantu apa yang patut buat mereka yang sedang ditimpa musibah ini.
"Insya-Allah, dengan apa yang kita lakukan ini akan dibalas dengan rezeki yang diberkati dan dilimpahruah kepada kita semua kelak," ujarnya.
"Saya juga menyeru kepada semua penduduk Kemaman terutamanya di Kijal supaya mengambil langkah proaktif dengan melakukan sekatan pergerakan kendiri atau 'self lockdown' bagi memutuskan rantaian jangkitan wabak itu," serunya.
Iman Insani Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat yang membekal ikan mentah kepada sektor pemakanan di seluruh negara dengan memiliki puluhan buah kolam ikan yang beroperasi di Kampung Ibok.
Hazri Jusoh (dua dari kanan) bersama kakitangan Syarikat Iman Insani Sdn. Bhd.
Turut hadir dalam program tersebut ialah Mohd Hifzul Iman Pengarah Urusan Iman Insani, Zawawi Mohamed Ketua Lajnah Kebajikan DUN Kijal dan Sudin Muda Pengerusi JPKK Padang Kubu.
Kampung Padang Kubu adalah antara kampung di Kijal yang tertinggi bilangan penduduknya yang dikuarantinkan susulan kes harian Covid-19 yang semakin meningkat.
30 Jul 21
543
Azreen Pecah Rekod Peribadi Dalam Aksi Pertama Di Olimpik
KUALA TERENGGANU, 30 Julai- Pelari pecut negara, Azreen Nabila Alias memecahkan rekod peribadinya apabila mencatatkan masa 11.77 saat dalam pusingan kelayakan 100m wanita di Sukan Olimpik Tokyo, pagi ini.
Pelari kelahiran Terengganu itu berada di tempat kedua, satu saat di belakang pelari Iran, Fasihi Farzaneh untuk layak ke pusingan pertama yang akan berlangsung pada jam 11.55 pagi.
Azreen sebelum ini memiliki catatan peribadi terbaik 11.92 saat dan hadir ke Olimpik atas tiket peluang khas.
30 Jul 21
695