lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

TSM Labur RM500 Juta Bangun Industri Silika
TSM Labur RM500 Juta Bangun Industri Silika
MARANG, 17 Mei - TRG Silica (Marang) Sdn Bhd (TSM) akan membangunkan industri pengeluaran silika ultra tulen dan kristobalit yang bernilai RM500 juta di sini, pada Julai. Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli merasmikan Pecah Tanah Projek Cristobalite dan Ultra Purity Industrial Silica Trg Silica (Marang) di sini semalam. Keberangkatan tiba baginda disambut, Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri. Pengerusi Kumpulan Terengganu Silica Consortium Sdn Bhd, Datuk Seri Tengku Baharuddin Sultan Mahmud berkata, pengeluaran silika tersebut merupakan bahan utama penghasilan kaca teknologi maju.  Katanya, projek di kawasan seluas 1,000 hektar yang pertama di Asia itu dijangka mengambil tempoh pelaburan selama lima tahun. “Pembangunan projek itu akan turut menawarkan 250 peluang pekerjaan khususnya kepada rakyat Terengganu. “Projek fasa pertama yang dijangka siap pada 2024 itu akan mengeluarkan produk silika terbabit pada kapasiti 2.6 juta tan metrik. “Ia bertujuan untuk kegunaan industri hiliran domestik serta antarabangsa,” katanya pada sidang media selepas majlis pecah tanah projek itu di Kampung Jambu Bongkok, Merchang, semalam. Tambah Tengku Baharuddin, pelaburan tersebut turut membabitkan pembinaan sebuah terminal untuk penghantaran produk ke luar negara termasuk Korea Selatan, Taiwan dan China. “Ini kerana produk yang dikeluarkan ini adalah paling tulen dan bagi menjamin kualitinya, ia tidak boleh dihantar menggunakan pelabuhan lain. “TSM juga bekerjasama dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi mempromosi dan menggalakkan lebih banyak pelaburan asing dalam sektor hiliran, khususnya di Terengganu,” ujarnya. Di samping, pemangkin bagi pelaburan langsung asing (FDI) menerusi kewujudan industri hiliran silika seperti kaca telefon bimbit, televisyen dan sebagainya di Terengganu dan Malaysia.  
17 May 23
713
MIASA Clubhouse Terengganu Tawar Khidmat Sokongan Mental
MIASA Clubhouse Terengganu Tawar Khidmat Sokongan Mental
KUALA TERENGGANU, 16 Mei – Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (Miasa) Clubhouse Terengganu kini dibuka kepada orang ramai yang bergelut dengan isu kesihatan mental di wilayah Pantai Timur Malaysia. Presiden Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (Miasa), Anita Abu Bakar berkata, cawangan baharu yang pertama di luar kawasan Lembah Klang itu menyediakan dan memperluaskan ketersediaan perkhidmatan sokongan yang komprehensif dan holistik bagi sokongan dan perkhidmatan yang diperlukan bagi perjuangan kesihatan mental mereka. “MIASA Clubhouse Terengganu bukan sahaja akan menyediakan pendekatan konvensional untuk rawatan kesihatan mental seperti perkhidmatan psikologi dan kaunseling, tetapi juga rangkaian perkhidmatan holistik yang menekankan aspek rohani sebagai komponen penting dalam proses penyembuhan dan pemerkasaan ‘peer’ (individu yang bergelut dengan isu kesihatan mental) itu sendiri.  “Secara khususnya MIASA Clubhouse Terengganu akan menawarkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling, perkhidmatan sokongan kepada ‘peer’ / ‘peer support’, kumpulan sokongan, pendekatan berasaskan seni seperti kelas seni, kelas drama dan pertuturan, kelas tarian ekspresif, serta terapi rohani seperti terapi Tadabbur,” katanya dalam satu kenyataan.  Perasmian itu disempurnakan oleh Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspa¬nita) Cawangan Terengganu, Toh Puan Nor Zaini Abdul Latiff. Tambahnya lagi,  MIASA Clubhouse Terengganu akan memperluaskan sokongan dengan bertindak sebagai tempat perlindungan sementara untuk ‘peer’ yang memerlukan sokongan segera dan memberikan respons krisis di lapangan. “Sebagai contoh, ketika dalam berhadapan dengan kes yang berkemungkinan bunuh diri, dengan matlamat jangka panjang untuk MIASA Clubhouse Terengganu akhirnya beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu,”katanya. Untuk maklumat lanjut tentang MIASA Clubhouse Terengganu, sila hubungi MIASA di +603- 79321409 (HQ)/ +6096674409 (Terengganu) atau layari laman web mereka di www.miasa.org.my Sementara itu, Anita juga berkata kira-kira 100,000 individu di negara ini menghadapi masalah berkaitan mental pasca pandemik Covid-19 akibat pelbagai faktor tekanan hidup. Menurutnya, mereka kebanyakannya mengalami kemurungan, depresi, kecelaruan bipolar dan skizofrenia. “Pada tahun lalu, lebih 33,000 individu datang ke Miasa untuk mendapatkan khidmat sokongan mental, emosi dan rohani. “Kebanyakan mereka mengalami kesan berkaitan mental selepas menghadapi masalah kewangan berikutan hilang pendapatan, dibuang kerja dan kehilangan orang tersayang,” ujar beliau.  
16 May 23
681
Makin Ramai Belia Terengganu Terima Tanah
Makin Ramai Belia Terengganu Terima Tanah
MARANG, 16 Mei - Rata-rata anak muda dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan menzahirkan kesyukuran apabila hasrat mereka untuk memiliki tanah dan lot kediaman akhirnya menjadi kenyataan. Kesemua yang layak menerima geran hak milik tanah masing-masing di Majlis YAB Menteri Besar Turun Padang Dan Jamuan Rakyat Sempena Penyerahan Suratan Hak Milik Tanah Dan Notis 5A Tapak Kediaman Dan Tapak Pertanian Dun Pengkalan Berangan, di Dewan sivik Wakaf Tapai di sini, semalam. Penerima lot kediaman di RTB Kampung Serating, Mohd Israq Farizan, 31,berkata, dia begitu gembira sebaik dimaklumkan berhubung perkara tersebut. “Apabila dapat tahu nama saya tercalon untuk dapat tanah, alhamdulillah, saya amat-amat bersyukur, sebab ini merupakan penantian saya sejak enam tahun lalu dan satu jangka masa yang agak lama bagi saya. “Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberikan tanah kepada mereka yang betul-betul memerlukan. “Ramai di kalangan anak muda yang menumpang tanah, menyewa, duduk di rumah mak ayah, jadi jika dapat lot tanah boleh la mereka buat rumah sendiri, setakat ini saya lihat pemilihan dibuat secara telus dimana mereka yang cukup syarat berpeluang untuk dapat tanpa mengira fahaman politik,” ujar bapa kepada seorang cahaya mata itu. Bagi Lokman Nulhakim Mohamad, 43, berasal dari Kampung Lubuk Perah, Wakaf Tapai pula menyifatkan pemberian hak milik tanah oleh kerajaan negeri agak mudah. “Saya mohon dalam masa dua tahun lebih dapat, semasa kerajaan terdahulu pernah mohon tetapi tidak pernah dipanggil temuduga. “Untuk golongan muda yang baru kawin tu mohon la, kerajaan sekarang mudah daripada dulu dan tunai janji. Insya-Allah mereka yang betul-betul cukup syarat akan dapat,” ujarnya yang berbelas tahun tinggal menyewa di Durian Guling. Sementara itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika berucap di majlis tersebut berkata, sehingga kini sebanyak 781 lot tapak rumah yang melibatkan 13 Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) di DUN tersebut telah diluluskan kerajaan negeri. “Kita juga telah meluluskan 223 lot tapak pertanian di tujuh RTB dan menjadikan keseluruhan hak milik yang terlibat di kawasan ini adalah sebanyak 1,004 lot. “Pada hari ini (semalam) pula, kita sekali lagi menunaikan janji untuk memberikan hak milik kepada yang berhak iaitu sebanyak 137 penerima, 92 penerima notis 5A dan 52 undian lot bagi RTB tapak rumah dan tapak pertanian di enam kawasan DUN Pengkalan Berangan,” ujarnya. Menurut beliau, menjadi fokus kerajaan negeri untuk menyelesaikan hal tanah dengan kadar segera dan mudah, namun ianya memakan masa dan harus diuruskan dengan teliti mengikut Kanun Tanah Negara.  
16 May 23
1440
AUT Pemangkin Semangat Usahawan Terus Berkembang
AUT Pemangkin Semangat Usahawan Terus Berkembang
KUALA TERENGGANU, 16 Mei - Penganjuran Anugerah Usahawan Terengganu 2022 (AUT2022) menjadi pemangkin semangat untuk golongan berkenaan terus berkembang maju dalam sektor terbabit. Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, program itu bukan sahaja mengiktiraf pencapaian cemerlang usahawan negeri ini tetapi turut menjadi pendorong kepada rakyat negeri ini untuk turut menceburkan diri dalam bidang keushawanan. "Tidak dinafikan bahawa cabaran yang dihadapi sepanjang pandemik Covid-19 bukannya mudah, namun usahawan-usahawan yang diraikan pada malam ini telah berjaya membuktikan bahawa adalah sesuatu yang bukan mustahil untuk bangkit semula daripada apa jua cabatan yang mendatang. "Syabas dan tahniah kepada semua usahawan yang berjaya menerima anugerah pada malam ini, semoga ianya menjadi motivasi kepada usahawan Terengganu yang lain,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Usahawan Terengganu 2022 (AUT2022) di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, di sini, semalam. Pada tahun ini, Pengerusi Eksekutif AIMS Global Engineering Sdn. Bhd., Aminudin Mat Yusof telah dipilih sebagai Tokoh Usahawan Terengganu. Selain itu AUT turut menyediakan beberapa anugerah anugerah lain untuk kategori Ushawan Baru dan Usahawan Muda, Digital, Usahawan Mikro dan Penjaja Kecil, Halal dan Standard Persijilan Halal, Pengukuhan Usahawan dan Usahawan Berprestasi Tinggi, Produk Kraf, Warisan & Pelancongan. Selain turut menyediakan anugerah kepada Usahawan Muda Pendapatan Melebihi RM10,000 sebulan dan Anugerah Khas Usahawan Mikro Desa yang dipilih dari 33 Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk DUN Wanita. Untuk rekod, AUT merupakan program Dwi Tahunan yang dianjurkan oleh Urus Setia Pembangunan Usahawan Terengganu (PEUTER) yang dilaksanakan bermula pada tahun 2002 yang merupakan pengiktirafahan dan anugerah daripada kerajaa negeri di atas sumbangan dan pencapaian cemerlang usahawan Terengganu.
16 May 23
432
TUGAS Tingkat Prestasi Usahawan
TUGAS Tingkat Prestasi Usahawan
KUALA TERENGGANU, 16 Mei - Skim di bawah Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera (TUGAS) telah ditambah baik sejak ia diperkenalkan 2019 bagi meningkatkan prestasi perniagaan usahawan di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, berdasarkan rekod sebanyak RM21.258 juta telah diberikan kepada 3,317 usahawan melalui skim-skim geran dan pembiayaan. "Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu juga mempunyai program khas untuk golongan muda untuk turut mencipta kerjaya melalui keusahawanan melalui Program Usahawan Belia Sejahtera (U-BES). "Bagi tahun 2022, seramai 40 orang belia telah dipilih untuk menyertai program U-BES 3.0 dimana para peserta telah meningkatkan jualan mereka kepada jumlah keseluruhan RM3,928,918.70 dan pada masa yang sama telah memberikan peluang pekerjaan kepada 83 orang. "YPU juga sering mengadakan program kursus secara berkala bai usahawan 'Start-Up', 'Scale-Up' dan 'High Performing' dengan sejumlah 44 kursus telah diadakan pada tahun 2022 yang disertai 2,290 orang peserta," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Usahawan Terengganu 2022 (AUT2022) yang disempurnakan perasmiannya oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI), di sini, semalam. Dalam pada itu, Nurkhuzaini berkata tidak dinafikan produk-produk yang dihasilkan dihasilkan oleh usahawan Terengganu selama ini sangat berpotensi untuk diketengahkan dalam dan luar negera. "Walau bagaimanapun, masih ramai usahawan yang tidak berjaya dalam mempromosikan produk mereka ini, Justeru itu, YPU juga turut membantu mempromosikan produk-produk ini melalui penganjuran dan penyertaan pelbagai 'event' (acara). "Bagi tahun 2022, YPU telah membantu usahawan Terengganu menyertai 22 'event' di dalam dan luar negara dan telah berjaya mendapatkan jumlah jualan sebanyak RM1.301,674,55," katanya. Sementara itu beliau menyatakan kejayaan mengadakan acara berprestij AUT2022 adalah hasil kerjasama seluruh agensi keusahawanan di bawah Sekretariat Pembangunan Ushawan Terengganu (PUETER). "Di mana matlamat penubuhan urusetia ini ialah bagi mengoptimakan penggunaan sumber dan tenaga antara agensi-agensi untuk memaksimakan pelaksanaan program dan aktiviti pembangunan keushawanan negeri Terengganu," ujarnya.
16 May 23
377
Nama Besar Sertai PN Diumumkan Awal Jun Ini - Ahmad Samsuri
Nama Besar Sertai PN Diumumkan Awal Jun Ini - Ahmad Samsuri
MARANG, 15 Mei- Naib Presiden PAS, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan nama-nama besar yang akan menyertai Perikatan Nasional (PN) akan diumumkan awal Jun Ini.  Beliau bagaimanapun tidak mengiyakan mahupun menidakkan ketika ditanya adakah nama-nama besar tersebut termasuk Tun M. "Saya tidak boleh nak kata ya atau tidak...tapi Insya-Allah dalam tempoh yang terdekat ini kita akan ada pengisytiharan beramai-ramai yang akan menyertai PAS, PN dan Bersatu. "Insya-Allah pada awal bulan Jun kita akan buat pengumuman di Lembah Klang, Selangor. Ada daripada parti UMNO dan lain-lain pun ada dan yang ramainya daripada UMNO, " ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Majlis YAB Menteri Besar Turun Padang Dan Jamuan Rakyat Sempena Penyerahan Suratan Hak Milik Tanah Dan Notis 5A Tapak Kediaman Dan Tapak Pertanian Dun Pengkalan Berangan, di Dewan sivik Wakaf Tapai di sini, hari ini. Sementara itu katanya, rundingan akhir agihan kerusi antara parti komponen dalam PN bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangka dibuat hujung bulan ini. "Insya-Allah pada minggu depan, dalam tempoh 10 hari lagi di Kuala Lumpur, perjumpaan ini untuk memuktamadkan di peringkat Jawatankuasa Perunding, lepas tu nama-nama kerusi-kerusi ini akan dibawa ke Majlis Presiden untuk keputusan muktamad. "Setakat ini perbincangan di peringkat perundingan kerusi ni sangat harmoni walaupun kita dengar di pihak sebelah sana macam-macam perkara yang timbul," ujarnya.
15 May 23
239
Festival Wau Meriah, Gamit Suasana Kampung
Festival Wau Meriah, Gamit Suasana Kampung
HULU TERENGGANU, 15 Mei - Festival Wau Kampung Gaung di sini berlangsung dengan cukup meriah dan merekodkan lebih 50 penyertaan sekali gus menggamit suasana kampung. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dr Mamad Puteh berkata seramai 54 orang peserta mengambil bahagian dalam pelbagai kategori dalam penganjuran berkenaan. "Penyertaan masyarakat sebagai peserta dalam festival ini sangat menggalakkan. Satu penyertaan boleh masuk dua atau tiga kategori tapi satu wau hanya untuk satu kategori sahaja. "Dalam syarat permainan, saiz Wau Bulan antara empat hingga lima kaki manakala Wau Barat pula tiga kaki naik," katanya. Beliau berkata demikian selepas melakukan perasmian pada hari pertama dengan menaikkan Wau Barat di Padang Bola Kg Gaung 12 mei baru-baru ini. Menurut Penganjur, Badrul Hisham Mamat yang merupakan Pengerusi JPKK Kg Gaung, sudah lebih 20 tahun permainan wau ini tidak diadakan di Kampung ini. "Kali terakhir festival wau di kampung ini diadakan pada tahun 90-an. Oleh kerana ramai orang muda yang semakin minat dengan wau, maka kami telah berbincang dan akhirnya festival ini berjaya dibuat. "Saya berharap tahun depan kita akan adakan lagi penganjuran festival wau ini dan berharap agar lebih ramai lagi penyertaan daripada masyarakat setempat," jelasnya.
15 May 23
529
PM Akui Bantuan Banjir Persekutuan Lewat Disalur
PM Akui Bantuan Banjir Persekutuan Lewat Disalur
KUALA NERUS, 14 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa bantuan banjir Persekutuan melibatkan beberapa kawasan di Terengganu lewat disalurkan. Anwar berkata, beliau mengambil sikap terbuka dan mendengar dengan teliti terhadap pandangan Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar agar hubungan Negeri dan Persekutuan menjadi lebih baik. “Saya tahu berlaku kelewatan pengagihan bantuan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), jadi saya mintak Nadma perhalusi segera,” katanya di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini, semalam. Turut hadir, Ahli-Ahli Jemaah Menteri dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat kerajaan Negeri. Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata sekiranya berlaku kecapikan dalam hubungan antara sesama manusia pun, masyarakatlah yang merana. “Apatah lagi hubungan antara kerajaan dengan kerajaan, yang sudah pasti akan mewujudkan suasana bingar, dan rakyatlah yang akan menanggung akibat dan sengsaranya. “Rakyat di luar sana mengeluh dan mendengus, kerana keperluan serta kemahuan mereka adalah jelas iaitu mahukan penyelesaian kepada masalah kehidupan mereka,” ujarnya.        
14 May 23
729
Laksana Inisiatif 'Non Partisan' Elak Rakyat Merana - MB
Laksana Inisiatif 'Non Partisan' Elak Rakyat Merana - MB
KUALA NERUS, 14 Mei – Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mencadangkan agar inisiatif ‘non-partisan’ dengan tidak menyebelahi mana-mana parti politik diperkenalkan bagi mengelakkan golongan itu menjadi mangsa. Ahmad Samsuri berkata, inisiatif non-partisan dan bi-partisan penting dalam keadaan tertentu dan ia diamalkan di negara maju, ketika mereka berdepan dengan suasana getir. Katanya, sebilangan besar rakyat tidak menjadi ahli atau tidak terlibat pun dengan mana-mana parti politik yang berdaftar dalam negara kita. “Sedangkan mereka juga adalah rakyat pembayar cukai yang turut sama menyumbang, kepada peningkatan sosio-ekonomi, pembangunan manusia dan fizikal, bahkan kesejahteraan hidup dalam negara kita ini. “Bahkan, jika kita ahli-ahli politik tidak berubah menjadi matang mengikut zaman, rakyat akan meremehkan peranan politik dalam memimpin mereka,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertempat di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA di sini, semalam. Turut hadir, Ahli-Ahli Jemaah Menteri dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat kerajaan Negeri. Tambah Ahmad Samsuri, sekiranya berlaku kecapikan dalam hubungan antara sesama manusia pun, masyarakatlah yang merana. “Apatah lagi hubungan antara kerajaan dengan kerajaan, yang sudah pasti akan mewujudkan suasana bingar, dan rakyatlah yang akan menanggung akibat dan sengsaranya. “Rakyat di luar sana mengeluh dan mendengus, kerana keperluan serta kemahuan mereka adalah jelas iaitu mahukan penyelesaian kepada masalah kehidupan mereka,” ujarnya.      
14 May 23
371
MB Gesa Kerajaan Persekutuan Bayar Dana Khas Ikut Jadual
MB Gesa Kerajaan Persekutuan Bayar Dana Khas Ikut Jadual
KUALA NERUS, 14 Mei – Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menggesa kerajaan Persekutuan membayar sebarang dana khas milik rakyat, yang diterima pada tahun-tahun sebelum ini mengikut jadual. Ahmad Samsuri berkata, perkara itu sudah tercatat dalam dokumen rasmi kerajaan dan dibimbangi ia merencatkan perancangan negeri untuk rakyat jika tidak diurus dengan baik “Saya menyampaikan permintaan rakyat, mereka mengharapkan segala bentuk perancangan, pembangunan dan penyaluran dana khas peruntukan yang kita terima puluhan tahun, agar dapat diteruskan tanpa sebarang kerencatan mengikut jadualnya. “Sebagaimana dicatatkan dalam dokumen Belanjawan 2023 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 24 Februari yang lalu,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertempat di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA di sini, semalam. Turut hadir, Ahli-Ahli Jemaah Menteri dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat kerajaan Negeri. Jelas Ahmad Samsuri, tindakan ini sekali gus menepati, apa yang ditegaskan oleh Saidina Ali kepada Malik al-Ashtar, Gabenor Mesir dalam suratnya pada tahun 655 Hijrah (1257 Masehi). “Mekarkan dalam hati kamu perasaan kasih sayang kepada rakyatmu dan jadikan kasih sayang itu sebagai sumber kebaikan dan sejahtera kepada mereka. “Janganlah kamu memperlakukan rakyat dengan cara yang tidak beradab atau gasar, dan jangan ambil dari mereka apa yang menjadi milik mereka," katanya. Menurut beliau, melihat ke depan, kita semua akur dengan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk melihat Malaysia yang lebih segar dan baharu. Maka tambah Ahmad Samsuri, semua pihak perlu bertekad untuk menolak budaya dan cara lama yang tidak sihat, dengan mengambil pendekatan matang dan sejahtera.  "Justeru, ia akan lebih menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia, termasuklah rakyat negeri Terengganu. “Mudah-mudahan, dengan komitmen yang padu dari semua pihak tanpa mengira agama dan kaum, adat dan budaya, tanpa mengira fahaman politik. “Nescaya, akan dapat mewujudkan Malaysia yang lebih sejahtera dan semoga tiada yang terpinggir dalam proses kebangkitan dan pembangunan negara, selepas daripada ini,” ujarnya.          
14 May 23
911