lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Lima Tahun Tidak Duduk Diam, Ghazali Yakin Diterima Rakyat
Lima Tahun Tidak Duduk Diam, Ghazali Yakin Diterima Rakyat
DUNGUN, 31 Julai - Kekalahan dalam penampilan pertama sebagai calon daripada PAS tidak mematahkan semangat Ghazali Sulaiman, sebaliknya sepanjang tempoh lima tahun beliau tidak berdiam diri dalam mengerakkan segala gerak kerja kebajikan untuk rakyat. Selain itu katanya, tindakan segera yang diambil apabila berlaku bencana seperti ribut dan banjir menjadi nilai tambah untuk dirinya semakin dikenali oleh rakyat menjadikan dirinya optimis pada kali ini mampu menang di DUN Bukit Besi. ''Bermakna telah lama kita gerakkan strategi untuk menambat hari rakyat dan membawa mesej bahawa PAS adalah relevan untuk semua rakyat di sini.  ''Semua penduduk saya utamakan tanpa mengira parti, jika ada yang berhadapan masalah atau petaka saya akan pastikan saya orang terawal yang sampai bagi menghulurkan bantuan. ''Pantang mendengar ada yang sakit, kita akan pergi menziarahi mereka dan mengenal pasti apa keperluan mereka apabila menderita sakit di mana kita menyediakan kerusi roda, katil pesakit dan sebagainya,''ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pusat Proses Penamaan Calon bagi DUN Bukit Besi, di Dewan Al Farabi, Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) di sini, pada Sabtu. Tambah beliau, selain bergerak aktif dalam menjalankan kerja-kerja kebajikan untuk rakyat beliau juga sentiasa memberi tumpuan pendidikan kepada anak-anak di DUN berkenaan. ''Antaranya kita mengadakan tuisyen rakyat secara percuma untuk mereka hampir setiap tahun serta meraikan mereka yang berjaya menyambung kemana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan mengadakan majlis. ''Dari situ saya berjaya menjalinkan hubungan baik dengan mereka, malah mereka datang berjumpa saya apabila pulang ke kampung semasa cuti semester, saya bagi mereka seperti seorang ayah. "Tiada apa yang kita harapkan melainkan ingin melihat mereka ini berjaya dalam pelajaran bagi mengubah nasib keluarga,''ujarnya. Dalam pada itu katanya, pengalaman menjadi Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi selama ini juga membantunya dalam melakukan perancangan apabila dipilih menjadi ADUN nanti. ''Fokus saya ingin menggalakkan anak muda melibatkan diri dalam bidang keusahawanan dan kalau dilihat pusat pelancongan di sini semakin terkenal, saya melihat ia memberi suatu impak yang positif kerana itu kita wujudkan 'kiosk' setakat ini kita telah bina dua iaitu di Pasir Raja dan juga di tempat perkelahan di Sungai Kelemin. ''Malah saya juga telah memperelokkan infrastruktur serta kemudahan di lokasi perkelahan ini dengan menaik taraf jalan melalui tempat ini, menyediakan tandas awam dan sebagainya kita bagi 'comel' sepanjang lima tahun ini,''ujarnya. Tambahnya lagi,PN mampu melakar kejayaan cemerlang pada kali ini kerana yakin dengan gelombang anak muda serta rakyat yang telah melihat kerajaan ditadbir PAS adalah lebih baik berbanding sebelum ini. ''Kerana itu pada PRU peringkat parlimen kita mampu menang hampir 3,000 untuk DUN, melihat keadan semasa yang berlaku di peringkat nasional dan juga prestasi ditunjukkan kerajaan negeri selama ini saya merasakan majoriti itu akan bertambah,'' ujarnya lagi.
29 Jul 23
267
Rakyat Mahu Ahmad Samsuri Kekal di Ru Rendang
Rakyat Mahu Ahmad Samsuri Kekal di Ru Rendang
Oleh : Fatimah Din MARANG, 29 Julai - Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang mahu Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar terus mewakili mereka di kawasan itu. Zainun Mansor, 53, berkata Naib Presiden PAS itu perlu dikekalkan di DUN terbabit atas prestasi cemerlangnya dalam membela nasib rakyat. "Rakyat setempat juga berharap supaya seluruh DUN di Terengganu ini dimenangi oleh PAS, 32 dibalas 0 untuk parti lawan," katanya ketika ditemui pemberita ketika proses penamaan calon di Pejabat Tanah dan Daerah Marang di sini hari ini. Sementara itu, Hanim Sofia Mohd Zuhur, 25, berkata dia berharap agar Ahmad Samsuri berjaya mengekalkan kerusi itu pada 12 Ogos nanti. "Saya juga menyeru pada anak muda dan perantau supaya undilah PAS dan baliklah mengundi kerana mengundi ini lima tahun sekali sahaja," katanya. Terdahulu, perarakan calon PAS bagi DUN Ru Rendang bermula pada 8.45 pagi dengan kehadiran hampir tiga ribu penyokong. Perarakan bermula di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Ru Rendang Kampung Kijing sehingga ke Pejabat Tanah Daerah Marang.  Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 lepas, DUN Ru Rendang mempunyai lebih 25,999 pengundi dengan lebih 90 peratus daripada pengundi adalah melayu. Ketika itu, Ahmad Samsuri telah berjaya menewaskan calon BN iaitu Dato' Nik Dir Nik Wan Ku dengan majoriti 6,028 undi.
29 Jul 23
316
Hanafiah Lawan Rahim Curi Tumpuan Di Chukai
Hanafiah Lawan Rahim Curi Tumpuan Di Chukai
KEMAMAN, 29 Julai - Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bakal menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Parti Islam Se-malaysia (PAS) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Dewan Undangan Negeri (DUN) 12 Ogos ini. Penyandang DUN Chukai, Hanafiah Mat berkata pada pukul 10 tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima pencalonan parti PAS. "Setelah diundi, saya yang mewakili parti PAS menduduki tempat kedua dalam kertas undian pada hari pilihan raya nanti," jelasnya. Beliau berkata demikian selepas Penamaan Calon DUN Chukai bertempat di Dewan Dato’ Sri Amar di sini hari ini. Tambah Hanafiah, bagi pihak dirinya, keluarga dan rakan-rakan mengucapkan terima kasih kepada Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. "Beliau memberi amanah kepada saya untuk bertanding bagi mengekalkan kemenangan di DUN ini. "Insya-Allah dengan sokongan daripada semua marilah sama-sama kita mulakan gerak kerja berkempen pada hari ini sehingga 12 haribulan. "Saya yakin di N31 DUN Chukai ini, kita dapat lagi mengulangi kemenangan PAS di sini," ujarnya. Berdasarkan rekod, Hanafiah Mat memenangi DUN Chukai pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menewaskan calon BN ketika itu, Dato’ Mohamad Awang Tera dengan majoriti 4,881 dalam pertembungan tiga pejuru.  
29 Jul 23
366
Dr Khalil Tekad Pertahan Kemenangan
Dr Khalil Tekad Pertahan Kemenangan
Oleh : Akid Hafriz KUALA TERENGGANU, 29 Julai - Calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi bertekad untuk mengekalkan kemenangan di DUN tersebut dalam Pilihan Raya Umum DUN.  Menurutnya, sepanjang sepenggal PAS memerintah Negeri Terengganu, telah banyak agenda pembangunan dan kebajikan dilaksanakan untuk rakyat. "Insya-Allah, kita akan terus memacu pembangunan dan perubahan di Negeri Terengganu selepas ini.  "Sekarang adalah masa untuk bekerja bagi mempertahankan kemenangan.  "Bukan sahaja di DUN Batu Buruk, tetapi di seluruh DUN dalam Negeri Terengganu," kata Dr. Muhammad Khalil kepada pemberita. Dr Khalil dilihat hadir ke Pusat Penamaan Calon di Kompleks Sukan Terengganu Equestrian Resort (TER) bagi menyerahkan borang penamaan calon pada jam 9.03 pagi tadi diiringi kira-kira 4,000 orang penyokong. Beliau yang juga selaku penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di situ akan bertanding dua penjuru dengan calon Pakatan Harapan, Zamir Ghazali. Proses penamaan calon tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang provokasi daripada kedua-dua pihak yang bertanding.  
29 Jul 23
254
Saingan Guru Dan Anak Didik Di Telemong, Bakal Sengit
Saingan Guru Dan Anak Didik Di Telemong, Bakal Sengit
HULU TERENGGANU, 29 Julai - Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong menyaksikan pertandingan dua penjuru pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 antara guru dan anak didik dalam politik. Calon PAS, Zawawi Ismail, yang merupakan bekas ADUN Kuala Berang akan berhadapan penyandang empat penggal dari UMNO iaitu Datuk Rozi Mamat. Rozi tiba di pekarangan Pusat Penamaan Calon di Dewan Sivik Telemong pada jam 8.50 pagi manakala Zawawi, tiba pada jam 9 pagi bagi proses penamaan calon PRU DUN. Kehadiran Zawawi turut diiringi lebih 200 penyokongnya. DUN Telemong  mempunyai  21,480 pengundi, yang  akan menunaikan tanggungjawab mereka di PRN 15 nanti.  
29 Jul 23
2378
PRN15: Kota Putera Saksi Pertembungan Dua Mantan Penyandang
PRN15: Kota Putera Saksi Pertembungan Dua Mantan Penyandang
BESUT, 29 Julai- Penyandang kerusi Bahagian Pilihan Raya N02 Kota Putera, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman dijangka berdepan tentangan sengit apabila lawannya dari Barisan Nasional (BN), Dato' Muhammad Pehimi Yusof kembali bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini. Pehimi pernah menyandang kerusi berkenaan selama sepenggal pada tahun 2008-2013, sebelum menduduki kerusi DUN Jertih selama dua penggal. Dalam proses penamaan calon pagi ini, Nurkhuzaini tiba di sekitar Pusat Penamaan Calon (PPC) dan sempat menunaikan solat sunat hajat bersama penyokong PAS/ Perikatan Nasional (PN) pada jam 8.00 pagi. Beliau berarak ke perkarangan PPC diiringi kira-kira 1,200 penyokong dan memasuki PPC pada jam 9.03 pagi. Manakala, Pehimi tiba di kawasan PPC pada jam 8.30 pagi. Beliau berarak bersama 1,000 penyokongnya dan memasuki PPC pada jam 9.03 pagi. Nurkhuzaini selesai mengemukakan borang penamaan calon pada jam 9.05, manakala Pehimi selesai seminit kemudian sebelum pegawai pengurus bahagian Pilihan Raya N02 Kota Putera, Mohd Ridhuan Muhammad Nor mengisytiharkan waktu penerimaan kertas penamaan calon ditamatkan pada jam 10.00 pagi. Mohd Ridhuan mengesahkan dan mengumumkan kedua-dua calon layak dan diterima bertanding sebelum kedua-dua calon beredar dari PPC sekitar jam 10.40 pagi. Berdasarkan rekod, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman memenangi DUN Kota Putera pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menewaskan calon BN ketika itu, Mohd Mahdi Musa dengan majoriti 1,181 dalam pertembungan tiga penjuru.  
29 Jul 23
525
PRN15: Lebih 2,000 Penyokong Iringi Hanafiah Ke Pusat Penamaan Calon
PRN15: Lebih 2,000 Penyokong Iringi Hanafiah Ke Pusat Penamaan Calon
KEMAMAN, 29 Julai – Lebih 2,000 penyokong hadir bagi memberi sokongan kepada Calon PAS, Hanafiah Mat ke Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai di sini. DUN Chukai bakal menyaksikan pertembungan dua penjuru membabitkan calon daripada Parti Islam Se-malaysia (PAS) dan Barisan Nasional (BN). Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon N31 Chukai, Ahmad Farhan Abd Wahab mengumumkan perkara tersebut di Pusat Penamaan Calon di Dewan Dato’ Sri Amar di sini. “Bekas ADUN Chukai, Hanafiah Mat bertanding mewakili PAS manakala BN diwakili Dato’ Sri Mohamed Rahim Hussin. “Terdahulu Calon BN, Rahim Hussin mengemukakan kertas penamaan calon pada jam 9.05 pagi manakala Calon PAS, Hanafiah Mat pada pukul 9.10 pagi,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Penamaan Calon bagi kedua-dua parti bertanding DUN Chukai bertempat di Dewan Dato’ Sri Amar di sini hari ini. Hanafiah Mat, yang juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai berpakaian serba hijau tiba di Pejabat DUN Chukai pada jam 8.00 pagi yang disambut oleh para hadirin. Sebelum memulakan perarakan, para penyokong mengalunkan zikir munajat serta doa yang diketuai oleh pemuda-pemuda DUN Chukai di sini. Cuaca yang baik juga melancarkan lagi perjalanan perarakan jentera PAS bersama calon ke Pusat Penamaan Calon.    
29 Jul 23
299
Dr Mamad Berdepan Cg Jalal Di Kuala Berang
Dr Mamad Berdepan Cg Jalal Di Kuala Berang
HULU TERENGGANU, 29 Julai -Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang menyaksikan pertandingan dua penjuru pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15).  Penyandang satu penggal dari PAS Dr Mamad Puteh yang mewakili Perikatan Nasional (PN) akan berhadapan calon baru Jalaluddin Ismail dari Barisan Nasional (BN). Dr Mamad Puteh tiba di pekarangan Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Terengganu pada 9.15 pagi bagi proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN). Kehadiran calon Perikatan Nasional (PN) yang juga penyandang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang itu diringi hampir 2,000 penyokongnya. DUN Kuala Berang  mempunyai seramai 21,427 pengundi, yang  akan menunaikan tanggungjawab mereka di PRN 15 nanti.
29 Jul 23
669
PRN15: Proses Penamaan Calon N23 Kuala Berang Lancar
PRN15: Proses Penamaan Calon N23 Kuala Berang Lancar
HULU TERENGGANU, 29 Julai - Proses penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN)Kuala Berang N23 berlangsung dengan baik tanpa ada provokasi daripada penyokong dua parti yang mengiringi calon masing-masing. Walaupun penyokong berada pada jarak 50 hingga 100 meter antara satu sama lain, keadaan adalah terkawal. N23 Kuala Berang setakat jam 9.30 pagi ini masih menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Dr Mamad Puteh(PAS) dan Jalaluddin Ismail (BN) Cuaca ketika ini agak panas namun tidak menghalang para penyokong  berkumpul memberikan sokongan. Proses penamaan calon dikendalikan Pegawai Pengurus SPR Bahagian N23, Lukema Meri Salleh@Abdul Latif.
29 Jul 23
245
PRN15: Pertembungan Dua Penjuru Di Alur Limbat
PRN15: Pertembungan Dua Penjuru Di Alur Limbat
MARANG, 29 Julai-  Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat menyaksikan saingan dua penjuru membabitkan calon PAS Ariffin Deraman dan Yuseri Isa (BN). Mereka mengemukakan borang pencalonan masing-masing sebelum tempoh sejam penamaan calon tamat tepat jam 10 pagi tadi. Pengumuman rasmi calon yang bertanding dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Nur Nazuha Ismail kira-kira 15 minit selepas tempoh pencalonan ditutup. Terdahulu, Ariffin, yang pertama menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.02 pagi diikuti Yuseri Isa pada jam 9.06 pagi.  Proses penamaan calon PRN DUN Alur Limbat berlangsung di Pusat Al-Quran Terengganu dengan tempoh masa satu jam diberikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi semua calon mengemukakan Kertas Penamaan Calon masing-masing. Ratusan penyokong parti bertanding memenuhi perkarangan luar kolej berkenaan seawal jam 8.30 pagi mengiringi calon masing-masing.
29 Jul 23
478