lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

DUN Terengganu Zahir Kebersamaan Rakyat Palestin
DUN Terengganu Zahir Kebersamaan Rakyat Palestin
KUALA TERENGGANU, 27 November - Isu Palestin turut disentuh pada awal pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini sebagai solidariti terhadap nasib umat Islam yang diuji di negara tersebut dengan peperangan yang dahsyat di bumi Gaza. Yang Dipertua DUN Terengganu, Dato' Mohd Nor Hamzah berkata, sehingga kini dilaporkan peperangan yang berlaku telah mengorbankan puluhan ribu nyawa dalam serangan tidak berperikemanusiaan angkara rejim zionis Israel. "Daripada jumlah itu, lebih 5,000 mangsa terdiri daripada golongan kanak-kanak yang tidak bersalah, menurut sumber dari Kementerian Kesihatan Gaza, Palestin. "Siri serangan kali ini dilihat sangat dahsyat. Setiap detik berlakunya peperangan, dari situ jugalah kita menyaksikan setiap nyawa umat Islam di Palestin akan terus terkorban,"ujarnya. Mengulas lanjut katanya, episod duka, luka dan darah umat Islam di Palestin itu berterusan sehingga hari ini perlu diberikan perhatian. "Sesunguhnya apa yang berlaku ini adalah permasalahan yang amat sukar untuk diselesaikan ditambah pula dengan perancangan 'menidurkan ummah' sedang dan masih giat berjalan samada dalam keadaan kita sedar ataupun tidak. "Saat kita leka, musuh-musuh begitu lahap cuba meratah sehingga menjadikan kita berada pada tahap lemah yang amat ketara dan dipandang hina kerana tidak mempunyai sebarang kekuatan," ujarnya.  
27 Nov 23
82
Kerajaan Negeri Peruntuk RM300 Ribu Naik Taraf Imej Pelancongan di Terengganu
Kerajaan Negeri Peruntuk RM300 Ribu Naik Taraf Imej Pelancongan di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 27 November -Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM300,000 bagi menaik taraf fasiliti untuk meningkatkan imej pelancongan di Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata ia bertujuan bagi penawaran perkhidmatan pelancongan yang lebih berkesan dan interaktif kepada pengunjung dan pelancong. Katanya, usaha tersebut akan diteruskan pada tahun 2024, dengan penumpuan diberikan kepada penambahbaikan dan pembaikian infra pelancongan sedia ada di setiap daerah. “Ia bagi mengekalkan keindahan dan kemudahan pelancongan sedia ada. “Kerajaan negeri juga telah memperuntukkan RM50,000 bagi membaik pulih kaunter hadapan di Pusat Penerangan Pemuliharaan Penyu (TTIC) di Rantau Abang,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Mohd Fadhli Rahimi Zulkifli di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu (Belanjawan 2024) di Wisma Darul Iman hari ini. Tambah Razali, dari sudut promosi pelancongan pula, usaha telah dijalankan bagi menjenamakan Pantai Rantau Abang sebagai destinasi pelancongan yang sinonim dengan pendaratan penyu. “Promosi itu berkaitan kempen pelancongan Penyu Terengganu di bawah jenama 'Terengganu Turtle Tourism' di pelbagai platform seperti media massa, cetak, elektronik dan media sosial. “Manakala, Pantai Batu Pelanduk telah dikenal pasti sebagai antara Geotapak yang berpotensi dalam usaha pemuliharaan sumber geologi dan landskap," katanya. Di samping katanya, ia bagi membolehkan orang ramai memahami kepentingan sumber warisan geologi. Tambahnya, antara usaha promosi yang turut dilaksanakan adalah seperti dengan mengetengahkan Rantau Abang, Pantai Batu Pelanduk, Pantai Teluk Bidara dalam 'fun map' pelancongan negeri Terengganu. "Ia  bertujuan menonjolkan lagi destinasi tersebut kepada pelancong, atau dalam erti lain 'product visibility'. "Sekali gus, mempromosikan pantai-pantai tersebut melalui penghasilan video pendek sebagai jajaran 'scenic drive'. "Insha-Allah, kita akan pastikan semua pantai selamat untuk mandi dan beriadah mengikut musim dan sop pelancongan kepada pelancong dan mempertahankan papan tanda," ujarnya.                                
27 Nov 23
220
MB Terengganu Komited Pacu Pentadbiran Lebih Ke Hadapan
MB Terengganu Komited Pacu Pentadbiran Lebih Ke Hadapan
KUALA TERENGGANU, 27 November - Persidangan Dewan Undangan Negerin(DUN) Terengganu pada kali ini sangat penting kerana ia melibatkan masa hadapan negeri selaras komitmen Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dalam memacu pentadbiran negeri lebih ke hadapan. Yang Dipertua DUN, Dato'Mohd Nor Hamzah meyakini, ia merupakan belanjawan yang terbaik dan konklusif  serta berharap 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berperanan serta bertanggungjawab meneliti setiap butiran bajet tersebut. "Sudah semestinya, tumpuan akan diberikan kepada aspek pembangunan dan kemampanan ekonomi negeri dapat tercapai. "Kelestarian pembangunan ekonomi sudah semestinya akan bergerak seiring dengan limpahan kemakmurannya yang akan dapat dinikmati oleh rakyat secara keseluruhannya. "Secara tidak langsung, rakyat boleh menilai bahawa waima apa jua perancangan dan belanjawan yang dibentangkan, kebajikan dan kemakmuran rakyat tetap dijadikan fokus keutamaan oleh kerajaan negeri," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pembukaan di Persidangan DUN Terengganu (Belanjawan 2024) di Wisma Darul Iman, di sini hari ini. Dalam pada itu, Mohd Nor turut berkongsi perkembangan dan perjalanan DUN Terengganu melalui Jawatankuasa Tetap yang baru dilantik pada persidangan lepas selepas mesyuarat kali pertama diadakan, baru-baru ini. "Jawatankuasa Pengurusan Dewan, Jawatankuasa Peraturan Tetap Dewan, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan serta Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) telah selesai menjalankan mesyuarat kali pertama, masing-masing pada awal Oktober yang lalu. "Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua Yang Berhomat Ahli Jawatankuasa berkenaan atas kesungguhan dan komitmen yang diberikan dalam jawatankuasa masing-masing, semoga akan memberi tambah nilai yang lebih inklusif kepada perjalanan persidangan DUN ini. "Kita juga terbuka untuk menerima sebarang cadangan dan idea yang segar dalam membantu perjalanan dan perkembangan DUN kita ini agar misi untuk 'Memacu Pembedayaan Badan Legistatif Yang Efektif, Inklusif dan Progresif' dapat tercapai ke arah menjadikan DUN Terengganu sebagai badan legistatif terunggul," ujarnya.
27 Nov 23
93
Kerajaan Persekutuan Belum Lunas Bayaran Penuh Royalti Terengganu
Kerajaan Persekutuan Belum Lunas Bayaran Penuh Royalti Terengganu
KUALA TERENGGANU, 27 November - Kerajaan Persekutuan masih belum melunaskan bayaran royalti petroleum milik rakyat Terengganu secara penuh setakat Oktober 2023. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, rakyat Terengganu sepatutnya menerima hak mereka dengan anggaran terimaan sebanyak lebih RM1.5 bilion tahun ini. "Tetapi kita hanya menerima RM510 juta sahaja setakat bulan lalu. "Jumlah itu jauh lebih rendah berbanding tahun 2022 (zaman PN) apabila rakyat Terengganu menerima hak mereka sebanyak RM1.1 bilion," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Mohamed di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu (Belanjawan 2024) di Wisma Darul Iman hari ini. Tambah Ahmad Samsuri, berdasarkan jumlah terimaan tahun ini, Kerajaan Persekutuan masih belum membayar RM1.01 bilion kepada kerajaan negeri. Untuk rekod, pembayaran royalti petroleum telah ditukar kepada Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) mulai tahun 2004 sehingga tahun 2018, kemudian DKKP ditukar kepada Bayaran Tunai Petroleum bermula tahun 2019 dan ditukar kepada Wang Ehsan pada 11 Mac 2022 sehingga sekarang.
27 Nov 23
2239
Tiada Perincian Belanjawan, Dr Sam Mahu PRK Adil
Tiada Perincian Belanjawan, Dr Sam Mahu PRK Adil
KUALA TERENGGANU, 27 November - Menteri Besar Terengganu tidak memperincikan peruntukan atau jumlah kewangan bagi setiap inisiatif dalam Belanjawan 2024 bagi memastikan Pilihan Raya kecil (PRK) Kemaman berlangsung secara adil. Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga calon PAS bagi PRK Kemaman berkata, beliau tidak mahu mengamalkan amalan biasa pihak tertentu yang menjadikan bajet sebagai 'gula-gula' demi memenangi sebarang pertandingan. "Untuk mengelakkan saya dilihat mengambil kesempatan, supaya pertandingan yang saya sertai (PRK Kemaman) itu lebih adil sifatnya, maka saya mengambil keputusan untuk bersikap lebih cermat, untuk tidak menyebutnya (perincian peruntukan) dalam belanjawan kali ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Wisma Darul Iman di sini hari ini. Menurut Naib Presedin PAS itu, situasi tersebut adalah sesuatu perkara baharu yang mungkin tidak pernah berlaku di mana jua sebelum ini.  "Saya ingin menjelaskan bahawa pembentangan saya pada kali ini ada beberapa perbezaan berbanding pembentangan dahulu. "Pembentangan kali ini tidak menyebut secara terperinci peruntukan setiap inisiatif yang ingin dilaksanakan. "Walaupun begitu, ia ada dinyatakan dalam Buku Belanjawan 2024. Tugas ini akan diserahkan kepada Yang Berhormat Exco untuk memilih menyebutnya semasa penggulungan," katanya.
27 Nov 23
319
Dr Sam Tak Umum Bonus Penjawat Awam, Elak Kesalahan PRK
Dr Sam Tak Umum Bonus Penjawat Awam, Elak Kesalahan PRK
KUALA TERENGGANU, 27 November - Kerajaan Terengganu tidak mengumumkan sebarang bonus bagi penjawat awam dalam Belanjawan 2024 tahun ini bagi mengelakkan berlaku kesalahan dan ketidakadilan. Walau bagaimanpun Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kadar bonus tu akan dimaklumkan sebaik urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman selesai. "Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penjawat awam di Negeri Terengganu yang sama-sama menggerakkan agenda negeri. "Walau bagaimanapun, kadar bonus penjawat awam tidak dapat diumumkan dalam ucapan belanjawan pada hari ini.  "Insya-Allah, setelah selesai urusan saya, kadar bonus akan dimaklumkan secara pentadbiran," katanya. Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belanjawan 2024 di Wisma Darul Iman di sini hari ini. Untuk rekod, ini merupakan kali pertama bonus penjawat awam tidak diumumkan dalam pembentangan Bajet 2024 Terengganu. Semalam Kedah mengumumkan kerajaan negeri akan memberikan bonus penjawat awam bernila RM2,000. Manakala Kelantan turut mengumumkan bonus dengan nilaian sama minggu lalu.
27 Nov 23
348
Petani Terkesan Banjir Diarah Buat Aduan
Petani Terkesan Banjir Diarah Buat Aduan
KUALA TERENGGANU, 26 November – Para petani yang terkesan dengan bencana banjir diminta membuat aduan kepada jabatan berkaitan beserta laporan polis mengenai kerugian hasil pertanian mereka bagi memudahkan kerajaan negeri menyalurkan bantuan bersesuaian termasuk dari tabung bencana pertanian. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata ianya susulan beberapa daerah terlibat dengan kemusnahan hasil pertanian kerana banjir termasuk di daerah Besut. Katanya, beliau tidak menafikan berlakunya kemusnahan dan kerosakan kepada kebun, ladang, sawah dan sektor akuakultur maka kerajaan negeri akan pertimbangkan untuk memberi bantuan kepada mereka terlibat. “Semua petani dan penternak diarah membuat laporan kepada jabatan berkaitan dan laporan polis untuk sebahagiannya kita (kerajaan negeri)  pertimbangkan (untuk salurkan bantuan) di bawah Tabung Bencana Pertanian Negeri Terengganu dan sebahagian lagi kita akan angkat kepada Kerajaan Persekutuan. "Namun sehingga kini, kerajaan negeri belum lagi mendapat data yang lengkap berhubung dengan kemusnahan hasil tanaman pertanian tersebut dan anggaran kerugian belum lagi diperhalusi," ujarnya. Beliau berkata demikian di sidang media selepas merasmikan Hari Pertanian Bandar @Tranung Jabatan Pertanian Negeri Terengganu di sebuah hotel di sini semalam. Turut hadir di sidang tersebut, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Ustaz Hilmi Harun dan Pengarah Pertanian Negeri, Dato' Zulkepli Amin Mat Jusoh. Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata beliau dan Dato’ Zulkepli Amin turun padang untuk meninjau sendiri kesan banjir terhadap tanaman penduduk baru-baru ini termasuk tanaman padi di daerah Besut. Menurutnya, kawasan penanaman padi terjejas  berlaku di beberapa skim pengairan (SP) di daerah itu termasuk SP Bukit Jeruk dan SP Gong Macang yang melibatkan lebih daripada separuh padi yang belum dituai telah musnah. Tambah Dr Azman lagi, kerajaan negeri juga belum dapat mengenalpasti kerugian hasil pertanian di daerah lain yang turut dilanda banjir baru-baru ini. “Semua petani dan penternak terlibat akan dikenalpasti dan kerugian tanaman dan ternakan mereka akan diperhalusi,” ujarnya .  
27 Nov 23
122
Kemaman Kunci Pintu Laluan Terengganu Baharu
Kemaman Kunci Pintu Laluan Terengganu Baharu
KEMAMAN, 26 November – Daerah Kemaman diibaratkan sebagai kunci bagi pintu laluan untuk membina Terengganu baharu. Calon PAS Parlimen Kemaman, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata hasrat tersebut bertujuan untuk mencapai lebih lagi dari apa yang dicapai sebelumnya. Katanya, Kemaman merupakan daerah di negeri Terengganu yang berada di hadapan dari segi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). “Hasilnya dapat dilihat melalui fasiliti-fasiliti, operasi-operasi syarikat yang ada dalam daerah berkenaan lebih banyak dari daerah lain. “Seperti Pelabuhan Kemaman, ‘Petro Chemical’, ‘Bioteknologi’ dan pelbagai lagi,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika program sembang santai ‘Orang Kemaman Dr Sam Nok Juppe’ bertempat di Kemaman Arena Square di sini baru-baru ini. Tambah Ahmad Samsuri, tidak cukup dengan pencapaian itu, nanti akan ada stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi merancakkan lagi ekonomi di daerah itu. "Perkara ini perlu disusun dengan baik supaya menjadikan Terengganu lebih maju ke hadapan. "Di sinilah kuncinya untuk membina Kemaman maju berkat dan sejahtera dan bermula dari daerah ini kita akan sebarkan manfaat ke seluruh negeri Terengganu," ujarnya.                  
26 Nov 23
119
120 Pelajar Cemerlang SPM, STAM Dan STPM Terima Insentif JPINT
120 Pelajar Cemerlang SPM, STAM Dan STPM Terima Insentif JPINT
KUALA TERENGGANU, 26 November- Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) meraikan 120 pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) negeri ini sebagai penghargaan terhadap pencapaian mereka. Pengarah JPINT, Lothman Awang berkata, suntikan semangat dan pengiktirafan yang diberikan kepada pelajar secara tidak langsung akan menyemai motivasi dalam diri mereka ke arah lebih cemerlang dan progresif. “Tahniah dan syabas kepada anak pelajar atas kecemerlangan yang dicapai dalam peperiksaan SPM, STAM dan STPM yang lalu. “Semoga terus cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi dan dapat memberikan manfaat kepada agama, bangsa dan negara. “Tidak ketinggalan ucapan tahniah saya tujukan kepada barisan pengetua Sekolah Menengah Agama Terengganu yang berjaya melahirkan dan memartabatkan profesion perguruan sehingga mampu melahirkan modal insan yang berkualiti sehingga mencapai kecemerlangan tertinggi,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Hafl Al-Takrim Pelajar Cemerlang SPM, STAM dan STPM Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu 2023 di Dewan Auditorium, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, hari ini. Pada majlis itu, dua pelajar cemerlang STAM iaitu Muhammad Hanif Hishamuddin dan Ain Sofiah Harun dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Exco & Anugerah Khas Pendidikan Islam bagi kategori lelaki dan wanita. Manakala Wan Amzar Izzudin Wan Mohd Azlan dan Abdul Muizz Hasanulddin dari Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin pula dinobatkan sebagai pemnerima Anugerah Debat Qatar. Majlis penyampaian insentif dan anugerah tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi Dan Pembangunan Insan Negeri, Dato’ Satiful Bahri Mamat. Lothman berkata, kecemerlangan yang ditunjukkan oleh penerima anugerah diharap akan menjadi pemangkin kepada para pelajar mempertingkatkan pencapaian mereka dalam bidang akademik dan bukan akademik pada masa hadapan. “Anugerah yang diberikan pada hari ini merupakan penghargaan pihak sekolah kepada pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pembelajaran pada tahun itu. “Tahap pencapaian yang ditunjukkan sudah tentu boleh menjadi contoh serta ikutan kepada pelajar lain untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka pada masa akan datang,” ujarnya. Katanya, kerajaan negeri melalui JPINT sentiasa mengalu-alukan usaha dan insentif pelbagai pihak untuk bersama-sama memacu kecemerlangan pendidikan negara dan melahirkan modal insan yang berkualiti.  
26 Nov 23
243
TDM Berhad Terima Anugerah ACES 2023
TDM Berhad Terima Anugerah ACES 2023
KUALA TERENGGANU, 26 November- Anak syarikat kerajaan negeri, TDM Berhad menerima Anugerah Bintang Meningkat Kelestarian (Sustainability Rising Star Award) di Anugerah Kecemerlangan dan Kelestarian Korporat Asia (ACES) 2023, pada Jumaat. Menurut Pengarah Eksekutif TDM, Najman Kamaruddin, pengiktirafan tersebut merupakan bukti komitmen TDM dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDGs) dalam pelaksanaan pembangunan serta kelestarian yang juga menjadi sebahagian usaha menyokong serta menyumbang kepada inisiatif Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) syarikat. "Anugerah ini adalah sebuah kejayaan yang begitu bermakna kerana kami sangat memandang serius soal kelestarian syarikat dalam usaha ke arah masa depan yang lebih lestari dan berdaya tahan. "Usaha dan komitmen terhadap kemampanan ini merupakan usahasama ramai pihak yang diketuai oleh Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Kelestarian (SCoM) dan Kumpulan Kerja Kelestarian (SWG) bagi memastikan aspek kelestarian sentiasa dititikberatkan serta dapat disepadukan ke dalam pertumbuhan jangka panjang syarikat," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada pemberita, hari ini. Dalam majlis yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur itu, TDM diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Medic Iman Sdn. Bhd. (KMI Healthcare); Dr. Rayney Azmi Ali dan Ketua Pemantauan Prestasi Pelaburan TDM; Hasnol Zariman Mohd Hashim. Sebagai rekod, antara pencapaian TDM yang membanggakan pada tahun 2023 sekaligus menyumbang kepada kejayaan memperoleh pengiktirafan ACES 2023 adalah melalui pelancaran serta perasmian dua loji biogas yang inovatif di Sungai Tong dan Kemaman, Terengganu. Selain itu, komitmen TDM juga dapat dilihat melalui inisiatif peralihan lampu kalimantang kepada lampu diod pemancar cahaya (LED) cekap tenaga di pejabat-pejabat korporat sehingga berjaya mencapai pengurangan 16.6% dalam pelepasan gas rumah hijau bersih pada tahun 2022.
26 Nov 23
171