lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Gelombang Keempat Landa Terengganu
Gelombang Keempat Landa Terengganu
KUALA TERENGGANU, 23 Januari - Gelombang banjir keempat mula melanda Terengganu hari ini, susulan hujan lebat sejak semalam. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan, situasi tersebut berlaku disebabkan limpahan air Sungai Padang Terik. Berikutan itu, sebanyak tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Marang bermula jam 9.00 pagi tadi bagi menempatkan tujuh keluarga melibatkan 24 mangsa. PPS terawal yang dibuka ialah Dewan Orang Ramai Bukit Parit seawal jam 9.00 pagi yang menempatkan tiga keluarga, seterusnya ialah PPS Dewan Sivik Wakaf Tapai dan PPS Sekolah Kebangsaan (s.k) Padang Mengkuang dengan masing-masing menempatkan dua keluarga.    
23 Jan 24
593
Jangan Sekat Hak Bersuara rakyat
Jangan Sekat Hak Bersuara rakyat
KUALA TERENGGANU, 23 Januari – Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu berharap Kerajaan Persekutuan tidak menenggelamkan suara rakyat. Pengerusi Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI), Wan Faizul Wan Abas berkata kerajaan perlu mendengar dan memberikan respon baik apabila pimpinan NGO ataupun rakyat menyampaikan hasrat dan hantaran ketidakpuasan hati terhadap sesuatu perkara melibatkan kerajaan. “Kita lihat banyak hantaran ditenggelamkan oleh kementerian komunikasi apabila dimuat naik di media sosial seperti facebook, tiktok dan sebagainya. “Pihak kami juga telah beberapa kali mengalami situasi sedemikian untuk menjelaskan perkara yang betul terhadap situasi semasa di Malaysia namun dipadamkan oleh mereka yang berkenaan,” jelasnya. Tambah Wan Faizul, pihaknya merasakan situasi berkenaan tidak sepatutnya berlaku dan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan NGO. Justeru, menyebabkan luahan rasa daripada rakyat terhadap kerajaan terpaksa dipendamkan. “Sepatutnya apabila diberi amanah dan kuasa memegang tompok pemerintahan fokus penyelasaian isu-isu rakyat dan hendaklah melaksanakan polisi dan manifesto yang dijanjikan. “Setakat ini, kami melihat kerajaan sekarang gagal melaksanakan manifesto yang ada contohnya menurunkan harga minyak, menunaikan hak royalti dan lain-lain,” ujarnya.                  
23 Jan 24
358
Terengganu Inc Rintis Pemahaman Sukuk di Pantai Timur
Terengganu Inc Rintis Pemahaman Sukuk di Pantai Timur
KUALA TERENGGANU, 23 Januari - Kerajaan Terengganu melalui syarikat induk pelaburannya, Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) berperanan untuk mengukuhkan pemahaman dan pertumbuhan sukuk di rantau pantai timur menerusi 'Professorial Talk Series II, 2023' yang membincangkan topik 'Fundraising Through Issuances of Sukuk'. Dalam satu kenyataan media bersama di sini hari ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun berkata, siri kedua program 'Professorial Talk' mencerminkan komitmen Terengganu Inc dalam meningkatkan pengetahuan dan perkembangan kewangan Islam. "Program sehari bersama 150 peserta daripada pelbagai latar belakang korporat dan akademik ini bertujuan untuk memupuk perkongsian ilmu sekali gus memangkin ke arah inisiatif bagi memperkasakan urusan perniagaan dan pelaburan korporat," jelasnya. Sementara itu Setiausaha Kerajaan Terengganu (SUK), Tengku Seri Bijaya Raja berkata pengumpulan dana melalui sukuk secara strategik membantu pembangunan mampan serta menyokong inisiatif sosial dalam Rangka Kerja Sukuk SDG Kerajaan Malaysia. "Sukuk telah mendapat perhatian global sebagai sistem kewangan yang berdaya maju dan inklusif dengan Malaysia sebagai negara pelabur sukuk terbesar di rantau ini dengan jumlah nilai terkumpul RM2 trilion setakat 31 Oktober 2023," ujarnya. Dalam pada itu Naib Cancelor (Penelidikan & Inovasi) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof Ts Dr Shukor Abd Razak berkata, program itu juga adalah sambungan hasil kerjasama Terengganu Inc bersama UniSZA menerusi 'Terengganu Inc-UniSZA Chair of Islamic Investment' selama tiga tahun (2021-2023). Untuk rekod, 'Professorial Talk' merupakan salah satu aspek  kolaborasi berkenaan bertujuan untuk mendapatkan pandangan yang lebih mendalam tentang pelaburan Islam. Terdahulu, Terengganu Inc mengukuhkan komitmennya terhadap kewangan Islam dengan menubuhkan Jawatankuasa Syariah pada September 2022 dan meneruskan program kesinambungan daripada 'Professorial Talk Investment and Shariah Compliance Diillema' yang dijalankan pada Mac tahun lalu.
23 Jan 24
261
Amzad Turun Padang Tinjau Banjir Kilat
Amzad Turun Padang Tinjau Banjir Kilat
KUALA TERENGGANU, 23 Januari - Hujan lebat berterusan sejak petang Isnin menyebabkan beberapa laluan, kawasan perumahan dan sekolah di sekitar daerah Kuala Terengganu dilanda banjir pada pagi ini. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jelani Sulong berkata, setakat jam 9 pagi ini sebanyak enam buah sekolah dalam daerah Kuala Terengganu ditutup kerana dinaiki air. Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Amzad Hashim telah turun padang melihat kawasan-kawasan banjir dan melawat rumah penduduk yang telah dinaiki air sekitar Kuala Terengganu. "Saya telah mengarahkan staf saya di pejabat untuk siap sedia hadapi apa sahaja kemungkinan yang berlaku. Kebiasaannya ada rakyat yang terputus bekalan makanan ketika banjir," katanya ketika dihubungi hari ini. Buat masa ini, kerja-kerja membuka laluan tali air tidak dapat dilakukan kerana air pasang yang bertembung dengan air hujan yang banyak. Datuk Amzad Hashim turut berpesan kepada ibu bapa untuk sentiasa memantau keselamatan anak-anak. "Tiba musim banjir ni, anak-anak kecil seronok dapat bermain air dengan rakan-rakan. "Kita bimbang keselamatan mereka, tidak mahu kejadian yang tidak diingini berlaku," tambahnya lagi.
23 Jan 24
190
Lebih 20 NGO Terengganu Sertai Himpunan Rakyat Daulat Tuanku
Lebih 20 NGO Terengganu Sertai Himpunan Rakyat Daulat Tuanku
KUALA TERENGGANU, 23 Januari – Lebih 20 Badan Bukan Kerajaan (NGO) dari Terengganu akan menyertai Himpunan Rakyat Daulat Tuanku di hadapan Istana Negara, pada hari ini. Pengerusi Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI), Wan Faizul Wan Abas berkata seramai tiga wakil gabungan NGO dijangka menerima perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyampaikan memorandum yang mengandungi pelbagai tuntutan melibatkan isu semasa negara. Katanya, memorandum mengandungi luahan suara hati rakyat itu akan diserahkan sekitar jam 10 hingga 10.30 pagi menerusi Himpunan Selamatkan Rakyat yang dijadual berlangsung di hadapan pintu 2, Istana Negara. “Pihak kami berpandangan himpunan rakyat ini wajar diadakan bagi mempersembahkan sokongan kepada Yang DiPertuan Agong,” jelasnya. Beliau berkata demikian pada sidang media khas NGO-NGO Terengganu tentang isu-isu semasa di Malaysia dan Terengganu, di holding room, Hotel Permai, di sini semalam. Tambah Faizul, tiga sebab utama Himpunan Rakyat Daulat Tuanku ini wajib diadakan kerana fitnah tidak bertanggungjawab Anwar Ibrahim dengan mengaitkan YDPA dengan rasuah (disebut derma) RM500 juta , RM700 juta. “Hantaran yang dibuat oleh beliau di Facebook miliknya bukan sahaja tidak ditarik balik, bahkan menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak berkenaan kesahihannya.  “Dalam masa yang sama, banyak tuduhan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim sejak memegang tampuk pentadbiran negara kepada pihak pembangkang masih belum terbukti dan hanya tuduhan semata-mata,” katanya. Himpunan ini katanya, bagi mempersembahkan keluhan rakyat kepada Raja-Raja Melayu kerana Kerajaan Persekutuan yang ada pada hari ini tidak kompeten untuk mengurus ekonomi negara. Jelasnya lagi, pelbagai bukti boleh dilihat, antaranya kenaikan harga beras, bawang, besi, tambang bas sekolah dan pelbagai lagi keperluan asas lain. Bukan itu sahaja, Ringgit Malaysia dan Bursa Saham terusa menjunam dan tidak menentu meskipun kerajaan pimpinan Anwar kerap kali bercakap soal formula. Di samping itu katanya, korupsi dan salah guna kuasa tetap berleluasa, janji yang dilaungkan sebelum ini dilanggar tanpa rasa bersalah. Bahkan, di peringkat Negeri Terengganu, royalti disekat oleh Kerajaan Madani.  Selain itu jelasnya, agensi seperti SPRM yang dilihat seolah-olah disalahguna dan pejabat peguam negara ditunggang hebat bagi memenusi serakah politik regim campuran. Mengulas lanjut, sikap lemah Anwar, Zahid yang diperkuda DAP semakin tidak menghormati dan mencabar sensitiviti pribumi (Melayu) dan Islam. “DAP yang terkenal suka menimbulkan pelbagai kontroversi terutama berkaitan kaum Melayu dan agama ISLAM dilihat mendapat ‘perlindungan’ daripada Anwar dan Zahid walaupun kenyataan tersebut menyentuh isu 3R.  “Namun jika perkara tersebut dilihat keluar daripada pihak pembangkang, tindakan penangkapan dan dakwaan terus dilaksanakan dalam masa yang singkat,” ujarnya. Beliau berkata, pihaknya menyeru semua pihak hadir dan bersedia untuk himpunan terbesar rakyat dalam mempertahankan institusi Raja Melayu & kedaulatan tanah air. Justeru, di kesempatan ini juga, patik mewakili sekalian NGO merafak sembah menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang Dipertuan Agung untuk berbuat sesuatu. “Kami yakin Tuanku akan menggunakan kebijaksanaan Tuanku untuk membantu rakyat berhadapan dengan pentadbiran negara yang gagal ini,” jelasnya.                      
23 Jan 24
480
Kenaikan Tarif Air Terengganu Antara Paling Rendah
Kenaikan Tarif Air Terengganu Antara Paling Rendah
KUALA TERENGGANU, 22 Januari - Susulan saranan Kerajaan Persekutuan, tarif baharu air bagi kategori pengguna domestik di Terengganu naik sebanyak 16 sen bagi setiap meter padu yang berkuat kuasa bermula 1 Februari ini. Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU), Ts Abdul Karim Endut, berkata ia  merupakan kenaikan pertama membabitkan Terengganu sejak 26 tahun lalu namun kadar kenaikan berkenaan antara paling rendah antara semua negeri. Katanya, caj minimum bagi pengguna domestik akan beralih daripada RM4.00 kepada RM 5.80. Jelas beliau, bagi isi rumah yang menggunakan air sehingga 20 meter padu, kadar caj bagi setiap meter padu akan beralih dari 42 sen per meter padu kepada 58 sen per meter padu termasuk caj elektrik. “Bagi penggunaan air 20 hingga 35 meter padu pula, kadar caj baharu bagi kategori ini akan beralih dari 65 sen per meter padu kepada 83 sen per meter padu," jelasnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media khas Pengumuman Tarif Air di Bilik Gerakan SATU, di sini hari ini. Menurut Abdul Karim, penggunaan air yang melebihi 35 meter padu, kadar caj baharu adalah RM1.08 termasuk 8 sen caj elektrik bagi setiap meter padu berbanding kadar lama iaitu RM1.00. Tambahnya, bagi kategori domestik pukal pula, caj minimum secara pukal akan berubah kepada RM10.80 sebulan dan caj baharu beralih sebanyak 8 sen kepada RM1.08 bagi penggunaan setiap meter padu air. "Sementara itu, perusahaan komersial serta bangunan bukan domestik lain akan melihat peralihan kadar baharu kepada RM1.08 bagi penggunaan air sehingga 35 meter padu. "Manakala penggunaan lebih daripada 35 meter padu dikenakan caj RM1.48 bagi setiap meter padu," jelasnya. Dalam pada itu, bagi kategori khas termasuklah Surau dan Masjid, Rumah Ibadat dan Institusi Kebajikan serta Perkapalan akan bertambah kepada 8 sen bagi setiap meter padu mengikut kadar sedia ada. Sementara itu, SATU akan meneruskan pemberian subsidi air percuma 20 meter padu  akan diteruskan kepada  golongan B40 yang layak termasuk masjid dan surau mengikut ketetapan kerajaan negeri.  "Perkara ini melibatkan 13,715 akaun dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM2.5 juta setahun. "Bagi masjid dan surau, ia melibatkan 1,883 akaun dengan jumlah keseluruhan RM1.5 juta setahun," ujarnya lagi. Katanya, pelarasan tarif air yang baharu ini memberi kesan positif kepada SATU untuk meneruskan inisiatif program penggantian paip lama selain penaiktarafan sistem bekalan air di Terengganu. Pelarasan tarif itu melibatkan 341,546 akaun pengguna air yang aktif di Terengganu sehingga November 2023  di mana 83 peratus merupakan pengguna domestik. Menerusi Mekanisme Penetapan Tarif, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) baru-baru ini mengumumkan pelarasan tarif air baharu bagi pengguna domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan, menyaksikan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu.
22 Jan 24
329
Tarif Naik, Golongan Sasar Kekal Dapat Air Percuma
Tarif Naik, Golongan Sasar Kekal Dapat Air Percuma
KUALA TERENGGANU, 22 Januari - Pelarasan tarif air baharu tidak akan memberi kesan kepada pemberian subsidi 20 meter padu kepada 11,832 akaun pengguna golongan B40 di Terengganu. Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU), Ts Abdul Karim Endut, berkata ia akan diteruskan seperti disarankan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) ketika mengumumkan pelarasan tarif air baharu itu. “Pemberian subsidi ini melibatkan dengan kos tanggungan sebanyak RM1,176,180 setahun. “Jumlah nilai pemberian air percuma oleh kerajaan negeri ini sebenarnya meningkat daripada RM8.40 kepada RM10 sebulan untuk setiap akaun penerima yang mana kosnya ditanggung kerajaan negeri,” katanya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman( UPDI) hari ini. Tambah Abdul Karim, pemberian itu juga meliputi masjid dan surau berdaftar melibatkan 1,883 akaun dengan kos tanggungan bernilai RM1.4 juta setahun, menjadikan RM2.5 juta setahun ditanggung kerajaan negeri bagi tujuan itu. “Semua masjid serta surau yang berdaftar menerima subsidi bekalan air bersih percuma tanpa had. "Sementara itu, bagi masjid dan surau yang tidak berdaftar, akan menerima subsidi sebanyak 50 meter padu pertama secara  percuma dan penggunaan selebihnya akan dibayar dengan kadar baharu bagi setiap meter padu,” jelasnya. Bilangan akaun pengguna air yang aktif di Terengganu sehingga November 2023 ialah 341,546, di mana 83 peratus merupakan pengguna domestik. Menerusi Mekanisme Penetapan Tarif, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) baru-baru ini mengumumkan pelarasan tarif air baharu bagi pengguna domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan, menyaksikan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu. Kenaikan yang disifatkan SPAN sebagai tidak lagi boleh ditangguhkan itu, bertujuan agar tidak menjejaskan kemampanan industri perkhidmatan air dalam jangka panjang.
22 Jan 24
160
TSG Tampil Tiga Muka Baharu Hadapi Musim 2024
TSG Tampil Tiga Muka Baharu Hadapi Musim 2024
KUALA TERENGGANU, 22 Januari -  Pasukan Benua Terbaik Dunia, Terengganu Cycling Team (TSG) menampilkan tiga pelumba baharu bagi saingan musim 2024 dalam usaha meningkatkan prestasi ke tahap lebih tinggi. Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Che Ku Izmuddin Che Ku Mahmood memaklumkan, dua pelumba import iaitu Andreas Miltiadis dari Cyprus dan Merhawi Kudus Ghebremedhin dari Eritrea mengisi kekosongan ditinggalkan pelumba musim lalu, Jambaljamts Sainbayar (Mongolia) dan Jeroen Meijers (Belanda). Jelasnya, Miltiadis yang berperanan di posisi 'all rounder' memiliki rekod yang agak baik sebagai juara sembilan kali National Championship Cyprus-ITT. "Kudus pula merupakan antara sandaran TSG pada musim 2024 di mana beliau merupakan seorang 'general rider', memandangkan Sainbayar telah berpindah ke pasukan Pro Continental. "Selain itu, Nur Aiman Rosli adalah satu nilai tambah kepada TSG kerana beliau merupakan juara kebangsaan dalam kategori catatan masa individu pada tahun lalu, beliau akan bergandingan bersama aiman zarif bagi melengkapkan senarai pasukan TSG untuk tahun 2024," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis Pelancaran Pasukan TSG 2024 di Permai Hotel, malam tadi. Majlis berkenaan disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Hishamuddin Abdul Karim sekaligus diadakan sempena kejayaan TSG bergelar Juara Asia serta Pasukan Benua Terbaik Dunia. TSG turut membariskan Nur Amirull Fakheruddin Mazuki (Kapten pasukan), Mohd Hariff Saleh, Irwandie Lakasek, Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff, Wan Abdul Rahman Hamdan, Kee Zhe Yie, Muhammad Shahmir Aiman Abd Halim dan Zuladri Amin Zulkurnain sebagai tenaga tempatan bagi musim ini. TSG juga mengekalkan Aiman Cahyadi (Indonesia), Jesse Ewart (Ireland), Youcef Reguigui (Algeria), Metkel Eyob Teweldeberhan (Eritrea) dan Anatolii Budiak dari Ukraine. Dalam pada itu, Hishamuddin memuji pencapaian luar biasa TSG pada musim 2023. "Alhamdulillah, pencapaian TSG amat baik di luar jangkaan kami. Buat masa ini, TSG telah meletakkan kedudukan antara terbaik pada musim 2023. Sebenarnya apabila pencapaian sudah berada pada tahap yang agak baik, sasaran kita tentulah untuk mengatasi pencapaian ini. Namun, kita belum letakkan secara terperinci sasaran seterusnya cuma akan melebihi pencapaian semasa. "Kita sangat berpuas hati, antara sebab penaja terus bersama kita adalah usaha mereka (TSG) memberi layanan terbaik kepada penaja menyebabkan penaja-penaja besar kekal bersama walaupun berdepan situasi ekonomi yang sukar sekarang," katanya. Pasukan TSG merekodkan pencapaian terbaik pada musim 2023 sejak 13 tahun penubuhannya setelah dinobatkan selaku pasukan ke-29 terbaik UCI World Tour daripada 215 pasukan sekaligus muncul sebgai Pasukan Benua Terbaik Dunia. Pasukan pantai timur itu turut mengulangi pencapaian juara Jelajah Asia UCI dengan kejayaan merebut 118 podium sepanjang musim. Kejayaan demi kejayaan bergelar Juara Asia sebanyak lima kali dan Juara UCI Continental sebanyak dua kali berjaya menarik 23 penaja dengan nilai keseluruhan melebihi RM10 juta. Antara penaja baru yang menyertai TSG musim ini adalah Nusantara Trust Fund Foundation, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC), MS Earth Travel, Cetak Now dan Koridor Utiliti Teknologi Terengganu (KUTT).
22 Jan 24
551
Pelarasan Tarif : SATU Tambah Baik Perkhidmatan Air
Pelarasan Tarif : SATU Tambah Baik Perkhidmatan Air
KUALA TERENGGANU, 21 Januari - Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) menjamin usa­ha penambahbaikan dilakukan secara teratur, cekap dan berkesan demi kepentingan pengguna selaras dengan perubahan tarif bermula 1 Februari ini. Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Ts Abdul Karim Endut, berkata perubahan kadar baharu itu nanti membolehkan SATU memperoleh ‘suntikan’ modal bagi menjalankan kerja-kerja memperbaiki, menukar serta menaik taraf sistem perpaipan yang uzur seterusnya mengagihkan bekalan air terawat kepada pengguna dengan lebih cekap di Terengganu. “Kenaikan tarif harus dilihat secara positif yang memberi kebaikan kepada pengguna, bukannya tindakan yang membebankan kerana hasil unjuran pendapatan akan 'dikembalikan' kepada rakyat melalui peningkatan tahap perkhidmatan. "Pelarasan ini akan membantu kerja-kerja pembangunan, naik taraf, baik pulih serta penyelenggaraan infrastruktur bekalan air dengan lebih lancar dan sempurna menambah baik kualiti bekalan air dilaksanakan. "Kita dapat gunakan lebihan hasil bagi membaik pulih paip-paip uzur di samping mengatasi isu tekanan air rendah sekitar dan beberapa penambahbaikan lain,” katanya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman( UPDI) hari ini. Operasi menaik taraf sistem perbekalan air di Marang. Tambahnya,  kenaikan purata 22 sen bagi setiap meter padu seperti yang diselaraskan SPAN adalah masih tidak mencukupi untuk mengatasi kenaikan kos operasi sejak kali terakhir tarif air di Terengganu disemak pada 1997. “”Sejak SATU ditubuhkan, syarikat berkenaan tidak pernah membuat semakan atau menaikkan kadar tarif air bagi pengguna domestik. Ia bererti kadar tarif domestik tidak berubah sejak 1997 hingga 2023 selama 26 tahun. "Dalam tempoh tersebut, SATU terpaksa berdepan dengan peningkatan kos operasi, pemprosesan dan perbekalan air terawat yang sentiasa naik setiap tahun," ujarnya. Terdahulu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)  mengumumkan pelarasan kadar tarif air di bawah Mekanisme Penetapan Tarif bagi pengguna kategori domestik di seluruh Semenanjung dan Labuan berkuat kuasa 1 Februari ini. SPAN dalam kenyataan memaklumkan, pelarasan berkenaan dijangka membabitkan kira-kira 6.9 juta pengguna kategori domestik atau mewakili 86.6 peratus daripada 7.9 juta pemegang akaun. Setakat kini bilangan akaun pengguna air yang aktif di Negeri Terengganu sehingga November 2023 berjumlah sebanyak 341,546 akaun dimana 83 peratus adalah pengguna kategori domestik, selebihnya bukan domestik.  
21 Jan 24
217
Pelarasan Tarif Air di Terengganu Jamin Situasi 'Menang-Menang'
Pelarasan Tarif Air di Terengganu Jamin Situasi 'Menang-Menang'
MARANG, 21 Januari - Kerajaan negeri memaklumkan kenaikan tarif air akan memberi situasi 'menang-menang' untuk syarikat pengendali air dan pengguna di negeri ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kenaikan tarif air baharu untuk pengguna domestik di Terengganu tidak akan melebihi 20 sen bagi setiap 20 meter padu (m³) berbanding negeri lain dan purata di peringkat nasional. "Kenaikan tarif air ini berlaku di seluruh negara (atas saranan Kerajaan Persekutuan). Setelah dirunding antara semua negeri-negeri bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sejak beberapa tahun ada negeri-negeri yang kadarnya tidak pernah berubah iaitu dalam tempoh 10,15 tahun dan di Terengganu lebih 20 tahun. “Sedikit sebanyak kenaikan tarif air ini boleh membantu syarikat-syarikat air menyediakan keperluan yang lebih baik kepada pengguna dari segi penggantian paip dan sebagainya. "Jadi 'is a win win' (situasi menang-menang) untuk syarikat air dan juga kepada pengguna supaya perkhidmatan itu menjadi lebih baik," katanya. Beliau berkata demikian ketika kepada pemberita selepas Majlis YAB Menteri Besar Turun Padang sempena Penyerahan Notis Borang 5A Rancangan Tanah Berkelompk (RTB) Tapak Kediaman Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang di Dewan Majlis Daerah Marang, hari ini.  
21 Jan 24
199