Artikel "Utama" Terkini
Kerajaan Negeri Sambut Baik Kerjasama Strategik Dengan Gentari
KUALA TERENGGANU, 4 Februari- Kerajaan negeri membuka seluasnya ruang kerjasama strategik dengan Gentari Sdn Bhd (Gentari) termasuk pembinaan stesen pengecas kenderaan elektrik di negeri ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja berkata, pihaknya mengalu-alukan hasrat anak syarikat PETRONAS itu untuk membuat lebih banyak pelaburan di negeri ini.
“Setakat ini, kalau kita lihat sesiapa yang ada kenderaan elektrik ini bila datang ke Pantai Timur mereka perlu merancang untuk cas kenderaan.
“Sebelum ini pun Gentari dah ada buat ‘enggagement’ dengan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Terengganu.
“Mungkin selepas ini dibawah portfolio Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman, kita boleh ‘explore’ banyak lagi kerana dibawah Gentari ini bukan sahaja kenderaan elektrik sahaja mereka mahu bawa ke Terengganu tetapi pelbagai lagi cadangan daripada mereka yang boleh kita pertimbangkan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Green Mobility Roadshow By Gentari di Wisma Darul Iman, hari ini.
Sementara itu, mengulas mengenai siri jelajah tersebut, beliau memaklumkan, kerajaan negeri dengan kerjasama pihak Gentari telah mengadakan satu Siri Jelajah Kenderaan Elektrik yang berlangsung pada 4 hingga 5 Februari (esok).
“Sebanyak empat buah kereta elektrik dan motosikal elektrik akan dipamerkan seperti kereta Mercedes EQS, BYD Atto 3, Motosikal Elektrik Blueshark dan lain-lain.
“Gentari menawarkan penyelesaian tenaga bersih melalui rangkaian penyelesaian tenaga boleh diperbaharui, hidrogen dan mobiliti hijau untuk pelanggan komersial, perindustrian serta runcit,” ujarnya.
Mengulas lanjut katanya, penganjuran program tersebut bertujuan memberi pendedahan serta kesedaran dalam bidang tenaga bersih terutamanya tenaga boleh diperbaharui dan mobiliti hijau kepada segenap lapisan masyarakat terutamanya kepada penjawat awam, pelajar sekolah serta masyarakat setempat.
“Siri jelajah ini akan bermula dengan pameran kenderaan elektrik di Wisma Darul Iman pada jam 9 pagi hingga jam 2.30 petang hari ini.
“Seterusnya, pameran akan diteruskan di Pantai Batu Burok pada jam 7 petang hingga 10 malam ini.
“Pameran kemudiannya akan berakhir pada 5 Februari dengan sesi pameran di sebuah sekolah rendah di Kuala Terengganu dan seterusnya di Menara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bermula pada jam 2 petang hingga jam 5 petang esok,” ujarnya.
Tambah beliau, kolaborasi ini adalah salah satu usaha untuk kerajaan negeri meneroka teknologi pengangkutan baharu dan mewujudkan ekosistem kenderaan hijau di Terengganu melalui pembangunan infrastruktur elektrik dan hidrogen pada masa akan datang.
04 Feb 24
465
Hari Hijab Terengganu Sedarkan Wali Tentang Berhijab
KUALA TERENGGANU, 2 FEBRUARI -Hari Hijab Terengganu antara salah satu acara bagi menyedarkan wali tentang kepentingan menutup aurat dengan sempurna dan suatu tanggungjawab yang mesti diambil serius.
Pengarah program, Wan Nur Sakinah Din berkata, kesedaran ini membawa manfaat kepada kesucian dan kehormatan ahli keluarga masing-masing.
"Menyedarkan wali untuk lebih cakna tentang kewajiban ahli keluarga menutup aurat dengan sempurna," jelasnya.
Beliau yang juga Pengarah Urus Setia Wanita Terengganu (USWa) berkata demikian ketika ditemui di Pejabatnya, pada semalam.
Katanya, program ini dirangka dengan tujuan menggalakkan masyarakat, terutamanya golongan wanita Islam, untuk menutup aurat dengan lebih sempurna mengikut syariat Islam.
Justeru itu, beliau berharap, program tersebut menjadi pemangkin untuk pematuhan yang lebih baik terhadap ajaran Islam dalam aspek menutup aurat.
Selain itu katanya, Terengganu Hijab Day menyatakan sokongan terhadap kempen World Hijab Day dan menyedarkan masyarakat mengenai kempen tersebut.
"Menggalakkan generasi muda untuk menjalankan aktiviti dakwah jalanan kepada masyarakat umum," tambah beliau.
02 Feb 24
264
TDM Berhad Dan 200 Sukarelawan Laksana Misi Pasca Banjir di Dungun
KUALA TERENGGANU, 2 Februari - Peka dan cakna dengan kesukaran mangsa bencana di Kampung Pasir Raja, anak syarikat kerajaan negeri, TDM Berhad (“TDM” atau “Kumpulan”) bersama-sama 200 sukarelawan menjayakan program Misi Bantuan Pasca Banjir di Hulu Dungun baru-baru ini.
Pengarah Eksekutif TDM, Najman Kamaruddin, berkata sebagai warga korporat yang prihatin, pihaknya sentiasa berusaha untuk memberi impak positif kepada komuniti dalam melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di mana keutamaan Syarikat bukan sahaja diberikan kepada operasi tetapi juga kebaikan komuniti setempat.
Katanya, TDM berganding bahu bersama-sama pasukan dari Golden Pharos Berhad, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC), Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU), Majlis Perbandaran Dungun dan Pembinaan Tetap Teguh Sdn Bhd (PTT) turun menjayakan misi pasca banjir di Pasir Raja, Dungun.
"Itulah menjadi penggerak utama kami selain aktiviti khidmat mencuci rumah ke rumah, kami turut menyampaikan sumbangan dalam bentuk bakul makanan keperluan harian dan wang tunai kepada penduduk terkesan yang terdiri daripada warga emas dan golongan miskin.
"Kami berharap bantuan yang dihulur dapat meringankan emosi yang ditanggung setelah mengalami kerosakan harta benda di depan mata mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Banjir gelombang keempat yang bermula 23 Januari lalu menyaksikan Dungun menjadi daerah yang paling terjejas.
Ia susulan banjir besar yang berlaku pada 25 Januari lalu di daerah berkenaan menyebabkan tiga buah rumah hanyut dan satu daripadanya hanya tinggal tangga dan tiang rumah di Kampung Shukor, Hulu Dungun.
Kejadian itu disifatkan bencana terburuk pernah dilalui mereka dalam tempoh 60 tahun di kampung berkenaan.
02 Feb 24
168
Pendaratan Ikan Terengganu Meningkat
KUALA NERUS, 2 Februari - Pendaratan ikan di Terengganu mencatatkan 46,643.45 tan metrik sepanjang tahun 2023.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata hasil pendaratan tersebut mempunyai nilailai keseluruhan berjumlah RM237.8 Juta.
Katanya, ia mengalami peningkatan sebanyak 13,143 tan metrik berbanding pada tahun 2022 iaitu sebanyak 33,500.25 tan metrik.
“Sebahagian besar peningkatan hasil tangkapan tersebut disumbangkan oleh nelayan pantai zon A.
“Ini membuktikan bahawa program memperkayakan sumber perikanan dalam bentuk melabuhkan unjam dan tukun membuahkan hasil," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Amanat 2024 bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Kuala Nerus di sini semalam.
Tambah Dr Azman, selain itu dibuktikan juga dengan peningkatan pendapatan nelayan pantai, namun beberapa cabaran perlu dilalui oleh mereka berkait dengan pencerobohan.
"Kerajaan negeri Terengganu juga mengucapkan tahniah kepada Jabatan Perikanan kerana baru-baru ini telah berjaya menahan tiga buah bot pukat tunda yang menceroboh zon tangkapan nelayan Terengganu.
"Bot yang ditahan melanggar Akta Perikanan 1985; apabila melakukan tangkapan menggunakan pukat tunda pada jarak enam batu nautika dari pantai," ujarnya.
Terdahulu, beliau berkata, terdapat dua kesalahan yang dilakukan bot yang ditahan. Pertama, Akta Perikanan 1985 menetapkan bahawa 12 batu nautika adalah zon tangkapan negeri tersebut dan dalam kes ini ia adalah kawasan eksklusif nelayan Terengganu sahaja.
Beliau menambah, kesalahan kedua membabitkan aktiviti pukat tunda yang hanya dibenarkan pada 12 batu nautika ke atas.
Jelasnya lagi katanya, kesemua bot merupakan pemilikan tempatan namun dioperasikan kru asing daripada Myanmar seramai 15 orang berusia antara 21 hingga 50 tahun.
02 Feb 24
740
Aleya Korban 'Masa Enjoy', Bantu Mangsa Banjir
DUNGUN, 2 Februari - Tidak sebagaimana remaja lain, Nur Aleya Maisara Abdul Rahman, 20, ternyata berada di 'dunia' berbeza apabila dia sanggup mengorbankan masa bersama rakan sebayanya bagi membantu membersihkan rumah mangsa banjir.
Dia seakan sudah sebati bergelumang dengan keadaan banjir dan lumpur kerana gadis berasal dari Manir, Terengganu kelihatan tidak kekok membersihkan rumah mangsa banjir yang dipenuhi selut di Kampung Pasir Raja.
Katanya, walaupun baru menyertai Pasukan Sukarelawan Terengganu Volunteer ( T-Volt), sebelum ini dia sudah menyertai banyak aktiviti sukarelawan melalui persatuan lain.
Ujarnya, pengalaman yang ada menyebabkan dirinya sudah terbiasa dengan keadaan pasca banjir dan apa yang penting adalah membantu mangsa.
"Selama ini saya selalu merasa kesian melihat bebanan dan penderitaan yang dialami oleh mangsa banjir ini, seringkali saya ikuti di media sosial dan dari situ terdetik di hati saya membantu mereka yang dilanda ujian ini.
"Mendapat tahu mengenai T-Volt ini terus saya menyertainya, jadi peluang dapat menyertai misi membersihkan rumah mangsa banjir ini tidak saya sia-siakan dan saya gunakan peluang ini sehabis baik.
"Tidak merasa penat sebaliknya saya rasa sangat seronok," ujarnya yang merupakan anak sulung daripada lima adik beradik ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), ketika menyertai misi banjir di sini, semalam.
Katanya, ayahnya, Abdul Rahman Mat Yunus, 40, serta ibunya Nor Rohaiza Hamzah, memberi galakan dan sokongan untuknya menyertai aktiviti terbabit.
"Kedua-dua mereka merestui niat saya untuk melakukan kerja-kerja kebajikan ini," ujarnya.
Sementara itu, bagi Nooraini Abdul Razak,52, yang merupakan kakitangan Yayasan Pembangunan Ummah berkata telah lebih 10 tahun dia terlibat dengan misi-misi memabntu mangsa banjir.
"Apabila ditubuhkan T-Volt ini saya terus menyertainya kerana sangat suka dan rasa puas hati dapat membantu serta menolong masyarakat yang terkena musibah seumpama ini.
"Saya selalu ajak anak-anak muda untuk turut terlibat kerana dengan penglibatan seumpama ini akan memberikan keinsafan dan kesedaran kepada kita, memang sangat baik untuk disertai oleh golongan anak-anak muda timba pengalaman untuk terlibat dengan kerja-kerja kemasyarakatan seumpama ini," katanya.
Nora Omar, 47, pula berpandangan melibatkan diri dengan aktiviti membantu mangsa banjir ini memberikan satu suntikan motivasi apabila melihat perasaan mereka yang ditimpa ujian.
"Hari ini dapat dilihat bagaimana perasaan tuan rumah apabila pasukan sukarelawan ini datang membersihkan rumah mereka, bayangkan tidak mudah untuk mereka lalui kerana banjir di sini pada tahun ini lebih besar berbanding 2014 sehinggakan lumpur memenuhi ruangan rumah.
"Dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapatlah memberikan kelegaan kepada mereka," katanya.
02 Feb 24
138
Minggu Al-Quds Dilancar Bebaskan Palestin Daripada Penjajah
KUALA TERENGGANU, 1 Februari - Kerajaan negeri bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menganjurkan Sambutan Minggu Al-Quds Sedunia 2024 demi mendokong perjuangan membebaskan bumi Palestin daripada belenggu penjajahan zionis
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata pada tahun ini ia telah memasuki tahun keempat ia dianjurkan dan diadakan secara serentak membabitkan lebih 30 buah negara serta 160 buah organisasi.
"Alhamdulillah untuk penganjuran kali ini kita bertuah kerana akan dibawakan delegasi para alim ulama dari luar negara, dari dunia Islam seperti Palestin, Yaman, Algeria, Mesir dan beberapa buah negara lagi yang akan menjayakan program ini dan kita telah susun jadual untuk kita turun ke setiap negeri.
"Kita fokuskan kepada beberapa negeri iaitu Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Melaka kita harap supaya seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia menyambut program ini yang akan kita hebahkan di media sosial," ujarnya yang juga merupakan Pengerusi Aid4Palestine.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sidang media sempena pelancaran Minggu Al-Quds Sedunia, di Pejabat Khidmat ADUN Batu Buruk di sini, hari ini.
Turut hadir, Penasihat Liga Ulama Palestin, Dr Abdullah Almajedd Alzindani dan Ahli Koordinasi Ulama Palestin, Dr Ahmad Amir.
Mengulas lebih lanjut, Dr Muhammad Khalil berkata program yang diadakan secara tahunan itu melibatkan seluruh segmen lapisan masyarat bersama ulama pada setiap minggu terakhir bulan Rejab bagi menyedarkan umat Islam tentang kepentingan Masjid al-Aqsa yang telah berlakunya peristwa besar Israk dan Mikraj.
"Saya telah berbincang dengan Dr Abdullah jadi kita telah mencapai persetujuan supaya ia dilancarkan di Malaysia (Terengganu).
"Kemuncak program nanti pada 9 Februari akan diadakan ceramah umum yang akan dihadiri oleh Tan Sri Abdu Hadi Awang dan pemimpin yang lain di perkarangan Masjid Rusila, Dewan Tok Guru," ujarnya.
Dalam pada itu katanya, adalah menjadi hasrat penganjuran pada kali ini untuk menggerakkan media massa agar mengambil peduli isu Palestin bagi mengabungkan peranan pelbagai institusi secara strategik dan bersinergi.
"Mendorong para ulama untuk memimpin masyarakat dalam menyokong, mempertahankan dan menghidupkan semula isu ini di pelbagai negara serta mendidik rakyat berkaitan peranan mereka terhadap isu Palestin dan baitulmaqdis," ujarnya.
01 Feb 24
187
Rakyat Hargai Afrika Selatan Heret Israel ke Mahkamah Antarabangsa
KUALA TERENGGANU, 1 Februari - Tindakan berani Afrika Selatan untuk mengheret Zionis Israel ke Mahkamah Antarabangsa sangat dihargai seluruh rakyat.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pihaknya bersama dengan delegasi PAS telah mengadakan kunjung hormat ke kedutaan negara terbabit.
"Saya bersama dengan delegasi PAS diketuai Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari dan Ahli Parlimen Tumpat, Mumtaz Md Nawi ke kedutaan negara tersebut membawa surat terima kasih dan penghargaan daripada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mewakili rakyat Malaysia.
"Kerana usaha yang dilakukan oleh negara Afrika Selatan mengheret Zionis Israel ke Mahkamah Antarabangsa," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sidang media, sempena pelancaran Minggu Al-Quds Sedunia, di sini, hari ini.
Turut hadir, Penasihat Liga Ulama Palestin Dr. Abdullah Almajedd Alzindani dan Ahli Koordinasi Ulama Palestin, Dr Ahmad Amir.
Mengulas lebih lanjut, Dr Muhammad Khalil berkata, isu Palestin telah menjadi topik utama di Afrika Selatan sejak sekian lama.
"Ini kerana titik persamaanya, Afrika Selatan juga pernah berdepan penindasan di zaman Aparteid, maka wujud persamaan," ujarnya,
Katanya, negara lain tidak berani mengambil langkah sebagaimana diambil oleh Afrika Selatan kerana menjaga kepentingan dengan barat termasuk dengan Amerika Syarikat.
"Kita kena faham sebenarnya sistem yang diwujudkan pada hari ini, politik, ekonomi dan lain-lain sistem yang diwujudkan untuk menjaga kepentingan dengan barat dan menyelamatkan Israel ini berlaku selepas perang dunia kedua.
"Selama ini sepanjang lebih 75 tahun wujudnya negara haram Israel walaupun banyak kes pembunuhan, melanggar hak asasi manusia yang dilakukan oleh Zionis Isrel tidak pernah dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa," ujarnya.
01 Feb 24
138
Skim Bantuan Modal Tani Bantu 510 Petani, Penternak dan Nelayan
KUALA NERUS, 1 Februari – Seramai 510 pemain sektor pertanian,penternakan dan perikanan mendapat manfaat Program Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) dengan nilaian sebanyak RM 8,967,293.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata program tersebut telah dilaksanakan selama lima tahun bermula 2019 hingga 2023.
Katanya, program yang diperkenalkan oleh Kerajaan negeri itu terdiri dari tiga subsektor iaitu tanaman, ternakan dan perikanan.
“Ia adalah kemudahan pinjaman tanpa faedah kepada mereka yang menceburi bidang pertanian, penternakan dan perikanan di Negeri Terengganu," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika Majlis Amanat 2024 bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Kuala Nerus di sini hari ini.
Tambah Dr Azman, Tabung Bencana Pertanian (TBP) juga telah diperkenalkan pada tahun 2020.
Jelasnya lagi, fokus utama TBP adalah projek agromakanan dalam Dasar Agromakanan Negara serta Pelan Strategik Pertanian Negeri Terengganu.
"Peruntukan TBP bagi tahun 2023 sebanyak RM 1 juta setahun dan bermula tahun 2024 sebanyak RM 2 juta daripada Kerajaan Negeri.
"Ia meliputi tanaman padi, sayur-sayuran dan buah-buahan, ternakan, ternakan akuakultur, nelayan dan industri asas tani (IAT)," ujarnya.
01 Feb 24
719
Terengganu, Korea Bincang Peluang Pelaburan REE
KUALA LUMPUR, 1 Februari - Kerajaan Negeri bersama wakil-wakil dari pihak Star Group Industry Co. Ltd (SGI), Korea Selatan mengadakan pertemuan bagi membincangkan tentang peluang kerjasama pelaburan di Terengganu khususnya dalam sektor berkaitan unsur nadir bumi (REE).
Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerjasama yang bakal dijalin kelak difokuskan bagi pendapatan baharu kepada kerajaan negeri.
“Doakan agar kerjasama ini berjalan lancar sekali gus membuka peluang pendapatan baharu kepada negeri kita untuk memberi manfaat buat semua, insya-Allah,” katanya dalam hantaran di laman facebook rasmi miliknya selepas pertemuan itu yang bertempat di Le Méridien Kuala Lumpur semalam.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu (UPEN), Dato’ Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.
Ahmad Samsuri berkata dengan pertemuan ini persetujuan asas ke arah proses 'mid and down stream' (hiliran) di negeri Terengganu bakal diwujudkan.
Terdahulu, beliau berkata Kerajaan negeri akan mengoptimumkan hasil pendapatan negeri melalui Pelan Penjanaan Pendapatan Baharu Negeri Terengganu yang mengandungi tujuh strategi bagi mengurangkan kebergantungan kepada hasil royalti petroleum dan gas serta krisis kekurangan simpanan minyak.
Katanya, pelan ini juga menggariskan tiga objektif utama iaitu mengoptimumkan sumber negeri sedia ada, mengeksplorasi sumber baharu negeri serta mencari peluang jana pendapatan baharu terutamanya dalam sektor teknologi hijau dan Unsur Nadir Bumi.
Untuk rekod, Terengganu dikatakan mempunyai sumber REE terbesar di Malaysia.
Mengikut kajian yang dilakukan REE terdapat di daerah Setiu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman dengan anggaran keluasan kawasan yang berpotensi adalah seluas 581,735 hektar dan mampu mengeluarkan sebanyak 7,187,500 juta tan.
01 Feb 24
1575
Terengganu Hijab Day Tepat Pada Masa
KUALA TERENGGANU, 1 Februari - Program Hari Hijab Terengganu sangat tepat pada masanya dalam keadaan negeri ini melaksanakan tema Indahnya Hidup Bersyariat.
Pengerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) KT Care, Azizah Mahmood berkata, program ini mencerminkan komitmen negeri untuk mewujudkan kehidupan yang harmoni dan berlandaskan nilai-nilai syariah.
"Mengajak kaum wanita ke arah yang lebih baik sejajar dengan Dasar Wanita Terengganu yang dirasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri, Hanafiah Mat dulu," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini.
Justeru itu, program sebegini amat bagus untuk mendidik wanita muslimah tentang batas dan juga aurat.
"Tanggungjawab kerajaan negeri menjadikan negeri Terengganu patuh syariah dan tanggungjawab rakyat untuk mematuhinya," ujar beliau.
Tambahnya, Terengganu Hijab Day merupakan tahun keempat di adakan.
01 Feb 24
500