lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Sambutan Penubuhan 30 Tahun YPU Bermula 7 Mac Ini
Sambutan Penubuhan 30 Tahun YPU Bermula 7 Mac Ini
KUALA TERENGGANU, 28 Februari - Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu bakal menganjurkan Sambutan 30 Tahun YPU Terengganu dari 7 hingga 9 Mac 2024 di Pusat Dagangan Terengganu (TTC). Ketua Pegawai Eksekutifnya, Afnida Aini Alwi berkata sambutan penubuhan YPU 30 Tahun diadakan buat pertama kali bagi mengimbau kembali asal penubuhannya sejak tahun 1994. Beliau berkata, pelbagai aktiviti menarik akan dianjurkan sempena tiga dekad penubuhan YPU Terengganu ini. “Pada hari pertama, 7 Mac, kami adakan majlis perasmian yang akan disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan pada sebelah malamnya pula ceramah agama yang akan disampaikan oleh  Ustaz Azhar Idrus. “Pelbagai acara sampingan lain turut disajikan kepada orang ramai antaranya Karnival Usahawan melibatkan hampir 150 lot termasuk pameran agensi serta jualan produk usahawan tempatan, ‘Batik Fun Walk’, Bicara Usahawan, Pertandingan Menghias Donut, Pertandingan Pakaian Beragam Batik Kanak-Kanak dan banyak lagi,” katanya. Tambahnya, penyertaan para usahawan dan agensi yang mencecah seramai hampir 150 lot yang akan dibuka sepanjang berlangsungnya sambutan itu, ianya dijangka akan dapat menarik pengunjung untuk hadir. “Bagi Galeri A, kami akan menempatkan sebanyak 60 lot agensi dan usahawan, manakala Galeri B pula 75 lot dengan melibatkan pameran-pameran agensi serta produk jualan yang terdiri daripada usahawan-usahawan Terengganu. “Dijangkakan lebih 10,000 pengunjung akan hadir memeriahkan sambutan ini yang akan berlangsung bermula 7 hingan 9 Mac 2024,” katanya.  
28 Feb 24
379
Urus Tekanan Mental Dengan Komunikasi
Urus Tekanan Mental Dengan Komunikasi
Oleh : Ummi Kalthum Mamat BESUT, 27 Februari -Tekanan mental perlu diuruskan dengan cara terbaik termasuk menggunakan komunikasi bersama pasangan agar semua perkara dapat ditangani tanpa masalah. Pakar Perubatan Keluarga, Dr Tengku Bahiyah Tengku Lih berkata, jika sumber utama sebiji telefon ialah bateri, manakala tubuh adalah mental maka jagalah ia sebaik mungkin. Katanya, wanita menghadapi tekanan disebabkan pelbagai faktor, tetapi ia seharusnya dikawal bagi memastikan tidak memudaratkan diri, pasangan dan keluarga. "Wanita yang mengalami gejala gangguan mental perlu mendapatkan bantuan profesional, sama ada kaunselor atau pakar psikiatri serta patuhi nasihat dan rawatan yang diberikan. "Sekiranya rawatan dan intervensi awal tidak dilakukan, kesihatan mental boleh menjadi lebih parah sehingga boleh menyebabkan kes bunuh diri," ujarnya lagi. Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel Program Sembang Santai bertajuk 'Kesihatan Mental Wanita 1.0' yang berlangsung di Grey House Cafe, Kampung Gelam Mas, di sini pada kelmarin. Manakala penganjur program, Ketua Ameerah DUN Kota Putera, Bariah Rosmarwadi, melahirkan rasa syukur kerana program itu mendapat respon positif dalam kalangan wanita muda. "Program sebegini harus dititikberatkan berikutan kadar peningkatan penyakit kemurungan semakin meningkat setiap tahun dalam kalangan wanita muda. "Seramai 22 orang peserta wanita telah berjaya membuka mata wanita di luar sana pentingnya menjaga kesihatan mental kita," jelasnya lagi.  Sementara itu seorang peserta yang ditemui,  Siti Mariam Zulkifli berkata, beliau sangat teruja dapat menyertainya.  "Program sebegini sangat bagus, baik untuk semua, perlu ada sesi berikutnya," katanya.
27 Feb 24
211
Laluan Berbasikal Kini Dibuka Kepada Orang Ramai
Laluan Berbasikal Kini Dibuka Kepada Orang Ramai
KUALA TERENGGANU, 27 Februari - Laluan basikal pertama di Terengganu yang bernilai kira-kira RM4 juta sepanjang 18.6 kilometer dua hala mula dibuka kepada orang ramai bermula hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata laluan basikal tersebut turut mempunyai empat mercu tanda bermula daripada Bulatan Teluk Ketapang dan tamat di Belakang Sekolah Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) (Mercu Tanda 4). "Laluan basikal yang mempunyai panjang 9.3 kilometer sehala ini juga merangkumi pembinaan trek basikal, perabot jalan, pagar, lampu jalan dan papan tanda. "Dengan adanya kemudahan tersebut diharap akan membudayakan aktiviti berbasikal dan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat, serta melahirkan lebih ramat atlet berprestasi tinggi dari Terengganu," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan & Perasmian Cadangan Penyediaan Laluan Basikal Dari Kuala Ibai Daerah Kuala Terengganu ke Teluk Ketapang bertempat di Dataran Batu Buruk di sini hari ini. Tambah beliau, penyediaan laluan basikal itu turut dilihat salah satu usaha daya tarikan pelancong.  "MBKT atau pengusaha hotel yang berdekatan boleh mewujudkan basikal untuk disewa atau dibuat pakej-pakej hotel yang merangkumi sewaan basikal disamping menikmati pemandangan di sepanjang laluan pantai," katanya lagi. Sementara itu, Datuk Bandar MBKT, Rosli Latif ketika diminta mengulas tentang penyalahgunaan laluan basikal oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, beliau memandang serius tentang perkara tersebut serta akan mengambil tindakan yang sewajarnya. "Kita akan memasang papan tanda amaran termasuk meletakkan batu penghadang bagi menghalang kenderaan bermotor menggunakannya selain mengenakan tindakan undang-undang setelah diwartakan. "Orang ramai juga diminta bersikap sewajarnya sebelum melakukan perkara yang boleh merosakkan laluan basikal tersebut," katanya.
27 Feb 24
1664
Kurangkan Politiking, Hormati Peranan Negeri
Kurangkan Politiking, Hormati Peranan Negeri
KUALA LUMPUR, 26 Februari – Semua pihak khususnya pemimpin politik digesa supaya mengurangkan 'politiking' dan menghormati peranan negeri-negeri dalam mentadbir Malaysia. Ahli Parlimen Kemaman, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tumpuan sepenuhnya wajar diberi kepada usaha membangunkan negara dengan mengambilkira kedudukan setiap negeri dalam perlembagaan. “Politik adalah salah satu kaedah untuk mencapai ke Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara tetapi yang penting ialah semua pihak harus bekerjasama, kurangkan berpolitik. “Kuasa negeri-negeri perlu dihormati, negeri mempunyai peranan tertentu dalam sebuah negara yang merdeka seperti Malaysia ini,” katanya ketika ditemui media di Lobi Parlimen selepas Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat, di sini hari ini Terdahulu Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan Titah Diraja pada istiadat berkenaan. Mengulas mengenai Titah Diraja, Menteri Besar Terengganu itu berkata, Sultan Ibrahim telah bertitah dengan menekankan pelbagai aspek yang menyeluruh dalam negara kita ini. “Ia bersangkutan masalah perpaduan dalam Malaysia, kedudukan ekonomi yang perlu diperkasakan dan sistem pendidikan tinggi yang perlu mempunyai hala tuju jelas. “Pelbagai lagi perkara turut dititah Baginda yang terangkum di dalamnya dan sepatutnya menjadi perhatian semua pihak untuk sama-sama bergerak bersama membina negara ini,” jelasnya.
26 Feb 24
216
Kerjasama Baik Antara Agensi Persekutuan, Negeri Perlu Diteruskan
Kerjasama Baik Antara Agensi Persekutuan, Negeri Perlu Diteruskan
MARANG, 26 Februari- Kerjasama erat antara agensi kerajaan persekutuan dan negeri yang sedia terjalin sebelum ini perlu diteruskan demi kepentingan rakyat keseluruhannya. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, pengukuhan hubungan antara kedua-duanya bukan hanya dapat memberi manfaat kepada rakyat malah dapat memudahkan urusan agensi terlibat. “Sedikit sebanyak halangan kita akan cari jalan yang terbaik untuk mengharmonikan dan akhirnya rakyat dapat manfaat. “Walau siapa yang memerintah di persekutuan dan kerajaan mana yang mentadbir di peringkat negeri, kita semua hendak berkhidmat kepada rakyat. “Dan Terengganu salah sebuah negeri yang berada dalam Malaysia, kita bergerak seiring jangan ada pemisah, tidak akan berjaya mana-mana program yang terpisah antara negeri dan persekutuan,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan amanat sempena Perhimpunan Bulanan Anggota Bagi Bulan Februari Tahun 2024 Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu di Pertubuhan Peladang Kawasan Bukit Payong, hari ini. Turut hadir, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu, Hasmila Abas. Menurut beliau, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Terengganu antara agensi kerajaan persekutuan yang memberikan kerjasama baik kepada kerajaan negeri. “Antaranya, LPP Negeri Terengganu telah menguruskan Skim Bantuan Modal Tani kita sejak daripada 2019 lagi dengan peruntukan memcecah RM5 juta setahun. “Kita ada senarai usahawan Skim bantuan Modal tani yang berjaya di seluruh negeri, sentiasa kita turun padang untuk melihat perkembangan projek-projek yang dilaksanakan samada projek perikanan, penternakan dan pertanian. “LPP juga sentiasa menerajui Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Terengganu sebagai urusetia dan sangat banyak kolaborasi yang telah kita jalankan bersama,” ujarnya.
26 Feb 24
214
Sultan Mizan 'Underwater Photography 2024' Bermula 1 Mac
Sultan Mizan 'Underwater Photography 2024' Bermula 1 Mac
KUALA TERENGGANU, 26 Februari - Sultan Mizan Underwater Photography Awards 2024 yang akan bermula 1 Mac ini dijangka menarik lebih 1,000 penyertaan dari penggemar fotografi seluruh negara. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Sulaiman Sulong berkata, pertandingan cetusan idea Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin itu dilihat dapat merancakkan lagi aktiviti pelancongan di pulau-pulau yang terdapat di Terengganu. "Ia juga diharap dapat menarik lebih ramai peminat selam skuba dan fotografi bukan sahaja dari dalam negara, malah dari seluruh dunia. "Melalui kajian profiling selam skuba yang dilakukan, kerajaan negeri melalui Tourism Terengganu telah mengenalpasti tujuh pulau utama di Terengganu yang menawarkan lebih 128 tapak selaman dengan pelbagai keunikan yang boleh diterokai peminat selam skuba dan jurugambar 'underwater'," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pelancaran Sultan Mizan Underwater Photography Awards 2024 di Dataran Shahbandar, semalam. Bagi edisi kedua pertandingan kelolaan kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Terengganu (Tourism Terengganu) itu, Sulaiman memaklumkan bahawa ia terbuka kepada semua peserta tanpa melibatkan sebarang yuran penyertaan. Gambar-gambar pertandingan boleh dihantar secara dalam talian bermula 1 Mac sehingga 31 Oktober 2024 dengan maksimum dua penyertaan bagi setiap kategori. "Sebanyak lima kategori dipertandingkan iaitu 'Wide Angle' dan 'Macro' bagi kelas Grand Award (jurugambar profesional) dan tiga kategori bagi Ocean Spirit Award (jurugambar pemula) iaitu kategori 'Wide Angle', 'Macro' dan 'Short Video'. "Namun, diingatkan semua gambar yang dihantar wajib diambil di perairan negeri Terengganu," ujarnya. Para peserta juga diwajibkan menyertakan bukti pembayaran penginapan di mana-mana hotel, resort atau pusat selam skuba di negeri Terengganu dalam penyertaan yang dihantar. Bagi yang berminat, maklumat dan syarat pertandingan boleh didapati di laman sesawang rasmi https://sultanmizanphotography.com/    
26 Feb 24
427
Ahmad Samsuri Mulakan ‘Langkah Parlimen’ Hari ini
Ahmad Samsuri Mulakan ‘Langkah Parlimen’ Hari ini
KUALA LUMPUR, 26 Februari – Ahli Parlimen Kemaman, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bakal memulakan langkah di Dewan Rakyat susulan Pembukaan Persidangan Dewan Rakyat Penggal Ketiga Majlis Parlimen ke-15 hari ini. Menerusi perkongsian di Facebook rasminya, beliau berkata perasaan bersidang di Dewan Rakyat sangat berbeza berbanding ketika berucap di Dewan Undangan Negeri. “Lain sikit perasaan untuk bersidang pada kali ini. Orang baru, hadir insya-Allah. Doakan,” kata Menteri Besar berkenaan. Terdahulu, ketika ditanya mengenai isu yang akan dibangkitkan dalam persidangan Dewan Rakyat bermula 26 Februari hingga 27 Mac itu, beliau berkata hanya tunggu dan lihat. Difahamkan beberapa isu 'panas' berkait kerajaan negeri membabitkan bayaran royalti, hutang kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri dan konsep federalisme akan dibangkitkan. Isu nasional menyentuh sistem pengajian tinggi, ekonomi dan sosial berkemungkinan besar turut akan disuarakan Naib Presiden PAS itu.
26 Feb 24
400
'Janji Macam-macam, Tapi Gagal Tunai' - Ahmad Samsuri
'Janji Macam-macam, Tapi Gagal Tunai' - Ahmad Samsuri
BESUT, 26 Februari – Seorang pemimpin politik dalam negeri mahupun negara perlu jelas apabila berjanji supaya tidak menimbulkan kecelaruan dalam kalangan rakyat. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata semua pemimpin dinasihat agar tidak berjanji macam-macam namun tidak dapat ditunaikan. “Saya tak nak masuk dalam kategori yang berjanji macam-macam untuk sedap didengar tapi tidak boleh buat. “Yang penting permintaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Mohd Husaimi Hussin sangat munasabah dan saya sokong 100 peratus iaitu projek jalan Keruak dimasukkan dalam projek keutamaan negeri Terengganu. “Tinggal lagi pihak kerajaan negeri akan cari jalan macam mana untuk merealisasikan permintaan tersebut,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penyerahan Geran Tanah kepada penduduk DUN Hulu Besut bertempat di Padang Astaka Pasir Akar, Kampung Pasir Akar, Besut di sini kelmarin. Tambah Ahmad Samsuri, projek tersebut yang mempunyai jarak sejauh 14 kilometer bukan sesuatu yang mudah kerana pelbagai halangan perlu diharungi. Tambahnya, antara halangan tersebut seperti bukit bukau, tanah berair, tasik dan sebagainya. “Sebenarnya sebelum pilihan raya 2018, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah ada rancangan dan dalam proses menyiapkan laporan teknikal untuk tender selepas daripada itu. “Namun, selepas daripada pilihan raya tersebut pihak Kerajaan Persekutuan yang memerintah terbentuk ketika itu telah membatalkan projek berkenaan,” katanya. Ahmad Samsuri berkata, projek jalan itu sangat penting untuk membolehkan kawasan sekitar bukan sahaja Kampung Keruak bahkan Kampung La, Kampung Pasir Akar dan lain-lain mendapat pembangunan yang lebih baik. “Saya akan bawa perkara ini ke pengetahuan kementerian supaya dimasukkan dalam Pelan Malaysia atau sebagainya. “Pihak kerajaan negeri juga akan bekerjasama dengan pihak JKR untuk menjadikan projek sebagai suatu yang realiti,” ujarnya.  
26 Feb 24
878
10,000 Peminat Skuter 'Gegar' Terengganu
10,000 Peminat Skuter 'Gegar' Terengganu
KUALA NERUS, 25 Februari - 10,000 peminat skuter dari seluruh negara memeriahkan program Scooterian Mega Gathering 2.0 yang berlangsung di Taman Tasik Bandar Al-Wathiqu Billah, di sini, semalam. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, program yang sudah memasuki penganjuran kedua itu telah memberi limpahan ekonomi kepada rakyat negeri ini. "Membabitkan pengusaha rumah inap, kedai makan dan pelbagai pihak yang terlibat dalam industri pelancongan di negeri ini semuanya merasai kesan serta impak kedatangan pelancong, antara porgram yang diadakan pada SGM kali ini ialah aktiviti santai ke destinasi wajib singgah di Terengganu. "Dengan pelbagai program dan karnival yang terus diadakan di negeri ini telah menjadikan Terengganu kini menerima kunjungan hampir satu juta pelancong hanya dalam masa dua bulan," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program SGM2.0. Mengulas lebih lanjut, Razali berkata pihak kerajaan negeri tidak ada masalah untuk terus membantu pihak penganjur mengadakan program itu pada setiap tahun. "Kita dapat lihat program pada kali ini memang betul-betul meriah dengan disedikana hadiah cabutan bertuah dengan hadiah utamanya ialah pakej mengerjakan umrah dan tiga buah skuter," katanya. Dalam pada itu pengarah program, Wan Mohd. Zulhafeeza Wan Mohd Yusof berkata, program selama dua hari itu terus diadakan kerana kejayaan edisi pertama lalu yang menerima sambutan luar biasa. "Pada kali ini program ini telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT), serta telah mendapat penyertaan bukan hanya peserta dari dalam negara bahkan luar negara yang  datang dari Thailand dan Singapura," ujarnya.  
25 Feb 24
2922
Ambil Kesempatan Hasilkan Patung Penyu Sendiri
Ambil Kesempatan Hasilkan Patung Penyu Sendiri
KUALA TERENGGANU, 25 Februari - Rakyat digesa merebut peluang menghasilkan patung penyu sendiri bagi menambah pendapatan dengan menjadikannya sebagai cenderahati. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, adalah satu kerugiaan jika tidak ramai rakyat yang berusaha menghasilkannya kerana akan menyebabkan berlaku lambakan patung penyu dari luar termasuk dari Thailand. "Jadi usahawan, para pengusaha kena ambil inisiatif hasilkan patung penyu sendiri. "Kita dah angkat penyu sebagai ikon, jadi berusahalah bagi memastikan patung penyu yang dibeli oleh pelancong adalah dihasilkan sendiri oleh rakyat negeri ini," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, selepas merasmikan Karnival Beutiful Terengganu Malaysia (KBTM), di Dataran Shahbandar, di sini, kelmarin. Mengulas lebih lanjut Razali berkata kerajaan negeri melalui Yaysan Pembangunan Usahawan (YPU) sudah tentu akan membantu sehabis daya mana-mana rakyat yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan menghasilkan penyu sendiri. "Rebut peluang kerana keadaani Terenganu sekarang ini 'dok rilek' memang sibuk dengan pelbagai karnival. "Saya yakin dan percaya, angka sasaran 4.5 juta pengunjung akan dapat dicapai lebih awal tidak akan sampai setahun kehadirang orang ramai masuk ke Terengganu,' ujarnya.
25 Feb 24
509