lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Masalah Mental Bukan Sakit Mental- MB
Ahmad Razif meninjau pameran yang disediakan penganjur. Foto oleh Harish Fadzillah KassimLaporan media berhubung satu daripada empat rakyat di Terengganu mengalami sakit mental adalah tidak tepat, sebaliknya jumlah itu merujuk kepada mereka yang mengalami masalah mental.Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman berkata, berdasarkan fakta Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), masalah mental berkenaan akibat pelbagai gangguan dan faktor seperti kesempitan ekonomi, tekanan hidup, masalah keluarga, penceraian dan juga kesihatan.“Masalah itu dialami kebanyakan masyarakat dan apa yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga, Masyarakat Negeri, Roslee Daud disalahtafsir pihak media,”katanyaBeliau berkata demikian kepada media selepas Majlis merasmikan Gallery Walk Makmal Transformasi Ekonomi Terengganu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.Makmal itu telah mengenalpasti 18 projek keutamaan atau EPP (Entry Point Projects) dengan 71 projek yang berlainan.Berdasarkan jumlah itu 13 projek yang bersifat “Low Hanging Fruits” akan dilaksanakan segera. Ahmad Razif memberitahu, agenda transformasi ekonomi negeri Terengganu dijangka merubah lanskap ekonomi negeri dengan nilai pelaburan RM3.5 billion dan 6,795 peluang pekerjaan bakal diwujudkan.Katanya, keutamaan juga diberi kepada program perumahan dan peluang perniagaan kepada rakyat di samping kemajuan pembangunan fizikal dan kesan limpahan ekonomi.“Selain itu, fokus juga adalah dalam mencari sumber baharu bagi mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak dan gas semata-mata kerana dari segi jangka panjang, ianya tidak mapan,”katanya.
18 Oct 16
83
Empty Image
Status Irfan Bakti Masih Dalam Perundingan
Status bekas pengendali Felda United, Irfan Bakti Abu Salim untuk mengemudi skuad Terengganu musim depan belum muktamad, sehingga perundingan selesai dan kedua-dua pihak mencapai kata sepakat.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kedatangan Irfan sebagai meneruskan perundingan dan pihaknya akan memastikan perbincangan tersebut membawa manfaat kepada kedua-dua belah pihak samada dari PBSNT serta jurulatih berkenaan."Sekarang ini Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) baru bercadang untuk menawarkan Irfan sebagai jurulatih utama tetapi ianya belum muktamad."Keputusan untuk jadikan Irfan sebagai ketua jurulatih adalah bergantung kepada hasil perundingan yang akan mula dibuat hari ini,”katanya.Beliau ditemui pemberita sebelum meneruskan perundingan mengenai khidmatnya itu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat.“Keutamaan sekarang adalah untuk memastikan bahawa pada musim hadapan, prestasi permainan akan lebih cemerlang dan meningkat seperti yang pernah diperolehi sebelum ini.“Jadi kerana itu kita nak pastikan keputusan yang tepat untuk pembangunan bola sepak di negeri Terengganu,” katanya.Untuk rekod, sepanjang khidmat Irfan Bakti selama tiga musim sejak 2009 di Terengganu, pasukan tersebut pernah muncul sebagai naib juara Liga Super dan menjuarai piala FA dan naib juara Piala Malaysia pada 2011.
17 Oct 16
89
Empty Image
Bajet 2017 Terus Utamakan Kesejahteraan Rakyat
Kesejahteraan rakyat akan kekal menjadi keutamaan kerajaan negeri, walaupun terpaksa mengurangkan perbelanjaan pada pembentangan Bajet 2017 yang akan dibentangkan 30 November ini.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata, walaupun negeri kini menghadapi kekurangan pendapatan, kebajikan rakyat tetap didahulukan serta tidak akan terabai."Kita menghadapi kekurangan pendapatan. Kita akan minimumkan dari segi pembangunan dan mungkin tidak banyak sangat projek-projek besar."Sebaliknya, bajet kita fokus kepada kesejahteraan rakyat, iaitu menyelesaikan isu- isu rakyat, bagaimana menambah pendapatan dan juga kebaikan kepada rakyat," katanya semasa diminta mengulas berhubung bajet 2017 selepas melawat Paya Bunga Sentral dan Paya Bunga Square, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu, Samiun salleh.Beliau berkata, sehubungan dengan itu juga kerajaan melaksanakan transformasi ekonomi dengan tidak mengharapkan sepenuhnya bajet kerajaan negeri bagi menjalankan projek pembangunan, sebaliknya bekerjasama dengan syarikat swasta."Kita adakan kerjasama dengan syarikat-syarikat swasta, di mana kerajaan negeri akan laksana projek berasaskan aset dengan menjadikan tanah sebagai aset kita sebanyak 30 peratus manakala modal 70 peratus lagi oleh syarikat swasta."Melalui konsep ini, ia tidak membebankan kewangan kerajaan negeri. Maka kewangan kerajaan negeri akan lebih fokus untuk kesejahteraan rakyat, termasuk bantuan kepada rakyat, pendidikan dan tidak ketinggalan kepada sukan yang telah banyak memberikan kekuatan dan mempopularkan Negeri Terengganu."Selain itu, kita juga memfokuskan bajet 2017 kita juga kepada program-program menjayakan Tahun Melawat Terengganu," katanya.
17 Oct 16
44
Empty Image
UMNO Gagal Jika Tiada Nilai Moral Seperti Dituntut Al-Quran - MB
Ahmad Razif menyampaikan hadiah kepada pemenang johan Tilawah al-Quran, Faridah Omar dari Besut. Foto oleh Zulkipli CW Putra.UMNO akan menjadi sebuah parti politik yang berdepan kegagalan jika ahli-ahlinya tidak menerapkan disiplin diri serta nilai-nilai moral tinggi sebagaimana dituntut dalam al-Quran.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, antara aspek terpenting yang terkandung di dalam al-Quran adalah perpaduan yang menjadi tunjang kepada kekuatan ummah.Beliau yang juga Menteri Besar, berkata, jika tiada semangat perpaduan tinggi kalangan ahli-ahli UMNO, parti itu sudah pasti akan kehilangan kekuatan yang akhirnya membawa kepada kekalahan dalam perjuangan."Al-Quran banyak tekankan soal perpaduan kerana ia merupakan tunjang kekuatan ummah. Jika perpaduan kalangan kita (ahli UMNO) lemah, sudah pasti kita akan kehilangan kekuatan dan akhirnya kita akan kalah," katanya.Ahmad Razif menyatakan demikian selepas merasmikan majlis Tilawatul Quran dan Marhaban Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Majlis Daerah Marang anjuran Pergerakan Wanita UMNO, di Dewan Majlis Daerah Marang, Kampung Paya, Marang.Turut hadir, isteri beliau, Halina Zakaria; Ketua Wanita UMNO negeri, Datuk Fatimah Hamat;  Ketua UMNO Bahagian Marang, A. Latiff Awang serta Ketua Wanita UMNO Bahagian itu, Toh Puan Zaitun Mat Amin.Menteri Besar juga meminta ahli-ahli UMNO khususnya di Terengganu supaya sentiasa berpegang kepada petunjuk al-Quran dalam perjuangan."Itulah benteng paling teguh, selagi kita berpegang kepadanya (al-Quran), kita tidak akan sesat. "Sebaliknya kita akan sentiasa kukuh dan harmoni. Perjuangan dalam politik amatlah berat dan penuh dengan dugaan serta cabaran. Oleh itu kita perlu jaga imej dan pertahankan nilai-nilai moral dalam parti," ujarnya lagi.Ahmad Razif turut berharap agar menerusi program-program keagamaan seperti pertandingan marhaban dan tilawah itu, UMNO terus teguh dalam mencapai matlamat melahirkan umat yang makmur dan sejahtera.Dalam majlis itu, kumpulan marhaban dari Marang yang dikenali sebagai kumpulan Al-Wadiah muncul juara dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000  manakala naib johan disandang Kumpulan Nur Hidayah (Setiu) (RM1,500) dan Nur Hidayah, Hulu Terengganu pula tempat ketiga (RM1,000). Johan tilawah pula disandang oleh Faridah Omar dari Besut dengan menerima wang tunai RM1,000, diikuti Fatimah Embong dari Kuala Nerus (naib johan) dan Tuan Aminah Wan Endut dari Hulu Terengganu (ketiga). Fatimah dan Tuan Aminah masing-masing menerima hadiah RM800 dan RM500.
17 Oct 16
287
Empty Image
PMINT Square Beroperasi Menjelang 2017
PMINT Square, di tengah-tengah pusat bandar Kuala Terengganu yang dilengkapi pusat komersial, ruang pejabat serta hotel bakal mengubah landskap Bandar Raya Kuala Terengganu, apabila beroperasi sepenuhnya menjelang awal 2017.Komponen bangunan seperti Plaza Paya Bunga, Paya Bunga Square, Paya Bunga Sentral, Paya Bunga Hotel, Wisma PMINT dan Menara PMINT dihubungkan dengan jejantas pejalan kaki akan menjadi mercu tanda baru Terengganu yang merubah landskap pembangunan Kuala Terengganu khasnya dan Terengganu, amnya.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, projek yang dibangunkan menerusi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dengan kos RM500 juta masih dalam pembinaan dan dijangka siap selewat-lewatnya Februari tahun hadapan.Katanya, pusat boling 36 lorong di Paya Bunga Sentral akan dibuka terlebih dahulu kepada orang ramai pada Disember ini.“Manakala 11 panggung wayang yang ditempatkan di bangunan yang sama akan mula beroperasi Februari tahun hadapan kerana terdapat beberapa masalah berkaitan rekaan dalaman yang memerlukan tempoh sekurang-kurangnya empat bulan untuk disiapkan.“Apabila kedua-dua pusat rekreasi keluarga di Paya Bunga Sentral ini beroperasi sepenuhnya secara tidak langsung ianya menjadi kekuatan dalam mempromosikan Tahun Melawat Terengganu 2017,” ujarnya kepada pemberita ketika melawat Paya Bunga Sentral dan Paya Bunga Square, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengurus Besar PMINT, Samiun Salleh.Katanya, kerja-kerja hiasan dalaman 215 bilik hotel di Paya Bunga Square sedang rancak dilaksanakan sebelum hotel itu dijangka beroperasi pada Februari ini.
17 Oct 16
191
Empty Image
PDHT Siap-Siaga Hadapi Banjir
Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu(PDHT) melalui penubuhan Jawatankuasa Payung bersama agensi-agensi lain termasuk Pejabat Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat kini bersiap-siaga menghadapi kemungkinan berlaku banjir pada musim tengkujuh ini.Pegawai Pendidikan Daerah, Jalaluddin Ismail berkata, pi­haknya akan memfokuskan lapan sekolah di Hulu Terengganu yang berisiko tinggi di tenggelami air sekiranya banjir, dengan memperke­nalkan beberapa lang­­kah baharu berdasarkan pengalaman berdepan musibah itu tahun lalu."Kita tidak mahu kejadian seperti tahun lepas berlaku lagi di mana kita terpaksa menanggung kerugian hampir RM800,000 akibat kemusnahan harta benda di sekolah."Sebagai langkah awal,pihak PDHT telah mengeluarkan arahan supaya sekolah-sekolah yang terlibat bertindak dari sekarang bagi menyelamatkan harta benda termasuk dokumen penting sebelum cuti persekolahan bermula nanti," kata Jalaluddin kepada Teganukita/The Iman Tribune, semalam.Menurutnya lagi, perhatian khas juga diberikan kepada pelajar yang terlibat dalam peperiksaan dengan menawarkan asrama untuk mereka tinggal sewaktu banjir supaya tidak terkandas akibat terputus hubungan antara rumah masing-masing dengan sekolah."Selain daripada itu, laluan-laluan alternatif untuk pengawas peperiksaan juga telah dikenalpasti melalui pelan kontijensi yang dibuat sebelum ini supaya tidak timbul masalah untuk bertugas pada saat kecemasan itu."Kita telah berbincang dengan agensi-agensi yang terlibat dengan banjir bagi memastikan pelan kami menerusi Jawatankuasa Payung berjaya menghadapi banjir pada tahun ini, sekali gus dapat mengurangkan kos kerugian akibatnya."ujarnya lagi.
17 Oct 16
33
Empty Image
Langkah T-Team Terhenti
Kesebelasan utama pemain T-Team yang beraksi di perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim.Perjuangan pasukan berstatus kelab, T-Team terhenti di peringkat separuh akhir apabila tewas 0-3 kepada Selangor dalam saingan separuh akhir kedua Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.Ketua jurulatih pasukan itu, Rachmat Darmawan berkata gol awal dari pasukan pelawat sedikit menjatuhkan moral pemain Titans.“Kita bermain terlalu berhati-hati di awal permainan dan apabila pasukan pelawat menjaringkan gol pada minit kedua, ianya sedikit menjatuhkan mental pemain T-Team.“Kita cuba bangkit namun tidak kesampaian apabila pasukan pelawat sekali lagi menambah jaringan tidak lama kemudian,” katanya.Pasukan pelawat, The Red Giant bermula selesa apabila mula membuka jaringan seawal minit kedua melalui R Gopinathan.Walaupun terdapat percubaan dari T-Team untuk menyamakan kedudukan, namun Selangor bijak mencari peluang daripada kekalutan di hadapan pintu gol untuk menjarakkan lagi kedudukan pada minit ke-18 hasil jaringan Ugochukwu Ukah.Kekecewaan The Titans terus ditambah apabila Selangor menambah gol ketiga sebelum wisel penamat ditiup oleh pengadil melalui kapten pasukan pelawat, Andik Vermansah.T-Team gagal untuk mara ke final selepas tewas menentang Selangor dengan agregat 1-5. Pada perlawanan separuh akhir pertama, Titans tewas 1-2 di Stadium Shah Alam.
15 Oct 16
763
Empty Image
Irfan Bakti Kembali Terajui Skuad Terengganu?
Ahmad Razif bertemu peminat pasukan T-Team FC sebelum perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim. Kerajaan negeri bersetuju untuk mengekalkan pasukan berstatus kelab, T-Team FC berdasarkan prestasi memberangsangkan pasukan itu, manakala Terengganu FA pula akan diberi nafas baru sebagai persediaan menghadapi musim hadapan.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata walaupun gagal untuk mara ke pusingan akhir Piala Malaysia, namun corak permainan serta aksi yang dipamerkan agak memuaskan."Kita berpuas hati dengan corak persembahan dan semangat juang yang begitu tinggi ditunjukkan para pemain sehingga mampu mencapai ke tahap ini."Maka saya merasakan pasukan T-Team perlu dikekalkan dan pastikan pasukan ini diberi peluang untuk diperkemaskan lagi bagi menghadapi saingan liga dan Piala Malaysia tahun hadapan,"katanya.Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, semalam.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat.Bagi pasukan Terengganu, Ahmad Razif berkata satu penstrukturan semula serta rombakan akan dilakukan untuk memantapkan kembali pasukan itu.Beliau berkata, penstrukturan tersebut melibatkan kesemua aspek termasuk di bahagian pengurusan dan kejurulatihan.“Kita akan lakukan rombakan secara keseluruhan bagi memastikan bahawa tahun depan peminat dapat melihat Terengganu yang baharu di mana telah dilakukan satu transformasi dan paling mustahak kegemilangan Terengganu pada satu masa dahulu dapat dikembalikan semula pada musim hadapan.“Perbincangan dengan bekas jurulatih Terengganu, Irfan Bakti sedang dilakukan manakala Dato’ Rozi ditugaskan untuk mengenalpasti pemain-pemain yang perlu diambil bagi memantapkan Terengganu FA,” katanya.
15 Oct 16
65
Empty Image
T-Team Optimis Ke Final
Kita mampu bangkit untuk mencipta sejarah menuju ke final, kata Pengurus Pasukan T-Team, Dato’ Mohamad Kamil Othman.Beliau meminta seluruh rakyat serta penyokong bola sepak Terengganu mendoakan agar pasukan T-Team dapat menguasai 90 minit perlawanan dan menyekat pihak lawan dengan menggunakan setiap taktikal serta strategi untuk mara ke persaingan akhir.“Segalanya boleh berlaku dalam bola sepak dan tentulah kami mengharapkan pasukan kita ini mampu mara dan mencipta kejutan dalam sejarah bola sepak negara,” katanya kepada Teganukita.Mohamad Kamil mengulas mengenai persaingan separuh akhir kedua The Titans menentang Selangor, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), Kuala Terengganu, malam esok.Katanya, sesi latihan berjalan lancar selain pemain turut diserapkan motivasi dari pihak pengurusan bagi meningkatkan moral dan disiplin ketika di padang nanti.Tambahnya, pihaknya turut menganjurkan solat hajat sebelum sesi latihan di stadium yang sama, petang semalam.
13 Oct 16
49
Empty Image
RM1.7 Juta Untuk Landskap
Kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM1.7 juta bagi tujuan pembangunan dan pemuliharaan landskap dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tahun ini.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, projek utama yang dilakukan melalui peruntukan tersebut ialah membantu PBT membangunkan taman-taman awam serta memulihara landskap semulajadi.“Selain melaksanakan projek-projek keceriaan bandar seperti pembekalan ‘annual flower’dan pokok-pokok kekal, peruntukan tersebut untuk menaik taraf taman-taman rekreasi dalam kawasan bandar.“Dengan adanya peruntukan ini ianya memberi sumber pendapatan kepada pengusaha nurseri dan kontraktor landskap di samping memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat,” katanya. Menurutnya, peruntukan dalam pembangunan landskap secara tidak langsung turut membantu menjana pendapatan di kalangan usahawan dan juga perunding di bidang berkaitan.Katanya, kerajaan amat mengambil berat terhadap pemuliharaan landskap negeri kerana ia melambangkan imej sesebuah negeri. “Sebagai persediaan menghadapi Tahun Melawat Terengganu 2017, hasrat kerajaan negeri adalah untuk mewujudkan bandar dalam taman dan menceriakan serta mengindahkan lagi bandar-bandar dalam Terengganu,” ujarnya.Mohd Jidin berkata, Jabatan Landskap Negara turut memberi peruntukan dalam membangunkan landskap di negeri ini.
10 Oct 16
86