Artikel "Utama" Terkini
KPWKM Dekati Masyarakat Daftar OKU
Azizah berbual mesra dengan pelajar OKU pada Program Roadshow Pelan Tindakan OKU 2016-2022 Zon Pantai Timur, di Taman Sinar Harapan, Kuala Terengganu, Foto oleh Zulkifli Putra.Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kini giat mendekati masyarakat, termasuk di kawasan pedalaman bagi memudahkan mereka mendaftarkan ahli keluarga yang terdiri daripada orang kelainan upaya (OKU).Timbalan Menteri kementerian itu, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, OKU merupakan kumpulan sasaran agensi terbabit demi menjamin kebajikan mereka.Katanya, sepuluh peratus daripada jumlah penduduk Malaysia terdiri daripada golongan OKU namun hanya 50 peratus atau seramai 392,055 daripadanya berdaftar sebagai golongan OKU.“Oleh itu, saya menyeru kepada semua lapisan masyarakat termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan yang mewakili kepentingan OKU, segera berbuat demikian bagi membolehkan mereka menikmati kemudahan yang disediakan pelbagai agensi kerajaan dan swasta,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa mengikuti Program Roadshow Pelan Tindakan OKU 2016-2022 Zon Pantai Timur, di Taman Sinar Harapan, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud.Azizah berkata, melalui pelan tindakan yang diperkenalkan itu, menyenaraikan 10 teras strategik, termasuk meningkat aksesibiliti golongan OKU, memperkasakan ekonomi, meningkatkan akses bidang pendidikan, memperkukuhkan perkhidmatan sosial dan konvensyen mengenai hak OKU.“Apa yang dilaksanakan itu semata-mata mahu golongan OKU mendapat pembelaan sewajarnya, baik daripada segi kebajikan, pendidikan dan hak-hak tertentu,” katanya.
10 Oct 16
48
MOSTI Giat Atur Program Tarik Minat Masyarakat
Abu Bakar memotong riben sebagai gimik merasmikan Majlis Penutup Program Kimia Ke Desa 2016, Sempena Tanggungjawab Sosial Korporat (SCR) di Dataran Alor Limbat, Marang, semalamKementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta agensi-agensi di bawahnya giat menyusun program dalam usaha meningkatkan kesedaran dan minat masyarakat terhadap bidang sains dan teknologi.Timbalan Menterinya, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata, sebagai peneraju agenda sains, teknologi dan inovasi (STI) yang menjadi salah satu agenda pembangunan negara, pelbagai program telah diatur sebagai pengisian Dekad Inovasi.Menurutnya, perkara itu selaras dengan matlamat agenda STI negara bagi merealisasikan Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju sains menjelang tahun 2020.“Sepanjang pelan Dekad Inovasi itu, MOSTI serta agensi di bawahnya merangka program-program tahunan seperti Karnival Kreativiti, Sains 4U, Jejak Ikon Saintis termasuk Program Kimia ke Desa sebagai menyokong usaha tersebut.“Program-program ini dilihat memberi manfaat kepada pelbagai golongan individu seperti pelajar, belia, kanak-kanak, wanita, pertubuhan bukan kerajaan dan anggota masyarakat sama ada di bandar atau kawasan pedalaman,” katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Penutup Program Kimia Ke Desa 2016, Sempena Tanggungjawab Sosial Korporat (SCR) di Dataran Alor Limbat, Marang, semalam.Program yang berlangsung selama dua hari, berakhir semaalam itu menyediakan pelbagai aktiviti, termasuk ikon kimia, pertandingan CSI (Crime Scene Investigation ), memancing, dekorasi kek, wacana ilmu, gotong - royong dan sukaneka.
08 Oct 16
40
Terengganu Sedia RM10.5 Juta Untuk Dana Bantuan Persekolahan Sesi 2017
Ahmad Razif menyerahkan cek bernilai RM100,000 kepada Muhammad Pehimi untuk pesakit kanser rahang, Mohammad Syafi Mohd Syahrizan, 7, dari Besut untuk urusan perubatan dan kebajikannya yang akan diuruskan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jertih.Kerajaan negeri menyediakan sebanyak RM10.5 juta untuk Dana Bantuan Persekolahan yang melibatkan 105,000 pelajar seluruh Terengganu pada tahun ini.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, menerusi peruntukan itu, sebanyak RM200 diberikan kepada setiap pelajar dan maksimum dua pelajar dalam setiap keluarga dibenarkan menerimanya."Kita membuka permohonan melalui sistem dalam talian mulai hari ini kepada pemohon yang baharu. Pemohon yang lama dan sudah menerimanya sebelum ini tidak perlu mengisi lagi (permohonan) dalam talian.“Kita jangka pengagihan baucer tunai kepada mereka yang layak selepas selesai proses permohonan akan bermula pada 1 Disember hingga 15 Disember depan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pengakuan Menerima Jawatan Datuk Bandar dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu, di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.Ahmad Razif berkata, bantuan persekolahan yang sudah dilaksanakan sejak 2005 itu bagi meringankan bebanan ibu bapa yang kurang berkemampuan terutama pendapatan ketua isi rumah yang tidak melebihi RM2,000 sebulan.Katanya, bantuan itu sentiasa meningkat dari setahun ke setahun sejak diperkenalkan 12 tahun lalu. Pada tahun lalu, seramai 102,778 penerima dengan jumlah RM10,277,800, manakala 101,984 penerima dan RM10,198,400 (2015) serta 94,966 penerima melibatkan RM9,496,600 (2014).“Pengagihan pada sesi 2017 sebanyak RM100 seorang kepada penerima yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah secara tunai akan diagihkan menerusi pejabat daerah di majlis yang diselaraskan mengikut Dewan Undangan Negeri masing-masing bermula Disember ini.“Bantuan kerajaan kepada rakyat ini bagi memastikan mereka yang layak dapat memanfaatkan dengan sebaik-baiknya bagi mendapatkan pakaian sekolah sebelum bermula sesi persekolahan baharu tahun depan,”katanya.Di majlis itu juga, kerajaan negeri menyampaikan cek bernilai RM100,000 kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Asas tani, Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Jertih untuk diserahkan kepada pesakit kanser rahang, Mohammad Syafi Mohd Syahrizan, 7, untuk urusan perubatannya.Ahmad Razif berkata, urusan perbelanjaan perubatan dan kebajikan Syafi akan diuruskan menerusi Pejabat Penyelaras DUN Jertih.
05 Oct 16
173
T-Team Beraksi Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Separuh Akhir Kedua
“Kita akan kekal bermain di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada aksi separuh akhir kedua nanti, memandangkan pemain T-Team sudah serasi dan kita bimbang hilang `skill' jika menggunakan padang lain," kata Menteri Besar yang juga Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT), Ahmad Razif Abd Rahman, semalam.Beliau mengulas mengenai persaingan separuh akhir kedua melibatkan pasukan junior Terengganu, T-Team menentang Selangor, pada 15 Oktober ini.Ahmad Razif berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pengakuan Menerima Jawatan Datuk Bandar dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Terengganu di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.Katanya, pemain The Titans sudah serasi dengan keadaan padang kerana sentiasa menjalani latihan dan menempuhi banyak perlawanan di SSINS. Katanya, kita sedar masalah kebanjiran peminat bola sepak akan berlaku memandangkan stadium itu hanya dapat menampung kira-kira 10,000 penonton berbanding di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Nerus yang boleh memuatkan sehingga 50,000 penonton. Ahmad Razif berkata, bagi menyelesaikan masalah limpahan penyokong, beliau menyerahkan perkara itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat dan kemungkinan akan memasang skrin layar besar di lokasi tumpuan peminat bola sepak negeri.
05 Oct 16
270
Jambatan Angkat Beroperasi Pertengahan Tahun Depan
Mercu tanda Terengganu yang baharu, jambatan angkat atau `drawbridge’ yang menghubungkan Muara Selatan di Kuala Terengganu dan Muara Utara di Seberang Takir, dijadualkan akan beroperasi pada pertengahan tahun hadapan.Jambatan angkat yang pertama di Asia yang kini mencapai hampir 57 peratus siap, menjadi ikonik kepada komponen pembangunan Pusat Bandar Kuala Terengganu (KTTC) dengan pelaburan keseluruhan RM 5 bilion.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, projek membangunkan infrastruktur yang merangkumi 632 meter panjang keseluruhan struktur jambatan dan 50 meter span navigasi mendatar tanpa halangan bagi `draw span’serta 12 meter ketinggian navigasi menegak tanpa halangan apabila jambatan tertutup itu dijangka mengambil tempoh 135 minggu pembinaan. “Pembinaan keseluruhan drawbridge yang bermula pada 13 Ogos 2014 dijangka siap dalam tempoh kurang setahun dari sekarang mampu melicinkan perjalanan trafik di kawasan itu, selain membolehkan pengguna jambatan menikmati pemandangan mengagumkan di sekeliling muara itu.“Ciri-ciri menara drawbridge dan `Bascule Span’ memerlukan masa selama dua minit untuk dibuka dan jangkamasa yang sama juga untuk ditutup,”katanya kepada Teganukita.Ahmad Razif berkata, jangka masa dua minit itu tidak termasuk masa untuk mengosongkan laluan trafik dan penutupan pagar. Bagaimanapun, jika termasuk masa itu (mengosongkan laluan trafik dan penutupan pagar) ianya memerlukan lebih kurang 20 minit untuk dilengkapkan.Selain itu, menurutnya, sebuah restoran mewah berkapasiti 200 orang bakal beroperasi di `skybridge’ di menara jambatan itu dan sebuah menara lagi bakal menempatkan galeri yang juga mampu memuatkan 200 peserta. Beliau berkata, di sekitar jambatan itu turut dibangunkan pangkalan bot dan kapal, selain Kompleks membeli-belah KTCC Mall yang melibatkan kos RM1 bilion dengan dilengkapi 200 unit kedai, cineplax 10 skrin, gelanggang boling 48 lorong dan juga menara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu 30 tingkat di Muara Selatan.Menurutnya, jalan raya sepanjang lima kilometer dari jambatan angkat KTCC Drawbridge sedang dibangunkan bagi menghubungkan secara terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Terengganu, sekali gus mengukuhkan lagi peranannya dalam industri pelancongan negeri ini.Dalam pada itu, projek pembangunan KTCC dijangka mewujudkan lebih 10,170 peluang pekerjaan daripada pelbagai sektor kepada penduduk tempatan akan memperkukuhkan lagi imej Kuala Terengganu sebagai Bandar Raya Warisan Pesisir Air yang dinamik dan berdaya maju.Muara utara dan muara selatan dibangunkan sebagai perluasan kepada kawasan pusat perniagaan Kuala Terengganu yang sedia ada dengan penerapan terhadap ciri-ciri kebudayaan, landskap dan seni bina unik. Untuk rekod, pembangunan muara utara seluas 56 hektar yang melibatkan kos RM85 juta bermula pada 19 Mei 2014 dan siap pada 28 April tahun ini, manakala muara selatan melibatkan keluasan 16 hektar dengan peruntukan RM31.25 juta bermula 14 September 2011 serta siap pada 12 November 2013.
05 Oct 16
755
Peruntukan RM16 Juta Untuk Kontraktor Kelas F
Ahmad Razif bersalaman dengan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Zulkifli Abu Bakar sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah jawatan Datuk Bandar itu, di Wisma Darul Iman, hari ini. Kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM16 juta untuk projek kontraktor Kelas F, bermula minggu hadapan.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, setiap pejabat daerah akan menerima RM2 juta dengan masing-masing setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) mendapat peruntukan RM500,000.Katanya, setiap projek yang dianggarkan bernilai kira-kira RM20,000 ke bawah itu nanti mampu memberi manfaat kepada kira-kira 800 kontraktor Kelas F yang berdaftar di seluruh Terengganu.“Peruntukan itu akan disalurkan terus menerusi lapan pejabat daerah seluruh Terengganu. Inisiatif ini adalah bagi memberi peluang kepada kontraktor Kelas F yang tidak mendapat banyak projek dan tidak langsung menerima projek pada tahun ini.“Ianya juga sebagai suntikan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi domestik di negeri ini,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pengakuan Menerima Jawatan Datuk Bandar dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu, di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. Ahmad Razif berkata, usaha itu bukan sahaja membuka peluang pekerjaan kepada kontraktor Kelas F, malah membantu merancakkan perniagaan di kalangan pembekal barangan pembinaan dan perkakasan seluruh Terengganu.
05 Oct 16
35
Hampir 40,000 Pengunjung UTC Sepanjang Ogos
Pengunjung Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuala Terengganu di Paya Bunga Square, di tengah pusat bandar Kuala Terengganu meningkat mendadak sepanjang Ogos lalu, berbanding bulan pertama beroperasi sejak 27 Jun lalu.Hentian yang menyediakan pelbagai kemudahan lengkap di bawah satu bumbung, merekodkan 39,363 pengunjung sepanjang Ogos berbanding seramai 35,736 pada Julai lalu.Pemangku Timbalan Pengurus Besar (Perancangan dan Pembangunan) Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Mahadi Ibrahim, berkata jumlah kutipan sepanjang Julai kira-kira RM8.6 juta daripada pelbagai agensi termasuk Tabung Haji (RM6.4 juta), Jabatan Pendaftaran Negeri (RM810,424), Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (RM588,691), Imigresen (RM380,560) dan lain-lain agensi (RM389,054).Sementara pada minggu terakhir Jun merekodkan seramai 2,728 orang pengunjung dengan jumlah kutipan kira-kira RM836.3 juta.“Sepanjang bulan lalu, orang ramai mula mendapatkan perkhidmatan di UTC berikutan kesedaran dan promosi yang dilaksanakan secara berterusan PMINT mengenai kemudahan yang tersedia di premis itu. “UTC Kuala Terengganu adalah antara yang terbaik pernah ada di negara ini kerana ia menyediakan semua kemudahan pada satu hentian,”katanya kepada Teganukita.Mahadi berkata, UTC yang berada di dua komponen pembangunan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) iaitu di Paya Bunga Square dan Paya Bunga Sentral dengan kos pengubahsuaian sebanyak RM38 juta dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan, antara yang terbaik di negara ini kerana mempunyai pelbagai kemudahan. Beliau berkata, pusat perkhidmatan berkenaan menempatkan 30 pejabat termasuk agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta, dilengkapi kemudahan pusat rekreasi merangkumi gelanggang futsal, pusat memanah, gelanggang ping pong, pusat snuker dan pusat belia untuk aktiviti Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang kini hampir siap sepenuhnya. Selain itu, ia turut mempunyai bilik mesyuarat, Taska Permata Keluarga Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, selain ruang niaga yang disediakan khusus untuk usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) negeri ini mempromosi serta menjual produk mereka.Tambahnya, pengubahsuaian mengambil masa hanya tiga bulan bermula 22 Mac lalu dan memberi keselesaan maksimum dengan menyediakan ruang luas dan mempunyai 1,500 lot meletak kenderaan .
04 Oct 16
511
Kejayaan Modul Dadong Diperluas Ke Kawasan 170,000 Hektar
Kerajaan Pusat bercadang meluaskan penanaman jagung bijirin untuk makanan ternakan melibatkan kawasan di luar jelapang padi seluas 170,000 hektar selepas kejayaan projek perintis yang menggunakan `Modul Dadong'.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, projek perintis di Kampung Dadong, Kemaman itu mula diperkenalkan pada Jun lalu melibatkan kawasan 14 hektar disertai 51 petani berjaya mengeluarkan hasil tuaian yang sihat serta berrmutu.Ahmad Shabery berkata, hasil tuaian pertama projek itu sangat memberangsangkan dengan setiap hektar dijangka mampu menghasilkan antara lima dan 10 tan metrik jagung bijirin, sekali gus memberi pendapatan berganda kepada petani yang selama ini hanya meraih antara tiga hingga empat tan metrik padi untuk setiap hektar tanah yang dimiliki.Katanya, projek makanan ternakan itu merealisasikan usaha kerajaan dalam usaha mengelak kebergantungan negara terhadap import bijirin untuk makanan ternakan selain menjadi tanaman utama untuk makanan ternakan selain padi.“Walaupun kita tahu terdapat banyak masalah yang terpaksa dilalui seperti memerlukan tanah yang rata, tidak berlopak serta serangan dari haiwan perosak namun ianya dapat diatasi.“Ini adalah suatu perkara yang memberangsangkan sekiranya kita terus berjaya mempunyai satu program dasar yang lebih kemas dalam penanaman jagung yang bukan sahaja sebagai makanan keperluan manusia tetapi juga untuk makanan ternakan,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Penuaian Jagung Bijiran Parlimen Kemaman, di Kampung Dadong, Chukai, Kemaman, semalam.Turut hadir, Pegawai Daerah Kemaman, Rosman Roslan dan Pengarah Pertanian Negeri Terengganu, Mohd Nasir Warris.Tambahnya, selama ini, negara terpaksa mengimport lebih kurang 5 juta tan metrik makanan ternakan dengan kos melebihi RM3 juta setiap tahun.“Sekiranya program ini dapat dijayakan, ia akan dapat kurangkan jumlah tersebut dan dalam masa yang sama ia akan menjana kekayaan baru di kalangan petani,” katanya.Ahmad Shabery berkata, pihaknya juga akan memperkemaskan lagi modul itu dengan memperbaiki teknik penyediaan tanah, penetapan jarak tanaman, kaedah pembajaan, sistem perparitan teratur dan kawalan awal untuk rumpai bagi memperoleh hasil tanaman yang lebih baik dan berkualitiDalam pada itu, Ahmad Shabery berkata kawasan yang akan diperluaskan untuk penggunaan modul tersebut adalah di kawasan penanaman padi satu musim kerana projek penamaman jagung itu memerlukan kawasan tanah yang tidak digunakan dalam tempoh masa yang lama.Untuk rekod, pada masa kini Malaysia mengimport hampir 100 peratus jagung bijirin iaitu lebih empat juta tan metrik dengan nilai RM3.1 bilion setahun untuk dijadikan bahan makanan ternakan seperti ayam, lembu dan kambing.
03 Oct 16
117
Kerajaan Negeri Bantu Pesakit Kanser Rahang
Nasib malang Muhammad Syafi Mohd Syahrisan, 7, yang mengidap penyakit 'Infantile Fibrosarcoma' terus mendapat perhatian pelbagai pihak yang bersimpati dengannya termasuk pemimpin utama negeri, Ahmad Razif Abd Rahman.Menteri Besar bersama isteri hari ini berpeluang menziarahi murid Sekolah Kebangsaan Nyior Tujuh, yang tinggal di Taman Selasih, Kampung Padang Landak, Jertih.Turut serta dalam kunjungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Muhamad Pehimi Yusof, Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Keusahawanan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad, Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohammad Omar dan Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin.Muhamad Syafi mula mengalami penyakit berkenaan pada Ogos 2014 selepas disahkan menerusi biopsy pembedahan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.Penderitaan mangsa yang kini terlantar di rumah, selain kesulitan ibu bapanya untuk menjaga bukan sahaja mendapat perhatian orang ramai termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO), malah turut menjadi viral serta dikongsi ramai pelayar laman sosial.Ahmad Razif meluangkan masa lebih dua jam untuk mendengar sendiri masalah dihadapi oleh kanak-kanak itu yang disampaikan bapanya, Mohd Syahrizan Ibrahim,39.Bersimpati dengan nasib malang murid berkenaan, Menteri Besar mengumumkan bantuan segera berjumlah RM100,000 kepada keluarga pelajar terbabit bagi urusan perubatan.Bantuan berkenaan disalurkan melalui Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jertih yang akan menyelaras urusan rawatan dan perubatan Muhamas Syafi.“Pesakit terbabit memerlukan kos membeli ubat-ubatan RM4,000 sebulan dan keluarga tidak mampu untuk menanggungnya,” kata Menteri Besar kepada media selepas melawat murid berkenaan.Malah, katanya, kerajaan negeri sedia membantu menguruskan rawatan lanjut jika murid berkenaan memerlukan rawatan di luar negara.Ahmad Razif berkata, setakat ini Muhamad Syafi adalah kanak-kanak pertama di Pantai Timur yang dikesan mengidap penyakit berkenaan.Bapanya, Mohd Syahrizan Ibrahim, 39 dan isterinya Norzuriana Madri, 38 kedua-duanya guru berkata anak mereka kini terpaksa bergantung kepada ubat yang dibelinya sendiri bagi membantu kekuatan anaknya.
02 Oct 16
84
Bersedia Tempuh Dekad Yang Lebih Mencabar- Sultan Terengganu
Sultan Mizan berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada Abd Rashid Ali. Foto oleh Tg Syamim Tg IsmailSultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mengharapkan semua pihak termasuk parti politik, pertubuhan sosial dan rakyat seharusnya bersedia menempuh dekad yang lebih mencabar pada masa akan datang.Titah baginda, kita perlu membuang sikap lapuk yang merugikan, sebaliknya perlu bersiap- sedia menjadi umat yang progresif untuk mengekalkan martabat Islam.“Semua pengajaran ini akan tinggal sejarah jika kita terus leka dan hanya berbangga dengan pencapaian umat terdahulu, sedangkan kita sendiri tidak mahu dan tidak pernah berubah untuk mencapai kejayaan,” titah baginda.Sultan Terengganu bertitah demikian pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.Turut berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda Tengku Fatimatuz Zahra’.Hadir sama, Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri Halina Zakaria, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.Baginda bertitah, sempena sambutan Maal Hijrah kali ini, semua umat Islam di Terengganu diharap agar dapat mengambil nilai- nilai positif dari peristiwa hijrah. “Peluang dalam kepelbagaian agama hendaklah dimanfaatkan untuk menyokong antara satu sama lain bukan meruntuhkannya. “Nilai-nilai universal yang baik yang diiktiraf oleh agama islam seperti berkasih sayang, bertolerasni dan saling memahami sesama masyarakat dalam perkara-perkara yang dibenarkan sepatutnyan disuburkan dan diamalkan yang tentunya akan menambah semangat perpaduan,” katanya.
01 Oct 16
417