Artikel "Utama" Terkini
CCTV Dipasang Di Kompleks Seri Iman
Kerajaan negeri meluluskan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV)di Kompleks Seri Iman Kuala Terengganu bagi meningkatkan tahap keselamatan kompleks itu secara menyeluruh.Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, kelulusan pemasangan kemudahan itu oleh kerajaan negeri diputuskan dalam Mesyuarat Mingguan Exco baru-baru ini, bertujuan meningkatkan tahap keselamatan di kompleks kerajaan yang menempatkan Pejabat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan Pejabat Daerah Kuala Terengganu.Menurut beliau, sekiranya sesuatu kejadian tidak diingini berlaku, CCTV yang dipasang dapat dimanfaatkan untuk membantu polis mengesan penjenayah yang terbabit dalam setiap insiden. “ CCTV ini tidak boleh pasang yang murah tetapi perlu yang berkualiti tinggi sepertimana yang dibuat Pihak Berkuasa Tempatan supaya keberkesanannya terjamin.“Ini kerana, kita dapati CCTV yang dipasang di masjid-masjid negeri sebelum ini kurang berkesan apabila gambar yang dirakam kabur dan kurang jelas,’’ ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pegawai Dan Kakitangan JHEAT Tahun 2016 di Dewan Auditorium, Pusat Pentadbiran Islam Negeri Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini.Seramai 67 orang menerima penghargaan pada majlis yang disempurnakan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A. Rahim Jusoh.Dalam pada itu katanya, JHEAT mengambil pendekatan lain termasuk penggunaan pintu automatik yang dipasang di tempat-tempat berisiko dalam bangunan tersebut.
24 Oct 16
144
Dr. Fauziah Dianugerahkan Tokoh Serikandi Khaulah Al-Azwar
Kerajaan negeri menganugerahkan sukarelawan negara yang menyertai misi ‘Women’s Boat To Gaza’, Dr. Fauziah Hassan sebagai tokoh serikandi Khaulah al-Azwar yang membawa maksud 'Bidadari Besi'.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, usaha dirintis beliau wajar diteladani oleh rakyat Terengganu khususnya kejayaan dalam misi penuh mencabar itu.Beliau berkata, atas usaha yang dilakukan oleh Dr. Fauziah selaku Lembaga Pemegang Amanah, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dan Penasihat Rose To Rose (R2R) kerajaan negeri turut memperuntukkan sumbangan sebanyak RM50,000 bagi mengisi tabung kemanusian tersebut.“Kerajaan negeri bersedia untuk membantu tabung ini dalam melakukan kutipan-kutipan di Terengganu kerana kita mahukan semua rakyat Terengganu mempunyai saham dalam perjuangan yang dilakukan oleh Dr. Fauziah bersama rakan-rakannya seperjuangannya.“Selain itu, saya juga mahu tawarkan kepada Dr. Fauziah selaku wakil MyCARE dan R2R untuk mengadakan jelajah di seluruh Negeri Terengganu untuk terjemahkan apa yang sedang dilakukan oleh beliau sendiri,” katanya.Beliau ditemui pemberita pada Program Bual Bicara Bersama Dr. Fauziah Hassan yang bertajuk Women’s Boat To Gaza: Catatan Pengalaman di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus.Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farok Hussin Tengku Abd. Jalil.Dalam pada itu, Dr. Fauziah berkata walaupun misi yang dijalankan sebelum ini tidak dapat diteruskan, namun kumpulannya tidak patah semangat untuk melakukannya lagi.“Kumpulan kami, Freedom Flotilla Coalition akan meneruskan misi selagi kepungan ke atas Gaza tidak dipecahkan.“Pada Mei tahun hadapan, kami akan adakan perjumpaan di Stockholm untuk merancang misi yang seterusnya,” katanya.Dalam pada itu, Dr. Fauziah turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri dalam usaha membantu pihaknya untuk menerus dan merealisasikan misi-misi membantu rakyat di Gaza.
23 Oct 16
264
Muhamad Syafi Meninggal Dunia
Kanak-kanak yang mengidap penyakit kanser rahang, Muhammad Syafi Mohd Syahrizan, 7, dari Sekolah Kebangsaan Nyior Tujuh, Jerteh, meninggal dunia, petang ini.Muhamad Syafi, yang tinggal di Taman Selasih, Padang Landak, mula mengalami penyakit berkenaan pada Ogos 2014 selepas disahkan menerusi biopsy pembedahan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.Kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhir di pangkuan ibunya,Norzuriana Madri, 38, dan bapanya Mohd Syahrizan Ibrahim, 39, pada jam 3 petang ini.Menurut Norzuriana, sebelum menghembus nafas terakhir kelihatan air mata Muhamad Syafi keluar berlinangan dan turut disaksikan adik beradik allahyarham yang lain.“Saya reda dengan pemergian arwah selepas dua tahun lebih menderita sakit dan terlantar dirumah,” Katanya ketika ditemui The Iman Tribune/Teganukita, hari ini.Beliau berkata, kali terakhir arwah mendapat rawatan di HUSM Kubang Kerian pada Rabu minggu lalu dan selepas itu arwah kelihatan lebih sihat.Bagaimanapun, keadaan kesihatan arwah berubah sejak malam tadi sehingga beliau menghembus nafas terakhir petang ini.Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja, selepas solat Isyak malam ini.Penderitaan murid terbabit sebelum ini mendapat perhatian dan liputan meluas dari media massa sehingga pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) tampil memberi sumbangan.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman yang turut melawat allahyarham sebelum ini selain mengumumkan bantuan segera RM100,000 kepada keluarga pelajar terbabit bagi urusan perubatan.
23 Oct 16
145
Tahap Kesedaran Berpindah Apabila Bencana Masih Sederhana -Zahid
Tahap kesedaran orang ramai untuk berpindah lebih awal apabila berlaku bencana alam terutama banjir masih sederhana, kata Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Katanya, penilaian berkenaan dilakukan dengan mengambil kira skala antara satu hingga 10 dan kesedaran masyarakat berada pada tahap lima."Kita perlu tingkatkan kesedaran itu di kalangan mangsa yang berdaftar atau tidak berdaftar. Kerajaan menubuhkan Nadma (Agensi Pengurusan Bencana Negara) yang telah siap sedia 100 peratus dalam menghadapi apa-apa situasi bencana dalam negara."Bagaimanapun, kita mahukan respons daripada orang ramai supaya nanti apabila berlaku bencana, kita tidak mahu orang ramai hanya menjadi penonton apabila bantuan diberikan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2016 di Kemaman Waterfront, Chukai, hari ini.Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Shahidan Kassim; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Kemaman, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Rohani Abd Karim.Ahmad Zahid juga memuji komitmen semua pihak termasuk badan bukan kerajaan dan anggota keselamatan yang sentiasa bersedia dan berusaha mengurangkan risiko kematian serta kemusnahan semasa berlakunya setiap bencana.Beliau berkata, Prosedur Operasi Standard (SOP) Kemaman dalam menghadapi banjir bukan sahaja berjaya mencapai piawaian 'gold standard' di dalam negara tetapi juga telah diiktiraf di peringkat antarabangsa.Tambahnya, SOP Kemaman Siap Siaga, satu program dalam inisiatif Komuniti Pintar Kemaman memenangi anugerah pada Sidang Kemuncak mengenai Masyarakat Bermaklumat (WSIS) di Geneva tahun lalu.
23 Oct 16
246
SUK Tidak Terlibat Dialog `Halatuju Pembangunan Terengganu Pasca PRU14'
Wan Nawawi ketika sidang media menafikan penglibatan Dialog Halatuju Pembangunan Terengganu Pasca PRU-14 di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Zulkifli PutraSetiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail menafikan dakwaan penglibatan beliau dalam dialog ‘Halatuju Pembangunan Terengganu Pasca PRU14’ yang dijadualkan berlangsung di Hotel Primula pada 29 oktober ini sepertimana diviralkan dalam media sosial sejak Khamis lalu.Wan Nawawi terkejut dan merasa hairan bagaimana namanya boleh dikaitkan antara seorang daripada tiga panel dialog berkenaan, sedangkan beliau tidak pernah menyatakan sebarang persetujuan kepada pihak penganjur (NGO Minda Baru Terengganu) bagi menyertai program itu.“Saya agak terperanjat apabila melihat bagaimana gambar saya boleh terpampang pada poster tersebut. Saya terus berurusan dengan pegawai-pegawai saya sekiranya ada permohonan atau perbincangan yang dibuat oleh pihak penganjur berkaitan dialog ini dan ternyata ianya tidak ada,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sidang media penafian dakwaan isu dialog ‘Halatuju Pembangunan Terengganu Pasca PRU14’ di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Tegasnya lagi, tindakan pihak tertentu melibatkan nama beliau dalam dialog ini dilihat sebagai satu tindakan keterlaluan kerana ianya tanpa rujukan serta rundingan dan secara tidak langsung boleh mencemarkan imej Pejabat SUK.“Saya memandang berat isu ini kerana ianya melibatkan saya secara peribadi dan juga institusi SUK.“Jadi saya merasakan perlu respon kepada perkara ini dan telah membuat ‘posting’ dalam akaun peribadi laman sosial ‘Facebook’ bagi menafikan perkara ini dan mengingatkan pihak tertentu agar tidak mempolitik saya dan institusi SUK,” ujarnya.Sebagai SUK, beliau juga melarang keras kakitangan terlibat dengan sebarang aktiviti yang boleh mendatangkan impikasi buruk kepada pihak kerajaan.“Saya melarang keras kakitangan saya apatah lagi saya sendiri untuk terlibat secara langsung dalam apa-apa seminar, forum dan seumpamanya yang menggambarkan kita berada dalam forum politik kerana kita seharusnya bersikap neutral sepanjang masa,” ujarnya.Justeru itu, beliau meminta pihak berkenaan menarik balik atau membuat hebahan secara umum dengan segera menafikan dakwaan tentang penglibatan beliau dalam dialog itu. “Sekiranya saya mendapati nama saya, atau institusi SUK Terengganu dilibatkan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mendatangkan keburukan dan implikasi yang tidak baik, tindakan sewajarnya akan diambil,” ujarnya.
23 Oct 16
217
Kejohanan Payung Terjun Jadi Acara Kalendar Pelancongan Terengganu
Ahmad Razif bersalaman dengan kontinjen yang mengambil bahagian Kejohanan Payung Terjun ATM 2016 di pekarangan Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, semalam. foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan negeri berhasrat menjadikan Kejohanan Payung Terjun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai acara dalam kalendar pelancongan negeri sebagai usaha menarik kehadiran pelancong sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pendekatan itu selaras usaha untuk menjadikan Terengganu sebagai hab sukan ekstrem yang semakin diminati ramai selepas mengambil kira faktor-faktor seperti pengalaman sebagai tuan rumah acara yang sama dan kesesuaian lokasi terjunan.Katanya, tahun ini Terengganu sekali lagi dipilih sebagai lokasi penganjuran sukan berkenaan dengan kerjasama Persatuan Payung Terjun ATM (Payujun), selepas menjadi tuan rumah pada tahun lalu."Saya sudah berbincang dengan ATM dan bersetuju untuk menjadikan kejohanan ini sebagai acara besar dengan buat julung kalinya melibatkan peserta antarabangsa."Justeru kerja-kerja promosi akan dibuat termasuk di luar negara bagi menjayakan kejohanan yang dirancang pada Julai tahun depan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Payung Terjun ATM 2016 di pekarangan Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, semalam.Kejohanan tahunan kali ke-9 itu berlangsung selama lapan hari bermula semalam hingga Sabtu depan bertujuan meningkatkan keupayaan penerjun yang terdiri daripada anggota tentera laut, darat dan udara di samping memperkenalkannya sebagai sukan pelancongan rekreasi.Ahmad Razif berkata, pelbagai acara menarik akan diadakan sebagai pelengkap kepada kejohanan tersebut antaranya pameran oleh tentera darat dan pertunjukan tatu serta sukan ekstrem lain seperti motosikal."Pameran itu mungkin seperti Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA), Langkawi Kedah tetapi diadakan di Terengganu."Ini secara tidak langsung dapat menampakkan kekuatan industri pelancongan kita sekali gus menyemarakkan keinginan orang muda untuk menjiwai bidang ketenteraan lalu memasukinya," katanya.
22 Oct 16
226
Hentikan Sementara Penggunaan Belon - MB
Kerajaan negeri akan menghentikan sementara penggunaan belon dalam program-program rasmi kerajaan sehingga diberitahu kelak.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata kerajaan negeri akan mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk lakukan pemantauan terutamanya di kawasan-kawasan rekreasi.Katanya, kejadian yang berlaku tersebut tidak pernah terjadi dan laporan kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah dilakukan."Saya telah menerima laporan dari pihak hospital dan sekarang ini kita masih menunggu laporan dari PDRM untuk melihat samada betul atau pun tidak mereka menggunakan gas helium kerana difahamkan gas tersebut tidak akan memberi impak sebegitu."PBT akan diarahkan untuk melihat penjualan belon terutama di tepi-tepi pantai untuk kita pastikan penggunaan gas tersebut adalah jenis yang tidak menyebabkan kebakaran," katanya.Beliau ditemui pemberita ketika melawat mangsa terlibat tragedi letupan belon di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir isteri Menteri Besar, Halina Zakaria dan Pengarah HSNZ, Dr. Nor Azimi Yunus.Tambahnya, kerajaan negeri akan turut memastikan mangsa-mangsa yang terlibat dalam kes letupan belon di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, semalam, diberi perhatian."Kejadian semalam telah melibatkan 31 mangsa dimana tujuh daripada mereka diwadkan akibat kecederaan yang dialami dan rata-ratanya merupakan anak kepada staf Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)."Kita akan lihat balik apakah keperluan-keperluan yang boleh kerajaan negeri bantu kerana sebahagian besar mangsa ini merupakan kanak-kanak yang mempunyai masa depan yang baik selain memastikan kejadiaan tersebut tidak memberi kesan kepada mereka," katanya.
21 Oct 16
49
Bajet 2017- Manfaat Sehingga Peringkat Akar Umbi
Ahmad Razif bersama pegawai-pegawai kanan kerajaan ketika menyaksikan siaran langsung pembentangan bajet di Pejabat Dun Seberang Takir, Kuala Netus, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimMenteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman menyifatkan Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak, semalam sebagai menyeluruh sehingga ke peringkat akar umbi dengan mengekalkan projek besar demi kesejahteraan rakyat. Katanya, perkara itu ditegaskan sebagai maklum balas kepada pembentangan bajet yang dilihat turut berupaya meningkatkan sektor ekonomi di negeri ini melalui beberapa projek yang diumumkan. "Meskipun pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada pemimpin nombor satu negara, termasuk negara bakal bankrap, namun beliau dilihat tetap meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan. "Pertama sekali saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada perdana menteri ( Najib) kerana telah berjaya membentangkan bajet yang merangkumi pelbagai aspek serta menyeluruh demi kesejahteraan rakyat, " katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menonton siaran langsung pembentangan bajet di Pejabat Dun Seberang Takir, Kuala Netus, semalam.Menurutnya, Bagi Kerajaan Terengganu, kita percaya dan penuh yakin dalam pembentangan bajet itu, industri dan sektor ekonomi di negeri ini akan terus berkembang pesat. "Ia dapat dilihat melalui projek landasan kereta api bernilai RM55 bilion dari Gombak, Selangor ke Tumpat, Kelantan yang akan melalui jajaran di seluruh daerah bermula di Kemaman. "Keyakinan ini berasas memandangkan dengan adanya laluan yang baharu itu nanti, ditambah dengan laluan Lebuh Raya Pantai Timur ( LPT) 2 yang sedia ada akan meningkatkan lagi pendapatan ekonomi rakyat di negeri ini,"katanya..
21 Oct 16
89
Projek Perumahan Baharu Di Tok Jembal
Kerajaan negeri bakal melaksanakan projek perumahan baharu di kawasan hampir 12 hektar di Tok Jembal, Kuala Nerus dalam masa terdekat bagi memenuhi keperluan pelbagai golongan di situ.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, menerusi projek perumahan di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) itu, sebanyak 300 unit rumah akan dibina dengan peruntukan kira-kira RM75 juta.“Setelah diberi subsidi oleh kerajaan, harga yang ditawarkan untuk rumah mampu milik dengan harga RM68,000 manakala rumah sederhana iaitu rumah teres satu tingkat di bawah RM200,000 dan RM300,000,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada Teganukita selepas menyempurnakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-39 Koperasi Nelayan Kampung Seberang Takir Berhad, di Dewan Sivik Kampung Seberang Takir, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Koperasi Nelayan Kampung Seberang Takir Berhad, Mohamad Ibrahim.Katanya, projek perumahan itu bukan sahaja memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah tetapi turut memberi manfaat kepada semua golongan yang memerlukan kediaman idaman.
21 Oct 16
114
Kaunter Khas Wanita Mungkin Akan Diteruskan-MB
Penerima anugerah bersama replika dan trofi masing-masing sempena Sambutan Hari Wanita peringkat Terengganu, di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Foto oleh Tg Syamim Tg IsmailKerajaan negeri akan mempertimbangkan cadangan orang ramai yang mahukan kaunter khas untuk wanita di tiga jabatan kerajaan diteruskan seperti diperkenalkan selama tiga hari, berakhir hari ini. Pendekatan itu dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara Sempena Hari Wanita dengan membuka kaunter laluan tanpa perlu mengambil nombor giliran.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata dia akui apa yang dilaksanakan oleh tiga jabatan kerajaan itu mendapat pujian banyak pihak, bukan sahaja dapat menghargai wanita malah menjaga hak-hak wanita dalam pelbagai perkara.Katanya, sewajarnya juga sekiranya mengasingkan antara lorong lelaki dan wanita, nampak lebih adil.“Apa yang dicadangkan itu akan dipertimbangkan, sekiranya mendapat persetujuan pelbagai pihak, akan dilaksanakan segera dengan memperluaskannya ke agensi kerajaan negeri,”katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Wanita peringkat Terengganu, di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Isteri Menteri Besar, Halina Zakaria, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud.Ahmad Razif turut memberitahu, Pasar Wanita (Pasarnita) di Kampung Tanjung, Kuala Terengganu akan mula beroperasi dan dirasmikan pada 13 November ini dengan penglibatan seramai 44 usahawan wanita .Katanya, waktu operasi ditetapkan selama tiga hari dalam seminggu, bermula jam 6 petang hingga 12 tengah malam.“Jualan produk sama ada mahu menjual barangan kecantikan, makanan atau pakaian perlu mendapat persetujuan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu,”katanya
20 Oct 16
246