Artikel "Utama" Terkini
Duta Madu Kelulut Walk 2016 Teruskan Misi Rentasi Malaysia
Duta ‘Madu Kelulut Walk 2016’, Sabri Ali, anak jati Kemaman yang berjaya berjalan kaki merentasi beberapa negeri meliputi Sabah dan Sarawak, semalam meneruskan perjalanannya di negeri kelahiran pula, bagi melengkapkan misi sejauh 2,000 kilometer (km) dalam masa 50 hari sempena Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016. Program Kelulut Walk 2016 yang bermula pada 8 Oktober lalu di Taman Botani Negara Shah Alam dan dijadualkan berakhir pada 30 November ini di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS) melibatkan perjalanan Sabri merentasi 14 negeri.Misi berkenaan bagi mempromosi kebaikan penggunaan madu kelulut kepada masyarakat seluruh Malaysia.Pengarah Pertanian Negeri Terengganu, Mohd Nasir Warris berkata, Sabri atau lebih mesra dipanggil Pak Sabri tiba di Pintu Gerbang sempadan Kelantan-Terengganu pada 30 Oktober lalu selepas berjalan sejauh 45 km dari Kawasan Pembangunan Pertanian ( IADA ) Kemasin-Semerak, Kelantan.Katanya, antara kawasan yang dilalui Sabri di Terengganu melibatkan enam daerah iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus, Marang, Dungun dan Kemaman bermula 1 hingga 6 November ini.Mohd Nasir berkata, majlis pelepasan misi itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Putera, Mohd Mahdi Musa di Jeti Kuala Besut, semalam.Turut hadir, Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar.Katanya, Program Kelulut Walk 2016 akan dijadikan sebagai satu platform untuk mempromosikan madu kelulut serta produk hasilan daripada kelulut negeri ini kepada masyarakat setempat dari golongan kanak-kanak hingga dewasa.Menurut Mohd Nasir, misi berjalan kaki secara solo juruteknik itu bakal mencatat sejarah tersendiri apabila akan disenaraikan dalam Malaysia Book of Records sebagai perjalanan (jalan kaki) solo terjauh di negara ini setelah mencapai sasaran 2,000 km merentasi 14 buah negeri.
02 Nov 16
204
Terengganu Buka Pintu Untuk Pelabur China
Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman turut mempelawa pelabur China melabur ke Terengganu.Beliau kini bersama-sama Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd Razak mengadakan lawatan rasmi enam hari ke China, sejak semalam dengan matlamat mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang lama terjalin antara kedua-dua negara. Ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp, beliau amat yakin bahawa dengan suasana ekonomi yang baik dan kestabilan politik akan membawa keinginan dan potensi yang baik kepada pelabur untuk datang ke negeri ini.Katanya, dalam mesyuarat meja bulat bersama pengusaha industri di China hari ini, ramai di kalangan pelabur berkenaan berminat untuk datang melabur ke Malaysia dan peluang itu digunakan untuk menawarkan agar Terengganu tidak ketinggalan menjadi destinasi pilihan mereka.Program itu adalah sebahagian dari aturcara lawatan Perdana Menteri ke China atas jemputan Perdana Menteri China.Turut sama ialah beberapa Menteri Kabinet Malaysia.
01 Nov 16
75
Kerajaan Negeri Agih RM1.85 Juta Untuk Pelajar STPM 2016
Kerajaan negeri menerusi Yayasan Terengganu bakal mengagihkan insentif RM1.85 juta kepada pelajar Tingkatan Enam Atas yang akan menghadapi peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2016 di seluruh Terengganu.Peruntukan RM1,000 seorang itu akan dibayar bermula 3 November hingga 5 November ini di setiap daerah masing-masing.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata, kerajaan negeri berharap bantuan itu mampu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh setiap pelajar untuk menghadapi peperiksaan STPM bermula 7 November ini.“Kerajaan negeri sanggup berbelanja besar untuk memastikan pelajar di negeri ini mendapat bantuan pendidikan yang sewajarnya serta mereka lebih bermotivasi untuk menghadapi peperiksaan nanti,"katanya kepada Teganukita, hari ini.A. Latiff berkata, kerajaan berharap pelajar berkenaan mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang dan membanggakan ibu bapa masing-masing untuk melayakkan mereka menyambung ke peringkat ijazah di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di dalam dan juga luar negara. Tambah beliau, bantuan oleh kerajaan negeri sejak 2008 itu bertujuan meringankan beban pelajar yang tidak menerima sebarang bantuan biasiswa pendidikan ketika di Tingkatan Enam.
01 Nov 16
38
YPKT Peruntuk RM61 juta Biayai 17,800 Peserta PJD
Roslee bersama sebahagian peserta PJD pada Majlis Penyampaian Modal Program Jati Diri, di Dewan Utama YPKT, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah KassimYayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) membiayai 17,800 peserta Program Jati Diri (PJD) dengan kadar pinjaman modal perniagaan kira-kira RM61 juta sejak 1995. Daripada jumlah itu, hanya 48 peserta melibatkan pinjaman hampir RM100,000 dikesan gagal membayar balik atas pelbagai faktor.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud, berkata pada masa kini seramai 4,225 peserta PJD aktif membuat pinjaman.Katanya, kebanyakan peminjam menjalankan perniagaan jualan makanan, kedai runcit, jahitan, penternakan, salun kecantikan, kedai pengantin, jualan langsung dan pertanian.“Mana-mana isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan layak membuat pinjaman sehingga RM20,000 atau bergantung kepada jenis peniagaan yang diusahakan .“Syarat pinjaman cukup mudah iaitu mengutamakan suri rumah dan ibu tunggal. Golongan belia dan kaum lelaki dipertimbangkan jika bersesuaian,” katanya.Menurutnya, syarat lain, peminjam perlu menubuhkan kumpulan yang terdiri empat peserta yang akan berperanan sebagai penyokong, pemerhati dan penasihat.“Kaedah ini (berkumpulan) berjaya mengurangkan risiko kegagalan projek dan juga pembayaran balik pinjaman,”katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Modal Program Jati Diri, di Dewan Utama YPKT, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa.Di majlis itu, seramai 139 peserta PJD menerima modal program PJD yang membabitkan pinjaman lebih RM1 juta.
30 Oct 16
132
Mini Stadium RM5 Juta Di Telemong Bina Tahun Depan
Projek pembinaan mini stadium bernilai RM5 juta di Dataran Kuala Ping, Telemong, Hulu Terengganu bakal dimulakan awal tahun depan.Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, kemudahan sukan untuk kegunaan penduduk negeri ini dan Hulu Terengganu khasnya itu, membabitkan sebuah padang bola dan juga dewan."Berdasarkan perancangan kita, pembinaannya akan bermula tahun depan dan saya amat berharap projek ini berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancang."Kemudahan mini stadium ini kelak, diharapkan dapat menjadi platform untuk golongan belia beriadah dan mengembangkan bakat sekali gus dapat mengelak mereka daripada terlibat dengan gejala yang tidak sihat," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Memasak Bubur As-Syura Perdana Peringkat Daerah Hulu Terengganu di Dataran Kuala Ping, hari ini.Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Telemong yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat.Di majlis itu, sebanyak 100 kawah bubur asyura disediakan penduduk DUN Telemong dan agensi kerajaan di daerah Hulu Terengganu.Program yang bermula jam 8 pagi dan berakhir enam jam kemudian itu, diadakan secara tahunan dalam usaha mengeratkan hubungan antara masyarakat dengan pemimpin setempat dalam DUN Telemong.
29 Oct 16
63
Kementerian Pertanian Lancar Program CSR `Gelombang Tani' Di Jerteh Sabtu Ini
Dato' Sri Ahmad Shabery dijadualkan melancarkan program CSR di Kampung Kayu Kelat, Jerteh, Sabtu ini. Lebih 1,500 peserta dijangka menyertai program gotong-royong Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang akan dilancarkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek,di Kampung (Kg) Kayu Kelat, Jerteh, Sabtu ini.Program yang bertemakan `Gelombang Tani' diperkenalkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memilih jelapang padi Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (IADA KETARA), Besut dan akan diperluaskan ke 12 IADA lain seluruh negara.Pengarah KETARA, Zulkifli Harun berkata, sempena pelancaran program itu Sabtu ini, peserta akan membersih kawasan sawah dan talir air sepanjang lima kilometer yang melibatkan 14 kampung.Katanya, program yang diperkenalkan kementerian terbabit bertujuan menggalakkan pihak swasta dan penanam padi menjaga kebersihan sawah dan talir air yang sebelum ini banyak terbiar sekaligus mengakibatkan saliran air ke sawah terjejas.Beliau berkata, kerajaan mengalami kerugian RM280 juta setahun bagi membiayai kos membersih di kawasan IADA seluruh negara dan satu kerugian besar terhadap kewangan negara.Zulkifli berkata, program gotong-royong itu juga membabitkan penyertaan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K), petani, pemimpin setempat serta kontraktor.Katanya,inisiatif itu juga diharap dapat memupuk semangat kerjasama antara sektor swasta dan petani selainmewujudkan suasana ceria dan bersih di sawah khasnya di kawasan IADA.“Menerusi program CSR membabitkan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), kesemua 23 kementerian terbabit secara langsung menjayakan projek perintis kementerian berkenaan,” katanya.
26 Oct 16
120
SM Imtiaz Marang Dibuka Sesi 2017
Dua pelajar cemerlang yang meraih Anugerah Khas Ulul Albab, Husna Mardhiyyah Mohd Fauzi dan Muhammad Faris Mohamad Rafee, berusia 17 tahun bergambar bersama ibu bapa masing-masing sempena Majlis Graduasi & Anugerah Hafazan Al-Quran SM Imtiaz YT 2016, di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Zulkifli CW PutraSekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Terengganu (YT) Marang bakal beroperasi di bangunan sementara Sekolah Kebangsaan Wakaf Tapai dengan peruntukan RM2 juta, mulai awal tahun hadapan.Seramai 100 pelajar Tingkatan Satu akan memulakan sesi pertama pengajian di situ, sebelum berpindah ke bangunan kekal di kawasan berkeluasan 20 hektar di Kampung Tok Mucung, Marang.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang, berkata kerajaan negeri menerusi YT memperuntukkan perbelanjaan yang besar bagi memastikan sekolah baharu ini dapat beroperasi dengan lancar mulai tahun hadapan.“Jumlah itu melibatkan perbelanjaan kelengkapan sekolah, ubahsuai bangunan, pengambilan guru baharu dan lain-lain lagi.“Dengan pembukaan SM Imtiaz di Marang ini, maka lengkaplah setiap daerah sebuah Imtiaz sepertimana yang telah dijanjikan oleh kerajaan negeri sebelum ini,”katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian bagi mewakili Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman di Majlis Graduasi dan Anugerah Hafazan Al-quran Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu 2016, di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Pengarah YT, Mohamad Sulong.A Latiff berkata, pembukaan Imtiaz Marang itu memberi peluang kepada anak Terengganu melanjutkan pelajaran ke SM Imtiaz dan menampung keperluan pelajar lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2016 yang cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh.Katanya, kerajaan negeri sangat komited untuk memastikan kejayaan anak negeri dalam bidang pendidikan termasuk memantapkan lagi program tahfiz dengan membangunkan Tadika Imtiaz di setiap parlimen.“Pendedahan dari peringkat awal adalah penting bagi melahirkan generasi tahfiz yang mantap. Inisiatif ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri serius dalam menjadikan Terengganu sebagai bumi Ulul Albab.“Pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan menerusi YT bagi memperkayakan lagi pembangunan modal ins,an pelajar-pelajar Sekolah Menengah Imtiaz YT dan memastikan pelajar imtiaz menjadi profesional yang hafiz dapat direalisasikan,” katanya.Tambahnya, kerjasama dengan institusi pengajian tinggi (IPT) yang sedia terjalin akan memberi peluang kepada pelajar imtiaz bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang tertentu, sekali gus berharap lebih banyak kerjasama dengan IPT tempatan dan luar negara dapat dilaksanakan supaya mereka dapat melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.Selain itu, katanya pembangunan program-program yang dapat menjadi nilai tambah kepada kurikulum dan kokurikulum imtiaz perlu terus diterokai demi pembangunan pelajar-pelajar SM Imtiaz YT.Di majlis berkenaan, seramai 365 pelajar cemerlang dari SM Imtiaz seluruh Terengganu yang bakal menamatkan pengajian menerima sijil graduasi masing-masing sebagai mengiktiraf kejayaan mereka.Selain itu, seramai 276 hafiz dan hafizah berjaya khatam 30 juzuk al-Quran serta lulus Ujian Hafazan yang dinilai oleh panel-panel hafazan yang dilantik YT, turut diraikan di majlis berkenaan.
26 Oct 16
1897
Terengganu Sedia 494 Pusat Permindahan Banjir
Wan Nawawi ketika mempengerusi mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT). Foto oleh Zulkifli C.W PutraKerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) menyediakan 494 Pusat Pemindahan Banjir di Terengganu yang mampu menempatkan 133,729 mangsa.Kemudahan itu akan dibuka dan boleh digunakan mangsa banjir pada bila-bila masa sekiranya bencana banjir berlaku di kawasan yang sudah dikenalpasti. Daripada jumlah itu, sebanyak 132 pusat adalah di Besut, Kemaman (80), Hulu Terengganu (87), Dungun (63), Kuala Terengganu (41), Setiu (35) dan Marang (53).Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga pengerusi JPBNT, Dato’ Wan Nawawi Wan ismail berkata pihaknya kini giat melakukan pelbagai persiapan dengan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi untuk menghadapi banjir dan mengenal pasti 160 pangkalan hadapan untuk menyimpan bekalan.Katanya, Jabatan Kebajkan Masyarakat pula akan mula menghantar bekalan makanan awal bulan hadapan.“Kita telah mengenal pasti pusat pemindahan yang akan dijadikan penempatan mangsa banjir dan turut mengadakan taklimat untuk petugas-petugas selain mengadakan program kesedaran bencana untuk komuniti,” katanya.Beliau berkata demikian pada Sidang Media Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana (Banjir) di Bilik Gerakan Banjir Negeri, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, petang ini.Menurutnya, kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM2 juta pada setiap tahun bagi tujuan itu, nilai yang sama turut diagih pada tahun ini dan berkemungkinan akan ditambah sekiranya berlaku banjir dalam tempoh lama.“Peruntukan yang diagihkan itu akan disalurkan kepada pihak berkaitan untuk menyediakan pelbagai barangan keperluan mangsa bangjir, termasuk perubatan, makanan dan pelbagai kelengkapan di pusat pemindahan,”katanya
26 Oct 16
74
T-Team Naib Juara Piala Presiden
T-Team hanya mampu bergelar naib juara Piala Presiden apabila tewas 0-2 kepada Kelantan dalam saingan akhir kedua yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.Kekalahan T-Team dengan agregat 1-3, menghadiahkan kejuaraan buat Kelantan sekaligus mempertahankan piala itu buat kali kedua berturut-turut. Ketua jurulatih T-Team, Mohd Nafuzi Mahammad Zain berkata, walaupun tewas dalam perlawanan akhir itu, prestasi anak didiknya sepanjang musim ini suatu yang masih boleh dibanggakan.“Dari awal musim sehingga sekarang, pemain-pemain ini menunjukkan mutu permainan yang hebat dan membuktikan mampu ke peringkat akhir walaupun pada awalnya kami hanya mensasarkan ke peringkat suku akhir sahaja.“Mereka bermula dari bawah, tiada siapa sangka pasukan kami mampu ke peringkat akhir dan ini merupakan suatu pencapaian yang besar untuk pasukan serta pemain itu sendiri,” katanya.Tambahnya, dalam perlawanan akhir malam tadi, T-Team banyak melakukan kesilapan sekaligus membuka ruang kepada pasukan Kelantan untuk mencipta kemenangan.“Perlawanan akhir menyaksikan pasukan yang melakukan kesilapan akan dihukum. Kita banyak melakukan kesilapan dan akhirnya dihukum.“Tetapi dari segi persembahan pemain-pemain ini, saya sangat berpuas hati. Mereka inilah merupakan pemain di masa hadapan untuk pasukan Terengganu,” katanya.Dalam aksi malam tadi, walaupun masing-masing berbalas serangan, namun kesilapan yang dilakukan tuan rumah, memberi peluang pasukan pelawat mencipta jaringan pertama pada minit ke-40 menerusi rembatan Muhamad Raihan Mohd Huzaiz.Pada minit ke-81, Kelantan terus menambah lara T-Team apabila Muhammad Danial Ashraf Abdullah menambah jaringan buat pasukannya menerusi gerakan solo.Selaku naib juara Piala Presiden, T-Team meraih RM100,000 manakala Kelantan membawa pulang piala pusingan berserta wang tunai berjumlah RM150,000.Hadiah tersebut disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat.
25 Oct 16
36
Azizulhasni Terima Ganjaran Pangsapuri, Wang Tunai RM10 Ribu
Sultan Terengganu berkenan menyampaikan ganjaran kepada Mohd Azizulhasni pada Majlis Minum Petang Bersama Penggiat-Penggiat Sukan, Penaja Sukan dan Wakil Olimpik di Hotel Primula, Kuala Terengganu, petang semalam. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailKerajaan negeri menyerahkan ganjaran berupa pangsapuri bernilai RM250,000 dan wangtunai RM10,000 kepada pelumba basikal, Mohd Azizulhasni Awang berikutan kejayaan memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Rio, baru-baru ini.Selain Azizulhasni, lapan pemain hoki Terengganu dan pendaki Gunung Everest, Fairul Adib Mohamad Yusof masing-masing menerima satu lot kediaman.Kerajaan negeri turut memperuntukkan wang tunai RM10,000 seorang kepada tiga atlet olimpik, iaitu Fatehah Mustafa (atlet berbasikal), Khairul Anuar Mohammad (memanah), Mohd Hafifi Mansor (angkat berat) dan atlet paralimpik acara ping pong, Mohammad Azwar Bakar.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan sumbangan itu kepada semua penerima pada Majlis Minum Petang Bersama Penggiat-Penggiat Sukan, Penaja Sukan dan Wakil Olimpik di Hotel Primula, Kuala Terengganu, petang semalam.Hadir mengiringi baginda, Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman, Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan barisan Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.Ahmad Razif memberitahu, kerajaan negeri juga bersetuju melantik Mohd Azizulhasni dan Fatehah sebagai duta Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017. Katanya, pelantikan mereka membolehkan nama Terengganu terus dikenali di seluruh negara melalui kejohanan-kejohanan berbasikal yang bakal disertai dengan mengenakan jersi yang mempunyai logo Beautiful Terengganu.“Pada masa yang sama, kita bersetuju untuk melaksanakan Program 'Road To Olympic Tokyo 2020’ bersama atlet yang sedang dikenalpasti Majlis Sukan Negeri Terengganu,”katanya .
25 Oct 16
100