Artikel "Utama" Terkini
PEMBENTANGAN BAJET NEGERI TERENGGANU 2017
PEMBENTANGAN BAJET NEGERI TERENGGANU 2017 OLEH YAB HJ AHMAD RAZIF ABD. RAHMAN MENTERI BESAR TERENGGANU DI DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU, WISMA DARUL IMAN PADA 21 NOVEMBER 2016 JAM 11.00 PAGI
21 Nov 16
94
SIDANG DUN: 14,225 Unit Program Perumahan Rakyat (PPR) Siap Dibina
Kerajaan negeri menjangkakan lebih 22,000 unit Program Perumahan Rakyat (PPR) di Terengganu dapat disiapkan menjelang akhir 2018.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sehingga kini, sebanyak 14,225 unit PPR sudah siap dan diduduki pemilik rumah.“Manakala 6,700 unit rumah dijangka siap menjelang akhir tahun depan dan selebihnya iaitu sejumlah 1,400 unit rumah lagi, dijangka siap akhir 2018.“Apa yang dilaksanakan ini merupakan kejayaan dan hasil terbaik seperti dalam perancangan Bajet Negeri 2016,” katanya ketika menjawab soalan Dato’ Sabri Mohd Nor (BN-Langkap), pada Persidangan Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya, kejayaan lain yang direkodkan kerajaan termasuk pengagihan bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada 100,000 pelajar berkelayakan yang melibatkan peruntukan RM10 juta.“Manakala RM50 juta disediakan untuk 200,000 penerima Dana Bantuan Raya dan Dana Bakti Remaja (RM22 juta kepada 100,000 penerima) dan mewujudkan Pejabat Tabung Darul Iman yang mampu memberi manfaat kepada ribuan pesakit,”katanya.Dato’ Sabri Mohd Nor (BN-Langkap)Menurutnya, sempena kempen Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017, pada awal tahun ini, kerajaan negeri memperkasakan pelbagai produk Terengganu, termasuk T-Kitchen, T-Cafe, T-Lekor dan T-Mart.“Melalui projek T-Mart yang mempromosikan pelbagai produk Industri Kecil Sederhana (IKS), berjaya menebusi pasaran luar Terengganu.“Lebih membanggakan, produk keropok lekor dan nasi dagang sejuk beku kini laris di pasaran Singapura dan Kota London,” katanya.Katanya, pengusaha restoran di negara itu, kerap kali menempah kedua-dua produk itu dalam kuantiti yang banyak. “Melihat perkembangan positif itu, saya bercadang mahu kembangkan pasaran produk sama ke Mekah dan Jeddah pada masa akan datang,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Dato’ Sabri.
20 Nov 16
50
Penyokong Pas Akur Tolak Himpunan Bersih 5
Penyokong dan ahli Pas akur dengan keputusan kepimpinan parti itu apabila tidak menyertai perhimpunan Bersih 5, Sabtu lalu.Presidennya, Dato Seri Abdul Hadi Awang, berkata parti itu sebelum ini membuat keputusan untuk tidak terlibat dengan aktiviti berkenaan yang jelas menyalahi perundangan serta mengganggu ketenteraman awam."Kita melihat di sana (perimpunan Bersih 5 ) tiada suatu kawalan yang baik untuk mematuhi ketenteraman awam."Di mana keamanan ini hak kepada semua. Kita perlu melalui proses demokrasi menerusi pilihan raya...bukan tidak boleh demonstrasi tetapi perlu menerapkan adab yang baik. Kita tidak mahu berlaku pertembungan yang merugikan rakyat dan orang awam dan bukannya matlamat protes yang kita tujukan itu..ini sangat penting dan perlu diawasi,"katanya.Beliau mengulas demikian ketika ditanya mengenai prinsip parti itu terhadap perhimpunan Bersih 5 yang lalu.Abdul Hadi ditemui ketika sesi rehat sebelum pembentangan Bajet 2017 oleh Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman di Persidangan Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini.Tambah beliau, semua rakyat negara ini tanpa mengira penyokong mana-mana parti perlu melalui sistem pilihan raya untuk menyatakan hak mereka dan bukan melakukan demonstrasi di jalanan yang menjejaskan ketenteraman awam.Pada prinsipya Pas menyokong matlamat asal tuntutan Bersih, namun Bersih 5 kini bermotifkan matlamat lain yang Pas merasakan ianya tidak lagi selari dengan pendekatan Pas kini.Bersih 5 dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), bermula dengan konvoi himpunan itu sejak 1 Oktober lalu.
20 Nov 16
64
Bajet 2017 : Terengganu Umum Bajet RM1.867 Bilion
Ahmad Razif menunjukkan Buku Bajet 2017 yang dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim dan Tg Syamim Tg IsmailKerajaan negeri mengumumkan peruntukan RM1.867 bilion untuk Bajet 2017 yang bertemakan 'Bersama Melangkah Ke Hadapan'.Dasar pengurusan bajet direkodkan mengalami defisit sebanyak 10 peratus, berbanding anggaran hasil sebanyak RM1.697 bilion.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, melalui angka-angka ini, kerajaan mencadangkan sejumlah RM1.867 bilion untuk Perbelanjaan Mengurus, RM739.70 juta untuk Pembangunan dan RM2.97 juta untuk Kumpulan Wang Bekalan Air."Di bawah Perbelanjaan Mengurus, sebanyak RM85 juta diperuntukkan bagi Perbelanjaan Tanggungan sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang dan sejumlah RM1.782 bilion untuk Perbelanjaan Bekalan."Manakala Perbelanjaan Bekalan pula, sebanyak RM1.272 bilion diperuntukkan untuk Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap, RM287.9 juta untuk Perbelanjaan Emolumen, RM192.24 juta untuk Perkhidmatan dan Bekalan, RM28.24 juta untuk Aset dan RM1.16 juta untuk Lain- lain Perbelanjaan,"katanya.Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2017 di Persidangan Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini.Ahmad Razif berkata, di bawah komponen Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap, sejumlah RM540 juta akan dicarumkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan bagi melaksanakan Projek-Projek Pembangunan, RM200 juta bagi pemberian kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun serta RM118 juta bagi pemberian kepada Pelbagai Agensi dan Kumpulan Wang.Lain- lain menerusi komponen yang sama, sebanyak RM57.86 juta bagi bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan RM304.24 juta lagi bagi pelbagai program di bawah kawalan Pejabat Setiausaha Kerajaan Vot B32- Pelbagai Perkhidmatan."Dari segi agihan mengikut Sektor Pembangunan, 63 peratus atau sebanyak RM466.9 juta telah diperuntukkan untuk Pembangunan Sosial, merangkumi lima sektor iaitu Pendidikan, Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pembangunan Bandar dan Luar Bandar, Sukan dan Perumahan."Sementara 27 peratus atau RM197.18 juta lagi disediakan bagi tujuan Pentadbiran, merangkumi empat sektor iaitu Teknologi Maklumat (ICT), Pentadbiran Am, Projek Khas dan Projek Penting Luar Jangka dan 10 peratus atau RM77.61 juta pula untuk Ekonomi, merangkumi tiga sektor iaitu Pertanian, Pelancongan dan Industri termasuk IKS," katanya.
20 Nov 16
250
3,456 Penerima Nikmati Manfaat Tabung Darul Iman Dari Februari Hingga Oktober
Kerajaan negeri membelanjakan hampir RM5.4 juta kepada 3,456 penerima menerusi Tabung Darul Iman (TDI) sejak Februari hingga Oktober lalu.Daripada jumlah ini, sebanyak RM2.6 juta untuk kegunaan bantuan sara diri tahunan, RM1.2 juta untuk bantuan perubatan, RM1.3 juta bantuan bencana alam serta RM171,000 lagi untuk bantuan susu dan lampin pakai buang.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata sebanyak 4,000 permohonan lagi sedang diproses dan menunggu kelulusan segera. "Permohonan daripada mereka yang datang dari pelbagai latar belakang ini akan meningkat setiap tahun. Namun, apa yang pasti, setiap wajah ini akan tersenyum, bahkan ada yang menangis terharu apabila diberi bantuan."Oleh yang demikian, kerajaan negeri akan meneruskan agenda menjaga kebajikan rakyat melalui peruntukan tahunan Tabung Darul Iman. Tetapi Kerajaan juga percaya, ramai di kalangan rakyat yang berkemampuan, turut ingin menderma dan bersedekah sebagai amal jariah mereka di samping mengharap balasan syurga semata-mata,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kempen `Seikhlas Kasih Sejuta Harapan', di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud.Ahmad Razif berkata, untuk hari permulaan kempen itu, kerajaan negeri berjaya mengumpul sumbangan berjumlah RM2.5 juta daripada 11 anak syarikat kerajaan negeri termasuk Terengganu Incorporated Sdn Bhd (RM1 juta), Kumpulan Permodalan Terengganu Berhad (RM500,000), Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (RM300,000), Ladang rakyat Trengganu Sdn Bhd (RM300,000) dan TDM Berhad (RM250,000).Beliau sebelum itu mengumumkan pemotongan akaun gaji beliau berjumlah RM1,000 sebulan untuk disumbangkan kepada TDI.Katanya, beliau selaku pemimpin negeri mengajak dan mengalu-alukan lebih ramai rakyat Terengganu, khususnya kepada penjawat awam negeri untuk berkongsi kesusahan dengan mereka yang berdepan musibah. Selain itu, sehingga Oktober 2016, kerajaan negeri mengumpul sebanyak RM7,654 hasil sumbangan orang ramai, khasnya daripada penjawat awam. Tambahnya, beliau percaya, jumlah itu boleh ditingkatkan lagi berdasarkan kesedaran dan komitmen semua pihak yang sentiasa prihatin dan bertanggungjawab sesama insan yang memerlukan.Sehubungan itu juga, kerajaan negeri mengagihkan borang pemotongan gaji kepada penjawat awam yang berminat untuk menderma secara tetap."Bagi yang tidak berminat untuk membuat pemotongan gaji, bolehlah menderma secara terus ke akaun Maybank Tabung Darul Iman yang maklumatnya akan kita hebahkan."Diharap sumbangan yang anda beri sedikit sebanyak dapat membantu penerima bantuan. Biarlah sedikit asalkan ianya ikhlas, biarlah memberi jangan kita mengharap balas," katanya. Beliau berkata, kerajaan negeri turut bercadang mewujudkan satu program yang dipanggil Terus Tukar Baucer (TTB) dengan memberi baucer kepada penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) bagi mereka mendapatkan barangan asas dengan potongan harga di pasaraya - pasaraya yang terlibat dalam program ini. Menurut beliau lagi, diharap program ini dapat dilaksanakan sebagai satu cara untuk meringankan beban yang terpaksa ditanggung rakyat ekoran kos harga barang yang meningkat.
20 Nov 16
242
Hentikan Amalan Keluarkan Amaran Pentadbiran - KSN
Semua ketua jabatan diminta menghentikan amalan mengeluarkan amaran pentadbiran kepada kakitangan yang mempunyai masalah displin berikutan tidak memberi sebarang implikasi kepada penjawat awam.Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, mengikut pekeliling hukuman tatatertib adalah bermula dari diberi amaran sehingga tindakan buang kerja tetapi tidak ada amaran pentadbiran. “Amaran secara pentadbiran bukan hukuman. Tetapi jika dikeluarkan amaran pula, seseorang penjawat awam itu tidak dapat kenaikan gaji serta peluang kenaikan pangkat untuk tempoh setahun. “Sebenarnya, amaran secara pentadbiran sebelum ini banyak digunapakai oleh pegawai terhadap kakitangan bawahannya supaya dianggap ketua yang baik.“Hakikatnya dalam peraturan tatatertib tidak ada amaran secara pentadbiran tetapi perkara itu telah menjadi amalan di kalangan penjawat awam,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam Negeri Terengganu Bersama Ketua Setiausaha Negara di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Dato’ Azih Muda dan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Dato’ Mohtar Mohd Abd Rahman.Sementara itu Ali berkata, beliau yakin majoriti penjawat awam menjalankan tugas dengan amanah, jujur dan berintegriti.Menurut beliau, jumlah penjawat awam yang terbabit dengan kes rasuah contohnya semakin berkurangan daripada hampir 200 orang pada tahun 2013 kepada 120 orang pada 2015. “Terdapat peribahasa Melayu, ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’. Dalam konteks yang berlaku sekarang, saya ingin menegaskan bahawa saya tidak percaya bahawa majoriti penjawat awam menyokong tindakan penyelewengan mereka (penjawat awam) yang disiasat.“Hanya disebabkan tindakan segelintir penjawat awam yang bertindak di luar batas undang-undang, ia tidak membawa maksud seluruh penjawat awam berkelakukan sedemikian.Dalam perkembangan lain, beliau juga meminta penjawat awam di semua peringkat mengamalkan konsep ‘multitasking’ dalam menjalankan tugas seharian.
20 Nov 16
93
KSN Lawat Pejabat MB, UTC Sempena Lawatan Sehari
Dr. Mohd Ali Hamsa ketika melawat Jabatan Imigresen di UTC Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Dr Mohd Ali Hamsa meluangkan masa kira-kira setengah jam bagi bertemu dan minum pagi bersama Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman di Wisma Darul Iman, hari ini.Sejurus pertemuan bersama pemimpin tertinggi negeri sempena lawatan sehari ke Terengganu itu, beliau kemudiannya ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) Terengganu, bagi melihat sendiri perkhidmatan agensi-agensi persekutuan dan negeri yang tersedia di Paya Bunga Square berkenaan.Turut serta bersama rombongan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Pegawai Kewangan Negeri, Dato' A. Rahim Jusoh, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Dato' A. Rahman Yahya dan ketua-ketua jabatan lain.Antara perkhidmatan agensi persekutuan seperti Jabatan Imigresen, Klinik 1Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan serta kaunter agensi kerajaan negeri seperti Yayasan Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).Berdasarkan rekod, UTC Terengganu memulakan operasinya pada 27 Jun lalu melibatkan 30 agensi termasuk agensi persekutuan, negeri serta swasta.Sehingga Oktober, UTC mencatatkan pengunjung seramai lebih 180,000 orang, dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merekodkan bilangan pengunjung paling ramai iaitu lebih 47,000 orang. Selesai lawatan ke UTC, Mohd Ali kemudiannya meneruskan program beliau untuk merasmikan Majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam di Dewan Besar, Wisma Darul Iman.Majlis perhimpunan itu dihadiri kira-kira 5,000 pejawat awam Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.
19 Nov 16
84
2,806 Graduan Dirai Dalam Majlis Konvokesyen UMT
Sultanah Nur Zahirah berkenan mengurniakan ijazah kepada graduan pada Majlis Konvokesyen UMT, semalamSeramai 2,806 graduan dirai dalam enam sidang Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang diadakan secara berasingan mengikut pusat pengajian masing-masing di universiti itu, Kuala Nerus, bermula semalam.Majlis itu berlangsung selama tiga hari, berakhir 21 November ini.Berdasarkan jumlah itu, 32 graduan dianugerahkan doktor falsafah, 133 graduan sarjana, 2,396 graduan sarjana muda dan seramai 245 graduan bakal menerima diploma.Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah selaku Canselor UMT berkenan berangkat ke UMT bagi mengurniakan ijazah-ijazah kepada graduan pada hari pertama majlis konvokesyen.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin turut berkenan mencemar duli menyaksikan majlis konvokesyen itu.Hadir sama, Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri Halina Zakaria dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong.Tetamu kehormat lain, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Naib Canselor UMT Prof Datuk Dr Aieni Mokhtar.Pada majlis sama, UMT menganugerahkan Anugerah Ijazah Kehormat kepada tiga sarjana atas jasa dan bakti mereka kepada Malaysia dan negara serantau iaitu penerima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor.Dua penerima lain, Datuk Pahlawan Mohd Rasip Hassan dan Profesor Dr Ir Widi Agoes Pratikto dari Indonesia masing-masing menerima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains.Pelbagai pengisian dan aktiviti menarik diadakan sepanjang majlis konvokesyen yang diadakan selama tiga hari, berakhir 21 November ini.Antaranya gerai jualan, pameran kesihatan dan pelbagai pertandingan melibatkan pelajar dan graduan.
19 Nov 16
160
Sultan Mizan Berangkat Ke Majlis Santapan Malam Sempena Majlis Konvokesyen UMT Ke-14
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam Sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Ke-14 di TH Hotel, malam tadi.Turut berangkat,Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.Keberangkatan baginda berdua diiringi Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, Halina Zakaria; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh; Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Naib Canselor UMT, Profesor Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar.Pada majlis yang sama , Tuanku Mizan turut berkenan menganugerahkan Anugerah Kerusi Sultan Mizan kepada Profesor Emeritus Dr. Parrick Sorgeloos atas kejayaannya dalam bidang akuakultur.Dalam majlis itu juga, Sultanah Nur Zahirah berkenan merasmikan Majlis Pelancaran Buku ‘Tan Sri Samsudin Osman: Demi Perkhidmatan Awam dan Negara Kerana-Nya Jua’.
18 Nov 16
129
Sultan Mizan Berkenan Rasmi Makmal Tisu Didik Tropbio Research Sdn Bhd
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Makmal Tisu Didik Tropbio Research Sdn.Bhd, Kompleks Pertanian Negeri, Ajil, Hulu Terengganu, hari ini.Mengiringi baginda, Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik, barisan exco kerajaan negeri dan pegawai-pegawai kerajaan.Sementara itu, Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri yakin TropBio Research Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri dan Jabatan Perhutanan Negeri dapat mengurus fasiliti makmal tisu didik serta berupaya untuk menghasilkan benih berkualiti tinggi bagi memenuhi pasaran domestik mahupun luar negara.Katanya, pihaknya menerima cadangan dan bersetuju untuk menjenamakan semula tapak Terengganu Agrobiotech Center ini di dalam Kompleks Pertanian Negeri Terengganu, Ajil.Menurut Ahmad Razif, Terengganu Agrobiotech Center berpotensi dijadikan sebagai menjadi ‘Hub Agro-Bioteknologi & Penyelidikan Wilayah Timur’ di mana memberi fokus kepada pengeluaran benih tisu kultur produk tanaman, pusat penyelidikan agrobioteknologi, tapak pameran produk tanaman tisu kultur, pusat jualan benih tanaman dan bunga hiasan berkualiti tinggi."Lebih-lebih lagi dengan kedudukan kawasan Kompleks Pertanian Negeri, Ajil yang strategik dan berdekatan dengan jaringan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) ini bakal merancakkan kembali aktiviti sektor pertanian di negeri Terengganu,"katanya lagi.Untuk itu, Program Transformasi Ekonomi Terengganu (TETP) diperkenalkan dan diuruskan menerusi Majlis Ekonomi Negeri Terengganu (MEN-T) bagi merealisasikan usaha untuk meluaskan fokus kepada sektor baru antaranya bioteknologi, pertanian secara besaran dan infrastruktur komunikasi, serta teknologi baru.Menurutnya lagi, TropBio Research Sdn Bhd juga berminat untuk mengusahakan tanah-tanah terbiar di Terengganu dan mempelawa petani-petani untuk bersama-sama mengusahakan tanah-tanah tersebut secara usahasama atau ladang kontrak.
17 Nov 16
901