Artikel "Utama" Terkini
Sidang DUN: Pembinaan Dua Jambatan Mampu Atasi Kesesakan
Masalah kesesakan trafik dijangka dapat diatasi apabila siapnya jambatan yang menghubungkan Sungai Terengganu-Pulau Sekati dan Kampung Jeram Tok Kong-Bukit Gemuruh, masing-masing pada April dan November tahun depan.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Teknologi Hijau Negeri, Ir Rosli Othman berkata, bagi penyelesaian jangka pendek, kerajaan negeri menubuhkan pasukan khas dalam menguruskan masalah trafik terutama pada musim perayaan, cuti- cuti panjang dan juga pada waktu-waktu puncak.Katanya, pasukan itu akan beroperasi apabila keadaan trafik di jalan utama di negeri ini berlaku kesesakan teruk. “Manakala bagi penyelesaian jangka panjang, kerajaan negeri dalam proses menyiapkan projek Jambatan di atas Sungai Terengganu - Pulau Sekati dan projek Jambatan Kampung Jeram Tok Kong- Bukit Guntong, Gemuruh.“Pada masa sama , kerajaan juga merancang untuk menaik taraf jalan dari Pulau Rusa –menghala Batu Enam dari dua lorong ketika ini kepada empat lorong,” katanya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd Abdul Wahid Endut (Pas-Wakaf Mempelam) pada hari ketiga, Persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini.Menurutnya, bagi kerja menaiktaraf jalan Pulau Rusa ke Batu Enam, pihaknya sudah mengangkat cadangan itu untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).“JKR Terengganu ada menghantar permohonan supaya projek ini dapat dilaksanakan tahun depan," katanya.
23 Nov 16
29
Sidang DUN: Jajaran SPEG Halang Gajah Liar Musnahkan Tanaman Penduduk
Kerajaan negeri membina dua jajaran Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) di Setiu sebagai langkah jangka panjang untuk menghalang gajah liar memusnahkan tanaman penduduk setempat.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Asas Tani, Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof, berkata jajaran pembinaan SPEG sepanjang 34 kilometer (km) di Kampung (Kg) Pelong itu siap dan digunakan sejak 2013.Manakala pembinaan SPEG di Kg Payung sehingga Chalok Barat sepanjang 2.5 km bagi fasa pertama dan 7 km (fasa kedua) pula diguna pakai pada 2014.“Kos keseluruhan bagi projek di bawah penyelenggaran Jabatan Perhilitan Negeri Terengganu itu hampir RM 2.7 juta.“Manakala sebanyak RM200,000 lagi diperuntukkan pada setiap tahun bagi kos penyelenggaraan SPEG,” katanya ketika menjawab soalan Dato’ Sabri Mohd Nor (BN-Langkap) pada hari ketiga, Persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini.Bagaimanapun, menurut beliau, apa yang dikesalkan terdapat segelintir pihak tidak bertanggungjawab bertindak mencuri dawai dan kompenan SPEG sehingga mengakibatkan bacaan voltan pagar itu berkurangan.“Ada juga penduduk terlupa menutup dan sengaja membiarkan pagar SPEG terbuka dan mengakibatkan gajah memusnahkan tanaman penduduk pada waktu malam.“Bagaimanapun kerjasama penduduk setempat untuk bersama-sama penguatkuasa JPNT mengawal kawasan tetap diperlukan bagi mengelakkan kecurian dan pecerobohan gajah liar,” katanya.Muhamad Pehimi berkata, sepanjang tempoh lima tahun bermula 2011 sejumlah lapan ekor gajah liar berjaya ditangkap menggunakan teknik tembak halau dan dipindahkan ke habitat asal di Taman Negara Terengganu.Tambahnya, terdapat 30 gajah liar dikesan sering menganggu tanaman penduduk di Setiu melibatkan 16 ekor di Kg Pelong dan Kg Gerdong, manakala 14 ekor di Kg Payung dan Kg Chalok Barat.Menurutnya, populasi gajah liar di Terengganu dianggarkan berjumlah antara 400 hingga 450 ekor.
22 Nov 16
73
5,000 Peminat Sukan Permotoran Bakal Berkampung Di Pulau Warisan 25 Hingga 27 November Ini
Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman (tengah) turut memberi sokongan penganjuran Terengganu International Bike Meet bersama Tengku Zaihan (kanan) dan Sharif sambil menunjukkan risalah program selepas sidang media di U2, Wisma Darul Iman, hari ini.Terengganu International Bike Meet (TIBM) 2016 bakal menghimpunkan 5,000 peminat sukan permotoran daripada beberapa buah negara jiran, di Pulau Warisan Kuala Terengganu, sepanjang tiga hari bermula 25 November ini.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan II, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman berkata, program anjuran Kerajaan Negeri melalui sekretariat Beautiful Terengganu dan diseleraskan oleh Terengganu Riders Group tersebut turut melibatkan peserta dari Indonesia, Thailand, Brunei serta Singapura.Katanya, program yang akan diadakan tersebut bakal dijadikan sebagai platform untuk mempromosikan Visit Beautiful Terengganu 2017 selain menghimpunkan peminat-peminat permotoran.“Kita di pihak Kerajaan Negeri menganggarkan impak yang positif hasil daripada program TIBM 2016 ini dengan mensasarkan lebih 15,000 pengunjung bakal hadir dan memenuhi Pulau Warisan pada 25 hingga 27 November ini.“Kerajaan negeri juga berharap agar program ini dapat mempromosikan lokasi-lokasi yang menarik di Terengganu serta makanan-makanan yang menjadi daya tarikan kepada pengunjung sama ada dari dalam atau luar negara,” katanya.Beliau ditemui pemberita pada sidang media TIBM 2016 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengurus Promosi Sekretariat Beautiful Terengganu, Ahmad Fathil Abd Ghani, Penyelaras Acara TIBM 2016, Muhammad Sharif Majhardeen.Tengku Zaihan berkata, sehingga hari ini, seramai 3,800 peserta telah mendaftarkan diri bagi menyertai TIBM tersebut.Katanya, daripada jumlah yang telah disasarkan, dianggarkan hampir 70 peratus daripadanya merupakan peserta daripada luar negara.Tambahnya, peserta-peserta yang bakal melibatkan diri dalam TIBM akan menjadi duta kecil kepada Terengganu dalam mempromosikan destinasi-destinasi menarik di negeri ini.TIBM 2016 bakal dirasmikan oleh Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman pada 26 November ini pada pukul 8.30 malam di Pulau Warisan, Kuala Terengganu.Pelbagai acara menarik bakal disajikan kepada pengunjung antaranya persembahan daripada artis tersohor tanah air iaitu Amy Search, pertunjukan pocket bike, skill riding dan pelbagai lagi.
22 Nov 16
117
SIARAN LANGSUNG : SIDANG DUN TERENGGANU PADA 23.11.2016
PERSIDANGAN DUN TERENGGANU DI DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU, WISMA DARUL IMAN
22 Nov 16
1043
Sidang DUN : Graduan Perlu Rebut Peluang Ceburi Industri Pelancongan
Penduduk Terengganu terutama graduan diminta mengambil peluang untuk terlibat secara langsung dalam industri pelancongan negeri khususnya menjadi pemandu pelancong supaya dapat menjana pendapatan, kata Mohd. Iskandar Jaafar (BN-Jabi).Katanya, kedatangan pelancong ke Terengganu saban tahun sentiasa meningkat apabila mencatatkan kira-kira 4.7 juta orang tahun lalu berbanding hanya 4.5 juta orang pada (2014) dan 4.03 juta (2013)."Daripada jumlah kedatangan pelancong yang begitu ramai sehingga melebihi berkali ganda daripada keseluruhan penduduk Terengganu, sepatutnya rakyat Terengganu terlibat secara langsung dengan sektor pelancongan. Bukan hanya terhad pelabur dan pemain industri sahaja."Satu bidang yang belum diterokai secara sepenuhnya oleh rakyat Terengganu adalah pemandu pelancong. Berdasarkan statistik yang kita ada, daripada 4,0731,000 pelancong (tahun lalu), hampir sejuta pelancong luar negara, bagaimanapun setakat hari ini Terengganu hanya memiliki 74 pemandu pelancong. Bayangkan kalau kita dapat melatih rakyat kita terutama lepasan universiti maka secara tidak langsung kita boleh menyediakan peluang pekerjaan antara 5,000 hingga 7,000 buat mereka,"katanya ketika sesi perbahasan di hari kedua, Persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini.Tambah beliau, peluang itu sepatutnya menarik penglibatan seluruh rakyat bagi meningkatkan pendapatan menerusi sektor itu memandangkan ramai graduan yang masih mencari pekerjaan dan menganggur.
22 Nov 16
63
Sidang DUN : Belanja RM400,000 Untuk Tambahbaik Kelas Maya, I-Class
Kerajaan negeri memperuntukan RM400,000 bagi tujuan penambahbaikan kelas maya dan penambahan i-Class pada tahun hadapan.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sains, Teknologi dan Transfomasi Negeri, A. Latif Awang berkata, sehingga kini terdapat 116 buah sekolah yang mempunyai kelas maya dan 17 sekolah yang melaksanakan i-Class di Terengganu.“Insya-Allah pada 2017, kita akan tambah antara 10 atau 15 buah lagi i-Class dan juga ‘upgrade’ kelas-kelas maya yang sedia ada. “Kerajaan negeri sudah mempunyai peruntukan berjumlah RM400,000 untuk menyediakan keperluan tersebut di mana-mana Dun dan sekolah terpilih,” katanya.Beliau yang juga wakil BN-Pengkalan Berangan berkata demikian ketika menjawab soalan lisan wakil Pas-Alor Limbat, Ariffin Deraman berhubung jumlah terkini kelas maya dan i-Class di Terengganu di hari kedua, Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu, hari ini.Untuk rekod, Kerajaan Terengganu menghentikan pemberian komputer riba buku elektronik (e-Book) kepada murid mulai tahun lalu dan digantikan dengan sistem i-Class yang dilengkapi sistem komputer dan kemudahan internet lebih efisien.
22 Nov 16
41
Sidang DUN : Enam Projek Cegah Hakisan RM681 Juta Dalam RMK-11
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri, Ir Rosli Othman memberitahu hasil kajian mengenai ancaman hakisan negara oleh ‘National Coastal Erosion Study’ mengenalpasti enam lokasi berisiko mengalami hakisan di sepanjang perairan Terengganu.Katanya, bagi mencegah kejadian itu, enam projek pemuliharaan akan dilaksanakan melalui Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) melibatkan peruntukan keseluruhan kira-kira RM681 juta.“Enam projek itu ialah pemuliharaan muara di tiga sungai iaitu Sungai Paka di Dungun (RM150 juta), muara Sungai Merchang di Marang (RM43 juta), muara Sungai Setiu (RM150 juta) dan projek naik taraf ban pantai lagun di Gong Batu dekat Setiu (RM10 juta).“Selain itu ialah projek mencegah hakisan di pantai Tok Jembal fasa dua di Kuala Nerus sebanyak RM89.5 juta dan projek pemuliharaan sambungan fasa pertama dan fasa kedua di Sungai Besut sebanyak RM238.5 juta,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Bazlan Abdul Rahman (BN-Batu Rakit) mengenai persediaan kerajaan dalam berdepan ancaman hakisan pantai pada masa akan datang. Menurut beliau, kerajaan negeri juga telah menyalurkan peruntukan kira-kira RM 6.6 juta sejak 2013 untuk mengatasi masalah hakisan di sepanjang perairan pantai negeri ini. Rosli yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemasik berkata, hasil lawatan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato’ Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada awal tahun lalu, telah meluluskan peruntukan kecemasan sebanyak RM16 juta bagi melaksanakan enam projek mencegah hakisan pantai di negeri ini.“Antaranya pantai Tanjung Gelam, Kuala Nerus dengan kos sebanyak RM3.9 juta; Pantai Rusila, Marang (RM3.1 juta); Pantai Kemasik, Kemaman (RM2.6 juta); Pantai Teluk Lipat, Dungun (RM4.2 juta); Pantai Bukit Keluang, Besut (RM1.5 juta) dan Pembaikan Hakisan Pantai Gong Batu, Setiu Fasa Satu dan Dua menelan kos sebanyak RM1 juta,” ujarnya.Katanya, kerajaan negeri juga mengambil langkah membentuk satu jawatankuasa dalam usaha menangani isu hakisan pantai yang kerap berlaku setiap kali musim tengkujuh yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.“Jawatankuasa yang dianggotai Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat daerah dan beberapa jabatan lain ini bertindak secara berterusan memantau keadaan di sepanjang pantai Terengganu.“Pemantauan dibuat bagi mengenalpasti kesan dan punca serta ramalan akan datang tentang keadaan atau hakisan pantai yang ada pada satu-satu kawasan dan sebarang maklumat akan disalurkan kepada agensi atau jabatan untuk tindakan selanjutnya,” katanya..
22 Nov 16
150
Sidang DUN : Terengganu Catat Kadar NRW Kelima Tertinggi
Kadar air tidak terhasil (NRW) Terengganu adalah 31 peratus, berbanding 36 peratus di peringkat nasional sekali gus mencatatkan negeri kelima tertinggi NRW seluruh negara.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri, Ir Rosli Othman, walaupun diakui terdapat masalah bekalan air di beberapa kawasan terutama di Daerah Marang dan Kuala Terengganu, namun Terengganu masih di tangga lima teratas yang mencatatkan kadar NRW terendah. Katanya, Kemaman pula mencatatkan rekod terbaik kadar NRW terendah iaitu 25 peratus, berbanding 36 peratus di peringkat nasional. “Daerah ini (Kemaman) berada di tangga kedua mencatatkan kadar NRW terendah di negara ini," katanya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Wakil Pas - Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut mengenai gangguan bekalan air di beberapa kawasan di daerah ini pada Persidangan Dewan Undangan Negeri, hari kedua, hari ini.Sementara itu Ir Rosli berkata, kekangan bajet menyebabkan kerajaan negeri terpaksa melaksanakan projek menukar paip air lama di daerah ini secara berperingkat, bagi mengatasi masalah bekalan dan tekanan air yang rendah.“Misalnya, di Kuala Terengganu, sistem agihan (paip) yang ada sekarang ini digunakan sejak sebelum negara merdeka lagi dan menyebabkan banyak paip bocor. Oleh itu, kerajaan negeri dengan kemampuan yang ada, mengambil langkah mengatasi masalah paip bocor dan tekanan air rendah. “Masalah bekalan ini meningkat pada waktu tertentu termasuk musim perayaan dan cuti panjang. Jadi, dengan kemampuan yang kita ada, kita buat agihan daripada segi aliran air untuk memenuhi keperluan semua masyarakat dalam satu masa supaya bekalan itu sampai kepada penduduk,” katanya.Bagi menjawab soalan lisan Tengku Hassan Tengku Omar (Pas-Ladang) mengenai Projek Bekalan Air Selatan di Loji Bukit Sah, Kemaman, beliau berkata, projek yang menelan belanja RM499 juta itu akan dapat menampung keperluan domestik dan industri di Kemaman, Paka dan Kertih sehingga 2030.
22 Nov 16
77
Sidang DUN : Penambahbaikan Pengambilan TCS Baharu
Kerajaan negeri diminta supaya menimbangkan pengambilan pegawai tadbir negeri Terengganu (TCS) baharu dengan menggunapakai strategi dan formula yang lebih mantap.Penambahbaikan yang berterusan terhadap penjawat awam juga sebagaimana amalan biasa negara maju lain seperti Jepun dalam usaha melahirkan kakitangan yang cekap.Wakil BN-Air Puteh, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata, antara strateginya adalah mewujudkan kategori kumpulan berprestasi tinggi kepada pegawai yang bakal memegang jawatan penting dalam kerajaan seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, berasaskan kursus-kursus profesional seperti perundangan, kejuruteraan, perakaunan dan perundangan.Katanya, bagi pegawai-pegawai lainnya boleh dikategorikan dalam pengurusan dan pengurusan awam berasaskan kursus-kursus yang lain.“Tambahan kriteria kumpulan ini adalah keupayaan kognitif, keupayaan berfikir secara langsung berbeza dengan kecerdesan intelek. Saya teruja dengan penjelasan YAB Menteri Besar tentang fellow management, sekarang ini kita mempunyai tujuh felo yang melalui proses sebegini dan banyak membantu kerajaan dan juga `backbenchers' sendiri dan juga bahagian lain dalam kerajaan.“Satu generasi baharu, `future TCS', berdasarkan pengambilan kerja yang cukup ketat, keupayaan kognitif, kepimpinan tradisi, keupayaan menguasai bahasa Inggeris yang baik dan boleh diserapkan apabila mengambil pegawai dalam kumpulan berprestasi tinggi,”katanya.Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan di Persidangan Dewan Undangan Negeri, hari kedua, di Wisma Darul Iman, hari ini.Tambahnya, untuk pegawai yang dalam perkhidmatan pula, mereka perlu menjalani latihan berterusan melalui kursus jangka pendek dalaman serta luaran menerusi strategi yang konklusif.“Mungkin juga dapat dikenalpasti kumpulan pegawai berpotensi `high flyer’ dan bakal menduduki kerusi tertinggi dalam negeri dihantar melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dalam pelbagai bidang seperti pengurusan dan perniagaan. “Semua ini bertujuan untuk memastikan penjawat awam cukup terlatih dan bersedia menghadapi apa sahaja cabaran pengurusan terkini,” katanya.Dalam pada itu, Wan Hakim kesal dengan sikap wakil pembangkang (Dr Alias Razak) Pas- Bukit Tunggal, yang memutarbelitkan kenyataan beliau ketika sesi perbahasan itu, seolah-olah menghina penjawat awam dan menggambarkan pegawai kerajaan yang ada kini tidak bagus.“Adakah apabila kita melakukan penambaikan berterusan itu menunjukkan semua itu teruk dan jahat. Negara berkembang..persaingan makin banyak jadi kita memerlukan ilmu-ilmu yang baru dan pengurusan yang baru supaya pegawai kerajaan semakin mantap. Pegawai kerajaan menjadi tulang belakang kerajaan dan negara. Mestilah kita hendak menghasilkan sesuatu yang terbaik. Apa guna kita laksanakan Negeri Anjung Ilmu sediakan bajet RM42.6 juta. Untuk menaikkan pendidikan negeri, takkan semua itu (sebelum ini ) teruk, tidak boleh pakai ke.. “Ini satu pemikiran yang negatif.Semua yang dicakap-cakap itu menampakkan negatif. Ibarat segelas air, kita nampak penuh, pembangkang nampak separuh gelas sahaja,”katanya.
21 Nov 16
465
Siaran Langsung : Sidang DUN Terengganu
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Kali Ketiga Belas Di Dewan Undangan Negeri Terengganu, Wisma Darul Iman Pada 22 November 2016
21 Nov 16
1119