lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
TDM Lonjak Keuntungan Sebelum Cukai 115 Peratus Suku Ketiga Berakhir 2016
Anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu, Terengganu Development Management (TDM) Berhad mencatatkan peningkatan ketara 115 peratus keuntungan sebelum cukai kepada RM22.7 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2016.Keuntungan berbanding RM10.5 juta pada tempoh yang sama tahun lalu dicapai berikutan peningkatan empat peratus pendapatan sebanyak RM102.7 juta daripada RM98.6 juta berbanding tahun lalu.Pengarah Eksekutif TDM Berhad, Wan Zalizan Wan Jusoh berkata, pencapaian mantap suku ketiga berakhir tahun ini bersandarkan keuntungan sebelum cukai di bahagian perladangan yang kukuh.“Keuntungan bahagian perladangan sebanyak RM21.0 juta berbanding RM8.2 juta pada suku yang sama pada 2015, peningkatan besar sebanyak 155 peratus.“Manakala bahagian Penjagaan Kesihatan pula merekodkan penurunan keuntungan sebelum cukai sebanyak 26 peratus kepada RM1.7 juta berbanding RM2.3 juta pada tempoh sama tahun lepas,”katanya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.Wan Zalizan berkata, bagi tempoh sembilan bulan terkumpul, keuntungan sebelum cukai TDM melonjak kepada RM40.2 juta berbanding RM11.3 juta pada tempoh sama tahun lalu,  hasil sokongan pendapatan 13 peratus lebih tinggi daripada RM268.2 juta kepada RM303.4 juta.Katanya, TDM mencapai prestasi yang baik pada suku ketiga tahun ini, berdasarkan peningkatan harga minyak sawit mentah dan isirong sawit yang meningkat berbanding tempoh yang sama tahun lalu, kesan dari permintaan pasaran yang tinggi di atas pengeluaran minyak yang rendah, di samping nilai ringgit yang lemah. “Walau bagaimanapun, Bahagian Perladangan Kumpulan kekal positif berdasarkan dasar-dasar jangka panjang industri perladangan sawit dan kami akan memberi tumpuan berterusan kepada program peningkatan produktiviti seperti penanaman semula dan menaiktaraf kilang sedia ada,” katanya.Katanya,penurunan dalam pengeluaran rata-rata disebabkan perubahan iklim di mana pokok-pokok kelapa sawit mengalami `moisture-stress' kesan dari fenomena El-Nino tahun lepas.Menurutnya lagi, kemelesetan ekonomi dan pasaran yang mencabar akan terus menjejaskan sektor penjagaan kesihatan. Walau bagaimanapun, TDM tetap berkeyakinan pertumbuhan bahagian penjagaan kesihatan bakal terus disokong oleh permintaan, tambahan dari perkhidmatan-perkhidmatan baru yang akan diperkenalkan.Tambahnya, TDM akan terus memperbaiki usaha kami untuk meningkatkan kecekapan operasi dan mengukuhkan keupayaan perniagaan teras kami, "katanya.
29 Nov 16
958
Empty Image
308 Mangsa Banjir Di Lima Pusat Pemindahan
Sebanyak 308 mangsa daripada 77 keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan banjir di Kuala Terengganu dan Kemaman, sehingga jam 11.30 pagi ini, berikutan fenomena air pasang besar semalam.Menurut kenyataan banjir dalam portal etindakan.terengganu.gov.my hari ini, di daerah Kemaman seramai lima mangsa dipindahkan ke Balai Raya Kampung Titian Berayun, Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah (256) dan Sekolah Kebangsaan (SK)  Telok Kalong (34).Manakala di Kuala Terengganu, masing-masing SK Gong Tok Nasek (6) dan SK Chendering (7).Sementara itu, keadaan cuaca di kebanyakan kawasan pagi ini mendung dan tidak berlaku hujan lebat sebagaimana pagi semalam.
29 Nov 16
27
Empty Image
Paras Air Sungai Masih Normal - MB
Ahmad Razif Abd RahmanKerajaan negeri sentiasa memantau dan mengambil langkah berjaga-jaga pada musim tengkujuh yang baru sahaja bermula.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata paras sungai-sungai utama negeri masih berada dalam keadaan normal setakat ini."Namun demikian, kita akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa."Pihak berkuatkuasa dan agensi kerajaan kini telah diarahkan bersiap siaga untuk menghulurkan bantuan dalam kadar segera jika keadaan memerlukan," katanya.Ahmad Razif dalam pada itu juga mengingatkan agar masyarakat supaya sentiasa memberi kerjasama serta mematuhi arahan pihak berkuasa khususnya sekiranya diminta untuk berpindah.
29 Nov 16
41
Empty Image
Jalan Batu Burok Dan Jalan Serating, Merchang Masih Ditutup Kepada Kenderaan Ringan
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu memaklumkan tiada mangsa atau keluarga yang dipindahkan ke Pusat Permindahan Banjir sehingga jam 3.30 petang ini walaupun beberapa kawasan sudah dinaiki air.Antaranya Tok jembal, Kampung Padang Air dan Taman Huda Gong Badak, Kuala Nerus yang mula dinaiki air, kira-kira jam 10.00 pagi tadi.Manakala Jalan Batu Burok, Kuala Terengganu dan  Jalan Serating, Merchang masih ditutup kepada kenderaan ringan.Timbalan  Pengarah Operasi APM, Amirsaraudin Zalman, pusat pemindahan banjir hanya akan dibuka sekiranya didapati paras air laut dan sungai melebihi paras berbahaya.Katanya, sehingga kini belum menerima sebarang maklumat mengenai itu sebaliknya hanya melepasi paras biasa dan berada dalam keadaan berjaga-jaga.“JPS sudah pasang kamera untuk mengesan kenaikan air di beberapa sungai sebagai persediaan pelbagai kemungkinan akan berlaku.“Orang awam tidak perlu cemas, hanya perlu peka dengan arahan pihak berkuasa dari masa ke semasa," katanya ketika mengadakan sidang media di Bilik Gerakan Banjir di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, petang ini.Amirsaraudin berkata, dia kesal dengan tindakan segelintir individu, bertindak menghebahkan berita dan gambar tanpa kesahihan pihak berkuasa sehingga menyebabkan ramai penduduk dan penguna jalan raya cemas.“Banjir kilat yang berlaku di beberapa kawasan Pusat Bandar Kuala Terengganu pagi tadi, berpunca daripada air pasang sehingga menyebabkan air hujan terkumpul," katanya.
29 Nov 16
76
Empty Image
APM Terengganu Minta Orang Ramai Tidak Cemas Limpahan Air Akibat Hujan Lebat
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu meminta orang ramai tidak cemas berikutan banyak gambar air melimpah jalan diviralkan di media sosial di beberapa kawasan di negeri ini berikutan hujan lebat sejak 4 pagi, hari ini.Pengarah APM negeri Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, keadaan itu berlaku berikutan masalah perparitan di kawasan terbabit."Saya difahamkan, kerajaan negeri melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sudah mengarahkan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meninjau sistem perparitan di kawasan yang mengalami masalah."APM juga akan turut membuat rondaan di kawasan dilaporkan berlaku limpahan air terutama di sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang bagi memastikan bantuan dapat diberi segera sekiranya keadaan bertambah buruk," katanya.Menurutnya, orang ramai tidak perlu berasa bimbang dan cemas tetapi sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan arahan dikeluarkan pihak berkuasa.
28 Nov 16
186
Empty Image
Terengganu International Bike Meet Dapat Sambutan Luar Jangkaan
Sebahagian daripada peserta yang menyertai program TIBM 2016 di Pulau Warisan, Kuala Terengganu. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Penganjuran  Terengganu International Bike Meet (TIBM) 2016, di Pulau Warisan, Kuala Terengganu mendapat sambutan diluar jangkaan  apabila menerima kunjungan melebihi 20,000 peminat termasuk 5,000 peserta TIBM tempatan dan luar negara.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata dengan penyertaan peserta dari dalam dan khasnya luar negara dapat membantu mencapai objektif penganjuran program iaitu untuk mempromosikan Terengganu sempena Tahun Melawat Terengganu 2017.“Peserta yang melibatkan diri dalam TIBM 2016 diharapkan akan menjadi duta kecil kepada Terengganu dalam mempromosikan destinasi-destinasi menarik di negeri ini.“Selaras dengan prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB) ketiga iaitu Keluarga Bahagia Rakyat Sejahtera diharap aktiviti permotoran seperti ini juga mampu memartabatkan budaya gaya hidup sihat berbentuk kekeluargaan dan berkomuniti terutama kepada belia dan remaja,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian TIBM 2016 di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, malam tadi.Turut hadir Tengku Sri Temenggong Raja, Dato’ Seri Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Bilah Shah; Speaker DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.Dalam pada itu, penyelaras program tersebut, Muhammad Sharif Majhardeen berkata sasaran yang ditetapkan pada kali ini melebihi daripada jangkaan pihaknya."Penyertaan yang memberangsangkan itu memberi galakan untuk pihak kami  terus menganjurkan program sebegini dengan menghimpunkan lebih ramai peminat permotoran di seluruh negara.“Kita menjangkakan bilangan pengunjung yang hadir sepanjang program ini adalah seramai 15,000 orang namun kita dapati lebih 20,000 peminat permotoran telah hadir sepanjang semalam sahaja.“Ini memberi lebih semangat untuk kita laksanakan lagi program sebegini di masa hadapan dengan menambah baik segala kekurangan yang dihadapi untuk TIBM 2016 ini,” katanya.Beliau juga menzahirkan permohonan maaf kepada peserta serta pengunjung yang hadir jika terdapat kekurangan pada program tersebut.TIBM yang julung kali dianjurkan selama tiga hari bermula 25 November tersebut adalah program kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Terengganu Riders Group. Pelbagai acara menarik disediakan sepanjang program tersebut berlangsung termasuk pertandingan airbrush motosikal, pertunjukan pocket bike, skill riding dan pelbagai lagi
26 Nov 16
168
Empty Image
Amsyar Teruja Berkhatan, Mahu Ikut Upin-Ipin
 Sudah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat Islam di negara ini, termasuk di Terengganu  setiap kali tibanya musim cuti persekolahan, pasti ramai kanak-kanak yang akan berkhatan.Masa cuti ini dianggap paling sesuai untuk golongan tersebut menempuh alam dewasa sekali gus melunaskan tuntutan agama itu.Perkara ini juga tidak terkecuali bagi 150  kanak-kanak di Dewan Undangan Negeri (DUN) menyertai Program Berkhatan Beramai-Ramai di Perkarangan Bangunan Penyelaras UMNO DUN Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.Program yang turut disertai 321 kanak-kanak bertindik dan penyampaian hadiah  kecemerlangan 6A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)  itu dirasmikan  Menteri Besar, Ahmad Razif Abd RahmanLebih menarik, pada majlis tersebut, peserta  berkhatan turut diraikan dengan siraman air oleh  Jabatan Bomba dan Penyelamat sebagai tanda simbolik sebelum diarak beramai-ramai menuju ke bilik berkhatan.Menurut bekas murid Tadika Yayasan Islam Terengganu Seberang Takir, Amsyar Mohd Syukri, 6, berkata dia mahu bersunat awal kerana mahu ikut Upin-Ipin yang bersunat masa  sekolah tadika.Katanya, dia selalu tengok cerita Upin-Ipin, dalam cerita itu, Upin-Ipin selalu cakap, tidak sakit pun bersunat, sebab itu Amsyar tidak takut untuk bersunat.“Amsyar cakap kat ayah, mahu bersunat sama macam Upin-Ipin, ayah setuju dan daftarkan saya untuk bersunat beramai-ramai dalam program hari ini,” katanya yang bercita-cita mahu menjadi Angkasawan.Bapa kanak-kanak itu, Mohd Syukri Ayob, berkata anaknya, Amsyar bersedia untuk berkhatan sejak berusia lima tahun, mungkin terpengaruh dengan rancangan kartun Upin –Ipin selain tengok ragam sepupunya yang sudah berkhatan.“Disebabkan Amsyar terlalu teruja, saya ambik keputusan untuk mendaftarkan diri pada program ini yang diketahuinya melalui iklan kain rentang.“Saya berharap program seumpama ini akan diteruskan pada masa akan datang, banyak manfaat diperoleh, terutama bagi membantu ibu bapa kurang berkemampuan akibat kenaikan bayaran perkhidmatan itu,” katanya yang juga seorang Guru Sekolah Pendidikan Khas Kuala Berang Turut berkhatan pasangan kembar yang juga murid Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang,  Muhammad Faiz  dan Muhammad Faizal Zainal Abidin, 9.“Pengalaman berkhatan beramai-ramai dianggap sebagai satu bonus buat kami berdua dan saya berani sebab ada abang Muhamad Faizal dan kawan-kawan sekelas,” kata Muhammad Faiz
25 Nov 16
727
Empty Image
Sidang DUN: Landasan Kapal Terbang Di Pulau Redang Akan Diperbesarkan
Kerajaan negeri merancang untuk memanjangkan landasan kapal terbang di Pulau Redang bagi menampung kedatangan lebih ramai pelancong ke pulau itu serta pulau peranginan lain di Terengganu walaupun pada musim monsun.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata pihaknya sudah membuat  permohonan rasmi berkaitan perkara berkenaan kepada Kerajaan Pusat melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).Katanya, sekumpulan teknikal sudah datang melihat perkara itu dan kini sedang merancang bagaimana untuk membesarkan dan memanjangkan landasan kapal terbang di pulau itu.“Sekiranya kemudahan itu dapat dipanjang dan diperbesarkan ia akan membolehkan kapal terbang yang lebih besar dengan membawa lebih ramai pengunjung, termasuk pelancongan asing ke pulau di negeri ini.“Dalam setahun, sekurang-kurangnya  empat bulan pulau-pulau di Terengganu terpaksa di tutup kerana bot dan kapal pelancong tidak dapat beroperasi akibat musim monsun,” katanya.Ahmad Razif yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancang, Kewangan dan Pelaburan, Tanah, Petroleum, Sumber Asli, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri berkata demikian ketika menjawab soalan Azan Ismail (PKR-Bandar)  pada Persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini.Menurutnya, kerajaan negeri melihat projek itu amat penting dan perlu direalisasikan supaya kedatangan pengunjung dari dalam dan luar negara ke pulau berlaku sepanjang tahun.“Pada masa yang sama, ia juga mampu merancakkan lagi perkhidmatan bot dan kapal pelancong ke pulau berdekatan, termasuk Pulau Perhentian, Pulau Lang Tengah, Pulau Bidong,”katanya.
23 Nov 16
32
Empty Image
SIARAN LANGSUNG : SIDANG DUN TERENGGANU PADA 24.11.2016
PERSIDANGAN DUN TERENGGANU DI DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU, WISMA DARUL IMAN
23 Nov 16
141
Empty Image
Sidang DUN: 13,118 Unit Rumah Untuk Rakyat Dibina Mulai Tahun Depan
Sebanyak 13,118 unit rumah untuk rakyat bakal dibangunkan di seluruh Terengganu menerusi kerjasama kerajaan negeri dengan anak-anak syarikat Kerajaan Pusat, mulai tahun depan.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafie, berkata kerajaan negeri berperanan menyediakan tapak untuk projek itu yang bertujuan merealisasikan hasrat rakyat negeri ini bagi memiliki rumah pertama.Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 5,287 unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) akan dibina di 16 tapak menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11.  "PPR berkenaan melibatkan 500 unit masing-masing di PPR Bukit Aceh, Kg Rasau dan  Alor Limbat, Kuala Ping (450),  Guntong Luar (400), Gong Medang (400), Pulau Kerengga (396), Kuala Abang (350), Bukit Puteri (300), Kg Tajin (300), Bandar Seri bandi (220), Pengkalan Nyireh (213), Mak kemas (210), Air Puteh (200), Putera Jaya (200) dan Bukit Gasing (192) ."Manakala senarai projek  SPNB yang diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sebanyak  2,202 unit rumah iaitu melibatkan  Kg Paya Santong  (241), Kuala Ping, Hulu Terengganu (254), Kuala Nerus (277) dan Kerteh (1,430),”katanya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (BN-Air Putih).Mohd Jidin memberitahu, sebanyak 2,136 unit rumah pelbagai jenis pula diluluskan menerusi empat projek Perumahan Rumah Idaman Rakyat (SPNB).“Manakala 3,098 unit rumah di enam  Projek Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA),  sementara dua  projek yang melibatkan 1,148 unit rumah lagi  masih dalam perundingan antara Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dan PRIMA."Perancangan lain, sebanyak 220 unit Rumah Mampu Milik Negeri (RMMN)  di Seri Bandi Kijal telah diluluskan pada 6 November  lalu dan akan dibina pada bila-bila masa sahaja.“Manakala melalui projek  Perumahan Pejawat Awam 1Malaysia (PPAIM) pula melibatkan 1,229 unit rumah.“Rumah-rumah itu akan dibangunkan di Puncak Temala, Marang sebanyak 349 unit PPAIM, Laguna Presidence, Kuala Terengganu (660)  dan  Kemaman  (220),” katanya.
23 Nov 16
47