lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Dua Pelumba TSG Cipta Kejayaan Di Laman Sendiri
Amirull mencipta sejarah apabila muncul sebagai raja bukit pertama dari Malaysia sejak LTdL dianjurkan bermula 1996. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Nur Amirull Fakhruddin Mazuki dan Mohd Zamri Saleh berjaya mencuri tumpuan di laman sendiri apabila mencipta kejayaan dalam perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) untuk peringkat pertama yang bermula di Kuala Berang ke Kuala Terengganu, hari ini.Dalam perlumbaan tersebut, Amirull merangkul jersi polka dot dengan mengumpul lapan mata meninggalkan Felipe Marcelo dari 7 Eleven Roadbike Philippine ( tiga mata) dan Fernando Orjuela (dua mata).Manakala Zamri pula dinobatkan sebagai Pelumba Malaysia Terbaik dengan catatan masa dua jam 55 minit dan 22 saat dalam perlumbaan sejauh 124.8 kilometer itu.Amirull berkata, memenangi gelaran raja bukit adalah bonus buatnya kerana beliau dan pasukan tidak meletakkan sasaran untuk menyarung jersi tersebut."Untuk LTdL 2017, kami mensasarkan sekurang-kurangnya satu podium dan akan cuba sedaya upaya dapatkan mana-mana podium terutama dalam peringkat pertama ini."Namun begitu, bonus untuk saya apabila dapat menyarung jersi bukit peringkat ini kerana pada awalnya saya sasarkan untuk lakukan break away bagi mengambil masa bonus untuk jersi putih," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas tamat perlumbaan peringkat pertama LTdL 2017 di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.Turut hadir Tengku Sri Temenggong Raja, Dato’ Seri Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Bilah Shah; Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin dan Datuk Bandar Kuala Terengganu, Mohd Zulkifli Abu Bakar.Tambahnya, dia akan cuba pertahankan gelaran yang diperolehi pada hari ini selain membantu rakan sepasukan memenangi gelaran lain."Untuk esok, saya akan cuba yang terbaik kerana LTdL kali ini menghimpunkan ramai pelumba-pelumba berpengalaman dari seluruh dunia."Di samping itu, saya dan pasukan akan cuba membantu Dadi Suryadi dalam memenangi gelaran Terbaik Asia kerana beliau mampu untuk melakukan 'climb', " katanya.Dalam perlumbaan itu, pelumba dari Isowhey Sports Swisswellness, Scott Sunderland muncul sebagai juara peringkat pertama dengan masa dua jam 54 minit dan 35 saat sekaligus disarungkan jersi kuning serta turut memenangi gelaran raja pecut.Jersi putih pula dimenangi oleh pelumba dari Infinite AIS Cycling Team, Shiki Kureoda.Perlumbaan peringkat kedua pada 23 Februari akan bermula di Jertih, Besut ke Gerik, Perak dengan kayuhan sejauh 208.1 kilometer.
22 Feb 17
156
Empty Image
Orang Ramai Teruja Saksi Perlumbaan LTdL
Penutupan beberapa jalan utama secara berperingkat di sekitar Bandar Raya Kuala Terengganu bagi memberi laluan kepada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 yang membuka tirai kejohanan bermula hari ini, tidak menghalang orang ramai untuk meneruskan aktiviti harian.Sebaliknya, rata-rata ditemui begitu teruja dan menyambut baik kejohanan memasuki edisi ke-22 yang akan berakhir 1 Mac itu di mana Terengganu menjadi tuan rumah untuk persaingan peringkat pertama dan kedua perlumbaan.Tinjauan Teganukita di sekitar Dataran Shahbandar mendapati, orang ramai sudah memenuhi kawasan sekitar untuk menyaksikan perlumbaan peringkat pertama yang bermula di Kuala Berang dan berakhir di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu sekali gus memberi sokongan penuh kepada pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) yang mewakili negeri ini dalam perlumbaan basikal berprestij itu.Tinjauan turut mendapati aliran trafik bergerak lancar berikutan pengumuman penutupan jalan telah dikeluarkan terlebih awal dan orang ramai yang hendak menonton pasukan bertanding serta yang mempunyai urusan lain dapat merancang perjalanan.Zaharah HusinSeorang pekerja sebuah syarikat pembersihan di bandaraya ini, Zaharah Husin,58, berkata, makluman penutupan jalan yang dibuat lebih awal oleh pihak penganjur lebih memudahkan orang ramai untuk sama-sama menyaksikan acara itu dalam suasana yang lebih selesa.“Saya sokong apabila pihak penganjur buat cara ini. Bila jalan tutup dan diberitahu lebih awal memudahkan orang ramai yang ingin menyaksikan secara terus LTdL meletakkan kenderaan dan tidak perlu berjalan jauh ke lokasi laluan pelumba, contohnya di sini (Dataran Shahbandar),” ujarnya ketika ditemui Teganukita, hari ini.Mohamad Taufik OmarPemuda dari Kampung Sekayu, Kuala Berang Mohamad Taufik Omar,22, dia tidak sabar untuk menyaksikan acara itu yang sudah pasti memberi pengalaman baru buatnya yang pertama kali berpeluang menyaksikan secara dekat.“Sebagai rakyat Terengganu, saya berbangga kerana acara ini dimulakan disini lebih-lebih lagi bermula di kampung halaman sendiri.“Walaupun tidak sempat itu tengok pelepasan peserta di kawasan Pasar Besar Kuala Berang  pagi tadi kerana mempunyai urusan di bandaraya ini, saya akan tunggu sehingga semua pasukan tiba,” ujarnya yang setia menanti pasukan kesayangan ramai, TSG sejak pagi lagi.Bagi Awang Salleh, 62, dari kampung Sungai Rengas, dia dan keluarganya sangat teruja untuk melihat pasukan TSG beraksi pada perlumbaan LTdL kali ini.Awang Salleh“Walaupun sudah biasa melihat kejohanan ini secara dekat, perasaan teruja itu sentiasa ada kerana pasukan negeri kita memang hebat,” ujarnya.Nur Fatimah FarahIsteri salah seorang ahli pasukan TSG, Nur Fatimah Farah, 27, berkata, dia mendoakan agar suami dan ahli pasukan lain dapat menaiki podium untuk peringkat pertama dan seterusnya pada kejohanan kali ini.“Saya dan keluarga sentiasa menyokong dan mengharapkan pasukan TSG terus kekal bersemangat sekali gus dapat mengharumkan nama negeri,” ujar isteri kepada Mohd Harrif Salleh ini.Difahamkan, perlumbaan peringkat pertama LTdL 2017 bermula di Kuala Berang ke Kuala Terengganu sejauh 124.8 kilometer melibatkan seramai 114 pelumba dari 19 pasukan termasuk TSG.Manakala bagi perlumbaan peringkat kedua pada 23 Februari akan bermula di Jertih, Besut ke Gerik, Perak dengan kayuhan sejauh 208.1 kilometer.
21 Feb 17
47
Empty Image
Kuala Berang Jadi Venue LTdL Peringkat Pertama
Kejohanan lumba basikal berprestij, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 kembali menggegar Kuala Berang sebagai venue pelepasan peringkat pertama bagi acara pembukaan kejohanan edisi ke-22 itu, hari ini.Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Dato' Jailani Johari berkata pemilihan Kuala Berang sebagai pentas pelepasan peringkat pertama memberi impak positif kepada daerah itu.Katanya, ini merupakan pertama kali Daerah Hulu Terengganu dijadikan permulaan LTdL iaitu dari Kuala Berang ke Kuala Terengganu sepanjang 124.8 kilometer."Penganjuran LTdL 2017  kali ini dijangkakan akan memberi kesan positif terutamanya sepanjang Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017 dan menarik lebih ramai pelawat dari luar Terengganu datang ke sini,"kata Jailani selepas melakukan pelepasan kepada para peserta perlumbaan LTdL di Kuala Berang, hari ini.Turut hadir Timbalan Menteri Belia Dan Sukan , Datuk M.Saravanan.Jailani berharap pemilihan Kuala Berang sebagai venue pelepasan terus di kekalkan dan juga di beri peluang untuk menjadi venue bagi upacara penutup pada LTdL seterusnya.Sebanyak 19 pasukan melibatkan 114 peserta memulakan perlumbaan pagi tadi  termasuk Terengganu Cycling Team (TSG) yang turut mengambil bahagian dalam kejohanan itu.Pelumba dilepaskan bermula jam 11.00 pagi di hadapan Pasar Besar Kuala Berang dan akan melalui Kampung (Kg) Gaung, Kg Telaga, Kg Paya Akob, Kg Pasir Dula, Kg Pelong, Kg Langkap, Kg Sungai Ikan, Kg Gemuruh sehingga ke Bulatan Batu Enam.Sementara itu, hampir 5,000 penduduk sekitar Daerah Hulu Terengganu membanjiri Bandar Kuala Berang untuk menyaksikan perlumbaan basikal termasyhur dunia itu.Jailani berkata, seawal pagi lagi orang ramai berkumpul untuk menyaksikan jaguh lumba basikal saling berentap melalui jalan utama dan jalan sepanjang kampung Kuala Berang -Kuala Terengganu."Kehadiran peserta perlumbaan di tengah Bandar Kuala Berang ini menceriakan suasana dengan keadaan cuaca yang amat baik dan panas ketika program berkenaan berlangsung,"Walaupun bukan hari minggu dan berlaku pada hari bekerja,saya lihat ianya tidak menghalang orang ramai keluar untuk menyaksikan perlumbaan yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh penduduk tempatan,"katanya.Bagi Kamarul Azman,38, dia  tidak pernah melepaskan peluang untuk menyaksikan LTdL setiap kali diadakan di Kuala Berang."Seawal pagi saya dah bergerak dari rumah untuk lihat sendiri perlumbaan berprestij yang hanya mampu dilihat setahun sekali apabila diadakan,"Apabila Kuala Berang diumumkan sebagai venue pelepasan pertama,saya cukup bangga sebab ianya mampu menaikkan nama bandar ini di mata dunia,"ujarnya.
21 Feb 17
370
Empty Image
TSG Sasar Juara Peringkat Pertama LTdL Esok
Anuar Manan yang mewakili TSG bakal memulakan perlumbaan LTdL bermula esok di Kuala Berang. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) meletakkan sasaran untuk memenangi persaingan peringkat pertama dalam kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 yang akan bermula esok di Kuala Berang dan berakhir di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu.Pelumba pasukan tersebut, Anuar Manan berkata, selain ingin mengekalkan jersi putih yang pernah dimenangi oleh TSG menerusi Adiq Hussainie Othman pada tahun lepas, TSG turut meletakkan harapan untuk memenangi peringkat pertama pada edisi ke-22 yang akan berakhir 1 Mac itu..“Untuk peringkat pertama, banyak kelebihan yang ada kepada pasukan TSG kerana laluan ini merupakan laluan yang sering digunakan oleh kami ketika melakukan latihan.“Jadi kami sudah tahu selok-belok laluan ini, di mana kawasan berbukit serta macam mana untuk masuk di akhir perlumbaan. Jadi ini merupakan satu kelebihan kepada pelumba TSG,” katanya.Beliau ditemui pemberita pada sidang media sempena Pra Pelancaran Perlumbaan LTdL di Hotel Permai, Kuala Terengganu, hari ini.Tambahnya, untuk persaingan kali ini, kesemua pelumba TSG telah melakukan persiapan rapi termasuk menyertai kem latihan di Melbourne, Australia.Namun begitu, saingan daripada pasukan lain dijangkakan sengit kerana mereka yang hadir turut melakukan persidaan penuh seperti menyertai Jelajah Dunia.Anuar berkata, bagi LTdL 2017 beberapa pasukan dijangka akan memberi saingan sengit buat TSG  seperti Nippo – Vini Santini, Isowhey Swisswellness dari Australia dan banyak lagi.“Untuk LtDL kali ini, kita tidak boleh pandang rendah pada pasukan yang menyertainya. Saingan kalau dilihat ramai pakar pecut turut mengambil bahagian dalam perlumbaan kali ini. Antara sembilan ke 11 orang.“Walau bagaimanapun, kami akan lakukan yang terbaik untuk LTdL kali ini,” katanya.Sementara itu, juara individu keseluruhan 2016, Reinardt Janse Van Rensburg dari pasukan Dimension Data tidak akan mempertahankan gelaran yang dimenanginya pada edisi ke-22 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017.Dalam senarai yang dikeluarkan pengendali perlumbaan, Ciclista Sports Sdn Bhd, nama Reinardt tiada dalam barisan enam pelumba yang akan memulakan peringkat pertama dari Kuala Berang ke Kuala Terengganu membabitkan jarak sejauh 124.8 kilometer.
21 Feb 17
32
Empty Image
JPPH Dalam Proses Kumpul Data Nilai Tanah Projek ECRL
Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Negeri Terengganu kini dalam peringkat awal mengumpul data  bagi melihat jajaran terlibat untuk  proses pengambilan tanah di seluruh Terengganu bagi membangunkan projek berimpak tinggi Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL).Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta JPPH, Dr Rahah Ismail, berkata penilaian dan pampasan nilai tanah yang turut menggunakan pengimejan satelit bagi melibatkan jarak 227 kilometer (km) akan dilaksanakan menerusi tiga cawangan JPPH masing-masing di Kuala Terengganu, Chukai dan Jertih.“Projek ini mahu disiapkan segera dan kita sedang dalam proses awal untuk mempersiapkan segala data bagi disalurkan kepada  pihak berwajib berdasarkan laluan projek yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Pantai Timur ini, supaya dapat dibangunkan segera.“Kami sudah dipanggil Kementerian Kewangan dan pejabat cawangan yang terlibat juga sudah mendapat taklimat bagi melaksanakan projek yang menjadi tunjang bagi merancakkan ekonomi negeri serta melengkapkan infrastruktur lebuh raya sedia ada,” katanya kepada media sempena lawatan kerja ke JPPH negeri Terengganu, di Jalan Pejabat, Kuala Terengganu, hari ini.Dr Rahah berkata, pihaknya akan memastikan penilaian itu dibuat dengan terperinci dan lengkap dengan mengambil kira data-data sedia ada serta juga tertakluk kepada maklumat serta kelengkapan yang menyokong kepada proses penilaian harta tanah berkenaan.ECRL sejauh 227 kilometer (km) dengan cadangan bagi empat jejari jajaran adalah 71 km yang membabitkan jarak sejauh 298 km dan Stesen Kampung Raja, Stesen Penarik, Stesen Dungun dan Stesen Chukai.Stesen baru yang dicadangkan  iaitu Stesen Kuala Nerus, Stesen Kuala Telemong dan Stesen Pengkalan Berangan yang pada asalnya adalah Stesen Ajil serta Stesen Kemasik bagi menggantikan Stesen Paka.Dalam pada itu, Stesen Bukit Besar tidak dapat direalisasikan kerana merentasi banyak kawasan pembangunan selain radius dan sudut laluan terlalu tajam yang tidak sesuai dengan kelajuan kereta api.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dalam kenyataan sebelum ini berkata, perubahan dilakukan kerana beberapa faktor seperti lokasi tidak sesuai dan keselamatan yang mana pemilihan lokasi baru berdasarkan konsep pelancongan dan warisan.Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2017 mengumumkan kerajaan akan membina landasan kereta api laju dari Kuala Lumpur ke Terengganu seterusnya ke Tumpat, Kelantan membabitkan perbelanjaan keseluruhan RM55 bilion yang dijangka siap sepenuhnya pada  2022.
20 Feb 17
1106
Empty Image
T-Team Kian Menjadi
Farhod yang menjaringkan dua gol dalam perlawanan menentang PKNS di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi. Impian T-Team untuk mengutip tiga mata penuh di laman sendiri menentang PKNS musnah apabila terikat 2-2 dalam saingan Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.Ketua jurulatih pasukan tersebut, Rachmat Darmawan berkata walaupun keputusan tersebut mengecewakan namun terdapat peningkatan dari corak permainan yang ditonjolkan oleh pemain.“Keputusan hari ini (semalam) agak mengecewakan  kerana tidak sepatutnya kita terikat seri  walaupun telah berada di hadapan 2-0.“Secara keseluruhan saya tengok ada peningkatan dari cara kita bermain walaupun belum lagi berada di tahap yang sepatutnya,” katanya.Beliau ditemui pemberita sejurus tamat perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.Dalam perlawanan tersebut, The Titans terlebih dahulu membuka jaringan hasil daripada jaringan Farhod Tadjiev seawal minit ke-9.Pada minit ke-34 dan ke-39, skuad kendalian E Elavarasan hampir mencipta peluang untuk menyamakan jaringan melalui Bobby Gonzales namun penjaga gawang tuan rumah, Muhammad Izzuddin  Hussin ternyata sukar diatasi.Seminit sebelum berakhirnya babak pertama, tuan rumah berjaya menjarakkan kedudukan hasil daripada kesilapan penjaga gol Semut Merah tersebut, Muhammad Zamir Selamat yang gagal menyelamatkan hantaran Mohd Nor Hakim Hassan kemudiannya dimanfaatkan oleh Farhod Tadjiev.Bersambung babak kedua, pasukan PKNS mula merapatkan kedudukan pada minit ke-68 melalui Patrick Ronaldinho Wleh yang bijak menyempurnakan hantaran silang dari Safee Sali.Keghairahan pasukan lawan untuk mengikat T-Team berhasil apabila lontaran oleh Matias Nicolas Hadwa ke dalam kotak penalti pada minit ke-90 terpampan ke kaki Mamadou Samassa menjadikan kedudukan 2-2.
18 Feb 17
176
Empty Image
TSG Terima Tajaan RM6.9 Juta
Zainal menyerahkan sumbangan bernilai RM1.1 juta dari kerajaan negeri kepada Farhan bagi menguruskan pasukan tersebut sepanjang musim ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) menerima tajaan sebanyak RM6.9 juta daripada kerajaan dan beberapa buah syarikat untuk menghadapi saingan pada musim ini.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat berkata, sebanyak 26 syarikat dari dalam dan luar negara termasuk Jepun, China dan Singapura bersetuju untuk memberi tajaan kepada TSG.Katanya, penajaan dari segi kewangan dan barangan tersebut mampu membantu pasukan di bawah kendalian Jeremy Hunt selaku jurulatih untuk menempa lebih banyak kejayaan pada tahun ini.“Saya harap penajaan ini tidak dipersiakan dan akan digunakan sepenuhnya bagi membolehkan TSG menjadi pasukan digeruni di rantau ini.“Jumlah itu memang mencukupi bagi musim 2017 kerana kita sudah menjangka perbelanjaan sebanyak ini sejak musim lepas dan yang penting, ia dapat meringankan beban kerajaan negeri,” katanya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Penajaan dan Pengenalan Pasukan TSG bagi musim 2017 di Kuala Lumpur.Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu dan  Ketua Pengarah Eksekutif TSG, Ahmad Farhan Abdul Wahab.Tambahnya, anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Incorporated Sdn Bhd merupakan penyumbang terbesar melibatkan tajaan sebanyak RM2 juta, diikuti syarikat Shimano (Singapore) Pte Ltd (RM1.3 juta) serta Kerajaan Terengganu sebanyak RM1.1 juta.Rozi berkata, untuk tahun ini, TSG mensasarkan untuk berada di kedudukan kelima keseluruhan serta kelompok empat pasukan terbaik Asia dalam kejohanan Jelajah Asia UCI musim ini selain meletakkan sekurang-kurangnya memperoleh satu podium pada Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017.Bagi kejohanan LTdL kali ini, akan bermula pada 22 Februari, TSG mempertaruhkan enam pelumba iaitu Mohd Zamri Saleh sebagai ketua pasukan, Mohd Harrif Saleh, Anuar Manan, Nur Amirull Fakhruddin Mazuki, Mohd Shahrul Mat Amin dan Dadi Suryadi.
18 Feb 17
225
Empty Image
Ukom Rintis Usaha Adakan Perhimpunan Media Lembah Kelang
Pertemuan Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) dengan rakan media baru di Kuala Lumpur, kelmarin membuka jalan ke arah menghimpunkan pengamal media anak Terengganu di Lembah Kelang, tidak lama lagi.Pengarah Ukom, Dato’ Muda Mamat, berkata Ukom sebagai unit perantara antara Pejabat Menteri Besar  dengan pengamal media di Terengganu dan juga seluruh Malaysia, amnya mahu supaya satu hubungan baik dapat diadakan bagi memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam usaha menyampaikan maklumat yang tepat dan terkini mengenai perkembangan pentadbiran serta politik di Terengganu.“Pertemuan itu juga bukan sahaja dapat menjadi platform untuk bertukar idea, maklumat serta isu semasa malah kita juga berhasrat merintis jalan untuk mengadakan perhimpunan media di kalangan anak Terengganu yang berada di Kuala Lumpur dan juga Selangor.“Perhimpunan itu nanti juga dapat merapatkan ukhwah dan memberi dimensi baru untuk saling berkongsi dan melontarkan pandangan masing-masing yang akhirnya dapat memberi sinergi baru kepada kedua-dua pihak,”katanya kepada Teganukita.Beliau berkata demikian ketika menyertai perjumpaan dengan media baru di Kuala Lumpur.Turut hadir, Timbalan Pengarah (Operasi) Ukom, Ruslan Abdul Rahman dan Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan), Mohd Razif Abdul Majid.Sebelum itu, beberapa pegawai dan kakitangan Ukom turut mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr Abdullah Mohd Zin.Lawatan ke Kuala Lumpur selama tiga hari turut membawa kepada pertemuan dengan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) Dato’ Abdul Fattah Abdullah dan Ahli jawatankuasa koperasi berkenaan, selain lawatan ke Angkasapuri, RTM serta Karangkraf, Shah Alam.
18 Feb 17
144
Empty Image
Pentadbir Tanah Disaran Semak Status Tanah Bukan Hak Milik
Pihak pentadbir tanah diminta menyemak kembali mana-mana penduduk di Terengganu yang masih menumpang di atas tanah milik kerajaan atau berstatus bukan hak milik.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata kerajaan bercadang  melaksanakan program tanah rentahan yang akan diberikan kepada mana-mana rakyat yang layak dan masih tinggal di tanah  haram itu."Sebelum ini kerajaan ada melaksanakan konsep tanah rentahan yang mana akhirnya tanah itu akan diberikan kepada mana-mana yang tinggal di tanah itu dengan syarat mereka menepati segala ciri -ciri yang diperlukan."Jadi kita akan laksanakan  konsep sama  kepada rakyat yang masih tinggal di tanah haram ini terutama mereka yang masih tidak memiliki tanah dan tergolong dalam keluarga yang kurang berkemampuan,"katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan Geran Rumah Kepada Peserta Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Telaga Daing, Seberang Takir, petang semalam.Ahmad Razif berkata pendekatan itu satu agenda kerajaan menyediakan perumahan kepada rakyat termasuk membantu rakyat yang tidak mempunyai tanah."Selain itu, saya juga meminta pentadbir tanah menyenarai tanah dibawah pemilikan kerajaan,tabung warisan atau mana-mana GLC yang mempunyai keluasan  tinggi untuk bangunkan projek perumahan."Kita juga akan mengenalpasti dan memohon dengan kerajaan pusat, tanah kerajaan yang masih tidak digunakan bagi mendirikan perumahan bagi membantu rakyat memiliki rumah,"katanya.
16 Feb 17
140
Empty Image
Slogan Hulu Terengganu Hulubalang, Jadi Inspirasi Capai KPI.
Slogan `Hulu Terengganu Hulubalang' menjadi sumber inspirasi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Terengganu bagi mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sepanjang tahun ini dalam sektor pendidikan.Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri,Dato’Tengku Putera Tengku Awang  berkata, memandangkan Hulu Terengganu berjaya merangkul pelbagai kejayaan setiap tahun,beliau berharap kecemerlangan itu dapat dipertahankan tahun ini sekali gus melonjakkan lagi pencapaian daerah ini ke tahap lebih tinggi."Pelbagai kejayaan yang diperolehi telah menyuntik semangat kita yang kemudiannya pemilihan `tagline’ ini bersesuaian kerana lambang hulu balang itu sendiri mempertahankan keselamatan,hidup mati serta daya perjuangan dalam menyokong dan menjayakan visi negara."Ia terbukti berhasil apabila daerah Hulu Terengganu berjaya mengekalkan  kejayaan dalam pelbagai bidang pendidikan dan hasilnya Terengganu terus maju dan melahirkan masyarakat yang berjaya," kata Tengku Putera.Beliau  berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Bicara Tokoh Bersama Pendidik dan Pelancaran Tagline Hulu Terengganu 2017 di Dewan Langgar Hilir,Pusat Khidmat Masyarakat OKB, Kuala Berang, Hulu Terengganu, hari ini.Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, Jalaluddin Ismail berkata pemilihan hulubalang sebagai tagline bersesuaian dengan sifat berani berjuang,semangat jati diri dan tidak mudah mengaku kalah yang mampu menyuntik semangat dalam diri pelajar,para pendidik dan ibu bapa."Saya amat berharap dengan tagline ini,daerah Hulu Terengganu mampu mencapai momentum kecemerlangan pendidikan yang lebih tinggi."Buat masa sekarang Hulu Terengganu berada di kedudukan terbaik di peringkat negeri dalam banyak perkara...mana-mana yang kita terlepas,kita akan rebut kembali."ujarnya.Menurut Jalaluddin lagi,pihaknya akan berusaha melahirkan mereka yang berani mencabar diri,mahir berfikir,mempunyai kemahiran kolaboratif serta komunikasi kerana ini adalah elemen-elemen penting untuk menjadi murid alaf baru."Hari ini kita juga lancarkan buat pertama kali lagu hulubalang sebagai lagu tema Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu bagi menyuntik semangat kepada warga pendidik dan para pelajar dalam merealisasikan hasrat mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan."Lagu ini dicipta hasil daripada kesepakatan idea dan mengambil masa agak lama untuk dilahirkan kerana kita nak liriknya menjurus erti kata sebenar hulubalang itu dalam  perjuangan di dunia pendidikan,"katanya.
16 Feb 17
496