lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Pegawai Kerajaan Terikat Dengan SOP
Dato' Wan Nawawi Wan IsmailSetiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail menegaskan bahawa pegawai kerajaan negeri menjalankan tugas berkaitan pentadbiran dan pembangunan negeri  secara profesional serta mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).Beliau mengulas demikian berikutan sejak minggu lalu, banyak isu yang diviralkan secara khususnya di Terengganu termasuk pelaburan Yayasan Islam Terengganu (YIT) dalam pelaburan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) serta pembinaan hotel di kawasan masjid di Kuala Berang, Hulu Terengganu.Katanya, perkara itu tidak perlu diperbesar serta diviralkan berikutan pegawai kerajaan yang dipertanggungjawabkan melaksanakan semua urusan dan proses berkaitan adalah di kalangan mereka yang profesional di samping mempunyai kelayakan di bidang masing-masing.“Contohnya dalam kes FGV, pegawai pelaburan YIT merupakan orang yang telah lama melakukan tugasan itu. Selama ini dialah juga yang menguruskan pelaburan di YIT dengan memberi keuntungan dengan nilai jutaan ringgit jadi bila ada sedikit masalah tidak sepatutnya kita persoalkan kredibilitinya,” katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Menandatangani Kain Rentang Solidariti Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Mengulas isu pembinaan hotel di kawasan masjid pula, Wan Nawawi berkata pegawai-pegawai berkenaan yang memberi kebenaran telah melihat semua isu-isu teknikal dan sebagainya.Katanya, sebagai penjawat awam, mereka terikat dengan perlaksanaan SOP serta beberapa syarat yang perlu diikuti.“Jadi, sebarang keputusan yang dibuat, mereka telah mengambil kira bahawa ianya berada dalam landasan yang betul dan tidak perlu dipersoalkan.“Saya rasa, kita semua perlu faham dengan tugas pegawai kerajaan iaitu adalah memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat,” katanya.
15 Feb 17
110
Empty Image
Terengganu Lancar `Hari Tanpa Mesyuarat' Setiap Isnin
Wan Nawawi bersama sebahagian daripada peserta yang menyediakan kain rentang sempena LTdL bagi menzahirkan sokongan mereka dalam kejohanan penuh prestij tersebut. Foto oleh Zulkifli CW Putra.Kempen `Hari Tanpa Tali Leher' yang bermula pada setiap Isnin sejak Februari tahun lalu diteruskan dengan `Hari Tanpa Mesyuarat' pada hari yang sama, berkuat-kuasa serta-merta. Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail berkata, sempena kempen itu, kerajaan negeri menetapkan bahawa setiap Isnin menjadi hari untuk semua pentadbir serta penjawat awam negeri memberi sepenuh tumpuan dan fokus kepada pelanggan.Katanya, pada hari tersebut, ketua-ketua jabatan negeri serta persekutuan tidak dibenarkan mengadakan sebarang mesyuarat bagi memberi peluang untuk mereka turun padang bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat tanpa mengira peringkat.“Pada hari Isnin, mereka (ketua jabatan) tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang mesyuarat kecuali ianya terlalu mustahak dan perlu diberi keutamaan.“Saya berharap agar ketua-ketua jabatan khususnya dapat mematuhi dan menjadikan hari Isnin ini sebagai hari untuk mereka turun kelapangan bertemu dengan pelanggan-pelanggan dan cuba menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat,” katanya. Beliau ditemui pemberita pada Majlis Menandatangani Kain Rentang Solidariti Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Tambah Wan Nawawi, dengan adanya keputusan sebegitu, ianya akan memberi kebebasan kepada ketua-ketua jabatan untuk bertemu secara langsung dengan pegawai-pegawai di peringkat bawah.“Sudah sampai masanya untuk kakitangan kerajaan sentiasa bersama dengan rakyat bagi memahami apakah permasalahan sebenar yang berlaku di peringkat bawah.“Hari tanpa tali leher dan mesyuarat ini diharapkan juga dapat menjadi satu hari yang bebas dan boleh dijadikan sebagai salah satu platform kepada ketua-ketua jabatan untuk turut bersama dengan kakitangan,” katanya.
15 Feb 17
47
Empty Image
Titans Terus Mara
Pemain T-Team meraikan kemenangan dalam perlawanan menentang ATM selepas menundukkan pasukan tersebut dalam kelayakan penalti di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.  Titans mara ke pusingan ketiga dalam saingan Piala FA selepas berjaya menundukkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 4-2 menerusi penentuan penalti di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.Ternyata tuah lebih memihak kepada pasukan tuan rumah apabila penjaga gol, Muhammad Izzuddin Muhamat Hussin muncul wira selepas berjaya menepis rembatan oleh Sirojiddn Rakhmatlaev sebelum Mohd Nor Hakim Hassan menyempurnakan sepakan penalti kelima.Penentuan penalti tersebut dilakukan apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 sebaik wisel penamat dibunyikan.Ketua jurulatih T-Team, Rachmat Dermawan berkata, T-Team bejaya mencari rentak untuk menyamai kedudukan selepas melakukan perubahan pada separuh masa kedua.“Untuk separuh masa pertama, mutu permainan yang ditunjukkan oleh pasukan kurang baik tetapi pada separuh masa kedua kita melakukan pertukaran pemain serta mengubah sedikit corak permainan agar menjadi lebih baik.“Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan permainan, selain motivasi yang ditunjukkan oleh para pemain sebab sepertimana yang kita tahu, pasukan kita hanya sempat berehat selama dua hari sahaja sebelum perlawanan ini, berbanding pihak lawan pula mempunyai masa selama tiga hari untuk berehat,” katanya.Dalam perlawanan itu, pelawat terlebih dahulu membuka jaringan apabila pengadil perlawanan, P Jeevanathan menghadiahkan sepakan penalti akibat Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris mengasari Zainal Jakaria pada minit keenam dan gol berjaya disempurnakan oleh Pavel Smolyachenko.Pada minit ke-29, peluang untuk memecah benteng pertahanan pihak lawan hadir namun Dilshod Sharofetdinov gagal menyempurnakan hantaran daripada Mahamadou Samassa apabila rembatannya melepasi palang.Lima minit selepas babak kedua bermula, Farhod Tadjiev menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti apabila Mohamad Noraiman Talib menjatuhkan Mohd Nor Hakim Hassan dalam kotak penalti.Sepakan penalti yang diambil oleh Samassa pada minit ke-112 gagal disudahkan apabila tendangannya dapat dibaca oleh penjaga gawang pihak lawan, Mohamad Hafizuddin Azuhar. Kemenangan dalam penentuan penalti tersebut melayakkan T-Team mara ke pusingan seterusnya mengikuti jejak Terengganu yang turut layak apabila menang dalam perlawanan menentang Felcra FC 1-0.Undian bagi 16 pasukan yang layak mara ke pusingan ketiga Piala FA dijangka pada 19 Februari nanti.
14 Feb 17
296
Empty Image
Terengganu Perkenal Insentif Subsidi Rumah RM40,000 Bawah Program TerengganuKu
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika berucap di Majlis Ucap Negeri di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh: Zulkifli C.W PutraKerajaan negeri memperkenalkan insentif pengurangan harga jualan pangsapuri dengan pemberian subsidi sebanyak RM40,000 di bawah program TerengganuKu bagi menggalakkan belia di bawah umur 40 tahun yang sudah berumahtangga untuk memiliki rumah pertama.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, inisiatif itu melibatkan 407 unit Pangsapuri Ladang Tok Pelam di Kuala Terengganu dan 144 unit Pangsapuri Bandar Baharu Kerteh di Kemaman.“Tawaran ini untuk membantu orang muda mempunyai aset di kawasan yang strategik. Di Ladang Tok Pelam, harga asal pangsapuri adalah sekitar RM225,000 hingga RM248,000 bergantung kepada aras dan pemandangan. “Tetapi, selepas pemberian subsidi sebanyak RM40,000 harga yang ditawarkan untuk pembelian unit pangsapuri di sini hanyalah pada harga RM185,000 seunit,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ucap Negeri 2017 di Dewan besar, Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Mohd Zubir Embong.Katanya, bagi syarat pelaksanaan kaedah sewa beli Pangsapuri Ladang Tok Pelam, kerajaan negeri bersetuju mengurangkan kadar sewa dengan kaedah baharu iaitu tempoh empat tahun dengan kadar sewa dikenakan sebanyak RM550 sebulan (termasuk bayaran sewa sebanyak RM350 dan bakinya bayaran penyelenggaraan).Menurut Ahmad Razif, setelah diberi subsidi dengan jumlah yang sama, harga jualan untuk Pangsapuri Bandar Baharu Kerteh juga telah menurun kepada RM157,000 seunit berbanding harga asal RM197,000.Katanya, kerajaan negeri melalui Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri pemilik projek  Pangsapuri Ladang Tok Pelam melantik Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) selaku agen pemasaran kepada projek ini yang memainkan peranan dalam menguruskan proses jual beli sehingga kepada penubuhan badan pengurusan pangsapuri.
13 Feb 17
161
Empty Image
Groin Atau Pemecah Ombak Atasi Hakisan Pantai Mengabang Telipot
Kerajaan negeri sedang menunggu laporan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sama ada untuk menggunakan konsep groin atau pemecah ombak bagi menangani hakisan Pantai Mengabang Telipot.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, beberapa persediaan awal telah diambil termasuk menambak di sepanjang pantai yang terhakis."Bagaimanapun soal fenomena alam ini mengakibatkan hakisan terus berlaku, ditambah dengan tiupan angin monsun."Namun, kita juga turut berdepan dengan kekangan berikutan kajian yang dijalankan agensi berkenaan memerlukan masa."Berdasarkan hasil kajian awal kita mempunyai dua cadangan iaitu membina pemecah ombak dan groin,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir membuat tinjauan hakisan Pantai Mengabang Telipot, Kuala Nerus, petang tadi.Bagaimanapun, sebagai langkah penyelesaian sementara, kerajaan negeri bersetuju untuk membina dinding pantai seperti mana yang dilaksanakan di Pantai Cahaya Bulan, Kelantan."Kita lihat konsep dunding pantai yang dilaksanakan di Kelantan berkesan untuk mengurangkan masalah hakisan di kawasan tersebut,"katanya.
13 Feb 17
854
Empty Image
Pejabat Sekretariat Permata Zon Utara Dilancar
Ahmad Razif menandatangani plak sebagai simbolik pelancaran Pejabat Sekretariat Permata Zon Utara, di Universiti Utara Malaysia di Sintok Kedah. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailMenteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman semalam (11 Februari) melancarkan pembukaan Pejabat Sekretariat Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) Zon Utara, bertempat di Taman Universiti, UUM Sintok, Kedah.Inisiatif itu bagi meningkatkan kemudahan dan kebajikan mahasiswa anak Terengganu di sekitar yang sedang menimba ilmu di beberapa intitusi pengajian tinggi awam di utara tanah air, khususnya Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis.Ketika berucap melancarkan sekretariat berkenaan, Ahmad Razif berkata, pejabat itu bolehlah dijadikan 'one stop centre' untuk menawarkan perkhidmatan tertentu kepada anak Terengganu yang berada di utara tanah air."Kita lakukan transformasi dalam semua perkara, termasuk pentadbiran. Kita bukan sekadar memberi perkhidmatan tetapi menawarkan perkhidmatan," katanya.Majlis itu dihadiri lebih 1,000 pelajar anak Terengganu.Hadir sama, Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Dato' Muhammad Pehimi Yusof (bapa angkat persatuan mahasiswa Terengganu UUM), Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman, Pengarah Yayasan Terengganu, Mohamad Sulong, pegawai kerajaan berkaitan dan pegawai pentadbiran universiti terlibat.Menteri Besar meminta supaya agensi agensi kerajaan menawarkan perkhidmatan tertentu secara berjadual bulanan di pejabat sekretariat itu seperti Yayasan Terengganu, Yayasan Pembangunan Keluarga, Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Yayasan Pembangunan Usahawan dan lain-lain seperti yang telah diwujudkan di Pejabat Sekretariat Anak Terengganu Lembah Kelang."Para pelajar perlu bersyukur kerana hari ini telah banyak kemudahan dan peningkatan taraf hidup berbanding masa lalu, semuanya itu hasil perjuangan dari para pemimpin negara dan negeri, " katanya.Apa yang penting tambahnya, hadapilah apa jua cabaran dengan tabah dan yakin kerana ujian ujian yang sentiasa wujud dalam negara dan di peringkat antarabangsa adalah sebagai sebahagian dari perjuangan yang perlu ditangani bersama selaras.dengan ajaran agama dan keyakinan kita kepada pertolongan Allah.
11 Feb 17
280
Empty Image
Jadikan Kejayaan Azizulhasni Contoh Terbaik
Kejayaan pelumba trek kebangsaan yang berasal dari Dungun, Azizulhasni Awang diharap menjadi pendorong kepada atlet berbasikal terutamanya pelumba Terengganu.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kejayaan beliau memenangi emas dalam acara pecut individu elit lelaki Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di New Delhi, India sesuatu yang amat membanggakan."Saya ucapkan tahniah kepada Azizulhasni, jaguh lumba basikal kerana memenangi pingat emas dan kejayaan beliau diharapkan menjadi pendorong utama kepada atlet basikal Terengganu agar dapat dicontohi serta mengikuti jejaknya."Saya juga yakin dan percaya bahawa beliau mempunyai masa depan yang sangat cerah sekali gus memperoleh kejayaan dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020," katanya.Jaguh trek negara, Mohd Azizulhasni Awang meraih pingat emas acara pecut individu elit lelaki pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) ke-35, di New Delhi, India, Jumaat lalu.Pemenang pingat gangsa acara keirin di Olimpik Rio 2016 itu meraih kemenangan 2-0 selepas mendominasi perlumbaan pertama dan kedua dengan catatan masa 10.451 saat dan 10.526 saat di Velodrom Indira Gandhi. Anak kelahiran Dungun itu menewaskan Tomoyuki Kawabata dari Jepun yang mencatat masa 10.543 saat dan 10.623 saat bagi dua perlumbaan. Sebagai rekod pelumba yang lebih dikenali sebagai The Pocket Rocketman itu pernah memenangi emas dalam acara pecut individu pada 2008, 2009 dan 2014.Ahmad Razif ditemui pemberita di Majlis Penyampaian Hadiah Bagi Acara Badminton Sempena Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia (PTIWRBNM) di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, semalam.Majlis dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak serta diiringi oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.Dalam program itu, Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) muncul sebagai juara bagi kategori Classic Plate.Dengan kemenangan tersebut, pasukan badminton Serikandi membawa pulang Piala Jelapang, medal serta hadiah iringan.
11 Feb 17
146
Empty Image
Terengganu Tubuh Bandar Koperasi Ogos Ini
Kerajaan negeri dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Terengganu akan membangunkan sebuah bandar baharu berkonsepkan koperasi yang dikenali Bandar Koperasi di tengah bandaraya Kuala Terengganu menjelang Ogos ini.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad berkata, kerajaan negeri bersetuju menawarkan 46 unit lot kedai di Ladang Tok Pelam untuk tujuan itu setelah memperoleh pembiayaan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).“Kerajaan negeri bersetuju mewujudkan Bandar Koperasi di Terengganu dengan cara membeli rumah kedai yang telah siap dibina oleh kerajaan negeri melalui Lembaga Tabung Amanah Warisan di Ladang Tok Pelam sebanyak 91 unit.“Daripada jumlah itu, kerajaan negeri bersetuju untuk menawarkan 46 unit kepada koperasi,” ujarnya kepada pemberita selepas menyempurnakn Majlis Perasmian Program Melestari Modal Insan Koperasi Sempena Promosi Program latihan Maktab Koperasi Malaysia 2017 di TH Hotel, hari ini.Turut hadir, Pengarah SKM Terengganu, Mohd Roslan Awang.Menurut Nawi, permohonan pembiayaan sebanyak RM60 juta dengan pihak kementerian akan dibuat minggu hadapan.“Projek tersebut bakal menggunakan konsep yang sama seperti bandar koperasi pertama dan terbesar di dunia iaitu di Bronx, New York, Amerika Syarikat,” ujarnya.
08 Feb 17
100
Empty Image
Tiga Stesen Minyak Bakal Dibuka Di LPT 2
Kerajaan negeri meluluskan tanah kepada sebuah syarikat petrolium baģi membolehkan tiga stesen minyak dibuka di Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2) dalam tempoh terdekat.Pengerusi Jawatankuasa Infrasuktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau, Ir Rosli Othman berkata, stesen minyak itu akan dibuka di kawasan Hentian Rawat dan Rehat (R&R) masing-masing satu di Perasing dan dua di Paka.Katanya, kerajaan negeri dimaklumkan pembinaan tiga stesen minyak itu dijangka akan mengambil masa selama setahun."Permohonan tanah dari syarikat petrolium itu dibentang dan diluluskan pada mesyuarat Exco yabg diadakan Rabu lalu," katanya ketika mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada majlis dialog dengan peniaga R&R Perasing, .Dalam perkembangan lain, Ir Rosli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik berkata, kerajaan negeri akan memperbanyaķkan pemasangan papan tanda dan penunjuk arah R&R Peransing bermula dari Gambang, Kuantan hingga ke lokasi hentian rehat.Katanya, kebanyakan pengguna tidak sedar terdapat R&R yang menjual makanan dan minuman selain surau, bilik mandi serta tandas disediakan di R&R Peransing."Disebabkan kurang pengunjung, 18 peniaga makanan dan minuman yang menjalankan perniagaan di R&R Peransing mengeluh."Hasil perbincangan diadakan antara kerajaan negeri dan Plus Malaysia Berhad, pihak itu bersetuju mengurangkan sebanyak 50 peratus kadar sewa gerai makanan dan minuman," katanya.Ir Rosli berkata, pengurusan Plus juga bersetuju untuk tidak menaikkan kadar sewa yang dikenakan antara RM550 dan RM350.
08 Feb 17
559
Empty Image
Masyarakat Cina Diminta Terus Menyokong Kerajaan BN
A Latif  bersama beberapa tetamu lain mengaul yee sang pada Majlis Ramah Mesra "Gong Xi Fa Cai", malam tadi Masyarakat Cina di Marang  diminta tidak berpecah belah dan terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.Ahli Undangan Negeri  (ADUN ) Pengkalan Berangan A.Latiff Awang, berkata masyarakat Cina memerlukan wakil rakyat yang kuat untuk menyuarakan keperluan serta kehendak kaum itu kepada kerajaan negeri dan pusat.Katanya, dia  yakin sokongan masyarakat Cina kepada kerajaan adalah padu.“Tidak mudah terpedaya dengan hasutan pembangkang sebaliknya menolak persepsi negatif pembangkang mengenai kerajaan, “ katanya.Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sains, Teknologi dan Tranformasi Kerajaan Negeri berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra "Gong Xi Fa Cai" peringkat  Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan di  Dewan SJKC Chong Hwa Wakaf Tapai, malam tadi.  Hadir sama Pegawai Daerah Marang, Zainal Abidin Mohamed,Kira-kira 800 tetamu masyarakatt Tiong Hwa dan Melayu hadir meraikan majlis yang dihidangkan pelbagai menu istimewa, termasuk yee sang, nasi minyak, kuih bakul dan pelbagai menu istimewa.
08 Feb 17
87