lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
TDM Berhad Perluas Rezab Tanah Sawit
TDM Berhad telah Memeterai Kepala Perjanjian (HOA) dengan Terengganu Incorporated Sdn Bhd untuk mengambil alih kepentingan 42.64 peratus di dalam Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd.Pengarah Urusan Kumpulan TDM, Dato' Mohamat Muda berkata, cadangan pengambilalihan itu akan meningkatkan pegangan saham semasa TDM di Ladang Rakyat dari 19.12 peratus (yang dipegang melalui anak syarikatnya) kepada 61.76 peratus.Katanya, Ladang Rakyat mempunyai kawasan ladang kelapa sawit seluas 11,467 hektar di negeri ini dengan putara profil umur pokok 9 tahun."Pada masa ini, kawasan kelapa sawit yang ditanam TDM adalah seluas 44,493 hektar dimana 31, 848 hektar berada di Terengganu dan 12, 645 hektar di Kalimantan Barat,Indonesia."Pengambilalihan ini secara tidak langsung akan meningkatkan jumlah kawasan penanaman kelapa sawit TDM di Terengganu dari 31,848 hektar kepada 43, 315 hektar," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pemeteraian HOA tersebut di Majlis Pelancaran Model Transformasi TDM Baharu (TTB) yang dirasmikan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Permai Hotel Kuala Terengganu, hari ini.Katanya, langkah ini juga akan membantu menurunkan purata profil usia pokok kelapa sawit TDM Terengganu menjadi13.9 tahun daripada 15.4 tahun, dan ianya dijangka akan meningkatkan hasil pengeluaran di masa hadapan.Menurut beliau, pengambilalihan itu juga selaras dengan hasrat TDM Berhad ke arah matlamat keluasan kawasan tanaman seluas 100,000 hektar."Ia juga sesuai dengan matlamat untuk menjadi salah satu pengeluar utama minyak sawit lestari yang diiktiraf dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang).Dalam pada itu katanya, sempena majlis pelancaran Model Tranformasi TDM, TDM menggariskan rancangan untuk mengembangkan serta meningkatkan kecekapan dalam bidang perladangan juga bahagian kesihatan."Penekanan juga diberikan bagi meningkatkan pembangunan modal insan serta penglibatan antara pihak berkepentingan dalam Kumpulan TDM."Model ini bertujuan menyokong semua pihak berkepentingan dalam rantaian nilai sawit bagi meningkatkan produktiviti untuk memenuhi matlamat pengeluaran ekonomi, disamping meningkatkan penjagaan ekosistem dan juga memberi faedah kepada kepentingan masyarakat setempat,"ujarnya.
27 Feb 17
272
Empty Image
THT Genggam Juara Piala TNB Kali Keempat Berturut-turut
Pasukan Hoki Terengganu (THT) terus melakar sejarah apabila berjaya menjulang Piala TNB buat kali keempat berturut-turut selepas menewaskan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) 5-4 menerusi penentuan penalti pada aksi final malam tadi.Dengan kemenangan itu, THT mengubat kekecewaan apabila gagal muncul johan Liga Perdana sekali gus mempertahankan gelaran juara berganda yang turut dimenangi sejak 2014.Pada aksi final berkenaan, penentuan penalti terpaksa dilakukan apabila kedua-dua pasukan terikat 4-4 sehingga tamat perlawanan.Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tun Razak, Kuala Lumpur itu menyaksikan KLHC terlebih dahulu membuka jaringan melalui Anton Poul Fritz Ebeling pada minit kesembilan.Tiga minit berselang, skuad kendalian Sarjit Singh menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Jang Jonghyun.Bersambung suku kedua, Muhammad Razie Abdul Rahim meletakkan KLHC kembali dihadapan pada minit ke-19.Pada minit ke-25, KLHC terus mara apabila Ebeling berjaya menundukkan penjaga gawang THT, Muhamad Hazrul Faiz Ahmad Sobri melalui pukulan sudut penalti.Namun demikian, THT kembali bangkit di suku ketiga perlawanan sekali gus menyamakan kedudukan hasi daripada pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Jang Jonghyun pada minit ke-35 dan 49.Melihat kebangkitan THT, KLHC sekali lagi menjarakkan diri nelalui Mohd Syamim Mohd Yusof menerusi penalti stroke pada minit ke-53.Bagaimanapun, kegembiraan KLHC tidak bertahan lama apabila THT sekali lagi menyamakan kedudukan menerusi Nicolas Enrique Della Torres enam minit kemudiaan menyebabkan kemenangan terpaksa ditentukan melalui penentuan penalti.Kemenangan kali keempat tersebut membolehkan THT membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000, piala iringan serta medal.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman turut sama berkongsi detik gembira itu dan menyampaikan hadiah kemenangan kepada pasukan negeri berkenaan.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat.
26 Feb 17
70
Empty Image
Shahrul Dominasi Pelumba Terpantas Malaysia LTdL
Shahrul masih meneruskan rentak kayuhan apabila masih dinobatkan sebagai Pelumba Terbaik Malaysia. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Pusingan kelima saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) dari Meru Raya, Perak – Kuala Kubu Baru, Selangor sejauh 151.5 kilometer menyaksikan Mohd Shahrul Mat Amin dari Terengganu Cycling Team (TSG) terus mengungguli carta pelumba Malaysia.Dengan catatan masa keseluruhan 19 jam 58 saat, Shahrul, 28, muncul sebagai Pelumba Terbaik Malaysia buat empat peringkat berturut bermula daripada peringkat kedua.Untuk pusingan tersebut, Ryan Gibbons dari Team Dimension Data masih mengekalkan jersi kuning yang diperolehinya bermula di peringkat kedua dengan catatan masa keseluruhan 18 jam 53 minit dan enam saat selain turut dinobatkan sebagai Raja Pecut.Bagi gelaran Raja Bukit pula, John Kronborg Ebsen dari pasukan Infinite AIS Cycling Team masih mengekalkan jersi tersebut sejak daripada peringkat kedua,  manakala Jersi Putih pula masih lagi kekal untuk pelumba dari Vino Astana Motors, Yevgeniy Gidich.Seramai 107 pelumba dari 19 pasukan beraksi di LTdL 2017 yang bermula 22 Februari sehingga 1 Mac ini yang membabitkan lapan peringkat perlumbaan sejauh 1,222 km.Peringkat keenam pada 26 Februari bakal bermula dari Senawang, Negeri Sembilan ke Muar, Johor dengan jarak sejauh 176.3 kilometer .
26 Feb 17
139
Empty Image
Gejala Ponteng 'Ibu' Segala Masalah Disiplin
Semua sekolah di Terengganu diminta menubuhkan Jawatankuasa Pemuafakatan Pasukan Anti Ponteng bagi menangani gejala ponteng di negeri ini,Jawatankuasa membabitkan pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), komuniti dan polis itu perlu bergerak secara bersepadu dalam usaha menangani gejala itu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata operasi pencegahan ponteng bukan berkonsep menangkap tetapi memujuk pelajar untuk kembali ke sekolah meneruskan pelajaran.''Penubuhan pasukan itu sebagai kaedah menarik pelajar datang ke sekolah.Gejala ponteng sekolah dianggap 'ibu' kepada rangkaian masalah disiplin dan salah laku pelajar kerana mereka akan terbabit dengan pelbagai aktiviti negatif, termasuk masalah penagihan dadah,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Persekutuan di Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng, Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.Seramai 214 pelajar yang berkelayakan bersama ibu atau bapa untuk menerima bantuan persekohan bernilai RM100 bagi setiap pelajar.  Ahmad Razif turut memberitahu, masalah ponteng perlu ditangani secara bersepadu dan strategik dengan meneruskan usaha pencegahan dan pemulihan menerusi pelbagai  kempen  hadir ke sekolah.Katanya, gejala salah laku ponteng berkait rapat dengan meruncingnya disiplin di sekolah akibat pelajar terpengaruh dengan amalan negatif di luar kawalan guru.''Pihak sekolah dengan kerjasama ibu bapa diminta bersama-sama  meneruskan kempen anti ponteng  dan memantau  kegiatan pelajar.“Walaupun peratus kes salah laku disiplin dianggap masih rendah tetapi usaha menanganinya perlu ditangani dengan serius dan bersungguh-sungguh,”katanya..
25 Feb 17
325
Empty Image
MB Hadiri Kenduri Sambut Menantu Ahmad Said
Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman hadir ke Majlis Sambut Menantu Bekas Menteri Terengganu Dato' Seri Ahmad Said di kediamannya di Kijal, Kemaman, tengahari tadi.Menteri Besar hadir kira-kira jam 1 petang untuk meraikan majlis perkahwinan anak ketiga Ahmad Said, Mohd Asyraf Farhan Ahmad dengan pasangannya, Athirah Abu Zahrin.Kelihatan juga di majlis itu ialah Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek dan beberapa exco kerajaan negeri serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu.
25 Feb 17
755
Empty Image
TSG Teruskan Rentak Penguasaan
Shahrul dinobatkan sebagai Pelumba Terbaik Malaysia untuk pusingan kedua LTdL 2017 yang berakhir di Gerik, Perak. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Shahrul Mat Amin meneruskan rentak kejayaan apabila diumumkan Pelumba Malaysia Terbaik di peringkat kedua, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 hari ini.Perlumbaan yang bermula dari Jerteh, Besut ke Gerik, Perak sejauh 208.1 kilometer tersebut, Shahrul merangkul kemenangan itu dengan catatan masa keseluruhan lapan jam dan 35 saat.Pada peringkat pertama dari Bandar Kuala Berang berakhir di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu semalam, dua pelumba TSG, Nur Amirull Fakhruddin Mazuki dan Mohd Zamri Salleh terlebih dahulu mengukir nama apabila masing- masing mendapat gelaran Raja Bukit dan Pelumba Malaysia Terbaik.Ketua Pengarah Eksekutif TSG, Ahmad Farhan Abdul Wahab berkata, untuk pelumbaan peringkat ketiga, persediaan TSG sedikit terjejas apabila terpaksa mempertaruhkan lima pelumba berikutan seorang pelumba utama pasukannya terlibat dalam kemalangan pada saingan peringkat kedua hari ini.“Mohd Hariff Saleh telah menghadapi kemalangan dalam perlumbaan hari ini dan dengan kecederaan yang dihadapinya, beliau terpaksa menarik diri.“Untuk pusingan ketiga esok, TSG hanya akan dianggotai oleh lima pelumba. Ianya sedikit sebanyak akan menjejaskan persediaan yang telah kita lakukan namun kita akan sesuaikan dengan keadaan dan mengatur strategi untuk mengekalkan penguasaan,” katanya ketika dihubungi Teganukita.Dalam perlumbaan peringkat kedua itu, Travis McCabe dari United Health Care Pro Cycling Team muncul sebagai juara dengan catatan masa lima jam empat minit dan 41 saat.Jersi kuning milik pelumba dari Isowhey Sports Swisswellness, Scott Sunderland pula berpindah hak milik kepada Ryan Gibbons dari Team Dimension Data yang turut menyarung jersi raja pecut.Gelaran Raja Bukit pada saingan kedua pula dirampas kepada John Kronborg Ebsen dari Infinite AIS Cycling Team manakala jersi putih dimenangi oleh pelumba dari Vino Astana Motors, Yevgenly Gidish.LTdL 2017 yang membuka tirainya semalam di Kuala Berang berakhir pada 1Mac nanti menghimpunkan seramai 114 pelumba dari 19 membabitkan lapan peringkat perlumbaan sejauh 1,222 km.
23 Feb 17
58
Empty Image
Terengganu Belanja RM900 Ribu Baiki Jalan Aring - Kuala Berang
Kerajaan negeri membelanjakan RM900 ribu setahun untuk menyelanggara Jalan Gua Musang-Aring-Kuala Berang yang rosak teruk akibat menjadi laluan lori bijih besi terlebih muatan.Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang berkata, jalan di laluan itu terjejas sejak 10 tahun apabila menjadi laluan utama kepada pengusaha-pengusaha bijih besi dari Gua Musang untuk menghantar bahan galian mereka ke Pelabuhan Kuantan.Katanya, keingkaran pengusaha bijih besi yang membawa muatan itu menggunakan lori melebihi had yang ditetapkan menyebabkan kerosakan di laluan Gua Musang-Aring-Kuala Berang."Syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) untuk pengusaha bijih mengangkut bijih menggunakan lori adalah seberat 40 metrik tan."Namun begitu, mereka memuatkan bijih besi melebihi had sehingga ada yang bawa sehingga 90 metrik tan."Ini yang menyebabkan kualiti jalan rosak dan juga menghasilkan gegaran yang memberi kesan kepada lereng-lereng bukit dan akhirnya boleh menyebabkan runtuhan tanah sama ada berskala kecil, sederhana atau besar," kata Tengku Putera.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Program Salam Qaseh Sempadan Daerah Hulu Terengganu-Kelantan 2017, di Pusat Konservasi Gajah, Sungai Deka, Hulu Terengganu, hari ini.Majlis itu disempurnakan  Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat.Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh, Kelantan, Dato' Paduka Norzula Mat Diah, Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Dato' Muda Mamat, Pengarah Penyiaran  Negeri Terengganu, Nordin Sulaiman dan Ketua-ketua Jabatan.Menurut Tengku Putera lagi, kos berulang terpaksa ditanggung oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi membaiki jalan yang rosak setiap tahun."JKR sudah belanjakan lebih kurang RM900,000 setahun bagi membaiki jalan yang berlubang tapi perkara yang sama tetap berlaku apabila lori 'durjana' melalui jalan tersebut, ianya akan kembali rosak."Kita minta pihak berwajib sekiranya  ada operasi penguatkuasaan,jika didapati bersalah, mereka ini harus dikenakan denda yang maksimum kerana jika terlalu rendah, tidak memberi kesan yang mendalam kepada pengusaha-pengusaha bijih besi,"katanya.Tambahnya, masalah kerosakan jalan ini turut menjadi punca mengapa laluan Aring kurang popular di kalangan pengguna jalan raya."Apabila jalan berlubang, banyak rosak atau ada runtuhan maka para pengguna jalan raya akan merasa takut untuk menggunakan laluan tersebut atas faktor keselamatan."Jadi mereka mengambil alternatif menggunakan laluan lain yang lebih selamat walaupun memakan masa dan jarak yang lama sedangkan laluan Aring merupakan laluan terdekat ke Gua Musang, Cameron Highland dan Perak,"katanya.Sementara itu, Norzula berkata, sama ada tempoh moratarium perlu dikenakankepada penguasa bijih besi berkenaan seperti pengusaha bauksit di Pahang, sewajarnya ia perlu dilaksanakan oleh Kerajaan Pas Kelantan."Tapi apa yang dilihat setakat hari ini, kerajaan negeri tidak melakukan sebarang penguatkuasaan terhadap pengusaha bijih besi berkenaan."Ini adalah satu di antara yang menyebabkan mereka semua  bermaharajalela dan tidak bertanggungjawab ke atas kerosakan yang berlaku di sepanjang laluan berkenaan," katanya.
23 Feb 17
276
Empty Image
Sedia RM171.4 Juta Salur Bekalan Air Bersih Kepada Penduduk Luar Bandar
Sebanyak RM171.4 juta diperuntukan sepanjang tahun ini bagi menyediakan kemudahan bekalan air bersih bagi keperluan penduduk luar bandar di Semenanjung.Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Dr Ahmad Jailani  MuhamedYunus berkata, sebahagian peruntukan itu  disalurkan bagi pelaksanaan projek sistem Retikulasi bekalan air di kawasan luar bandar di seluruh negara, tidak termasuk Sabah dan Sarawak.Beliau memberitahu, pada tahun ini, kementeriannya menyasarkan kira-kira 1,000 buah rumahmendapat manfaat daripada sistem Retikulasi seumpama itu.Manakala sepanjang tahun lalu, jelas beliau, sejumlah RM58 juta diperuntukkan bagi penyediaansistem Retikulasi bekalan air di kawasan luar bandar di seluruh Semenanjung yang melibatkan1,042 buah rumah."Untuk projek tahun lalu, sistem Retikulasi ini telah mula dilaksanakan pada pertengahan tahunlalu di kawasan luar bandar di Semenanjung sahaja dan sehingga kini, hampir 97 peratus siapuntuk dimanfaatkan," katanya.Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Projek SistemRetikulasi Bekalan Air Luar Bandar Negeri Terengganu dekat sini hari ini yang disempurnakanoleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan negeriyang juga Ketua UMNO Bahagian Marang, A. Latiff Awang.Yang turut hadir, Ketua Wanita UMNO Bahagian Marang, To' Puan Zaitun Mat Amin; PegawaiKemajuan Negeri, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu, Datuk Nik NasarudinMohd. Zawawi dan Pengurus Kanan, Perancangan dan Pembangunan Syarikat Air TerengganuSdn. Bhd. (Satu), Ir. Mohd. Zukri Senik.Dalam pada itu, A. Latiff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkalan Beranganberkata, kerajaan negeri merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kementerianberkenaan atas keprihatinan menyediakan kemudahan bekalan air bersih kepada penduduk luarbandar di Terengganu.Beliau memberitahu, tahun lalu, sebanyak 426 keluarga yang membabitkan 26 buah kampung dikawasan pedalaman negeri ini menikmati kemudahan sistem Retikulasi melibatkan peruntukanberjumlah RM4.2 juta."Di sekitar Marang saja, sebanyak 139 keluarga dari lima buah kampung telah mendapat manfaatdaripada sistem Retikulasi ini yang diusahakan oleh KKLW (Kementerian Kemajuan Luar Bandardan Wilayah) dengan kerjasama Satu," ujarnya.
23 Feb 17
582
Empty Image
MCP Sasar GRP Diguna Pakai Seluruh Malaysia Sebelum RMK11
Timbalan Ketua Pengarah MPC, Dato’ Abdul Latif Abu Seman berkata sesuatu pada sidang media Majlis Perasmian Seminar Amalan Baik Peraturan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. PutraPerbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) menyasarkan pelaksanaan inisiatif Amalan Baik Peraturan (GRP) diguna pakai di seluruh negara sebelum berakhirnya pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-11.Timbalan Ketua Pengarah MPC, Dato’ Abdul Latif Abu Seman berkata, GRP diperkenalkan sejak 2016 di peringkat Persekutuan sebelum diperluaskan di seluruh negeri secara berperingkat-peringkat.Katanya, inisiatif tersebut telah diperkenalkan di tiga negeri iaitu Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu tahun lalu sebelum diperluaskan ke Sarawak, Perak dan Pahang tahun ini.“GRP diperkenalkan untuk memastikan setiap peraturan baharu diwujudkan atau semakan kepada peraturan yang sedia ada dapat dilaksanakan dengan lebih teliti, tepat dan komprehensif.“Peraturan yang baik bukan sahaja membantu pertumbuhan ekonomi, inovasi, daya saing, produktiviti dan mewujudkan peluang pekerjaan malah berperanan penting dalam melindungi kesihatan awam, kebajikan, keselamatan dan alam sekitar,” ujarnya.Beliau berkata demikian pada pemberita pada Majlis Perasmian Seminar Amalan Baik Peraturan Negeri Terengganu yang disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Zulkifli Ali dan Setiausaha Bahagian (Kerajaan Tempatan), Jusman Ibrahim. Kira-kira 300 peserta yang terdiri daripada pegawai tadbir di semua jabatan dan agensi kerajaan negeri dan Persekutuan serta Pihak Berkuasa Tempatan hadir ke seminar tersebut.Abdul Latif berkata, Terengganu merupakan antara negeri terawal yang menerima pakai inisiatif ini dan bersetuju melaksanakannya menerusi Dasar Pembangunan dan Perlaksanaan Peraturan Negeri Terengganu.Dalam pada itu katanya, MPC akan terus mengkaji peraturan-peraturan sedia ada bagi memansuhkan peraturan yang tidak lagi relevan, selain memudahkannya untuk meningkatkan kecekapan dan mengurangkan beban peraturan."Bagi tujuan tersebut, kita telah lakukan pelbagai inisiatif untuk memperbaiki dan meminda peraturan di Malaysia dengan memastikan GRP untuk meningkatkan kualiti peraturan baharu dan sedia ada," ujarnya.
22 Feb 17
75
Empty Image
Diskaun Bayaran Cukai Pintu Untuk Premis Sempena VBT 2017
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menawarkan diskaun bayaran cukai pintu bagi premis perniagaan dan pejabat yang mengecat dan meningkatkan pencahayaan sempena Tahun Melawat Terengganu 2017, bermula tahun ini sehingga tahun hadapan.Datuk Bandar MBKT, Zulkifli Abu Bakar, berkata insetif itu diberikan kepada pemilik premis dan bangunan yang membantu pihak bekuasa tempatan itu merealisasikan usaha murni sempena memeriahkan sambutan Visit Beautiful Terengganu 2017.“Ini juga merupakan satu galakan kepada pemilik untuk menceriakan bangunan mereka dengan mengecat dan memasang lampu berwarna-warni yang menghiasi suasana malam serta  seterusnya dapat meningkatkan keindahan dan keceriaan Bandar Raya Kuala Terengganu.“Usaha yang dibuat ini juga dapat memberi gambaran bahawa Bandar Raya Kuala Terengganu tidak mengalami kereputan bandar `urban decay’ kerana bangunannya dipelihara dan sentiasa dicat baru,” katanya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.Zulkifli berkata, kadar diskaun yang diberikan ialah sebanyak 15 peratus bagi mengecat premis dan memasang lampu hiasan. Bagaimanapun, bagi mengecat bangunan  sahaja  sebanyak 10 peratus dan lima peratus untuk yang memasang lampu hiasan sahaja. Katanya, diskaun-diskaun itu diberikan terhadap cukai pintu tahun semasa.Tambahnya lagi, bagi mendapatkan pemberian diskaun pemilik bangunan terlibat dikehendaki menjelaskan bayaran cukai pintu bagi tahun semasa dan tunggakan terlebih dahulu. Menurutnya, pemilik juga perlu mengemukakan permohonan secara bertulis kepada majlis dan membuktikan kepada pihaknya yang bangunan tersebut sudah dicat baru atau pemasangan lampu hiasan atau kedua-duanya sekali dangan menyertakan gambar terbaru.
22 Feb 17
116