Artikel "Utama" Terkini
Azizulhasni dan Siti Rahmah Dinobat Olahragawan, Olahragawati Terengganu
Ahmad Razif (tengah) bersama pemenang Anugerah Sukan Negeri Terengganu 2015/2016 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, malam tadi. Foto Oleh: Zulkifli C.W. PutraPelumba trek kebangsaan Mohd Azizulhasni Awang dan jaguh silat negara Siti Rahmah Mohamed Nasir dinobat sebagai Olahragawan dan Olahragawati Terengganu 2015/2016 dalam majlis Anugerah Sukan Negeri Terengganu di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi.Kejayaan itu membolehkan Azizulhasni dan Siti Rahmah membawa pulang wang tunai RM7,000 beserta piala pusingan, piala iringan serta sijil kepujian. Persatuan yang mereka naungi pula masing-masing menerima RM2,000.Azizulhasni,29, yang memenangi gelaran itu buat lima kali berturut-turut diwakili ibunya Selamiah Yong, kerana sedang menjalani latihan di Australia sementara Siti Rahmah, 30, hadir menerima anugerah yang disampaikan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Kejayaan Azizulhasni yang menggondol pingat gangsa acara Keirin dalam temasya Sukan Olimpik Rio 2016 iaitu pencapaian anak Terengganu pertama memperoleh pingat dalam sukan Olimpik, dan pingat gangsa (keirin) kejohanan World Championship (Yvelines) melayakkan beliau mendapat pengiktirafan tertinggi tersebut.Altet kelahiran Dungun itu menewaskan calon lain termasuk pemenang Olahragawan 2013/2014 Mohd Hafifi Mansor (Angkat Berat), Mohamad Fairus Abd Jabal (Lawn Bowls), Razak Ghazali (Pencak Silat) dan Mohd Nafiizwan Mohd Adnan (Skuasy).Sementara itu, Siti Rahmah membuat kejutan apabila dipilih sebagai Olahragawati Terengganu selepas kejayaan mendapat pingat emas di kejohanan Pencak Silat Dunia 2016 di Bali Indonesia.Pemilihan Siti Rahmah mengetepikan penyandang Olahragawati edisi lalu Fatehah Mustapa (Berbasikal) serta calon lain Alia Sazana Azahari (Menembak), dan Siti Nor Farhana Mustafa (Bola Jaring).Muhammad Azizi Shamsuddin daripada sukan Muay Thai dan Nur Durriyah Damian (golf) masing-masing dipilih sebagai olahragawan dan olahragawati harapan dan membawa pulang RM2,500, piala pusingan, piala iringan dan sijil kepujian. Mohamad Azwar Bakar@Ibrahim dan Siti Nor Athirah Mohd Anuar, kedua-duanya daripada sukan ping pong pula dipilih sebagai olahragawan dan olahragawati Paralimpik. Sementara itu, Anugerah Pasukan Lelaki Terbaik menjadi milik Terengganu Cycling Team (TSG) Le Tour De Langkawi 2016. Mohd Azemi Awang Chik dipilih sebagai penerima Anugerah Kepimpinan Sukan yang pertama kali diperkenalkan manakala Anugerah Pegawai Persatuan Sukan Terbaik dimenangi Ahmad Hisham Hassan daripada Persatuan Lawn Bowl Terengganu. Dalam pada itu, bekas Ketua Pengarah Sukan, Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Sayed Abu Bakar Syed Abdullah dinobatkan sebagai Tokoh Sukan Terengganu atas sumbangan beliau sebagai ahli sukan, pemimpin dan pentadbir sukan. Allahyarham Rozimi Omar (jurulatih Mountain Bike), Allahyarham Hamzah Yunus (Persatuan Menembak Terengganu), Allahyarham Ab Malik Musa Dali (Persatuan Petanque Terengganu), Allahyarham Azmi Muhammad (Persatuan Bola Baling Terengganu), Mendiang Tan Chong Huat (Panel Jurulatih Majlis Sukan Negeri Terengganu), masing-masing dipilih penerima Anugerah Jasamu Dikenang. Anugerah Jurulatih Terbaik menjadi milik Marjan Abdullah@Mohd (judo) manakala Persatuan Lumba Basikal Terengganu memenangi Anugerah Persatuan Terbaik serta Majlis Sukan Daerah Terbaik dimenangi Hulu Terengganu.Dan Anugerah Khas diberikan kepada Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun, Dato’ Din Adam yang terlibat aktif dalam kegiatan persatuan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat dengan mempengerusikan beberapa persatuan sukan dan kebajikan.
01 Mar 17
625
Terengganu Belanja RM29.9 Juta Taja Pelajar Ke Universiti Luar Negara
Ahmad Razif bersama lima pelajar cemerlang yang akan melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka di Jerman, pada pertengahan bulan ini. Foto oleh Zulkifli PutraKerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu (YT) memperuntukkan lebih RM29.9 juta bagi menaja seramai 468 anak Terengganu menyambung pelajaran ke universiti luar negara bagi sesi pengajian 2016/2017. Daripada jumlah itu, lima pelajar akan ditaja melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka di Jerman, pada pertengahan bulan ini, membabitkan peruntukan RM182,000.Lima pelajar berkenaan Ahmad Azharul Azri Amri; Ahmad Nizam Najmi Abd Wahab; Amerul Atiq Yahaya; Abdul Latif Sa'id dan Mahirah Hanim Abdul Rahim masing-masing menerima wang pendahuluan berjumlah RM36,411.95.Ahmad Azharul Azri dan Mahirah Hanim akan melanjutkan pengajian di Universiti Sprachzentral Leipzig; manakala Ahmad Nizam Najmi, Amerul Atiq dan Abdul Latif masing-masing di Universiti Weilhem, Kassel dan Dusseldorf.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, 12 pelajar pula masih dalam tempoh menunggu untuk melanjutkan pengajian di University of Nottingham, United Kingdom pada September nanti.Katanya, seramai 12 pelajar kini sedang melanjutkan melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan, perubatan dan Aeroangkasa di universiti terkemuka di Jerman.“Pihaknya menerusi Yayasan Terengganu tetap meneruskan tajaan kepada mana-mana pelajar yang lulus cemerlang sama ada dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Matrikulasi ke universiti luar negara, biarpun berdepan kekangan ekonomi. “Adalah tidak benar dakwaan segelintir pihak bahawa kerajaan negeri sudah menghentikan penajaan pelajar cemerlang untuk melanjutkan pengajian ke luar negara kerana hakikatnya program ini tetap diteruskan, cuma jumlahnya berkurangan sedikit daripada kebiasaan," katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Diri kepada lima pelajar tajaan YT dalam bidang kejuruteraan ke Jerman di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang dan Pengarah YT, Mohamad Sulong.
01 Mar 17
383
Bina Persaudaraan Dalam Suasana Penuh Keampunan Allah SWT - MB
Barisan Jawatankuasa Induk dan Pelaksana Majlis Tilawah Al-Quran 1438H serta jemaah hakim. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyeru agar rakyat Terengganu tidak berpecah–belah, saling kasih– mengasihi, hormat–menghormati dan membina persaudaraan dalam suasana yang penuh keampunan, rahmat dan keredhaan Allah SWT.Beliau juga turut mengingatkan agar dalam pergaulan seharian, hendaklah kita membiasakan diri dengan ucapan–ucapan yang baik, kerana ucapan yang baik akan menghasilkan kebajikan."Ucapan–ucapan yang baik dapat menyuburkan kasih sayang sesama manusia, mengeratkan persaudaraan dan mencegah tipu daya syaitan yang sentiasa berusaha merapuhkan tali perhubungan dan menimbulkan persengketaan."Saya telah memulakan langkah, atas semangat dan prinsip TTB (Transformasi Terengganu Baharu), berurusan dengan baik, ziarah menziarahi mereka yang berbeza pendapat dan berbeza aliran politik dengan saya. Saya berharap, ianya dapat menjadi teladan yang baik dan menyumbang kepada pengukuhan ukhuwwah Islamiah yang sememangnya menjadi asas penyatuan ummah," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Terengganu Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1438H/2017M di Arena Merdeka, Dungun, semalam.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato' Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Wan Mohd Wan Ibrahim.Sementara itu, dalam majlis berkenaan, empat dari 12 peserta memperdengarkan bacaan mereka pada malam pertama iaitu Megat Ismashamri Megat Ismara (Besut), Esah Deraman (Hulu Terengganu), Wan Ahmad Tarmizi Wan Deraman (Kuala Terengganu), dan Nor Asiah@Norasid Ali (Dungun).Turut serta dalam tilawah itu ialah Johan Menunggu, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman dan Jannah Abd Rahman, Faridah Omar (Besut), Abdul Hadi Che Abdul Halim (Dungun), Fatimah Mat Ali (Setiu), Mohd Hafaz Ali (Marang), Rogayah Mohamad (Kuala Terengganu), Mohd Rifin Sulong (Kuala Terengganu), Abdul Alim Zakaria (Kuala Nerus) dan Halimah Ibrahim (Setiu).Dengan tema ‘Ukhuwwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah’, Ahmad Razif turut mengingatkan bahawa keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi selama ini adalah kerana perpaduan dan ikatan persaudaraan. "Sekiranya runtuh rumah yang dibina, akibat tindakan yang mengikut emosi dan tidak mengutamakan kepentingan umum, semua pihak akan rugi," katanya.
28 Feb 17
175
Penjawat Awam Sebagai Agen Pelaksana
Kerajaan negeri tidak akan bertoleransi dengan mana-mana penjawat awam yang melanggar undang-undang dan peraturan perkhidmatan dan pentadbiran negeri.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, penjawat awam seharusnya memainkan peranan sebagai agen pelaksana untuk memastikan kepercayaan dan keyakinan rakyat tidak hilang.Katanya, selaku penjawat awam, mereka juga perlu menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat."Penjawat awam yang bebas daripada sebarang salah laku mencerminkan pentadbiran sesebuah organisasi yang baik dan mencapai aspirasi kerajaan."Usaha kerajaan negeri adalah bagi membentuk masyarakat yang berintegriti dan boleh memberikan imej yang baik kepada kerajaan," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Menandatangai Ikrar Bebas Rasuah Dan Pelancaran Buku Kod Etika Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu di UiTM Dungun, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Dato' Shamshun Baharin Mohd Jamil dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee.Dalam ucapan tersebut, Ahmad Razif turut berharap agar pembudayaan integriti di kalangan penjawat awam akan berterusan dengan perancangan rapi serta komitmen yang padu daripada semua pihak.Beliau juga mahu supaya lebih banyak lagi jabatan dan agensi pentadbiran kerajaan negeri akan mengadakan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bagi mencapai ketelusan dalam penyampaian perkhidmatan awam, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik.
28 Feb 17
205
Anak Penoreh Getah Muncul Pelajar Terbaik STPM Negara
Kejayaan anak penoreh getah dari Kampung Bukit Payong ,Hulu Besut, yang tersenarai antara pelajar terbaik negara membuktikan sistem pendidikan malaysia tidak pernah membezakan taraf kehidupan keluarga.Siti Zubaidah Ismail, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong, Hulu Besut, membuktikan kemiskinan bukan halangan untuk bersaing dengan pelajar lain yang hidup serba mewah.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Asas Tani, perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato' Muhamad Pehimi Yusof berkata, kejayaan pelajar itu mampu memberi suntikan semangat kepada pelajar lain terutama mereka yang tinggal di luar bandar.Beliau berkata, selain Siti Zubaidah, seorang lagi pelajar dari daerah itu juga disenaraikan antara pelajar terbaik peringkat nasional serta tiga lagi di peringkat negeri.“Bagi pihak kepimpinan kerajaan di Daerah Besut, saya mengucapkan tahniah kepada kelima- lima pelajar terbabit kerana mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri dan juga negara,” katanya ketika menemui pelajar STPM Sekolah Menengah Seri Nering, Besut hari ini.Muhamad Pehimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih berkata, kerjasama berterusan antara pihak sekolah, ibu bapa, guru dan PIBG adalah resipi yang patut dikekalkan bagi meningkatkan mutu pendidikan di negeri ini.Beliau juga berharap supaya warga pendidik dan ibu bapa mengekalkan momentum, malah terus meningkatkan tahap kemajuan yang lebih baik pada setiap tahun dengan pelbagai penganjuran aktiviti pendidikan sama ada di sekolah atau luar sekolah.
28 Feb 17
343
Terengganu Kekal Terbaik STPM 2016
Sebahagian pelajar cemerlang STPM 2016 bersorak kegembiraan selepas mendapat keputusan itu di SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun, hari ini. Foto oleh Tg Syamim Tg IsmailTerengganu mengekalkan kecemerlangan sebagai negeri terbaik dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 untuk kali ketiga berturut-turut.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, seramai 2,254 calon STPM 2016 mencapai kejayaan cemerlang dan Terengganu merekodkan 2.85 Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) mengatasi PNGK nasional 2.71.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, seramai 70 calon mendapat semua A berbanding tahun lepas seramai 50 orang."Keputusan keseluruhan negeri menunjukkan dari segi prestasi sekolah, sebanyak 39 daripada 47 sekolah di negeri ini mengatasi PNGK kebangsaan 2.71."Malah, apa yang amat membanggakan seorang calon kita, Siti Zubaidah Ismail yang juga anak penoreh getah dari SMK Bukit Payong, Besut tersenarai antara pelajar terbaik Malaysia."Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu pula muncul sekolah terbaik Terengganu dengan PNGK minimum 3.27 ," katanya ketika mengumumkan keputusan STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Intan Zaharah, Dungun, hari ini.Turut hadir, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin dan Pegawai Pembangunan Dungun, Dato' Din Adam.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang (kiri) bergambar kenangan dengan Siti Zubaidah dan ibu bapanya selepas pelajar terbaik STPM Malaysia itu menerima anugerah yang disampaikan Menteri Pendidikan, di Hotel The Everly Putrajaya, hari ini. Ahmad Razif memberitahu, Kemaman muncul sebagai daerah terbaik bagi pencapaian semua A dan Besut pula mendapat semua Prinsipal.Beliau juga mengucapkan tahniah juga kepada Pejabat Pendidikan Marang kerana terbaik dalam pencapaian minimum PNGK iaitu 2.93 dan keseluruhan warga pendidik yang berkerja keras memastikan Terengganu sentiasa muncul sebagai negeri terbaik seluruh Malaysia.Tambahnya, dengan kejayaan tersebut, insentif segera diberikan kepada kesemua peajar yang memperolehi keputusan cemerlang itu.Katanya, kerajaan negeri membelanjakan hampir RM100,000 untuk 70 pelajar yang memperolehi semua A bagi STPM 2016 itu."Bagi 15 orang pelajar yang memperolehi keputusan semua A penuh dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00, mereka diberikan komputer riba. Manakala 55 lagi pelajar yang memperolehi semua A termasuk A- mereka diberikan tablet."Insentif-insentif lain akan diumumkan selepas ini di mana seperti sebelumnya RM500 automatik akan diberikan kepada mereka di atas kejayaan yang dicipta.Selain itu juga kerajaan negeri katanya akan memutuskan insentif kepada Siti Zubaidah dan sekolah-sekolah terbaik serta Pejabat Pelajaran Daerah terbaik, tidak lama lagi.
28 Feb 17
619
Terengganu Berhasrat Gabungkan GLC Teras Perniagaan Sama
Ahmad Razif (kanan) melihat dokumen yang disampikan Mohamat sempena pelancaran Model Transformasi TDM Baharu (TTB) di Permai Hotel Kuala Terengganu, semalam. Foto oleh Zulkipli CW PutraKerajaan negeri berhasrat menggabungkan beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mempunyai teras perniagaan sama.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pihaknya sedang membuat penilaiandan kajian terperinci untuk proses penggabungan mana-mana entiti yang ada persamaan.Katanya, penggabungan itu bukan sahaja sebagai usaha penjimatan dari segi pengurusan malah juga satu langkah dalam mendepani pelbagai cabaran terutama kos operasi yang semakin meningkat serta harga komoditi yang tidak menentu ketika ini.“Contohnya menggabungkan TDM Berhad dengan Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd yang signifikan dengan aktiviti perladangan. Begitu juga dengan hotel-hotel milik kerajaan negeri yang mungkin boleh digabungkan menjadi satu konsortium,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Model Transformasi TDM Baharu (TTB) di Permai Hotel Kuala Terengganu, semalam.Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan TDM, Dato' Mohamat Muda.Katanya, kerajaan negeri akan melihat kesamaan aktiviti-aktiviti perniagaan GLC miliknya supaya dapat diselaraskan.Dalam pada itu katanya, kerajaan negeri telah bersetuju dengan permohonan oleh TDM Berhad untuk mendapatkan tanah kosong yang dipunyai GLC lain di bawah naugannya.“TDM Berhad akan bekerjasama dengan GLC ini untuk mendapatkan semaksima yang boleh tanah-tanah yang dkenalpasti berpotensi dibangunkan bagi tujuan perladangan,” ujarnya.
27 Feb 17
53
Pasar Besar Dungun Akan Ditambah Baik
Ahmad Razif mendengar dan mencatat masalah diadukan peniaga Pasar Besar Dungun ketika kunjungan beliau ke premis perniagaan itu, pagi ini. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail Pasar Besar Dungun bakal diberi nafas baharu bagi menarik lebih ramai pelanggan dan meningkatkan ekonomi penduduk setempat.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri akan cuba membantu peniaga dan meneliti serta segera bertindak terhadap setiap aduan mereka termasuk mengenai kekurangan fasiliti di pusat perniagaan itu."Saya telah maklumkan kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun untuk mengambil tindakan sewajarnya dengan mengguna pakai konsep NBOS (Strategi Lautan Biru Kebangsaan) yang melibatkan semua agensi serta sebahagian daripadanya pula akan dibantu oleh GLC (syarikat berkaitan kerajaan)."Ini akan mengurangkan penggunaan peruntukan perbelanjaan oleh kerajaan sekali gus dapat menyelesaikan permasalahan yang sedang dihadapi," katanya.Beliau ditemui pemberita ketika melakukan lawatan di Pasar Besar Dungun, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Pegawai Daerah Dungun, Ibrahim Mohamad dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud.Tambah Ahmad Razif, selain dari penambahbaikan dari segi fasiliti, penempatan lokasi dan lot perniagaan di kawasan itu juga didapati kurang strategik.Katanya, kerajaan negeri akan melaksanakan pembaharuan dan kelainan supaya dapat memeriahkan suasana dan menarik lebih ramai pengunjung ke premis perniagaan itu nanti."Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah dengan mengadakan acara-acara berkonsepkan pelancongan dan kebudayaan. Jika perlu kita boleh adakan sebulan sekali pada setiap minggu pertama."Dengan adanya aktiviti sedemikian yang melibatkan kebudayaan sekurangnya mampu merancakkan lagi kehadiran orang awam sekali gus membantu peniaga di pasar ini," katanya.
27 Feb 17
480
Terengganu Mahu Bangunkan Universiti Sukan Pertama Negara
Ahmad Razif bersama Khairy bergambar dengan sebahagian peserta Dialog TN50 Zon Pantai Timur, di UiTM Dungun, malam tadi. Foto oleh Tg Syamim Tg IsmailTerengganu berhasrat menawarkan tapak di Taman Ilmu Tembila, Besut untuk dijadikan lokasi pembinaan universiti sukan pertama di negara ini.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pusat pendidikan yang sedang giat dibangunkan itu amat esuai bagi merealisasikan hasrat itu berikutan sudah dilengkapi bangunan dan kemudahan infrastruktur yang serba kondusif.“Lagipun kita sudah mempunyai sekolah sukan, jadi elok benar kalau kita ada universiti sukan pula. Kalau Yang Berhormat Khairy Jamaluddin hendak, maka esok kita boleh isytiharkan dan jumpa semula kerana saya mahu menawarkan (Taman Ilmu) Tembila, Besut sebagai universiti sukan pertama di Malaysia,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Peringkat Zon Timur di Dewan Aspirasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dungun, malam tadi.Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.Sebelum itu, peserta dialog, Mohd Rafi Kori, 37, dari Kuala Terengganu, mengutarakan cadangan pembinaan universiti sukan pertama itu di Terengganu sekali gus mendapat respon positif kedua- dua pemimpin yang menjadi moderator bersama menjayakan sesi itu.Sementara itu, Khairy pula menyambut baik tawaran Menteri Besar serta mahu membawa cadangan itu ke perhatian Kementerian Pengajian Tinggi.“Saya ucapkan terima kasih kepada Menteri Besar dengan tawaran yang amat baik itu dan memang menjadi satu hasrat kita (KBS).“Tiada masalah kepada kita untuk mewujudkan universiti sukan ini dan saya amat bersetuju kerana daripada dahulu kita menginginkan sebuah universiti sukan. Jika ada tawaran tanah daripada kerajaan negeri, bagaimanapun untuk pembinaan perlulah daripada Kementerian Pengajian Tinggi,” katanya.Siri jelajah dialog TN50 yang diketuai Khairy itu digerakkan ke setiap negeri bermula Jumaat lalu dengan Sabah menjadi lokasi pertama diikuti kedua di Terengganu, Johor (3 Mac), Perak (8 Mac), Sarawak (11 Mac) dan seterusnya negeri lain yang akan ditetapkan masa kemudian.Dialog berkenaan bertujuan mengumpul aspirasi daripada anak muda seluruh negeri dalam pelbagai bidang seperti sukan, pendidikan, pekerjaan, persekitaran, urus tadbir kerajaan, nilai-nilai murni dan kesihatan sebagai hala tuju masa depan negara menjelang 2050.
27 Feb 17
91
MB Hadiahkan Plat TN50 Untuk PM
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman akan menghadiahkan nombor pendaftaran plat 'TN50' kepada Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.“Sebagai menghargai cetusan idea Perdana Menteri yang membawa gagasan Transformasi Nasional 50 untuk hala tuju negara pada masa depan ini, saya akan menghadiahkan nombor TN50 kepunyaan saya kepada beliau,” katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Dialog TN50 Peringkat Zon Timur di Dewan Aspirasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dungun, malam ini.Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.Lebih 1,000 hadirin di kalangan belia terutama mahasiswa dan penggiat persatuan belia seluruh Terengganu berhimpun di majlis itu.Siri jelajah dialog TN50 yang diketuai Khairy itu digerakkan ke setiap negeri bermula Jumaat lalu dengan Sabah menjadi lokasi pertama diikuti kedua di Terengganu, Johor (3 Mac), Perak (8 Mac), Sarawak (11 Mac) dan seterusnya negeri lain yang akan ditetapkan masa kemudian.Dialog bertujuan mengumpul aspirasi sebagai hala tuju anak muda dalam pelbagai bidang seperti sukan, pendidikan, pekerjaan, persekitaran, urus tadbir kerajaan, nilai-nilai murni dan kesihatan menjelang 2050.TN50 sebagai program yang akan membawa ke arah pembangunan negara menjelangnya 2050, sebagai kesinambungan matlamat Wawasan 2020.
27 Feb 17
92