lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Pusat Boling Beroperasi Hari ini, Tawar Harga Istimewa
Orang ramai mula membanjiri Paya Bunga Plaza untuk mencuba pusat bowling baru Coral Crown Bowl hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Pusat bowling Coral Crown Bowl (CCB) yang mula beroperasi hari ini di Paya Bunga Plaza, Kuala Terengganu menawarkan tawaran harga istimewa kepada semua pelanggan.Pengarah Urusan Coral Crown Bowl, Khairuddin Abdul Khalid berkata pelanggan hanya perlu membayar serendah RM5.50 hingga RM6.50 bagi satu permainan menerusi tawaran harga sepanjang dua bulan."Tawaran ini dijangka berterusan dalam tempoh dua bulan lagi dan kami masih meneliti harga yang berpatutan agar tidak membebankan semua lapisan masyarakat terutamanya rakyat di sekitar Kuala Terengganu."Bagi golongan pelajar dan orang kurang upaya (OKU) pula harga yang dikenakan adalah sebanyak RM4.50 sahaja dari pukul 10 pagi hingga 5 petang," katanya.Beliau ditemui pemberita dalam majlis prapembukaan di CCB di Paya Bunga Plaza, Kuala Terengganu, hari ini.CCB yang direka khas mengikut standard antarabangsa itu dilengkapi dengan 36 lorong di samping menyediakan kemudahan lain seperti kafe, bilik solat dan laci simpanan barang.Menurut Khairuddin, dengan kemudahan terbaharu itu pihaknya menjangkakan pusat boling tersebut akan menjadi tumpuan peminat sukan berkenaan."Kita menyasarkan kehadiran lebih 300 pelanggan setiap hari pada pembukaan awal ini," katanya.
10 Mar 17
3210
Empty Image
Penguasaan STEM Di Kalangan Pelajar Masih Lemah
Kerajaan negeri akan terus memberi penekanan terhadap bidang Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di Terengganu  berikutan  penguasaan pelajar, terutama  yang berada di menengah atas  dalam bidang itu masih rendah.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latif Awang, berkata bagi mengatasi masalah tersebut,  pihaknya dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT)  akan mempromosikan STEM di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.Katanya, langkah itu penting kerana penguasaan dalam bidang sains dan teknologi amat perlu untuk mengukuhkan ekonomi negara, selain berkepentingan bagi pelajar untuk mendapat kerjaya yang lebih baik.Antara langkah diambil adalah meningkatkan penguasaan pelajar melalui pelbagai aktiviti, latihan dan teori berasaskan sains dan teknologi.“Perkara seupama ini perlu dipandang serius berikutan hanya  40 peratus  pelajar menengah atas  di negeri ini direkodkan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) berkemampuan menguasai STEM. “Sedangkan sasaran penguasaan  60 peratus  pelajar dalam program itu perlu dicapai sebaik menjelang 2020 ,”katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program Mentor Mentee STEM 2017 di UMT, Kuala Nerus, petang semalam.Hadir sama, Naib Cancelor UMT, Prof Dato’ Nor Aeini Mokhtar dan  Pengarah JPNT, Shafruddin Ali Hussin.Sementara itu, Nor Aeini berkata Program Mentor Mentee STEM UMT memfokuskan enam modul utama iaitu sains, teknologi, kejuruteraan, bahasa inggeris , matematik dan modul bidang tujahan UMT yang melibatkan sains kelautan serta sumber akuatik.Katanya,   modul yang didedahkan kepada pelajar itu akan dibukukan, selain  merancang menubuhkan asasi STEM  yang dijangka dicapai pada 2018.“Penubuhan asasi itu diharap dapat memberi sumbangan yang lebih signifikan dalam pembangunan STEM di negara ini,”katanya.   
08 Mar 17
148
Empty Image
SPR Bersedia Hadapi PRU14
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah bersiap sedia mengendalikan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) jika kerajaan memilih untuk membubarkan Parlimen pada bila-bila masa sahaja.Pengerusinya, Dato’ Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, ianya tidak menjadi masalah kepada kakitangan dan petugas SPR yang sentiasa bersedia kerana menguruskan proses pilihan raya merupakan tugas utama badan itu.  “Selepas pembubaran dibuat dan bila diterima notis daripada Speaker Dewan Rakyat, mesyuarat khas akan diadakan untuk menetapkan tarikh penting dalam proses pilihan raya contohnya tarikh penamaan calon, pilihan raya awal, pengundian awal dan pengundian sebenar barulah SPR dapat melaksanakan PRU-14.“Selagi Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat tidak dibubarkan, ianya masih dalam teka teki kerana kuasa membubar terletak kepada Perdana Menteri,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Pengerusi SPR Bersama Usahawan Muda di Dewan Kovensyen, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), hari ini.Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Dr Tengku Khairi A. Rahman.Dalam perkembangan lain katanya, seramai 4.06 juta rakyat negara ini yang layak berdaftar sebagai pengundi belum berbuat demikian.“Kira-kira 18 juta rakyat negara ini yang berusia 21 tahun ke atas layak mengundi. Namun bilangan terkini yang berdaftar sebagai pengundi ialah kira-kira 14 juta."Angka ini dianggap membimbangkan kerana jumlahnya besar dengan kebanyakannya terdiri daripada golongan muda," ujarnya.Sehubungan itu, Mohd Hashim berkata, SPR akan mengambil langkah mengadakan kempen secara lebih agresif untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan mendaftar sebagai pemilih dan keluar mengundi.Beliau turut meminta setiap rakyat yang telah mendaftar sebagai pengundi agar serius menjalankan kewajipan dengan keluar mengundi semasa hari pilihan raya.Katanya, ini berikutan pihaknya mendapati peratusan yang keluar mengundi dalam pilihan raya tidak pernah mencecah 100 peratus atau lebih 90 peratus melainkan sekitar 70 hingga 75 peratus sahaja.
08 Mar 17
41
Empty Image
Majikan Perlu Jiwai Minat Dan Kecenderungan Kakitangan
Wan Nawawi menyampaikaan anugerah kepada Harun pada pada Majlis Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan Peringkat Wisma Darul Iman. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailMajikan mana-mana jabatan kerajaan di negeri ini sewajarnya menjiwai peranan, minat dan kecenderungan setiap kakitangan bawahan agar pelaksanaan tugas yang diarahkan berjalan lancar.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, berkata majikan perlu memahami dan mengetahui sama ada pengagihan tugas bersesuaian atau sebaliknya.Katanya, sekiranya perkara itu  tidak diketahui pastinya kakitangan berkenaan sukar untuk menguruskan tugas secara bijaksana kerana wujudnya sifat tidak ikhlas, malah lebih teruk akan menimbulkan tekanan perasaan..“Pekerja yang alami situasi sebegini, saya mahu berpesan agar meluahkan hasrat secara berdepan dengan majikan masing- masing yang berkemungkinan kurang memahami atau boleh diertikan sebagai tidak tahu.“Perkara ini nampak kecil, sekiranya melarat pastinya akan menimbulkan suasana kerja yang tidak sihat, ada di antara kakitangan pula bermasam muka, memendam rasa dan wujud persengketaan dalaman,”katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan Peringkat Wisma Darul Iman bagi bulan Januari dan Februari, di WDI, Kuala Terengganu, hari ini.Antara penjawat awam yang menerima anugerah bagi Februari, Penolong Pegawai Penerangan,  Harun Hasan  dari Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Syarifah Romiwati Tuan A Rahman (Pembantu Tadbir) dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Mazuki Salleh (Pembantu Tadbir), Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu.Manakala anugerah pada Januari pula, Nor Azlyn Ezura Hasmin (Perangkaan) dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu,  Noraiza Mohd Nor (Pembantu Tadbir), Unit Audit Dalaman..
07 Mar 17
74
Empty Image
Program Jejak Intelektual Dokumentasi Kejayaan Anak Terengganu
Ghazali (tengah) bergambar kenangan dengan tetamu kehormat dan kakitangan Radio Televisyen Malaysia Terengganu sempena pelancaran Rancangan Tokoh Islam Minggu Ini, di Auditorium TerengganuFm, hari ini. Foto oleh Harish FadzilahTerengganu berhasrat mengadakan program `Jejak Intelektual' bagi mengetengahkan anak Terengganu yang berjaya dalam pelbagai bidang termasuk golongan agamawan supaya mampu menjadi ikon serta rujukan kepada generasi masa kini.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, program seumpama itu mampu dilaksanakan menerusi kolaborasi dengan Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Terengganu, sebagai kesinambungan Terengganu dengan jolokan Negeri Anjung Ilmu. “Terengganu melahirkan ramai golongan intelektual terutamanya pelajar-pelajar hafiz dan hafizah daripada kolej agama. Malah kita juga mempunyai golongan cerdik pandai yang boleh ditonjolkan kejayaan mereka. "Kita juga boleh mengadakan program Jejak Intelektual rakyat Terengganu ataupun Jejak Hafiz dan Hafizah yang berjaya pada hari ini, dan boleh menaikkan lagi RTM (Radio Televisyen Malaysia) serta Negeri Terengganu khasnya. Di sini pentingnya kolaborasi yang sangat baik untuk kita jalinkan antara Jabatan Penyiaran (Negeri Terengganu) dengan RTM,”katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Ramah Mesra Bersama YB Ghazali Taib serta Pelancaran Rancangan Tokoh Islam Minggu Ini (Tismi), di Auditorium TerengganuFm, Bukit pak Apil, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengarah Penyiaran RTM Terengganu, Nordin Sulaiman. Ghazali berkata, ramai di kalangan tokoh dan golongan intelektual yang dilahirkan dari institusi pendidikan dan kolej agama seperti Sekolah Imtiaz, Institut al-Quran Terengganu (IQT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tidak diketengahkan kisah perjalanan hidup dan kejayaan mereka sebagai panduan generasi hari ini.Selain itu juga, beliau berkata RTM juga boleh mendokumentasikan kisah kejayaan Terengganu dalam pelbagai bidang lain bukan sahaja pendidikan dan agama, juga perniagaan serta bekerjasama dengan agensi terbabit seperti Yayasan Pembangunan  Usahawan Terengganu. Tambahnya,  program yang dilaksanakan itu diharapkan mampu mendidik dan menerapkan golongan remaja ke arah pembentukan jati diri serta mengukuhkan identiti rakyat Terengganu sendiri.Sementara itu, Nordin berkata, rancangan Tismi yang berdurasi 30 minit bersiaran di TerengganuFM setiap Sabtu pada jam 6.15, manakala ulang siar pada keesokannya, setiap Ahad pula jam 2.15 petang,  berbentuk majalah radio mengenai tokoh Islam yang boleh dicontohi keperibadian mereka sebagai panduan dalam kehidupan seharian untuk keberkatan dunia serta akhirat.
06 Mar 17
178
Empty Image
Nuqman Faris Juara 40km Kejohanan Kuda Lasak Piala MB
Nuqman Faris Rozi muncul juara kategori 40 kilometer individu Kejohanan Kuda Lasak Piala Menteri Besar Terengganu yang bermula awal pagi tadi.Nuqman menerima hadiah wang tunai RM3,500, medal dan piala yang disampaikan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.Tempat kedua, Mohd Azizie Ismail manakala kedudukan ke ketiga, Asmusrairi Abdullah masing-masing menerima RM3,000 dan RM2,500.Juara kategori 80 kilometer individu lelaki dimenangi Mohd Bulhari Rozali dari RTES menerima wang tunai RM3,000 manakala kedua, Mohd Yusran Yusof dan tempat ketiga, Dato' Seri Sharifuddin Ab Ghani masing-masing menerima wang tunai RM2,000 dan RM1,000Mengiringi Sultan Mizan ialah Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang turut menyampaikan hadiah kepada beberapa kategori lain.Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail,  Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat. 
04 Mar 17
653
Empty Image
Pasar Percuma Ringankan Beban Rakyat Tidak Berkemampuan
Ahmad Razif menyampaikan sumbangan dalam program pasar percuma di Seberang Takir, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Pasar percuma atau 'free market' berupaya meringankan beban rakyat setempat yang kurang berkemampuan dan meningkatkan ekonomi peniaga kecil.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, inisiatif yang diuruskan oleh badan bukan kerajaan (NGO), agensi serta persatuan itu tanpa melibatkan peruntukan kerajaan mampu memupuk rasa kasih- sayang dan nilai murni dalam jiwa masyarakat.Katanya, program itu berjaya mencapai matlamat penganjurannya kerana memberi manfaat kepada yang terlibat serta akan diteruskan lagi pada masa akan datang."Dengan cara tersebut, kita dapat membudayakan masyarakat di Terengganu supaya yang mempunyai kesenangan berpeluang membantu golongan kurang berkemampuan."Program sebegini juga sudah tentu sedikit sebanyak meringankan beban kepada orang-orang yang susah selain dapat membantu usahawan kerana dalam masa yang sama kita turut melaksanakan pasar tani jadi secara tidak langsung akan membantu mereka," katanya.Beliau ditemui pemberita dalam majlis Pasar Percuma di Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.Tambah Ahmad Razif,  selain pasar percuma, aktivitk senamrobik juga diadakan berkonsepkan menangani kos sara hidup."Sesiapa sahaja yang datang menyertai program tersebut dan bersenam menerima RM5 seorang."Mungkin selepas pada ini kita akan tukar kaedahnya dengan memberi kupon bernilai RM5 untuk mereka berbelanja di pasar tani," katanya.Program yang diadakan di Seberang Takir tersebut merupakan kali ketiga dianjurkan selepas pertama kali diadakan di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan seterusnya di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun.
03 Mar 17
103
Empty Image
Suntikan Semangat Peserta Kejohanan Kuda Lasak Piala YAB MB
Ahmad Razif bergambar kenangan dengan peserta cilik Kejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar sempena majlis makan malam kejohanan itu, di LembahBidong, Setiu, malam tadi. Foto oleh Zulkipli CW PutraPeserta Kejohanan Kuda Lasak Piala Menteri Besar mendapat kata-kata perangsang daripada Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman sebelum bermulanya kejohanan, di majlis makan malam di Lembah Bidong, Setiu malam tadi.Menteri Besar tiba kira-kira jam 9 malam bersama beberapa tetamu khas yang lain antaranya ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan Negeri, Dato' Rozi Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib,  Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof.Turut hadir, Pegawai Daerah Setiu, Rosdi Awang dan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.Tetamu juga dihiburkan dengan penyanyi jemputan, Pok De dan Adi Jagat.Seramai 120 peserta dijangka menyerta Kejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) di Lembah Bidong yang berlangsung selama dua hari, berakhir 4 Mac.Mereka termasuk peserta di bangku sekolah rendah, bakal menyertai kategori 80 kilometer (km), 40 km, 30 km dan 10 km.Majlis pelepasan bagi kategori 80 km (qualifier) dan 80 km (CEN) akan disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi  Wan Ismail.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pula dijangka berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang  pada 4 Mac (Sabtu) , kira-kira jam 11.45 pagi.
03 Mar 17
209
Empty Image
Mohamad Hafas, Nor Jannah, Johan Tilawah Al- Quran
Jannah dan Hafas bakal mewakili Terengganu dalam pertandingan tilawah peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Melaka pada April ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Mohamad Hafas Ali dari Marang dan Nor Jannah Abd Rahman (Kuala Nerus) muncul johan qari dan qariah pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1438H/2017M yang berlangsung selama tiga hari, berakhir malam tadi di Arena Merdeka, Dungun.Kemenangan itu membolehkan johan bagi kedua-dua kategori berkenaan membawa pulang wang tunai RM8,000 berserta sijil penyertaan, piala pusingan dan juga piala iringan sekaligus mewakili Terengganu ke peringkat kebangsaan yang bakal bermula pada 2 April ini di Melaka.Dengan markah sebanyak 91.30 peratus, Mohamad Hafas yang juga Imam Masjid Bukit Payong mengetepikan enam qari lain.Naib johan dimenangi oleh Abdul Hadi Abdul Halim dari daerah Dungun dengan markah 89.80 peratus manakala tempat ketiga pula dimenangi peserta dari Kuala Terengganu, Abdul Alim Zahari (87.80 peratus).Bagi kategori qariah pula, Jannah menewaskan peserta lain dengan markah 87.50 manakala tempat kedua dimenangi oleh Faridah Omar dari Besut dengan markah 83.20 dan tempat ketiga dimenangi oleh peserta dari Setiu, Halimah Ibrahim.Hadiah bagi pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima RM6,000 dan RM5,000 berserta sijil penyertaan dan piala iringan.Naib johan qari pula dimenangi oleh Abdul Hadi Che Abdul Halim dari Dungun dan tempat ketiga, Abdul ‘Alim Zakaria dari Kuala Nerus, manakala tempat kedua qariah pula milik Nasirah Ibrahim (Hulu Terengganu) diikuti tempat ketiga Nor Asiah@Norasid Ali (Dungun).Hadiah bagi pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima RM6,000 dan RM5,000 berserta sijil penyertaan dan piala iringan.Mohd Hafas berkata kemenangan itu adalah yang kelapan sejak mula menyertai tilawah al Quran ketika berusia 20 tahun."Untuk tilawah al-Quran peringkat kebangsaan pula, pencapaian terbaik saya menjadi naib johan dan pastinya saya akan melakukan yang terbaik kali ini untuk terus mengharumkan nama Terengganu," katanya.Manakala Jannah yang merupakan guru taranum di Yayasan Islam Terengganu dan johan menunggu berkata beliau akan melakukan yang terbaik untuk tahun ini selepas berada di kedudukan kesembilan pada peringkat kebangsaan tahun lepas."Ini kemenangan kali kedua selepas saya dipilih menjadi johan Qariah pada tahun lalu dan tumpuan ketika ini ialah menjaga pemakanan dan kesihatan untuk pertandingan peringkat kebangsaan pula," katanya.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan tersebut.Turut hadir berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.
02 Mar 17
613
Empty Image
Jadikan Ilmu Sebagai Matlamat Kehidupan - Sultan Terengganu
Sultan Mizan ketika bertitah dalam Majlis Penutup Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Terengganu di Arena Merdeka, Dungun. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mengharapkan agar umat Islam khasnya di Terengganu mengambil peluang dengan menjadikan ilmu sebagai matlamat kehidupan bagi diri sendiri dan keluarga.Titah baginda, semua muslimin dan muslimat menanam semangat diri dan keluarga untuk menjadi golongan yang tidak pernah cukup dengan ilmu yang ada."Jadilah muslimin dan muslimat yang tidak pernah berhenti mencari dan mengejar ilmu kerana ilmu satu-satunya perkara yang akan kekal di samping kita sehingga ke akhir hayat."Untuk itu, beta menyeru kaum muslimin dan muslimat sekalian agar ambillah peluang yang masih ada bersama umur kita untuk menuntut ilmu," titah baginda.Sultan Terengganu bertitah demikian Majlis Penutup Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Terengganu di Arena Merdeka, Dungun, malam ini.Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.Mengiringi baginda, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib serta ketua-ketua jabatan.Baginda turut bertitah, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mengatur kelas-kelas pengajaran agama di masjid dan surau seluruh negeri bagi memudahkan rakyat untuk mendalami agama Islam secara sempurna dan selamat daripada segala bentuk ajaran yang tidak menepati kehendak al-Quran dan as-Sunnah."Sistem pengajaran dan pembelajaran teratur ini akan dapat menyelamatkan umat Islam dari terjebak dengan pelbagai pemahaman ilmu yang bersifat melampau yang tidak pernah dianjurkan oleh Islam," titah baginda.Dalam pertandingan tilawah tersebut, Mohd Hafas Ali dari Marang muncul sebagai qari terbaik manakala qariah terbaik pula dimenangi oleh peserta yang mewakili Kuala Nerus, Nur Jannah Abdul Rahman.Masing-masing bakal mewakili Terengganu dalam pertandingan tilawah peringkat kebangsaan yang bakal berlangsung di Melaka pada 2 hingga 8 April ini.
02 Mar 17
86