lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
SPM 2016: Terengganu Kekal Cemerlang
Shafruddin menyampaikan sijil Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2016 kepada Husna selepas mengumumkan keputusan SPM di JPNT Kuala Terengganu, hari ini. Foto Zulkifli Putra Pencapaian Gred Purata Keseluruhan (GPK) Terengganu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 meningkat kepada 5.02 berbanding 5.06 pada 2015.Pencapaian keseluruhan itu melepasi GPK kebangsaan yang menetapkan sekurang-kurangnya  5.10 GPK.Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, jumlah calon yang lulus semua mata pelajaran turut bertambah kepada 10,345 orang dengan empat buah sekolah mencapai 100 peratus lulus semua mata pelajaran.Katanya, dua calon SPM negeri ini iaitu Husna Mardhiyyah Mohd  Fauzi dari Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Kemaman yang mendapat 11A+ dan Lam Sin Gee, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman (9A+) dipilih sebagai pelajar cemerlang.“Manakala pelajar cemerlang bagi kategori Calon Berkeperluan Khas pula dianugerahkan kepada pelajar SMK  Bukit Besar, Kuala Terengganu, Nur Syuhada Alias.“Syuhada berjaya memperoleh 4 (A) 1(A-) 1(B+) 1(C) 1(E) walaupun mengalami cacat penglihatan sejak kecil,”katanya ketika mengumumkan keputusan itu di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT),  Kuala Terengganu, hari ini.Menurut Shafruddin, kategori sekolah cemerlang diperoleh  SM Sains Sultan Mahmud, Kuala Nerus dengan pencapaian gred purata sekolah (GPS) 1.42 dan SM Sains Kuala Terengganu dengan GPS 2.14.“Pencapaian Gred Purata Mata Pelajaran pula, 30 daripada 55 mata pelajaran mencatatkan peningkatan.“Daripada 20,517 calon yang  mendaftarkan diri untuk SPM 2016, hanya 19,968 calon menduduki peperiksaan itu, ketidakhadiran mereka di atas pelbagai faktor yang tidak dapat dielakkan, termasuk kematian dan kemalangan,”katanya.
15 Mar 17
1113
Empty Image
400 Peserta dari 26 Negara Berentap dalam Kapas-Marang International Swimathon
Wan Abdul Hakim meninjau lokasiKejohanan Kapas-Marang International Swimathon 2017 dijadualkan pada 19 Mac ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Seramai 400 peserta melibatkan 26 buah negara bakal berentap dalam kejohanan Kapas- Marang International Swimathon 2017 sejauh 6.5 kilometer bagi edisi ke-18 pada 19 Mac ini.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri I, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar  berkata, kejohanan yang dianjurkan oleh kerajaan negeri itu banyak membantu Terengganu dalam mempromosikan negeri ini.“Untuk tahun ini, seramai 400 peserta mengesahkan penyertaannya dan 67 daripadanya merupakan dari luar negara termasuk dari Algeria, Australia, Kanada, China serta peserta dari Jerman yang memegang rekod terpantas dalam kejohanan ini, Benjamin Konscak.“Jumlah ini makin berkembang dari tahun ke tahun serta kita juga turut menerima kembali kedatangan peserta-peserta yang pernah menyertai kejohanan ini,” katanya.Beliau ditemui pemberita pada sidang media sempena Kapas-Marang International Swimathon 2017 di Pulau Kapas, Marang, hari ini.Dalam kejohanan tersebut, perenang termuda yang telah mengesahkan kehadirannya adalah peserta dari Malaysia, Phua Yu Ning, 12, manakala peserta tertua pula adalah dari Kanada, Paul Brewer, 69.Sebanyak enam kategori bakal dipertandingkan pada kejohanan tersebut dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM20,000.
15 Mar 17
41
Empty Image
Gabungan Felda Bantah Pembangkang Guna Nama Felda
Gabungan Felda Wilayah Terengganu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu berhubung mengguna pakai nama Felda dalam penganjuran konvensyen oleh Pakatan Harapan di Dewan Jublee Sultan Abdul Aziz, Shah Alam 19 Mac nanti.Laporan polis pada jam 11 pagi tadi itu diketuai oleh Ketua Peneroka Gabungan Jawatankuasa Kemajuan dan Kebajikan Rancangan (JKKR) Felda Wilayah Timur, Ismail Muhamad.Selain itu, Ketua Penerangan Kami Anak Felda (KAF) Wilayah Timur, Mohd. Zulkifli Jusoh dan Naib Pengerusi 1 Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Wilayah Terengganu, Mohd. Khairil Sabri turut menyertai Ismail membuat laporan berkenaan.Ismail berkata, laporan tersebut dibuat bertujuan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap penganjur terbabit agar menghentikan segera penggunaan nama peneroka dan juga Felda bagi mengelak wujudnya kekeliruan khususnya di kalangan warga Felda."Sebenarnya, kami tidak pernah memberi sebarang kebenaran kepada mana-mana pihak yang tiada kena mengena dengan Felda untuk mengguna pakai nama Felda ataupun peneroka Felda dalam sebarang penganjuran program termasuk seminar dan sebagainya."Pada awalnya, pihak penganjur telah menamakan program anjurannya itu sebagai Konvensyen Felda dan kemudian telah diubah kepada Kongres Peneroka Felda. Jadi, kami membantah sekeras-kerasnya penggunaan dua nama ini (Felda dan Peneroka Felda)," katanya.Sementara itu, Khairil pula berkata, perjumpaan lain akan dilakukan oleh pihaknya jika penganjur program terbabit masih berdegil dan mengingkari bantahan menggunakan nama Felda dan Peneroka Felda itu."Kita mungkin adakan perjumpaan selanjutnya di peringkat nasional bagi membincangkan bagaimana bentuk tindakan yang bakal diambil terhadap mereka sekiranya masih menggunakan nama Felda dan Peneroka Felda," katanya.
14 Mar 17
179
Empty Image
Hanya 10 Peratus Usahawan YPU Gagal Bayar Hutang
Usahawan bergambar kenangan selepas selepas Program Sembang Bisnes On Cruise di Jeti Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailHanya 10 peratus daripada 5,000 usahawan Terengganu dikesan gagal membayar balik pinjaman kewangan mengikut tempoh seperti yang dijadualkan kepada Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT).Ketua Pegawai Eksekutif YPUT, Dr Tengku Khairi Abd Rahman berkata, jumlah itu dianggap sebagai kes terpencil dan tidak membimbangkan.Katanya, YPUT sentiasa berusaha mengatasi masalah tersebut secara rundingan dan diplomasi termasuk meminta peminjam menghadiri sesi kaunseling bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).“Langkah itu dilaksanakan sebelum mengambil tindakan seterusnya termasuk mengikut undang-undang.“YPUT sentiasa memantau rekod pembayaran hutang pinjaman oleh usahawan dan memberi bimbingan kepada mereka dari semasa ke semasa.“Secara umumnya, kita berbangga kerana sebilangan besar usahawan mampu membuat pembayaran balik dan ini membuktikan mereka berjaya mengembangkan perniagaan hasil pinjaman daripada YPUT,” katanya.Beliau berkata demikian kepada Teganukita selepas Program Sembang Bisnes On Cruise di Jeti Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara) Negeri, Salemi Yusof.Tengku Khairi berkata, sepanjang tahun ini, YPUT menerima peruntukan RM900,000 daripada kerajaan negeri sebagai dana untuk Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) memperluas pasaran dalam pelbagai perniagaan.“Jumlah itu diagih kepada dua kategori peniagaan iaitu dana perniagaan atas talian sebanyak  RM500,000 manakala pembangunan produk RM400,000,”katanya..
14 Mar 17
156
Empty Image
RM40,000 Hadiah Untuk Juara Pemancing Pesta Pantai Batu Burok
Kerajaan negeri dengan kerjasama Red One akan menganjurkan temasya Pesta Pantai Beautiful Terengganu Red One dari 17 hingga 25 Mac ini di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.Beberapa pertandingan akan diadakan sepanjang sembilan hari program bersempena Visit Beautiful Terengganu itu termasuk pertandingan memancing, bola sepak pantai serta permainan tradisional Melayu.Kejohanan Bola Sepak Pantai yang akan berlangsung 24 dan 25 Mac menawarkan hadiah lumayan dengan johan bakal membawa pulang RM13,000.Manakala, hadiah yang ditawarkan untuk Cabaran Memancing Pantai Batu Burok pada 25 Mac pula ditambah nilai hadiah kepada juara daripada RM30,000 kepada RM40,000 berikutan sambutan yang memberangsangkan.Bagi yang ingin menyertai Kejohanan Bola Sepak Pantai boleh hubungi urusetia di talian Yahya (017-9110378), Zabidi (018-4054496), Erry (011-16127585) dan Zeddy (010-5474341). Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 16 Mac ini.Sementara, pendaftaran untuk pertandingan memancing pula akan diadakan bermula 3 petang 24 Mac, sehingga ke hari pertandingan. Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Kojie Batik (011- 35299335) dan Faizal (019- 9390404).
14 Mar 17
526
Empty Image
Kecekalan Anak Kecil Wajar Dicontohi - A. Latiff
Kecekalan murid Tahun Enam dari Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Marang, Mohd Faizal Hafis Adnan sehingga mampu meraih kejayaan dalam Kejohanan Merentas Desa Bawah 12 Tahun Peringkat Kebangsaan sepatutnya menjadi contoh dan model kepada rakan sebayanya.Faizal yang hanya berbadan kecil berasal dari Kampung Pantai Tukang Perahu di Seberang Marang, menarik perhatian ramai dan kisahnya tular apabila meraih kemenangan dengan cara yang luar biasa, akibat sanggup merangkak hingga ke garisan penamat selepas terjatuh di kejohanan berlangsung di Taman Botani Negara, Shah Alam, kelmarin.Situasi itu menyentuh hati rakyat Malaysia dan turut mendapat tweet daripada Menteri Pendidikan,  Dato' Mahdzir Khalid.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan  Transformasi Kerajaan Negeri, A.Latiff  Awang berkata, ketabahan serta semangatnya sangat mengujakan dan wajar dipuji, malah sikap itu perlu dipupuk pada semua anak muda."Saya terpanggil untuk menemui anak kecil yang cekal dan patut menjadi teladan semua rakan sebaya ini."Berani, tabah dan bersemangat demi memenuhi impian walaupun berdepan kepayahan. Saya kagum dan berbangga,"katanya kepada Teganukita.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kejohanan Balapan & Padang Majlis Sukan-Sukan Daerah Marang kali ke 26/ 2017 di SMK Seberang Marang / SK Bukit Gasing, hari ini.A.Latiff juga menyerahkan sumbangan barangan sukan,  plak dan sijil penghargaan kepada Faizal untuk menghargai semangat dan daya usaha pelajar itu.Faizal pada mulanya hanya murid yang sederhana dan berada di kelas terakhir di Tahun Tiga sebelum memasuki kelas terbaik pada tahun lalu dan meneruskan kejayaan tahun ini, selain menjadi pelajar harapan yang disasarkan memperolehi 6 A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2017 nanti.Bakatnya di bidang sukan pula dicungkil dalam acara merentas desa selepas muncul tempat ke-4 di peringkat negeri tahun lalu.Kemudian dia terpilih mengikuti latihan dalam pasukan Merentas Desa Negeri Terengganu.Sebelum itu, Faizal juga muncul naib johan merentas desa peringkat kebangsaan di Negeri Sembilan dan melakar kejayaan di luar jangkaan ramai.Selepas berjaya memenangi pingat perak tersebut, Faizal konsisten berlatih di tepi pantai setiap hari demi mencapai pingat emas.
13 Mar 17
521
Empty Image
TLHT Muncul Juara Berganda, Rangkul Piala Vivian May Soars
Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) menebus kekecewaan Pasukan Hoki Terengganu (THT) apabila meraih kejuaraan berganda dengan merangkul juara Piala Vivian May Soars selepas menewaskan PDRM Blue Warriors.TLHTsebelum ini turut bergelar juara saingan Liga Hoki Wanita Malaysia .Perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur, malam tadi menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat permainan sebenar yang memaksa permainan diheret ke penalti shoot-out.Ketua jurulatih TLHT, Mohd Asari Abd Aziz berkata permainan menentang Blue Warrior tersebut memang sangat memberi cabaran kepada pasukannya.“Perlawanan pada malam ini memang di luar jangkaan kerana sebelum ini kita pernah menang mudah 3-0 dan 4-0 membuatkan saya rasa pemain-pemain rasa terlebih yakin.“Pada separuh masa kedua permainan pula, tiga orang pemain kami mempunyai kecederaan dan ianya sedikit sebanyak menjejaskan perancangan yang telah dibuat pasukan ,” katanya.Turut hadir memberi sokongan dalam perlawanan tersebut Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat.Dalam persaingan itu, TLHT terlebih dahulu membuka jaringan melalui gerakan cantik yang disudahkan oleh Fatin Naimah Zaki pada minit ke-11.Memasuki babak kedua, Blue Warriors berjaya mengikat kedudukan pada minit ke-32 menerusi gol padang oleh Norbaini Hashim.Kebuntuan kedua-dua pasukan mencipta jaringan sehingga suku keempat menyebabkan perlawanan terpaksa ditentukan dengan penentuan penalti.Dengan kemenangan terhadap Blue Warrior tersebut, TLHT berjaya membawa pulang RM20,000, piala kejuaraan serta medal.
13 Mar 17
184
Empty Image
Terengganu Kekal Juara Judo Lima Kali Berturut-Turut
Terengganu mencatat sejarah apabila pasukan judo negeri berjaya mengekalkan kejuaraan buat kali kelima berturut-turut pada Kejohanan Judo Kebangsaan kali ke-55, di Dewan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Gong Badak, Kuala Nerus.Dalam kejohanan yang berlangsung dua hari berakhir semalam, pasukan itu berjaya memungut lapan emas, lima perak dan enam gangsa sekali gus mengenepikan 11 pasukan lain yang turut mengambil bahagian, termasuk pasukan Judo Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (TMI) Johor yang berada di tempat kedua dengan lima emas, lima perak dan lapan gangsa.Tempat ketiga menjadi milik pasukan Judo Perak dengan satu emas, satu perak dan dua gangsa.Malah, kemenangan pasukan Judo Terengganu turut diceriakan apabila atlet wanita kategori 63 kilogram (kg) Nik Norlydiawati Nik Azman dipilih sebagai peserta wanita terbaik keseluruhan.Manakala, peserta lelaki kategori bawah 66 kg dari TMI, Muhamad Haikal Iskandar Halidon dinobatkan sebagai peserta lelaki terbaik keseluruhan.Hadiah disampaikan Timbalan Pengarah MSNT, Mohd Sabri Abas yang mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman
12 Mar 17
398
Empty Image
Terengganu Mara, T-Team Tewas
Tandukan Lutfulla Turaev yang melayakkan Terengganu ke pusingan suku akhir Piala FA. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Terengganu FA mengesahkan tiket ke pusingan suku akhir Piala FA selepas berjaya menundukkan T-Team 1-0 pada minit-minit akhir sebelum wisel penamat ditiupkan,  di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.Ketua jurulatih bagi pasukan Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim berkata walaupun telah bermain dalam masa 120 minit, beliau amat berbangga terhadap pemain-pemainnya.“Saya memberitahu pemain-pemain supaya menghabiskan perlawanan dalam masa 90 minit kerana jika bermain dalam tempoh 120 minit ianya amat meletihkan.“Walau bagaimanapun, saya amat berbangga dengan pemain-pemain saya kerana tiada yang mengalami kekejangan otot dalam masa tersebut,” katanya.Dalam perlawanan tersebut, permainan terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 walaupun masing-masing sering berbalas serangan sepanjang 90 minit.Bermula minit ke-6, rembatan Issey Nakajima Farran dari luar kotak penalti hampir meletakkan Terengganu di hadapan namun sepakan tersebut sedikit tersasar.Pasukan T-Team tidak mengalah dan cubaan pada minit ke-14, Dilshod Sharofetdinov melalui rembatan kencangnya, bagaimanapun dinafikan apabila ditangkap kemas oleh penjaga gol, Muhamad Syazwan Yusoff.Seminit sebelum berakhirnya babak pertama, Terengganu sekali lagi cuba mencari gol pembukaan melalui Lutfilla Turaev, namun rembatannya gagal menembusi gawang skuad The Titans.Bersambung babak kedua, pasukan tuan rumah hampir berjaya meletakkan pasukan di hadapan menerusi rembatan Farhod Tadjiev pada minit ke-49 namun dapat ditepis oleh Syazwan.Pada minit ke-62, T-Team terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Muhammad Azalinullah Alias diarah keluar padang selepas mengutip dua kad kuning.Lima minit kemudian, skuad penyu pula menerima nasib yang sama apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas kad merah dilayangkan kepada Mohd Firdaus Mohd Faudzi.Kebuntuan dalam mencari gol menyebabkan perlawanan terpaksa di bawa ke masa tambahan. Namun pada minit ke-120, Terengganu berjaya membolosi gawang pasukan tuan rumah menerusi tandukan Turaev Lutfulla.
12 Mar 17
138
Empty Image
Lawatan Kerja Sehari TPM Ke Terengganu Jumaat Ini
Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Zahid Hamidi dijadual akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Terengganu Jumaat ini (17 Mac).Beliau yang juga Pemangku Timbalan Presiden UMNO, dijangka akan hadir ke Perasmian Kelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan dan  sayap-Sayap Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.Lebih 6,000 orang termasuk sayap parti, Puteri, Pemuda, Wanita dan Veteran UMNO dijangka akan membanjiri program yang bermula jam 4.30 petang.Kemudiannya, kira-kira jam 8.00 malam, Zahid dijadual akan menghadiri Majlis Perkahwinan anakanda bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Marang Dato’ Tengku Zainuddin Tengku Zahid di Regency Resort, Kuala Ibai.Beliau dijangka berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada kira-kira jam 7.30 pagi, keesokannya. 
12 Mar 17
38