Artikel "Utama" Terkini
Peserta Program Empower ECER Ditambah Seluruh Terengganu
Beberapa pelajar yang diraikan sempena bersama tetamu kehormat di Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 kepada 25 peserta Empower ECER Kuala Nerus, Setiu dan Marang di Pejabat ECER Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail.Kerajaan negeri berhasrat menambah bilangan peserta program Empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di setiap daerah di negeri ini bagi meningkatkan prestasi akademik pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, menerusi inisiatif program pembangunan modal insan yang dilancarkan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) pada 2010, pelaksanaan program latihan akademik itu menyasarkan pelajar yang berprestasi lemah dan sederhana.“Ketika ini, setiap daerah mempunyai lebih kurang 200 peserta daripada keluarga kumpulan berpendapatan B40 dan untuk tahun ini kerajaan negeri dengan kerjasama ECER akan meneruskan program ini dengan menambah lebih ramai bilangan pelajar di setiap daerah.“Secara tidak langsung, dengan penambahan peserta program ini sedikit sebanyak dapat membantu menyelesaikan masalah kemiskinan yang membelenggu keluarga peserta dengan memberi pendidikan yang terbaik kepada anak-anak mereka,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 kepada 25 peserta Empower ECER Kuala Nerus, Setiu dan Marang di Pejabat ECER Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Dato’ Jebasingam Issace John.Sementara itu, Ahmad Razif turut merakamkan ucapan terima kasih kepada ECER kerana program Empower yang diperkenalkan itu banyak membantu meningkatkan keputusan peperiksaan awam di Terengganu termasuk SPM.“Saya bangga kerana 25 orang pelajar hari ini menerima pengiktirafan di mana mereka ini terdiri daripada golongan keluarga B40.“Yang mana, kalau ikut keadaan biasa memang sukar untuk mereka berjaya kerana tiada kemudahan dan kelengkapan seperti pelajar lain, tetapi atas inisiatif ECER program Empower ini telah membuka peluang para peserta sekaligus berjaya menunjukkan peningkatan prestasi akademik,” ujarnya.Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri akan terus membantu pelajar-pelajar ini termasuk menerusi kerjasama dengan beberapa universiti negeri ini yang akan menawarkan tempat untuk mereka meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.“Kerajaan negeri dan ECER akan bantu pelajar ini untuk menempatkan mereka di pusat-pusat pengajian yang sewajarnya kerana yang paling mustahak mereka ini berjaya dan dapat keluarkan keluarga daripada kemiskinan.“Jika mereka berminat untuk meneruskan pelajaran di pusat-pusat pengajian di negeri ini tiada masalah, tetapi terpulang kepada pelajar untuk tentukan apa yang mereka minat,” ujarnya.
18 Mar 17
303
Kebudayaan Terengganu Dipentaskan Di Istana Budaya Julai Ini
Mohamed Nazri mencuba membakar bekang sambil diperhatikan Ahmad Razif selepas merasmikan Pesta Pantai Beautiful Terengganu Red One 2017 di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailSeni kebudayaan Terengganu terus diiiktiraf apabila bakal dipersembahkan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Julai ini.Menteri Pelancongan dan Kebudayaan,Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Terengganu sememangnya kaya dengan pelbagai seni budaya dan warisan, bagaimanapun masih ramai tidak mengetahui serta menghayatinya secara mendalam.Katanya, berikutan itu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan menganjurkan Malam Seni Budaya Terengganu di Istana Budaya bagi menghidupkan lagi kesenian yang ada tersebut."Mungkin kita akan adakan pada hujung minggu selama empat hari bermula Khamis. Sepanjang ianya berlangsung, pelbagai persembahan kebudayaan Terengganu akan diadakan."Dalam masa yang sama, kita juga akan bawakan sekali makanan-makanan tradisional Terengganu ke Istana Budaya untuk diperkenalkan kepada orang ramai," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Pesta Pantai Beautiful Terengganu Red One 2017 di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, malam tadi.Turut hadir, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Zulkifli Abu Bakar.Program sembilan hari sejak 17 Mac lalu turut menyediakan beberapa pertandingan seperti pertandingan memancing, bola sepak pantai serta permainan tradisional Melayu.Kejohanan Bola Sepak Pantai yang akan berlangsung 24 dan 25 Mac menawarkan hadiah lumayan dengan johan bakal membawa pulang RM13,000.Manakala, hadiah yang ditawarkan untuk Cabaran Memancing Pantai Batu Burok pada 25 Mac pula ditambah nilai hadiah kepada juara daripada RM30,000 kepada RM40,000 berikutan sambutan yang memberangsangkan.
18 Mar 17
472
Peruntukan RM3 Juta Bina Bangunan Serikandi
Kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk membina bangunan baharu milik Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi).Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata langkah itu bertujuan menghargai peranan penting yang dimainkan oleh Serikandi selama ini dalam menjayakan program melibatkan masyarakat dan kerja-kerja amal.“Ketika ini Serikandi beroperasi di kuarters kerajaan yang terletak di Batu Buruk di Kuala Terengganu, jadi terpulang kepada mereka untuk memilih reka bentuk yang sesuai.“Projek tersebut juga selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk membangunkan kawasan kuarters itu sebagai pembangunan perumahan awam yang moden dan strategik," katanya kepada media selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Serikandi kali ke-30 di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Yang Dipertua Serikandi, To' Puan Seri Halina Zakaria.Pada masa sama, Ahmad Razif mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM100,000 untuk badan amal itu menjalankan aktiviti pengurusan dan pentadbiran tahunan mereka.
18 Mar 17
35
TPM Meriahkan Resepsi Putera Tengku Zainuddin
Zahid Hamidi dan Ahmad Razif serta Shabery sempat bergurau dengan pengantin dalam majlis resepsi putera Tengku Zainuddin. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri majlis perkahwinan anak bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Marang, Dato' Tengku Zainuddin Tengku Zahid.Dalam majlis resepsi antara Tengku Faizal Ikhwan Tengku Zainuddin, 26, dan pasangannya Amalina Husna Abd Halim, 25, yang berlangsung di Regency Waterfront Hotel tersebut, lebih 1,000 tetamu hadir memeriahkan majlis itu.Turut hadir memeriahkan majlis tersebut, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh.Selain itu, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong, exco-exco kerajaan negeri turut memenuhi undangan majlis tersebut.Sebelum itu, Zahid yang juga Naib Presiden UMNO sempat merasmikan Perasmian Berkelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan dan Sayap-Sayap Peringkat Negeri Terengganu dan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Pusat Daerah Mengundi(PDM) di Stadium Negeri, Kuala Terengganu pada sebelah petang.Sebelum berangkat pulang, Zahid sempat meraikan pasangan dua sejoli tersebut dengan memberi restu kepada kedua mempelai di majlis itu.
17 Mar 17
1651
UMNO Terengganu Diiktiraf, Perintis Adakan Pertandingan PDM
Zahid meletakkan tangan sebagai gimik pelancaran sempena Perasmian Berkelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan dan Sayap-Sayap Peringkat Negeri Terengganu dan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimUMNO Pusat mengiktiraf usaha Terengganu sebagai satu-satunya negeri yang mengadakan Pertandingan Pusat Daerah Mengundi (PDM) sebagai persiapan menjelangnya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan mahu ianya dicontohi negeri lain.“Saya ucapkan tahniah kepada rakan-rakan kepimpinan parti dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato’ Seri Ahmad Razif (Abd Rahman) dan tiada di negeri lain melaksanakannya, hanya Terengganu sahaja.“Ini satu contoh yang baik dan InsyaAllah saya akan beritahu rakan negeri yang lain supaya ikut Terengganu, melakukan pertandingan sepertimana yang dilakukan oleh Terengganu,”katanya. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika berucap sempena Perasmian Kelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan dan Sayap-Sayap Peringkat Negeri Terengganu dan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari in di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong serta barisan kepimpinan politik negeri.Beliau kemudiannya bersetuju supaya menggandakan hadiah kemenangan sebagai mengiktiraf komitmen dan penglibatan semua penggerak jentera parti di setiap PDM yang berjaya dalam pertandingan itu.Selaras dengan perasmian peringkat negeri itu, Ahmad Zahid yang juga Pemangku Timbalan Presiden UMNO mahu supaya semua ahli parti peringkat akar umbi yang akan kembali ke cawangan masing-masing supaya memulakan mesyuarat cawangan, seterusnya menggerakkan jentera di peringkat PDM masing-masing ke arah mencapai kejayaan dalam PRU14.Dalam pertandingan itu, PDM Pulau Bahagia Hulu Terengganu muncul johan dengan membawa pulang RM14,000 berserta plak penghargaan, diikuti tempat kedua PDM Pelong, Setiu yang memperolehi RM10,000 berserta plak penghargaan.Tempat ketiga pula dimenangi oleh PDM Seberang Takir Pantai (Kuala Nerus) dengan hadiah wang tunai (RM6,000), manakala tempat keempat serta kelima pula masing-masing, PDM Wakaf Tapai, Marang (RM4,000) dan Beris Meraga, Kemaman (RM3,000).
17 Mar 17
126
Jangan Ulangi Kesilapan - Razif
Ahmad Razif bersama Zahid bersembang sesuatu pada selepas Perasmian Berkelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan di Stadium Negeri, Kuala Terengganu. Foto Harish Fadzillah KassimRakyat Terengganu terutama generasi muda diingatkan agar tidak mengulangi kesilapan lalu yang pastinya membawa kepada zaman kesukaran, sebaliknya perlu bersatu di bawah kepimpinan parti Barisan Nasional (BN).Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata ramai yang sudah melalui pengalaman perit lima tahun di bawah `kegelapan bulan yang penuh gerhana'.Katanya, janganlah zaman gerhana bulan itu diulit kembali sehingga bumi jadi gersang. serta jangan memberi ruang untuk `bunga yang tiada baunya, ditanam orang'.“Oleh itu, marilah sama-sama kita membangun, mempertahan dan memelihara solidariti di setiap peringkat parti UMNO. Kerja membina solidariti ini bukan satu kerja bermusim.“Sebaliknya perlu dijayakan oleh ahli parti dan kepimpinan kita pada setiap masa yang perlu berpaksikan kepada perlembagaan parti,”katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Perasmian Berkelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan dan Sayap-Sayap Peringkat Negeri Terengganu dan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong serta barisan kepimpinan politik negeri.Mesyuarat itu dirasmikan Naib Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Ahmad Razif berkata, rakyat Terengganu harus bergerak menentang parti lawan dengan sepenuh kekuatan dan kehebatan pada setiap masa, harus bersaing dengan penuh berani dan berhujah dengan penuh hikmah.tambahnya, semua 366 PDM telah bersiap- sedia dengan gerak kerja dan strategi yang tersusun untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).Beliau juga mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua pendokong parti yang sentiasa komited bagi emmastika kemenangan UMNO dan juga BN.“Tahniah kepada PDM yang menang dan juga tahniah kepada UMNO Bahagian yang berjaya mengadakan pertandingan ini.“Semoga ianya mengukuhkan solidariti kita semua ke arah mencapai kemenangan besar dalam PRU akan datang,”katanya..
17 Mar 17
50
UMNO, BN Akan Dapat `Kawan Baru' - Zahid
Ahmad zahid ketika berucap berucap sempena Perasmian Kelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan dan Sayap-Sayap Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Faddzillah Abu KassimOrang Melayu masih memerlukan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), daripada 5.2 juta pengundi Melayu 4.1 juta daripadanya mengundi BN.Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perkembangan positif itu membuktikan terdapat kira-kira 78.7 peratus orang Melayu masih sayangkan UMNO dan BN.“Inilah sasaran kita dan inilah simpanan tetap politik kita, tetapi ada yang cuba memecahkan kekuatan orang Melayu yang berasal daripada organisasi kita, tetapi `ketam-ketam batu’ ini kita ketepikan.“InsyaAllah, dengan doa untuk kita menyatukan orang Melayu, biar kita kehilangan kawan segelintir, InsyaAllah kita akan mendapat kawan baru yang akan bersama-sama dengan kita yang kumpulannya lebih besar daripada yang telah keluar itu,”katanya ketika berucap sempena Perasmian Kelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan dan Sayap-Sayap Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong serta barisan kepimpinan politik negeri.Ahmad Zahid yang juga Pemangku Timbalan Presiden UMNO menjelaskan, kawan baru yang dimaksudkan beliau itu mungkin pada masa dahulu adalah di kalangan musuh politik, tetapi mereka telah `tabayyun’, memahami dan mampu menyelesaikan permasalahan untuk ditangani bersama. Beliau juga meminta supaya tanpa mengetepikan agama lain, semua ahli UMNO dan BN bersama-sama dengan PAS menegakkan perundangan (Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355 yang bertujuan menjaga kepentingan orang Islam supaya orang Islam terus menjadi kumpulan yang tahu menghormati dirinya dengan perundangan. “Biarpun dibawa oleh mereka, dan InsyaAllah biar kerajaan yang membentangkan undang-undang itu untuk menjaga orang Islam dan Melayu tanpa mengenepikan agama dan bangsa lain.“InsyaAllah Rang Undang-Undang 355 akan dibentangkan di dalam sidang parlimen pada kali ini yang dibawa sendri oleh kerajaan,”katanya lagi.Menurutnya, Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sangat komited untuk bersama-sama menterjemahkan hasrat (RUU 355) ini tanpa mengganggu-gugat agama lain dan komponen lain dalam BN.“Kita harap dengan kekuatan baru ini dengan ada rakan-rakan baru yang ada bersama kita ini, kita bukan berhasrat untuk mengadakan `tahallul siasi’ secara secara semborono, `political calibration’ secara mendadak, tetapi pendekatan kita secara berhikmah dan penuh persefahaman di kalangan kita.“Saya akan perincikan dengan rakan-rakan saya di atas pentas nanti, kalau tidak hari ini mungkin hari lain mereka (Ahli Parlimen dari Terengganu) akan turun bertemu tuan-tuan dan puan-puan untuk melakukan penjelasan (RUU 355),”katanya.
17 Mar 17
83
Pesta Pantai Kembali Lagi
Penganjuran Pesta Pantai 2017 secara serentak di dua lokasi berbeza di Terengganu sempena cuti persekolahan bermula 17 hingga 25 Mac ini bukan saja dapat mengembalikan cara kehidupan orang terdahulu malah mampu mempromosikan lagi pantai peranginan berkenaan.Kali ini, Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu dengan penganjuran Pesta Beautiful Terengganu Red One dan Pantai Pengkalan Atap, Kuala Nerus (Pesta Pantai DUN Batu Rakit) di pilih bagi memeriahkan cuti persekolahan.Penganjur masih mengekalkan konsep penduduk tinggal di dalam bangsal yang dibina menggunakan pelepah daun nipah.Langkah itu semata –mata mahu memberi keunikan tersendiri serta memberi pendedahan kepada generasi muda mengenai aktiviti yang menjadi warisan sejak sekian lama itu.Pada masa sama bertepatan dengan usaha kerajaan negeri untuk menarik lebih ramai pengunjung datang ke Terengganu sempena Visit Beautiful Terengganu.Beberapa pertandingan akan diadakan sepanjang sembila hari program berlangsung termasuk pertandingan memancing, bola sepak pantai serta permainan tradisional Melayu.Kejohanan Bola Sepak Pantai yang akan berlangsung 24 dan 25 Mac menawarkan hadiah lumayan dengan johan bakal membawa pulang RM13,000.Manakala, hadiah yang ditawarkan untuk Cabaran Memancing Pantai Batu Burok pada 25 Mac pula ditambah nilai hadiah kepada juara daripada RM30,000 kepada RM40,000 berikutan sambutan yang memberangsangkan.
16 Mar 17
1497
YPU Nafi Terlibat Sedia Geran Kepada Usahawan Melalui Pihak Ketiga
DR KhairiYayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) menafikan penglibatan dalam menyediakan geran kepada usahawan menerusi ejen atau pihak ketiga.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Khairi A Rahman, berkata agensinya menerima beberapa aduan berkaitan kewujudan tawaran geran atau dana untuk usahawan bagi syarikat Sdn. Bhd dan Enterprise yang dikaitkan dengan nama YPU serta mewajibkan keahlian pertubuhan politik."Modus operandi skim tersebut menyasarkan peniaga kecil dan syarikat baru yang mempunyai jumlah modal kecil. Dana ini dikatakan menjanjikan pulangan berkali kali ganda dalam tempoh tertentu.Sehubungan itu, pengurusan YPU ingin menafikan penglibatan YPU dalam pemberian geran atau dana itu kepada mana-mana pihak, malah YPU juga tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai ejen dalam skim seperti itu,"katanya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.Khairi berkata, YPU juga menasihatkan usahawan, peniaga atau orang ramai agar tidak terpengaruh dengan pelbagai perkara yang menyalahgunakan nama YPU, sebagaimana pemberian geran atau dana usahawan seperti yang dihebohkan itu.Beliau juga menasihatkan orang ramai menyemak dengan pejabat YPU Terengganu di talian 09-6242424 terlebih dahulu, sekiranya didatangi, dihubungi atau penglibatan dalam penyediaan geran membabitkan nama YPU supaya tidak tertipu.
16 Mar 17
63
Terengganu Agih Insentif Khas Untuk Faizal
Kerajaan negeri bakal menyediakan insentif khas kepada Mohd Faizal Hafiz Adnan, 12, kerana semangat juang dan ketabahannya sehingga mampu meraih kemenangan dengan cara luar biasa dalam Kejohanan Merentas Desa Bawah 12 Tahun Peringkat Kebangsaan di Taman Botani Negara Shah Alam baru-baru ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kisah pelajar dari Kampung Pantai Tukang Perahu di Seberang Marang, terpaksa merangkak akibat kekejangan otot dan terjatuh beberapa meter dari garisan penamat, namun berjaya muncul sebagai naib johan menjadi viral di media sosial.“Dengan kecekalannya itu, kita akan menyediakan satu insentif khas sebagai menghargai usaha yang telah dilakukan sehingga mengharumkan nama negeri dan juga sekolahnya.“Semangat juang dan ketabahan adik Faizal menyentuh hati saya kerana sanggup meneruskan larian sehingga merangkak walaupun kekejangan otot, untuk tidak menghampakan pasukannya (Terengganu),”katanya di Majlis penyampaian bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M), di Dewan Serbaguna Pak Tijah, Tok Jembal, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina zakaria.Di majlis itu, seramai 261 penduduk dari Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tok Jembal menerima BR1M masing-masing. Selain itu juga, 22 bayi yang lahir sepanjang tahun lalu dari PDM yang sama turut menerima saguhati kelahiran berupa kad Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) bernilai RM100 seorang menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK). Dalam pada itu, Menteri Besar juga mahu setiap PDM di Dewan Undangan Negeri Seberang Takir menyediakan perkhidmatan kaunter yang menghimpunkan semua agensi pengurusan bantuan kepada rakyat, setiap dua minggu sekali. Antara agensi dan jabatan terlibat seperti Yayasan Terengganu, Yayasan Pembangunan Usahawan, Sekretariat Tabung Darul Iman, YPK, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, KPWKM dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus."Ini memberi kemudahan kepada rakyat dan golongan sasar untuk berurusan dan menyelesaikan permasalahan mereka di satu pusat sehenti,"katanya.
15 Mar 17
102