lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
167 Pengurus Kediaman Berkhidmat Seluruh Terengganu
Program Pengurus Kediaman yang diperkenalkan  menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan itu secara professional di seluruh Terengganu.Pengarah YPKT,  Mohd Shafaruddin Mustaffa, berdasarkan rekod seramai 167 majikan mendapatkan perkhidmatan itu sejak diperkenalkan pada Mac 2015.Manakala  184 individu yang berkelulusan sekurang-kurangnya Penilaian Menengah Rendah (PMR)  terdiri daripada golongan ibu tunggal, belia dan suri rumah dilatih menjadi Pengurus Kediaman secara profesional.Katanya, ada majikan ingin mendapatkan dua orang pengurus kediaman sekali gus bagi menguruskan kediaman mereka secara professional.“Faktor itu berkemungkinan bayaran pendahuluan yang dikenakan agak murah iaitu hanya kira-kira RM2,000 bagi setiap pengurus kediaman  berbanding  sehingga RM14,000 yang perlu dibayar untuk mendapat perkhidmatan warga asing.“Kebanyakan keluarga mahukan Pengurus Kediaman bagi menjaga ahli keluarga uzur, mengasuh anak dan mengurus kediaman,”katanya ketika dihubungi Teganukita.Menurutnya, menyedari hakikat itu, pihaknya meneruskan program sama dengan peruntukan tambahan  daripada kerajaan negeri berjumlah RM1 juta.“Pelbagai program diatur dengan kerjasama Kolej Inforana,  termasuk kursus selama 10 hari, promosi, program kecergasan, bengkel pengkhususan perkhidmatan, bengkel celik IT dan program motivasi yang dijalankan secara berperingkat-peringkat.“Pelbagai keistimewaan ditawarkan kepada kepada yang layak, termasuk diitawarkan gaji minima RM1,000 sebulan, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman Perkeso, Insurans berkelompok, kemudahan Taska Permata Keluarga YPKT secara percuma,”katanya.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       
21 Mar 17
257
Empty Image
Terengganu Bike Week 2017 27 Mac- 2 April, Tampil Kelainan
Tengku Sri Temenggung (kanan) bersama Tun Faisal menunjukkan pamplet mempromosikan penganjuran Terengganu Bike Week 2017 27 Mac-2 April 2017 ini.Terengganu Bike Week 2017 yang dijadualkan berlangsung pada 27 Mac hingga 2 April ini, bakal membawa kelainan kepada pengunjung dan kira-kira 3,000 peserta yang datang dari dalam dari luar negara, sempena sambutan Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017.  Presiden Persatuan Gabungan Permotoran Negeri Terengganu (PGPNT), Tengku Sri Temenggung Raja, Dato' Seri Tengku Baharuddin Sultan Mahmud berkata, program tahunan bagi edisi kali kelima itu dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti baharu kepada peserta yang mampu menonjolkan tradisi dan kebudayaan Terengganu."Pada tahun ini, program ini dijangka lebih meriah dan menarik dengan penglibatan lebih ramai peserta berbanding tahun sebelumnya, selain pelbagai aktiviti sampingan seperti pameran serta jualan turut dianjurkan di Dataran Batu Buruk dan di Dataran Permata Seberang Takir.“Kali ini ada sedikit perbezaan apabila program yang turut mendapat sambutan dari kerajaan negeri ini turut mempromosikan VBT 2017 yang sedang berlangsung,” katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Sidang Media Sempena Terengganu Bike Week 2017 di Hotel Primula, Kuala Terengganu, malam tadi.Turut hadir, Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Faisal Tun Abdul Razak, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu, Zanariah Mamat dan Pengurus Promosi Sekretariat Beautiful Terengganu, Ahmad Fathil Abd Ghani .Katanya, dalam memeriahkan lagi acara sempena VBT 2017 pihaknya akan menonjolkan pelbagai aktiviti dan warisan yang terdapat di negeri ini kepada peserta terutama  mereka yang datang dari luar Terengganu termasuk Brunei, Singapura dan Thailand."Pada 31 Mac, semua peserta akan berkumpul dan kita akan menjemput penunggang dari luar negara di sempadan dan pada 1 April, kita akan adakan konvoi muhibah di Kampung Baru Seberang Takir dan peserta akan didedahkan dengan  aktiviti kebudayaan masyarakat setempat termasuklah aktiviti pembuatan keropok lekor."Selain itu, kita juga akan menjalankan program amal yang mana kita akan memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan,"katanya.
21 Mar 17
769
Empty Image
99 Kertas Kerja Dibentang Pada Persidangan ICDETAH 2017
Ghazali ketika berucap di Majlis Penutup Persidangan ICDETAH 2017 di Hotel Permai, hari ini. Foto Oleh: Tg Syamim Tg IsmailSebanyak 99 kertas kerja dibentangkan pada persidangan Antarabangsa Komunikasi, Teknologi Maklumat, Pendidikan, Alam Sekitar, Pelancongan, Ekonomi, Politik, Seni dan Warisan (ICDETAH) 2017 yang berlangsung selama tiga hari berakhir hari ini di Hotel Permai, Kuala Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata, persidangan kali kedua dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama Pertubuhan Ahli Akademik dan Profesional Anak Terengganu (Perapat) Malaysia, dan Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris itu mengenengahkan tema ‘Informasi Merentas Peradaban’.“Maltamat ICDETAH 2017 adalah sebagai platform untuk pencambahan ilmu dalam menjayakan Transformasi Terengganu Baharu termasuk hasil daripada perbincangan, perkongsian dan pertukaran idea serta hasil penyelidikan dalam isu yang berkaitan dengan pembangunan komunikasi, media, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pendidikan, alam sekitar, pelancongan, ekonomi, agama, politik, seni dan warisan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian penutup persidangan ICDETAH 2017 di Hotel Permai, hari ini.Turut hadir, Pengarah Unit komunikasi Negeri Terengganu, Dato’ Muda Mamat, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran serta Presiden Perapat, Prof Madya Dr Abdul Halim Ali.Menurut Ghazali, selain meneroka idea-idea baharu menerusi pembentangan kertas kerja bagi manfaat perkembangan bidang-bidang tersebut, ianya secara tidak langsung menjadi platform terbaik pembahasan tentang pelbagai isu pembangunan dalam bidang tumpuan ke arah mewujudkan kesedaran kesejahteraan pembangunan untuk masyarakat dan negara.Katanya, seramai 150 peserta menyertai persidangan itu yang terdiri daripada ahli akademik, pelajar pasca siswazah dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Korea Selatan, Brunei dan Australia serta wakil-wakil kerajaan negeri dimana 99 daripadanya adalah pembentang kertas kerja dan selebihnya peserta biasa.Ghazali berkata, buat fikiran dan ilmu yang dibentangkan diharap dapat dimanfaatkan untuk dijadikan rujukan akademik khususnya bagi membangunkan program-program yang berteraskan teknologi maklumat di negeri ini.Sementara itu, Prof Madya Dr Abdul Halim berkata, daripada jumlah 99 kertas kerja yang mengandungi pelbagai tajuk, dua buah penerbitan berjaya dihasilkan dalam bentuk jurnal dan sebuah buku sebagai kompilasi karya ahli-ahli akademik dari rantau ini yang boleh dimanfaatkan.“Insya-Allah, bagi persidangan akan datang (dua tahun lagi) kita akan fokus kepada bidang, pendidikan teknikal dan vokasional pula sebagaimana kerajaan negeri sering tekankan,” katanya.
20 Mar 17
345
Empty Image
Hotel PB Square Dijangka Siap April Ini
Hotel Paya Bunga (PB) Square dijangka siap sepenuhnya pada akhir April ini.Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) Samiun Salleh berkata, secara keseluruhan kerja-kerja fizikal hotel telah siap sepenuhnya."Sehingga 7 Mac lalu pihak kontraktor telah menyiapkan 60 peratus bagi kerja-kerja hiasan dalaman (ID),"ujarnya.Samiun berkata, Hotel PB Square bertaraf tiga bintang itu mempunyai 208 buah bilik penginapan dengan menyediakan kemudahan dewan seminar, restoran dan kolam renang kepada penyewa hotel."Selain itu, ianya juga terletak di lokasi strategik dimana terdapat pelbagai kemudahan disediakan termasuk dari segi pengangkutan (berdekatan dengan Stesen Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan laluan Bas Kite), pusat boling, panggung wayang, pusat membeli belah, UTC Terengganu, bank serta kemudahan tempat meletak kenderaan,"ujarnya.Katanya, Hotel PB Square juga bakal menyediakan penginapan selesa dengan harga berpatutan kepada pelancong dalam dan luar negara yang berkunjung ke Terengganu."Pemandangan keseluruhan Bandar Raya Kuala Terengganu juga dapat dilihat dari Hotel PB Square dan secara tidak langsung dapat mempromosikan tempat-tempat menarik yang ada di sekitarnya seperti Pasar Payang, Bazar Warisan dan Pantai Batu Burok sekali gus menyemarakkan Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017," ujarnya.Sementara itu Samiun berkata, semua komponen pembangunan PMINT Square (PB Sentral, Hotel PB Square dan PB Plaza) akan beroperasi secara menyeluruh Mei depan.
20 Mar 17
519
Empty Image
Pusat Boling, Panggung Wayang Buka Mac
Dua kemudahan bagi aktiviti riadah di Paya Bunga (PB) Sentral iaitu pusat boling dan panggung wayang dibuka kepada orang awam mulai bulan ini.Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Samiun Salleh berkata, pusat boling Coral Crown Bowl (CCB) dibuka pada 10 Mac manakala panggung wayang mula dibuka pada 18 Mac di tingkat tujuh sahaja dan lain-lain tingkat (8 dan 9) akan dibuka secara berperingkat.Katanya, tarikh pembukaan dua kemudahan itu adalah menepati sasaran awal, dimana penangguhan pembukaan sebelum ini adalah disebabkan proses mendapatkan Certificate of Completion And Compliance (CCC) mengambil masa kerana melibatkan beberapa jabatan teknikal.Menurut Samiun, dengan adanya pelbagai kemudahan disediakan bagi aktiviti riadah seisi keluarga di PB Sentral, pihak PMINT yakin ia akan menjadi tarikan utama kepada pengunjung.“Boleh dikatakan, tempat riadah sekeluarga di negeri ini terhad kepada kawasan pantai dan taman-taman sahaja.“Sekiranya ingin bermain boling dan menonton wayang memaksa warga bandaraya ini khususnya kadang kala perlu melalui perjalanan yang agak jauh contohnya ke Kemaman,” ujarnya.Katanya, dengan adanya kemudahan baharu ini, pusat riadah lebih pelbagai dan secara tidak langsung Pusat Bandaraya Kuala Terengganu akan lebih meriah dengan kunjungan penduduk tempatan dan luar.
20 Mar 17
150
Empty Image
Jangan Jadi 'Gunting Dalam Lipatan' -Razif
Ghazali berpelukan dengan bekas Adun Ajil, Dato Rosol Wahid pada pertemuan sempena kunjungan Ahmad Razif ke DUN itu, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Semua ahli UMNO di negeri ini diminta tidak menjadi 'gunting dalam lipatan' sehingga menggadaikan maruah parti yang melambangkan ketuanan Melayu ini.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata sikap buruk segelintir pihak yang suka mengeruhkan keadaan, mengadu-domba dan menghasut pemikiran orang ramai boleh memusnahkan masa depan anak muda serta merosakkan parti UMNO itu sendiri."Perjuangan UMNO penuh dengan cabaran dan tohmahan yang tidak akan dan tidak pernah melunturkan semangat perjuangan ahli-ahli UMNO dulu, kini dan selamanya."Bagaimanapun, jangan pula ada di kalangan kita menjadi gunting dalam lipatan, mengadu-domba atau melakukan sesuatu yang boleh merosakkan parti UMNO dan masa depan anak muda dengan pelbagai hasutan yang tidak benar,"katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perjumpaan Bersama Kepimpinan UMNO Cawangan DUN Ajil sempena Program MB Turun Padang di DUN Ajil di Dewan Sivik, Ajil, Hulu Terengganu, hari ini.Ahmad Razif sebaliknya mahu supaya semua ahli UMNO supaya bersama-sama dengan jentera parti bersiap- sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14(PRU14)tidak lama lagi, sekali gus memastikan DUN Ajil dan Terengganu khasnya, kekal milik Barisan Nasional.Mengulas tindakan beberapa ahli UMNO di negeri ini yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Ahmad Razif berkata, tujuan mereka bertindak demikian kerana mahu menjatuhkan kepimpinan UMNO Terengganu pada PRU14 akan datang."Sebab itu kepada sesiapa ahli UMNO yang terlibat dengan PPBM di DUN Ajil dan juga di seluruh Terengganu ini, mereka akan diambil tindakan termasuk dipecat dari keahlian dan saya tidak akan teragak-agak untuk melakukannya demi parti UMNO,"katanya lagi.
20 Mar 17
133
Empty Image
Pasar Percuma Di Seluruh Daerah Mulai April Ini
Pasar percuma untuk golongan yang tidak berkemampuan di seluruh daerah di Terengganu akan bermula bulan depan.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pasar percuma itu membolehkan golongan kurang berkemampuan mengambil barangan keperluan asas dan sebagainya tanpa perlu berbelanja.Katanya lagi, peserta e-Kasih, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) boleh mendaftar di kaunter pada Isnin minggu pertama bagi mendapatkan kupon untuk ditukarkan kepada barangan keperluan yang dikehendaki."Pasar ini kita rancang setiap Isnin minggu pertama setiap bulan dan hari Isnin kita dah isytiharkan hari tanpa mesyuarat."Ini juga akan memberi ruang untuk orang ramai menyumbang termasuk barangan terpakai. Pegawai-pegawai kerajaan yang ingin memberikan sumbangan mereka juga boleh berbuat demimian, "katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Bersama Pemimpin Masyarakat, Kakitangan Kerajaan dan Swasta di Dewan Sivik Ajil, Hulu Terengganu, hari ini.Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri juga akan mewujudkan hari bertemu pelanggan di Wisma Darul Iman (WDI) pada hari yang sama mulai jam 9 pagi hingga 12 tengah hari."Kita akan bermula di WDI pada minggu depan dengan penyediaan kanopi yang menjadi pusat pengumpulan barang-barang yang disumbangkan dan sebagai pusat menerima sumbangan orang ramai.Jelasnya lagi, kutipan sumbangan orang ramai untuk program amal itu akan digerakkan selama tiga minggu dalam sebulan sebelum proses pengagihan.
20 Mar 17
30
Empty Image
Kerajaan Negeri Biayai Pesakit 'Alobar Holoprosencephaly' Di Ajil
Ahmad Razif bertanya khabar adik Nur Sofeatul Aiesha Zamani yang menghidap 'Alobar Holoprosencephaly' pada Program Turun Padang di Dewan Undangan Negeri Ajil, hari ini. Foto Oleh: Tg Syamim Tg IsmailKerajaan negeri bersedia menanggung kos rawatan pembedahan sumbing dan menyelesaikan masalah air dalam kepala adik Nur Sofeatul Aiesha Zamani,2, yang menghidap 'Alobar Holoprosencephaly' atau penyakit kepala besar.Menteri Besar, Dato'Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kes ini akan dirujuk terus kepada pakar kanak-kanak.Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas Majlis Perjumpaan bersama Kakitangan Awam/Swasta Dan Pihak Berkuasa Tempatan di Dewan Sivik Ajil sempena Program Turun Padang ke Dewan Undangan Negeri Ajil, hari ini.Turut mengiringi lawatan beliau ke pekan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail , Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Ghazali Taib dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya.Hadir sama, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik dan Pengarah Unit Komunikasi Negeri, Dato' Muda Mamat.Ibu bayi berkenaan, Nurfaiz Mohd Rani, 33, berkata,anaknya yang berusia dua tahun itu dikesan mengidap 'Alobar Holoprosencephaly'sejak berada dalam kandungannya setelah pemeriksaan ultrasound dijalankan pada usia kandungan 38 minggu.“Kini pada usia dua tahun ,berat badannya cuma sembilan kilogram tapi kepalanya seberat empat kg sehingga menyukarkan pergerakannya."Saya berterima kasih kepada Dato' Seri Menteri Besar atas keprihatinan beliau untuk memberi rawatan pembedahan secara percuma ini,"katanya lagi.Sementara itu, Ahmad Razif juga bersetuju untuk melihat apakah keperluan bagi pasangan adik beradik istimewa Erynn Elrina Mohd Hashim,17, dan Danish Darwish Mohd Hashim,13, yang menghidap ‘cerebral palsy '."Untuk anak-anak ini,saya minta Adun Ajil,Ghazali Taib untuk melihat keperluan yang perlu ada untuk meringankan beban yang ditanggung."Dan untuk sementara ni kita akan bantu dari segi rawatan fisioterapi bagi memudahkan pergerakan mereka,"katanya lagi.Mereka membesar tidak seperti bayi lain setelah disahkan menghidap penyakit ini sejak lahir apatah lagi mereka dipercayai lemas ketika proses bersalin. Hingga kini kedua beradik ini hanya mampu terbaring sahaja.
20 Mar 17
1049
Empty Image
Peruntukan RM5 Juta Selesai Banjir Di Taman Ajil Perdana
Kerajaan negeri akan memperuntukkan sehingga RM5 juta untuk menaik taraf 'Monsoon Drains' atau longkang di Taman Ajil Perdana, Ajil, Hulu Terengganu bagi menyelesaikan masalah limpahan air banjir di kawasan tersebut.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) perlu membuat kajian teknikal bersama Yang Dipertua Majlis Daerah dan mengemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu( UPEN)."InsyaAllah, kita akan ambil tindakan dan saya beri jaminan di sini jika saya dapat keputusan segera daripada teknikal ini maka perlaksanaan untuk selesaikan masalah isu 'Monsoon Drain' akan dijalankan segera."Ini adalah salah satu perkara yang jadi keutamaan rakyat dan semoga selepas ini masalah banjir dapat dikecilkan seberapa yang boleh," kata Ahmad Razif.Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas Majlis Perjumpaan bersama Kakitangan Awam/Swasta Dan Pihak Berkuasa Tempatan di Dewan Sivik Ajil sempena Program Turun Padang ke Dewan Undangan Negeri Ajil, hari ini.Kira-kira 2,000 kakitangan awam dan swasta serta pihak berkuasa tempatan hadir mendengar amanat yang disampaikan oleh Menteri Besar.Sementara itu, Ahmad Razif juga akan mendapatkan bajet daripada Kerajaan Pusat bagi mendalamkan muara Sungai Kuala Berang bagi memudahkan laluan kapal dan mengurangkan masalah banjir yang sentiasa berlaku."Untuk mendalamkan muara sungai ini,saya juga menunggu laporan teknikal daripada JPS dan lepas dah dapat laporan terperinci,saya akan cuba dapatkan peruntukan daripada Kerajaan Pusat."Muara sungai ini mempunyai potensi besar untuk industri pelancongan kerana satu masa dahulu kapal boleh mudik dari muara Sungai Terengganu ke muara Sungai Berang."InsyaAllah, kita akan mulakan balik kegemilangan ini jika kita dalamkan sungai tersebut dan majukan industri pelancongan di daerah ini," katanya lagi.
19 Mar 17
419
Empty Image
MB Bersarapan Di Medan Selera Ajil
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria sempat meluangkan masa bersarapan dengan orang ramai, di Medan Selera, Ajil, Hulu Terengganu, pagi ini.Beliau disambut oleh penduduk setempat yang tidak sabar untuk menjamu selera sambil berbual mesra bersama pemimpin negeri itu.Peniaga dan pengunjung di Medan Selera Ajil itu  juga kelihatan teruja dengan kehadiran pemimpin nombor satu negeri itu. Turut mengiringi lawatan beliau ke pekan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail , Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Ghazali Taib dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya.Hadir sama, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik dan Pengarah Unit Komunikasi Negeri, Dato' Muda Mamat.Seorang peniaga, Nor Azura Ibrahim,33, berkata dia cukup teruja dengan kehadiran Menteri Besar dan isteri kerana ini kali pertama dapat menatap wajah pemimpin yang disayangi itu dengan lebih dekat."Hanya dalam masa tiga hari, kami buat persiapan bagi menyambut kedatangan beliau dan hari ini saya menyediakan nasi lemak,nasi minyak,nasi dagang,mee goreng dan kuih-muih istimewa sebagai hidangan kepada pemimpin dan mereka yang hadir hari ini," katanya yang sudah 13 tahun menjalankan perniagaan di situ.Menteri Besar seterusnya meneruskan program Ziarah Kasih dengan mengunjungi rumah seorang mualaf, Mohd Hashim Liew Abdullah, 47, yang mempunyai dua anak istimewa menghidap ‘cerebral palsy’ sempena program sehari di DUN Ajil.
19 Mar 17
73