lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Sultan Mizan Sukacita, Perumahan Jadi Agenda Teras Kerajaan Negeri
Sultan Mizan berkenan bertitah menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Tg Syamim Tg IsmailSultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menzahirkan rasa sukacita kerana kerajaan negeri menjadikan perumahan sebagai satu agenda teras dengan tumpuan ke arah memastikan keperluan perumahan di kalangan seramai mungkin rakyat dapat dipenuhi.Titah Sultan Mizan, memandangkan perumahan adalah satu keperluan asas kepada rakyat, baginda inginkan yang terbaik untuk rakyat terutamanya dalam memberi keselesaan kepada bakal pemilik rumah.“Beta amat gembira dengan keprihatinan kerajaan negeri yang telah memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk mengisi agenda perumahan rakyat antaranya salah satu insiatif Program Perumahan Rakyat di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 melalui Rolling Plan Ke-2. “Projek di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini melibatkan pembinaan 500 unit rumah dengan kos keseluruhan sebanyak RM83.4 juta yang mana dapat menampung keperluan perumahan untuk 500 keluarga yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah B40,” titah baginda.Sultan Mizan bertitah berkenaan ketika menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dengan diiringi Tengku Sri Temenggong Raja, kerabat-kerabat Raja dan Ahli Dewan Pangkuan DiRaja.Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, wakil-wakil rakyat dan pegawai-pegawai kerajaan.Titah Sultan Mizan, kerajaan negeri telah memperkenalkan program "Terengganuku" iaitu satu program perumahan untuk menggalakan belia yang sudah berumahtangga di bawah umur 40 tahun, dan kakitangan awam negeri, membeli rumah pertama mereka.“Di bawah program "Terengganuku" ini, kerajaan negeri memberi subsidi sebanyak RM 40,000 bagi setiap unit Pangsapuri Ladang Tok Pelam dan Pangsapuri Bandar Baharu Kerteh,” titah baginda.Baginda turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang telah meluluskan peruntukan sebanyak RM13 Juta bagi pembinaan 200 unit rumah bagi Program Penempatan Semula Nelayan. “Beta berharap projek ini yang akan dilaksanakan di Pulau Sekepeng, Kemaman, Benting Lintang (Besut) dan Seberang Penarik (Setiu) dapat meningkatkan tahap sosio-ekonomi golongan nelayan.“Usaha mengisi keperluan perumahan rakyat adalah usaha yang sangat tepat lagi murni. Beta berharap, lebih banyak lagi projek perumahan dapat dilaksanakan supaya lebih ramai rakyat dapat memliki rumah yang mereka idamkan,” titah baginda.
26 Mar 17
64
Empty Image
Sultan Mizan Bertitah Semua Pihak Eratkan Kerjasama
Sultan Mizan bersalaman dengan barisan ahli persidangan selepas menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Kelima di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Foto oleh Tg Syamim Tg IsmailSultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah agar kerjasama antara  kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan, agensi-agensi dan badan berkanun dapat dieratkan lagi, bagi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.Baginda juga menyeru supaya kerajaan negeri di bawah kepimpinan Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersama Ahli- ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan gandingan padu jentera pentadbiran awam akan mendapat pentunjuk dan bimbingan Ilahi dalam menyempurnakan tanggunjawab, secara adil dan jujur."Beta ingin menyeru segenap lapisan masyarakat agar sentiasa prihatin terhadap keselamatan ahli keluarga, jiran tetangga serta persekitaran. “Isu keselamatan adalah tanggungjawab bersama dan bukannya tanggungjawab pasukan keselamatan semata-mata,”titahnya.Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dengan diiringi Tengku Sri Temenggong Raja, kerabat-kerabat Raja dan Ahli Dewan Pangkuan DiRaja.Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, wakil-wakil rakyat dan pegawai-pegawai kerajaan.Sultan Mizan turut bertitah, sempena Visit Beatiful Terengganu 2017, semua pihak mestilah berganding bahu dalam memastikan pelancong yang berkunjung ke Terengganu sentiasa berasa selamat dan aman.
26 Mar 17
112
Empty Image
Sultan Mizan Sempurnakan Istiadat Pembukaan Sidang DUN
Sultan Mizan dan Sultanah Nur Zahirah berkenan memberi tabik hormat sebelum memeriksa barisan kawalan kehormatan sempena istiadat pembukaan sidang DUN di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Zulkifli C.W PutraSultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dengan diiringi Tengku Sri Temenggong Raja, kerabat-kerabat Raja dan Ahli Dewan Pangkuan DiRaja.Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, wakil-wakil rakyat dan pegawai-pegawai kerajaan.Ketibaan baginda disambut dengan kawalan kehormatan mempersembahkan `Hormat DiRaja’ , diikuti lagu Selamat Sultan serta pengibaran Bendera DiRaja.Sultan Mizan kemudiannya memberi perkenan kepada ketua kawalan kehormatan untuk berangkat memeriksa barisan kawalan kehormatan diiringi Ketua Barisan Kehormatan dan Ketua Polis Negeri, Dato’ Rosli Abd Rahman.Serentak dengan itu juga, barisan kawalan kehormatan mempersembahkan `Hormat DiRaja’ dan lagu Selamat Sultan.Sejurus kemudian, baginda berangkat masuk ke Majlis Dewan Undangan Negeri dan berkenan menyampaikan Titah DiRaja sebelum istiadat berakhir kira-kira sejam kemudian.
26 Mar 17
1020
Empty Image
KPM Tubuh Jawatankuasa Kaji Program Jelajah Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji perlaksanaan Program Jelajah Pendidikan KPM 2017 yang menjadi platform untuk mendekati masyarakat dengan mengunjungi 12 lokasi seluruh negara sehingga penghujung tahun ini.Menteri Pendidikan Malaysia, Dato’ Seri Mahdzir Khalid berkata, penubuhan jawatankuasa itu merupakan langkah terbaik untuk menilai seluruh pandangan yang diterima daripada rakyat.“Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk melihat seluruh pandangan daripada rakyat, buat analisa dan sebagainya.“Daripada siri jelajah yang telah diadakan, ada pelbagai pandangan yang diterima dan antara yang menarik adalah pandangan daripada pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dari kawasan luar bandar yang meminta KPM fokus kepada memperkukuh Sains dan Matematik,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Program Jelajah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 2017 di Pasaraya Mydin Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang;  Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Dato’ Sri Alias Ahmad dan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.Program Jelajah Pendidikan KPM 2017 adalah penjenamaan semula program turun padang KPM yang sebelum ini dikenali sebagai Program Jelajah KPM yang diadakan setiap tahun.Bagi siri jelajah kali ini, sebanyak 35 bahagian dan agensi di bawah KPM menyertai program ini berdasarkan permintaan masyarakat terhadap perkhidmatan yang ditawarkan atau yang signifikan dengan isu-isu semasa.Selain menyampaikan maklumat terkini KPM, dan menyelesaikan soalan yang diajukan pelanggan, program jelajah ini juga mempamerkan kejayaan murid, sekolah, guru, PIBG, dan pemimpin sekolah di peringkat nasional dan antarabangsa.Juga diadakan pelbagai pertandingan seperti kuiz, pidato, persembahan kebudayaan, nyanyian dan sebagainya sepanjang dua hari siri jelajah di negeri ini.
26 Mar 17
102
Empty Image
Earth Hour Akan Dilaksanakan Di Lokasi Tumpuan Setiap Tahun
Dato' Mohd Jidin bersama perserta yang mengikut program Earth Hour Terengganu 2017 di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Zulkifli C.W. Putra.Kerajaan negeri berhasrat memperluaskan Program Earth Hour di peringkat negeri Terengganu ke lokasi tumpuan lain bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terutamanya di kalangan belia terhadap situasi semasa alam sekitar.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, program yang julung kali diadakan Terengganu malam tadi mendapat sambutan yang menggalakkan apabila lebih 1,000 peserta mengikuti perarakan mengelilingi Bandar Raya Kuala Terengganu.Katanya, kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mahu meneruskan penganjuran acara itu pada masa akan datang di lokasi berbeza bagi memupuk kesedaran rakyat Terengganu."Program yang dijalankan ini adalah antara julung kali diadakan di Terengganu sebagai tanda penghormatan kepada 172 negara lain untuk membantu mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.“Untuk permulaan kita lakukan dahulu di Pulau Warisan, Kuala Terengganu. Kemungkinan juga kita akan pilih di kawasan Batu Buruk dan kawasan-kawasan rekreasi di setiap daerah untuk memberi penghormatan serta pengajaran kepada belia supaya mereka lebih faham tentang penjimatan elektrik,” katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Program Earth Hour Terengganu 2017 di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, semalam.Turut hadir Datuk Bandar MBKT, Zulkifli Abu Bakar.Dalam program tersebut pelbagai acara sampingan turut dijalankan termasuk Night Walk sejauh 1.36 kilometer, menanam pokok serta pameran-pameran persembahan selain daripada aktiviti utama iaitu penutupan lampu di sekitar Bandar Raya Kuala Terengganu selama satu jam bermula 9.15 malam.
25 Mar 17
36
Empty Image
Kejohanan Motosikal Lasak FIM Bakal Dijadikan Acara Dwitahunan
Rozi (dua kiri) bersama pemenang kategori Asian MX2/125 kejohanan motosikal lasak FIM Asia Motocross Championship 2017 yang berlangsung di Kompleks Sukan Gong Badak. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku IsmailKerajaan negeri berhasrat menganjurkan kejohanan motosikal lasak FIM Asia Motocross Championship dwitahunan berikutan mendapat sambutan baik di kalangan pelumba dalam dan luar negara.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat berkata, langkah mengadakan dua tahun sekali itu perlu memandangkan penyertaan peminat motosikal lasak semakin meningkat selain aspek pengurusan juga bertambah baik.“Ini terbukti apabila kejohanan yang dibuat sempena Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017 dan Bulan Sukan Terengganu kali ini juga menunjukkan sambutan baik malah lebih membanggakan prestasi dan semangat penunggang tempatan termasuk dari Terengganu dan Malaysia yang berjaya memberi saingan turut meningkat,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan FIM Asia Motocross Championship di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak.Katanya, sebanyak lapan kategori dipertandingkan iaitu kategori Asia MX2, MX 85 Junior, MX 85 Wanita dan MX Junior, manakala bagi kategori tempatan pula membabitkan MX Terbuka, MX125, Cubcross Terbuka dan Terbuka CKD.Menurut Rozi, kejohanan tiga hari bermula sejak Khamis lalu berjaya menarik penyertaan 98 penunggang dari 11 negara termasuk India, Amerika Syarikat, Filipina, Malaysia, Jepun, Singapura, Thailand, Indonesia dan Nepal.Sementara itu, pelumba dari Guam, Amerika Syarikat, Sean Lipanovich dinobatkan selaku juara kategori utama, MX2/125  selepas menewaskan 19 lagi peserta lain dalam kejohanan itu.Naib juara menjadi milik pelumba dari negara jiran Thailand, Chaiyan Romphan selepas menewaskan pelumba negara Muhammad Habibullah Mohd Salleh di tempat ketiga.Lipanovich membawa pulang hadiah wang tunai USD1,000 (RM4,000) bersama trofi  manakala Chaiyan Romphan menerima USD900 (RM3,600) dan Muhammad Habibullah USD800 (RM3,200).
25 Mar 17
142
Empty Image
Tindakan Tegas Terhadap Pemilik Premis Biak Aedes
Dr Mohammad bersama pemenang bagi kategori oral dan poster dalam Persidangan Denggi Terengganu 2017 di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Tindakan lebih tegas akan diambil termasuk dihadapkan ke mahkamah kepada pemilik premis yang berdegil membiarkan persekitaran mereka menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. Mohammad Omar berkata, segelintir penduduk tidak memberi kerjasama sepenuhnya dan memandang remeh mengenai wabak denggi yang berlaku di kawasan mereka.Katanya, sehingga Mac terdapat satu lokaliti sahaja yang terdapatnya wabak denggi iaitu di Pulau Rusa Hilir, Kuala Terengganu.“Masalah sekarang adalah orang kampung tidak memberi kerjasama untuk  turut sama membersihkan kawasan rumah mereka malah ada yang menghalang pihak Jabatan Kesihatan termasuk untuk memberi kompaun kepada mereka.“Selepas pada ini, penguatkuasaan lebih tegas akan diambil. Selain memberi kompaun kepada pesalah mereka bakal dihadapkan ke mahkamah jika ingkar dengan arahan yang diberikan,” katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Persidangan Denggi Terengganu 2017 di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu, hari ini.Tambah Mohammad, sehingga 20 Mac lalu, kadar bilangan kes denggi di Terengganu dalam keadaan terkawal apabila hanya merekodkan 80 kes.Katanya, sepanjang 2017, sebanyak 550 premis didapati positif pembiakan nyamuk Aedes dan kesemuanya dikenakan kompaun di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 Pindaan 2000.Dalam persidangan yang berlangsung selama dua hari bermula semalam itu, seramai 450 peserta melibatkan pegawai dan kakitangan di bahagian kesihatan awam dan perubatan seluruh negeri.Sepanjang persidangan itu, 42 kajian turut dibentangkan meliputi beberapa aspek termasuk kawalan dan pencegahan kes denggi di lapangan, pemantauan entomologi serta pengurusan sampel di makmal selain pendidikan kesihatan.
23 Mar 17
140
Empty Image
MAPEX Tawar 500 Unit Pelbagai Hartanah Bernilai RM350 Juta
Pameran Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) Terengganu 2017 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini menawarkan lebih 500 unit pelbagai jenis hartanah bernilai kira-kira RM350 juta.Pameran anjuran Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Cawangan Terengganu yang julung kali diadakan di negeri ini berlangsung di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) bermula 10 pagi hingga 9 malam.Pengerusi REHDA Terengganu, Mohamad Hishamudin Muda berkata, MAPEX Terengganu 2017 yang disertai 40 pemain hartanah itu berfungsi sebagai One Stop Center (pusat sehenti) untuk memberi ruang kepada pemaju hartanah tempatan yang terdiri daripada pemaju swasta dan syarikat milik kerajaan untuk memasarkan produk hartanah masing-masing.“Malah pameran ini turut menyediakan landasan terbaik buat pembeli rumah dalam mencari informasi dan panduan tentang pemilikan kediaman di bawah satu bumbung,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Perasmian Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) Terengganu 2017 yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang di di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), hari ini.Menurut beliau, agensi lain yang terlibat dalam ekspo tersebut termasuk pihak bank yang bersedia memberikan pinjaman kepada pembeli yang layak disamping Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang akan membantu dari segi pengeluaran wang caruman KWSP bagi pembelian kediaman kepada bakal pembeli.“Malah, Jabatan Perumahan Negara di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta syarikat lain dibawah Kementerian Kewangan iaitu Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan juga anak syarikat kerajaan negeri iaitu Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) turut serta memberikan tawaran produk masing-masing pada harga yang istimewa,” ujarnya.Katanya, REHDA Terengganu menyasarkan 10,000 pengunjung sepanjang ekspo tersebut berlangsung.
22 Mar 17
37
Empty Image
6,000 Pengunjung Dijangka Kunjungi TMEx
Lebih 6,000 pengunjung dijangka hadir pada Travel Market Expo (TMEx) 2017 di Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu  yang mempromosikan pelbagai pakej pelancong domestik dan luar negara menarik.Pameran yang berlangsung selama tiga hari, berakhir 25 Mac (Sabtu) disertai  41 syarikat agensi pelancongan tempatan dan luar Terengganu.Antaranya  Tourism Melaka, Tourism Perak, Sani Express Sdn Bhd, Juara Travel &Tours Sdn Bhd, Yaskin Travel,Melaka River Cruise dan Industri Kecil dan Sederhana Terengganu.Pengarah  Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, berkata pameran pertama kali dianjurkan itu bertujuan mewujudkan pemasaran secara  langsung antara penyedia perkhidmatan pelancongan kepada kumpulan sasar.Katanya, pada masa sama, mewujudkan rangkaian kerjasama strategik antara pemain industri pelancongan tempatan dan luar Terengganu menerusi jualan pakej-pakej  pelancongan.“Apa yang menarik, ada sesetengah agensi menawarkan diskaun sehingga 30 peratus  sempana pameran itu,” katanya
22 Mar 17
152
Empty Image
Usaha Perkasa Bahasa Inggeris Perlu Dilipat Ganda
Mohd Zubir bersama peserta Persidangan Antarabangsa Bahasa Inggeris, di Hotel Primula, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah KasimKerajaan negeri menyambut baik inisiatif Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)  dalam usaha meningkatkan kecekapan tenaga pengajar Bahasa Inggeris di negara ini, selain berharap inisiatif itu perlu dilipatgandakan.Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, berkata bidang pengajaran pada masa kini memerlukan sesuatu yang kreatif dan berbeza, selain tidak hanya bergantung kepada buku teks semata-mata.Katanya, menjadi tanggungjawab golongan pendidik untuk mengubah gaya pengajaran terhadap pelajar bagi meningkatkan minat serta menjadikan mereka lebih kreatif.“Teknik pengajaran bahasa akan menjadi kreatif sekiranya guru sentiasa mencari inisiatif berbeza semasa mengajar seterusnya menjadikan pelajar lebih kreatif.“Sehubungan itu, saya berharap semua tenaga pengajar terutamanya guru Bahasa Inggeris menyedari kepentingan menggunakan pelbagai pendekatan serta material pengajaran yang baik agar pelajar bersemangat dan sentiasa berhubung dengan persekitaran pengajaran dan pembelajaran,” katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Bahasa Inggeris, di Hotel Primula, Kuala Terengganu, hari ini. Persidangan selama dua hari, berakhir berakhir esok (23 Mac) itu memgumpul ahli akademik tempatan dan luar negara untuk berkongsi pandangan dan pengetahuan tenang bidang kajian yang meliputi kesusasteraan dan pengajaran Bahasa Inggeris.
22 Mar 17
128