lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Sidang DUN : RM85 Juta Dibelanja Untuk Bandar Baharu Kuala Nerus
Kerajaan negeri setakat ini hanya membelanjakan RM85 juta kepada kontraktor yang dipertanggungjawabkan daripada keseluruhan peruntukan RM600 juta bagi melaksanakan projek pembangunan Bandar Baharu Kuala Nerus.Ir Rosli Othman (BN-Kemasik) berkata, projek berkenaan menggunakan konsep bayaran tertangguh dengan kerajaan negeri hanya akan menjelaskan pembayaran sebanyak RM70 juta setahun dan bukannya berdasarkan kemajuan projek. "Projek Bandar Baharu Kuala Nerus dirancang pada 2013 dan ianya dijangka akan mengambil masa kira-kira sembilan tahun untuk disiapkan. "Setakat ini, kemajuan projek itu sudah mencapai 30 peratus, termasuk pembinaan jalan masuk dan landskap," katanya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Azan Ismail (PKR-Bandar) mengenai kemajuan serta jumlah peruntukan dan perbelanjaan sehingga kini bagi projek itu, di persidangan kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, pada hari ketiga, hari ini.Sementara itu, Ir Rosli yang juga Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri berkata, kerajaan negeri tidak berhasrat untuk menjadikan pokok gergasi, 'Ceiba Chodatii' sebagai ikon atau simbol untuk Bandar Baharu Kuala Nerus.Katanya, pokok itu hanyalah sumbangan kontraktor utama projek bagi pembangunan bandar baharu yang bertujuan memperindahkan landskap, menambah tarikan dan keunikan di Bandar Kuala Nerus. "Dakwaan dan tohmahan yang tersebar kononnya pokok itu akan menjadi ikon Kuala Nerus di laman sosial adalah tidak benar, disebarkan pihak tidak bertanggungjawab yang hanya ingin menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat," ujarnya menjawab soalan tambahan lisan Azan berhubung dakwaan menjadikan tanaman itu sebagai ikon. Menjawab soalan tambahan Hishammuddin Abdul Karim (Pas-Tepoh) sama ada sumbangan dari kontraktor untuk mana-mana projek kerajaan adalah amalan biasa, Ir Rosli berkata ia bukan amalan kerajaan negeri, namun jika sumbangan tersebut diberi sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR), ia diterima dengan tangan terbuka."Saya juga menafikan terdapat dua pokok gergasi itu di Kuala Nerus, sebaliknya yang ada hanya satu pokok sahaja. Buat pengetahuan semua juga, penyelenggaraan pokok ini juga akan dibuat oleh kontraktor itu secara percuma, langsung tidak membabitkan duit kerajaan negeri, " katanya.Pembinaan Bandar Baru Kuala Nerus bermula pada Disember 2015 dan dijangka siap pada Disember 2020, namun melalui laporan kemajuan projek, sehingga kini dijangka bangunan pentadbiran boleh mula digunakan pada Disember 2018.
28 Mar 17
122
Empty Image
Sidang DUN : Kaji Cadangan Pembangkang Bina Penempatan Khas Untuk Penagih
Kerajaan negeri tidak menolak mentah-mentah sebarang cadangan pihak pembangkang, termasuk membina penempatan khas untuk penagih dadah, sebagaimana yang dicadangkan Mohd Abdul Wahid Endut (Pas-Wakaf Mempelam).Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Roslee Daud berkata, cadangan tersebut memerlukan kajian secara terperinci sebelum membuat sebarang keputusan.“Dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah, pendekatan yang dibuat oleh kerajaan termasuk penguatkuasan akta setakat ini agak menyakinkan.“Walau bagaimanapun, cadangan untuk menempatkan mereka ini (penagih dadah) di sebuah pulau agar bekalan dadah sukar diperoleh sepertimana yang dicadangkan wakil pembangkang akan diteliti dan dikaji balik,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mohd Abdul Wahid di persidangan kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, pada hari ketiga, hari ini.Roslee (BN-Bukit Besi) berkata, kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian serius terhadap isu penyalahgunaan dadah khususnya di kalangan belia memandangkan golongan ini adalah pewaris generasi akan datang."Dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kita sentiasa memberi sokongan terhadap apa yang dilaksanakan termasuk usaha beberapa pusat pemulihan yang telah dibuat oleh NGO dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah ini,” ujarnya.
28 Mar 17
65
Empty Image
Sidang DUN: Terengganu Belanja RM300 Ribu Bantu Penternak Ikan Kerapu
Kerajaan negeri membelanjakan hampir RM300,000 bagi membantu penternak ikan kerapu di persisiran pantai di Terengganu sepanjang tahun lalu.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof, berkata peruntukkan itu  termasuk membekalkan induk kerapu, membekalkan peralatan-peralatan seperti tangki, sistem air laut dan juga peralatan-peralatan lain.Katanya, kebanyakan benih kerapu sekarang ini masih perlu diperolehi dari luar negara seperti Bali ataupun Surabaya di Indonesia. “Apa yang diusahakan penternak benih ikan itu di Terengganu sebelum ini menemui kegagalan disebabkan faktor cuaca dan beberapa permasalahan yang tidak dapat dielakkan.“Walaupun gagal,  kita berjaya menghasilkan benih ikan dari spesis lain, termasuk siakap,” katanya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Satiful Bahri Mamat (Pas-Paka) di persidangan kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu  pada hari kedua, semalam..Menurutnya, tiga lokasi penetasan bagi projek pembenihan dan ternakan ikan kerapu yang diusahakan Terengganu Agrotech Development Corp Sdn Bhd (TADC) beberapa tahun lalu telah pun diserahkan kepada pihak lain."Satunya kita serah kembali kepada perikanan, dua lagi kita bekerjasama dengan syarikat swasta yang mana untuk mengeluarkan benih kerapu,”katanya.
28 Mar 17
29
Empty Image
Sidang DUN : Kerajaan Disaran Tubuh Jawatankuasa Khas Persediaan DFTZ
Kerajaan negeri disarankan agar menubuhkan satu jawatankuasa khas sebagai persedian awal dalam Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) yang baru dilancarkan pada 22 Mac lalu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata, DFTZ  adalah sumber pendapatan baru untuk negara yang tidak boleh dipandang ringan oleh pihak kerajaan negeri.“Saya meminta pihak kerajaan melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Majlis Ekonomi Negeri Terengganu (MEN-T), serta exco-exco cuba fokuskan kembali bagaimana untuk mencari ruang atau sumber pendapatan negara yang terbaru ini.“Kita tidak boleh lepaskan peluang ini tatkala kita menjalankan aktiviti konvensional, masih mengharapkan kepada pendapatan minyak. Kita perlu fokus dan kumpul segalanya terhadap bagaimana untuk kita dapat mencari pendapatan yang bakal dijana oleh DFTZ ini,” katanya.Beliau berkata demikian ketika membahaskan titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di persidangan penggal kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman pada hari kedua, hari ini.Wan Abdul Hakim berkata, teknologi kini sudah berubah apabila ianya turut meliputi landskap kehidupan manusia, pengurusan kerajaan serta pengurusan syarikat.Tambahnya DFTZ yang baru dilancarkan tersebut dijangka akan memberi beberapa kesan positif kepada negara dalam masa lapan tahun.“Pertama DFTZ akan menyumbangkan 20 peratus kepada Keluaran Dalam Negara (GDP) menjelang 2025 iaitu sebanyak RM286 bilion serta pertumbuhan eksport akan berganda dalam masa yang sama.“60,000 peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung akan turut diwujudkan dalam masa lapan tahun ke hadapan,” katanya.
28 Mar 17
56
Empty Image
Sidang DUN: Kerjasama UMNO, Pas Penting Demi Pertahankan Kedaulatan Islam
Ahmad Razif berbual bersama pemimpin Pas sejurus selesai sesi soalan lisan pada hari kedua persidangan penggal kelima DUN Ke13, di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Zulkipli CW PutraKerjasama antara parti UMNO dengan Pas dilihat penting bagi mempertahankan kedaulatan Islam dan bangsa Melayu di Malaysia.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar berkata, kerjasama antara dua parti yang mendominasi politik Terengganu itu amat diharapkan bagi mengukuhkan perpaduan dan mewujudkan kerjasama di kalangan pemimpin di negeri ini.Beliau turut mempelawa Pas menjalinkan hubungan kerjasama politik dengan Barisan Nasional (BN) dan UMNO memandangkan kedua-duanya selari dalam memperjuangkan kepentingan rakyat dan agama Islam."Seburuk-buruk UMNO pun sebagaimana dakwaan pembangkang, parti inilah yang bantu rakyat dan parti ini jugalah yang kadang-kadang bantu juga pengikut Pas, jadi apa salahnya dalam mewujudkan kerjasama dan perpaduan, turutlah kita, jangan bersendirian."Kalau di Pulau Pinang, Pas telah mengusulkan untuk memutuskan hubungan politik dengan parti komponennya sebelum ini (PKR), kita harap di Terengganu lapan bahagian Pas pun akan melakukan perkara sama, marilah bersama-sama dengan kita. Insya-Allah,"katanya.Mohd Iskandar berkata demikian ketika membahaskan titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di persidangan penggal kelima, Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman pada hari kedua, hari ini.Menurut beliau, Pas disifatkan menjadi rebutan berdasarkan perjuangan parti itu yang tidak pernah luntur walaupun wujudnya banyak parti baharu yang ditubuhkan atas beberapa sebab dan kepentingan."Analoginya mudah sahaja, Pas diibaratkan kalau sebagai seorang wanita, sangat laku. Belum habis idah dah datang orang melamar."Tahun 1990 hingga 1995 kahwin dengan Semangat 46, tahun 1999, masa tu tiga orang minta tapi jodoh tak panjang, tahun 2004 ada juga berpakat dengan orang lain, menjelang PRU ni duduk seorang pula," ujarnya.Katanya, Pas dan UMNO adalah dua parti yang telah berupaya memenangi hati rakyat di negeri ini."Kalau sebut di Terengganu, datanglah parti mana pun rakyat akan ingat dua parti sahaja iaitu Pas dan UMNO."Dua tiga parti lagi datang secara bermusim dan bukan berkepentingan untuk beri perkhidmatan kepada rakyat, tetapi dua parti ini tetap kekal di dalam hati rakyat Terengganu khususnya Melayu Islam," katanya.Terdahulu, 12 daripada 13 kawasan Pas Pulau Pinang telah mengusulkan memutuskan hubungan politik bersama PKR dan usul itu akan dikemukakan pada Muktamar Pas akan datang.
28 Mar 17
39
Empty Image
Sidang DUN: Telaga Minyak Bertam, Masih Menunggu Jawapan JUPEM
Kerajaan negeri masih menunggu keputusan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) berkaitan  persempadanan telaga minyak Bertam sama ada milik Terengganu atau Pahang.Menteri Besar, Dato’  Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata dakwaan pembangkang kononnya kerajaan negeri melengah-lengahkan tuntutan ke atas telaga minyak Bertam itu adalah tidak benar sama sekali."Persempadanan ini masih sedang diteliti pihak berkaitan, apabila sudah tahu keputusan barulah boleh diteruskan tuntutan royalti, kerajaan negeri akan terus  memperjuangkan  hak pemilikan telaga minyak itu."Ikut maklumat yang saya dapat, hasil lima peratus dari Bertam ialah antara RM9 juta hingga RM10 juta. Untuk penerimaan kali pertama, kita telah menerima wang royalti dari kerajaan Persekutuan sebanyak RM550 juta,”katanya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan  tambahan Azan Ismail (PKR-Bandar) di persidangan kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu,pada hari kedua, hari ini.Razif turut memberitahu, sepatutnya kita terima RM500 juta seperti yang telah dipersetujui, namun Kementerian Kewangan bagi kita lebih RM50 juta.“Lebihan itu hasil rundingan dan hubungan baik antara Terengganu dengan Kerajaan Persekutuan, bagaikan juga hubungan ayah dan anak, kalau tak sama haluan susah sikit nak dapat," katanya. .
28 Mar 17
63
Empty Image
Sidang DUN : Jumlah Pelancong Meningkat 300 Peratus Dalam Tempoh 10 Tahun
Mohd Iskandar ketika sesi perbahasan pada hari kedua persidangan penggal kelima DUN Ke13, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini.  Foto oleh Tg Syamim Tg IsmailJumlah kedatangan pelancong ke beberapa lokasi pelancongan di negeri ini mencatat peningkatan berganda sepanjang tempoh 2005 hingga 2015.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar berkata, jumlah kedatangan pelancong merekodkan peningkatan lebih daripada 300 peratus dalam tempoh 10 tahun itu.“Ketibaan pelancong ke Negeri Terengganu dalam tempoh berkenaan, telah menunjukkan peningkatan berkali ganda lebih daripada 300 peratus.“Data yang dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu menunjukkan, ketibaan pelancong hanya 1.8 juta orang sahaja pada 2005 tetapi 10 tahun kemudian mencatat sehingga 4.7 juta orang,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika membahaskan titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di persidangan penggal kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman pada hari kedua, hari ini.Katanya, kesungguhan kerajaan dalam mempromosi bidang pelancongan juga terbukti dengan pelancaran Tahun Melawat Terengganu yang dijenamakan semula sebagai Visit Beautiful Terengganu 2017.“Sasaran kerajaan untuk mencatatkan ketibaan pelancong domestik dan antarabangsa ke Negeri Terengganu sebanyak 5.5 juta orang pada tahun ini, Insya-Allah akan dapat dicapai memandangkan kepada program promosi pelancongan yang sedang giat dilaksanakan oleh pihak kerajaan,” ujarnya.Sementara itu katanya, dari segi pulangan sektor pelancongan kepada pertumbuhan ekonomi turut menunjukkan peningkatan memberangsangkan dimana tahun 2012 pulangannya sebanyak RM3.3 bilion. 2013 (RM4.6 bilion) 2014 (RM4.72 bilion) dan 2015 (RM4.64 bilion).Katanya, usaha mempromosikan bidang pelancongan bukan sahaja tanggungjawab kerajaan semata-mata, malah sangat memerlukan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak termasuk mereka yang terlibat dalam bidang politik mahupun rakyat biasa.
27 Mar 17
34
Empty Image
Sidang DUN: Terengganu Jamin Amphicoach Tiba Jun Ini
Ahmad Razif berkata sesuatu kepada pemimpin PAS  sewaktu minum pagi di persidangan kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Foto Tg Syamim Tg Ismail Kerajaan negeri hari ini  memberi jaminan  bas amfibia (amphicoach) yang ditempah tiga tahun lalu bagi kegunaan pelancongan, selain membantu menyelamat mangsa banjir dijangka akan tiba Jun ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, penangguhan penghantaran pengangkutan air yang sepatutnya diterima akhir  2015  itu tidak melibatkan sebarang kos tambahan, sebaliknya perlu dibayar dengan nilai rundingan awal pembelian iaitu kira-kira RM3 juta.Katanya, dalam situasi itu, kerajaan negeri tidak menanggung sebarang kerugian dan tidak `ghaib’ seperti yang didakwa segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab serta memanipulasikan isu berkenaan.“Kelewatan  kilang pengeluar di Malta menghantar amphicoach ke Terengganu disebabkan beberapa faktor, bukan hanya berkaitan masalah teknikal, malah bergantung kepada keadaan cuaca.“Aspek pengujian kualiti dan keselamatan terhadap kenderaan itu sangat tinggi, sekiranya keadaan cuaca tidak bersesuaian seperti ketinggian ombak atau air sungai melebihi paras yang dibenarkan, ujian terpaksa ditangguh,”katanya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (BN- Air Putih)  di persidangan kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu,pada hari kedua, hari ini.Ahmad Razif turut memberitahu, pada masa yang sama, pengeluar mengalami kesukaran mendapat pengangkutan bersesuaian untuk membawa  amphicoach ke negeri ini kerana ia tidak semudah seperti membawa kontena.“Kegagalan sistem hidraulik bagi penghantaran kuasa kepada ‘Wheel and Water  Jets’ yang berpunca dari peningkayan kuasa enjin.“Semua prosedur itu perlu diteliti kerana Terengganu hanya akan menerima amphicoach dalam keadaan baik, tidak mahu menimbulkan sebarang masalah sebaik beroperasi kelak,”katanya
27 Mar 17
62
Empty Image
Sidang DUN : Terengganu Cadang Kenakan Caj Untuk Menginap Di Hotel
Ahmad Razif ketika menjawab soalan media sejurus selesai sesi soalan lisan pada hari kedua persidangan penggal kelima DUN Ke13, di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Zulkipli CW PutraTerengganu bercadang untuk mengenakan caj kepada pelancong yang menginap di hotel dalam usaha meningkatkan ekonomi dan memajukan sektor pelancongan sebagai sektor baharu Terengganu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata inisiatif mengenakan caj kepada pelancong itu bukan perkara baharu di negara ini, malah sudah dilaksanakan oleh Melaka dan Pulau Pinang yang mengenakan caj warisan di negeri masing-masing. Ahmad Razif (BN-Seberang Takir), berkata caj yang dikenakan tidak akan membebankan pelancong dan amat rendah berbanding kemampuan perbelanjaan mereka kerana hanya  sekitar RM1 sehingga RM2  ke atas setiap malam bagi setiap bilik serta bergantung kepada taraf penginapan berkenaan kelak.“Caj ini tidak akan membebankan pelancong, kerana mereka yang melancong memang berkeupayaan dan mempunyai duit yang lebih dan apa salahnya,  cuma dalam kadar hanya RM1 hingga RM2 sahaja.“Selepas ini jika ada program luar negara daripada agensi pelancongan kita, duit ini akan kembali semula kepada mereka. Caj ini juga untuk mengurangkan bebanan kerajaan berbelanja untuk pengurusan pelancongan,”katanya.Beliau mengulas demikian ketika menjawab soalan lisan Dato’ Abdul Hadi Awang (Pas- Rhu Rendang) di persidangan kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman pada hari kedua, hari ini.Abd Hadi mengemukakan soalan mengenai  langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri untuk menampung defisit bajet 2017 sebanyak 10 peratus.Katanya, pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu akan menjalankan kajian menyeluruh termasuk melihat contoh-contoh negeri yang sudah melaksanakan kaedah yang sama, sebelum menguatkuasakannya di hotel seluruh Terengganu.Tambahnya, kerajaan sebelum ini banyak mengeluarkan perbelanjaan bagi mempromosikan pelancongan dan memberi keuntungan kepada pengusaha hotel.“Kita juga sedang melihat komitmen hotel-hotel  sebab hari ini kita banyak belanja untuk membantu promosi-promosi  dan menguntungkan hotel-hotel. "Jadi tidak salah untuk mereka pula memberi sumbangan kepada kerajaan negeri  dalam keadaan kewangan negeri (terbatas) sekarang ini. Di sini wujudnya situasi menang-menang,”katanya.
27 Mar 17
56
Empty Image
Ahmad Razif Yakin Keupayaan TMJ Terajui FAM
Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) yakin dengan kemampuan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu. Presidennya, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, berdasarkan rekod kejayaan yang diperolehi sebelum ini sebagai pemilik pasukan Johor Darul Takzim (JDT), membuktikan baginda layak berada di kedudukan baru itu.Beliau yang juga Menteri Besar berkata, TMJ pastinya mempunyai formula tersendiri untuk menyuntik dan membawa pasukan Harimau Malaysia kembali ke zaman kegemilangannya sebagaimana yang pernah diraih sebelum ini."Dengan kepimpinan baharu yang diterajui oleh TMJ ini ianya akan memberi suntikan baru kepada pasukan bola sepak Malaysia."Ianya juga sekali gus dapat mengembalikan semula kegemilangan pasukan bola sepak Malaysia di arena antarabangsa," katanya yang turut mengucapkan tahniah dengan kemenangan TMJ tanpa bertanding dalam pemilihan jawatan nombor satu badan induk bola sepak negara yang baharu itu.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Majlis Hi-Tea Bersama Pasukan Terengganu FA Sempena Menghadapi Suku Akhir Piala FA di Duyung Marina Resort, Kuala Terengganu, semalam.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato' Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil.Dalam pada itu, mengulas mengenai penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli, Ahmad Razif berkata, bekas pemain kebangsaan itu kini masih berada dalam skuad Terengganu.Katanya, Sharbinee diberikan rehat selama enam bulan untuk menjalani rawatan dan pihak PBSNT tiada masalah mengenai perkara tersebut."Sharbinee akan terus dibayar gaji seperti biasa dan akan diberi rehat sepenuhnya sehingga keadaannya mengizinkan."Saya dimaklumkan rawatan yang dilakukan terhadap beliau ada menunjukkan peningkatan dan pihak doktor memberi jaminan dalam masa enam bulan Sharbinee akan sembuh penyakitnya sekali gus boleh bermain seperti biasa," katanya.
27 Mar 17
72