lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
50 Sekolah Laksana Program Trenglish
Sebanyak 18 buah sekolah ditambah secara berperingkat menjadikan 50 buah sekolah menengah yang terlibat dengan program Trenglish sehingga 2017, berbanding hanya 32 sekolah di awal pelaksanaannya tiga tahun lalu.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata, program yang dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Petronas sangat membantu pelajar menguasai Bahasa Inggeris dan mendapat sambutan baik di kalangan pelajar.“Jumlah pembantu guru Bahasa Inggeris (Terengganu Hired English Language Personnel atau T-HELP) yang terlibat dalam program ini sehingga Mac 2017 adalah seramai 42 orang.“Mereka dilantik dari kalangan graduan anak Negeri Terengganu yang berkemahiran dalam bidang Bahasa Inggeris dan tidak ada guru luar negara diambil,” ujarnya.
05 Apr 17
53
Empty Image
RM2 Juta Untuk Aktiviti Belia Sepanjang 2017
Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi melaksanakan aktiviti dan program untuk anak muda di seluruh Terengganu, sepanjang tahun ini.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat berkata, peruntukan itu tidak termasuk untuk program Dana Bakti Remaja.“Kerajaan telah menetapkan beberapa teras dimana kegunaannya untuk tujuan program berfokus seperti program kepimpinan dan sahsiah, ilmuan dan motivasi, riadah santai, kemasyarakatan, keagamaan, ekonomi serta kemahiran.“Selain itu, peruntukan yang disalurkan juga sebagai pengiktirafan kepada belia yang aktif termasuk membiayai Bantuan Pentadbiran Pertubuhan Belia, Majlis Perundingan Belia Peringkat Negeri dan Daerah, Anugerah Belia dan juga Hari Belia Negara peringkat negeri,” katanya dalam jawapan bertulis sempena persidangan penggal kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman, baru-baru ini.
05 Apr 17
31
Empty Image
SPRM Tidak Terima Permohonan Ikrar Bebas Rasuah Dari Negeri Pembangkang
Ahmad Razif menyerahkan  dokumen ikrar bebas rasuah kepada Dzulkifli pada  Majlis Menandatangani Bebas Rasuah. Foto Harish FadzillahSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum menerima sebarang permohonan dari mana-mana negeri pembangkang untuk mengadakan Majlis Ikrar Bebas Rasuah.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, pihaknya tidak memaksa untuk mana-mana negeri berbuat demikian, sebaliknya SPRM akan menguruskan perkara itu sekiranya dipohon.Katanya, setiap pentadbiran kerajaan yang memohon perlulah di kalangan mereka yang ikhlas, bertanggungjawab, berani dan rela hati untuk mencegah rasuah dalam setiap urusan pentadbiran masing-masing.“Ikrar yang dilafaz tidak memberi maksud apa-apa, lebih kepada sifat peribadi, pastinya mana-mana individu yang sudah melafazkan ikrar berasa bersalah untuk melakukan perbuatan itu.“Saya berharap semua negeri termasuk negeri yang diperintah pembangkang tampil untuk melafazkan ikrar jika benar-benar ikhlas untuk membanteras rasuah,”katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Pentadbiran Kerajaan Terengganu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Majlis itu dirasmikan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Hadir sama,  Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Dzulkifli  turut memberitahu, Terengganu adalah negeri ketujuh yang mengadakan majlis melafaz ikrar , sementara Sarawak menjadi negeri pertama dikuti Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Perak.Katanya, lima organisasi kerajaan negeri menandatangani Ikrar Intergriti Korporat (CIP), iaitu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu dan yang terbaru, Terengganu Incorporated Sdn Bhd,”katanya.
05 Apr 17
29
Empty Image
20,000 Dijangka Sambut PM Di Besut 16 April
Lebih 20,000 penduduk Besut dijangka membanjiri tapak Pasar Tani Kuala Besut, bagi menyambut kunjungan rasmi Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke perkampungan nelayan itu pada 16 April ini.Perdana Menteri dijangka tiba di Pangkalan TUDM Gong Kedak, pada jam 9 pagi kemudian diarak oleh 500 pemuda bermotosikal menuju ke tapak Pasar Tani Kuala Besut.Sebelum itu, ketibaan Perdana Menteri di Pangkalan TUDM akan disambut pemimpin kerajaan negeri diketuai Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.Pegawai Daerah Besut, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar berkata, lawatan itu memberi erti paling besar bukan sahaja kepada penduduk Kuala Besut malah keseluruhan masyarakat daerah itu.Ketika menyampaikan taklimat khas kepada pemimpin masyarakat daerah Besut di Dewan MDB Gong Nering, di Jertih, malam tadi Wan Ismail berkata, pelbagai persiapan sudah siap diatur bagi menjayakan lawatan kerja pemimpin nombor satu negara ke daerah ini.Hadir sama pada taklimat itu ialah, Ketua UMNO Bahagian Besut, Nawi Mohamad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof yang juga ADUN Jertih, ADUN Kota Putera, Mohd Mahdi Musa, ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan pegawai kanan kerajaan daerah itu.Wan Ismail berkata, taklimat khas itu bertujuan melicinkan lagi urusan program selain memberi maklumat terperinci mengenai acara yang disusun untuk program berkenaan.Sempena kunjungan itu Perdana Menteri akan melakukan upacara pecah tanah projek pembinaan Gerbang Pelancongan Antarabangsa bernilai RM240 juta untuk kemudahan pelancong dan nelayan tempatan.Projek itu dijangka akan dilaksanakan tahun ini dan ia sekali gus menunaikan janji ketika Pilihan Raya Kecil Kuala Besut dahulu serta Barisan Nasional mengotakan janji kepada rakyat.
04 Apr 17
27
Empty Image
Penjawat Awam Perlu Amanah, Jangan Politikkan Kerja - SUK
Wan Nawawi ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Wisma Darul Iman  (WDI), di Dewan Besar WDI, Kuala Terengganu, pagi ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. PutraSetiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail menasihati penjawat awam agar melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan amanah, mematuhi polisi dan perundangan serta tidak `mempolitikkan' urusan kerja.Menurut beliau, sebagai jentera kerajaan mereka perlu melaksanakan tugas dengan profesional termasuk dalam menyampaikan polisi dan dasar kerajaan kepada orang awam.“Penjawat awam harus tahu tanggungjawab sebenar. Kita bekerja di bawah kerajaan yang diperintah oleh satu parti di mana tugas kerajaan yang memerintah adalah membuat polisi.“Apabila dibuat polisi, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai penjawat awam untuk patuh dan melaksanakan apa yang diarahkan kerana pelaksanaan inilah yang dituntut dari kita,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Perhimpunan Bulanan Wisma Darul Iman (WDI), di Dewan Besar WDI, Kuala Terengganu, pagi ini.Turut hadir, Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azhar Abdul Hamid; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya; Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Dato’ Mohd Akil Mat; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Zainal Abidin Hussin serta Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Rosman Roslan.Pada majlis itu, Wan Nawawi turut menyempurnakan majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bulanan kepada kakitangan WDI untuk bulan Mac.Katanya, jika penjawat awam tidak bersedia untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan bermakna mereka tidak bersama dan tidak mampu mematuhi undang-undang yang diputuskan oleh kerajaan yang memerintah.“Penjawat awam dibayar gaji dengan diberi tanggungjawab untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan."Isu mahu sokong parti mana itu hak kita, tetapi selagi bergelar penjawat awam, kita wajib mematuhi undang-undang yang ditetapkan dan melaksanakan tugas sebaik mungkin,” ujarnya.
04 Apr 17
53
Empty Image
RM9.3 Juta Hasil Tanaman jagung Sepanjang Tahun Lalu
Sebanyak RM9.3 juta berjaya diraih hasil tanaman jagung oleh 339 petani di seluruh Terengganu sepanjang tahun lalu.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof berkata, perusahaan itu melibatkan kawasan seluas 331.8 hektar.Katanya, berikutan hasil yang memberangsangkan itu, kerajaan negeri melancarkan pula jagung manis Terengganu sebagai sumber pendapatan baharu kepada petani dan meningkatkan sektor ekonomi negeri selaras dengan transformasi ekonomi."Masyarakat di negeri ini mampu meraih pendapatan lebih baik, sekali gus ianya akan menjadi produk baharu Terengganu."Bagi tahun pertama (2017) pengeluaran jagung manis, dijangka mampu meraih sebanyak 1.56 juta batang jagung yang dapat dituai antara tiga hingga empat musim setahun mengikut kesesuaian, " katanya.kepada media di Majlis Pelancaran Jagung Manis Terengganu di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Rhu Tapai, Setiu, semalam.Hadir sama, Pengarah Pertanian Negeri, Mohd Nasir Warris dan Ketua Pegawai Eksekutif Green World Genetics (GWG) Sdn Bhd, Chua Kim Aik serta ketua-ketua jabatan terlibat.Menurutnya, produk baru ini (jagung manis Terengganu) adalah jagung yang istimewa yang dihasil daripada Negeri Terengganu sendiri yang diusahakan 81 petani di tanah berkeluasan 39 hektar."Peserta atau petani terpilih yang terdiri daripada penanam jagung sedia ada, belia dan petani berkelompok."Jagung manis ini berbeza dengan jagung lain termasuk dari segi warna kerana buah ini mempunyai dua warna iaitu putih dan kuning selain rasanya yang manis dan tekstur yang rapuh serta boleh dimakan mentah."Harganya lebih 20 peratus dari harga jagung biasa yang akan mendatangkan hasil yang lebih baik kepada petani,"katanya.Pehimi berkata, kawasan TKPM itu turut dijadikan sebagai hab pengeluar benih jagung manis Terengganu berkeluasan lebih 500 hektar yang akan dieksport ke luar negara.Beliau juga yakin, peluang baharu itu menjadi permulaan dan mendapat perhatian masyarakat sekiranya diberi promosi secara terancang.Katanya, GWG Sdn Bhd adalah pelabur yang berkecimpung dalam bidang pengeluaran benih manakala kerajaan negeri menyediakan tapak dan syarikat (GWG Sdn Bhd) menggunakan kewangan mereka sendiri serta dipantau Jabatan Pertanian Negeri."Kawasan ini (TKPM) juga dijadikan sebagai tempat latihan kepada rakyat Terengganu untuk mempelajari teknologi pertanian dari luar negara, " katanya.
04 Apr 17
212
Empty Image
Kerajaan Pusat Lulus RM43 Juta Bina Benteng Pemecah Ombak
Suasana persekitaran perkarangan Jeti Sungai Merchang, Marang,semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kasim.Kerajaan Pusat telah meluluskan peruntukan RM43 juta untuk membina benteng pemecah ombak di muara Sungai Merchang bagi kemudahan laluan bot nelayan di kawasan itu.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Negeri, A. Latiff Awang berkata, projek di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta tersenarai dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) itu dijadual akan dilaksanakan pada Mac 2018.“Muara Sungai Merchang, Marang yang cetek bakal diperdalamkan di mana kerajaan negeri dengan sokongan pihak kementerian telah berjaya menyenaraikan muara ini (Sungai Merchang) sebagai  satu muara yang akan dibuat pemuliharaan melalui RMK-11.“Perkara ini telah menampakkan kemajuan dimana pada awal tahun ini, kerja-kerja awalan seperti pemetaan serta kajian telah dibuat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Menyempurnakan Majlis Pelancaran SUPER Merchang dan Melabuhkan Unjam di Pangkalan Merchang, Marang,semalam.A.Latiff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan berkata, sebelum ini, kerajaan negeri memperuntukkan lebih RM20,000 setiap tahun bagi mendalamkan muara ini.“Ianya sebagai langkah penyelesaian sementara di mana kerja-kerja rutin iaitu menggali dan mendalamkan laluan-laluan untuk ke laut ini sentiasa dibuat dari semasa ke semasa,” ujarnya.A.Latiff turut mengharapkan para nelayan bersabar dan pihak yang berkepentingan tidak mempolitikkan isu muara Sungai Mechang kerana kerajaan negeri sedang dalam proses menyelesaikan masalah itu.“Ianya tidak perlu dipolitikkan kerana perkara ini tidak mudah untuk diselesaikan dalam masa terdekat kerana melibatkan teknikal, kajian dan sebagainya,” ujarnya.
03 Apr 17
592
Empty Image
PM Ke Terengganu 15, 16 April Ini
Ahmad Razif bermesra dengan petugas dari Pejabat DUN sempena Majlis  Makan Malam Santai Bersama Media, di Hotel Primula. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd  Najib Tun Abdul  Razak akan mengadakan lawatan kerja selama dua hari bermula 15 hingga 16 April yang melibatkan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN), Kuala Nerus, Besut dan Dungun.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pemimpin utama negara itu dijangka tiba pada petang 15 April di Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan terus ke Bukit Nanas, Tepoh bagi Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR).Pelbagai acara disediakan kepada orang ramai di Bukit Nanas bermula dari jam 4 petang lagi termasuk persembahan artis, dikir barat dan cabutan bertuah."Sebanyak 500 unit rumah yang akan dibina dalam tempoh dua tahun. Dengan pembinaan kediaman setinggi lima tingkat itu akan membantu menyelesaikan masalah perumahan yang diperlukan 500 keluarga di Kuala Nerus," katanya di sidang media selepas Majlis Makan Malam Santai Bersama Media di Hotel Primula , Kuala Terengganu, malam tadi.Ahmad Razif berkata, pada keesokannya, 16 April, kira-kira jam 8 pagi, perdana menteri dijadualkan akan menghadiri Majlis Pecah Tanah Pemuliharaan Muara Sungai Besut yang dikenali sebagai gerbang pelancongan Terengganu di Kuala Besut.Katanya, projek di Kuala Besut itu melibatkan kos lebih RM250 juta bagi menyelesaikan masalah air laut yang cetek yang mengganggu nelayan dan bot pelancong yang keluar ke laut."Projek itu akan dilaksanakan tahun ini dan ia sekali gus bagi menunaikan janji ketika PRK Kuala Besut dahulu dan menunjukkan BN menepati janji kepada rakyat," katanya. Beliau juga dijadualkan akan melawat dua buah rumah dan menyumbang keperluan rumah dan perabot serta pembinaan rumah baharu bernilai RM45,000 bagi setiap keluarga yang memerlukan.Katanya, pada jam 3 petang pula perdana menteri akan melancarkan program Jom Bantu Rakyat peringkat negeri di Tapak Perumahan Idaman Rakyat (SPMB) di Santong, Paka. Sebelum itu, turut diadakan jamuan rakyat.Sementara itu, orang ramai dijemput memeriahkan majlis sempena lawatan kerja dua hari perdana menteri.
03 Apr 17
57
Empty Image
Pusat Membeli-Belah Sogo Di Mayang Mall
Sultan Terengganu menandatangani plak pelancaran projek pembinaan Pembangunan Pusat Membeli Belah Mayang Mall, di Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailBandar Raya Kuala Terengganu bakal dihiasi satu lagi projek mega apabila projek pembinaan pembangunan pusat membeli-belah Mayang Mall, yang turut menempatkan pasar raya Sogo di Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, bakal siap dalam tempoh empat tahun akan datang.Projek milik Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) di bawah pengurusan Sogo (KL) Department Store Sdn Bhd dengan nilaian pelaburan projek RM900 juta itu bakal menyediakan 3,000 peluang pekerjaan kepada penduduk Terengganu.Pembinaan Mayang Mall yang berketinggian enam tingkat dan di kawasan seluas 715,000 kaki persegi itu terbahagi kepada dua fasa, dengan fasa pertama membabitkan kos RM600 juta merangkumi apartmen setinggi  15 tingkat. Manakala fasa seterusnya yang membabitkan pelaburan RM300 juta pula akan dilengkapi hotel setinggi 16 tingkat.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan Majlis Pecah Tanah tapak pembangunan pusat membeli belah mega itu, hari ini.Keberangkatan baginda diiringi Yang Di-pertuan Muda, Tengku Muhammad Ismail; Tengku Muhammad Mua'az dan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Hadir sama, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengarah Urusan Kumpulan/ Ketua Pegawai Eksekutif PHB, Datuk Kamalul Arifin Othman.Mayang Mall merupakan pusat membeli-belah mega kelima milik PHB selepas empat yang lain dibangunkan di Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka.Sogo KL dipilih  sebagai pengurus berdasarkan reputasinya dalam industri pengurusan pusat membeli-belah di Malaysia.Berdasarkan rekod, Sogo KL menerima lebih sejuta pengunjung sebulan dan lebih 6,000 pelanggannya adalah pemegang kad ahli dari Terengganu.Sebanyak 300 ruang perniagaan bakal tersedia di Mayang Mall, termasuk pelbagai outlet pakaian, panggung, pasar raya ternama, pusat kesihatan dan pusat rekreasi, kedai buku, restoran, bazar makanan, surau dan pelbagai kemudahan lain.
02 Apr 17
2560
Empty Image
Permohonan Bantuan Dana Raya Dibuka Mulai 1 April
Permohonan baharu Bantuan Perayaan Aidilfitri 2017 secara dalam talian dibuka kepada mereka yang berkelayakan mulai semalam (1 April) sehingga 21 April depan.Orang ramai boleh membuat permohonan itu dengan melayari laman sesawang  http://danattb.terengganu.gov.my . Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin, berkata syarat kelayakan masih sama iaitu pemohon yang berpendapatan isi rumah  tidak melebihi RM2,500 sebulan serta mestilah rakyat Terengganu dan perlu mendaftar sebagai pengundi.Katanya, mereka yang berstatus bujang berusia melebihi 40 tahun dan berpendapatan bawah RM1,500 juga layak memohon.“Bagi pemohon yang bukan rakyat di negeri ini tetapi bermastautin lebih 10 tahun di Terengganu perlu mendapatkan  perakuan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K).“Kontraktor berdaftar dan peniaga berlesen adalah tidak layak memohon, “ katanya kepada Teganukita.Menurutnya, borang permohonan hendaklah dicetak dan diserahkan kepada Pengerusi J3K bersama salinan dokumen  yang dinyatakan.“Kegagalan mengikuti syarat kelayakan boleh menyebabkan permohonan ditolak.“Pengagihan dan penebusan baucer dijangkakan bermula pada 27 Mei ini di Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Agrobank manakala tempoh sah laku baucer akan berakhir pada 27 September,”katanya.Berdasarkan rekod, seramai 217,001 pemohon  berjaya melepasi syarat-syarat yang ditetapkan dengan bayaran membabitkan  RM80.3 juta pada tahun lalu. 
02 Apr 17
86