Artikel "Utama" Terkini
Empat Kakitangan Muzium Negeri Ditugaskan Awasi Kegiatan Pelancong Di Pulau Bidong
Muzium Negeri Terengganu menempatkan empat kakitangannya secara bergilir supaya mengawasi kegiatan pelancong di Pulau Bidong bagi mengelak berlaku vandalisme terhadap khazanah bersejarah.Pengarahnya, Mohd. Yusof Abdullah berkata, pihaknya yang dipertanggungjawabkan untuk memantau dan menjaga warisan bersejarah yang masih terpulihara di pulau itu juga sudah menyiapkan kemudahan asas seperti tandas awam untuk kemudahan pengunjung."Pulau Bidong yang sebelum ini menjadi kawasan larangan kepada orang ramai, kini makin menerima kunjungan orang ramai khususnya pelancong. Pulau itu dibuka kepada pelancong kerana permintaan tinggi yang diterima terutama daripada pelancong luar Terengganu untuk melihat khazanah bersejarah di situ.“Kalau ikut perancangan, memang kita hendak buka Pulau Bidong tahun ini. Bagaimanapun, secara tidak rasmi, kita sudah terima kedatangan pelancong termasuk baru-baru ini daripada bekas pelarian Pulau Bidong,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di sidang media Festival Seni dan Budaya Warisan Negeri Terengganu 2017 di Pejabat Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu di Duyong Marina Resort, semalam.Turut hadir, Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak.Mohd. Yusof berkata, pihaknya juga banyak menerima permohonan daripada guru dan pelajar sekolah untuk mengadakan perkhemahan di pulau itu.“Permohonan termasuk pada 22 dan 23 April ini, melibatkan sekumpulan pelajar seramai 40 orang akan ke Pulau Bidong untuk mengikuti perkhemahan di sana,” ujarnya.Pulau yang berkeluasan 203 hektar persegi itu pernah menjadi kawasan penempatan lebih 60,000 pelarian Vietnam pada tahun 1978 sehingga 1991.
11 Apr 17
766
500 Unit Rumah PPR Bantu Golongan Sasar Di Tepoh
Seramai 500 keluarga berpendapatan rendah di Daerah Kuala Nerus yang belum memiliki kediaman sendiri, dijangka dapat menikmati kehidupan lebih baik dan selesa apabila Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Nanas, Tepoh siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun akan datang.Projek perumahan di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu bakal dibangunkan sebaik sahaja majlis pecah tanah oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, pada 15 April ini.Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Dato' Basir Ismail berkata, projek perumahan itu mempunyai enam blok bangunan bertingkat dan dilengkapi pelbagai kemudahan untuk penduduk sekitar."Projek ini dijangka siapa dalam tempoh dua tahun berkonsepkan rumah setinggi lima tingkat yang merangkumi 500 unit dan enam blok kesemuanya."Mereka yang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah layak memohon rumah ini dengan mendaftar terlebih dahulu dengan kementerian perumahan. Tidak perlu menunggu sehingga rumah ini siap baru mendaftar," katanya.Basir berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana menyediakan satu projek yang amat bermakna untuk manfaat dan kepeluan penduduk Kuala Nerus khususnya untuk rakyat berpendapatan rendah.Seorang penduduk, Jusoh Sulong, 63, dari Kampung Gemuruh, berkata projek perumahan itu satu berita gembira yang amat ditunggu-tunggu oleh masyarakat sekitar, terutama kepada golongan yang kurang berkemampuan untuk membina rumah sendiri."Alhamdulillah, sebab Kerajaan Pusat mengambil berat dan prihatin dengan kebajikan dan keperluan utama penduduk,"katanya.
11 Apr 17
471
Festival Seni Dan Budaya Warisan Negeri 14 -15 April Ini
Tun Ahmad Faisal (kanan) menunjukkan poster aktiviti Festival Seni dan Budaya Warisan Negeri Terengganu di Pejabat Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu di Duyong Marina Resort, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli CW PutraKerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) mengambil inisiatif menyemarakkan Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017 dengan penganjuran Festival Seni dan Budaya Warisan Negeri selama dua hari bermula 14 April ini bertempat di Desa Ukiran Kayu Kampung Raja, Besut.Pengarahnya, Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak berkata, penganjuran festival tersebut merupakan penjenamaan semula Pekan Budaya yang diadakan di daerah-daerah sebelum ini dengan menonjolkan keunikan serta kekuatan daerah terbabit.“Besut merupakan lokasi pertama diadakan festival ini yang akan mengenengahkan komponen-komponen kesenian dan kebudayaan yang sinonim dengan daerah itu.“Selain kaya dengan produk pelancongan seperti seni ukiran kayu, Besut yang terkenal dengan seni kebudayaan seperti Main Puteri, Mak Yong, Wayang Kulit, Dikir Barat, Tarian Abang, permainan tradisional gasing terbang dan gasing uri serta pelbagai lagi,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media Festival Seni dan Budaya Warisan Negeri Terengganu 2017 di Pejabat Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu di Duyong Marina Resort, hari ini.Turut hadir, Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Mohd. Yusof Abdullah.Katanya, bermotifkan usaha melestari dan memulihara khazanah kebudayaan dan kesenian serta warisan negeri, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sempena festival ini yang diselaraskan oleh Lembaga Muzium Negeri Terengganu.“Antaranya, pameran dan demostrasi ukiran kayu dan keris, jualan kuih tradisional, pertandingan gubahan sireh junjung, masakan terbuka berasaskan itik dan persembahan marhaban.“Turut diadakan pertandingan mewarna kanak-kanak, persembahan silat, tarian balada anak seni, serta anugerah tokoh budayawan,” ujarnya.Sementara itu, Tun Faisal memberitahu pihaknya menyasarkan kehadiran kira-kira 2,000 pengunjung ke Festival Seni dan Budaya Warisan Negeri Terengganu.
11 Apr 17
441
Pulau Kekabu, Marang Zon Mandian Selamat
Rozali melihat kaedah memproses air nira ketika Program Menyelusuri Sungai Marang YDP Bersama Media, semalam.Majlis Daerah Marang (MDM) bercadang menjadikan pesisiran pantai di Pulau Kekabu, Marang sebagai lokasi zon mandian selamat untuk orang ramai menjalankan aktiviti air dan mandi-manda.Yang Dipertua MDM, Rozali Salleh, berkata kawasan pantai seluas kira-kira 100 meter yang sebelum ini menjadi kawasan larangan dijangka akan dibuka secara berjadual bermula Mei ini dengan menempatkan pasukan penyelamat bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.Katanya, pihaknya sudah memperincikan perkara itu dengan pihak terbabit termasuk, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bagi merealisasikannya.“Mereka menyatakan persetujuan dan bersedia bertugas pada bila-bila masa sekiranya diperlukan. “Kewujudan zon tersebut, pastinya mampu menambah kedatangan pengunjung ke kawasan itu untuk pelbagai aktiviti lain, termasuk berkelah dan beriadah,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Menyelusuri Sungai Marang YDP Bersama Media, di pulau itu, semalam.Kira-kira 50 peserta terdiri daripada pengamal media pelbagai agensi, kakitangan MDM dan penduduk setempat mengikuti program itu.Rombongan dibawa melawat kebun kelapa pandan, kebun madu kelulut, melihat kaedah menganyam atap nipah, memproses manisan kelapa dan proses rokok daun.Rozali turut memberitahu MDM akan menambahkan beberapa kemudahan lain, termasuk kiosk jualan dan buaian ala Lombok sebagai tarikan untuk orang ramai beriadah bersama keluarga di Pulau Kekabu.Katanya, istimewanya zon mandian itu berdekatan dengan Taman Rekreasi Keluarga Pulau Kekabu yang siap dinaiktaraf pada 2015 dengan peruntukan RM700,000.“Dilengkapi pelbagai kemudahan, termasuk lalauan penjalan kaki, taman permaian kanak-kanak dan tandas awam,”katanya..
10 Apr 17
571
Ukom Selaraskan Tugas Liputan Lawatan PM
Sebahagian petugas media hadir mendengar taklimat mengenai lawatan kerja Perdana Menteri ke Terengganu. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailUnit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) menganjurkan perjumpaan dan taklimat media sempena lawatan kerja Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Terengganu pada 15 dan 16 April ini, di Chicken Cottage, Kuala Terengganu malam tadi.Program bertujuan melancarkan tugas pengamal media arus perdana dan juga alternatif membuat liputan sepanjang kunjungan pemimpin utama negara itu.Pengarahnya, Dato’ Muda Mamat berkata, Ukom yang dipertanggungjawab bagi menyelaras tugas publisiti dan media sempena kunjungan Perdana Menteri, mengambil inisiatif mengadakan pertemuan berkenaan bagi memastikan semua hal berbangkit dan isu-isu berkaitan liputan dapat diselesaikan segera.“Kita mengambil langkah proaktif bagi mengumpul rakan media yang akan bertugas sepanjang dua hari sempena lawatan YAB PM nanti, supaya mereka mendapat informasi yang tepat dan berkesan, selain boleh menyuarakan pandangan dan sebarang persoalan berkaitan tugas-tugas penyiaran dan kewartawanan demi memastikan kelancaran tugas masing-masing.“Bagi melicinkan lagi perjalanan kita, setiap daerah yang menjadi pusat lawatan PM turut diwakili oleh `orang kuat’ masing-masing yang layak dan sedia maklum secara terperinci setiap acara yang akan dilaksanakan serta boleh memberi respon segera bagi setiap persoalan media melibatkan keperluan dan sebagainya,”katanya.Beliau berkata demikian di majlis program dan taklimat itu, malam tadi. Turut hadir, Pegawai Daerah Besut, W Ismail Sahaimi W Omar, Timbalan Pengarah (Operasi) Ukom, Ruslan Abd Rahman dan Timbalan Pengarah (Pengurusan) Ukom, Mohd Razif Abd Majid.Hadir sama, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Nerus, Zulwislan Awang dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Dungun, Mohd Fadli Ngah. Seramai 80 pengamal media arus perdana dan juga alternatif termasuk ketua biro media hadir di majlis yang berlangsung dua jam itu.
09 Apr 17
48
Masyarakat Kita Perlu Contohi Amalan Senaman Taichi - MB
Ahmad Razif bersama warga emas melakukan senaman taichi pada Program Kesejahteraan Warga Emas DUN Seberang Takir, di Dataran Telaga Daing, Seberang Takir. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Masyarakat Melayu disaran mencontohi kaum China yang gemar mengamalkan senaman taichi, berasaskan seni bela diri dan teknik pergerakan tubuh badan bagi mengekalkan kecerdasan serta mengelak dari menghidap penyakit kronik terutama strok.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, aktiviti pergerakan badan secara ringan dan santai itu antara cara terbaik bukan saja untuk menjaga kesihatan malah mampu untuk meredakan tekanan.Katanya, mereka yang sudah pencen dan mesuki kategori warga emas perlu menjadikan taichi sebagai amalan harian untuk mengekalkan kesihatan badan serta mengelak serangan penyakit yang menjejaskan pergerakan.“Kita perlu mencontohi masyarakat Cina yang gemar bersenam, pandai menjaga kesihatan serta pemakanan.“Dalam pemerhatian saya, masyarakat itu kuat semangat untuk sembuh dengan mengikuti pelbagai senaman sekiranya diserang angin ahmar dan tidak pelik mereka boleh kembali sihat,”katanya.Beliau berkata ketika berucap selepas Program Kesejahteraan Warga Emas DUN Seberang Takir, di Dataran Telaga Daing, Seberang Takir, Kuala Nerus, semalam.Hadir sama, To’ Puan Seri Halina Zakaria.
08 Apr 17
838
668 Poskad Ke Duyong Sempena Duyong Art Festival 2017
Tun Ahmad Faisal (paling kiri) bersama `orang kuat' di sebalik tabir penganjuran Duyong Art Festival sempena pelancaran program itu, di Jeti Pulau Duyong, Kuala Terengganu, semalam. Foto oleh Zulkifli CW PutraSebanyak 668 karya seni lukis seniman masyhur dan baru dari seluruh negeri termasuk luar negara menghiasi ruang pameran di Duyong Art Festival (DAF) 2017 di perkarangan Jeti Pulau Duyong, Kuala Terengganu bermula 1 April lalu.Selain hasil seni pengkarya tuan rumah, poskad berwarna-warna dengan pelbagai motif dan tema lukisan turut dibawa dari Sweden, Australia, Perancis, Indonesia, Myanmar dan Nepal.Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT), Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, pameran pertama kali bagi edisi kali ketiga DAF yang berlangsung sebulan itu, berjaya menaikkan martabat dan nilai seni ke tahap lebih tinggi apabila wujud urusniaga untuk menghasilkan karya seni terbaik.Katanya, 20 peratus daripada poskad berkenaan sudah terjual dengan nilai kutipan kira-kira RM1,200 sejak seminggu lalu.Hasil seni ukiran yang turut mendapat perhatian dan tarikan ramai di DAF 2017."Jika kita fikir 15 tahun dahulu pastinya orang di Pulau Duyong tidak pernah menduga sekeping poskad terjual dengan harga RM30. Tetapi hari ini dengan kreativiti dan sedikit penampilan wajah baru kita boleh meletak kesenian ini pada nilai yang lebih tinggi."Kita akan buat supaya orang ramai mengejar untuk menyaksikan kesenian dan persembahan kebudayaan. jadi apabila ada banyak permintaan, tawaran terhadap kesenian akan lebih tinggi. Kita amat mengalu-alukan inovasi seperti Duyong Art Festival dan ini memberi keistimewaan terhadap Visit Beautiful 2017, bukan hanya pada 2017 tetapi juga tahun-tahun akan datang dengan menggunakan idea yang segar dan platform yang baru bagi menarik pelancong ke Terengganu,"katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas Pra Pelancaran DAF 2017, di Jeti Pulau Duyong, Kuala Terengganu, semalam.DAF 2017 bermula 1 April sehingga ke acara kemuncaknya pada 28 hingga 30 April, menggabungkan pelbagai aktiviti berasaskan kesenian rakyat Terengganu seperti seni foto, lukisan, kraftangan, videografi, arca, muzik dan persembahan serta seni puisi yang diolah dengan nafas baharu dalam usaha menarik minat generasi muda.Katanya, DAF anjuran kerajaan negeri menerusi JPNT dengan kerjasama Duyong Art gallery juga membuka peluang kepada usahawan khususnya anak muda untuk menjana pendapatan lebih tinggi berdasarkan kreativiti kesenian masing-masing.Tambahnya, pada edisi kali ini juga sebanyak 60 pengusaha menjual hasil perniagaan mereka berbanding lebih 40 pengusaha tahun lalu dengan kutipan jualan kira-kira RM65,000.Sehubungan itu, pihaknya mensasarkan 20,000 pengunjung akan membanjiri DAF sepanjang program itu, berbanding 10,000 pengunjung pada tahun lalu.
08 Apr 17
146
Kekal Keharmonian, Kukuh Perpaduan Tanggungjawab Bersama
Mohd Iskandar ketika berucap di Himpunan Detik-Detik Perpaduan (Moment Of Unity) peringkat negeri di Dataran Pulau Warisan, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh: Tg Mohd Syamim Tg IsmailSemangat perpaduan, persefahaman dan kerjasama yang terjalin dalam masyarakat majmuk di Malaysia pada hari ini perlu sentiasa dipelihara, kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Mohd Iskandar Jaafar.Beliau berkata, mengekalkan keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum adalah tanggungjawab bersama bagi mewujudkan kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan kemakmuran sosial.“Generasi baru khususnya perlu faham, keharmonian yang dicapai negara sekarang ini tidak mungkin menjadi kenyataan jika tidak ada perpaduan yang kukuh antara kaum Melayu, Cina dan India.“Ianya tidak mungkin dapat dicapai sekiranya tiada persefahaman yang luar biasa dalam kalangan tiga kaum terbesar ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Detik-Detik Perpaduan (Moment Of Unity) peringkat negeri di Dataran Pualau Warisan, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina, Dato’ Low Wan Cheong; Yang Dipertua Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu, Dato’ Ir Tengku Ismail Tengku Jaafar dan Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian India, Najmi Abdullah.Katanya, selaras dengan prinsip ketujuh Transformasi Terengganu Baharu iaitu seruan perpaduan , semua pihak harus memainkan peranan untuk mencetuskan semangat perpaduan agar manfaatnya dapat dinikmati oleh seluruh masyarakat.“Sebagai contoh, himpunan yang diadakan hari ini menerusi kerjasama tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) adalah langkah proaktif untuk menyemarakkan keharmonian dan menjadikan perpaduan budaya hidup masyarakat,” ujarnya.
06 Apr 17
148
20,000 Dijangka Hadir Majlis PM di Tepoh
Seramai 20,000 penduduk negeri ini khusus dari Daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu dijangka hadir di Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Nenas, Tepoh oleh Perdana Menteri, pada 15 April ini.Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Dato' Basir Ismail berkata Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dijangka akan terus ke lokasi itu setibanya di Lapangan Terbang Sultan Mahmud petang."Kita menjangkakan seramai 20,000 akan hadir pada program ini. Segala persiapan sedang rancak berjalan dan akan siap sepenuhnya beberapa hari lagi."Program akan bermula jam 3 petang dengan mengadakan beberapa acara termasuklah cabutan bertuah dan persembahan pentas, " katanya ketika melawat tapak pelancaran program itu kelmarin.Basir berkata, orang-ramai diharap hadir beramai-ramai untuk bersama-sama memberi sokongan dan meraikan kehadiran Perdana Menteri di majlis itu."Kita menyediakan kemudahan beberapa tempat meletak kereta, surau dan tandas awam untuk orang-ramai yang hadir dan kami juga mengharapkan mereka datang awal untuk mengelakan kesesakan lalu lintas," katanya.
06 Apr 17
625
Tonjol Sikap Telus, Bebas Rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta kerajaan negeri dan institusi perkhidmatan awam menonjolkan sikap telus serta bebas daripada sebarang rasuah dan salah guna kuasa dalam pentadbiran masing-masing.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, perkara itu penting kerana rakyat pada hari ini bijak menilai, mengukur keupayaan dan kejujuran institusi tersebut sama ada ia berlangsung dengan telus dan sebaliknya.Katanya, mereka saban hari memerhati, menguji dan menilai perjalanan pentadbiran di peringkat kerajaan negeri.“Jesteru itu adalah penting bagi setiap jentera pentadbiran kerajaan untuk mencerminkan wajah institusi yang setiasa dilihat dan dianggap bersih serta bebas daripada anasir yang berkisahkan jenayah rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Pentadbiran Kerajaan Terengganu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.Majlis itu dirasmikan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Dzulkifli turut memberitahu, kerajaan yang gagal menjunjung amanah dan dicemari undang-undang disifatkan sebagai mengkhianati harapan rakyat serta gagal menghayati aprirasi dan kehendak rakyat.“Pihak kami tidak menolak sebuah kerajaan yang mengalami krisis kepercayaan serius dan menanti saat menuju ke arah kejatuhan dan kehancuran.“Sesebuah kerajaan itu juga perlulah memastikan bahawa tidak wujud sebarang ruang dan peluang yang akan mengakibatkan ketirisan pendapatan kerajaan dan hasil kerajaan yang harus digunakan sepenuhnya untuk membangunkan dan memakmurkan kesejahteraan rakyat,” katanya..
05 Apr 17
63