Artikel "Utama" Terkini
Hospital UniSZA Peringkat Akhir Putuskan Bentuk
Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang sedang dalam peringkat akhir untuk menentukan corak dan bentuk, akan menjadi sebuah hospital yang selesa untuk pesakit apabila siap kelak.Naib Canselor UniSZA, Prof Dato' Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif berkata, pihaknya mendapat kebenaran merancang daripada kerajaan negeri dan antaranya adalah mengadakan bilik khas bagi menempatkan pesakit di hospital berkenaan."Hospital Pengajar UniSZA ini akan mempunyai ciri-ciri antarabangsa dan Insya- Allah hospital ini bukan seperti hospital berbentuk 'warehouse' tetapi disediakan bilik untuk setiap pesakit."Ia adalah sebuah hospital awam tetapi setiap pesakit ada bilik masing-masing," katanya kepada wartawan ketika merasmikan program anak angkat di Kampung Seri Kenangan, Setiu, kelmarin.Menurutnya, kerja-kerja pembinaan sebenar akan dibuat di kawasan tersebut selepas siap proses pemasangan cerucuk.Tambahnya, pihaknya sudah membuat persediaan pengurusan sebanyak 90 peratus dan akan mematuhi perancangan asal untuk memastikan hospital ini siap sepenuhnya pada akhir 2019.Menurutnya, ketika ini, pihak UniSZA masih menempatkan penuntutnya bagi menjalani praktikal di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu."Begitu juga dengan kakitangan, kami ada 40 pakar yang masih berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan dan Pusat Perubatan UniSZA Holding di Kampus Gong Badak.
25 Apr 17
295
LAJSM 2017 Sasar 5,000 Atlet Luar Terengganu
Rozi menunjukan baju peserta LAJSM 2017. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailLarian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 2017 yang menawarkan hadiah berjumlah RM186,000 menyasarkan lebih 5,000 pelumba luar Terengganu termasuk dari luar negara untuk bersaing pada kejohanan 23 September ini.Kejohanan yang dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama Persatuan Olahraga Amatur Terengganu (POAT) mensasarkan peserta keseluruhan seramai 50,000 orang. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat berkata, LAJSM 2017 yang bertemakan `Vacay Run’ menawarkan lima kategori iaitu 42 kilometer (km), 21 km, 5 km dan `fun run' yang menetapkan jarak 3 km.Katanya, fokus utama pada edisi kali ini adalah untuk menarik lebih penyertaan dalam acara 42 km, 21km iaitu marathon dan half marathon.“Kedua-dua acara ini mempunyai pengikutnya yang tersendiri dan kebiasaannya pelari-pelari jarak jauh inilah yang akan mengisi slot larian-larian marathon luar dari Bandaraya Kuala Lumpur.“Dengan kehadiran pelari-pelari ini akan menggalakkan lagi sektor pelancongan di Terengganu,”katanya.Beliau berkata demikian pada pra pelancaran LAJSM 2017, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Presiden POAT, Dato' Wan Hisham Wan Salleh dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu.Rozi turut memberitahu, penganjur akan mengumumkan laluan rasmi untuk semua kategori sebulan sebelum acara berlangsung di facebook rasmi LAJSM 2017. Katanya, ini adalah untuk memberi ruang kepada penelitian faktor keselamatan pelari kerana pertama kali larian sejauh 42km dilepaskan pada jam 12.01 pagi dan 21km pula pada 2.30 pagi.“Faktor itu mengambil kira permintaan pelari-pelari jarak jauh sentiasa mengambil kira faktor cuaca.“Di Terengganu cuaca selepas pukul 9.00 pagi agak panas, mendatangkan ketidakselesaan selain boleh mengakibatkan risiko hidrasi iaitu kurang air didalam badan kepada pelari kategori itu,” katanyaMenurutnya, dijangka kedua-dua acara itu akan tamat sebelum 6.30 pagi untuk memberi laluan kepada krew terlibat.untuk solat subuh.“Lokasi pelepasan dan penamat larian akan berpusat di Dataran Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu,” katanyaOrang ramai boleh mendaftar secara dalam talian bermula hari ini di www.myraceonline.com dengan harga diskaun selama sebulan, yang berakhir 25 Mei selepas itu peserta akan membayar dengan harga normal.Untuk pendaftaran secara manual iaitu acara bagi kategori tertutup pelajar sekolah menengah 12km dan sekolah rendah (5km) akan dibuka pada 25 Mei.Penyertaan dijangka ditutup pada 23 Ogos atau bergantung kepada jumlah pelari.
25 Apr 17
56
Terengganu Drag Battle 2017 King Of The King 2.0 Himpun 500 Pelumba
Antara pelumba yang akan turut memeriahkan kejohanan yang bakal bermula pada 27 April ini di Perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.Kerajaan negeri dengan kerjasama Persatuan Permotoran Terengganu Darul Iman (PPTDI) dan Koperasi Permotoran Terengganu Darul Imam Berhad bakal menganjurkan Kejohanan Terengganu Drag Battle 2017 King Of The King 2.0 tanpa henti selama lima hari bermula 27 April ini di Perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus.Pengerusi PPTDI, Rosli Nooral Azhar @ Hassan berkata, program yang merupakan kesinambungan daripada kejohanan tahun lalu bakal menghimpunkan lebih 500 pelumba dari dalam dan luar negara.Katanya, pada tahun lepas, penyertaan hanya melibatkan 400 pelumba namun meningkat kali ini melibatkan lebih ramai pelumba muda berikutan dengan pembukaan litar baru di Perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu."Sehingga hari ini, bagi kereta seramai 200 pelumba yang melakukan pengesahan termasuk 17 pelumba dari Thailand dan 12 pelumba dari Singapura, manakala untuk motosikal pula lebih 300 peserta akan menyertai kejohanan tersebut."Bagi kereta, terdapat 20 kategori bakal dipertandingkan manakala 10 kategori untuk motosikal dengan hadiah keseluruhan yang ditawarkan adalah sebanyak RM500,000," katanya yang ditemui dalam sidang media sempena Kejohanan Terengganu Drag Battle 2017 King of the King 2.0 di Perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, hari ini.Rosli berkata, selain daripada acara utama sempena perasmian litar baharu tersebut, pelbagai program-program lain turut dijalankan.Tambahnya, sebelum acara perlumbaan dilakukan, majlis solat hajat akan dilakukan terlebih dahulu."Acara-acara lain seperti 'drift', 'time attack', 'mini bike', 'gymkhana' termasuk 'auto show' turut dimuatkan sepanjang kejohanan ink berlangsung," katanya.Dalam pada itu, Pengerusi Koperasi Permotoran Terengganu Darul Imam Berhad, Mohd Yasin Awang berkata, kejohanan itu bakal memberi impak positif kepada kerajaan negeri terutama sempena Visit Beautiful Terengganu 2017."Litar yang baru siap dibina ini adalah litar pertama di Malaysia dibina khas untuk mengatasi gejala sosial oleh Mat Rempit di Terengganu."Dengan penganjuran kejohanan-kejohanan sebelum ini, Terengganu telah melahirkan ramai jaguh dalam bidang permotoran di peringkat antarabangsa," katanya.
25 Apr 17
347
JKM Bantu Pesakit Kaki Gajah Di Chendering
Zainal (kanan) melihat keadaan Eizan menghidap Morbid Obesity di rumahnya di Taman Permint Jaya, Chendering, Kuala Terengganu. Foto oleh Harish Fadzillah KassimPenderitaan seorang wanita yang mengalami jangkitan kuman pada lapisan kulit atau cellulitis sehingga mengakibatkan kaki dan tangan membengkak seperti kaki gajah, mendapat perhatian dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Terengganu.Akibat penyakit itu, kehidupan Eizan Nadia Zainuddin, 39, yang turut menghidap Morbid Obesity terjejas serta perlu mendapat rawatan secara intensif.Pegawai JKM Kuala Terengganu, Zainal Omar berkata, Eizan boleh diklasifikasikan sebagai pesakit kronik kerana mempunyai berat badan 190 kilogram (kg) dan terpaksa berjalan menggunakan tongkat, selain mengalami masalah kesukaran bernafas ketika tidur. Katanya, JKM memandang serius kes itu dan akan meluluskan segera bantuan bulanan sebanyak RM450 bagi meringankan beban yang ditanggungnya. Tambahnya, JKM juga akan melihat sumbangan lain yang sewajarnya termasuk bantuan bulanan RM300 untuk penjaga pesakit berkenaan.“Kes itu juga akan dirujuk kepada Tabung Darul Iman sebagai usaha menampung perbelanjaan rawatan yang dianggarkan RM400 hingga RM500 sebulan dan kos pembedahan yang mencecah hampir RM1,000,” katanya.Sementara itu, Eizan yang pernah bekerja di butik pengantin di Kuala Lumpur, berkata dia diserang cellulitis pada 2014 selepas luka pada tumit akibat terkena besi.“Sejak itu, kaki terutama sebelah kanan semakin membengkak sehingga terpaksa dirujuk di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya selama dua minggu, selain terlantar di hospital yang sama selama sembilan bulan.“Pada masa sama, saya terpaksa menjalani empat kali pembedahan untuk membuang air dan lemak dalam badan sepanjang tempoh tiga tahun,”katanya.Eizan berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Pengerusi Biro Media Awam Komunikasi UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Ahmad Zamri Sulong di rumahnya di Taman Permint Jaya, Chendering, Kuala Terengganu.Katanya, sepanjang mendapat rawatan, berat badannya turun 60 kilogram (kg) kepada 190 kg, berbanding berat asal 250 kg.“Saya pulang ke Terengganu selepas dapat berjalan menggunakan tongkat dan ketika ini masih mendapat rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan,”katanya.Katanya, dia memerlukan sekurang-kurang RM400 sehingga RM500 sebulan untuk rawatan susulan dan berkemungkinan akan menjalani pembedahan buat kali kelima pada bulan depan.“Kos pembedahan dianggarkan mencecah hampir RM1,000. Nilai itu cukup besar, kerana saya tidak mampu bekerja, semuanya ditanggung ayah dan ibu di mana kedua-duanya sudah bersara,”katanya.
23 Apr 17
516
Inisiatif Tarik Pelajar Minat STEM
Bazlan bersama pelajar, ibu bapa dan guru-guru selepas Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang STEM Exxonmobil 2016, di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu, Kuala Terengganu Penganjuran pelbagai program berkaitan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) di peringkat sekolah mampu meningkatkan bilangan pelajar dalam bidang STEM kepada nisbah 60:40 pada tahun 2020 seperti yang disasarkan kerajaan.Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin, berkata ketika ini pelajar yang mengikut pembelajran dalam bidang STEM belum mencapai sasaran yang memuaskan sedangkan negara memerlukan ramai tenaga kerja mahir dalam bidang tersebut untuk melonjakkan pembangunan negara.Katanya, sehubungan itu, pelbagai usaha yang telah dilaksanakan bagi memupuk minat pelajar kepada STEM di peringkat sekolah seperti kem dan pertandingan berkaitan sains adalah satu inisiatif yang tepat ke arah mencapai sasaran tersebut.“Terbaru, penganjuran program Anugerah Pelajar Cemerlang STEM Exxonmobil membabitkan 60 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah-sekolah menengah harian kerajaan di Terengganu.“Mereka yang mengikuti program itu dilihat lebih bermotivasi, bersemangat untuk meneruskan pengajian di peringkat universiti dan berminat mengikuti bidang kejuruteran dan perubatan,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang STEM Exxonmobil 2016, di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini.Program itu dirasmikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, Bazlan Abdul Rahman.Hadir sama Pengurus Besar Hal Ehwal Awam dan Kerajaan Subsidiari- Subsidiari Exxonmobil, Sukiman Mohammed.Pelajar yang mengikuti program itu layak memperoleh wang tunai RM1,000 setiap seorang.Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin dianugerahkan sekolah menengah harian terbaik keseluruhan mata pelajaran STEM dan layak membawa pulang wang tunai RM3,000.
22 Apr 17
165
Kelab Sahabat N87 Terengganu Sasar 16,000 Ahli Menjelang Hujung 2017
Ahmad Razif (tiga dari kiri) bersama tetamu kehormat berdiri menyanyikan lagu `Negaraku' sempena pelancaran Kelab Sahabat N87 Negeri Terengganu di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailKelab Sahabat Najib 87 (N87) Negeri Terengganu mensasarkan keahlian sehingga 16,000 orang di seluruh negeri menjelang hujung tahun ini, dalam usaha melahirkan kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi kepada Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak serta membantu kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kelab yang sudah membentuk ahli jawatankuasa masing-masing di peringkat parlimen, kini memiliki kira-kira 2,000 ahli seluruh Terengganu, mensasarkan 500 orang di setiap Dewan Undangan Negeri atau 2,000 orang setiap parlimen sehingga akhir 2017.“Semua lapan parlimen sudah membentuk AJK masing-masing, selepas ini akan terus menjalankan pelbagai perancangan. Paling utama N87 ini dapat membantu BN dan UMNO untuk memperkasa serta memperkuatkan lagi dari segi solidariti dan juga permuafakatan kerana ini sahajalah formula terbaik bagi menghargai orang lama agar tidak terpinggir supaya orang muda tidak melupakan pejuang parti yang lama dan mereka sebenarnya perlu dihargai. “Saya bersetuju benar dengan pelancaran kelab ini dan yang paling penting dapat menjadi benteng yang kuat kepada BN Terengganu supaya dapat memenangi PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) dengan majoriti yang selesa dan memperolehi kerusi lebih dua pertiga,”katanya.Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri berkata demikian di sidang media selepas melancarkan Kelab Sahabat N87 Negeri Terengganu di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, malam tadi. Turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.Hadir sama, Ketua Penerangan Kelab Sahabat N87 Pusat, Dato’ Nasaruddin Alang Saidin; Pengerusi N87 Negeri Terengganu, Dato’ Sri Abdul Rahman Bakar dan Pengerusi Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Terengganu, Dato’ Ahmad Sidi Ismail.Selain itu, majlis turut dihadiri kira-kira 1,500orang termasuk Exco Kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat, veteran UMNO dan pemimpin masyarakat.Menteri Besar turut berharap supaya kelab itu dapat mengenal pasti di kalangan `DNA’ keluarga dan sahabat UMNO yang boleh menambah keahlian dan memperkasakan kelab yang akan memberi kelebihan kepada BN untuk menang majoriti yang besar pada PRU14 nanti.“Pada PRU14 nanti adalah berasaskan angka, jika angka sokongan kita besar, insya-Allah kita mampu memberi kemenangan yang selesa pada pilihan raya nanti,”katanya.Terengganu adalah negeri keenam yang melancarkan kelab berkenaan selepas Kelantan, Selangor, Johor, Melaka dan Wilayah Persekutuan. Kelab Sahabat N87 diwujudkan sebagai platform melahirkan sokongan padu dan kesetian kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, bermula ketika jawatan Ketua Pemuda UMNO, sejak 1987 lagi.
22 Apr 17
603
JPNT Sertai Travel Malaysia Fair 2017 Di Singapura
Travel Malaysia Fair 2017 di Changi, Singapura selama tiga hari bermula hari ini turut melibatkan pemain industri pelancongan dari Terengganu dan beberapa usahawan di bawah Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU).Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT), Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, penyertaan mereka bertujuan memperkenalkan produk pelancongan di Terengganu serta pelbagai pakej yang dihasilkan khas untuk warga Singapura.Katanya, program tersebut turut melibatkan penari dan pemuzik dari Suktra Terengganu yang mempersembahkan tarian dan lagu kebudayaan negeri seperti Ulek Serkap, Zapin Terengganu dan Ulek Mayang serta lagu Nasi Dagang, Kain Songket dan lain-lain."Pada kali ini, pihak JPNT melibatkan bersama sembilan pengusaha hotel dan satu pemilik produk serta enam usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) selain kumpulan Suktra."Bagi merancakkan lagi promosi Visit Beautiful Terengganu 2017, penyertaan Terengganu pada kali ini bukan sahaja mempromosikan produk tetapi juga mengadakan 'Business to Business' (B2B) antara penggiat industri pelancongan Terengganu dengan agensi pelancongan Singapura, di samping taklimat khas mengenai Visit Beautiful Terengganu 2017 kepada agensi pelancongan Singapura dan juga para media," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Travel Malaysia Fair 2017 di Changi, Singapura, hari ini.Majlis tersebut dirasmikan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya Malaysia Ke Singapura, Nur Azman Abdul Rahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Rosman Roslan dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin.Di majlis perasmian tersebut, Zubir turut melancarkan pakej Warisan Islam Terengganu di samping pengedaran nasi dagang sejuk beku kepada para jemputan dan media.
21 Apr 17
90
Terengganu Tuan Rumah Boling Padang Peringkat Antarabangsa
Wan Nawawi memotong pulut kuning sebagai simbolik merasmikan Kejohanan Lawn Bowls International Open Fours Championship Terengganu. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailTerengganu mencatat sejarah apabila terpilih menjadi tuan rumah bagi `Kejohanan Lawn Bowls International Open Fours Championship Terengganu 2017' yang berlangsung di gelanggang boling padang, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, bermula semalam.Kejohanan yang berlangsung sepanjang lima hari, berakhir 23 April itu menampilkan 64 pasukan termasuk dari Hong Kong serta empat pasukan paralimpik melibatkan Pahang, Kelantan, Johor dan Terengganu.Presiden Persatuan Boling Padang Terengganu, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail berkata, Terengganu bakal menghantar 11 pasukan antaranya pasukan Sukma Terengganu, MSNT, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu, UMT, Paralimpik Terengganu, UniSZA dan SUK Terengganu.Katanya, pemilihan Terengganu sebagai tuan rumah merupakan satu pengiktirafan besar dan bertepatan dengan kempen Visit Beautiful Terengganu 2017 .“Peserta bukan sahaja dapat menyertai kejohanan dan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanmjang persaingan, malah boleh mengambil peluang sepanjang berada di Terengganu dengan melawati pelbagai tempat menarik, termasuk Taman Tamadun Islam, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Pasar Payang dan Pantai Batu Burok,”katanya.
19 Apr 17
134
Insentif RM200,000 Untuk Azizulhasni
Ahmad Razif menyerahkan replika cek berjumlah RM200,000 kepada Azizulhasni di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Tg Mohd Syamim Tg IsmailKerajaan negeri menghadiahkan insentif keseluruhan berjumlah RM200,000 untuk jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang sebagai pengiktirafan di atas kejayaannya memenangi pingat emas pada acara keirin dalam Kejohanan Dunia di Hong Kong, Khamis lalu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengumumkan perkara itu pada majlis menyambut kepulangan dan meraikan kejayaan anak jati Dungun itu, di Wisma Darul Iman Kuala Terengganu, hari ini.Katanya, insentif sebanyak RM100,000 diberikan dalam bentuk wang tunai dan RM100,000 lagi untuk skim insentif latihan buat pelumba kebanggaan negara yang terkenal dengan jolokan The Pocket Rocket Man itu.Ahmad Razif berkata, insentif berkenaan diharap bukan sahaja dapat menjadi pendorong semangat buat Azizulhasni mencipta lebih banyak kejayaan di dalam dan luar negara, tetapi juga sebagai penyuntik semangat untuk atlet negeri dan anak muda lain melakar kejayaan dalam bidang sukan."Kejayaan Azizulhasni sangat membanggakan seluruh rakyat Terengganu dan insentif ini adalah penghargaan di atas segala kerja keras dan pengorbanan beliau untuk negeri dan negara."Kerajaan negeri juga merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada seluruh keluarga Azizulhasni terutama ibu bapa, isteri dan anak beliau yang banyak berkorban sekali gus menyumbang kejayaan besar ini," katanya.Sementara itu, Azizulhasni mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri di atas pengiktirafan dan penghargaan daripada kerajaan negeri dan berharap kejayaannya dapat menjadi inspirasi kepada anak muda lain untuk tidak berputus asa dan bekerja keras mengejar cita-cita dan mencipta kejayaan untuk negara.
18 Apr 17
120
Rakyat Terengganu Rai `The Pocket Rocket Man’
Azizulhasni disambut bagai wira sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus, pagi ini. Foto Harish Fadzillah Kassim “Jutaan terima kasih kepada semua pihak terutama Menteri Besar, kepimpinan kerajaan negeri, ibu bapa dan keluarga yang tidak putus-putus berdoa, memberi sokongan serta pelbagai bantuan dihulurkan.“Tanpa mereka, tidak mungkin saya boleh mencapai kejayaan seperti hari ini, hampir sepuluh tahun bercita-cita mahu menggenggam juara peringkat dunia,” kata pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus, pagi ini.Azizulhasni, yang terkenal dengan jolokan nama The Pocket Rocket Man, memenangi gelaran dunia pertama selepas menjuarai acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Hong Kong, Khamis lalu.Ketibaan Azizulhasni disambut Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong yang mewakili Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Turut hadir Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri, Johari Abu Bakar serta Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farok Hussin.Sebaik tiba di LTSM, pelumba basikal negara itu menaiki kenderaan pacuan empat roda diiringi lebih 1,000 peminat dan penyokong termasuk pelapis dalam acara berbasikal.Konvoi berbasikal dan motosikal itu melalui Seberang Takir menghala Jambatan Sultan Mahmud, kemudiannya melalui bulatan Sultan Omar dan tiba Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu untuk menghadiri Majlis Sambutan Wira Berbasikal Negara Anak Terengganu.Azizulhasni turut memberitahu, kerajaan banyak membantu untuk memastikan kejayaan semua atlet dalam pelbagai bidang termasuk acara berbasikal."Sambutan yang diberikan kerajaan negeri pagi ini juga saya anggap sebagai bantuan yang boleh menyemarakkan semangat untuk meneruskan perjuangan. "Saya sedar, sejak menjuarai acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Hong Kong, Khamis lalu, pelbagai pendapat dan tohmahan diviralkan melalui laman sosial. Ada juga kritikan tetapi saya hanya mengambil komen positif untuk dijadikan sebagai inspirasi," katanya
18 Apr 17
104