Artikel "Utama" Terkini
Kes Jenayah Siber Perlu Diatasi Segera
Penyebaran maklumat yang tidak terbukti kesahihannya atau berunsur fitnah, terutama melalui laman sosial perlu segera dibanteras dan dielakkan.Oleh itu, orang ramai khususnya ibu bapa perlu mendidik anak-anak betapa pentingnya untuk tidak mendedahkan maklumat peribadi bagi tatapan umum.Menyedari hakikat itu, Puspanita Kebangsaan dengan kerjasama Cybersecurity Malaysia mengadakan Program Inovasi Sosial MOSTI, Ops Jelajah Cyber edisi Terengganu, selama dua hari berakhir esok (3 Mei) di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu, Kuala Terengganu.Timbalan Pengerusi 1 Puspanita Cawangan Terengganu, To’ Puan Kamsiah Dollah, berkata dia menyarankan peserta dapat memanfaatkan ilmu dan pengetahuan melalui sesi ceramah dan latihan yang disediakan dalam program itu.Katanya, ilmu yang diperoleh pastinya menjadi bekalan terbaik untuk berdepan dengan isu semasa yang berkaitan dengan ancaman alam siber di negara ini.“Diharapkan kita akan menjadi lebih peka terhadap apa juga gejala yang melanda melalui ancaman siber dengan penuh kesiapsiagaaan dan menanganinya dengan lebih bijaksana.“Seperti mana yang kita sedia maklum, aspirasi kerajaan adalah untuk mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi dan mampan,”katanya ketika merasmikan program itu. Menurutnya, dalam usaha mencapai matlamat tersebut , tentunya pelbagai program serta inisiatif telah dibangunkan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, termasuk memperkemaskan sistem pertahanan siber negara. “Dengan penubuhan Cybersecurity Malaysia sebagai pusat pakar serta rujukan menegani isu berkaiatn keselamatan siber, pelbagai usaha berkaiatan aspek e-keselamatan nasional diperkenalkan selaian menyediakan perkhidamatan kepakaran berkaitan bidang keselamatan siber,”katanya.
01 May 17
103
Pulau Kapas Paling Dekat
Pulau Kapas di Marang, Terengganu antara destinasi percutian pilihan utama yang terletak hanya kira-kira 18 kilometer dari Bandar Kuala Terengganu dan pulau peranginan paling hampir dengan tanah besar, iaitu berjarak enam kilometer sahaja dari jeti Marang.Pulau peranginan tercantik dengan pasir memutih bak kapas, perairan yang jernih serta pemandangan dasar laut diliputi hidupan laut yang masih kekal terpelihara, selain para penyelam dapat melihat peninggalan bot-bot karam di dasar laut sekitar pulau serta pemandangan unik dari pulau berhampiran, iaitu Pulau Gemia yang sangat mengagumkan menjadi tarikan utama pulau itu.Bagi menikmati keindahan alam yang sukar ditemui di destinasi lain itu, pengunjung boleh mengambil pakej `day trip’, iaitu pakej melawat tempat menarik sekitar pulau beserta aktiviti pelancongan tanpa bermalam di situ.Bagaimanapun, untuk percutian yang lebih menyeronokkan, pengunjung boleh mengambil pakej dua hari satu malam, `fullboard’ iaitu pakej termasuk kos pengangkutan feri pergi-balik, penginapan satu malam di Pulau Kapas, selain makanan disediakan dan aktiviti snorkelling di tempat menarik.Lazimnya pakej percutian dari `honeymoon’ sehinggalah pakej bajet untuk pelajar dan `backpackers’ yang ditawarkan resort di pulau berkenaan termasuk penginapan, makanan dan aktiviti snorkelling, serta mencandat sotong yang bermula April hingga Ogos setiap tahun.Antara resort yang menyediakan pakej istimewa untuk pengunjung seperti Kapas Island Resort, Gem Island Resort & Spa, Kapas Coral Beach Resort, Qimy Private Bay, Kapas Turtle Valley, Kapas Beach Chalet, Pak Ya Seaview Chalet, Captain Long House dan Ombak kapas Island Beach Resort.
30 Apr 17
622
Duyong Art Festival Bawa Kelainan
Berkarya, menganyam terendak dan menjual pelbagai produk serta makanan tradisional Terengganu di atas jeti, begitulah antara keunikan karnival seni, Duyong Art Festival 2017 yang diadakan di Jeti Pulau Duyong, Kuala Terengganu.Program yang berlangsung selama tiga hari, berakhir hari ini, berbeza berbanding dengan festival lain berikutan hampir 60 usahawan yang mengambil bahagian perlu berpakaian ala-ala nelayan, selain peniaga wanita perlu berkain batik.Berkonsepkan ‘Anok Tranung’ program itu antara lain mengetengahkan hasil karya seni tempatan seperti seni foto, lukisan, kraftangan, videografi, arca, muzik, di samping aktiviti bot penambang dan persembahan kesenian.Perasmian festival itu disempurnakan Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman pada 28 April lalu. Duyong Art Festival dijangka diteruskan sebagai acara tahunan bagi menarik lebih ramai pengunjung ke Pulau Duyong dan pada masa sama mempopularkan kembali kawasan itu sebagai destinasi pelancongan yang dahulunya cukup sinonim dengan industri pembuatan bot secara tradisional.
30 Apr 17
1082
Pasar Tani Fama Terengganu Kutip Jualan RM12.5 Juta Bagi Suku Pertama 2017
Pasar Tani Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) mengutip jualan sebanyak RM12.5 juta di seluruh Terengganu bermula Januari hingga Mac tahun ini.Hasil jualan pada suku pertama tahun ini melibatkan 30 pasar tani di seluruh Terengganu antaranya ialah Pasar Tani Padang Hiliran, Kerteh dan Chukai.Penyelaras Pasar Tani Fama Negeri, Halmi Hamzah berkata, Pasar Tani Padang Hiliran adalah pasar tani yang paling tinggi hasil jualannya berbanding lokasi lain."Ia mungkin faktor pembukaan dua kali seminggu, keadaan persekitaran dan juga pasar tani yang telah lama beroperasi sekitar 1986 lagi."Kawasan pasar tani lain juga sebenarnya berpotensi memperoleh hasil jualan yang baik," katanya ketika melakukan tinjauan di Pasar Tani Sri Langkap yang baharu dibuka Jumaat lepas.Halmi berkata, pihaknya berharap hasil jualan pada tahun ini meningkat berbanding tahun lepas iaitu RM56 juta dengan penglibatan 1,200 usahawan.Katanya, pada tahun ini, setakat Mac, seramai 1,400 usahawan menyertai pasar tani di seluruh negeri.Halmi berkata, pihaknya juga berusaha menarik pengunjung membeli di pasar tani dengan menggunakan transformasi peruncitan baharu."Kita akan masukkan nanti caravan, car boot sale dan sebagainya dalam usaha menarik lebih ramai pengguna ke tapak pasar tani," katanya.Menurutnya, sebanyak lima pasar tani baharu dibuka pada tahun ini iaitu Pasar Tani Nyior 7 (Besut), Pantai Penunjuk (Kemaman), Gong Badak 4 (Kuala Nerus), Pasar Tani Ternak (Manir), Pasar Tani Pelancongan (Batu Burok) dan termasuk Sri Langkap, yang baru dibuka Jumaat lalu.
30 Apr 17
252
Litar Lumba Terengganu, Mula Dibuka
Pembukaan Litar Lumba bertaraf antarabangsa di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Nerus adalah ‘hadiah’ kepada golongan muda yang sebelum ini gemar menjadikan jalan raya sebagai litar lumba haram.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata dia yakin dengan pembinaan litar yang menelan belanja RM12.7 juta dan diiktiraf Persatuan Automobil Malaysia (AAM) itu mampu menjadikan Terengganu sebagai `sifar rempit’ pada masa akan datang.Katanya, ini kerana berdasarkan pemantauan pihak berkuasa, kini hampir 95 peratus masalah sama, terutama membabitkan Jalan Durian Burung dan Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu dapat diatasi.“Seharusnya mat rempit tidak menjadikan jalan raya sebagai tempat mereka menunjuk bakat kerana ia akan membahayakan nyawa pengguna lain dan sudah tiba masa mereka membuktikan kehebatan menunggang motosikal dengan berlumba di litar lumba yang disediakan ini."Mana tahu, mereka boleh menjadi jaguh dalam sukan permotoran, sekali gus menjadikan Terengganu sebagai tempat melahirkan pelumba motosikal handal satu hari nanti," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Litar Lumba Permotoran Terengganu dan Drag Battle 2017, malam tadi.Hadir sama, Speaker DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Dato’ Rozi Mamat.Sebanyak RM100,000 disumbangkan kepada Koperasi Permotoran Terengganu Darul Iman Berhad yang dimiliki Persatuan Permotoran Terengganu Darul Iman sebagai insentif membuka bengkel bengkel motor sekaligus menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan muda.Litar seluas 2.4 hektar yang dibina sejak Disember tahun lalu itu juga mampu memuatkan kira-kira 1,500 penonton manakala di perkarangan litar, ia boleh menempatkan lebih 25,000 peminat sukan permotoran.Antara kemudahan yang disediakan termasuk Litar Cub Prix sepanjang 1.35 km dan Sprint Test sejauh 0.95 km, trek ujian pecut dan gelanggang drift.
28 Apr 17
891
Pencahayaan Ditambah Baik, Perkukuh Imej Bandaraya Warisan Pesisir Air
Ahmad Razif (tengah) tertarik dengan kreativiti seni kraf oleh seorang pengusaha kurang upaya ketika meninjau sekitar pameran Duyong Art Festival 2017sejurus melancarkan program itu di Pulau Duyong, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Zulkipli CW PutraKerajaan negeri menyarankan mana-mana syarikat korporat dan anak syarikat kerajaan negeri (GLC) supaya menaja untuk pembangunan landskap hiasan dan pencahayaan bagi memperkukuhkan imej pusat Bandar Raya Kuala Terengganu sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air, terutama pada waktu malam.Kawasan yang diberi tumpuan melibatkan sekitar Shahbandar, Bazar Warisan, Pasar Payang dan Kampung Cina serta Waterfront di Pulau Kambing, Pulau Duyong sehingga ke muara utara sungai Terengganu di Seberang Takir.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, inisiatif itu bukan sahaja dapat mengindahkan pemandangan dan menarik tumpuan pengunjung, malah dapat mempromosikan syarikat berkenaan menerusi paparan nama syarikat pada imej dan landskap pencahayaan itu." Kita akan menggunakan konsep NBOS (Strategi Lautan Biru Kebangsaan) dan akan berbincang dengan mana-mana syarikat termasuk hotel supaya membantu kerajaan dan mungkin kita akan beri insentif seperti memotong cukai pintu." Mungkin kita juga boleh mendapatkan komitmen daripada syarikat swasta atau pemain pelancongan bagi menyumbang sekali gus dapat mengurangkn bebanan kerajaan negeri ,"katanya.Beliau berkata demikian di sidang media selepas melancarkan Duyong Art Festival (DAF) 2017, di Pulau Duyong, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.Menurut Ahmad Razif lagi, kerajaan negeri juga sudah mendapat persetujuan daripada Tenaga Nasional Berhad untuk mengurangkan caj sehingga 50 peratus terhadap penggunaan elektrik di papan dan landskap pencahayaan seluruh pusat bandar.Tambahnya, kerja-kerja penambahbaikan kemudahan khususnya landskap dan pencahayaan di Taman Tamadun Islam dan Pulau Warisan juga sedang giat dilaksanakan dalam usaha menarik lebih ramai pengunjung dan menjayakan kempen Visit Beautiful Terengganu 2017.Beliau sebelum itu memuji usaha penganjur DAF 2017 yang berjaya meneruskan kesinambungan program bagi memperkasakan kesenian dan kebudayaan negeri buat tahun ketiga di lokasi yang sama."Program ini akan dijadikan sebagai aktiviti dan acara dalam kalendar pelancongan negeri kerana dapat menarik penyertaan ramai pengunjung serta membantu menaikkan ekonomi masyarakat tempatan,"katanya.
28 Apr 17
283
JKKK Bakal Miliki Sijil Tadbir Urus Desa
Ismail Sabri dan Ahmad Razif bersama kepimpinan JKKK pada Majlis Penutup Program Sijil Tadbir Urus Infra-UniKL Zon Timur dan Pelancaran Tatacara Pengurusan JKKK di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus. Foto Zulkifli Putra Seramai 16,500 Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), termasuk kepimpinan masyarakat Orang Asli di seluruh negara bakal memiliki Sijil Tadbir Urus Desa sebagai usaha meningkatkan ilmu pengurusan desa secara profesional.Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakub berkata, kursus anjuran kementeriannya itu bertujuan memastikan mereka yang terlibat dalam pentadbiran kampung adalah setaraf dengan pegawai di jabatan kerajaan.Katanya, buat permulaan seramai 3,500 Pengerusi JKKK dikehendaki mengikuti kursus bagi mendapatkan Sijil Tadbir Urus Desa yang dikeluarkan oleh Universiti Kuala Lumpur (UniKL).“Program sama akan diadakan secara berperingkat-peringkat, kemungkinan peringkat kedua dengan jumlah yang sama dianjurkan pada Ogos dan selebihnya pada tahun hadapan.“Kita turut memberi keutamaan kepada golongan itu untuk mengikuti modul sama di peringkat diploma sebagai usaha menambah ilmu, kemahiran dan perkembangan semasa,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Program Sijil Tadbir Urus Infra-UniKL Zon Timur dan Pelancaran Tatacara Pengurusan JKKK di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, hari ini.Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamed.Seramai 700 kepimpinan JKKK dari Terengganu, Pahang dan Kelantan hadir mengikuti kursus selama tiga hari, berakhir hari ini.Program itu adalah kesinambungan siri kursus Sijil Tadbir Urus Desa anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KLWW) kepada kepimpinan JKKK mengikut zon-zon iaitu Zon Tengah, Timur, Utara, Sarawak dan Sabah.
27 Apr 17
75
Siti Rahmah Cipta Sejarah
Ini kebanggaan dan kejayaan berganda buat Terengganu apabila Siti Rahmah memecah rekod muncul anak Terengganu pertama dinobatkan Olahragawati Kebangsaan sejak Anugerah Sukan Negara diadakan 51 tahun lalu, kata Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Ratu silat negara, Siti Rahmah Mohamed Nasir, 30, mencipta magis tersendiri apabila muncul anak Terengganu pertama dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan.Siti Rahmah yang juga anak bekas pemain bola sepak Terengganu, Mohamed Nasir Jalil muncul Olahragawati Kebangsaan, manakala atlet paralimpik negara, Abdul Latif Romly pula dipilih sebagai Olahragawan Kebangsaan di Majlis ASN 2016 di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, malam tadi.Sejurus menerima anugerah itu, olahragawati negara yang diiiringi ibunya itu kemudiannya diraikan pula Ahmad Razif bersama kenamaan yang lain.Majlis turut dihadiri isteri Menteri Besar, To’ Puan Sri Halina Zakaria dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail. Hadir sama, Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Tan Sri Ali Rustam.“Ini satu lagi kejayaan anak Terengganu dan saya bangga dengan kegemilangan berganda ini. Jika minggu lalu, `The Pocket Rocketman’ Azizulhasni Awang berjaya mengharumkan nama Terengganu dan Malaysia, khasnya dalam pertandingan di Hong Kong.“Malam ini (tadi) pula Siti Rahmah mencatat sejarah sebagai anak Terengganu pertama mendapat anugerah olahragawati kebangsaan sejak anugerah itu diwujudkan 51 tahun lalu, iaitu bermula pada 1966,”katanya.Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan menyampaikan piala pusingan, piala iringan, sijil dan wang tunai RM20,000 masing-masing kepada Abdul Latif dan Siti Rahmah.Turut hadir di majlis itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.Pemilihannya diputuskan Jawatankuasa Pemilihan ASN 2016 berdasarkan pengalaman serta prestasi cemerlang dan konsisten dalam setiap kejohanan yang disertainya.Siti Rahmah berjaya mencipta hatrik kemenangan dalam Kejuaraan Silat Dunia selepas memenangi edisi ke-17 di Bali, Indonesia, pada Disember tahun lepas.Sepanjang tahun lalu, beliau juga meraih pingat emas di Kejuaraan Silat Antarabangsa Terbuka Belanda dan Kejuaraan Silat Asia Tenggara.
26 Apr 17
175
Ukom Anjur Tahlil Untuk Arwah Rakan Media
Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) menganjurkan majlis tahlil kepada pengamal media yang kembali ke rahmatullah di Pejabat Ukom, Kuala Terengganu, hari ini.Majlis diadakan khas kepada arwah Esah Abdullah (Ukom), Zainuddin Muhammad (NST), Hashim Abdullah dan Mohamad Abdullah (RTM), Che Ku Zainal Che Ku Muda (Utusan Malaysia) serta Ali Mamat dan Mokhsin Bakhari (Bernama) serta lain- lain yang pernah berkhidmat di Terengganu.Pengarahnya, Dato' Muda Mamat berkata, majlis itu sebagai memperingati dan mendoakan kesejahteraan roh rakan-rakan media yang sudah meninggal dunia."Jasa dan pengorbanan rakan media sama ada yang masih ada serta sudah tiada terhadap masyarakat dan negeri khasnya tidak ternilai."Setidak-tidaknya kita bukan sahaja dapat mendoakan kebaikan dan kesejahteraan kepada arwah, malah berharap supaya yang masih hidup ini sentiasa ingat sampai masanya segala urusan duniawi ini akan ditinggalkan," katanya.Turut serta, Timbalan Pengarah (Operasi) Ukom, Ruslan Abdul Rahman.Majlis berkenaan turut dihadiri kira-kira 50 rakan media dari pelbagai agensi.
25 Apr 17
106
UniSZA Lancar Ladang Ternakan Kambing Tenesu Pertama Negara
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melancarkan DairyFarm sebagai Ladang Pengajaran dan Pembelajaran kambing tenesu yang pertama di negara ini.Projek di bawah Fakulti Biosumber dan Indutri Makanan yang dilancarkan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh memberi peluang pelajar dan komuniti mendalami pemindahan teknologi moden dalam bidang ternakan.Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif berkata, projek perintis universiti itu diharap dapat melahirkan usahawan berilmu di sektor pertanian dan penternakan.Katanya, satu kawasan di Kampung Bukit Marak, Pasir Akar, Hulu Besut, dipilih untuk dijadikan pusat latihan ternakan dan pengeluaran susu kambing terbesar di negara ini.Beliau berkata, pusat itu juga turut menawarkan latihan di bidang ternakan dan pemindahan teknologi kepada penduduk setempat yang berminat dalam industri tenesu.Idris yang juga Ahli Parlimen Besut ketika melancarkan program itu berkata, menerusi penubuhan pusat itu nanti akan memberi peluang pelajar universiti melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran 2u2i Program Ijazah Sarjana Muda Produksi dan Kesihatan Haiwan.Katanya, konsep pembelajaran di mana pelajar akan belajar selama dua tahun di universi dan dua tahun di industri memberi peluang kepada pelajar menimba ilmu sebagai penternak dan usahawan.“Adalah menjadi harapan dengan adanya pusat latihan itu Terengganu akan menjadi pengeluar susu kambing terbesar di negara ini untuk dipasarkan di seluruh negara,” katanya.
25 Apr 17
1375