lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
MB Terima Kunjungan Hormat UniSZA
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman menerima kunjungan hormat pihak Lembaga Pengarah dan pengurusan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di pejabatnya di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Kunjungan kira-kira 30 minit yang diketuai Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA, Dato’ Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin itu turut dihadiri Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif.Pada kunjungan hormat itu, Kamarudin yang mewakili UniSZA menyerahkan cek berjumlah RM61 juta kepada Ahmad Razif yang mewakili kerajaan negeri.Ianya sebagai bayaran tanah sebahagian kampus UniSZA Gong Badak oleh universiti itu kepada kerajaan negeri.
18 Apr 17
57
Empty Image
RM51,141,300 Untuk Elaun Guru Kafa, Imam, Guru Takmir Dan Bilal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memperuntukkan RM51,141,300 untuk pembayaran elaun kepada guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (kafa), imam, guru takmir dan bilal di Terengganu, tahun ini.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, daripada keseluruhan peruntukan 2017 itu, sebanyak RM50,632,800 diperuntukkan untuk pembayaran elaun guru-guru kafa, imam dan guru takmir, manakala RM508,500 disalurkan untuk pembayaran imbuhan 'one off' sebanyak RM500 kepada setiap bilal.Seramai 3,103 orang guru kafa, imam (826), guru takmir (237) dan bilal (1,017) sedang berkhidmat di Terengganu.Ghazali berkata, kerajaan negeri merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memberikan insentif yang cukup besar kepada para agamawan di negeri ini.“Dengan peruntukan sebanyak ini, ianya memberi kegembiraan dan kelegaan kepada guru-guru kafa, imam dan guru takmir serta bilal sekali gus menyuntik semangat mereka untuk terus menabur bakti dan mencurah ilmu kepada rakyat Terengganu,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian penutup Program Multaqa Murabbi Ummah Negeri Terengganu Tahun 2017 di Dewan Besar Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom.Sementara itu Ghazali berkata, elaun guru kafa  juga ditingkatkan daripada RM800 kepada RM900 dan memberi kelebihan kepada mereka yang cuma berkhidmat tiga hari sahaja dalam seminggu.
17 Apr 17
166
Empty Image
Sambutan Luar Biasa Rakyat, Bukti UMNO dan BN Kekal Relevan
Ahmad Razif  turut melancarkan tagline `wi gok sekali’ bersama Pemuda/Puteri UMNO di Padang Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang. sempena lawatan sehari beliau ke DUN Ladang, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailSambutan luar biasa rakyat ketika kunjungan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Terengganu pada 15 dan 16 April lalu membuktikan momentum sokongan terhadap UMNO kekal relevan dan teguh, sekali gus memberi petanda positif untuk Barisan Nasional mengekalkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kebanjiran orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat yang luar  biasa itu memperlihatkan satu transformasi politik sedang berlaku di parlimen dilawati pemimpin utama negara itu, dan seluruh Terengganu, amnya.“Apabila datang ke DUN (Dewan Undangan Negeri) Ladang ini pula, saya nampak satu semangat berbeza. Walaupun mereka terpaksa menunggu saya selama dua jam tetapi nampak air muka mereka penuh kegembiraan. Saya yakin DUN Ladang akan menjadi milik kita. “Parlimen Kuala Terengganu juga kita akan ambil balik, kerana rakyat sudah sedar permainan pembangkang yang hanya pandai bercakap tetapi mereka gagal melaksanakan, sedangkan kawasan ini sendiri kawasan pembangkang, jadi tidak guna mereka hanya berceramah tetapi gagal membantu rakyat. Jadi saya yakin rakyat akan menyokong UMNO dan Barisan Nasional,”katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang media sempena lawatan kerja sehari YAB Menteri Besar Terengganu ke DUN Ladang, di Dewan Sivik Pasir Panjang, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria dan Pegawai Penyelaras DUN, Dato’ Mohd  Sabri Alwi yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu.Hadir sama, Pegawai Penyelaras Parlimen Kuala Terengganu, Rozalina Mokhtar yang juga Ketua Wanita UMNO Kuala Terengganu. Menteri Besar turut melancarkan tagline `wi gok sekali’ bersama Pemuda/Puteri UMNO di Padang Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang. Ahmad Razif sebelum itu juga berkata, lawatan beliau antara lain untuk memfokuskan tiga perkara utama di kalangan rakyat khususnya menangani kos sara hidup, menyediakan peluang pekerjaan serta membina perumahan untuk rakyat yang kurang berkemampuan.Dalam sesi lawatan sebelah pagi, beliau sempat meninjau Pasar Bukit Besar dan melihat isu-isu yang dihadapi peniaga terutama bahagian barang basah serta akan memastikan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengambil tindakan sewajarnya terhadap aduan yang diterima mereka.“Saya berkesempatan melawat  Pasar Bukit Besar dan melihat isu melibatkan peniaga terutama peniaga ikan, daging dan ayam, seterusnya saya akan minta  MBKT melihat semula (laporan) bagi merancakkan perniagaan mereka dalam usaha menangani kos sara hidup.“Saya juga berpeluang berjumpa orang muda dan warga pendidik termasuk pengetua di DUN Ladang bagi mengetahui permasalahan yang mereka hadapi. Selain itu, kita juga berjumpa penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya dapat menambah baik kaedah bagi melancarkan bantuan kepada golongan sasar,”katanya.Seramai 440 penerima bantuan JKM dari DUN Ladang melibatkan peruntukan kira-kira RM200,000 menerima bantuan masing-masing di Dewan Sivik Pasir Panjang dan di Bukit Kecil.
17 Apr 17
62
Empty Image
SPNB Bina 229 Unit RIR Di Kampung Santong, Dungun
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)  membina  229 unit kediaman mampu milik menerusi Projek Rumah Idaman Rakyat (RIR) di Kampung Santong, Dungun.Daripada jumlah itu, 70 unit merupakan rumah teres setingkat; 60 unit teres dua tingkat; 76 unit (semi D) dan rumah kedai (23 unit), yang dijangka siap sepenuhnya Mei 2019.Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Ahmad Azizi Ali berkata projek RIR yang menggunakan teknologi IBS (Industrial Building System) di kawasan seluas 10.4 hektar dikenali sebagai Taman Desa Idaman itu merupakan yang pertama dibangunkan SPNB di Terengganu.Katanya, SPNB menerima lebih 800 permohonan untuk rumah mampu milik (RMM) jenis teres setingkat berharga RM68,000.“Kita hanya memilih mereka yang  benar-benar layak untuk memiliki RMM dengan pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,500. "Berdasarkan sambutan memberangsangkan ini, berkemungkinan besar pihak kami  akan menambah unit kediaman itu dengan  usaha sama SPNB dan kerajaan negeri," katanya.Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek RIR Kampung Santong sempena pelancaran Program Jom Bantu Rakyat  yang disempurnakan  Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.Turut hadir, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Seri Idris Jusoh, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato’ Jailani Johari.Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, barisan ecxo kerajaan negeri dan Ketua UMNO Bahagian Dungun, Dato’ Din Adam. Ahmad Azizi berkata, SPNB kini sedang merancang melaksanakan tiga lagi projek sama membabitkan 2,151 unit rumah dan rumah kedai di Tok Jembal, Kuala Nerus; Kuala Ping Hulu Terengganu dan di Kerteh, Kemaman.“SPNB menyediakan 30 peratus kuota daripada keseluruhan unit rumah khusus untuk golongan kurang berkemampuan iaitu dalam lingkungan harga RM68,000 sahaja seperti yang ditetapkan kerajaan negeri,”katanya.
16 Apr 17
327
Empty Image
Rakyat Jangan Keliru Dengan Helah Pembangkang- PM
Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengingatkan rakyat supaya tidak terkeliru dengan permainan politik pembangkang yang bersifat matlamat menghalalkan cara.Katanya, pembangkang sebenarnya berbuat sedemikian semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).“Dulu kutuk antara satu sama lain, tapi hari ini jilat semula. Dulu cakap lain, hari ini cakap lain. Matlamatnya menumbangkan kerajaan dan caranya dengan bersekongkol dengan musuh,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Jom Bantu Rakyat peringkat negeri dan Majlis pecah Tanah Tapak Perumahan Idaman Rakyat SPNB Kampung Santong, Paka Dungun, petang tadi.Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Seri Idris Jusoh dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato’ Jailani Johari.Hadir sama, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, barisan ecxo kerajaan negeri, Ketua UMNO Bahagian Dungun, Dato’ Din Adam dan Ketua Eksekutif Kumpulan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Datuk Ahmad Azizi Ali.Projek  Perumahan Idaman Rakyat  yang dibangunkan SPNB Idaman Sdn Bhd, melibatkan 229 unit rumah teres setingkat, teres dua tingkat, berkembar dua tingkat dan rumah kedai di kawasan seluas 26 ekar di Taman Desa Idaman, Kampung Santong.Mohd Najib berkata, dalam Islam amat menekankan amalan dan matlamat perlu suci, begitu juga dalam politik. “Matlamat mesti suci, cara pun mesti betul. Kalau cara tidak betul, ibadat kita Allah tidak terima. Semua kena betul kalau cara tidak betul, kaedah tidak betul ibadat kita walaupun niat baik, Allah tidak terima."Jika dah tahu orang itu tak suka dengan perkembangan Islam di tanah air kenapa pula kita hendak bersekongkol dengan mereka,” ujarnya.Katanya, kerajaan BN dan UMNO sebaliknya sentiasa memperjuangkan syiar Islam sehingga mendapat pengiktirafan negara luar."Kalau orang kata dasar UMNO ini bertentangan Islam, sudah tentu Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud tidak akan benarkan nama baginda digunakan pada King Salman Centre for Global Peace (Pusat Keamanan Global Raja Salman)," katanya.Penubuhan pusat keamanan global di negara ini yang dinamakan King Salman Centre for International Peace bertujuan membanteras naratif yang dikeluarkan oleh pihak-pihak yang radikal dan ekstremis.
16 Apr 17
59
Empty Image
JPS Peruntuk RM1.15 Bilion Untuk Projek Di Terengganu
Najib bersama rombongan ketika meninjau tapak Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut (Gerbang Pelancongan), di Pekan Baru, Kuala Besut, hari ini. Foto Harish Fadzillah KasimKementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar memperuntukkan kira-kira RM1.15 billion bagi melaksanakan 34 projek sepanjang tempoh lima tahun, berakhir 2020 di  Terengganu.Menterinya, Dato' Sri Wan Junaidi Wan Jaafar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM750 juta bakal dilaksanakan dan RM250 juta untuk projek Gerbang Pelancongan di Kuala Besut."Kementerian saya mempunyai banyak projek di Terengganu daripada Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) sahaja sebagaimana diumumkan Perdana Menteri tadi, RM1.15 billion keseluruhanya dan ada 10 lagi projek yang bakal dilaksanakan."Selain dari itu kita juga memberi atau membantu projek kecilan dari kampung ke kampung dan itu yang bakal kita laksanakan,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut (Gerbang Pelancongan), di Pekan Baru, Kuala Besut, hari ini.Majlis itu dirasmikan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd  Tun Abdul Razak.Turut hadir,  Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Parlimen Besut dan  Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek.Tetamu kehormat lain,  Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Nawi Mohamad merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut dan ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.Wan Junaidi turut memberitahu,  projek itu adalah ikonik dan reka bentuknya umpama mata menghadap ke laut dan boleh halang ombak masuk."Projek ini juga merangkumi untuk mendalam Sungai Besut, yang pertama ialah bagi menangani masalah nelayan untuk simpan bot, kedua untuk kemudahan nelayan atau pelancong ke pulau, " katanya.Wan Junaidi berkata, Ianya akan menjadi tarikan lebih ramai pelancong ke Kuala Besut untuk ke Pulau Perhentian dan lain-lain."Ini adakah satu projek berimpak besar dan Perdana Menteri memang tertarik dan saya mahu projek ini akan siap mengikut jadual untuk memberi banyak faedah kepada rakyat.“Projek Gerbang Pelancongan itu yang panjangnya tiga kilometer sudahpun bermula Disember tahun lalu dan dijangka akan siap dalam tempoh tiga tahun,”katanya.
16 Apr 17
77
Empty Image
Dungun Boleh Menang Jika Tiada 'Cah Keting'-PM
Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak meletakkan keyakinan tinggi bahawa Terengganu akan terus dipimpin oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) berdasarkan perkembangan semasa dan kerja kuat dalam kalangan pemimpin parti.Katanya, kemenangan di Dungun juga boleh dicapai sekiranya ada perpaduan dalam kalangan pemimpin kawasan itu tanpa adanya ‘cah keting’ sesama pemimpin UMNO.“Berdasarkan sokongan ramai hari ini, ianya meyakinkan saya bahawa BN boleh menang di Dungun ini. “InsyaAllah kita boleh menang besar tetapi perlu kerja kuat dan bersatu padu,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Jom Bantu Rakyat peringkat negeri dan Majlis pecah Tanah Tapak Perumahan Idaman Rakyat SPNB Kampung Santong, Paka Dungun, petang tadi.Turut hadir, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Seri Idris Jusoh, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato’ Jailani Johari. Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, barisan ecxo kerajaan negeri, Ketua UMNO Bahagian Dungun, Dato’ Din Adam dan Ketua Eksekutif Kumpulan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Datuk Ahmad Azizi Ali.Justeru, beliau menasihatkan supaya kepimpinan utama UMNO Dungun menjaga perpaduan jika mahu menakluki Parlimen Dungun dan empat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sura, Bukit Besi, Paka dan Rantau Abang.“Jangan ‘peteh’, ‘cah keting’. Pastikan Anggota Jawatankuasa turun sampai ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan PDM turun kepada Ketua Cawangan, Ketua Cawangan pula turun kepada Ketua kampung. “Semua perlu dalam satu pasukan sebab kita kena tubuh kerajaan yang kuat kerana kita mempunyai visi dan misi yang besar untuk negara,” kata Mohd Najib.
16 Apr 17
324
Empty Image
Kerajaan Tidak Hirau Asakan Pembangkang
Najib menekan plak sebagai gimik merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut (Gerbang Pelancongan Antarabangsa) di Pekan Baru, Kuala Besut. foto Harish Fadzillah KasimKerajaan Barisan Nasional (BN) tidak peduli dengan asakan dan hentaman pembangkang dan pemimpin lama, sebaliknya sentiasa bekerja keras supaya Malaysia diiktiraf serta dihormati dunia.Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak berkata, kerajaan pimpinan BN bekerja keras memastikan Malaysia terus maju serta dihormati dengan kejayaannya diukurmenerusi pencapaian yang bukan berdasarkan kain rentang di tepi jalan, tetapi berpegang kepada pengurusan Indeks Penunjuk Prestasi (KPI) dan pengurusan maqasid syariah. "Sebab itulah kita bekerja bersungguh-sungguh untuk dunia luar hormati kita.“Saya tidak mahu mengambil peduli dengan  pembangkang, pemimpin lama yang dulu yang mengata kita, saya hanya mengambil orang luar, pemimpin besar luar, supaya mereka hormati kita," katanya. Beliau berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut (Gerbang Pelancongan Antarabangsa) di Pekan Baru, Kuala Besut,  hari ini.Muara Sungai Besut adalah laluan pelayaran bagi bot nelayan dan bot membawa pelancong ke pulau utama iaitu Perhentian dan Redang. Masalah pemendapan mengakibatkan muara sungai berkenaan menjadi cetek dan menjejaskan laluan pelayaran serta air banjir ke laut.Projek pemuliharaan muara sungai bernilai RM250 juta yang dijangka siap 2019 antara lain membabitkan pembinaan pemecah ombak, pengerukan muara sungai, pembinaan kolam kelodakan, pembinaan lapis lindung (revetment), penambakan pantai dan pembinaan pemecah ombak. Turut hadir Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan  Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Parlimen Besut.Hadir sama, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek; Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut dan ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman. 
16 Apr 17
58
Empty Image
PM Lawat Keluarga Miskin Di Dungun
Pasangan suami isteri Hamdan Ismail, 45, dan Kuliati Mudrikan, 39, dari Kampung Limbong, Paka bertuah apabila menerima kunjungan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kira-kira 2.50 petang tadi.Dalam kunjungan itu, Perdana Menteri turut meninjau perkembangan pembinaan rumah baharu berharga RM40,000 untuk keluarga itu dibawah projek perumahan rakyat.Pada program sentuhan rakyat bersama pemimpin tu, Hamdan yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya bekerja sebagai buruh kontrak melahirkan rasa bersyukur kerana mereka akan mendiami rumah yang lebih selesa memandangkan rumah lama terlalu usang dengan pelbagai kerosakan."Kami berasa amat bersyukur dengan keprihatinan kerajaan. Akhirnya, selepas 10 tahun tinggal di rumah yang agak uzur kini kami dapat memberikan sedikit keselesaan khususnya untuk anak-anak," ujarnya yang mempunyai tiga anak berusia antara 16 tahun hingga tujuh tahun.Sementara itu, bagi Rohana Sulong, 57, yang kematian suami akibat strok empat tahun lalu, kedatangan pemimpin nombor satu negara itu ke kediamannya merupakan suatu saat yang tidak akan dilupakan.Rohana yang menghidap kencing manis tinggal bersama tiga anaknya yang masing-masing telah berkeluarga dalam sebuah rumah di kampung itu."Makcik berasa sangat gembira dapat peluang berjumpa dengan Perdana Menteri ."Alhamdulillah, sumbangan perabot ini amat besar ertinya buat kami semua," ujarnya.Dua keluarga itu antara yang sempat dilawati Mohd Najib dalam rangka lawatannya ke daerah Dungun, hari ini.
16 Apr 17
84
Empty Image
Mandat Rakyat Perlu Untuk Pastikan Projek Pembangunan Dapat Dilaksanakan
Kerajaan Barisan Nasional (BN) memerlukan mandat daripada rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang bagi memastikan projek pembangunan dan kemajuan untuk rakyat dapat terus dilaksanakan.Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata, kerajaan mempunyai kemampuan untuk melaksanakan agenda pembangunan negara namun memerlukan sokongan berterusnya daripada rakyat untuk merealisasikannya.Katanya, Kerajaan BN mempunyai visi besar dan perancangan rapi bagi negara serta rakyat untuk dilaksanakan dalam tempoh beberapa tahun akan datang."Kami (kerajaan BN) perlu mandat daripada rakyat, tidak lama lagi (pilihan raya umum), sama ada tahun ini atau tahun depan. “Kalau ikut suasana di Kuala Nerus ini, nak buat cepat, namun kami kena lihat kepercayaan rakyat. Kalau pilih BN, banyak lagi transformasi yang akan dilakukan," katanya ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah Program Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Nanas, Tepoh Kuala Nerus, petang tadi.Turut hadir Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar, Menteri Pendidikan Tinggi Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato’ Jailani Johari. Katanya, rakyat diharap terus memberi sokongan kepada kerajaan dengan mengembalikan kemenangan Parlimen Kuala Nerus khususnya kepada BN supaya mendapat pembangunan berterusan dapat dilaksanakan di negeri ini.“Kita tak boleh dengar kepada pembangkang akhirnya kita akan mengalami kekecewaan kerana mereka bertujuan menghasut rakyat supaya rakyat benci kepada kerajaan.“Kita tak boleh hidup dalam kebencian dan tidak boleh menilai atas perasaan emosi tetapi kita mesti menilai siapa yang boleh membawa perubahan kepada kehidupan kita sebagai rakyat,” ujarnya.Pada majlis itu, lebih 20,000 penduduk sekitar kawasan parlimen itu hadir memeriahkan majlis pecah tanah projek PPR Bukit Nanas melibatkan 500 unit rumah.
15 Apr 17
26