lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Kerajaan Negeri Bekalkan Drone Untuk Semua Pejabat Daerah
A.Rahman (tengah) bersama penerima di Majlis Penyerahan Drone dan Alat GPS di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. PutraKerajaan negeri melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) membekalkan 10 unit drone untuk kegunaan semua pejabat daerah di negeri ini.Pegawai Kewangan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya berkata,  alat penerbangan kawalan jauh yang turut dibekalkan kepada UPEN itu bagi memudahkan kerja-kerja pemantauan dan siasatan dengan gambaran lebih tepat serta jelas terhadap projek di bawah peruntukan kerajaan negeri dan persekutuan yang dilaksanakan di seluruh negeri ini.“Penggunaan drone secara tidak langsung dapat membantu kerajaan negeri dan pegawai-pegawai yang terlibat untuk mengesan pelaksanaan sesuatu projek dengan lebih cepat dan tepat selain dalam masa sama membantu kerajaan dalam membuat keputusan untuk mengatasi sesuatu masalah,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Drone dan Alat GPS di Wisma Darul Iman, hari ini.Pada majlis itu, sebanyak 25 unit sistem penentu kedudukan global (GPS) turut diserahkan kepada agensi berkaitan iaitu Pejabat Daerah (8), Pihak Berkuasa Tempatan (7), Jabatan Kerja Raya Daerah (7) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebanyak tiga unit.A.Rahman berkata, pembekalan GPS untuk agensi terlibat bertujuan membantu JPS memudahkan kerja pengukuran jalan menerusi Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (Marris) di mana ketepatan ukuran dapat diperolehi dengan menentukan koordinat awal dan akhir jalan-jalan tersebut.“Alat GPS ini akan membantu kita untuk menjalankan koordinasi itu dan akan membolehkan kerajaan negeri dapat mendaftar lebih banyak jalan di Terengganu.“Secara automatiknya, apabila banyak jalan didaftarkan, maka peruntukan yang lebih juga akan diperoleh dari Kerajaan Persekutuan,” ujarnya.Katanya, pengunaan alat GPS dijangka dapat merekodkan penambahan baru pendaftaran jalan lebih kurang 3,000 hingga 4,000 kilometer (km) berbanding sasaran awal sebanyak 12,000 km untuk tahun ini.Menurut A. Rahman, dengan pembekalan drone yang berharga RM8,000 seunit dan GPS (RM2,500) seunit itu diharapkan akan meningkatkan prestasi kerja di setiap jabatan terlibat supaya perjalanan setiap projek dapat dipantau dengan lebih teliti dan berkesan bagi memastikannya berjalan sebagaimana jadual.“Penggunaan peralatan ini juga akan dikaji dari semasa ke semasa dan keputusan untuk tambah atau sebaliknya pada masa akan datang bergantung kepada hasil dari segi praktikal yang memuaskan,” ujarnya.
06 May 17
289
Empty Image
Lebih 12,000 Ahli UMNO Sertai Larian Bendera
Kira-kira 12,000 peserta yang terdiri daripada ahli UMNO di lima bahagian di negeri ini  menyertai larian bendera sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-71 peringkat negeri bermula di Besut dan berakhir di Kemaman petang esok.Larian yang membabitkan ahli Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO itu dimulakan dengan menerima bendera daripada UMNO Kelantan di  sempadan Kampung Pachakan , Kuala Besut pada 4 Mei lalu.Bendera diserahkan oleh UMNO Kelantan yang diwakili Setiausahanya, Datuk Hanafi Mamat kepada  Setiausaha Umno Perhubungan Negeri Terengganu, Dato' Muhammad Pehemi Yusof.Sejurus menerima bendera UMNO, Pehimi dan barisan UMNO bahagian Besut  meneruskan  konvoi bermotosikal dan juga 4×4 yang dihiasi bendera parti menuju ke Dataran Ketara untuk diserahkan kepada UMNO bahagian Setiu yang diwakili Ketua Pemudanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Iskandar Jaafar.Pada 5 Mei (Jumaat) Naib Ketua UMNO bahagian Setiu, Bazlan Abdul Rahman menyerahkan bendera kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri merangkap Ketua Pemuda UMNO Hulu Terengganu, Johari Abu Bakar di hadapan Pejabat UMNO bahagian Hulu Terengganu.Larian bendera diteruskan ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil dan disambut oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ghazali Taib.Peserta yang menaiki lebih 150 kenderaan pacuan empat roda ke DUN Manir kemudian disambut oleh Pengerusi Penyelaras DUN Manir, Yusof Awang Hitam.Acara larian bendera diteruskan ke Kuala Nerus dan konvoi disambut oleh Timbalan Ketua UMNO bahagian Kuala Nerus, Dato’  Basir Ismail di Dataran Austin, Kuala Nerus.Acara konvoi bendera ditukar kepada larian apabila Basir yang juga Pegawai Pembangunan Kuala Nerus yang mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengetuai larian sejauh kira-kira 25 kilometer untuk menyerahkan bendera kepada Ketua UMNO bahagian Kuala Terengganu, Dato’  Mohd Sabri Alwi petang semalam.Larian bendera diketuai Basir dan disertai lebih 2,000 peserta disambut oleh Mohd Sabri yang juga Pegawai Pembangunan DUN Ladang.Larian diteruskan pada pagi ini untuk menyerahkan bendera kepada UMNO Bahagian Marangk kemudian di Dungun sebelum berakhir di Kemaman, petang esok.
05 May 17
370
Empty Image
Jambatan Pulau Sekati Bakal Dibuka Menjelang Ramadan Ini
Ahmad Razif menyampaikan sijil keahlian kepada seorang pemimpin Pertubuhan Kebajikan Amal Maaruf Pribumi, di majlis ramah mesra bersama keanggotaan KAMP itu, di Wisma Darul Iman, malam tadi.Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Jambatan Pulau Sekati, Manir bakal dibuka sebelum Ramadan ini, bagi menyelesaikan segera masalah kesesakan jalan raya pada musim perayaan dan cuti persekolahan.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, infrastruktur sepanjang tiga kilometer merentasi Sungai Terengganu membabitkan laluan Losong ke Pulau Sekati dan Teluk Pasu sudah siap sepenuhnya dan akan beroperasi dalam tempoh terdekat ini."Insya-Allah sebelum bulan puasa akan dibuka kepada orang ramai."Jambatan yang akan dibuka dahulu di Pulau Sekati, manakala jambatan Banggol Tuan Muda, Teluk Pasu akan dibuka sebelum Hari Raya. Ini jaminan yang kontraktor berikan kepada kerajaan negeri,"katanya.Beliau berkata demikian kepada media sejurus menghadiri Majlis Ramah Mesra Ahli Pertubuhan dan Penyerahan Sijil Keahlian Pertubuhan Kebajikan Amal Maaruf Pribumi (KAMP), di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Dato' Mohd Sabri Alwi.Ahmad Razif berkata, jambatan itu sudah diuji dan semua dalam keadaan baik serta mematuhi spesifikasi.Tambahnya, pihaknya akan menentukan tarikh sebenar pembukaan jambatan itu secara rasmi dan jika tidak sempat dalam waktu terdekat, mungkin dibuka pada Ramadan pula.
04 May 17
200
Empty Image
Peruntuk RM10.9 Juta Hasil Tukun Tiruan
Kementerian Pertanian dan Asas Tani (MOA) melalui Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) memperuntukkan RM10.9 juta bagi pembangunan tukun tiruan di negeri ini sejak 2006.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata pembangunan tukun tiruan di 27 tapak melibatkan 1,147 unit tukun itu ditempatkan di Ma Daerah, Rantau Abang, Jambu Bongkok, Kuala Marang, Pulau Bidong, Pulau Kapas, Kuala Terengganu, Teluk Ketapang, Setiu, Besut dan Pantai  Merchang.Katanya, Lokasi tukun yang dilabuhkan itu pastinya menunjukan impak positif kepada biodiversiti marin.“Ini terbukti apabila pelbagai spesis ikan semakin bertambah daripada 15 kepada 109 spesis sejak pelbagai tukun tiruan dilabuhkan DOF. “Pada masa sama memberi manfaat kepada 6,500 nelayan di Terengganu kerana berjaya mengurangkan aktiviti pencerobohan nelayan pukat tunda di kawasan tangkapan,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas melepaskan tukun "Rig to Reef" di Pulau Kapas, Marang, hari ini.Turut hadir Presiden PAS, Dato’  Seri Abdul Hadi Awang; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof dan Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Zawawi Ali.Shabery turut memberitahu, berdasarkan kajian DOF telah membuktikan bahawa pembangunan tukun tiruan itu dapat meningkatkan  jumlah pendaratan ikan yang dianggarkan 50,000 hingga 80,000  tan metrik setahun .“Jumlah itu membabitkan enam jeti pendaratan utama iaitu  Kuala Besut, Chendering, Marang, Kuala Kemaman, Kuala Dungun dan Pulau Kambing,”katanya.   
04 May 17
264
Empty Image
Pemimpin UMNO dan PAS Duduk Sepentas Di Marang
Shabery bersama Abdul Hadi ketika sarapan pada   majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Jabatan Perikanan dan Petronas di Dataran Marang, Marang,  hari ini. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail“Pemimpin UMNO dan PAS boleh duduk di pentas yang sama  untuk menyelesaikan masalah rakyat dan tidak akan menjadikan perbezaan fahaman politik sebagai alasan.“Apa yang diperkatakan itu boleh dilihat hari ini dan juga sebelum ini,  pimpinan kerajaan berdiri di atas satu platform dengan pimpinan PAS demi menyelesaikan masalah nelayan khususnya di daerah ini,”kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek,Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Tukun Tiruan "Rig To Reef" dan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Jabatan Perikanan dan Petronas di Dataran Marang, Marang,  hari ini.Shabery berkata, pimpinan atasan parti politik sudah menunjukkan contoh bahawa kepentingan rakyat di peringkat akar umbi mengatasi perbezaan politik."Kita boleh lihat beberapa kali Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak boleh berada di atas pentas sama bersama Presiden PAS, Dato’  Seri Abdul Hadi Awang atas isu Rohingya."Tetapi yang sukar ialah untuk merapatkan hati-hati di kalangan kita rakyat di peringkat bawah tetapi ini menjadi (kenyataan) pada hari ini," katanyaTurut hadir Abdul Hadi; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan, Perladangan da Komoditi Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Negeri, A Latiff Awang merangkap Ketua UMNO bahagian Marang dan Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Zawawi Ali.Ahmad Shabery dan Abdul Hadi kemudian menaiki bot bersama rombongan ke perairan Pulau Kapas menyaksikan kerja-kerja menurunkan tukun tiruan dan bubu.Sementara itu, Ahmad Shabery berkata, kerjasama antara Jabatan Perikanan Negeri dengan PETRONAS merangkumi usaha melabuhkan tukun tiruan daripada pelantar minyak terpakai di perairan perikanan Malaysia, yang mana konsep itu dikenali sebagai "Rig to Reef"."Kerjasama dengan PETRONAS adalah permulaan yang baik bagi usaha meningkatkan pendapatan nelayan," katanya.
03 May 17
268
Empty Image
Maksak Terengganu Sasar Kumpul Lebih Banyak Stok Darah
Wan Nawawi beramah mesra dengan seorang penderma darah pada program derma darah anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (Maksak) Terengganu bersama Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Terengganu di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. PutraMajlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (Maksak) Terengganu bersama Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Terengganu, mengadakan program derma darah di Wisma Darul Iman, hari ini.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail berkata, melalui program itu (Maksak) Terengganu menyasarkan untuk mengumpul lebih banyak unit beg darah sebagai menyahut kempen menambah stok darah Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).“Jumlah pain darah yang terkumpul pada tahun ini dijangka bertambah berdasarkan peningkatan peserta iaitu seramai 400 orang terdiri daripada pelbagai jabatan dan juga orang awam.“Berbanding tahun lalu, 300 orang telah menderma darah dan merekodkan sebanyak 237 unit beg darah yang terkumpul,” ujarnya ketika berucap merasmikan program tersebut di Dewan Teater, Wisma Darul Iman, hari ini.Wan Nawawi yang juga merangkap Yang Dipertua (Maksak)Terengganu berkata, amalan menderma darah merupakan salah satu ibadah dan khidmat terbesar yang boleh dilakukan oleh penjawat awam khususnya untuk kepentingan masyarakat yang memerlukan bekalan darah.“Terima kasih kepada mereka kerana sudi mendermakan darah kerana setiap pain darah yang didermakan mungkin dapat menyelamatkan nyawa orang lain termasuk keluarga terdekat. “Justeru, kempen-kempen kesedaran harus dipergiatkan lagi untuk memastikan bilangan penderma khususnya yang secara sukarela untuk menderma darah secara berkala terus bertambah,” ujarnya.Katanya, program tahunan dengan kerjasama Puspanita dan Unit Tabung Darah HSNZ adalah satu aktiviti kebajikan yang dijadikan acara tahunan Maksak Terengganu.
03 May 17
82
Empty Image
Jabatan Kesihatan Rekod 7,439 Pesakit Kanser
Zubir melawat gerai pameran  pada Majlis Sambutan Hari Kanser Sedunia Peringkat Terengganu, di Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, hari ini. Foto Harish Fadzillah KasimJabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) merekodkan seramai 7,439 penduduk Terengganu dikesan menghidap pelbagai jenis kanser dalam tempoh lebih 10 tahun, berakhir Mac tahun ini.Daripada jumlah itu, kanser payu dara mencatatkan bilangan paling tinggi iaitu 1,375 pesakit, diikuti kolorektal (1,039 pesakit), lung (985 pesakit) dan leukimia mencatatkan bilangan 571 pesakit.Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohammad Omar, berkata antara faktor yang  dikesan penyebab kanser, termasuk tabiat merokok, amalan pemakanan kurang sihat, lebihan berat badan dan pengambilan alkohol.Katanya, jangkitan beberapa jenis virus turut boleh menyebabkan kanser seperti kanser serviks yang disebabkan human papilloma virus dan kanser hati oleh jangkitan hepatitis B.“Kesedaran dan pengetahuan yang mencukupi mengenai kanser merupakan kunci utama dalam memerangi kanser .“Majoriti masyarakat kita hanya menyedari mereka menghidap kanser ketika tahap akhir iaitu tahap tiga dan empat,”katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Kanser Sedunia Peringkat Terengganu, di Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, hari ini.Majlis itu dirasmikan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong.Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria dan  Naib Canselor UMT, Dr Dato’ Dr Nor Aeini Mokhtar.Katanya, saringan awal dan imunisasi adalah antara pencegahan kanser yang berkesan dan kos lebih efektif.“Terdapat beberapa ujian saringan kanser yang diperoleh secara percuma di klinik kesihatan dan hospital kerajaan.“KKM turut menyediakan perkhidmaran saringan pap smear untuk mengesan kanser serviks kepada wanita yang berumur 20 hingga 65 tahun, manakala mamogram untuk mengesan kanser payudara bagi wanita berisiko tinggi,”katanya.
03 May 17
91
Empty Image
Pemimpin Pas Sokong Program Kerajaan Buktikan Politik Matang - A Latiff
Kerjasama antara UMNO dan Pas dalam program yang boleh memberi manfaat dan kepentingan kepada rakyat menggambarkan dimensi baru dalam politik tanah air, kata Ketua UMNO Bahagian Marang, A. Latiff Awang.Selepas bekerjasama untuk membela rakyat Rohingya pada 4 Disember lalu, kerjasama antara dua parti itu diteruskan lagi di Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) di Serdang, Selangor.Terbaru, Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dijangka akan hadir untuk bersama-sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek sempena Majlis Pelancaran Tukun Rig To Reef (R2R) dan Menandatangani MoU Antara Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan Petronas di Marang, esok.A.Latiff berkata, secara peribadi beliau sangat mengalu-alukan dan berterima kasih kepada Ahli Parlimen Marang itu kerana kesediaannya untuk turut serta dalam program tersebut. “Ianya satu perkembangan yang bagus dan memberi impak yang besar kepada penduduk Marang khususnya apabila pemimpin tertinggi pembangkang sendiri bersedia untuk bersama-sama kerajaan membantu rakyat.“Ini menggambarkan satu politik matang yang ditunjukan presiden PAS yang boleh menjadi contoh kepada ahlinya dimana presiden parti sendiri boleh bekerjasama dengan kerajaan untuk kepentingan rakyat,” ujarnya. Beliau berkata demikian bagi mengulas kesediaan Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang untuk turut serta dalam Majlis Pelancaran Tukun Rig To Reef (R2R) dan Menandatangani MoU Antara DOF dan Petronas pada sidang media program terbabit di Wisma Darul Iman, hari ini.A.Latiff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan berkata, kesediaan Abdul Hadi hadir pada program itu menggambarkan pengiktirafan tinggi kepada kerajaan.“Selaras dengan pendekatan UMNO yang sedia menerima sesiapa sahaja yang sanggup bekerjasama kerajaan termasuk memberi sokongan moral dalam program-program yang boleh memberi manfaat kepada rakyat, ianya menggambarkan dimesi baru dalam politik hari ini, apabila pembangkang boleh duduk semeja dan berbincangkan hal-hal untuk kepentingan rakyat,” ujarnya.Dalam pada itu katanya, beliau mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Shabery kerana memilih lokasi persisiran pantai dan laut Marang untuk melabuhkan tukun R2R.“Apabila tukun-tukun ini dilabuhkan, ianya menjadikan kawasan itu habitat laut khususnya untuk spesis kerang, ikan, udang dan sebagainya.“Di situ juga akan berlaku pembiakan dan akhirnya sumber hasil laut akan bertambah di pesisir laut Marang dan memberi pulangan cukup baik kepada kira-kira 2,000 nelayan daerah ini,” ujarnya.
03 May 17
95
Empty Image
Lawatan SUK Setiap Daerah Beri Input Mantapkan Pentadbiran
Wan Nawawi bersalaman dengan pegawai kerajaan negeri yang ditemui sempena program lawatan kerja sehari ke Dungun, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KasimProgram lawatan kerja Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) ke setiap daerah bukan sahaja banyak memberi idea dan manfaat untuk memantapkan pentadbiran negeri, malah membuka ruang interaksi yang lebih erat antara pentadbiran peringkat negeri dan juga daerah.SUK, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail berkata, lawatan yang memasuki siri terakhir di Dungun memberinya gambaran lebih jelas proses dan perjalanan pentadbiran peringkat daerah menerusi taklimat selain dapat bertukar pandangan dan beramah mesra dengan ketua-ketua jabatan.Beliau berkata, taklimat yang diadakan di setiap daerah bermula di Kemaman dan seterusnya ke daerah-daerah lain itu dipantau oleh jawatankuasa pembangunan negeri yang dipengerusikan beliau sendiri.“Apabila turun ke daerah-daerah ini, kita dapat berinterkasi dengan lebih dekat dengan golongan sasar dan masa yang sama, sebarang maklumat boleh disampaikan secara terus,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi taklimat ringkas berkaitan pembangunan daerah Dungun oleh Pegawai Daerah Dungun, Ibrahim Mohamad di Pejabat Daerah Dungun, semalam.Turut serta dalam lawatan itu, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Rosman Roslan dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin.Pada lawatan itu juga, Wan Nawawi sempat beramah-mesra dengan kakitangan jabatan itu, sekali gus menjadi platform untuk beliau merapatkan hubungan dan mendengar permasalahan serta pandangan daripada pegawai dan juga kakitangan kerajaan negeri.
02 May 17
46
Empty Image
Kerajaan Negeri Teruskan Rawatan Percuma Untuk Pesara
Kerajaan negeri tetap meneruskan pembiayaan kos rawatan di hospital kerajaan secara percuma kepada pesara kerajaan yang tidak berkemampuan, dengan syarat memohon menerusi Tabung Darul Iman (TDI).Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof berkata, pesara yang menghadapi masalah dengan bekas majikan dan tidak berkemampuan membiayai caj rawatan hospital boleh mengambil peluang dengan apa yang disediakan menerusi tabung berkenaan.Katanya, beliau mendapat tahu ada sebahagian pesara tidak mendapat kemudahan jangka panjang selepas bersara kerana ada sesetengah majikan tidak menanggung kos rawatan selepas pekerjanya bersara.Oleh itu, kerajaan negeri mempunyai tabung khas yang boleh membantu pesara terbabit jika menghadapi masalah untuk membayar kos berkenaan."Kerajaan amat menghargai jasa dan pengorbanan pesara dan tetap membari bantuan sama seperti golongan lain yang memerlukan bantuan," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Kali Keempat Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Cawangan Besut, di Dewan Masjid Hadhari Jertih, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua PPKM Negeri, Terengganu, Dato' Syed Abu Bakar Abdullah dan 227 ahli PPKM. Muhammad Pehimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih berkata, kerajaan juga menyediakan bantuan RM3,000 kepada keluarga pesara yang meninggal dunia dan boleh dituntut melalui Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan AWam (JPA).Beliau berkata, ramai pesara dan ahli keluarga tidak mengetahui kemudahan yang disediakan kerajaan sedangkan mereka juga berhak mendapat pelbagai bantuan kerajaan.
02 May 17
44