lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Penjawat Awam Disaran Solat Dhuha
Kerajaan negeri meminta ketua jabatan kerajaan membenarkan kakitangannya menunaikan Solat Dhuha, khususnya pada bulan Ramadan nanti.Menteri Besar, Dato’  Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kakitangan Wisma Darul Iman sudah lama melaksanakannya dan tempoh yang dibenarkan adalah bermula dari jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi.Menurutnya, dalam tempoh yang dibenarkan itu, kakitangan kerajaan dibenarkan untuk solat Dhuha dan mengaji di surau yang disediakan.“Kebiasaannya  Solat Dhuha  mengambil  masa 10 minit sahaja, jadi ia tiada masalah kerana bukannya ambil masa yang lama“Perkara sunat ini sudah lama diamalkan penjawat awam di Wisma Darul Iman dan saya menyarankan agar jabatan-jabatan lain melakukan perkara sama,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu dan Apresiasi Kecemerlangan SPM, STPM, STAM dan Guru-Guru Akram Tahun 2016 di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari iniHadir sama, Pengarah Yayasan Terengganu, Ishamudin Hashim dan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.Menurutnya, oleh itu, penjawat awam sewajarnya mengambil peluang ini untuk bersama-sama mendapat keberkatan dan syafaat dhuha.   “Jangan ada yang ambil kesempatan kerana masa yang diberikan adalah terhad iaitu 10 minit sahaja. Selain itu, jika ada jabatan yang ingin melaksanakannya, mereka mestilah menyediakan tempat yang bersesuaian.“Jangan nanti ada yang ambil kesempatan dan kata kena pergi masjid, makan masa sehingga sejam. Ini tak boleh, apa yang saya maksudkannya adalah memberi galakan tetapi ia bukannya kemestian,” katanya.
14 May 17
83
Empty Image
Hampir Pasti Pertembungan Tiga Penjuru Pada PRU14 - Zahid
Pemangku Timbalan Presiden UMNO, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini membayangkan pertandingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)  hampir pasti.Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, senario terbaharu politik kini berubah apabila Majlis Syura Ulama Pas menerima usul dibawa dalam muktamar parti itu baru-baru ini memutuskan tahaluf siyasi Pas dengan PKR terbatal sekali gus Pas berdiri sendiri sebagai parti tunggal."Ekosistem dan senario politik telah berubah.. dulu seolah-olah kita berada dalam dua sistem kepartian. BN lawan pembangkang. Kini ekosistem politik berubah.. BN lawan Pakatan Harapan dan ditengah- tengahnya kawan kita daripada Pas."Hampir pasti di semua kerusi kita akan melawan tiga penjuru..kerana keputusan Majlis Syura, Pas berpecah daripada PKR.. berpecah daripada DAP sudah begitu lama. Pas akan berdiri sendiri dan berdiri dengan tegak sebagai parti tunggal serta menawarkan diri pada PRU14. Ertinya ada BN dari pelbagai parti, ada Pas akan menjadi parti tunggal, ada Pakatan Harapan daripada pelbagai parti..Hakikat dulu mungkin kita hadapi dua penjuru. Tetapi senario kini kita hadapi tiga penjuru,"  katanya di Majlis Himpunan Mesra Rakyat dan Pelancaran Jalinan Rakyat PLUS (JR Plus) di Padang Bola Kampung Gelugor, DUN Alor Limbat, Marang.Turut hadir, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latif Awang.Hadir sama,  pemimpin setempat serta kira-kira 15,000 hadirin dari pelbagai lapisan masyarakat.Zahid juga mengingatkan semua jentera dan penyokong BN supaya tidak terlalu selesa dan terleka dengan pertandingan tiga penjuru ini dengan menganggapnya lebih mudah berbanding dua penjuru."Musuh-musuh politik pastinya akan berusaha untuk melihat BN tersungkur pada PRU nanti dengan pelbagai cara,"katanya lagi.Beliau juga berharap JR Plus yang melibatkan semua sayap parti akan memainkan peranan penting sebagai jentera utama pada PRU14 untuk memastikan kemenangan BN menerusi pertandingan tiga penjuru berkenaan.Tambahnya lagi,  semua pemimpin dan ahli akar umbi perlu menggandakan usaha dan bertawakal kepada Allah SAW supaya BN mampu menawan lebih banyak kerusi selain mengekalkan kemenangan DUN dan Parlimen pada PRU nanti.
13 May 17
99
Empty Image
UMNO Kekal Relevan Untuk Rakyat
Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak memberitahu UMNO kekal relevan sehingga ke hari ini berikutan sentiasa berpegang kepada asas perjuangan parti yang berpaksikan Islam dan Bumiputera untuk seluruh rakyat di negara ini. Katanya, sejak penubuhan parti yang sudah berusia 71 tahun itu, UMNO turut berpegang kuat kepada dasar perjuangan yang sesuai dengan zaman selain mempunyai visi dan tindakan untuk memajukan bangsa dan negara."Kita berjuang bukan untuk ahli UMNO sahaja, malah untuk semua rakyat tidak kira kaum, agama dan keturunan.“Kita perjuangkan pembangunan untuk siapa? untuk rakyat Malaysia, kita jaga keselamatan untuk siapa? untuk rakyat Malaysia, kita tegakkan perpaduan untuk siapa? untuk rakyat Malaysia,” katanya.Beliau yang juga Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 150,000 anggota UMNO pada acara perhimpunan raksasa bersempena sambutan Hari UMNO ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam ini.Perdana menteri juga menegaskan bahawa UMNO bukan parti perkauman dan bukan parti pelampau, malah ia sanggup bekerjasama dan berkongsi kuasa dengan rakan-rakan dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) yang mewakili seluruh rakyat di negara ini.
11 May 17
84
Empty Image
6,000 Ahli UMNO Terengganu Ke Bukit Jalil
Hampir 6,000 ahli UMNO  termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Terengganu hadir pada Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71 yang  berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, bermula hari ini.Jumlah itu antara 150,000 pengunjung  yang melibatkan ahli-ahli UMNO dan pengunjung biasa dari seluruh negara  hadir pada  sambutan besar-besaran sempena  ulang tahun parti itu yang berlangsung  selama dua hari, berakhir esok.Setiap Parlimen menghantar sekurang-kurangnya 500 peserta, terdiri daripada Wanita, Pengerakan Pemuda dan Puteri UMNO dan kedatangan mereka menggunakan 144 buah bas.Setiausaha UMNO Perhubungan Negeri Terengganu, Dato' Muhammad Pehimi Yusof, berkata memandangkan  pada malam ini adalah malam Nifsu Syaaban, penganjur memulakan sambutan  dengan ceramah agama, bacaan yassin dan sembahyang jemaah sebelum memulakan program secara rasmi pada waktu selepas isyak.Katanya, acara lain termasuk Larian Bendera UMNO bermula seawal Mei dengan dimulai dari Perlis menuju ke Kelantan kemudiannya  Terengganu, Pahang,  Selangor dan  berakhir di tapak sambutan iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil.“Sambutan itu  bertujuan mempamer dan menghargai jasa-jasa UMNO kepada negara sejak parti  itu ditubuhkan selain untuk menggambarkan keyakinan ramai terhadap pucuk kepimpinan Presiden UMNO,  Dato’  Seri Mohd  Najib Tun Abdul Razak.,”katanya.
11 May 17
158
Empty Image
Maidam Anjur Buka Puasa, Sahur Sepanjang Ramadan
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan menganjurkan majlis berbuka puasa dan bersahur di semua hospital seluruh negeri sepanjang Ramadan ini.Yang Dipertua Maidam, Dato’ Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, Maidam hanya bertanggungjawab sebagai penyelaras program pengagihan makanan dan minuman yang akan mengutamakan penjaga pesakit itu dan segala perbelanjaan untuk menyediakan juadah adalah menerusi sumbangan orang ramai.“Dalam usaha membudayakan orang berpuasa memberi makan kepada orang yang berpuasa sebagaimana saranan Rasulullah SAW, Maidam tidak akan menggunakan duit zakat untuk tujuan ini, sebaliknya bergantung kepada sumbangan orang ramai sepenuhnya.“Lebih kurang seminggu sebelum puasa, tabung-tabung untuk membolehkan orang ramai menghulurkan sumbangan akan diletakkan di merata tempat termasuk masjid dan juga hospital,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Zakat perniagaan oleh Telekom Malaysia (TM) Terengganu kepada Maidam di Pejabat Maidam, hari ini.Turut hadir, Pengurus Besar Negeri TM Terengganu, Hamidun Ismail.Menurut Shaikh Harun, selain memberi galakan kepada masyarakat untuk menghulurkan sumbangan, program ini secara tidak langsung membuka ruang kepada jabatan kerajaan mahu pun swasta yang ingin menjalankan tanggungjawab sosial khususnya pada bulan yang mulia ini.“Diharapkan seluruh masyarakat dan semua jabatan di negeri ini mengambil peluang untuk meringankan beban mereka yang memerlukan sekali gus mengimarahkan lagi sambutan Ramadan,” ujarnya.
10 May 17
24
Empty Image
TM Terengganu Serah Zakat Perniagaan RM225,141
Hamidun menyerahkan replikat cek zakat perniagaan TM Terengganu berjumlah RM225,141 kepada Shaikh Harun yang mewakili Maidam di Pejabat Maidam, hari ini. Foto oleh: Tg Mohd Syamim Tg IsmailTelekom Malaysia (TM) Terengganu menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM225,141 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam). Penyerahan replika cek zakat tersebut disempurnakan oleh Pengurus Besar Negeri TM Terengganu Hamidun Ismail kepada Yang Dipertua Maidam, Dato’ Shaikh Harun Shaikh Ismail.Hamidun memberitahu, zakat perniagaan yang diserahkan TM Terengganu itu selepas mengambil kira keuntungan daripada hasil perniagaan sepanjang 2016.“Alhamdulillah, jumlah sumbangan zakat perniagaan TM Terengganu setiap tahun sepanjang tempoh lima tahun terakhir ini semakin meningkat. “Saya percaya ini berkat pelanggan TM sendiri, Insya-Allah kita akan manfaatkan segala perbelanjaan yang dibuat oleh mereka, untuk kita keluarkan lebih banyak lagi zakat pada masa akan datang,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan TM Terengganu kepada Maidam di Pejabat Maidam, hari ini.Jumlah zakat perniagaan yang diserahkan oleh TM Terengganu kepada Maidam sebanyak RM128 ribu pada 2014 dan meningkat kepada RM179 ribu pada 2015.
10 May 17
657
Empty Image
90 Peluncur Udara Terbang Di Kota Putera, Besut
Seramai 90 peluncur udara termasuk kira-kira 60 peserta luar negara menyertai Kejohanan Luncur Udara Antarabangsa Terengganu (TIPCO) 2017 di Tapak Luncur Udara Kota Putera, Besut selama lima hari bermula Selasa ini (12 Mei).Kejohanan julung kali diadakan di Terengganu sempena Visit Beautiful terengganu 2017  itu adalah satu usaha kerajaan negeri mempromosikan aktiviti luncur udara sebagai satu daya tarikan pelancongan atau yang berpotensi besar diketengahkan kerana keunikannya.Pengurus Acara, Anuar Ngah berkata, seramai kira-kira 60 peluncur udara luar negara termasuk dari Thailand, Australia, Iran, Norway, Nepal, Jerman, Perancis, Singapura, Jepun dan Arab Saudi turut mencabar diri menyertai acara lasak itu."Sebanyak 24 buah negara menyertai kejohanan ini yang membabitkan seramai 90 peluncur termasuklah dari Malaysia, " katanya.Kejohanan dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu, Kelab Paramotor Terengganu dan Biro Paragliding MSAF itu.Katanya, antara yang menyertai kejohanan kali ini ialah pemenang anugerah National Geographic 2012, Sano Babu Sunuwar dari Nepal yang pernah meluncur tiga puncak dunia iaitu Gunung Everest, Kilomanjaro dan Elbrus."Selain itu, terdapat juga pertunjukan akrobatik luncur udara dari Sepanyol dan Denmark,"katanya.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dijangka akan hadir pada majlis penyampaian hadiah pada 14 Mei ini.Dalam pada itu, Anuar berharap orang ramai beramai-ramai hadirmenyaksikan kejohanan luncur udara antarabangsa terbesar di Malaysia yang pertama kali mengiktiraf Terengganu selaku tuan rumah itu.
09 May 17
93
Empty Image
Pusat Sembelihan Pertama Di Terengganu Miliki Sijil Halal
 Kompleks Abatoir Kuala Terengganu (KAKT) di Gong Badak, Kuala Nerus  yang mampu menyembelih 40 ekor lembu atau kerbau sehari mendapat pengiktirafan sijil halal pertama di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof , berkata pusat sembelih yang dikendalikan  Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri (JPV) Terengganu itu antara lapan pusat sembelihan di negara ini berstatus halal.Katanya, dengan kewujudan pusat sembilahan halal yang diiktiraf pada pada 1 Februari lalu itu berupaya menyakinkan orang ramai tentang kebersihan dan bebas daripada sebarang penyakit.“Oleh itu, penduduk setempat dan perternak disaran mengambil peluang yang ditawarkan JPV yang hanya mengenakan kadar harga RM70 untuk setiap sembelihan, siap dengan kerja-kerja melapah dan dipotong kepada empat bahagian,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Sijil Pengiktirafan Halal di kompleks abatoir itu, hari ini.Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar (Kesihatan Vetarinar), Dato’ Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam dan Pengarah JPV Terengganu, Dr Mohd Termizi Ghazali.Katanya, pusat yang ditubuhkan 21 tahun lalu menempatkan pelbagai kelengkapan canggih, termasuk mesin mark IV bertujuan mengekang ternakan sebelum melalui proses penyembelihan.“Meat Inspector (pemeriksa daging) pula untuk memastikan daging yang dikeluarkan adalah bersih dan selamat dimakan.“Lengkap dengan  penandaan cop lagenda iaitu sebagai pengesahan pemeriksaan daging dan tanda kod premis,”katanya.Manakala pula tag penandaan karkas pula sebagai jaminan produk yang dikeluarkan  selamat, halal dan bersih  sebelum dijual di pasaran tempatan.
08 May 17
888
Empty Image
RM489 Juta Untuk 33,476 Usahawan Sepanjang 2016
Sejumlah RM489 juta pembiayaan perniagaan diperuntukkan kepada 33,476 usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) sepanjang tahun lalu, berbanding RM486 juta kepada 41,358 usahawan IKS pada 2015.Daripada jumlah pembiayaan sepanjang 2016, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menyediakan kira-kira RM273 juta kepada 29,188 IKS, Mara (RM48 juta) (432) , SME Bank (RM22 juta) (23), MIDF (RM31 juta) (11), Tekun Nasional (RM41 juta) (3,172), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) (RM33 juta) (67), Agro Bank (RM5.5 juta) (51), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (RM21.7 juta) (13), Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) (RM181,000) (25), Jabatan Pertanian (RM99,988) (51) dan Program Pembangunan Keusahawanan ECER (RM11,532) (443).Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohammad berkata, Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu (MSPUT) pada 2016 melaporkan  seramai 664 usahawan IKS turut menerima geran  berjumlah RM7.7 juta, selain 36,435 usahawan turut mengikuti 504 program latihan serta 7,184 terlibat dalam 166 program promosi.“Pada masa yang sama, MSPUT turut mensasarkan 70 usahawan berprestasi tinggi berbanding sedia ada 68 orang  dan 2,500 usahawan baharu bagi menambah bilangan 5,785 orang sehingga tahun lalu terutama yang terlibat dengan perniagaan atas talian.“Daripada 68 usahawan berprestasi tinggi itu, PUNB  membiayai 28 orang, Jabatan Pertanian (22), YPU (7),  masing-masing Mara dan LKIM (4) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) (3). Daripada  5,785 usahawan berkenaan, Tekun Nasional membiayai  3,172 orang, Mara (2,378), YPU (83), SME Corp (66), Jabatan Pertanian (19), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) (15) MPC (8) dan Mardi (6). Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Dr Tengku Khairi A Rahman.Nawi yang juga Pengerusi MSPUT berkata,  majlis berkenaan turut merekodkan hasil jualan promosi berjumlah RM6.6 juta dengan YPU merupakan agensi yang menyumbang hasil tertinggi kira-kira RM2.7 juta, diikuti Kraftangan Malaysia (RM2.3 juta) dan FAMA (RM755,000).Lain-lain agensi, Ketengah (RM291,000), SKM (RM140,000), Jabatan Pembangunan Wanita (RM112,000), Risda (RM70,000), Agro Bank (RM50,000), Jabatan Pertanian (RM35,000) serta  Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu pula berjumlah RM3,000.Tambahnya, MSPUT akan terus memainkan peranan lebih baik menerusi aktiviti yang merangkumi spektrum lebih luas dalam pembangunan keusahawanan sejajar dengan penubuhannya  bagi memperkasakan IKS negeri serta menambah penglibatan rakyat Terengganu dalam aktiviti keusahawanan.
08 May 17
80
Empty Image
Minggu PKS Terengganu Sasar 20,000 Pengunjung
Nawi menyampaikansijil penghargaan anugerah usahawan di bawah Pengerusi Jawatankuasa Kecil Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu di Dewan Serbaguna YPU, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Kerajaan negeri menyasarkan 20,000 pengunjung akan mengunjungi Karnival Minggu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Terengganu Peringkat Kebangsaan di Terengganu Trade Center, Kuala Terengganu sepanjang lima hari bermula 17 Mei ini.Karnival dengan kerjasama SME Corporation Malaysia (SME Corp.) Terengganu dan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) bagi edisi keenam itu akan menggabungkan beberapa program kerajaan seperti pameran produk terbaik terutama tekstil seperti songket dan makanan tradisi mengikut daerah masing-masing, yang turut melibatkan pengusaha dari Pahang dan Kelantan menerusi Satu Daerah Satu Industri (SDSI)  Zon Timur.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohammad berkata, program Mini Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) dan `My Farm Outlet’ oleh Jabatan Pertanian serta FAMA juga akan menawarkan produk pertanian terus dari petani dengan harga yang lebih murah. “Pasar Ternakan Hidup yang dikendalikan oleh Jabatan Veterinar turut menawarkan jualan haiwan ternakan secara langsung kepada pengunjung. Ini sekali gus bertepatan dengan saranan kerajaan ke arah mengoptimumkan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).“Selain itu, karnival kali ini juga akan dikunjungi oleh delegasi asing daripada pelbagai negara seperti Singapura, Brunei, Myanmar, Vietnam, Indonesia, Thailand, Laos dan juga dari Jerman serta Amerika Syarikat. Ini adalah bersempena Mesyuarat Koordinasi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana Asean (ACCSME) yang memberi pengiktirafan kepada Terengganu mewakili Malaysia sebagai tuan rumah bersempena Visit Beautiful Terengganu 2017,”katanya.Beliau berkata demikian kepada media sempena pra pelancaran Karnival Minggu PKS Terengganu Peringkat Kebangsaan 2017, di Dewan Serbaguna YPU, Kuala Terengganu, hari ini.Turut Hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Dr Tengku Khairi A Rahman.Nawi berkata, karnival berkenaan bukan sahaja mempamerkan produk Terengganu kepada pembeli tempatan tetapi juga mampu memainkan peranan penting kepada pembangunan PKS Terengganu serta mempromosi produk dan perkhidmatan halal ke pasaran luar terutama Asean.Tambahnya lagi, penekanan kepada produk halal adalah satu fokus yang akan diberi keutamaan pada karnival kali ini.
07 May 17
68