Artikel "Utama" Terkini
Permohonan Perkahwinan Perdana 2017 Dibuka Mulai Hari Ini
Permohonan mengikuti Program Perkahwinan Perdana anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) yang dijadualkan berlangsung 16 September hadapan mula dibuka hari ini.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud berkata, pemohon boleh memuat turun borang melalui portal http://www.ypkt.gov.my/ mulai 17 Mei dan borang yang telah lengkap diisi perlu diserahkan kepada ibu pejabat YPKT atau di pejabat YPK kawasan masing-masing sebelum tarikh tutup 16 Julai ini.Menurut beliau, Program ‘Keluarga Generasi Transformasi Terengganu Baharu (TTB): Perkahwinan Perdana’ kali kedua dianjurkan ini merupakan inisiatif kerajaan negeri dalam membentuk keluarga Generasi TTB bertepatan dengan Prinsip ketiga TTB “Keluarga Bahagia, Rakyat Sejahtera”.“Program cetusan idea Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman ini bertujuan, antara lain membantu golongan muda memudahkan dan meringankan bebanan ahli keluarga untuk melaksanakan majlis perkahwinan,” ujarnya pada sidang media program tersebut di Wisma Darul Iman, semalam.Katanya, kejayaan Program Perkahwinan Perdana yang melibatkan 217 pasangan pengantin tahun lalu diteruskan lagi tahun ini dengan peruntukan RM1.6 juta dan menyasarkan 480 pasangan.“Sebanyak 60 pasangan disasarkan untuk setiap daerah sempena 60 tahun kemerdekaan negara dan majlis ijab kabul akan diadakan secara serentak pada sambutan Hari Malaysia nanti,” ujarnya.Katanya, syarat untuk program tahun ini juga sama seperti tahun lepas antaranya pasangan atau seorang daripada mereka adalah rakyat negeri Terengganu dan perkahwinan itu adalah kali pertama.“Kriteria pemilihan peserta program ini juga telah dilakukan beberapa penambahbaikan antaranya had umur pemohon ditambah daripada 18 hingga 30 tahun kepada 18 hingga 35 tahun.“Dan had pendapatan ibu bapa pemohon pada tahun lalu RM3,000 telah dinaikkan kepada RM5,000, ” katanya.
16 May 17
26
Hotel PB Square Bakal Dibuka 1 Oktober Ini
Hotel Paya Bunga (PB) Square, di tengah pusat bandar Kuala Terengganu sedang giat disiapkan dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada 1 Oktober ini.Hotel setinggi 13 tingkat dibangunkan menerusi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) sepatutnya dibuka pada April lalu mengalami kelewatan berikutan masalah teknikal disebabkan kerja-kerja menaik taraf daripada tiga bintang kepada empat bintang.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pemaju kini sedang melengkapkan hotel yang dilengkapi 208 bilik dengan fasiliti-fasiliti yang mematuhi tahap empat bintang sebelum dibuka kepada pengunjung."Dari aspek menyiapkan hiasan dalaman hotel ini sudah mencapai 90 peratus. Hanya bahagian dapur, dewan dan lain-lain baru memasuki 50 peratus siap."Kita perlu lengkapkan setiap bahagian ke bahagian dan diuji terlebih dahulu sama ada mematuhi piawaian. Apabila siap kesemuanya barulah boleh beroperasi sepenuhnya,"katanya.Beliau berkata demikian di sidang media selepas melawat perkembangan Hotel PB Square, pusat boling dan pawagam di PB Sentral Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengurus Besar PMINT, Samiun Salleh dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya.Dalam perkembangan yang sama, beliau juga berhasrat menjadikan ruang atap bangunan di PB Square sebagai gelanggang makanan atau medan selera berasaskan menu sumber laut.Katanya, cadangan yang mengambil contoh perusahaan dilaksanakan di Sarawak itu bertujuan menarik kehadiran lebih ramai pengunjung ke pusat perniagaan dalam lingkaran PMINT Square berkenaan.
16 May 17
51
Peluang Promosi Lokasi Menarik Di Terengganu - Mohd Zubir
Zubir berucap pada Majlis Makan Malam Bersama TYT Duta-Duta Sempena Lawatan Familiarisation Ke Terengganu. Foto Harish Fadzillah KassimProgram kunjungan 18 duta sempena Lawatan Familiarisation Ke Terengganu memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk mempromosi pelbagai lokasi pelancongan dan menarik minat pelabur ke negeri ini.Sepanjang program tiga hari itu, berakhir esok (17 Mei) delegasi asing dibawa melawat ke tempat menarik, melihat pembuatan produk makanan dan barangan kraftangan di negeri ini.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, mereka cukup teruja apabila dibawa ke Tasik Kenyir, Santuari Gajah di Hulu Terengganu dan Taman Tamadun Islam, Pasar Payang di Kuala Terengganu.“Usaha seumpamanya ini nyata dapat memberi gambaran jelas kepada perwakilan asing yang terlibat mengenai sektor pelancongan, kesenian, kebudayaan dan pelaburan di negeri ini.“Pada masa sama boleh mempromosi kepada pihak lain, terutama agen pelancongan di negara masing-masing.,”katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Makan Malam Bersama TYT Duta-Duta Sempena Lawatan Familiarisation Ke Terengganu di Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu, malam tadi.Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang dan Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.Zubir berkata, kadar tukaran mata wang asing yang dibawa oleh pelancong antarabangsa ke negeri ini dapat menjana ekonomi kepada masyarakat tempatan.“Kerajaan negeri berharap kerjasama bersama delegasi asing ini akan berterusan kerana pelbagai manfaat diperoleh,” katanya.Program julung kali diadakan anjuran Kementerian Luar Negeri itu disertai duta dan ketua perwakilan negara antaranya dari Argentina, Belgium, Maldives, Kemboja, Finland, Fiji, Nigeria, Namibia dan Senegal.
15 May 17
132
JaPen Perhebat Program Penerangan Betulkan Persepsi Negatif Masyarakat
Peserta bergambar kenangan bersama tetamu kehormat yang memeriahkan Majlis Makan Malam Kembara Media Negaraku 2017 Negeri Terengganu, di Hotel Primula Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) akan memperhebatkan program ceramah dan penerangan kepada masyarakat bagi menangkis dan membetulkan persepsi negatif masyarakat terhadap kerajaan khususnya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Penerangan, Datuk Almain Ajirul berkata, ia penting bagi memastikan peranan jabatan berkenaan lebih efektif terutamanya dalam menyedarkan masyarakat supaya tidak menyebar dan berkongsi perkara yang tidak sahih menerusi media sosial, sekali gus dapat mengelak pengaruh serta kemudaratan terhadap masyarakat dan juga negara.“Kita juga mahu supaya orang ramai memanfaatkan inisiatif SKMM (Suruhanhaya Komunikasi Multimedia Malaysia) yang membangunkan portal SEBENARNYA.MY bagi mengesan kesasihan berita.“Portal itu antara lain dapat memberikan maklumat setempat yang tepat bagi menafikan berita-berita palsu yang terlalu mudah dikongsi oleh masyarakat Malaysia tanpa usul periksa,”katanya.Beliau berkata demikian di sidang media selepas menghadiri Majlis Makan Malam Kembara Media Negaraku 2017 Negeri Terengganu, di Hotel Primula Kuala Terengganu, malam tadi.Turut hadir, Setiausaha Politik Menteri Besar, Profesor Dr Rozailan Ibrahim.Kembara Media Negaraku 2017 Negeri Terengganu sepanjang tiga hari bermula semalam sehingga 17 Mei ini bertujuan memasarkan maklumat menerusi promosi dan publisiti mengenai usaha dan kejayaan kerajaan dalam pelaksanaan dasar serta perkhidmatan kepada rakyat.Siri kedua tahun ini selepas yang pertama di Sabah pada 23 hingga 26 Mac lalu melibatkan 24 pengamal media dari 14 agensi media termasuk Sabah dan Sarawak.Kembara akan bermula dengan lawatan projek rumah komuniti di Kampung Kenak, Besut sebelum peserta akan dibawa meninjau perkembangan projek mencegah hakisan pantai di Pantai Tok Jembal.Sementara esok, peserta dijadualkan melawat tapak serta mendengar taklimat oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur mengenai pembangunan jambatan angkat (drawbridge) yang menghubungkan Muara Selatan di Kuala Terengganu dan Muara Utara di Seberang Takir, Kuala Nerus, sebelum mereka meninjau perusahaan madu kelulut dalam bandar Komuniti 1Malaysia Batu Buruk.
15 May 17
37
MB Bersarapan Bersama Ketua Perwakilan Asing
Ahmad Razif dan isteri bergambar bersama ketua perwakilan asing di Duyong Marina & Resort Terengganu, pagi ini. Foto oleh: Zulkifli C.W. PutraDi sebalik kesibukan tugas, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman sempat meluangkan masa bersarapan bersama 18 orang ketua perwakilan asing di Duyong Marina & Resort Terengganu, pagi ini.Ketibaan duta-duta dari negara luar seperti Kanada, Turki, Afrika Selatan, Kenya, Uganda, Cuba, Republik Korea serta Nigeria itu adalah sempena lawatan ke Terengganu selama tiga hari bermula semalam.Menteri Besar tiba kira-kira 8.30 pagi bersama isteri To’ Puan Seri Halina Zakariadiiringi Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Rosman Roslan dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin.Ahmad Razif meluangkan masa kira-kira 30 minit beramah-mesra dan bersarapan bersama para kedutaan. Beliau turut menyampaikan cenderahati kepada delegasi berkenaan yang akan meneruskan lawatan hari ini dengan melawat beberapa lokasi menarik dan bersejarah di Terengganu antaranya Taman Monumen di Taman Tamadun Islam, Muzium Negeri, Kampung Cina dan Kompleks Nor Arfa Batik.
15 May 17
28
Terengganu Bakal Pengeluar Makanan Ternakan Terbesar Negara
Terengganu muncul negeri pertama di Malaysia yang mengusaha industri penanaman jagung bijirin secara komersial dan berskala besar.Projek terbabit melibatkan nilai pelaburan sebanyak RM27 juta daripada Syarikat Green World Genetics Sdn Bhd.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, program Transformasi Ekonomi Negeri melalui bioteknologi, selaras dengan agenda negara untuk mengurangkan kebergantungan kepada import jagung bijirin bagi makanan ternakan."Projek ini akan menjadikan Terengganu sebagai sebuah negeri pengeluar makanan ternakan terbesar di Malaysia," katanya di Majlis Pelancaran Industri Penanaman Jagung Bijian Terengganu di Rhu Tapai, Setiu, hari ini.Katanya, pada masa yang sama, kerajaan mensasarkan pengurangan jagung bijian import dari luar negara sebanyak RM3.5 bilion dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.Malah, kerajaan negeri juga berkeyakinan industri tanaman jagung bijirin ini akan menjadi satu sumber pendapatan baharu kepada penduduk Terengganu.Ahmad Razif berkata, potensi tanaman ini sangat besar dan mana-mana tanah terbiar khususnya tanah-tanah bekas sawah adalah sangat sesuai dengan tanaman ini."Saya minta agensi yang terlibat khususnya Jabatan Pertanian, Pejabat Daerah, Unit Perancang Ekonomi Negeri dan ketua-ketua masyarakat bergabung tenaga ke arah menjayakan projek ini pada skala yang lebih besar," katanya.Menurutnya, kerajaan negeri juga mengalu-alukan pihak swasta untuk melabur di Terengganu kerana kemajuan sesebuah negeri amat bergantung kepada pelaburan luar selain menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
15 May 17
453
Terima Kasih Warga Pendidik - MB
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengucapkan Selamat Hari Guru dan berterima kasih kepada semua warga pendidik di Negeri Terengganu sempena sambutan Hari Guru, hari ini.Ahmad Razif berkata, kecemerlangan akademik dan kokurikulum pelajar-pelajar anak Terenganu terus meluncur laju dalam setiap peringkat dan kategori pencapaian."Seawal sekolah rendah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi pelajar kita telah memahat sejarah kehebatan tersendiri. Bukan lagi setanding malah mengatasi pesaing lain. "Kini Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu menjadi sebutan sebagai sebuah negeri yang melahirkan ramai jaguh sukan bukan sekadar diperingkat kebangsaan malah telah menjejak podium penghargaan peringkat antarabangsa. "Nampaknya Negeri Terengganu menjadi penyumbang kepada usaha pengantarabangsaan pendidik mewakili negara. "Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga pendidik Negeri Terengganu. Andalah pemain-pemain utama belakang tabir yang ternama, walaupun tidak selalu didendangkan," katanya yang dipetik daripada perutusan beliau bersempena Hari Guru, hari ini.Menurutnya, pihak kerajaan, kita tidak ada masalah untuk meneruskan suntikan bantuan melalui Program Terengganu Negeri Anjung Ilmu berdasarkan kemampuan. "Demi kecemerlangan pendidikan anak-anak pelajar Terengganu kita pastikan kecaknaan pihak kerajaan terhadap sektor ini tidak terjejas dan terbatas."Saya dan barisan kepemimpinan mengucapkan terima kasih kepada anda semua warga pendidik diatas komitmen tinggi dan pengorbanan besar kepada pencapaian yang luar biasa di setiap bidang."Kita sentiasa menghormati kerjaya mulia ini yang tidak terbalas dengan apa jua yang ada. Hanya doa kami agar Allah membahagiakan dan melimpahi rahmat kehidupan anda bersama keluarga tercinta."Apa yang penting ialah kesungguhan dan keinginan kita merancang masa depan anak bangsa tidak terhenti di sini. Teruskanlah membela anak bangsa. "Saya dan barisan kepimpinan negeri Terengganu mengucapkan SELAMAT HARI GURU Untuk Semua Warga Pendidik," katanya.
15 May 17
91
Terengganu Tuan Rumah Sambutan Hari Muzium Antarabangsa
Tengku Putera (tengah) mendengar penerangan seorang petugas sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa peringkat kebangsaan 2017 di Muzium Negeri Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. PutraSambutan Hari Muzium Antarabangsa (HMA) peringkat kebangsaan 2017 bertemakan ‘Muzium dan Pertikaian Sejarah: Mengungkap Yang Tersirat’ membuka tirainya hari ini sehingga 21 Mei ini dengan mempamerkan pelbagai khazanah dan sejarah dari 19 muzium di seluruh negara.Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang berkata, Terengganu sekali lagi terpilih menjadi tuan rumah buat kali ketiga bagi sambutan HMA yang ke-21, selepas pertama kali pada 1998 dan diikuti pada 2009.“Bagi memberi peluang dan kesempatan kepada orang ramai untuk mengunjungi dan mengenali muzium dengan lebih dekat, pelbagai artifak dan khazanah berharga yang boleh dipelajari oleh semua peringkat usia dipaparkan sempena sambutan kali ini.“Kita harapkan, dengan persembahan yang menarik dan pelbagai aktiviti yang diadakan lebih menjadi tarikan dan seterusnya mampu menarik minat masyarakat bersama-sama menilai serta melindungi warisan dan budaya bangsa yang menjadi kebanggaan kita,” ujarnya.Beliau yang mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa peringkat kebangsaan 2017 di Muzium Negeri Terengganu, hari ini.Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Dato’ Kamarul Baharin A. Kasim dan Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Mohd.Yusof Abdullah.Sementara itu, Kamarul Baharin berkata, pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang lima hari sambutan berlangsung antaranya pameran dan karnival, seminar, bengkel gamelan, program muzium bersama komuniti, KT Heritage Bike Trail, ceramah agama perdana dan pelbagai aktiviti lain.“Lebih 100,000 pengunjung dijangka hadir bagi memeriahkan pelbagai aktiviti menarik sempena sambutan HMA 2017 dan uniknya sambutan kali ini ialah banyak aktiviti air diadakan antaranya mencandat sotong dan sukan rakyat,” ujarnya.
15 May 17
63
Ganjaran Buat 446 Pelajar Cemerlang
Ahmad Razif bergambar kenangan bersama pemenang anugerah pelbagai kategori. Foto Harish Fadzillah Kasim Terengganu membelanjakan lebih RM232,000 sebagai menghargai 446 pelajar di negeri ini yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan umum tahun lalu. Daripada jumlah itu, seramai 367 pelajar yang memperoleh cemerlang dalam SPM, 59 pelajar STPM dan 17 cemerlang dalam peperiksaan STAM. Mereka yang tersenarai menerima insentif wang tunai beserta hadiah.Manakala dua penerima iaitu, Husna Mardhiyyah Mohd Fauzi dari Sekolah Menengah (SM) Imtiaz YT Kemaman dan Najmuddin Mohd Razif (SM Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq) dianugerahkan Pingat Emas Yayasan Terengganu.Kedua-duanya membawa pulang wang tunai RM5,000, seunit komputer riba, sepersalinan kot, pingat dan sijil penghargaan.Bagi kategori anugerah khas pula diperoleh pelajar Orang Kelainan Upaya, Nursyuhada Alias dari SMK Bukit Besar. memperoleh wang insentif sebanyak RM2,000.Anugerah itu disampaikan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada Majlis Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu dan Apresiasi Kecemerlangan SPM, STPM, STAM dan Guru-Guru Akram Tahun 2016 di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, semalam.Hadir sama, Pengarah Yayasan Terengganu, Ishamudin Hashim dan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.Najmuddin yang memperoleh 11A (10+, 1A) berkata, anugerah yang diterima itu menjadi pembakar semangat untuk terus mencapai kecemerlangan ke peringkat lebih tinggi.“Saya sedang menunggu keputusan Unit Pusat Universiti (UPU), besar harapannya untuk menyambung pelajaran di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan bercita-cita mahu menjadi pakar perubatan,”kata anak kepada Timbalan Pengarah (Pengurusan) Unit Komunikasi Negeri, Mohd Razif Ab Majid.
14 May 17
218
Otai Belia Digesa Tubuh Persatuan Baharu
Ahmad Razif menyampaikan cenderahati kepada peserta di Program Ramah Mesra Otai Belia Bersama YAB Menteri Besar di Verandah Restoran, Duyong & Marina Pulau Duyong, Kuala Nerus. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailBekas-bekas pemimpin dan ahli belia di Terengganu disarankan bergabung bagi membentuk satu persatuan baharu sebagai platform khusus bagi melaksanakan lebih banyak aktiviti kemasyarakatan dan membantu Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerajaan masa kini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman menggesa bekas belia yang turut menggelarkan kumpulan mereka sebagai otai belia supaya menggunakan kemahiran dan pengalaman bagi membawa rakan yang lain supaya menyokong agenda dan kepimpinan negeri di bawah Kerajaan BN.“Saya melihat otai belia ini perlu mempunyai platform khas yang dapat menghimpunkan mereka selaku bekas-bekas pemimpin dan ahli belia supaya dapat meneruskan bakti. Apa yang paling mustahak adalah `engagement’ di kalangan ahli itu sendiri dan mungkin mereka boleh menjalankan aktiviti kemasyarakatan di mana-mana kawasan yang memerlukan, melawat rakan-rakan yang sakit dan sebagainya.“Tidak mustahil gabungan mereka yang berpengalaman ini dapat menjadikan mereka sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang kuat dan memberi manfaat secara tidak langsung kepada ahli dan masyarakat di negeri ini khasnya,”katanya.Beliau berkata demikian dalam Program Ramah Mesra Otai Belia Bersama YAB Menteri Besar di Verandah Restoran, Duyong & Marina Pulau Duyong, Kuala Nerus, semalam.Turut hadir, bekas-bekas pemimpin belia sejak era 80-an termasuk Dato’ Hashim Mamat, Dato’ Abdul Rahman Bakar, Dato’ Zubir Embong, Dato’ Sheikh Harun Sheikh Ismail dan Othman Endut, selaku penyelaras program.Hadir sama, Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Terengganu, Rosdi Mohd Zain dan Pengerusi Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Negeri Terengganu, Amirullah Othman.Ahmad Razif juga mahu pertubuhan belia hari ini supaya menteladani budaya kerja bekas belia terdahulu apabila mereka menjalankan kerja sosial dan kebajikan tanpa mengharapkan balasan wang ringgit melainkan mahu berbakti kepada masyarakat serta seronok dengan aktiviti itu semata-mata.“Sejarah belia dahulu, jika buat `banner’pun tulis sendiri menggunakan cat dan kalau ada jamuan masak sendiri, berikutan semangat berpesatuan dan kekangan sumber kewangan pada masa itu. Dahulu kita serba kekurangan, membuat surat dan kertas kerja pun menggunakan mesin taip. "Semuanya menggunakan kekuatan dalaman dan tidak mengharapkan bantuan dari luar. Malah, dahulu juga belia berupaya membuat kertas kerja bagi mendapatkan aset termasuk membina wisma sendiri. Dahulu juga pertubuhan Belia 4B dan MAYC saling bersaing secara sihat untuk memastikan ada pemimpin masing-masing mendapat pengiktirafan di peringkat Pusat,”katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, belia menjadi satu medan yang memiliki asas kekuatan bagi melahirkan golongan belia sebagai aset utama kepada jentera kerajaan memperjuangkan agenda kerajaan.
14 May 17
214