Artikel "Utama" Terkini
Terengganu, Sulawesi Selatan Jalin Kerjasama
Ahmad Razif dan Syahrul Yasin (enam dari kiri) selepas Majlis Makan Malam Bersama TYT Gabenor Sulawesi Selatan Syahrul Yasin Limpo di Hotel Primula, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto Zulkifli PutraTerengganu menyatakan hasrat untuk menjalinkan kerjasama dengan Sulawesi Selatan, Indonesia melibatkan sektor pertanian, pelancongan dan sumber manusia supaya kedua-dua pihak mendapat manfaat dan keuntungan bersama.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, jalinan kerjasama yang turut berpotensi untuk dibangunkan bersama termasuklah bidang kebudayaan dan pada peringkat awal, kedua-dua pihak mungkin boleh menganjurkan Pesta Budaya Terengganu - Sulawesi Selatan sebagai acara tahunan. “Pendekatan ini pastinya boleh memupuk persahabatan yang lebih akrab dan menjadi tarikan pelancong ke kedua-dua negeri.“Dalam konteks ini, saya amat gembira kerana kedua-dua belah pihak iaitu pemerintah Sulawesi Selatan yang dipimpin oleh Gabenor Pak Syahrul dan saya sendiri selaku Menteri Besar Terengganu akan mengadakan mesyuarat pada petang esok (hari ini) untuk meneroka kerjasama yang lebih konkrit antara kita,”katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Bersama TYT Gabenor Sulawesi Selatan Syahrul Yasin Limpo di Hotel Primula, Kuala Terengganu, malam tadi.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Neger, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.Sementara itu, Syahrul memberitahu, beliau berharap hubungan antara Sulawesi Selatan dan Terengganu akan lebih akrab terutama melibatkan kerjasama perdagangan.“Cukup rugi untuk melepaskan peluang yang ada kerana kedua-kedua wilayah ini banyak persamaannya, terutama berkaitan budaya, bahasa, makanan dan seni bina,
21 May 17
96
Hadiah RM500,000 Sempena Hari Guru
Ahmad Razif (tengah) bersama anak-anak pasangan guru Allahyarhamah Noor Amalia Noorazan dan Allahyarham Badrul Hisham Omar penerima Anugerah Khas Pengarah sempena Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Kali Ke-46 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman hari ini mengumumkan insentif sebanyak RM500,000 kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan warga pendidik di negeri ini.Ahmad Razif berkata, daripada jumlah itu insentif sebanyak RM300,000 adalah sumbangan anak syarikat kerajaan negeri (GLC) sebagai pengiktirafan kepada guru yang sudah banyak menyumbang kepada kejayaan pelajar dan sekolah.“Sementara, tambahan RM200,000 adalah sumbangan kerajaan negeri bagi membantu JPNT mengadakan kursus profesional untuk para guru dan kakitangan khususnya berkaitan dengan pendidikan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Kali Ke-46 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang dan Pengarah JPNT, Shafruddin Ali Hussin.Katanya, sumbangan daripada kerajaan negeri itu antara lainnya adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi profesionalisme di kalangan guru negeri ini.Menurut Ahmad Razif, selain insentif tersebut kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM4 juta untuk JPNT menerusi Program Anjung Ilmu.“Manakala, selepas raya nanti akan diagihkan pula sumbangan sebanyak RM2,000 untuk setiap Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) negeri ini yang melibatkan 503 buah sekolah dengan perbelanjaan kira-kira RM1 juta,” katanya.
20 May 17
31
Terengganu Sasar Satu Emas Acara Tenpin Boling Sukma 2018
Hasif (tengah) bersama Dini (kanan) dan Halil meraikan kemenangan selepas menewaskan pencabar lain di Kejohanan Tenpin Boling `Visit Beautiful Terengganu 2017 ‘ Piala YAB Menteri Besar Terengganu Tertutup Pantai Timur, di Coral Crown Bowl PB Square, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Zulkipli PutraPasukan Tenpin Boling Negeri Terengganu (PTBNT) mensasarkan sekurang-kurangnya dua pingat dengan satu daripadanya emas pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di Perak nanti.Sasaran itu realistik berdasarkan prestasi semasa atlet serta membaiki prestasi pasukan yang memperolehi satu pingat perak ketika Sukma Sarawak 2016 lalu.Jurulatih pasukan, Mat Salleh Jalani, berkata semua 24 atlet masing-masing 12 lelaki dan 12 perempuan yang berusia 21 ke bawah kini sedang giat menjalani latihan dan pemilihan bagi fasa pertama sepanjang empat hari seminggu yang melibatkan dua jam sehari atau satu sesi, sejak sebulan lalu.Katanya, fasa kedua pula akan bermula pada November ini melibatkan 16 peserta, yang terpilih selepas saringan pertama, manakala fasa ketiga akan bermula Januari nanti melibatkan 12 peserta yang akan membawa cabaran mewakili Terengganu ke Sukma.“Daripada 12 atlet yang mewakili Sukma lalu, hanya empat orang masih boleh meneruskan penyertaan sementara selebihnya sudah melebihi had umur ditetapkan.“Setakat ini, persembahan empat atlet yang pernah mewakili Sukma masih di tahap terbaik dan kemahiran meraka masih boleh dipertingkatkan lagi jika terus terpilih sebagai persediaan ke Sukma akan datang,”katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Piala Pusingan Kejohanan Tenpin Boling `Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017 ‘ Piala YAB Menteri Besar Terengganu Tertutup Pantai Timur, di Coral Crown Bowl PB Square, Kuala Terengganu, malam tadi.Majlis disempurnakan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Profesor Madya Dr Mohd Rozailan Mamat yang mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd RahmanTurut hadir, Presiden PTBNT, Abdullah A Rahman dan Naib Presidennya, Wan Mazlan Wan Muda.Dalam pertandingan itu, Wan Muhammad Hasif Hilmi Wan Mazlan, 16, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin muncul juara individu keseluruhan selepas unggul mengumpul 1,325 jatuhan pin, sekali gus mengenepikan pencabar lain untuk membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000 berserta trofi.Manakala, tempat kedua pula milik Dini Nurina Azhan, 18, dengan 1,311 jatuhan pin memenangi wang tunai RM2,000 serta ketiga, Halil Hamed Hamzah, 18, dengan 1,304 jatuhan pin menerima hadiah wang tunai RM1,000 beserta trofi.Sementara juara keseluruhan pula menjadi milik Terengganu, diikuti Kelantan dan ketiga Pahang. Pertandingan julung kali anjuran PTBNT melibatkan 130 peserta termasuk dari Pahang dan Kelantan selaras dengan usaha kerajaan negeri untuk mempromosikan Terengganu sempena VBT 2017.
20 May 17
628
Variasi Kebaya Songket Serikan Karnival PKS
Pelbagai corak dan reka bentuk kebaya diperagakan Malam Kemuncak Minggu PKS. Foto oleh Zulkifli PutraPelbagai jenis dan reka corak kebaya songket diperagakan pada Malam Kemuncak Karnival Minggu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Terengganu Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu, malam kelmarin.Antaranya Kebaya Nyonya, Kebaya Moden, Kebaya Kota Bharu dan Kebaya Riau Pahang, Kebaya Kartini, Kebaya Encim dan Kebaya Panjang.Pengusaha butik tempatan berjaya memperlihatkan kesan artistik dan ekspresif kebaya dengan adunan corak termasuk batik, sulaman, manik dan dipadukan dengan reka bentuk tudung.Aktiviti itu antara yang diselitkan penganjur, SME Corporation Malaysia (SME Corp.) Terengganu dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) sepanjang lima hari karnival berlangsung, bermula 17 Mei.Ia bertujuan mengetengahkan pelbagai jenis kebaya yang menggunakan fabrik songket dengan keunikan sendiri kepada orang ramai terutama kepada generasi muda.Majlis dirasmikan isteri Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Ramizah Hashim itu turut diserikan dengan sesi uji minda dan persembahan artis jemputan. Antara aktiviti lain, pameran produk terbaik terutama tekstil seperti songket dan makanan tradisi mengikut daerah masing-masing, yang turut melibatkan pengusaha dari Pahang dan Kelantan menerusi Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Zon Timur.Karnival berkenaan bukan sahaja mempamerkan produk Terengganu kepada pembeli tempatan tetapi juga mampu memainkan peranan penting kepada pembangunan PKS Terengganu serta mempromosi produk dan perkhidmatan halal ke pasaran luar terutama Asean.
20 May 17
490
Terengganu Cadang Sediakan Klinik Bergerak Secara Percuma Di Luar Bandar
Ahmad Razif memukul gong sebagai simbolik melancarkan Hari Jururawat Sedunia Peringkat Negeri Terengganu, di Hotel Primula, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KasimTerengganu akan merintis usaha menyediakan klinik bergerak bagi menyediakan pemeriksaan rawatan secara percuma kepada penduduk kawasan luar bandar termasuk perkampungan orang asli tidak lama lagi.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kemudahan perubatan yang dianggarkan bernilai RM400,000 itu akan dilaksanakan melalui Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS).Katanya, ia sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) KTS yang dimiliki anak syarikat kerajaan negeri, TDM Berhad bagi menjaga kebajikan dan kesihatan rakyat yang kurang berkemampuan di pedalaman.“Kita akan meneliti kos dan kesesuaian melaksanakan konsep ini bagi memberi tumpuan kepada masyarakat di luar bandar supaya mereka mendapat pendedahan dan perlindungan awal melalui pemeriksaan kesihatan secara percuma sekali gus mengelak daripada mendapat serangan penyakit berbahaya.“Dari segi kakitangan (mengendalikan klinik bergerak) tiada masalah, cuma peralatan ini memerlukan penelitian dan penyelidikan bagi mengelak peralatan yang disediakan nanti tidak menimbulkan implikasi lain termasuk sentiasa terjaga kebersihan dan tidak terdedah kepada kuman-kuman,”katanya. Beliau berkata demikian di sidang media selepas melancarkan Hari Jururawat Sedunia Peringkat Negeri Terengganu, di Hotel Primula, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohamad Omar. Ahmad Razif juga berharap inisiatif itu dapat dilaksanakan serentak dengan pembukaan KTS baharu di Batu Burok, yang kini masih menunggu status kelulusan Kementerian Kesihatan sebelum beroperasi.Tambah beliau, KTS yang sepatutnya dibuka Oktober tahun lalu, tertangguh kerana gagal mematuhi piawaian ditetapkan Kementerian Kesihatan termasuk bilik bedah yang mengandungi fungus."Kita masih menunggu kelulusan pemeriksaan kali kedua daripada Kementerian Kesihatan kerana sebahagiannya didapati terdapat kebocoran dan yang paling utama, bilik bedah pula mengandungi fungus dan sudah diselesaikan oleh kontraktor. Bahagian lain sudah siap semuanya."Apabila sudah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan, KTS akan segera dibuka kepada orang ramai, " kata beliau lagi.
18 May 17
160
Kerajaan Negeri Lancar Skim Baru Ganti T-GAS Bantu Graduan Menganggur
Kerajaan negeri akan melancarkan satu skim baru menggantikan Skim Penempatan Siswazah Terengganu (T-GAS) bagi membantu graduan menganggur menimba pengalaman dan mencari peluang kerja sesuai.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, skim baru ini akan memberi keutamaan kepada bidang pelancongan dan pertanian, sementara elaun pula dibiayai kerajaan negeri dengan kerjasama anak syarikat kerajaan negeri (GLC). “Bagi siswazah yang memilih pelancongan, mereka akan ditempatkan bawah Terengganu Tourism Malaysia selama enam bulan sebagai pemandu pelancong, operator dan sebagainya yang akan dibayar elaun dalam tempoh itu. “Selepas itu, kerajaan negeri akan bantu siswazah ini melalui program bersepadu dengan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) bagi melatih mereka menjadi usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS),” ujarnya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Minggu PKS 2017 Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Terengganu, hari ini.Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Sri Mustapa Mohamed; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad dan Pengerusi SME Corp. Malaysia, Tan Sri Ir. (Dr.) Mohamed Al Amin Abdul Majid.Menurut Ahmad Razif, skim yang bertujuan mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah termasuk dengan membekalkan pengalaman dan kemahiran untuk mereka berdikari ini akan disegerakan pengambilan pesertanya memandangkan Terengganu masih kekurangan khidmat pemandu pelancong.“Kita akan lancarkan satu skim baru untuk graduan yang menganggur mengantikan T-GAS dan bulan depan akan mula iklankan skim ini.“Mana-mana siswazah yang belum bekerja dan yang sedang mencari pekerjaan boleh memohon memandangkan Terengganu sekarang ini amat memerlukan kihdmat pemandu pelancong,” ujarnya.
17 May 17
60
Sasar 300 Ahli UMNO Baru Dalam Tempoh Seminggu
Ahmad Razif selepas Program Jelajah Biro Keahlian Daftar Pemilih UMNO Malaysia Ke Terengganu, di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, petang semalam. Foto oleh Harish Fadzillah KassimLapan Bahagian UMNO di Terengganu diminta terus memberi fokus kepada usaha menambah jumlah ahli bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum akan datang.Setiap bahagian perlu menyasarkan penambahan sekurang-kurangkan 200 hingga 300 ahli dalam tempoh seminggu.Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO Malaysia, Dato’ Seri Panglima Abd Azeez Abd Rahim, berkata sehubungan itu, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO diminta tidak hanya menumpukan kepada penganjuran pelbagai program sebaliknya juga memberi keutamaan kepada pendaftaran ahli baharu.Katanya, berdasarkan data yang direkodkan, keahlian UMNO Terengganu mencatatkan bilangan 277,402 ahli membabitkan 1,063 cawangan berakhir April lalu.“Daripada jumlah itu, Kuala Nerus mencatatkan jumlah paling tinggi dengan bilangan keahlian 6,612 orang diikuti Marang (6,166), Kemaman (5,693) Besut (5,630) Setiu (5,246), Hulu Terengganu (5,681) Dungun (4,669) dan Kuala Terengganu pula dengan bilangan 4,553 ahli UMNO.“Melihat angka itu, Terengganu terutama membabitkan daerah Kuala Nerus dikategorikan antara yang cemerlang dan aktif dalam usaha menambah bilangan ahli,”katanya.Beliau berkata demikian pada Program Jelajah Biro Keahlian Daftar Pemilih UMNO Malaysia Ke Terengganu, di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, petang semalam.Hadir merasmikan program itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Azeez berkata, usaha menambah bilangan ahli UMNO perlu dilakukan dengan segera, teratur dan berterusan untuk berhadapan dengan cabaran besar pada PRU akan datang.
17 May 17
134
Terengganu Inc Kekal Prestasi Kewangan Memuaskan
Ahmad Razif (lapan dari kiri)bergambar kenangan dengan semua pemenang di Majlis Terengganu Inc Group Excellence Award 2017 di Duyong Marina Convention Centre, Pulau Duyong, Kuala Nerus. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailSyarikat pegangan pelaburan kerajaan negeri, Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc), masih merekodkan cerita kejayaan walaupun harga minyak jatuh sekali gus memberi kesan kepada kelembapan ekonomi dunia.Walaupun pendapatan kumpulan merosot daripada RM1 billion pada 2015 kepada RM960 million pada 2016, TI kekal merekodkan prestasi kewangan yang memuaskan terutamanya menerusi sektor perdagangan.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sumbangan pendapatan utama daripada Kumpulan TDM dan Ladang Rakyat mendorong peningkatan pendapatan sektor perladangan sebanyak RM640 juta pada 2016 berbanding RM629 juta pada 2015.“Di peringkat entiti pula, TI mencatatkan peningkatan pendapatan dividen sebanyak 23 peratus sekali gus mengumpul keuntungan sebelum cukai berjumlah RM26 juta. Prestasi kewangan Kumpulan TI yang memberangsangkan di sebalik landskap ekonomi yang tidak menentu, mencerminkan asas yang kukuh. Ianya juga disebabkan oleh strategi pengurangan risiko melalui kepelbagaian pelaburan.“Tahniah saya ucapkan. Marilah kita berikan satu tepukan gemuruh kepada semua yang telah menyumbang ke arah cerita kejayaan ini,”katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Terengganu Inc Group Excellence Award 2017 di Duyong Marina Convention Centre, Pulau Duyong, Kuala Nerus, malam tadi.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata, sempena malam penghargaan kepada pekerja dan bagi meraikan kecemerlangan dalam syarikat, beliau berkongsi satu kisah yang memberi inspirasi kepadanya.Katanya, pada 1929 terjadinya ‘The Great Depression,’ di mana ketika itu, seluruh dunia mengalami kemelesetan ekonomi. Syarikat gergasi di Amerika Syarikat seperti General Motors pada masa itu, terpaksa membuang separuh daripada pekerjanya akibat kemelesetan ekonomi dan banyak perusahaan besar terpaksa gulung tikar dan bankrap. Katanya, ramai yang kelaparan. Mana-mana perniagaan yang masih bertahan terpaksa menghentikan pembelian daripada kilang-kilang pembuatan. Ini adalah kerana, gudang mereka telah penuh dengan barangan yang tidak terjual.Manakala, Konosuke Matsushita, pencipta barangan elektrik jenama National dan Panasonic tekun mendengar laporan ekonomi yang semakin buruk.“Matsushita kemudiannya mengeluarkan arahan supaya dikurangkan pengeluaran kilang kepada separuh daripada biasa. Tetapi pekerja kilang jangan diberhentikan atau dibuang. Sebaliknya para pekerja diminta untuk bekerja di kilang selama setengah hari sahaja dan pekerja perlu bekerja pada setiap hari.“Gaji yang diterima pekerja adalah sama seperti yang mereka terima sekarang. Matsushita juga meminta semua pekerja untuk bekerja dengan tekun dan sebaik mungkin, serta berusaha untuk menjual semua barang-barang yang ada di gudang.Tambahnya, pendirian Matsushita yang mengutamakan kebajikan para pekerja menunjukkan betapa besarnya jiwa beliau apabila ramai pemilik syarikat terpaksa memberhentikan pekerja mereka, Matsushita mengambil pendekatan yang luar kezaliman apabila tidak memberhentikan pekerjanya sebaliknya, beliau membuat sedikit pengubahsuaian demi memastikan pekerjanya tidak diberhentikan.
17 May 17
141
Kerjasama Kerajaan Negeri dan AirAsia Tingkat kedatangan Pelancong
Ahmad Razif (tengah) meyaksikan MoA antara kerajaan negeri dan AirAsia Berhad di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Tg Mohd Syamim Tg IsmailKerajaan negeri hari ini menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia, AirAsia Berhad bagi mempromosi pelancongan tempatan di negeri ini.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, jalinan kerjasama ini merupakan satu titik permulaan ke arah pelaksanaan cadangan untuk menyediakan perkhidmatan penerbangan secara terus dan pergi balik dari Kuala Terengganu ke Johor Bahru. “Bagi sektor Kuala Terengganu, AirAsia menawarkan 28 penerbangan mingguan dan akan memulakan penerbangan terus daripada Johor Bahru ke Kuala Terengganu sebanyak tiga kali seminggu di mana penerbangan pertama akan bermula 22 Jun ini.“Di Johor, sasaran kita bukan hanya rakyat negeri itu tetapi termasuk Singapura dan negara lain,” ujarnya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Di Antara Kerajaan Negeri Dan AirAsia Berhad di Wisma Darul Iman, hari ini. Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Ahli Lembaga Pengarah AirAsia Berhad, Dato' Aziz Bakar.Menurut Ahmad Razif, AirAsia bukan sahaja mempunyai rangkaian perkihdmatan yang paling meluas dengan lebih 120 destinasi di 27 buah negara, malah sejak mula beroperasi pada tahun 2001, AirAsia telah membawa lebih 330 juta penumpang dan telah berkembang dari hanya dua kepada lebih 200 pesawat.Katanya, selain bertujuan untuk meningkatkan jumlah ketibaan pelancong ke Terengganu selaras dengan Visit Beautiful Teregganu 2017, jalinan kerjasama ini secara tidak langsung memudahkan akses pelancong luar ke negeri ini.“Ini bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri yang ingin menjadikan Terengganu ini sebagai negeri pelancongan yang mempunyai rangkaian kemudahsampaian yang efisien, rangkaian perkhidmatan pengangkutan yang mesra pelancong, prasarana yang mencukupi dan khazanah alam semulajadi, seni budaya dan warisan yang menggamit kehadiran pelancong,” ujarnya.
17 May 17
135
1,034 Anak Yatim Dapat Bantuan Pakaian Raya
Seramai 1,034 anak yatim membabitkan sekolah rendah dari Kuala Terengganu dan Kuala Nerus serta pelajar Asrama Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Negeri Terengganu (Perkaya) menerima sumbangan pakaian hari raya.Mereka terdiri daripada 495 murid tahun tiga dan 495 murid tahun enam dari 82 buah sekolah rendah disamping 523 pelajar dari Perkaya Marang, Besut, Kuala Terengganu dan Dungun.Majlis Penyampaian Sumbangan Pakaian Raya itu disampaikan isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama Yang Dipertua Perkaya, Prof Dato Dr. Tengku Mahmud Mansor.Program sumbangan pakaian hari raya itu merupakan aktiviti tahunan Perkaya ntuk membantu anak-anak yatim piatu di seluruh negeri sempena Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.Seorang penerima Ayu Kartika Azhar, 12, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tok Beng, Kuala Nerus gembira dengan sumbangan itu dan mahu menghadiahkan pakaian tersebut kepada adiknya, Nur Amirka Wahida, 11, yang juga Orang Kurang Upaya (OKU).Katanya, dia dan adik sudah ada baju jubah raya yang ibu saudara hadiahkan jadi saya akan bagi kain pasang itu dekat adik .“Adik yang cacat kedua-dua anggota kaki sejak lahir pasti suka dengan hadiah ini dan percaya adik mahu dijadikan baju gaun.“Tidak sabar untuk raya dan pakai baju baru walaupun kami hanya meraikan dalam serba kekurangan,” katanya.Ibu Katika meninggal dunia ketika pada 2012 sebab demam manakala ayah mengalami sakit tulang belakang akibat kemalangan..
16 May 17
451