Artikel "Utama" Terkini
Program Sidang DUN GPMS Cungkil Bakat Kepimpinan Belia
Program Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Muda Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) 2017 merupakan platform terbaik mencungkil bakat kepimpinan dalam kalangan belia negeri ini, kata Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong.Program dua hari berakhir hari ini diadakan di Wisma Darul Iman dipengerusikan sendiri oleh beliau.Katanya, selain memberikan pendedahan dan gambaran sebenar kepada golongan belia mengenai perjalanan dan prosedur sidang dewan, program itu juga berupaya melatih dan memberikan pendedahan kepada mereka adab dan peraturan ketika persidangan dewan berlangsung.“Belia-belia yang mengambil bahagian kali ini cukup bersedia. Mereka dapat berbahas dengan cukup baik dan adab juga dijaga. “Inilah yang kita mahu, generasi muda akan datang yang bukan sahaja mempunyai kewibawaan bercakap, beradap, tetapi jati diri yang kuat sayangkan agama, bangsa dan negara,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai Program Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Muda Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) 2017 yang diwakili 32 belia negeri ini, di Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya, sekiranya dilatih dengan suasana dewan dan diberi peluang, golongan belia ini mampu untuk menjadi pemimpin pelapis pada masa akan datang.Mohd Zubir berkata, program sebegini akan diadakan dari semasa ke semasa termasuk dibuka kepada pelajar universiti dan tingkatan enam untuk merakyatkan dewan.“Ini sebagai pendedahan kepada masyarakat umum bagaimana usul atau apa sahaja rang undang-undang yang diluluskan serta adab dan peraturan persidangan DUN,” ujarnya.
24 May 17
77
Terengganu Belanja RM867,600 Sempena Ihya' Ramadan
Mohd Zubir menyerahkan bantuan kepada masjid dan surau seluruh Terengganu sempena Majlis Pelancaran Program Ihya' Ramadan Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailKerajaan negeri membelanjakan RM867,600 kepada 1,706 masjid dan surau seluruh Terengganu sebagai mengimarahkan rumah ibadat sepanjang sambutan Ramadan tahun ini.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong berkata, peruntukan menerusi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) diagihkan kepada 494 masjid dan 1,121 surau yang akan menganjurkan pelbagai aktiviti bersama komuniti umat Islam setempat bagi menyemarakkan lagi ibadat di bulan puasa.Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak RM241,800 kepada 128 masjid dan 366 surau di Kuala Terengganu serta Kuala Nerus, RM148,000 kepada masjid (84) dan surau (210) di Besut, diikuti RM114,900 masjid (80) dan surau (113) di Hulu Terengganu dan RM100,200 kepada masjid (50) dan surau (164) di Kemaman.Sejumlah RM98,300 lagi untuk masjid (52) dan surau (151) di Marang , RM84,400 untuk masjid (48) dan surau (118) di Dungun serta RM80,000 kepada masjid (52) dan surau (90) di Setiu."Perbelanjaan ini sebagai tanggungjawab kerajaan negeri terhadap institusi yang menjadi pusat penyatuan umat supaya Ramadan disambut dengan penuh keberkatan pada kali ini."Perbelanjaan kepada masjid antara RM1,000 hingga RM2,000, manakala surau RM300 bergantung kepada saiz dan kapasiti jemaah, "katanya. Beliau berkata demikian kepada media di Majlis Pelancaran Program Ihya' Ramadan Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini.Mohd Zubir merasmikan program itu mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib, Pesuruhjaya JHEAT, Dato' Wan Mohd Wan Ibrahim dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya.Mohd Zubir berkata, perbelanjaan itu juga untuk menganjurkan 24 program ihya’ Ramadan yang dijadualkan di peringkat negeri sempena bulan puasa kali ini seperti tadarus al- Quran, gotong-royong di masjid dan juga tanah perkuburan.
23 May 17
231
Keuntungan TDM Berhad Cecah RM428.5 Juta
Syarikat milik kerajaan negeri, TDM Berhad mencatatkan hasil pendapatan sebanyak RM428.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 .Pengerusinya, Tan Sri Wan Abu Bakar Wan Omar , berkata bahagian perladangan kumpulan TDM turut meningkat sebanyak RM245.9 juta berbanding RM215.6 juta pada tahun sebelumnya. “Manakala bahagian penjagaan kesihatan pula mencatatkan pendapatan lebih tinggi berjumlah iaitu RM182.7 juta, peningkatan sebanyak 11 peratus berbanding RM165.2 juta pada tahun sebelumnya,”katanya dalam satu kenyataan.Perkara selanjutnya akan diumumkan pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-52 (AGM) dan juga Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), di Hotel Permai, Kuala Terengganu, pada 25 Mei ini.
23 May 17
236
Zakat Fitrah 2017 ditetapkan Tidak Kurang RM7 di Terengganu
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menetapkan kadar fitrah bagi tahun ini tidak kurang RM7 setiap orang.Yang Dipertua Maidam, Dato’ Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, kadar nilaian wang tunai itu dikira berdasarkan kepada harga beras gred Super Tempatan di pasaran setelah mengambil kira nilai bersamaan dengan beras 10 peratus hancur serta lima peratus hancur."Kadar fitrah yang ditetapkan dibuat setelah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.“Bagi mana-mana orang yang memakan beras dari jenis Super Import, maka kadar bayarannya adalah senilai dengan kadar beras yang dimakannya iaitu bersamaan 2.60 kilogram atau sukatan 2.97 cupak yang bersamaan satu gantang Baghdad,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Pengistiharan Ketetapan Fitrah Bagi Tahun 2017 di Pejabat Maidam, hari ini.Shaikh Harun berkata, pada tahun ini bayaran fitrah hanya boleh dibuat dengan wang tunai sahaja.“Untuk membayar fitrah, orang Islam di negeri ini bolehlah membayarnya di mana-mana kaunter bayaran zakat Maidam dari 8.30 pagi hingga 4 petang pada hari bekerja biasa.“Bagi memberi kemudahan kepada orang ramai, bermula 11 Jun hingga 24 Jun ini, kaunter bayaran zakat Maidam termasuk kaunter di Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan dibuka tujuh hari seminggu bermula 8.30 pagi hingga 4 petang,” ujarnya.Menurut beliau, Maidam turut melantik seramai 1,038 amil pada tahun ini dan mereka akan menjalankan pungutan fitrah serta zakat harta di setiap masjid dan surau."Sukacita saya mengingatkan bahawa adalah menjadi kesalahan sekiranya mana-mana orang Islam di negeri ini membayar fitrah atau zakat kepada orang selain Maidam atau wakilnya kerana ia termaktub dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Terengganu 2001," katanya.“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.Shaikh Harun berkata, jumlah kutipan zakat fitrah tahun ini dijangka meningkat dari tahun sebelumnya."Pada tahun lalu, kita mengutip RM6,037,022.45 zakat fitrah mewakili 4.5 peratus daripada jumlah keseluruhan zakat Terengganu yang bernilai RM133,641,272.65,” ujarnya.
22 May 17
199
300 Penguatkuasa JHEAT Pantau Kaki Ponteng Puasa
Pesuruhjaya JHEAT Wan Mohd Wan Ibrahim. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Umat Islam yang tidak menghormati Ramadan terutama makan di tempat terbuka waktu siang hari bakal `diangkut’ menggunakan kenderaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) untuk tindakan susulan.Pesuruhjaya, Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, pihaknya akan menggiatkan usaha membendung maksiat sepanjang bulan puasa termasuk menempatkan lebih 300 penguatkuasa di seluruh Terengganu. Katanya, daripada jumlah itu, JHEAT melantik kira-kira 200 penguatkuasa sambilan bagi memastikan pemantauan lebih menyeluruh dan giat di kawasan yang dikenal pasti supaya umat Islam sentiasa menjaga imej serta kemuliaan Ramadan.“Mereka (umat Islam) yang didapati makan di khayalak ramai pada bulan Ramadan akan diangkut menggunakan kenderaan kita yang disediakan di setiap daerah. Tumpuan akan diberikan kepada Kuala Terengganu.“Penguatkuasaan akan dilakukan di kawasan yang telah kita kenal pasti di tempat-tempat awam terutama premis perniagaan dan restoran berdasarkan maklumat orang ramai dan pemantauan yang dijalankan penguatkuasa,” katanya kepada media di Majlis Pelancaran Program Ihya' Ramadan Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini.Program dirasmikan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato’ Mohd Zubir Embong yang mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Wan Mohd berkata, individu yang ditahan boleh dikenakan denda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.Dalam pada itu, beliau juga menafikan viral di media sosial mengenai JHEAT menggunakan van jenazah untuk membawa mereka yang ponteng puasa kerana perkara itu boleh menjatuhkan maruah mereka.“Van jenazah untuk membawa orang mati, tiba-tiba kita memasukkan orang yang tidak berpuasa. Kita tidak akan melakukan sedemikian,”katanya.Sementara itu, beliau juga menasihatkan peniaga bazar Ramadan dan penguasaha makanan di restoran dan kedai makan supaya mematuhi garis panduan dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan termasuk masa yang sepatutnya memulakan operasi sepanjang Ramadan.
22 May 17
88
TNB Keluar Zakat RM161,282.35 Kepada Maidam
Mohd Rashdi menyerahkan zakat perniagaan TNB berjumlah RM161,282.35 kepada Shaikh Harun yang mewakili Maidam di Pejabat Maidam, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah KassimTenaga Nasional Berhad (TNB) Terengganu hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM161,282.35 bagi tahun kewangan berakhir 2016 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).Penyerahan zakat itu dilakukan oleh Pengurus Besar TNB Terengganu, Mohd Rashdi Ab Hamid kepada Yang Dipertua Maidam, Dato’ Shaikh Harun Shaikh Ismail.Mohd Rashdi berkata, pengguna TNB sekarang ini melebihi 8.9 juta dan antara faktor yang menyumbang ke arah pendapatan zakat ini.Bermula tahun 1996 hingga tahun lalu, TNB telah mengeluarkan zakat untuk Terengganu sebanyak RM17.8 juta.“InsyaAllah, sekiranya TNB terus berdaya maju, kita akan terus membayar zakat ini setiap tahun sebagaimana yang dilakukan sekarang," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan TM Terengganu kepada Maidam di Pejabat Maidam, hari ini.
22 May 17
52
Terengganu, Sulawesi Selatan Mahu Wujudkan Kerjasama Dalam Bidang Pertanian
Terengganu mahu berkerjasama dengan Sulawesi Selatan, Indonesia dalam bidang pertanian, terutama berkaitan penggunaan teknologi makanan dan inovasi yang diguna pakai pihak itu bertujuan meningkatkan ekonomi negeri serta membantu menambah pendapatan petani.Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, beliau telah membincangkan kerjasama itu dengan Gabenor Sulawesi Selatan dalam kunjungan kerjanya ke Terengganu selama tiga hari dua malam.Katanya, selepas Aidilfitri nanti, rombongan kerajaan negeri akan mengadakan kunjungan balas ke wilayah itu dengan menandatangani perjanjian yang boleh mendatangkan kebaikan kepada kedua-dua wilayah.“Antaranya berkaitan pendidikan dan pelancongan, termasuk meneruskan program pertukaran seramai 50 pelajar Terengganu ke Sulawesi Selantan dan sebaliknya pada setiap bulan.“Kerjasama yang diusahakan sejak 2012 antara Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) dan Dinas Pendidikan Provinsi Sulawesi Selatan mendatangkan banyak manfaat,”katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Taklimat Pembangunan Negeweri Kepada Gabenor Provinsi Sulawesi Selatan di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, petang iniHadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail serta Gabenor Provinsi Sulawesi Selatan, Tuan Yang Terutama DR.H. Syahrul Yasin Limpo
22 May 17
31
YDSM, Dinas Pendidikan Provinsi Sulawesi Selatan Jalin Kerjasama
Sultan Mizan ( tengah) menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian persefahaman antara YDSM yang diwakili Ahli Lembaga Pemegang Amanahnya, Dato’ Prof. Emeritus Dr. Abdul Rahman Embong manakala Dinas Pendidikan Provinsi Sulawesi Selatan diwakili Bapak Haji Ilman Yasin Limpo di Istana Syarqiyyah, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail.Satu lagi kerjasama strategik khususnya dalam bidang pendidikan dicapai antara Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) dan Dinas Pendidikan Provinsi Sulawesi Selatan hasil permeteraian memorandum persefahaman (MoU)di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu, hari ini.Pada upacara yang disaksikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin tersebut, YDSM diwakili Ahli Lembaga Pemegang Amanahnya, Dato’ Prof. Emeritus Dr. Abdul Rahman Embong manakala Dinas Pendidikan Provinsi Sulawesi Selatan diwakili Bapak Haji Ilman Yasin Limpo.Menurut Abdul Rahman, kerjasama itu adalah rentetan daripada hasil MoU antara kedua-dua pihak pada 2012 di Makassar bagi meningkatkan kerjasama pendidikan dari segi pengukuhan Bahasa Inggeris antara pelajar .“Hasil MoU pertama itu, setiap tahun pelajar-pelajar dari sekolah di Sulawesi Selatan datang ke Terengganu setiap kali YDSM mengadakan Program Pengukuhan Bahasa Inggeris Piala YDSM.“Mereka diberi ruang untuk membuat persembahan, mengadakan aktiviti dan pertandingan dalam Bahasa Inggeris serta hadir di sekolah-sekolah terlibat yang secara tidak langsung memupuk semangat kerjasama antara kedua-dua pihak dan pada masa sama meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Permeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) itu sempena Majlis Penghargaan Untuk Tuan Yang Terutama Gabenor Provinsi Sulawesi Selatan dan Majlis Pengurniaan Hadiah Piala Yayasan Diraja Sultan Mizan 2017 di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu, hari ini.Sultan Mizan berkenan mengurniakan hadiah kepada para pemenang.Turut Hadir, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail serta Gabenor Provinsi Sulawesi Selatan, Tuan Yang Terutama DR.H. Syahrul Yasin Limpo.Abdul Rahman berkata, selepas lima tahun sekali lagi MoU dimeterai antara YDSM dan Dinas Pendidikan Provinsi Sulawesi Selatan bagi memperluaskan lagi jalinan kerjasama dalam bidang pendidikan antara kedua-dua pihak.“Selepas lima tahun kita adakan kerjasama dan acara-acara juga sentiasa ditambah baik, menerusi MoU kali ini kita hendak tingkatkan lagi usahasama itu.“Contohnya, melalui Program Pengukuhan Bahasa Inggeris, acara-acara yang dipertandingkan seperti ‘Smart English’, ‘Chorasical Sketch’ dan ‘Chain Story Telling’ serta Program Pengukuhan Bahasa Arab, bukan sahaja dapat berkongsi ilmu dan kreativiti di kalangan pelajar kita dan pelajar luar malah mereka juga mempunyai pengalaman yang sangat berharga yang dapat kita manfaatkan,” ujarnya.
22 May 17
127
MBKT Sedia 2,360 Tapak Niaga Bazar Ramadan
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika membuat tinjauan di Bazar Ramadan Shah Bandar pada tahun lalu.Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menyediakan 2,360 tapak niaga bazar Ramadan di 17 lokasi sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus pada tahun ini bagi membolehkan peniaga menjual pelbagai juadah berbuka puasa.Jumlah itu membabitkan 11 lokasi di Kuala Terengganu termasuk Chabang Tiga, Pasar Manir, Pasar Bukit Besar, Batu Burok, Taman Permint Jaya, Pengadang Baru, Jalan Budiman, Kuala Ibai dan Shah Bandar.Manakala enam kawasan di Kuala Nerus membabitkan Pasar Batu Enam, Wakaf Tengah, Gong Badak, Pasar Teluk Ketapang, Pasar Bukit Tunggal dan Pulau Duyong.Datuk Bandar MBKT, Mohd Zulkifli Abu Bakar berkata, sebanyak lima lokasi pula diluluskan untuk jualan pelbagai dan barangan kering termasuk pakaian, kelengkapan raya dan biskut raya.Katanya, daripada jumlah itu tiga lokasi iaitu Pasar Payang, Batas Baru dan tapak Pasarnita, Kampung Tanjung dibenarkan berniaga sepanjang Ramadan.“Hanya peniaga di Jalan Paya Keladi dan perkarangan depan PB Square, dibenarkan berusniaga mulai 12 Mei atau 15 Ramadan terakhir,” katanya ketika dihubungi Teganukita.Menurutnya, semua peniaga bazar Ramadan dibenarkan berniaga selepas jam 3 petang kecuali yang menjual barangan pelbagai.Tambahnya, peniaga juga diingatkan tidak mengabai aspek kebersihan dan kualiti makanan yang disediakan dalam mencari keuntungan.“Bagi tujuan itu, penguatkuasa kesihatan MBKT dengan kerjasama Jabatan Kesihatan negeri akan mengadakan pemeriksaan dan pemantauan secara berkala pada setiap hari sepanjang Ramadan,”katanya. Zulkifli berkata, kerja-kerja pemantauan merangkumi semua aspek termasuk kebersihan makanan, persekitaran, peralatan memasak dan kebersihan dan tahap kesihatan peniaga serta pekerja.“Selain perlu mendapatkan suntikan vaksin seminggu sebelum berniaga, mereka perlu memakai tanda nama, mempamerkan perakuan kad kesihatan dan memakai apron serta penutup kepala ketika berurusniaga," katanya.
21 May 17
226
Projek Puncak Temala Wakaf Tapai Penuhi Keperluan Rakyat
Ahmad Razif (tengah) melihat model projek selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Puncak Temala, Wakaf Tapai, Marang. Foto oleh Tengku Syamim tengku IsmailProjek Puncak Temala bakal menyediakan 685 unit kediaman dan unit komersil, satu lagi lakaran cerita kejayaan kerajaan negeri untuk penduduk Wakaf Tapai, Marang dan sekitarnya.Pembinaan di kawasan berkeluasan hampir 27 hektar melibatkan tiga fasa merangkumi 100 unit rumah berkembar, 349 unit rumah teres, 160 unit rumah mampu milik dan 76 unit kedai pejabat serta satu lot tapak komersil berhadapan jalan raya utama.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata pembangunan perumahan baharu menerusi syarikat pemaju, Temala Development Sdn Bhd (TDSB ) akan menyemarakkan lagi pembangunan setempat khususnya di Marang."Kawasan ini boleh menjadi sebuah kawasan pertumbuhan satelit yang baharu sekali gus merancakkan lagi aktiviti ekonomi daerah serta sekitarnya."Kerajaan akan berusaha untuk membina lebih banyak rumah bagi memenuhi kehendak dan kemampuan rakyat sama ada melalui agensi kerajaan sendiri atau melalui inisiatif pihak swasta seperti hari ini,"katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek pembangunan Puncak Temala, Wakaf Tapai, Marang, semalam.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains,Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang; Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato Pehimi Yusof.Hadir sama, Pengerusi Temala Development Sdn Bhd, Dato' Wan Zakaria Abdul Rahman, ketua-ketua jabatan dan pemimpin parti.Ahmad Razif berkata, projek itu juga merealisasikan hasrat kerajaan untuk memfokuskan pembangunan dan memenuhi keperluan rakyat merangkumi 3P, dengan P yang pertama, perumahan untuk kakitangan awam yang berpendapatan rendah dan sederhana, selain pendapatan dan peluang pekerjaan.Lokasi Puncak Temala yang hanya tujuh kilometer dari Plaza Tol Ajil dan 23 kilometer dari pusat bandar Kuala Terengganu bukan sahaja lokasi srategik dan baik untuk didiami malah untuk tujuan perniagaan.Selain itu juga, sebanyak 349 unit rumah teres dua tingkat di Puncak Temala dengan keluasan lebih 11 hektar akan diperuntukkan kepada penjawat awam melalui Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M ).
21 May 17
1344