lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Kerajaan Negeri Peruntuk RM3,719,100 Bantu Persediaan 4,209 Pelajar Ke IPT
Ahmad Razif menyampaikan bantuan persediaan kepada pelajar lepasan SPM Parlimen Kuala Nerus di Duyong Marina & Resort, hari ini. Foto Oleh: Tg Syamim Tg IsmailKerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu memperuntukkan RM3,719,100 untuk diagihkan kepada 4,209 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai bantuan persediaan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, penyampaian bantuan persediaan dan bantuan pembelian komputer untuk pelajar yang berjaya menyambung pengajian di matrikulasi dan diploma bagi peringkat pertama itu diadakan bermula hari ini sehingga 1 Jun ini yang melibatkan pembahagian di semua 32 Dewan Undangan Negeri.Katanya, daripada jumlah itu seramai 2,050 pelajar yang akan melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi di Semenanjung manakala 17 pelajar yang akan ke Sabah dan Sarawak."Bagi peringkat diploma pula, 2,132 pelajar yang akan menyambung pengajian di Semenanjung manakala sepuluh pelajar yang menyambung pengajian peringkat sama di Sabah dan Sarawak," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Pembahagian Bantuan Persediaan Yayasan Terengganu serta Bantuan Pembelian Komputer Sesi Pengajian 2017/2018 (Parlimen Kuala Nerus) di Duyong Marina & Resort, hari ini.Turut hadir, Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farouk Husin Tengku Abdul Jalil serta Pengarah Yayasan Terengganu, Ishamudin Hashim.Ahmad Razif berkata, setiap pelajar yang mengikuti program matrikulasi di Semenanjung akan menerima RM500 seorang, manakala pelajar di Sabah dan Sarawak pula akan menerima RM800 seorang.“Pelajar yang mengikuti pengajian peringkat diploma di Semenanjung pula menerima sebanyak RM750 manakala sebanyak RM1,050 pula diberikan kepada pelajar di Sabah dan Sarawak,” ujarnya.Katanya, bantuan pembelian komputer sebanyak RM500 juga diserahkan dalam bentuk wang tunai kepada pelajar peringkat diploma.Menurut Ahmad Razif, setiap tahun kerajaan negeri membelanjakan kira-kira RM20 juta untuk bantuan persediaan bagi mereka yang mengikuti pengajian di peringkat matrikulasi, sijil, diploma dan ijazah serta untuk pembelian komputer dimana pembahagiannya dilakukan secara berperingkat. 
28 May 17
161
Empty Image
TPM Solat Tarawih Bersama 2,000 Jemaah Di Masjid Sultan Muhammad
Seramai 2,000 umat Islam memenuhi ruang legar Masjid Sultan Muhammad, Bukit Besar, malam ini untuk menunaikan solat tarawih berjemaah bersama Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, malam ini.Jemaah sebelum itu menunaikan solat Isyak dan sebaik selesai solat sunat tarawih swrta witir yang diimamkan Imam Besar Negeri, Ustaz Aizi Saidi Abdul Aziz, Ahmad Zahid bersama-masa pemimpin dan masyarakat setempat kemudiannya moreh di perkarangan masjid itu.Turut serta, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Hadir sama, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Ladang, Dato' Mohd Sabri Alwi serta pemimpin setempat yang lain.Terengganu menjadi negeri pertama yang dikunjungi Ahmad Zahid  untuk berbuka puasa sebelum diikuti negeri-negeri lain untuk sepanjang Ramadan ini.Beliau bersama pengurusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bertemu dengan pegawai dan anggota agensi di bawah KDN serta badan bukan kerajaan, parti politik dan semua kumpulan masyarakat bagi mengeratkan silaturahim.Ahmad Zahid yang tiba dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus, kira-kira jam 5.45 petang tadi, sebelum itu ke Masjid Jamek, Tok Jembal, Kuala Nerus bagi menghadiri Program Penetapan Nilai Murni Di Bulan Ramadan Bersama YAB Timbalan Perdana.Beliau kemudiannya berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib berjemaah bersama pemimpin serta masyarakat setempat sebelum bergegas ke Masjid Sultan Muhammad.Ahmad Zahid kemudiannya berlepas pulang ke Kuala Lumpur kira-kira jam 10.20 malam ini.
28 May 17
663
Empty Image
Rakyat Digesa Elak Pembaziran-TPM
Timbalan Perdana Menteri, Dato' Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa orang ramai terutama umat Islam agar jangan melakukan pembaziran makanan terutama sepanjang Ramadan kerana amalan itu bertentangan ajaran Islam.Katanya, negara telah digemparkan dengan fakta yang menunjukkan rakyat Malaysia membazir 17,800 tan makanan sehari berdasarkan Statistik Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp)."Angka ini cukup menggerunkanb apabila tiba Ramadan setiap tahun rakyat negara ini membuang 270,000 tan makanan yang tidak diusik dan boleh dimakan semula." Analisis itu juga mencatatkan jumlah makanan tersebut boleh dihidangkan kepada 180 juta orang, hampir enam kali ganda melebihi populasi Malaysia," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni YAB Timbalan Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Dalam Negeri Periingkat Negeri Terengganu dan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Jamek,  Tok Jembal, Kuala Nerus, petang iniSementara itu Ahmad  Zahid turut memberitahu, kerajaan telah mengarahkan kawalan keselamatan di semua pintu masuk di sempadan negara dan lorong-lorong tikus terus diperketatkan lagi  untuk memastikan negara selamat daripada ancaman keganasan."Semua agensi penguatkuas kawalan sempadan selain kerjasama polis marin akan terus memantau semua pintu-pintu masuk persempadanan negara demi keselamatan," katanya.Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri juga akan memastikan negara dan rakyat sentiasa selamat daripada sebarang ancaman apatah lagi kalangan pengganas merupakan rakyat negara ini sendiri."Pihak keselamatan khususnya polis sudah mengenal pasti senarai semua individu yang disyakki terbabit dalam kegiatan militan Daesh."Polis telah melakukan beberapa penagkapan ke atas mereka terbabit yang termasuk dalam senarai orrang yang disyaki."Pihak berkuasa tidak akan berhenti di situ saja dan kita akan teruskan pemburuan agar semua yang ada dalam senarai itu takkan telepas," katanya.
28 May 17
47
Empty Image
Terengganu Negeri Pertama Anjur Program Penerapan Nilai Murni Bersama TPM
 Terengganu menjadi negeri pertama penganjuran Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Bersama Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang akan diadakan di seluruh negeri sepanjang bulan Ramadan ini.Program dihadiri lebih 2,000 tetamu itu diadakan sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Jamek, Tok Jembal, Kuala Nerus, petang tadi.Hadir sama, Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato' Sri Alwi Ibrahim.Tetamu kehormat lain, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar; ketua-ketua pengarah jabatan dan pemimpin setempat.Program turun padang itu bertujuan mengeratkan silaturahim sesama penduduk serta mengimarahkan masjid.Sebelum berbuka puasa Zahid bersama Ahmad Razif sempat menyampaikan sumbangan kepada kira- kira 100 anak yatim dan mendengar tazkirah agama.Timbalan Perdana Menteri turut menunaikan Solat Maghrib berjemaah, sebelum ke Masjid Bukit Besar, Kuala Terengganu untuk menunaikan Solat Terawih.
28 May 17
231
Empty Image
TPM Tiba Di Terengganu Untuk Berbuka, Solat Tarawih Bersama Rakyat
 Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus, petang ini untuk berbuka puasa dan berterawih bersama rakyat negeri ini. Foto oleh Zulkipli CW PutraTimbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus, kira-kira jam 5.45 petang ini.Terengganu menjadi negeri pertama yang dikunjungi Menteri Dalam Negeri itu untuk berbuka puasa sebelum diikuti negeri-negeri lain sepanjang bulan Ramadan ini. Beliau bersama pengurusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bertemu dengan pegawai dan anggota agensi di bawah KDN serta badan bukan kerajaan, parti politik dan semua kumpulan masyarakat bagi mengeratkan silaturahim.Ketibaan Ahmad Zahid di LTSM disambut Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, pegawai kanan kerajaan serta pemimpin politik setempat.Beliau kemudiannya dibawa ke Masjid Jamek, Tok Jembal, Kuala Nerus untuk menghadiri Program Penetapan Nilai Murni Di Bulan Ramadan Bersama YAB Timbalan Perdana, sebelum berbuka puasa dan  menunaikan solat maghrib berjemaah bersama pemimpin serta masyarakat setempat.Sejurus program itu, beliau dijadualkan akan ke Masjid Sultan Muhammad Bukit Besar, Kuala Terengganu bagi menunaikan solat Isyak dan bertarawih, serta moreh bersama penduduk sekitar.Ahmad Zahid dijangka akan berlepas pulang ke Kuala Lumpur kira-kira jam 10.00 malam ini.
28 May 17
312
Empty Image
Masjid, Surau Disaran Solat Sunat Hajat
Ahmad Razif menyampaikan sumbangan kepada wakil masjid pada Majlis Penyampaian Bantuan Moreh Kepada Masjid dan Surau Parlimen Kuala Nerus, di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, hari ini. Foto Harish Fadzillah Kasim Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif menyeru umat Islam di negeri ini supaya mengadakan solat hajat dan bermunajat  bagi mendoakan keselamatan negara, khususnya Terengganu agar diberi perlindungan Allah SWT dari ancaman kumpulan militan.Katanya, umum mengetahui di Selantan Thailand kini berdepan dengan ancaman musuh yang bertindak mengebom tempat-tempat awam, termasuk pasaraya sehingga menyebabkan puluhan penduduk tempatan meninggal dunia.“Justeru, saya meminta semua masjid di negeri ini mengadakan solat hajat, terutama setiap kali  selepas solat Jumaat dan berterusan sehingga kemelut selesai,”katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Moreh Kepada Masjid dan Surau Parlimen Kuala Nerus, di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, baru-baru ini.Ahmad Razif turut memberitahu, ahli  jawatankuasa masjid mahupun surau diminta sentiasa bergerak aktif  mengimarahkan masjid dan surau  dengan menganjurkan tadarus dan pelbagai aktiviti keagamaan pada bulan Ramadan ini.Katanya,  perlu mengajak golongan profesional, orang muda dan kanak-kanak untuk bersama-sama meraikannya agar Rumah Allah tidak sunyi dengan program keagamaan.“Golongan muda dan kanak-kanak harus dibimbing menyertai aktiviti keagamaan supaya mereka tidak merasakan diri terpinggir.“Pada masa sama mampu mendidik diri mereka ke arah kebaikan dan menjadikan amalan ke masjid sebagai tugas hakiki dalam kehidupan,”katanya  
27 May 17
134
Empty Image
Bubur Lambuk Percuma Di Masjid Abidin 4 Hingga 8 Jun Ini
Kerajaan negeri menerusi anak syarikat, Terengganu Incorporated (Terengganu Inc) akan meneruskan tradisi mengagihkan bubur lambuk percuma kepada umat Islam sempena sambutan Ramadan tahun ini.Pengagihan selama lima hari bermula 4 Jun, di Masjid Abidin atau dikenali Masjid Negeri melibatkan kira-kira 7,500 bungkus bubur lambuk dengan peruntukan RM28,000 sebagai tanggungjawab sosial korporat badan itu.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman turut meluangkan masa mengagihkan bungkusan makanan berkenaan kepada orang ramai, hari ini."Kita meneruskan tradisi mengagihkan bubur lambuk secara percuma sebagaimana dilaksanakan tahun- tahun sebelum ini,"kata Ahmad Razif.Turut serta, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak dan Imam Besar Masjid Negeri, Aizi Saidi Abdul Aziz.Katanya, bermula 4 Jun nanti, sebanyak 1,500 bungkusan bubur lambuk akan disediakan setiap hari hasil sumbangan dan dana yang terkumpul menerusi orang perseorangan dan badan korporat.Sehubungan itu, orang ramai dijemput ke Masjid Abidin bagi mendapatkan bubur lambuk percuma sepanjang tempoh berkenaan.
27 May 17
193
Empty Image
Pendapatan TDM Meningkat 17 Peratus
Mohamat bercakap kepada media ketika sidang media sejurus selesai Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-52 dan juga Mesyuarat Agung Luar Biasa di Hotel Permai, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkipli Putra.Syarikat milik kerajaan negeri, TDM Berhad hari ini mengumumkan hasil pendapatan kewangan bagi suku pertama berakhir tahun ini, meningkat sebanyak 17 peratus kepada RM113.9 juta berbanding RM97.5 juta, bagi tempoh yang sama tahun lalu.Manakala keuntungan bersih pula direkodkan sebanyak RM22.5 juta, pulangan daripada kerugian bersih pada tahun sebelumnya sebanyak RM2.9 juta.Pengarah Urusan Kumpulan TDM, Dato’ Mohamat Muda berkata, peningkatan dalam prestasi kewangan didorong dari bahagian perladangan dengan harga jualan minyak sawit mentah (MSM) dan isirong sawit (PK) yang menunjukkan jumlah pengeluaran lebih tinggi.“Bagi suku pertama tahun ini juga,  pendapatan daripada bahagian perladangan meningkat sebanyak 38 peratus kepada RM69.3 juta daripada RM50.2 juta bagi tempoh yang sama tahun lalu.“Harga jualan purata setiap tan MSM dan PK meningkat masing-masing kepada RM3,256 dan RM3,204, berbanding dengan RM2,431 (minyak sawit mentah) dan RM2,103 (isirong sawit) tahun lepas. Sejurus itu, dari tahun ke tahun, pengeluaran MSM meningkat sebanyak empat peratus, manakala pengeluaran PK pula meningkat sebanyak  tujuh peratus,”katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas selesai Mesyuarat Agung Tahunan ke-52 dan juga Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), di Hotel Permai, Kuala Terengganu, hari ini.Menurut Mohamat, pada suku yang sama juga, TDM mencatatkan 94 peratus penjualan minyak sawit mampan yang diperakui (CSPO) daripada jumlah pengeluaran. Katanya, penjualan CSPO premium dikutip daripada RM134  per tan metrik dan RM82 per tan metrik untuk Identify Preserved and Mass Balance. Selain itu, kami juga mencatatkan jualan sulung isirong sawit mampan yang diperakui,  pada suku tersebut terdiri daripada 1,542 tan metrik Identify Preserved dan 724 Mass Balance pada premium sebanyak RM120 per tan metrik dan RM70 per tan metrik.Tambah beliau lagi, TDM  memulakan 2017 dengan prestasi baik dan kukuh dari bahagian perladangan.“Kami akan terus melabur dalam kemampanan jangka panjang perniagaan kami dengan menjalankan aktiviti penanaman semula reka bentuk susun atur ladang baru, yang telah dioptimumkan untuk penanaman kepadatan yang lebih tinggi, membolehkan kita untuk menanam lebih banyak pokok sehektar dan untuk meningkatkan tahap penggunaan jentera di ladang kami. Ini dijangka meningkatkan produktiviti dan kecekapan lading kami dalam jangka panjang.Menurut beliau lagi, bhagian penjagaan kesihatan melaporkan pendapatan sebanyak RM44.6 juta pada suku pertama tahun ini, berbanding dengan RM47.4 juta pada tahun sebelumnya disebabkan oleh dua peratus penurunan dalam jumlah pesakit dalaman. Dalam tempoh yang sama itu, TDM juga menanggung kos kakitangan yang lebih tinggi disebabkan keperluan peraturan baru oleh Kementerian Kesihatan berkaitan dengan peningkatan dalam kakitangan bagi nisbah katil daripada 1:6 ke 1:2.“Kami memperkenalkan kaedah perkhidmatan baru dan menaik taraf kemudahan perubatan di hospital pakar komuniti kami untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti yang lebih baik untuk pesakit kami. "Kami percaya ini akan meningkatkan aspirasi kami untuk menjadi peneraju dalam menyediakan penjagaan kesihatan pertengahan yang berpatutkan di kawasan kami beroperasi,” katanya lagi.Pada suku tersebut, TDM turut menjana aliran tunai operasi bersih RM27.4 juta, berbanding RM5.7 juta pada tahun sebelumnya. Malah, aliran tunai dan baki di bank masih mengukuh kepada RM141.1 juta pada akhir Mac 2017, berbanding RM122.2 juta pada akhir Disember  tahun lalu. Manakala jumlah pinjaman kekal tidak berubah pada RM824.0 juta, sementara aset bersih sesaham meningkat kepada 89 sen sesaham, daripada 87 sen sesaham sebelumnya.
25 May 17
35
Empty Image
Aspek Kebajikan Jadi Agenda Puspanita
Kamisah (kanan) ketika merasmikan  Puspanita Cawangan Daerah Kuala Nerus, di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, hari ini.Foto oleh Harish Fazillah KassimPersatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Terengganu akan merencanakan lebih banyak program dengan memberikan fokus terhadap aspek kebajikan seiring dengan hasrat kerajaan berasaskan lapan prinsip Transformasi Terengganu Baharu.Pengerusi Puspanita Terengganu, To’ Puan Anis Hamid, berkata oleh itu, pihaknya akan menggunakan platform itu sebaik mungkin bagi menjalankan pelbagai aktiviti yang boleh menjana sumbangan idea-idea, bakat dan tenaga ahli-ahli Puspanita.“InsyaAllah dengan pengurusan yang tersusun dan komitmen semua ahli, aktiviti ini akan melahirkan satu semangat berpasukan yang tinggi, selain dapat memberi satu impak yang baik dan manfaat kepada masyarakat,” katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Puspanita Cawangan Daerah Kuala Nerus, di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, hari ini.Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Pengerusi 1 Puspanita Terengganu, To' Puan Kamisah Dollah.Hadir sama, Pengerusi Puspanita Cawangan Daerah Kuala Nerus, Datin Nor Zaini Abd Latif.Anis berkata, beliau amat percaya dengan kepimpinan Nor Zaini bersama barisan ahli jawatankuasa yang telah dilantik itu bakal mengangkat Puspanita  Daerah Kuala Nerus sebaris dengan Puspanita daerah lain.“Bersama-sama menjayakan misi Puspanita iaitu menjadi wanita yang berdaya saing, berilmu, berkemahiran, berketrampilan dan bertakwa supaya dapat menyumbang kepada pembangunan diri, keluarga dan masyarakat,”katanya.
24 May 17
922
Empty Image
700 Kapal Layar Singgah Di Terengganu
Ahmad Faisal bersama pelayar yang singgah di Kuala Terengganu dirai dalam satu majlis di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Foto Harish Fadzillah KassimLebih 700 kapal layar membabitkan hampir 1,500 pelayar luar negara singgah ke Terengganu melalui Program Sail Malaysia- Passange To The East yang diperkenalkan sejak 2008.Antaranya negara terlibat Australia, New Zealand, United Kingdom, Amerika Syarikat, Belgium, Perancis, Jerman, Mexico, Thailand dan Filipina.Program yang dikendali kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu itu bertujuan memperkenalkan laluan pelayaran baru dan lokasi menarik di negeri ini.Pengarah jabatan itu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, berkata Terengganu menjadi lokasi wajib singgah berikutan mempunyai pelbagai kemudahan, antara  lokasi mengisi minyak,  marina bertaraf antarabangsa dan tempat pembaikian kapal.Katanya, kebiasaan mereka mengambil masa tiga hingga empat minggu untuk berada di satu-satu lokasi, termasuk  Sabah  dan Sarawak.“Pelbagai aktiviti  dirancang, termasuk scuba dan snokling jika berada di pulau, apabila di daratan pula akan melawat pelbagai tempat menarik.“Di Kuala Terengganu, kita membawa mereka  ke  Kampung Cina, Pasar Payang, Muzium Negeri, Taman Tamadun Islam dan  Kompleks Kraf Noor Arfa,”katanya.Beliau bekata demikian kepada pemberita selepas meraikan 30 pelayar Program Sail Malaysia- Passange To The East di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini.Sebelum itu  pelayar yang sama berlabuh di Cukai, Kemaman kemudian di Pulau Kapas, Marang sebelum singgah di Kuala Terengganu dan  selepas ini dijadualkan  ke Pulau Redang.Ahmad Faisal berkata, kunjungan pelayar pada tahun ini agak merosot iaitu hanya 30 pelayar (15 kapal layar) berbanding 70 pelayar (50 kapal layar) sebelum ini.“Faktor itu berkemungkinan pelayar berasa kurang selamat berikutan ancaman lanun di perairan selatan Filipina yang berlaku awal tahun ini.“Perkara ini sudah diperjelaskan kepada mereka perihal sebenar dan yakin kedatangan pelayar pada tahun akan datang kembali seperti biasa iaitu anggaran 60 hingga 70 pelayar,”katanya.
24 May 17
113