Artikel "Utama" Terkini
Pembinaan Jalan dan Jambatan Kampung Jeram Tok Kong Ke Bukit Guntong Siap Sepenuhnya
Pembinaan jalan dan jambatan menghubungkan Kampung Jeram Tok Kong dan Bukit Guntong, Kuala Terengganu siap sepenuhnya dan mula dibuka kepada orang ramai, hari ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, projek yang menelan kos sebanyak RM225,992,000 itu melibatkan pembinaan jalan baharu sepanjang 5.6 kilometer (km) dan naik taraf jalan sedia ada sepanjang 2.0 km.“Jalan empat lorong yang dibina sebagai laluan alternatif ini bukan sahaja dapat mengelakkan kesesakan di laluan sedia ada di Jambatan Sultan Mahmud dan jambatan Manir ketika waktu puncak dan musim perayaan tetapi dapat mempercepatkan perjalanan ke Kuala Terengganu."Malah, ianya merupakan penghubung penting bagi kenderaan-kenderaan keluar dari Lebuh Raya Pantai Timur 2 ke Kuala Terengganu,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Jalan dan Jambatan Dari Kampung Jeram Tok Kong Ke Bukit Guntong di Tapak Projek Jeram Tok Kong, hari ini.Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau negeri, Ir Rosli Othman dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Terengganu, Ir Abd Hamid Md Daud.Menurut Ahmad Razif, projek yang dijangka siap pada Disember 2012 itu tergendala hampir lima tahun disebabkan masalah pengambilan tanah yang berlarutan walaupun status kemajuan kerja ketika itu telah mencapai 95 peratus dengan baki kerja sepanjang 250 meter.
19 Jun 17
739
Terengganu Bayar Bonus Guru Khidmat Masyarakat Dan Pintar Al-Quran
Ghazali bersama bekas qari dan qariah selepas Majlis Majlis Apreasiasi Gema Wahyu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Terengganu memperuntukkan RM765,600 sebagai bayaran bonus perayaan Aidilfitri kepada 1,532 guru khidmat masyarakat dan 190 guru pintar al-Quran di seluruh negeri ini.Berdasarkan jumlah itu, seramai 1,055 guru khidmat masyarakat yang berkhidmat melebihi 10 tahun layak menerima RM500 dan selebihnya iaitu 477 orang di mana perkhidmatannya kurang daripada tempoh sembilan tahun dibayar RM300.Manakala seramai 190 guru pintar al-quran turut layak menerima RM500.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib, berkata kerajaan negeri tidak melupakan jasa qari dan qariah yang pernah mengharumkan nama Terengganu di peringkat kebangsaan dan luar negara.Katanya, oleh itu, sebanyak RM16,000 diperuntukkan untuk lapan qari dan qariah bagi tujuan itu. Setiap individu layak memperoleh RM2,000 beserta sijil penghargaan serta plak anugerah.“Mereka yang disenaraikan adalah Dato’ Rogayah Sulong, Mohamad Awang Teh, Sepiah Mohamad, Maznah Awang, Aminah Omar (allahyarhamah), Daud Che Man (allahyarham), Embat @Siah Mat Amin dan Ahmad Termizi Ali.“Untuk mencapai kejayaan ke tahap ini bukanlah suatu perkara mudah, kerana perlu disertai dengan kesungguhan, keikhlasan dan komitmen yang tinggi,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Apreasiasi Gema Wahyu dan Bayaran Bonus Guru-Guru Khidmat Masyarakat dan Guru Pintar Al-Quran 2017, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Ghazali berkata, tradisi membaca al-Quran perlu dipertingkatkan kepada kebolehan bidang tarannum khususnya di samping bimbingan ke arah untuk mendalami isi kandungan al-Quran.“ Saya percaya dan keyakinan penekanan budaya cakna dan celik al-Quran akan melahirkan ummah berketerampilan, berketahanan dan mempunyai jati diri,”katanya.
18 Jun 17
78
Yang Di-Pertuan Muda Kurnia Sumbangan Raya
Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan sumbangan Sempena Hari Raya AidilFitri di Dewan Sivik Kuala Telemong, hari ini. Foto Oleh: Tg Syamim Tg IsmailYang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Sumbangan Sempena Hari Raya AidilFitri di Dewan Sivik Kuala Telemong, hari ini.Turut berangkat kekanda Tengku Nadhirah Zahrah dan adinda Tengku Muhammad Mua’az. Hadir sama YAM Tengku Sri Temenggung Raja; Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Ahli-Ahli Dewan Pangkuan DiRaja Terengganu; Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Dato' Jailani Johari; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato' Tengku Putera Tengku Awang dan Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan, Dato' Rozi Mamat. Pada majlis itu, seramai 300 orang pelajar miskin dan anak yatim yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan rendah dari dua daerah iaitu Hulu Terengganu (150) dan Marang (150) terpilih menerima sumbangan berupa baju raya, kurma dan wang tunai setiap seorang. Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Nadhirah Zahrah masing-masing berkenan menyampaikan sumbangan kepada semua penerima.Amir Hafizi (tengah)Bagi Amir Hafizi Kamarudin ,9, dari Sekolah Kebangsaan Jerong, berkata ini adalah kenangan manis yang tidak akan dilupakan kerana terpilih menerima sumbangan daripada Yang Di-Pertuan Muda Terengganu,Tengku Muhammad Ismail. Amir Hafizi yang merupakan anak ketiga dari empat beradik kini tinggal bersama ibunya seorang penoreh getah apabila kedua ibu bapanya berpisah. "Seronok sangat dapat bersalam dengan Tuanku Raja Muda yang sebelum ni hanya dengar cerita sahaja.“Sumbangan baju ni akan saya pakai pada hari pertama dan duit raya pula saya nak simpan untuk persekolahan nanti. "Beban mak dah kurang sikit, nanti bolehlah beli baju untuk adik beradik saya yang lain sebab yang dapat hari ini dah terlalu sempurna untuk menyambut Aidilfitri,"katanya.
18 Jun 17
940
Serikandi Ceriakan Aidilfitri 200 Pelatih PDK
Seramai 200 pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) ceria apabila diraikan Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) di Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Mydin Mall Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Sumbangan disampaikan isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria merangkap Yang Dipertua Serikandi.Halina mengucapkan rasa syukur kerana dapat menjayakan program dan memberi bantuan bagi menceriakan anak-anak istimewa ini menjelangnya hari raya tidak lama lagi.Beliau berkata, pada tahun lalu, badan itu meraikan pelatih di majlis berbuka puasa, manakala kali ini membuat sedikit kelainan dengan memberi sumbangan pakaian dan duit raya.“Malah, pelatih boleh memilih sendiri pakaian raya yang mereka minat dan tertarik di Mydin Mall Gong Badak Kuala Nerus ini,” katanya.Sementara Setiausaha Kehormat Serikandi, Datin Ayuni Abdul Razak berkata, sumbangan diberikan kepada 200 orang Pelatih PDK dari seluruh Terengganu melibatkan RM200 seorang."RM150 untuk pakaian raya dan RM50 duit raya. Sumbangan ini diharap dapat meringankan beban dan membantu pelatih untuk persiapan hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi,"katanya.Seorang penerima, Mohd Alif Firdaus, 7, mengucapkan terima kasih kepada Serikandi kerana memberi sumbangan pakaian dan duit raya berkenaan sekali gus menceriakan dia dan rakan pelatih yang lain."Duit ini akan disimpan dalam tabung untuk kegunaan apabila perlu nanti,”katanya.
18 Jun 17
223
Kelab WDI Agih 2,500 Bekas Bubur Lambuk
Nawawi bersama ahli kelab WDI bergotong royong memasak bubur lambuk. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailLebih 2,500 bekas bubur lambuk diedarkan Kelab Wisma Darul Iman kepada pengguna jalan raya, ahli kelab dan pelanggan sempena Program Memasak Bubur Lambuk di perkarangan Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Proses memasak 15 periuk bubur lambuk secara bergotong-royong sesama ahli kelab yang turut disertai Pengerusi Kelab WDI yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.Turut serta, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Dato’ A Rahman Yahya.Bermula daripada kerja-kerja merebus beras, menyiang ikan, ulam-ulaman, menyediakan pelbagai bahan mentah sehingga pengagihan kepada penguna jalan raya, semuanya dijalankan secara bergotong royong sesama ahli kelab.Tugasan yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu diagihkan mengikut kelab masing-masing, antaranya Niners, Helang, Tiger, Virus, Urus, Perbendaraan dan Permata perlu memasak sekurang-kurangnya seperiuk atau lebih.Wan Nawawi berkata, program julung kali diadakan itu bertujuan merapatkan hubungan antara ahli kelab, selain mahu merapatkan silaturahim antara pelanggan yang sering berurusan.“Saya berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang berikutan banyak manfaat diperoleh,”katanya.
18 Jun 17
59
54 Pelajar Cemerlang SPM Terengganu Terima Biasiswa Petronas
Ahmad Razif (tengah) bersama pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 negeri ini yang menerima biasiswa di bawah Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) 2017 di INSTEP, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. PutraPetroliam Nasional Bhd. (Petronas) memperuntukkan biasiswa sebanyak RM134 juta kepada 353 pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 di bawah Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP), tahun ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, daripada jumlah itu seramai 54 orang atau 15 peratus daripada jumlah penerima tajaan tersebut merupakan pelajar Terengganu.“Terima kasih kepada Petronas yang banyak membantu Negeri Terengganu dalam bidang pendidikan termasuk dalam program penajaan pelajar ini.“Dan juga penambahan satu daerah baru menerusi Program Sekolah Amanah. Jika sebelum ini, hanya di Kijal tahun ini Petronas tambah lagi di Marang dengan jumlah tajaan bernilai RM20 juta untuk tempoh lima tahun,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Program Penajaan Pendidikan Petronas 2017 di Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP), hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A.Latiff Awang, Pengerusi Petronas, Tan Sri Sidek Hassan dan Naib Presiden Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan Petronas, Dato’ Raiha Azni Abd Rahman.Ahmad Razif berkata, kejayaan anak Terengganu sudah pasti sebahagiannya kerana komitmen Petronas dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat khususnya dalam bidang pendidikan.Sementara itu Raiha berkata, Program Sekolah Amanah di Terengganu merupakan kolaborasi Petronas dengan Yayasan Amir dan Kementerian Pendidikan Malaysia yang bermula tahun lalu.“Petronas kini menaja 10 buah sekolah di negeri ini dimana lima daripadanya membentuk sebuah kluster di Kijal dan lima lagi membentuk sebuah kluster di Marang.“Program ini merupakan salah satu usaha Petronas dalam memacu transformasi pembelajaran yang holistik dan bertumpukan pada kecemerlangan dalam semua aspek di kalangan pelajar,” ujarnya.
17 Jun 17
231
Terengganu Agih Lebih 100 Kategori Bantuan Kepada Rakyat
Razif mengagihkan sumbangan duit raya kepada anak yatim pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat Kuala Nerus di Pejabat Felda Wilayah Terengganu, Tepoh, Kuala Nerus, petang semalam. foto Tengku Syamim Tengku IsmailTerengganu boleh dianggap sebagai negeri yang menyediakan sumbangan tertinggi berbanding negeri lain apabila lebih 100 kategori bantuan diagihkan kepada rakyat yang memerlukan pada setiap tahun.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, senarai bantuan itu belum termasuk peruntukan daripada Kerajaan Pusat, agensi berkaitan dan anak syarikat kerajaan negeri.Katanya, bantuan diberi kepada rakyat sejak lahir sehingga meninggal dunia, contohnya bantuan untuk bayi yang baharu lahir, bantuan hemodialisis, membaiki rumah dan bantuan Tabung Darul Iman untuk pesakit kronik.“Bagi mereka yang ditimpa musibah banjir dan kebakaran pula dibantu dengan agihan dana bencana, baiki bumbung, baiki rumah dan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).“Tidak kurang juga bantuan melalui perkahwinan perdana, bantuan perayaan , Dana Bakti Remaja, bidang pendidikan dan keusahawan,”katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat Kuala Nerus di Pejabat Felda Wilayah Terengganu, Tepoh, Kuala Nerus.Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Bazlan Abd Rahman dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil.Ahmad Razif juga tidak menolak jika semua kategori bantuan itu dikumpulkan, kemungkinan lebih 200 jenis bantuan dapat disenaraikan.“Ada orang berkata, memang ini tugas kerajaan untuk beri bantuan kepada rakyat, kenapa perlu diungkit.“Jawapan saya, ya betul ini tugas kerajaan dan juga tugas Barisan Nasional (BN), kita sangat cakna dan prihatin dengan rakyat sehingga perkenalkan beratus jenis bantuan,” katanya.Menurutnya, inisiatif yang dilakukan kerajaan BN dan tidak dilaksanakan oleh parti pembangkang bagi membela nasib rakyat ini perlu diuar-uarkan jentera parti dalam setiap majlis penerangan.Tambahnya, Kerajaan BN memang sejak dari dahulu lagi membela nasib dan keperluan rakyat yang memerlukan dan tidak timbul isu kesemua bantuan itu sebagai gula-gula pilihan raya.
17 Jun 17
71
Madrasah Moden Bakal Lahir Ramai Ilmuwan Agama
Penubuhan Madrasah Moden bakal melahirkan lebih ramai ilmuwan dan tokoh berpendidikan agama setanding dengan institusi pendidikan agama lain di negeri ini.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata,penubuhan madrasah atau lebih dikenali pondok moden bertujuan mengimbangi sistem pendidikan biasa dan agama yang memberi peluang kepada rakyat negeri ini membuat pilihan.Ketika ini, katanya tiga madrasah moden masing-masing di Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Besut, beroperasi untuk memenuhi permintaan ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka belajar di pusat pendidikan berkenaan.Madrasah Moden yang diilhamkan oleh Menteri Besar, sejak ditubuhkan tiga tahun lalu kini mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk negeri ini."Saya bangga dengan sambutan diberikan orang ramai yang berebut-rebut memilih pusat pengajian itu," katanya pada majlis Sambutan Ulang Tahun Ke 3 Madrasah Moden Maidam Kampung Padang Landak,Jertih, semalam.Sempena ulang tahun itu, kira-kira 3,000 penduduk Daerah Besut, turut diraikan dalam majlis berbuka puasa bersama kepemimpinan kerajaan negeri.Hadir sama, isteri menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria, Ketua UMNO Bahagian Besut, Nawi Mohamad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Dato' Muhammad Pehimi Yusof, ADUN Kota Putera, Mohd Mahdi Musa, Pegawai Daerah Besut, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar, Yang Dipertua Maidam, Dato' Shaikh Harun Shaikh Ismail dan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato' Wan Mohd Ibrahim.Pada majlis itu, Menteri Besar dan isteri turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 100 golongan kurang berkemampuan di DUN Jertih.Ahmad Razif berkata, selepas tiga madrasah moden sedia ada mendapat sambutan kerajaan negeri akan membina sebuah lagi madrasah moden di Dungun tidak lama lagi.
16 Jun 17
623
MB Nikmati Kemeriahan Car Food Sahur Batu Buruk
Ahmad Razif bersantai bersama pengunjung Car Food Sahur di Batu Buruk, pagi ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailTanpa mengira waktu, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman turun ke lapangan sebagai menyokong inisiatif anak muda mengusahakan 'Car Food Sahur' di Batu Buruk, awal pagi ini.Ahmad Razif memandu sendiri ditemani isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria dan anak-anak tiba di situ kira-kira jam 1 pagi untuk menikmati suasana meriah 'pesta jualan' kira-kira sejam.Beliau ternyata teruja dengan semangat peniaga yang menjalankan aktiviti bermula 12 tengah malam hingga 4 pagi bagi menyediakan pelbagai juadah sahur kepada umat Islam dalam konsep berbeza secara jalanan dengan dikekelilingi pemandangan indah pantai, pasir dan bayu Laut Cina Selatan sambil duduk di tikar atau bangku yang disediakan penganjur.Inisiatif yang digembleng kira-kira 20 peniaga makanan seperti mee hoon goreng, pulut gaul nyor, kuih ropa, keropok, nasi minyak dan nasi lemak bermula sejak 5 Jun lalu di sepanjang 500 meter kawasan parkir Pantai Batu Buruk mampu menarik sehingga 1,000 pengunjung pada satu-satu malam.Ahmad Razif meninjau satu persatu gerai yang dihias menarik, selain turut mencuba memasak sambil menyapa peniaga dan memberi kata-kata semangat kepada mereka.
16 Jun 17
60
MB Tinjau Kebakaran Di Kampung Tanjung
Kebakaran di Kampung Tanjung, Kuala Terengganu, malam tadi turut menarik perhatian Menteri Besar untuk meninjau lebih dekat kejadian sejurus tiba dari majlis bersama masyarakat di Dungun pada sebelah petang.Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman tiba di tempat kejadian kira-kira jam 11.30 malam dan melihat kerja memadam kebakaran oleh anggota Bomba.Pasukan Bomba dari tiga balai berdekatan memulakan operasi pemadaman dari jam 9.45 malam, sejurus menerima laporan kebakaran itu.Menurut Komander Operasi PgKB 1, Wan Azmi Ahmad, kebakaran melibatkan enam unit kedai dan tujuh buah rumah di deretan yang sama.Difahamkan, tekanan air yang rendah menyukarkan kerja pemadaman dan Syarikat Air Terengganu (SATU) dikerahkan supaya menambah bekalan air segera ke tempat kejadian.Ahmad Razif mengucapkan takziah kepada mangsa yang terlibat, bagaimanapun beliau turut bersyukur tiada kemalangan jiwa dilaporkan.Beliau meminta Pegawai Penyelaras DUN Ladang, Dato' Mohd Sabri Alwi untuk mengambil tindakan sewajarnya melihat bantuan yang diperlukan mangsa kejadian."Saya menyerahkan kepada Dato' Mohd Sabri bagi mewakili pihak kerajaan negeri melihat keperluan dan apa yang sepatutnya dibantu,"katanya.
15 Jun 17
26