Artikel "Utama" Terkini
Kuala Berang Tetap Bergemerlapan Cahaya Pelita Walau Kos Minyak Tanah Meningkat
Walaupun berdepan dengan kekangan harga bahan bakar yang tinggi, ini tidak mematahkan semangat Orang Kuala Berang(OKB)mengadakan pertandingan Gemerlipan Pelita Raya buat kali pertama.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang berkata, program kali pertama yang diadakan ini mendapat sambutan hangat daripada semua pihak termasuk jabatan-jabatan kerajaan walaupun harga minyak tanah mencecah RM4 seliter di pasaran.Jelasnya lagi, beliau lebih yakin untuk menyertai pertandingan pelita raya anjuran kerajaan negeri pada tahun hadapan kerana mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) dan penduduk sekitar."Dan saya juga ingin memohon kepada kerajaan negeri mempertimbangkan untuk bantu dari segi bahan bakar kepada semua DUN di Terengganu sebagai galakan penyertaan bersama dengan semangat kesatuan dan perpaduan orang kampung."Hanya sediakan minyak dan keperluan lain kita di DUN akan sediakan melalui peruntukkan J3K sepertimana Kuala Berang telah lakukan."Kejayaan tidak akan berlaku tanpa kerjasama semua pihak dan tidak mustahil kita akan lihat seluruh daerah akan bergemerlapan dari Besut hingga Kemaman,"kata Tengku Putera.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau penghakiman Gemerlipan Pelita Raya OKB di Kampung Getang,Kuala Berang semalam.Tambah Tengku Putera lagi, penganjuran pelita raya di Kuala Berang tetap meriah dan harga bahan bakar yang mahal tidak menghalang orang kampung menghiasi perkarangan rumah dan jalan raya dengan cahaya pelita."Kita sudah memperuntukkan sebanyak RM 2,000 setiap penyertaan dan perbelanjaan selebihnya diatas kreativiti mereka.Hampir RM140 ribu telah dibelanjakan termasuk hadiah sebanyak RM 38,400 bagi program kali ini."Inilah yang memberi rangsangan, satu semangat jitu bila persiapan awal kita bantu dengan sedikit peruntukan dan J3K telah buat persiapan lebih dari sepatutnya dengan tabungan masing-masing termasuk sumbangan peribadi."Di sini saya nampak salah satu matlamat utama penganjuran tercapai iaitu melahirkan pemuafakatan antara satu sama lain di kampung yang terlibat tanpa mengira fahaman parti politik di samping menghidupkan kembali tradisi memasang pelita setiap kali menjelang Ramadan dan Aidilfitri,"ujarnya.Sementara itu, Pengerusi J3K Kampung Getang,Tuan Abd Razif Tuan Ngah berkata, persiapan rapi telah dibuat sejak awal lagi dengan tambahan peruntukan daripada badan korporat, kontraktor dan sumbangan peribadi."Kami sudah buat persiapan sejak malam 12 Jun lalu sehingga sekarang tanpa henti dengan dibantu oleh penduduk kampung tanpa mengira umur."Mereka beri kerjasama yang cukup hebat dan saya merasa cukup bangga kerana mempunyai anak buah yang 'sporting' dan ada yang sanggup bersahur di tapak pemasangan pelita,"katanya lagi.Menurut Tuan Abd Razif, setakat ini sebanyak RM7,500 telah dibelanjakan dan hasilnya cukup memuaskan hatinya sebagai Pengerusi J3K malah berjaya menghidupkan suasana raya di Kampung Getang.
23 Jun 17
421
MB Nafi Beri Bonus Rakyat Terengganu
Ahmad Razif ketikan berbicara pada Majlis pada Majlis Jalinan Mesra Serikandi dan Puspanita di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Zulkirli C W PutraMenteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman menafikan penularan mesej di media sosial kononnya kerajaan Terengganu memberi RM450 sebagai Bonus Rakyat Terengganu (BRAT) sempena menyambut perayaan Aidilfitri.Ahmad Razif kesal dengan penularan perkara itu turut diajukan persoalan sejak beberapa hari lalu adakah benar kerajaan negeri akan memberikan bonus kepada rakyat yang memiliki kad pengenalan angka 11.Katanya, ada rakyat yang percaya, walaupun pihak yang tidak bertanggungjawab itu hanya berniat mahu bergurau."Ini merupakan permainan media sosial oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan perkara seperti ini pernah menjadi tular satu ketika dulu dengan mendakwa saya akan memberi bonus kepada rakyat Terengganu dan ia tidak banyak bezanya kes penipuan.“’Saya meminta mana-mana individu yang masih menerima mesej itu berharap tidak memanjangkan kepada pihak lain,”katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jalinan Mesra Serikandi dan Puspanita di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, isteri Menteri Besar yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi), To’ Puan Seri Halina Zakaria dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.Seramai 300 peserta terdiri daripada ibu tunggal, golongan asnaf dan fakir miskin hadir menerima sumbangan duit raya dan barangan keperluan dapur.
21 Jun 17
40
Tradisi Pasang Pelita Raya Terus Subur Di Padang Hangus
Pelbagai cara digunakan untuk memeriahkan sambutan hari raya dan sudah menjadi tradisi di sesetengah tempat, pertandingan memasang pelita masih diteruskan dengan niat untuk mengembalikan nostalgia Ramadan semasa ketiadaan elektrik suatu masa dahulu.Bagi penduduk Kampung Padang Hangus di Tepoh, Kuala Nerus, hampir seluruh masyarakat kampung menantikan 10 malam terakhir Ramadan bagi menghiasi cahaya pelita di sekeliling rumah mereka.Malah, sejak 17 tahun lalu penduduk kampung itu tidak melepaskan peluang menyertai pertandingan pelita raya yang diadakan setiap tahun bagi memeriahkan suasana hari raya di kampung berkenaan.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Padang Hangus, Mat Lazin Maska berkata, sebanyak 50 buah keluarga mengambil bahagian dalam Pertandingan Pelita Raya anjuran Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, tahun ini.Katanya, peserta yang mengambil bahagian kebanyakannya tidak mengejar hadiah utama yang ditawarkan tetapi lebih kepada semangat menyuburkan tradisi masyarakat kampung dahulu selain komitmen sokongan terhadap program yang dianjurkan kerajaan negeri.Katanya, setiap peserta yang mengambil bahagian menggunakan antara 200 hingga 500 biji pelita dalam pelbagai bentuk untuk menghiasi kediaman menggunakan kreativiti masing-masing.“Malah, mereka bukan sahaja sekadar memasang pelita namun mencipta pelbagai kelainan dengan membina pelbagai bentuk replika yang menjadikan suasana kampung cukup meriah. “Pelbagai bentuk replika dibuat sendiri oleh penduduk dan mereka awal-awal lagi mencari buluh, tempurung dan tin kosong untuk tujuan tersebut,” ujarnya.Menurut Mat Lazin, penduduk kampung juga bergotong-royong membina replika unik seperti pintu gerbang, masjid, basikal, wau dan pelbagai lagi menjadikan kampung tersebut cukup meriah dengan gemerlapan cahaya.Katanya, segala kos ditanggung sendiri oleh setiap penduduk dan mereka tidak merasa terbeban dengannya disebabkan tradisi itu sudah sebati dalam diri mereka dan menjadi lambang kesepakatan penduduk kampung.“Kebanyakan penduduk kampung ini menggunakan minyak diesel bagi menghidupkan pelita berbanding minyak tanah kerana ianya lebih tahan lama dan sukar untuk padam walaupun hari hujan,” ujarnya.
21 Jun 17
1459
PDRM Hanya Benarkan 10 Peratus Anggota Bercuti Sempena Raya
Polis Diraja Malaysia (PDRM) Terengganu hanya membenarkan 10 peratus daripada keseluruhan 3,474 pegawai dan anggotanya bercuti sempena Aidilfitri tahun ini.Ketua Polis Terengganu Dato' Aidi Ismail berkata, anggota dan pegawai ini akan terlibat dalam Ops Selamat bermula 18 Jun hingga 2 Julai ini sempena musim perayaan ini."Seramai 530 orang termasuk 188 pegawai dan anggota trafik ditugaskan untuk memastikan keamanan dan ketenteraman rakyat di negeri ini dari segi penguatkuasaan undang-undang jalan raya termasuklah jenayah lain seperti pecah rumah dan kecurian."Kita telah mengenal pasti dua kawasan panas iaitu Kilometer (KM) 10.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan (Chendering) dan KM72 hingga 73 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan (Kampung Pulau Serai) yang menjadi antara lokasi kerap berlaku kemalangan."Orang ramai perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku," katanya pada sidang media sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya Op Selamat 11/2017 di Plaza Tol Ajil, Hulu Terengganu, petang semalam.Majlis perasmian kempen disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud.Tambah Aidi lagi, jangkaan kesesakan akan berlaku di tujuh laluan di negeri ini masing-masing empat jalan di Kuala Terenganu iaitu Jalan Sultan Mohamad; Jalan Tengku Mizan, Bulatan Batu 6 menghala ke Banggol Air Lilih dan Plaza Tol Kuala Terengganu manakala dua di Setiu (Persimpangan Chalok dan Persimpangan Guntung Luar) dan Pekan Jertih di Besut.Sementara itu, Roslee turut menasihatkan para pengguna jalan raya supaya berhati-hati sepanjang pemanduan pulang dan sentiasa mematuhi undang-undang ditetapkan bagi menggelakkan kejadian yang tidak diingini.
21 Jun 17
124
Cahaya Pelita Raya Ceriakan Kampung Sekati
Zubir menyalakan pelita ketika Program Turun Padang SempenaPertandingan Pelita Raya anjuran Jabatan Perlancongan Negeri Terengganu (JPNT) Lebih 100 rumah di Kampung Sekati, Kuala Terengganu diterangi cahaya pelita pelbagai bentuk sejak minggu lalu sebagai persiapan menyertai Pertandingan Pelita Raya anjuran Jabatan Perlancongan Negeri Terengganu (JPNT).Pertandingan pelita raya yang akan diadili malam ini sebagai satu daripada program diatur JPNT bagi memeriahkan lagi sambutan Visit Beautiful Terengganu 2017 sempena perayaan Aidilfitri.Penghulu kanan mukim Bandar Kuala Terengganu, Mohammad Che Abdul Rahman, Kampung Sekati Manis dipilih sebagai wakil masyarakat di daerah ini untuk menyertai pertandingan berkenaan yang turut membabitkan beberapa lagi kampung di empat daerah lain.Katanya antara daerah turut terpilih bertanding dalam pertandingan pelita raya ini adalah Kemaman, Kuala Nerus dan Besut. “Penduduk yang menyertai pertandingan ini bertungkus-lumus menyiapkan hiasan pelita mengikut kreativiti masing-masing sejak sejak minggu lalu.“Pelbagai rekaan diketengahkan mereka bagi menunjukkan komitmen menyokong pertandingan yang dianjurkan ini, selain cuba memenangi hadiah utama yang ditawarkan,” katanya ketika ditemui malam tadi.Mohammad berkata, selain menambah keceriaan di kampung terbabit dengan limpahan cahaya pelita, ia juga sekaligus dapat menarik minat orang ramai berkunjung ke kampung berkenaan untuk bergambar dan sebagainya. “Hasil kreativiti penduduk kampung sangat terserlah dengan adanya pertandingan ini dan ia juga secara tidak langsung menambah keceriaan serta memeriahkan sambutan Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi,"katanya.Pertandingan itu menawarkan hadiah keseluruhan RM42,000 bagi empat daerah yang menyertai pertandingan itu dengan hadiah pertama RM3,000, diikuti kedua RM2,000 dan ketiga RM500.Pemenang keempat dan kelima, akan menerima RM500 dan RM300 masing-masing.
21 Jun 17
1442
Kerajaan Negeri Terima RM11.67 Juta Royalti TNB
Ahmad Razif menerima replika cek berjumlah RM11.67 juta sebagai bayaran royalti penggunaan air dan lesen takungan air tahun kewangan 2017 oleh Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud (SJSM), Kenyir Bahagian Penjanaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang diwakili Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) TNB, Ir Azman Talib di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kassim.Kerajaan negeri hari ini menerima bayaran royalti penggunaan air dan lesen takungan air tahun kewangan 2017 berjumlah RM11.67 juta oleh Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud (SJSM), Kenyir Bahagian Penjanaan Tenaga Nasional Berhad (TNB).Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pembayaran tersebut dibuat setiap tahun sejak 1985 (tahun stesen mula beroperasi) oleh SJSM Kenyir (TNB) kepada kerajaan negeri berdasarkan kepada satu perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan negeri dan TNB (pada waktu itu LLN-Lembaga Lektrik Negara) pada 24 Ogos 1987.Katanya, perjanjian Tambahan Pertama telah ditandatangani pada 19 Julai 2000.“Amaun RM11.67 juta yang diterima hari ini adalah berdasarkan kepada Perjanjian Tambahan Kedua yang ditandatangani pada 18 November 2008 berdasarkan kepada bayaran tahunan untuk lesen takungan dan penggunaan air.“Jumlah bayaran tahunan untuk lesen takungan air adalah sebanyak RM3,673,000 manakala untuk penggunaan air pula adalah sebanyak RM8,000,000,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pembayaran Royalti Penggunaan Air dalLesen Takungan Air Bagi Tahun Kewangan 2017 TNB Kenyir di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) TNB, Ir Azman Talib.Menurut Ahmad Razif, perjanjian Tambahan Kedua akan tamat pada 23 Ogos 2017 dan kerajaan negeri akan meneruskan perjanjian yang seterusnya dengan TNB.“Sepanjang perjanjian dimeterai, pihak TNB telah membayar keseluruhan sebanyak RM195 juta kepada kerajaan negeri dan bayaran ini merupakan satu hasil yang kita perolehi berasaskan kepada royalti,” ujarnya.
20 Jun 17
439
Sultanah Nur Zahirah Kurnia Sumbangan Raya
SultanahTerengganu, Sultanah Nur Zahirah mengurniakan sumbangan di majlis pengurniaan sumbangan Aidilfitri di Kompleks YTNZ, Kampung Tanjung Bunut, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkipli CW PutraYayasan Tuanku Nur Zahirah (YTNZ) meneruskan tradisi saban tahun menyumbang sumbangan Aidilfitri apabila meraikan 150 golongan kurang bernasib baik sempena kedatangan Syawal tidak lama lagi.Berkenaan berangkat bagi mengurniakan sumbangan, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.Baginda diiringi anakanda, Nur Nadhirah Zahrah Sultan Mizan Zainal Abidin.Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria, Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah YTNZ dan Pengerusinya, Datuk Ridzuan Radziwill.Ridzuan berkata, pada tahun ini, YTNZ mempunyai kedudukan kewangan yang lebih baik hasil sumbangan beberapa badan korporat dan juga hasil jualan songket dari penenun di yayasan itu.Justeru katanya, pihaknya mahu berkongsi sedikit rezeki dengan penenun desa dan juga warga Kuala Terengganu yang terdiri daripada golomgan asnaf bagi menyeampaikan sedikit sumbanmgan kewangan serta hamper sempena kedatangan Syawal tidak lama lagi.“Kami berharap supaya dapat meneruskan tradisi memberi sumbangan ini pada tahun-tahun akan datang,”katanya selepas majlis pengurniaaan sumbangan itu, di Kompleks YTNZ, Kampung tanjung Bunut, Kuala Terengganu, hari ini.Menurut Ridzuan lagi, YTNZ yang ditubuhkan pada 2007 di bawah naungan Tuanku Nur Zahirah bermatlamat memperbaiki taraf hidup melalui warisan dengan menciptakan peluang pekerjaan bagi penenun dan pekerja seni.Tambahnya, selain menyediakan peluang pekerjaan, YTNZ juga membantu dari segi kewangan dengan membeli hasil tenunan penenun desa yang dianggarkan berjumlah lebih 1,000 pengusaha di sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus termasuk di pejabat terletak Tanjung Bunut dan juga Chendering.
20 Jun 17
1150
Rumah Transit BSK Bakal Operasi Selepas Aidilfitri Ini
Terengganu bakal mempunyai Rumah Transit Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) yang disediakan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKST) sebagai bantuan penginapan sementara kepada pelanggan BSK dan dijangka dapat memulakan operasi selepas Aidilfitri ini.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu Roslee Daud berkata, BSK (JKST) sedang berusaha mendapatkan sebuah Rumah Kuarters Kerajaan di Jalan Kamarudin bagi tujuan tersebut.“Fungsi utama rumah transit ini adalah sebagai bantuan perkhidmatan penginapan sementara kepada pihak plantif, pemohon, pemiutang penghakiman (termasuk saksi-saksi) yang menghadiri prosiding kes di semua peringkat Mahkamah Syariah seluruh negeri ini.“Keutamaan diberikan kepada pelanggan BSK yang kurang berkemampuan yang tinggal di daerah jauh dari Kuala Terengganu atau luar Terengganu,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Bantuan Pendahuluan Nafkah Siri 1/2017 Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu di Hotel Grand Puteri, hari ini.Turut hadir, Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd.Roslee berkata, ketika ini, JKST sedang dalam proses memasukkan kelengkapan rumah bagi memberi keselesaan dimana rumah tersebut mampu menempatkan empat keluarga pada satu-satu masa.
20 Jun 17
78
JPNT Diminta Selaras Pertukaran Guru, Elak Kekurangan Pada Subjek Tertentu
Ahmad Razif mengagihkan sumbangan duit raya kepada pelajar SMA Dato’ Haji Abas. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KasimJabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) diminta menyelaraskan tugasan guru yang berjaya ditukarkan ke negeri ini agar tidak berlaku pertindihan atau kekurangan guru pada satu-satu subjek tertentu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, bilangan guru di Terengganu semakin bertambah, bagaimanapun di sebalik pertambahan itu ada kekurangannya apabila kekurangan guru Bahasa Inggeris yang serius.“Saya berharap JPNT perlu memikirkan sesuatu bagi mengatasi permasalahan itu, mungkin boleh menghantar mana-mana guru cemerlang mengikuti kursus Bahasa Inggeris atau apa-apa kaedah yang terbaik,”katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Duit Raya Kepada Anak Yatim dan Anak Keluarga Berpendapatan Rendah di Sekolah Menengah Agama Dato’ Haji Abas, Tok Jiring, Kuala Nerus, hari ini.Pada majlis itu, seramai 100 pelajar yang berkelayakan menerima sumbangan duit raya daripada Menteri Besar dan isteri, To’ Puan Seri Halina Zakaria.Nurul Ezzanie Pelajar dari keluarga berpendapatan rendah, Nurul Ezzanie Jasin, 17, berkata duit raya yang diterima daripada Menteri Besar itu akan digunakan untuk membayar yuran sekolah dan jika ada lebih akan simpan untuk beli barangan keperluan raya.Katanya, walaupun jumlah tidak besar, tetapi sangat membantu meringankan beban ayah, Jasin Che Chik, 60, yang bekerja sebagai buruh dan ibu Maimun Abdullah, 56, hanya sebagai suri rumah.“Ayah kadang kala tidak mampu keluar bekerja kerana faktor umur dan kesihatan, duit belanja keluarga kini dibantu abang dan kakak yang sudah berkerja,”kata anak yang ke 11 daripada 12 adik beradik itu lagi.Ummi ZahrahSeorang anak yatim, Ummi Zahrah Mohd Zaki, 17, juga berterima kasih kepada Menteri Besar dan kerajaan negeri di atas sumbangan yang diterima itu.“Saya akan guna duit ini sebaik mungkin untuk keperluan sekolah dan raya,” katanya yang kehilangan bapa akibat jangkitan kuman paru-paru pada usia sembilan tahun.
19 Jun 17
116
Dua Persatuan Anggota Keselamatan Terima Sumbangan RM20,000
Ahmad Razif menyampaikan duit raya kepada anak yatim. Foto Zulkifli C W PutraKerajaan negeri menyalurkan sumbangan RM20,000 kepada dua persatuan anggota keselamatan negara di Terengganu sebagai menghargai dan mengenang jasa pihak itu yang banyak berkorban menjaga keselamatan negara.Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Persatuan Kebajikan Isteri-isteri Polis (PERKEP) masing-masing menerima peruntukan RM10,000.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata dia berharap pihak persatuan menggunakan dana yang disalurkan itu sebaik mungkin, terutama untuk menjaga kebajikan ahli.“Apa yang disalurkan itu juga bagi menghargai mereka yang banyak berkorban menjaga menjaga keselamatan negara, selain sanggup meninggalkan keluarga dalam tempoh lama kerana tugas,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Anggota PGA, di PGA Kubang Badak, Kuala Nerus, petang semalam.Hadir sama, To’ Puan Seri Halina Zakaria dan Pegawai Pemerintah PGA 9, Superintenden Endut Mehad.Pada Majlis itu, seramai 30 anak yatim Baitul Sakinah menerima sumbangan kuih raya dan duit raya.Ahmad Razif turut memberitahu, majlis tahunan yang diadakan itu bukan saja bagi meraikan anggota dan pesara PGA malah bertujuan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara mereka.“Kalau tidak kerana anggota-anggota PGA ini menjalankan tugas dengan baik, adalah mustahil Malaysia diisytihar menjadi negara yang ke-29 teraman di dunia. “Saya turut menghargai isteri anggota PGA kerana bukan mudah untuk menjadi seorang isteri kepada anggota keselamatan kerana sering ditinggalkan suami untuk mempertahankan negara,”katanya.
19 Jun 17
92