Artikel "Utama" Terkini
MB UcapTakziah Kepada Keluarga Dua Juruterbang TUDM
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman mengucapkan takziah kepada keluarga dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang maut dalam tragedi yang berlaku di Hutan Paya Chukai, Kemaman, hari ini.Allahyarham Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, yang dilaporkan menjalani latihan menaiki pesawat Hawk 108 ditemui meninggal dunia di Hutan Paya Chukai, Kemaman, Terengganu kira-kira 2.30 petang tadi."Takziah kepada keluarga Allahyarham Mejar Mohd Hasri Zahari dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof.‘"Semoga kedua-dua Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman kerana mereka adalah pejuang kerana terkorban ketika bertugas untuk negara,"ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Rakyat Bersama Menteri Besar di Masjid Al- Mustaqim, Pulau Serai, Dungun.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan; Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud serta Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun, Dato' Din Adam.Ahmad Razif berkata, pengorbanan kedua-duanya sangat besar dalam menjaga keselamatan negara dan disebabkan jasa dan pengorbanan anggota tentera seperti merekalah keadaan negara kita selamat, aman dan harmoni."Saya bagi pihak seluruh kepimpinan kerajaan negeri dan rakyat Terengganu mengucapkan takziah kepada keluarga kedua-dua allahyarham dan semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman," katanya.Dalam laporan media sebelum ini memberitahu, mayat Mejar Mohd Hasri Zahari dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, ditemui 20 meter antara satu sama lain lengkap dengan payung terjun masing-masing.Dua juruterbang TUDM yang hilang bersama sebuah pesawat pejuang TUDM jenis Hawk 108 pagi tadi itu ditemui meninggal dunia di Hutan Paya Chukai selepas cuba menyelamatkan diri menggunakan payung terjun kecemasan, bagaimanapun, bangkai pesawat itu belum ditemui setakat petang tadi.
15 Jun 17
35
MB Berbuka Puasa Bersama Warga Dungun
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri To' Puan Seri Halina Zakaria hari ini mengambil kesempatan berbuka puasa bersama warga Dungun.Kira-kira 1,500 penduduk tempatan tidak melepaskan peluang untuk hadir di Majlis Berbuka Puasa Rakyat Bersama Menteri Besar di Masjid Al- Mustaqim, Pulau Serai, Dungun.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan; Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud serta Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun, Dato' Din Adam.Pada majlis tersebut, Ahmad Razif turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 200 penduduk kurang bernasib baik terdiri daripada warga emas, anak yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU).Sebelum itu, beliau turut menziarahi keluarga Megat Mahyuddin Megat Hanafiah, 64, dan Mohd Amran Razak,44, dari Kampung Raja Wali Pulau Serai, Dungun serta menyampaikan bantuan masing-masing perabot dan kabinet dapur kepada dua keluarga tersebut menerusi program jom bantu rakyat.
15 Jun 17
295
UniSZA, Pelancongan Agih Bubur Lambuk Kepada Orang Ramai
Sukarelawan bergotong-royong menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramaiTradisi memasak dan menyediakan juadah bubur lambuk secara bergotong-royong yang diamalkan sejak 2015 diteruskan Pusat Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Terengganu pada tahun ini.Melalui program itu, sebanyak 800 bekas bubur lambuk diagihkan kepada pengguna jalan raya dan 600 bekas lagi untuk jemaah Masjid UniSZA, Gong Badak, Kuala Nerus.Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UniSZA, Prof. Dr. Nik Wan Omar berkata, lebih 100 sukarelawan termasuk penduduk setempat terlibat menjayakan program tahunan itu.Katanya, mereka bersama-sama menyediakan ramuan dan memasak lima kawah makanan tradisi yang menggunakan beras dan ikan masing-masing dengan anggaran 100 kilogram, ayam dan pelbagai jenis ulaman kampung sejak jam 8 pagi.“Penganjuran program tahunan ini bertujuan mengukuhkan hubungan antara masyarakat kampung, pelajar dan juga penggiat industri pelancongan, selain menghidupkan kemeriahan bulan Ramadan,”katanya.
14 Jun 17
40
Permohonan Dalam Talian TUBE Dilanjutkan Sehingga 18 Jun Ini
Ahmad Maslan ketika sidang media di Bilik Mesyuarat Jabatan Penyiaran Kawasan Timur, Bukit Pak Apil, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkipli CW PutraKerajaan melanjutkan tempoh permohonan dalam talian program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) Mega sehingga 18 Jun ini, bagi memberi peluang lebih ramai golongan muda yang masih tidak bekerja namun berminat menjadi usahawan.Permohonan dalam talian menerusi laman sesawang tube.smecorp.gov.my sebelum ini dibuka mulai 23 Mei 2017 dan tamat hari ini (15 Jun 2017). Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkata, sepanjang tempoh dibuka tiga minggu lalu, permohonan dalam talian sudah mencapai 7,200 di seluruh Malaysia. Katanya, kerajaan mensasarkan 1,000 usahawan tahun ini berbanding 500 orang setiap tahun sejak 2014 lalu. “Bagaimanapun, tidak semua 7,200 permohonan itu layak kerana ramai tidak memenuhi syarat termasuk umur (18 hingga 30 tahun), sudah memulakan perniagaan lebih setahun dan mendapat pembiayaan menerusi Tekun dan sebagainya. Jadi usahawan-usahawan yang sudah bertapak ini tidak boleh menyertai TUBE kerana program ini hanya untuk usahawan yang baru dan tidak bekerja selain mereka berkemahiran, seperti memiliki sijil membuat perabot, mekanik dan tukang jahit dari Pusat Giat Mara, misalnya. Jadi dengan sijil kemahiran itu memberi peluang lebih besar untuk berjaya dalam TUBE.“Jadi kita lanjutkan pada 18 Jun ini supaya lebih ramai lagi usahawan muda yang ingin jadi usahawan di luar sana boleh mencari lagi peluang mereka dan perlu daftar online menerusi alamat tube.smecorp.gov.my. Lihat potal itu dan ada syarat-syarat disitu,”katanya.Beliau berkata demikian di sidang media di Bilik Mesyuarat Jabatan Penyiaran Kawasan Timur, Bukit Pak Apil, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengarah Penyiaran Negeri Terengganu, Nordin Sulaiman.Ahmad berkata, kesemua peserta yang berjaya akan mendapat geran RM15,000 menerusi SME Corp bagi memulakan perniagaan dengan bimbingan agensi berkaitan dan rakan strategik seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional, Perbadanan Pembangunan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan Jabatan Pertanian sepanjang 12 bulan.Tambahnya, sejak diperkenalkan pada 2014, TUBE sudah melahirkan 1,425 usahawan yang berjaya dari seluruh Malaysia dengan 178 daripada mereka adalah anak Terengganu.Katanya, sepanjang tempoh itu juga, seramai 3,862 berpeluang pekerjaan berjaya diwujudkan di seluruh Malaysia, manakala hasil jualan keseluruhan yang berjaya dijana pula berjumlah RM38.6 juta.Ahmad berkata, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM20 juta tahun ini bagi melahirkan 1,000 usahawan berjaya yang akan memulakan perniagaan berdasarkan kemahiran mereka sebaik menamatkan kursus tiga minggu yang merangkumi tiga fasa iaitu Latihan Boot Camp, Bengkel Asas Perniagaan dan Permulaan Perniagaan Dan Sistem Buddy.“Satu lagi konsep TUBE adalah dari `job seaker’ kepada `job provider’ daripada mencari pekerjaan kepada menghasilkan pekerjaan apabila selama ini anak-anak muda mencari pekerjaan tetapi TUBE ini menghasilkan pekerjaan."Ini satu konsep yang cukup baik.. satu usahawan, tiga pekerja. Sebab itulah 1,000 usahawan 3,000 lebih peluang pekerjaan dapat disediakan,"tambah beliau lagi.
14 Jun 17
60
GPMS Perlu Transformasi Minda, Lahirkan Mahasiswa Minda Kelas Pertama - A. Latiff
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Terengganu perlu kekal dengan matlamat asal penubuhannya untuk memperkasakan pendidikan Orang Melayu, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Negeri, A. Latiff Awang.Beliau berkata, badan itu perlu sentiasa proaktif, melakukan tranformasi minda ke arah pembangunan modal insan untuk melahirkan golongan mahasiswa minda kelas pertama."GPMS perlu menyerapkan disiplin dan kecemerlangan kepada anak Melayu supaya mampu menandingi kehebatan bangsa lain dalam pelbagai bidang satu masa nanti. Jadi saya harap GPMS tidak lari daripada matlamat perjuangan asalnya."Mungkin modus operandi sebelum ini berbeza. berbanding masa kini. Jadi saya sarankan Tengku (Pengerusi GPMS Negeri, Tengku Haphiz Tengku Putera) mengajak semua cendekiawan dan mahasiswa yang bijak pandai turun ke bawah bersama golongan pendidik bagi mendekati pelajar Melayu tanpa mengira lapangan dan geografi mereka dengan menggunapakai kaedah serta metodologi yang berkesan,"katanya.Beliau berkata demikian di Majlis Berbuka Puasa Terengganu Transformasi baharu (TTB) GPMS Negeri Terengganu, di Quinara Tok Jembal, Kuala Nerus, semalam.Turut hadir, Pengerusi GPMS Negeri Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera dan Pegawai Pendidikan Kuala Nerus, Che Soh Muda.Hadir sama, Pengerusi Gerakan Belia 4B Terengganu, Rosdi Mat Zin dan Pengerusi MAYC Negeri, Amirullah Othman.Tambahnya, kerajaan negeri akan sentiasa menyokong sebarang program dan aktiviti yang memberi manfaat dan boleh menjadi rakan strategik ke arah melahirkan golongan pelajar Melayu yang cemerlang.Katanya, GPMS juga perlu meneroka usaha yang lebih segar dan baharu serta keluar dari kepompong kelaziman sebelum ini seperti menganjurkan tuisyen dan jelajah Skor A kepada pelajar bakal menduduki peperiksaan awam kerana hambatan teknologi dan perkembangan semasa kini memerlukan transformasi dalam pelbagai aspek.Di majlis itu, beliau turut meluluskan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada GPMS Negeri untuk perbelanjaan pengurusan badan itu.
14 Jun 17
204
50 Pegawai PPDNKK Pantau Harga Barang Musim Perayaan
Lebih 50 penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Terengganu bagi memantau harga makanan dan barang keperluan asas harian sempena Musim Perayaan Aidilfitri di pasar seluruh Terengganu.Pengarah PPDNKK Terengganu, Azlan Abdul Samat berkata, pihaknya menetapkan harga maksimum bagi 20 jenis barang harga terkawal untuk dikuatkuasakan bermula 17 Jun sehingga 30 Jun ini di bawah Skim Kawalan Harga musim perayaan Aidilfitri kali ini.Katanya, antara barang disenaraikan termasuk ayam hidup dengan penetapan harga runcit RM6.20 sekilogram (kg), ayam standard (RM7.50 kg), ayam super (RM8.40 kg), daging lembu tempatan (RM32 kg),daging kerbau import (RM20 kg), cili merah (RM11 kg), kelapa parut (RM7.20 kg) dan ikan tongkol dengan penetapan RM10 kg.“Perkara itu perlu dipatuhi termasuk meletakkan tanda harga berwarna merah jambu diletakkan pada barang yang dikawal di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Aidilfitri 2017 dan timbang digunakan semestinya dalam tempoh yamg dibenarkan.“Peniaga yang gagal mematuhi skim kawalan harga ini boleh dikenakan denda oleh mahkamah sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000 bagi individu manakala bagi syarikat pula dikenakan denda sehingga RM20,000 atau kompaun RM10,000 di bawah Akta Kawalan harga dan Antipencatutan 2011,”katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pemantauan harga sempena Kempen Kesedaran Kementerian PDNKK Bersama Media di Pasar Payang Kuala Terengganu, hari ini.Katanya, berdasarkan kempen itu, pihaknya berpuashati dengan kepatuhan peniaga terhadap undang-undang kepenggunaan kerana semua penjual didapati meletakkan tanda harga.“Pemeriksaan harga ini akan terus dilakukan secara berkala oleh pegawai-pegawai KPDNKK seluruh daerah bagi memastikan peniaga tidak mengambil untung berlebihan serta mematuhi peraturan,” katanya.
13 Jun 17
34
Pertandingan Pelita Raya Beautiful Terengganu Mulai 16 Jun Ini
Dekorasi pelita raya yang menghiasi kawasan R&R Perasing, Kemaman sempena pertandingan pelita raya Beautiful Terengganu Bermula 16 Jun ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailPertandingan Pelita Raya Beautiful Terengganu yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM42,000 akan diadakan di empat daerah bermula 16 hingga 21 Jun ini.Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT), Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, program anjuran kerajaan negeri melalui JPNT itu akan bermula di Kemaman dan Besut pada 16 hingga 18 Jun manakala 19 dan 21 Jun di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.Katanya, hadiah yang ditawarkan kepada pemenang sebanyak RM10,500 bagi satu daerah dimana pemenang tempat pertama akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM3,000, kedua (RM2,000) dan ketiga (RM1,000).“Manakala bagi tempat keempat hingga sepuluh akan mendapat sebanyak RM500 dan tempat ke sebelas hingga lima belas pula bakal menerima RM300 setiap penyertaan yang terpilih,” katanya pada sidang media di Perasing, Kemaman, semalam.Tun Ahmad Faisal berkata, sejak zaman berzaman pelita adalah amat sinonim dengan masyarakat Melayu setiap kali menjelang bulan Ramadan dan Syawal."Sehingga kini, masih terdapat kampung-kampung yang masih mengekalkan tradisi kemeriahan di bulan Ramadan dengan memasang pelita-pelita raya dan sentiasa mendapat sambutan bukan sahaja daripada masyarakat setempat malah pelawat luar yang berkunjung."Pelita dipasang di sekeliling rumah dan di sepanjang jalan di kampung-kampung bagi menerangi kanak-kanak bermain di halaman rumah atau kampung," katanya.Menurut beliau, pelbagai jenis pelita dan dekorasi menunjuk betapa penduduk begitu kreatif dalam mencipta sesuatu yang sesetengahnya menggunakan bahan terpakai dan bahan kitar semula yang sekali gus mengasah bakat seni masing-masing.Sementara itu katanya, pertandingan pelita raya ini menjadi aktiviti tahunan Muzium Negeri Terengganu bersama J3K Kampung Tepoh dan bermula pada 2009 hingga 2012 dengan kolaborasi kerajaan negeri melalui Tourism Terengganu.“Antara kampung-kampung yang terlibat adalah Kampung (kg) Baru Tepoh, Kg Raja, Kg Padang Hangus, Kg Tokeng dan Kg Pagar Ubi di Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Tepoh."Program yang dijalankan peringkat kampung ini dikembangkan menjadi satu penganjuran yang lebih besar dengan penglibatan kampung-kampung di Mukim Tepoh," ujarnya.
13 Jun 17
575
MBKT Minta Peniaga Bazar Tidak Abai Kebersihan
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu mengingatkan 2,360 peniaga di Bazar Ramadan di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus agar tidak mengabai aspek kebersihan dan kualiti makanan yang disediakan dalam mencari keuntungan.Datuk Bandar MBKT, Mohd Zulkifli Abu Bakar berkata, pihaknya bersama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengadakan pemantauan dan penguatkuasaan di setiap bazar secara berjadual bagi memastikan aspek berkenaan sentiasa diberi keutamaan.“Semua peniaga perlu mengetahui tatacara penyediaan makanan yang betul termasuk tidak menyiapkan juadah terlalu awal bagi mengelak makanan cepat basi dan memudaratkan kesihatan pelanggan.“Pengguna pula perlu berhati-hati semasa membeli makanan, bukan hanya melihat kepada rupa, tetapi juga mengambil kira kualiti makanan dan membeli makanan yang bertutup, supaya tidak terdedah kepada risiko keracunan makanan,” katanya ketika dihubungi Teganukita.Menurutnya, kerja-kerja pemantauan merangkumi semua aspek termasuk kebersihan makanan, persekitaran, peralatan memasak, peniaga dan pekerja sentiasa diberi tumpuan dalam keghairahan orang ramai untuk berniaga pada musim ini.
12 Jun 17
37
Bawa Pulang Motosikal Di Majlis Berbuka Puasa Perantau Bersama MB
Ramadan kali ini buat seorang kakitangan Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi, Selangor, amat bermakna apabila muncul pemenang utama cabutan bertuah di Majlis Berbuka Puasa Perantau Bersama YAB Menteri Besar dan Kepimpinan Negeri Terengganu, di Perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Presint 3, Putrajaya, malam tadi.Amirah Sofia Saidi, 32, yang berasal dari Kuala Terengganu berkata, dia langsung tidak menduga namanya tiba-tiba dipanggil naik ke pentas untuk menerima hadiah berupa Motosikal Honda Wave selepas pemenang yang disebut pada awalnya tidak muncul."Perasaan saya sangat teruja dan tidak menyangka kerana ini merupakan kali pertama saya memenangi hadiah utama cabutan bertuah sepanjang hidup saya."Apatah lagi apabila saya memenangi sebuah motosikal. Saya bagaikan tidak percaya ketika nama saya diumumkan dan selepas disebut kali kedua barulah saya yakin rezeki memihak kepada saya," katanya.Menurut Amira lagi, dia berhasrat menggunakan motosikal untuk kegunaan sekeluarga dan berterima kasih kepada penyumbang hadiah itu, Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Dato' Mohd Sabri Alwi.Selain motosikal, pelbagai barangan bernilai lain disediakan penganjur menerusi sumbangan pemimpin politik negeri sempena program tahunan yang menghimpunkan lebih 10,000 anak Terengganu di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang.Hadiah lain termasuk peti sejuk, televisyen, vakum, oven dan ketuhar.
11 Jun 17
136
Sedia Beri Bonus Lima Bulan Gaji, Namun Kebajikan Keseluruhan Rakyat Masih Diutamakan
Kerajaan negeri bersedia mengagihkan bonus raya kepada penjawat awam Terengganu sehingga lima bulan gaji.Bagaimanapun, perkara itu hanya menguntungkan segelintir pihak, sedangkan masih ramai rakyat Terengganu yang perlu mendapat pembelaan.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, peruntukan yang besar berjumlah RM88.7 juta bagi bantuan dana raya lebih penting dan perlu disalurkan kepada mereka yang memerlukan, menyebabkan hasrat memberikan bonus lima bulan itu dibatalkan."Terengganu tidak boleh mengikut cara negeri lain yang mengumumkan bonus raya untuk dua atau tiga bulan kerana banyak perkara lain yang perlu dipertimbangkan"Penjawat awam faham mengenai perkara ini dan mereka tidak mendesak kerajaan negeri untuk membayar bonus melebihi Kerajaan Pusat iaitu sebanyak RM500, " katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama YAB Menteri Besar dan Kepimpinan Negeri Terengganu di perkarangan Masjid Zainal Abidin, Putrajaya, petang tadi.Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong.Hadir sama, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ketua-ketua jabatan dan pemimpin politik.Yang turut hadir, Pemangku Presiden Persatuan Anak Terengganu Di Selangor dan Wilayah Persekutuan (Pesat), Sham Aziz Ismail dan lebih 10,000 anak Terengganu di Lembah Klang.Menurutnya, tahun ini kerajaan memperuntukan sebanyak RM88.7 juta kepada lebih 230,000 rakyat Terengganu yang berkelayakan." Peruntukan itu termasuk agihan kepada anak perantau yang tinggal di Kuala Lumpur dan Lembah Klang."Setakat ini, tiada negeri lain yang sanggup mengeluarkan belanja besar untuk rakyat bagi menyambut perayaan Aidilfitri,"katanya.
10 Jun 17
130