lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Masjid Undang, Bukit Payung, Tampil Kelainan
 Ukiran khat ayat-ayat suci al-quran pada mimbar dan hiasan dalaman Masjid Undang, Bukit Payung, Marang pastinya menampilkan kelainan berbanding masjid yang lain.Idea dan ukiran hasil tangan Allahyarham Sulung Khatib Abas yang juga bekas imam masjid itu bersama beberapa tukang kayu berpengelaman.Kelainan lain susunan jubin bersaiz segi empat sama di atas bumbung masjid yang mempunyai empat menara dan lima kubah.Pihak pengurusan sengaja mengekalkan identity itu walaupun struktur binaan masjid diubahsuai sebanyak dua kali.Pengerusi Jawatankuasa masjid itu, Mohammad Rafee Jusoh berkata, masjid yang mampu memuatkan hampir 1000 jemaah itu turut dikenali sebagai masjid lama atau masjid Pok Dari di kalangan masyarakat kampong kerana telah berusia 97 tahun. Katanya, walaupun hampir dua abad usianya, tidak lekang menganjurkan pelbagai aktiviti agama pada setiap bulan, semata-mata mahu mengimrahkan Rumah Allah itu. “Pada Ramadhan pula,hampir 30 program dan aktiviti keagamaan diwujudkan, termasuk program bacaan al-quran 1 juzuk 1 keluarga, tahlil perdana, tadarus al-quran, ceramah menanti sinar Ramadha dan halaqah.“Langkah itu bertepatan dengan seranan Kerajaan Negeri melalui lapan prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB) yang mahu menjadikan masjid dan surau, sebagai sumber penyatuan,” katanya.                                                                                                                                                                                                                                                                         
26 Jun 17
1382
Empty Image
Koguru Buka Peluang Ikuti Umrah Musim Sejuk
Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad (Koguru) membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti pakej umrah musim sejuk pada bulan Disember 2017 yang masih mempunyai kekosongan.Pengerusinya Alias Yahya berkata, harga pakej yang ditetapkan bagi umrah musim sejuk ialah RM7,390.00 dan pendaftaran 100 terawal akan mendapat rebat potongan harga pakej berjumlah RM100.00. Menurutnya, tarikh pakej bagi umrah musim sejuk ditetapkan bermula 1 hingga 12 Disember 2017. "Harga yang ditetapkan berdasarkan antara pakej terbaik yang disediakan oleh HRM Travel.“Koguru juga membuka peluang sekiranya anggota atau bukan anggota yang berminat untuk mengikuti pakej selain daripada yang ditawarkan, bolehlah hubungi pihak Koguru di untuk perbincangan yang lebih jelas,” katanya. Sebelum ini, seramai 70 anggota Koguru berangkat menunaikan umrah bersempena Ramadan melalui pembiayaan pakej umrah secara mudah yang baharu dilancarkan pada tahun ini. Alias berkata, beliau berasa terpanggil untuk menawarkan perkhidmatan pembiayaan mudah itu apabila isu guru-guru gagal untuk mengerjakan umrah dengan pakej murah yang ditawarkan kepada mereka sebelum ini, namun akhirnya impian untuk ke tanah suci tidak kesampaian. Menurut beliau, melalui pembiayaan mudah ini, anggota dibenarkan mengerjakan umrah melalui koperasi dengan hanya perlu membuat bayaran secara potongan gaji sebanyak RM350 setiap bulan sehingga selesai tanpa dikenakan faedah keuntungan sebagai tanggungjawab sosial kepada anggota.“Pembiayaan ini juga dilindungi sekiranya anggota berkenaan meninggal dunia sebelum selesai baki hutang dan ianya tidak perlu dibayar atau ditanggung oleh waris anggota,” ujarnya.Alias berkata, rombongan pertama itu berlepas pada 26 Mei dari Kuala Terengganu ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan seterusnya penerbangan terus ke Madinah.
25 Jun 17
214
Empty Image
Masjid UniSZA Sedia Cermin Mata Wakaf
Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjadi masjid pertama di Terengganu menyediakan sebanyak 50 cermin mata bagi diwakafkan kepada jemaah dalam usaha membantu menyelesaikan masalah jemaah yang mengalami rabun dekat ketika sesi pembelajaran kitab di masjid.Cermin mata yang mempunyai 'power' sesuai untuk jemaah berusia 40 hingga 70 tahun itu diletakkan di satu sudut dan boleh digunakan pada bila-bila masa mengikut keperluan sama ada ketika sesi pembelajaran kitab atau membaca al-Quran.Penduduk, Zarina Ismail, 36, berkata inisiatif yang diambil pihak UniSZA itu membantu ramai jemaah yang mengalami masalah rabun dekat terutama golongan miskin yang mungkin tidak berkemampuan untuk membeli cermin mata sendiri."Apabila ada cermin mata wakaf di masjid itu, jemaah yang mempunyai masalah rabun dekat tidak perlu lagi pulang semula ke rumah sekiranya tertinggal cermin mata.  "Cermin mata yang disediakan itu membantu jemaah yang rabun membaca al-uran dengan lebih jelas malah sesi pembelajaran kitab selepas waktu mahgrib juga dapat dijalankan dengan lancar.  "Pada pendapat saya, program wakaf cermin mata itu harus diperluaskan ke semua masjid kerana ia membantu golongan yang memerlukan," katanya ketika ditemui Harian Metro pada Majlis Penyerahan Cermin Mata Wakaf oleh IQ Optometrist Gong Badak, di sini, semalam.    Wan Safari Wan Ahmad, 41, dari Kampung Tok Jiring berkata, program wakaf cermin mata itu program terbaru yang memberi manfaat kepada jemaah yang memerlukan secara tidak langsung mengalakkan jemaah dan orang ramai yang berkunjung ke masjid untuk membaca al-Quran.   "Saya menyokong pendekatan yang diambil pihak masjid dalam memberi kemudahan dan keselesaan kepada jemaah dan ia seharusnya dicontohi semua masjid namun pengawasan perlu dijalankan bagi memastikan cermin mata yang diwakafkan itu kekal berada dalam keadaan baik.  "Bagi yang tidak mempunyai masalah rabun dekat, mereka mungkin tidak memerlukannya malah tidak memberi apa-apa manfaat namun bagi individu yang mempunyai masalah rabun dekat ia satu kemudahan dan nikmat seterusnya boleh menjalankan ibadat dengan selesa," katanya.    Sementara itu, Pengarah Pusat Islam UniSZA Dr Mohd Shafiee Hamzah berkata, program wakaf cermin mata itu dijalankan dengan kerjasama  IQ Optometrist Gong Badak.   "Idea itu datang selepas melihat ramai jemaah terutama golongan yang berusia dan rabun dekat mengalami masalah apabila tertinggal cermin mata di rumah sehingga menganggu kelancaran sesi pembelajaran kitab dan tadarus pada Ramadan.   "Melihat keperluan itu UniSZA dengan kerjasama IQ Optometrist Gong Badak mengambil inisiatif menyediakan cermin mata wakaf di masjid dengan harapan membantu jemaah yang memerlukan dan bersyukur kerana sambutan yang diteriam sangat menggalakkan," katanya.   Menurutnya, program wakaf cermin mata itu akan berterusan dan jika perlu pihak UniSZA akan menambah jumlah cermin mata yang diwakafkan itu pada masa akan datang.
25 Jun 17
618
Empty Image
Lebih 20,000 Tetamu Kunjungi Rumah Terbuka Menteri Besar
 Lebih20,000  tetamu pelbagai lapisan masyarakat dan latar belakang mengunjungi Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri,  Menteri Besar  Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, di Kediaman Seri Iman, Batu Burok, Kuala Terengganu, hari ini.  Walaupun terpaksa berdiri dan beratur, ia tidak menghalang rakyat, termasuk yang bukan beragama Islam untuk hadir ke majlis rumah terbuka yang bermula jam 11 pagi hingga 3 petang itu.Ada di antara tetamu datang seawal jam 10 pagi kerana mahu mengelak kesesakan lalu lintas.Biarpun terpaksa berdiri untuk menyambut dan bersalaman dengan pengunjung, tiada riak keletihan terbayang pada wajah Ahmad Razif dan Isteri To’ Puan Seri Halina Zakaria yang sentiasa melemparkan senyuman kepada tetamu yang hadir.Pengunjung sempat bergambar dan swafoto bersama Ahmad Razif dan Isteri, manakala kanak-kanak yang hadir beratur untuk mendapat duit raya.Lebih 500 juadah, termasuk laksam, lemang, ketupat, tapai pulut, sate, nasi dagang, nasi minyak, keropok goreng, kambing bakar  dan pelbagai kuih tradisional serta biskut raya disediakan kepada pengunjung.Sebelum itu, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenaan berangkat   menunaikan solat sunat Aidifitri di Masjid Al Muktafi Billah Shah, Ladang.Hadir mengiringi, Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri, Yang Dipetua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan beberapa ahli Exco Kerajaan Negeri.Ì
25 Jun 17
122
Empty Image
Anak Terengganu Cipta sejarah Di Sydney, Australia
Rakyat Terengganu mencipta sejarah apabila  diberi penghormatan kali pertama untuk mengimamkan solat Sunat Aidilfitri dan menyampaikan khutbah raya dalam bahasa Inggeris.Penolong Pengarah Tajaan Dan Transformasi Mahasiswa Yayasan Terengganu, Ustaz Mohd Zaki Mat Yakim, 43 tahun, diberi penghormatan tersebut di hadapan 1,000 masyarakat Islam pelbagai bangsa yang menetap di sekitar New South Wales.Solat Hari Raya  dimulakan jam 8.30 pagi di Robyn Webster Sport Club, Tempe NSW dan tahun ini merupakan tahun akhir diadakan di situ memandangkan pihak berkuasa tempatan tidak lagi membenarkan lokasi itu dijadikan tempat solat hari raya.Lokasi tersebut dipilih setiap tahun memandangkan  Masjid Darul Imaan, Wolli Creek tidak dapat menampung keperluan masyarakat Islam di sekitar kawasan tersebut dan ia dikendalikan oleh Islamic Malay Australia Association of NSW (IMAAN)Mohd Zaki berada di Sydney sejak 11 Jun lalu, bagi mengetuai solat tarawih qiyamullail di Masjid tersebut. Program Penghantaran Imam terawih dimulakan oleh kerajaan negeri sejak 2015, di atas permintaan pengurusan Masjid Darul Imaan NSW dan setiap tahun, Terengganu menghantar  dua imam untuk bertugas sepanjang Ramadan.Beliau juga di beri kesempatan untuk membaca khutbah Jumaat pada 23 Jun lalu,Sebagai memenuhi Tradisi di Malaysia, Beliau dan 2 orang imam lain Muhammad Fitri Ahmad Nasir dari Selangor dan Mohd Hafiz bin Abd Rahim dari Pahang, memulakan suasana pagi itu, dengan takbir raya, dan Ust Mohd Zaki menerangkan kan cara cara mengerjakan solat sunat Aidilfitri kepada komuniti Muslim di situ.Menurut Ust Mohd Zaki, 43, yang berasal dari Air Putih Kemaman, ini lah sejarah dalam hidup nya,  berhari raya di Negara Asing, dan diberi penghormatan menjadi Imam dan membaca khutbah Raya Aidilfitri, sesuatu yang tidak pernah terfikir sebelum ini, apatah lagi beliau adalah anak Terengganu pertama di Kepercayaan tersebut, cabaran beliau adalah berhadapan dengan pelbagai bangsa dan keturunan, dan warna kulit.Secara tradisi, beliau akan membacakan khutbah kedua kedua Hari Raya di Masjid Kristal Taman Tamadun Islam.Sepanjang bertugas di Masjid Darul Imaan, beliau berkesempatan untuk menyampaikan tazkirah dan khatam Al Quran bersama masyarakat Melayu Malaysia, Singapura, dan negara timur Tengah.Apa yang membanggakan  nama negeri Terengganu amat dekat di Hati masyarakat Islam di sini, kerana Bekas Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad telah merintis jalan untuk membina Kelas Pengajian Agama di Sydney dan menubuhkan Masjid Darul Imaan. Tidak hairanlah nama Terengganu dan Malaysia amat dekat dekat dengan komuniti di sini.Ust Mohd Zaki Mat Yakim, mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman yang telah memberi kepercayaan kepada beliau, untuk menabur bakti di Sydney.Ust Mohd Zaki, berharap akan ada lagi Imam dari Terengganu untuk bertugas dan berdakwah Di sana, dan cabaran utama mereka,adalah menguasai bahasa Inggeris dan Arab, kerana setiap hari, masyarakat islam di sini akan bertanya pelbagai soalan dan hukum.
25 Jun 17
183
Empty Image
Teruskan Aktiviti Rondaan Di Bulan Syawal
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Terengganu meminta Kawasan Rukun Tetangga (KRT) melalui Skim Rondaan Sukarela (SRS) meneruskan aktiviti cegah jenayah di musim perayaan termasuk pada Ramadan dan Syawal ini.Pengarahnya, Burhanuddin Daud berkata, tiada istilah cuti bagi aktiviti mencegah jenayah malah pasukan SRS digalakkan lebih banyak menjalankan aktiviti rondaan berbanding biasa. "SRS di KRT ini penting kerana mereka lebih mengenali jiran tetangga dan antara satu sama lain dalam masalah sosial, kecurian dan sebagainya yang berlaku di sekeliling mereka. "Sebab itu, di bulan Ramadan dan Syawal juga rondaan diteruskan secara lebih aktif," katanya kepada pemberita selepas menyertai program agihan bubur kacang anjuran Kasut You, baru-baru ini. Beliau berkata, perkara itu bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini dan juga kesempatan yang boleh diambil oleh mereka yang berniat jahat. Selain itu, pihaknya juga ingin mengingatkan kepada pemastautin di negeri ini yang mahu pulang berhari raya agar mengisi borang atau memaklumkan di balai polis berdekatan. "Sebelum ini, JPNIN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengedarkan borang balik rumah, rumah selamat kepada orang ramai dalam satu program.rondaan bersama di sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. "Jadi, pemastautin yang ingin pulang berhari raya di kampung halaman, sila hantar borang yang diedarkan itu ke balai polis berdekatan.
24 Jun 17
194
Empty Image
PERUTUSAN KHAS MENTERI BESAR SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2017 (1438H)
BismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhSalam AidilfitriSalam Negaraku MalaysiaSalam Transformasi Terengganu BaharuAllahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar walillah hil hamd1. Alhamdulillah, segala puji kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya saya diberikan kesempatan untuk melakarkan sebuah perutusan khas sempena Hari Raya Aidilfitri untuk rakyat Terengganu di mana jua mereka berada. Setelah genap sebulan berpuasa, kini tiba masanya seluruh umat Islam akan menyambut Hari Lebaran dengan penuh gembira seharum kasturi.2. Hari Raya Aidilfitri yang juga dikenali dengan nama Hari Raya Puasa disyariatkan Allah Taala untuk umat Islam merayakannya dengan rasa kesyukuran dan amal bakti yang diredhaiNya. Kita hendaklah lebih bersyukur kerana dapat meneruskan kehidupan dalam suasana aman damai. Bergerak bebas melakukan aktiviti seharian, memiliki bekalan makanan dan minuman yang mencukupi. Sementara teman seagama kita di kebanyakan negara masih bertungkus lumus mencari tempat berlindung yang selamat. Lapar dan dahaga seolah-olah suatu kebiasaan bagi mereka. Syukur Alhamdulillah kita lebih bernasib baik menerima anugerah Illahi di bumi bertuah ini.3. Apabila terdengarnya takbir raya di senja hari terakhir bulan ramadan, maka bermulalah  1 Syawal yang merupakan hari kemenangan berpuasa selama sebulan. Pesan Murabbi, “Hari raya Aidilfitri dan bulan-bulan seterusnya ini merupakan satu perjalanan dan cabaran yang baharu untuk seorang hamba Allah yang bertaqwa kepadaNya, kerana bulan ini akan menentukan kelangsungan amalan ketaqwaan kita disepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak.4. Sekian lama hidup berjauhan diperantauan tiada kata-kata manis yang boleh ubati kerinduan untuk bersama keluarga. Dikala tawarikh kehidupan kita diselubungi dengan kesibukan kerjaya, rasa rindukan sanak saudara tetap terpendam jauh di lubuk jiwa. Maka apabila tibanya hari raya, inilah peluang berharga untuk melepas kerinduan terhadap ayah dan bonda,  juga jiran tetangga. Sambil menikmati juadah hidangan yang ada, jangan lupa ambillah peluang untuk bermaaf-maafan serta bersenda loka bersama keluarga. Indahnya nikmat berhari raya bila terkenang kisah suka duka. Setahun sekali berkumpul pastinya dapat memperkukuhkan lagi tali persaudaraan dan silaturrahim dengan penuh kasih sayang.5. Di hari yang mulia ini, kita harap semuanya dapat berhari raya dengan penuh gembira, kepada mereka yang berada, janganlah lupa golongan yang tidak berada. Bantulah mereka, ringankan beban derita yang ada. Hulurkanlah bantuan dan dampingilah mereka, ingat pesanan Anas r.a. bahawa: Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri,”(al-Bukhari).6. Istiqamah bersedekah dan bersyukur amalan di bulan Ramadan al-mubarak perlu diteruskan. Meringankan beban kepada yang memerlukan adalah sebahagian daripada pengorbanan yang in sya Allah akan mendapat rahmat daripada Allah Yang Maha Bijaksana. Saya yakin amalan konsep 4K (Keinginan, Kesungguhan, Kebersamaan, Keikhlasan) akan melahirkan keserasian dan keharmonian  hidup berjiran.7. Justeru, saya mengambil kesempatan menasihati semua pengguna jalan raya supaya bersabar dan berhati-hati sepanjang pemanduan. Amalkan sifat bersopan dan berbudi bahasa semasa memandu. Kawal nafsu amarah yang membawa padah. Lambat sampai ke destinasi tidak mengapa, asalkan selamat bertemu  orang tersayang. Biarlah pelukan rindu pada hari raya tahun ini diiringi linangan air mata gembira bukannya berduka.8. Sesiapa sahaja apabila terdengar takbir raya di pagi raya, hati menjadi sayu dan sebak di dada. Terkenang orang tersayang yang sudah tiada. Ziarahilah pusara  mereka bersama keluarga. Jangan lupa melakukan kunjungan mesra ke rumah jiran tetangga. Hidup berjiran besar hikmahnya.9. Sempena Hari Raya Aidilfitri semarakkanlah semangat perpaduan yang telah terjalin sekian lama. Teruskan amalan sebegini dengan minda terbuka kerana ia menepati maksud dan hasrat kerajaan melalui prinsip ke-7 (Seruan Perpaduan) dalam gagasan Transformasi Terengganu Baharu (TTB). Inilah keistimewaan dan keunikan hidup bermasyarakat di negara kita. Warisan ini bukan sekadar adat, malah sebahagian daripada tuntutan agama. Tunjukan kepada mereka betapa indahnya agama Islam.10. Ketepikan isu yang remeh temeh mainan orang-orang yang berfikiran sempit. Jangan biarkan sokong membawa rebah. Sempena syawal yang mulia ini molek rasanya kita bina azam baharu yang boleh merancakkan lagi tawaran perkhidmatan untuk rakyat. Pamerkan contoh yang baik untuk ditauladani oleh generasi “Gen T” pelapis perencana kegemilangan masa depan Negara.11. Zaman sentiasa berubah, maka kita juga mesti berubah. Sesungguhnya tuntutan masa memerlukan kita berada dalam “mood” transformasi (perubahan) yang sesuai dengan zaman. Semarakan kasih kita kepada negara tercinta ini. Hadapi segala cabaran mahupun ujian dengan sabar dan cermat. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Negaraku Malaysia di sini tanah tumpah darahku.12. Pada kesempatan Perutusan Khas Hari Raya Aidilfitri ini, saya, isteri dan keluarga serta seluruh barisan kepemimpinan negeri mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Saat gembira bersama keluarga adalah sesuatu yang indah, dan apabila tiba masanya untuk kembali semula ke tempat bertugas, kami doakan agar semuanya selamat dalam perjalanan. Patuhi peraturan jalanraya dan arahan pihak berkuasa. Semoga Allah permudahkan perjalanan pulang anak-anak perantau ke destinasi masing-masing.Kepada Allah saya berserah.Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar walillah hil hamdAssalamualaikum warahmatullahi warabarakatuh.
24 Jun 17
1268
Empty Image
Penerbangan Terus JB - Terengganu Bermula
Ahmad Razif menyambut penumpang yang menaiki penerbangan pertama dari Johor Bahru ke Kuala Terengganu sejurus mendarat di LTSM. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailAnda dari Johor hendak ke Terengganu atau dari Terengganu hendak ke Johor dengan pantas?Kini anda boleh menggunakan penerbangan Air Asia Berhad apabila tanggal 22 Jun 2017 penerbangan pertama antara kedua-dua negeri itu bermula.Penerbangan yang memakan masa satu jam sepuluh minit itu bermula dari Lapangan Terbang Senai Johor Bahru jam 1.45 tengahari dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) Kuala Terengganu kira-kira jam 2.50 petang tadi; para penumpang penerbangan sulung itu disambut Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Sebelum itu Yang Di Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong mengiringi penumpang penerbangan sulung itu dari Lapangan Terbang Senai Johor ke LTSM Terengganu. Penulis dan beberapa rakan media dari Terengganu ikut serta.Berucap di majlis sambutan ketibaan penerbangan pertama itu, Ahmad Razif menyatakan penerbangan itu selain untuk membantu lebih ramai pelancong ke Terengganu termasuk dari Singapura, ia juga memudahkan rakyat Terengganu di Johor atau Selatan Semenanjung untuk pulang ke kampung halaman di Terengganu.Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Aireen Omar, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan ketua-ketua jabatan.Jadual penerbangan yang telah diluluskan oleh Jabatan PenerbanganAwam (DCA) adalah seperti berikut:a. Hari Penerbangan : SELASA, KHAMIS, SABTUb. Masa Berlepas dari Johor Bahru 1.45 petangc. Masa Ketibaan di Kuala Terengganu 2.50 petangd. Masa Berlepas dari Kuala Terengganu 3.15 petange. Masa Ketibaan di Johor Bahru 4.20 petang
23 Jun 17
240
Empty Image
Sultan Terengganu Solat Jumaat Di Masjid Jamek Gong Pok Jin Mengabang Telipot
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, hari ini berangkat bagi menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Jamek, Kampung Gong Pak Jin, MengabangTelipot, Kuala Nerus.Yang Di-Pertuan Muda Terengganu,  Tengku Muhammad Ismail turut berangkat sama menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengiringi Sultan Mizan dan Yang Di-Pertuan Muda Terengganu.Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Dato'Shaikh Harun Shaikh Ismail juga hadir bersama.Hadir sama ialah Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Dato' Basir Ismail dan Pegawai Penyelaras Tepoh, Rosli Omar.Sultan Mizan Zainal tiba kira-kira jam 1.05 tengahari disambut oleh Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato' Tengku Farouk Hussin dan Ahli Jawatankuasa masjid.Masjid Jamek asalnya dibina pada 2003 dan solat Jumaat pertama adalah pada 11 April 2003.Masjid ini kemudiannya siap dinaik taraf dan boleh digunakan pada 22 September 2006 .Sultan Mizan turut berkenan menyampaikan  zakat  Maidam kepada Masjid Jamek Kg Gong Pak Jin yang diterima oleh wakil jawatankuasa masjid berkenaan, Mohd Ayub Sidek.Sementara Solat Jumaat pula diimamkan oleh Imam 1, Sidek Abu Bakar  dan bilal Yahya Tahir.
23 Jun 17
659
Empty Image
JPJ Rekod Jumlah Saman Tertinggi Pandu Lebih Had Laju
Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) menerusi Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik(Awas) atau Sistem Pengkuatkuasaan Automatik(AES) mencatatkan kesalahan had laju dengan jumlah saman tertinggi iaitu 72,806 kes.Timbalan Ketua Pengarah(Pengurusan) JPJ,  Dato' Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, tempoh saman yang direkodkan itu bermula 15 April hingga 19 Jun lalu."Dalam tempoh tersebut jumlah keseluruhan saman dikeluarkan menerusi Awas ialah 82,054 keping yang mana kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat sebanyak 9,248 kes menjadi saman kedua tertinggi yang dikeluarkan."Kesemua kesalahan dicatatkan ini melibatkan jumlah RM976,200 hasil saman Awas di seluruh negara,"kata Wan Ahmad Uzir.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran Ops Selamat di Plaza Tol Ajil, baru-baru ini.Majlis disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud.Menurutnya, sehingga kini terdapat 21 AES dipasang termasuk tujuh terbaharu di lokasi yang sering berlaku kemalangan maut.Dua daripadanya di laluan Lebuhraya Pantai Timur(LPT) 2 iaitu di Kilometer 256.1 berhampiran Cheneh dan di KM 288.6 berdekatan Chukai.Selain itu juga, katanya sebanyak 6,535 saman telah pun diselesaikan pemilik kenderaan yang dikenakan tindakan.Tambah Wan Ahmad Uzir lagi, pihaknyajuga memasang papan tanda amaran dalam jarak tiga kilometer sebelum kamera AES sebagai amaran awal kepada pengguna jalan raya.Katanya lagi, pihaknya tidak akan berkompromi dan bertolak ansur kepada pengguna yang melakukan kesalahan seperti langgar lampu isyarat, mengguna telefon bimbit ketika memandu, melanggar had laju, mengguna lorong kecemasan dan tidak memakai tali pinggang keledar."Saman maksimum sebanyak RM 300 dikenakan jika dikesan melakukan kesalahan, manakala RM150 di luar musim perayaan."Kita dah pasang tanda amaran awal AES  dan jika masih tidak patuh mereka sengaja cari masalah,"ujarnya.Sementara itu dalam perkembangan berasingan Wan Ahmad Uzir berkata,di Terengganu, sebanyak 21 lokasi berisiko dikenal pasti antaranya di KM 6- KM 11 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan (Kuala Terengganu),KM 98-KM 114 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu (Besut) dan KM 247-KM 260 LPT 2 (Kemaman)."0ps penyamaran dengan meletakkan para pegawai dan anggota di dalam bas ekpres juga diteruskan."JPJ dah memeriksa sebanyak 2,531 buah bas dan sebanyak 136 saman atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh, tiada lesen vakasional serta kesalahan teknikal."Ini termasuklah kerjasama dengan AADK bagi melakukan saringan ujian air kencing pada pemandu bas,"ujarnya lagi.
23 Jun 17
117