Artikel "Utama" Terkini
Kerajaan Negeri Lulus RM40,000 Bina Semula Rumah Mangsa Kebakaran
Kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM40,000 bagi membantu mangsa kebakaran di Kampung Pengadang Baru, Kepong, Kuala Terengganu bagi membina kediaman baharu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pembinaan rumah mangsa Minah Endut, 62, akan dipercepatkan dengan memulakan kerja-kerja pembersihan pada Sabtu ini atau sebaik selesai Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri membuat penyiasatan menyeluruh punca kejadian itu.“Pembinaan rumah mungkin mengikut kehendak pemilik rumah dengan menggunakan peruntukan yang diagihkan.“Saya menyerahkan perkara itu kepada Makcik Minah untuk mencari kontraktor yang bersesuaian bagi membina rumah baharu secepat mungkin,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian, petang ini.Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria.Menurut Ahmad Razif, beliau turut terkesan dengan kejadian itu, lebih-lebih lagi apabila membabitkan kehilangan nyawa mangsa, Siti Nor Munirah Abu Bakar, 31, iaitu isteri kepada Abdul Mukmin Ahmad, 35, yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan kira-kira empat bulan lalu.“Orang ramai perlu sentiasa berhati-hati bagi mengelak kejadian sama berlaku, apatah lagi sekarang ini musim panas,”katanya.Sementara itu, Minah berterima kasih kepada kerajaan negeri dan Menteri Besar kerana sanggup turun padang mendengar kisah malang mereka sekeluarga dan memahami situasi rakyat yang sedang ditimpa musibah sekali gus meluluskan RM40,000 untuk mereka membina rumah baharu.Katanya, dia akan mendapatkan kontraktor bersesuaian untuk membina semula rumah di tapak yang sama secepat mungkin untuk mereka sekeluarga berteduh dan memulakan hidup baru selepas kejadian itu.“Buat sementara waktu, saya bersama Abdul Mukmin akan mendiami rumah anak yang tidak jauh dari sini," katanya yang mempunyai 14 anak dan Abdul Mukmin anak yang ketujuh.
03 Jul 17
29
Terengganu Tawar 5,900 Lot Tanah Untuk Rakyat Bina Rumah
Ahmad Razif (tengah) bersama bergambar bersama sebahagian Penolong Pegawai Tanah di Majlis Perasmian Mesyuarat Agong Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Semenanjung Malaysia (KPPTSM)Perhubungan Negeri Terengganu Kali Ke-39 di Stadium Tertutup Gong Badak, hari ini. Foto Oleh: Tg Syamim Tg IsmailKerajaan negeri mengenal pasti kira-kira 5,900 lot tanah di seluruh Terengganu untuk ditawarkan kepada rakyat bagi membina rumah sebagai usaha menangani masalah perumahan.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pengiklanan tanah-tanah kosong kediaman kepada rakyat negeri ini yang berkelayakan dan tidak memiliki tanah sebelum ini, akan dibuat selewat-lewatnya Ogos ini.“Kita sudah mengenal pasti 5,900 lot tanah di seluruh negeri yang akan diiklankan dalam masa terdekat untuk dipohon oleh mereka yang layak.“Awal bulan depan kita akan iklankan di seluruh pejabat tanah dan pusat khidmat DUN serta melalui media,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agong Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Semenanjung Malaysia (KPPTSM)Perhubungan Negeri Terengganu Kali Ke-39 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Hussin Tengku Abdul Jalil serta Yang Dipertua KPPTSM, Mohd Fauzi Ngah.Menurut Ahmad Razif, konsep pembahagian lot-lot tanah ini adalah mengikut kaedah yang sama sepertimana pembahagian rumah mampu milik.“Program ini akan diberikan kepada mereka yang cukup syarat termasuk daripada segi gaji, status perkahwinan serta belum mempunyai tanah sendiri.“Syarat-syarat lain akan ditentukan pihak pentadbir tanah dan kepada mereka yang pohon, yang layak akan dipanggil menjalani temuduga dan bagi permohonan yang diluluskan perlu membina rumah dalam tempoh tiga tahun selepas permohonan mereka berjaya,"katanya.Katanya, program ini adalah satu cara menangani masalah 3P yang merangkumi pendapatan, pekerjaan dan perumahan serta menjadi fokus kerajaan bagi membantu rakyat mengatasi masalah berkenaan.Sementara itu Ahmad Razif berkata, bagi mereka yang tergolong dalam kategori miskin, kerajaan negeri menyediakan bantuan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dengan peruntukan keseluruhan bernilai RM64 juta.“Sebanyak 40,000 unit akan dibina dan kita sudah memberi peruntukan kepada setiap DUN untuk bina dan baiki iaitu sebanyak RM2 juta untuk setiap DUN.“Kepada mereka yang dapat tanah tetapi tidak mampu membina rumah, boleh memohon bantuan rumah PPRT,” ujarnya.Menurut Ahmad Razif lagi, sehingga kini, Daerah Setiu merekodkan tanah paling banyak kosong yang boleh dibangunkan kediaman serta bagi yang berminat untuk memohon perlu memenuhi syarat yang ditetapkan termasuk perlu menjelaskan bayaran 10 peratus daripada nilai sebenar tanah berkenaan.
02 Jul 17
88
Pendayung Solo Tertua Jelajah 60 Hari Seluruh Pesisir Semenanjung Malaysia
Mansor Omar (pendayung) bersama dua pembantu `bank support' (sokongan tebing) Jimie Mansor & dan Alef Shafiq yang mengiringi pendayung melalui jalan darat selama 71 hari ekspedisi ini.Pesara Kanan Kerajaan, Mansor Omar, 70, dari Teluk Kalong, Kemaman, pendayung tegar dalam sukan kayak sedang berdayung secara solo menjelajah pantai Semenanjung Malaysia bermula 1 Julai hingga 9 September ini. Ekspedisi tersebut bermula di Kelantan dan akan berakhir di Kuala Perlis.Presiden Kayak Terengganu, Dzulkafli Abas berkata, program ini diadakan sebagai menandakan Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-60 dengan hari dayungan akan mengambil masa selama 60 hari di sepanjang pesisiran Semenanjung Malaysia.Katanya, pendayung akan tiba di Sempadan Kelantan - Terengganu pada 3 Julai di Pantai Bukit Keluang dan ekspedisi diteruskan di Pantai Penarik pada 4 Julai, seterusnya pada 5 Julai di Pantai Perkarangan Sutra Beach Resort, di pantai Perkarangan Primula Hotel Batu Buruk (6 Julai), Jeti Kecil Pantai Pulau Kerengga (8 Julai), Pantai Perkarangan Teratai Emas Beach Resort Rantau Abang (9 Julai), Pantai Paka, Dungun (10 Julai), Pantai Penunjuk Kijal (11 Julai), Pantai Teluk Mak Nik (12 Julai), Pantai Gebeng, Pahang (13 Julai).“Kami berharap Mansor Omar dapat merealisasikan impian beliau dan boleh memegang rekod sebagai 'Pendayung Solo Tertua' kali ini,” katanya.Program ini adalah sebagai satu inisiatif untuk menggalakkan aktiviti berdayung di Malaysia di samping memperkenalkan setiap pantai yang menarik di Semenanjung.Ekspedisi selama 71 hari merentasi 11 negeri dan 60 tempat penginapan yang berbeza di setiap negeri.Pelepasan checkpoint pertama disempurnakan oleh Mat Razi Mat Ali Pelepasan checkpoint pertama disempurnakan oleh, Penolong Pegawai PPD Tumpat (Pengurusan Sekolah), Mat Razi Mat Ali di Jeti Polis Marin, Pengkalan Kubur, Tumpat, Kelantan.Dalam pada itu, penglibatan Mansor dalam Persatuan Rekreasi Negeri Terengganu bermula pada 1985 dan aktif dalam pelbagai aktiviti sukan air.Ekspedisi itu bertujuan menunjukkan pengamalan cara hidup yang sihat pada veteran dan anak muda, sekali gus membuktikan bahawa umur bukan penghalang mencapai apa yang dihasratkan.Mansor juga menyeru agar setiap lapisan umur untuk melakukan aktiviti yang sihat selari dengan moto beliau “Umur bukan menjadi penghalang”.
02 Jul 17
271
SATU Berjaya Atasi Masalah Air Pada Musim Aidilfitri
Masalah gangguan bekalan air yang sering membelenggu penduduk Terengganu setiap kali tibanya perayaan Aidilfitri berjaya diatasi pada tahun ini tanpa sebarang aduan gangguan yang serius. Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu (SATU), Ir. Atemin Sulong berkata, bekalan air terutama melibatkan kawasan Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus sebelum ini sering terganggu disebabkan berlakunya peningkatan secara mendadak jumlah pengguna.Katanya, walaupun ada sedikit gangguan tetapi itu hanya kes terpencil dan berjaya diatasi dengan cepat. “Mengambil pengalaman lepas, kita bersedia lebih awal kira-kira dua minggu sebelum menjelang Aidilfitri dengan menyelesaikan punca yang menjadi penyebab kepada gangguan bekalan.“Langkah itu termasuk menambah loji di Pulau Bahagia, Manir yang sebelum ini sering menjadi punca utama masalah bekalan air yang terjejas,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar Terengganu Bersama Jabatan dan GLC 2017 di Dataran Permata, Seberang Takir, Kuala Nerus.Atemin memberitahu, loji baru di Kuala Terengganu dijangka siap sepenuhnya pada 2019 dan pihaknya yakin dengan kemudahan baharu itu dapat menyelesaikan masalah di musim perayaan dan hari-hari biasa.Pada program itu, SATU dinobatkan sebagai pemenang kategori Gerai Tercantik dengan membawa pulang wang tunai RM1,000.“Kemenangan itu adalah berkat semua kakitangan yang bersemangat melaksanakan setiap tugas yang dipertanggungjawab, selain mengamalkan kerja berpasukan.“Kali ini kita menyediakan sepuluh menu untuk pengunjung antaranya rojok kateh, keropok keping, keropok lekor dan pelbagai minuman,” katanya
02 Jul 17
37
Lebih 40,000 Kunjungi Rumah Terbuka Menteri Besar Terengganu
Lebih 40,000 orang hadir majlis rumah terbuka Aidilfitri Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman bersama 24 jabatan-jabatan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Dataran Permata, Seberang Takir, Kuala Nerus.Kehadiran pengunjung dilihat tidak putus-putus sejak pukul 11 pagi, bahkan sehingga pukul 3 petang ini, suasana di tapak acara meriah dengan orang ramai yang datang menjamu selera bersama keluarga masing-masing.iAhmad Razif berkata, sambutan yang melepasi angkaan awal itu sekali gus membuktikan sokongan tinggi rakyat terhadap kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional di negeri ini."Ini menunjukkan solidariti serta permuafakatan masyarakat negeri ini tanpa mengira bangsa yang secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita."Melihat kepada perkembangan positif ini, maka tahun depan kita akan melibatkan lebih ramai badan berkanun dan jabatan di peringkat persekutuan mahu pun korporat dalam majlis seumpama ini," katanya kepada pemberita.Selain hidangan pelbagai menu Aidilfitri buat pengunjung, majlis yang bermula pukul 11 pagi hingga 3 petang itu turut dimeriahkan dengan persembahan beberapa artis antaranya Jay Jay, Mat Over, Ameng, Faizal AF 4, Acey Bocey, Tauke, Rahim Sepahtu, Zalif Sidek, Azian Mazwan Sapuan, Bienda dan Keena Mentor.
01 Jul 17
374
1MDB Belanja Lebih RM57 Juta Hantar 5,711 Orang Tunai Ibadah Haji
Yayasan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) melalui Program Khas Haji Perdana Menteri membelanjakan hampir RM57 juta bagi menghantar seramai 5,711 orang bagi menunaikan ibadah haji sejak program itu diperkenalkan tujuh tahun lalu.Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Dato' Jailani Ngah berkata, jumlah itu termasuk 1,100 orang di mana 87 individu adalah dari Terengganu membabitkan peruntukan hampir RM11 juta pada tahun ini."Jemaah haji yang terpilih itu terdiri daripada imam, ketua kampung, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari seluruh negara dan pengamal media."Empat pengamal media dari Kelab Warwatan Media Terengganu (KAWAT) turut terpilih," katanyaBeliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Surat Jemputan Bagi Program Khas Haji Perdana Menteri di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, hari ini.Majlis itu dirasmikan Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Senarai pengamal media adalah Ruslan Abdul Rahman, Tuan Azam Tuan Johan, Mohd Yasin Embong dan Khalid AbdullahJailani turut memberitahu Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sepatutnya mempersoalkan program khas yang diperkenal sejak tujuh tahun lalu sehingga menyifatkan umat Islam yang terlibat dalam program itu tidak mendapat haji mabrur.Katanya, apa yang diperkatakan itu dianggap sebagai terdesak sehingga sanggup menggunakan agama dalam politik."Dr Mahathir tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian, kerana hanya Allah SWT sahaja yang boleh menilai sesuatu amal ibadah itu sama ada boleh diterima atau tidak.“Bukan tugas kita untuk menilai, manusia fokus pada ibadah saja..janganlah gunakan isu ini untuk kepentingan diri sendiri," katanya.
29 Jun 17
228
Tukun Tiruan Tingkat Pendapatan Nelayan
Usaha Jabatan Perikanan bekerjasama dengan Petronas bagi melabuhkan tukun tiruan dari pelantar minyak yang dilupuskan menerusi projek Rig To Reef (R2R) di Pulau Kapas, Marang bukan sahaja dapat memulih dan memperkayakan sumber laut malah memberi impak positif dalam meningkatkan pendapatan nelayan.Pengarah Perikanan Terengganu, Zawawi Ali berkata, melalui kerjasama yang dimeterai selama lima tahun itu, tukun-tukun tersebut akan dilabuhkan dari semasa ke semasa oleh Petronas di kawasan itu.“Kaedah itu bukan sahaja membantu meningkatkan pembiakan ikan, tetapi memberi faedah secara langsung kepada nelayan sekitar.“Kebanyakannya mengucapkan terima kasih terhadap keprihatinan kerajaan memperkenalkan inisiatif ini untuk meningkatkan pendapatan mereka,” ujarnya.Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) projek Rig To Reef (R2R) antara Jabatan Perikanan dan Petronas di Dataran Marang, baru-baru ini.MoU yang membawa kepada kepada pelaksanaan program perintis melabuhkan tukun tiruan dari pelantar minyak terpakai di Semenanjung itu ditandatangani oleh Ketua Pengarah Perikanan, Dato’ Ismail Abu Hassan dan Naib Presiden (Pengurusan Petroleum) Petronas, Muhammad Zamri Jusoh.Sementara itu Zawawi berkata, Jabatan Perikanan juga akan menambah lebih banyak Tukun Tiruan Rekreasi di negeri ini bagi membolehkan tangkapan secara pancingan yang terkawal oleh nelayan di kawasan hanya tiga batu nautika dari persisir pantai.“Disebabkan terletak lebih hampir dengan pantai, ianya akan memberi kelebihan kepada nelayan untuk menangkap ikan khususnya pada musim tengkujuh,”ujarnya.Sebelum ini, Kementerian Pertanian dan Asas Tani (MOA) melalui Jabatan Perikanan memperuntukkan RM10.9 juta bagi pembangunan tukun tiruan di negeri ini sejak 2006.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata pembangunan tukun tiruan di 27 tapak melibatkan 1,147 unit tukun itu ditempatkan di Ma Daerah, Rantau Abang, Jambu Bongkok, Kuala Marang, Pulau Bidong, Pulau Kapas, Kuala Terengganu, Teluk Ketapang, Setiu, Besut dan Pantai Merchang.Katanya, projek tukun tiruan memberi manfaat kepada 6,500 nelayan tradisional di negeri ini yang turut berjaya mengurangkan aktiviti pencerobohan nelayan pukat tunda di zon berkenaan.
28 Jun 17
424
Zakat Terkumpul Maidam RM27 Juta
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menerima pungutan zakat berjumlah RM27,067,335.49 sepanjang empat bulan pertama tahun ini.Yang Dipertua Maidam, Dato’ Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, pihaknya menyasarkan jumlah kutipan untuk tahun ini akan terus bertambah berbanding tahun sebelumnya berdasarkan kesedaran orang ramai untuk mengeluarkan zakat semakin meningkat.Beliau berkata, ini terbukti melalui jumlah zakat yang berjaya dikutip dalam tempoh tiga tahun lepas iaitu sebanyak RM120,119,520.62 (2014) meningkat kepada RM126,641,997.25 (2015) dan RM133,642,573.15 (2016).Bagi pungutan zakat setakat 30 April lalu, beliau menjelaskan, zakat pendapatan mencatat kutipan tertinggi iaitu RM13,309,966.09 diikuti zakat perniagaan (RM6,839,251.12), wang simpanan (RM6,185,292.18) dan zakat harta (RM473,727,63).“Lain-lain ialah zakat emas perak (RM168,648.67), zakat tanaman (RM63,729.80) dan zakat fitrah (RM70),” katanya.Menurut Shaikh Harun, Maidam telah membelanjakan sebanyak RM43,146,764.51 wang zakat kepada lapan golongan asnaf yang layak sepanjang tempoh tersebut.Katanya, daripada jumlah itu perbelanjaan kepada asnaf kategori miskin adalah sebanyak (RM18,430,956.98), fisabilillah (RM14,903,295.98), fakir (RM5,771,010.24), amil (RM2,345,709.57).“Manakala muallaf (RM840,224.31), al-gharimin (RM659,915.43) dan al-riqab (RM189,292.00),” ujarnya. Shaikh Harun berkata, Maidam memberi perhatian serius terhadap asnaf fisabilillah dalam usaha menjadikan golongan ini sebagai pengubah nasib keluarga."Perbelanjaan kepada asnaf fisabilillah ini kebanyakannya ialah untuk anak-anak golongan miskin melanjutkan pelajaran mereka kerana kita tidak mahu golongan ini terus mewarisi kemiskinan keluarga.“Kita biayai mereka ini untuk meneruskan pengajian kerana perjuangan akademik dan pelajaran itulah yang mampu mengubah nasib mereka suatu hari nanti,” ujarnya.
27 Jun 17
487
3,000 Anak Perantau DUN Pengkalan Berangan Dirai
Seramai 3,000 anak perantau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan diraikan dalam Sambutan Hari Raya Perantau di Kediaman ADUN Pengkalan Berangan, malam tadi.A. Latiff Awang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri berkata, majlis tahunan itu sebagai menghargai anak DUN berkenaan yang bekerja di luar Terengganu terutama Kuala Lumpur dan Lembah Kelang."Saya amat terharu atas kesudian semua anak perantau yang hadir pada malam ini."Dengan sokongan ini, telah menaikkan semangat saya untuk terus memberikan khidmat yang cemerlang kepada masyarat," katanya kepada wartawan Teganukita.Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Marang, Dato' Nir Nik Wan Ku, Ketua Wanita UMNO Bahagian Marang, To' Puan Zaitun Mat Amin dan Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu Dato Muda Mamat serta pimpinan masyarakat.Antara menu utama yang dihidangkan adalah nasi minyak, sate, kambing golek, jagung bakar, pelbagai bbq, mee hoon sup, rojak betik, ketupat, lemang, rendang, tapai dan laksa penang.
27 Jun 17
227
Galak Ibu Tunggal Ceburi Bidang Keusahawanan
Golongan ibu tunggal di negeri ini perlu berani untuk menceburi bidang keusahawanan dalam usaha mengubah nasib keluarga seterusnya keluar daripada kepompong kemiskinan.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Roslee Daud berkata, banyak inisiatif dan bantuan disediakan kerajaan kepada golongan ini bagi melibatkan diri mereka dalam kegiatan ekonomi yang mampu memberikan pendapatan tambahan.“Daripada memikirkan kisah lalu dan masalah rumahtangga yang boleh mendatangkan tekanan, lebih baik mereka ini mencari peluang untuk memajukan diri.“Kerajaan negeri amat menggalakkan golongan ini untuk ceburi bidang keusahawanan dan sedia memberi bantuan dalam pelbagai bentuk samada modal atau bimbingan dan latihan,” ujarnya.Menurut Roslee, banyak cabang perniagaan yang boleh diceburi golongan ibu tunggal dan mereka boleh menceburinya dengan menggunakan modal minimum termasuk bidang jahitan, perniagaan atas talian, masakan dan sebagainya.
26 Jun 17
63