lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Pilih Calon Disukai Dan Boleh Menang- Ahmad Razif
Menteri Besar, Dato'  Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersetuju dengan  kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa calon-calon Barisan Nasional untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan dipilih berdasarkan calon yang disukai dan boleh menang."Saya bersetuju sangat dengan kenyataan TPM yang mahukan calon  "Winnable dan likeable"."Kita akan pilih calon yang digemari dan disukai oleh rakyat," katanya.Ahmad Razif berkata, Terengganu akan melihat perkara itu berasaskan dua faktor tersebut.Ahmad Razif berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas kenyataan TPM berhubung calon PRU14 sewaktu menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Bukit Besi, Roslee Daud, di Simpang Lay Bay Bukit Besi, Dungun, hari ini.Dalam pada itu, Roslee berkata, beliau percaya dan menyokong dengan keputusan  pucuk pimpinan serta akur dengan segala keputusan nanti."Pemilihan calon terpulang kepada pucuk pimpinan kerana mereka lebih tahu untuk tentukan siapa."Apa yang lebih penting ialah kemenangan berpihak kepada BN," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri itu.Kira-kira 10,000 tetamu hadir pada majlis rumah terbuka yang  berlangsung dengan meriah serta disajikan pelbagai jenis juadah moden dan tradisional.
08 Jul 17
29
Empty Image
Mansor Tiba Di Batu Buruk
Mansor (lima dari kiri) disambut Mohd Zubir dan Ibni sejurus selamat tiba di Pantai Batu Buruk, jam 2 petang hari ini. Foto oleh Zulkipli CW PutraPendayung solo Ekspedisi Expresi Negaraku, Mansor Omar, 70, selamat tiba di Pantai Primula Beach Resort, Batu Buruk pada jam 2 petang hari ini.Ekspedisi anak jati Kemaman itu sudah melepasi enam lokasi persinggahan bermula di Jeti Pengkalan Kubur, Kelantan sejak 1 Julai lalu. Jarak keseluruhan ekpedisi yang hampir 2,000 kilometer itu dijadualkan bersambung esok ke destinasi seterusnya di Pantai Pulau Kerengga, Marang.Mansor berkata, kayuhan bermula jam 7.45 pagi dari Pantai Rhu Tapai sejauh 33 kilometer sebelum tiba di Pantai Batu Buruk.Katanya, jangkaan ketibaan di Pantai Batu Buruk adalah lebih awal, akan tetapi mengalami sedikit masalah apabila melawan arus (breakwater) yang menyebabkan terlewat dari sasaran hampir sejam.“Saya tidak menghadapi ancaman-ancaman lain kerana dengan pengalaman saya yang hampir 36 tahun ini, saya mampu mengawalnya. Malah, sebelum menjalankan ekpedisi ini, saya selalu membuat latihan di hadapan rumah di Teluk Kalong,” katanya. Turut menyambut ketibaan Mansor, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri , Dato' Mohd Zubir Embong.Hadir sama, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu.Mohd Zubir berkata, beliau begitu teruja kerana dapat menyambut anak jati Terengganu yang sanggup menempuhi cabaran sepanjang berdayung secara solo walaupun umurnya dikategorikan sebagai warga emas.Katanya, Mansor kelihatan sangat sihat dan tidak mempunyai masalah kesihatan sepanjang ekpedisi itu dan kelebihan tersebut wajar diteladani ramai terutama anak muda di Terengganu.“Saya sangat berbangga kerana jarang orang yang sudah berumur mempunyai jati diri dan masih aktif dalam bidang kesukanan demi mengharumkan nama negara. Apalagi negara kita akan menyambut bulan kemerdekaan tidak lama lagi.“Saya menyeru agar generasi Y dapat menjadikan Mansor sebagai inspirasi untuk turut menyumbang sesuatu kepada negara kita,” katanya.
06 Jul 17
390
Empty Image
Pas Sekadar Janji Dalam Manifesto, BN Sudah Lama Melaksanakannya - Ahmad Razif
Ahmad Razif menikmati hidangan yang disediakan di Majlis Hari Raya Aidilfitri Parlimen Marang, di Dewan Sivik Binjai Rendah, Marang, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah meniru manifesto Pas yang hanya tahu berjanji tetapi tidak mampu mengotakannya, sedangkan Kerajaan BN terbukti melaksanakannya demi membela nasib rakyat yang memerlukan, kata Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.“Terpulang kepada mereka, soalnya pada hari ini mereka baru berjanji (manifesto) tetapi kerajaan negeri (Barisan Nasional) sudah melaksanakannya. Tahun lepas sudah keluar kenyataan saya dalam akhbar Utusan Malaysia sendiri menyatakan rancangan yang kita hendak buat, sedangkan kenyataan kita tahun lalu sebelum manifesto yang Pas lancar lagi. Jadi soalnya pada hari ini, kita tidak payah berbalah mengenai perkara ini. Tidak timbul siapa tiru siapa,"katanya kepada media di Majlis Hari Raya Aidilfitri Parlimen Marang di Dewan Sivik Binjai Rendah, marang, hari ini.Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas mengenai kenytaan Ketua Penerangan Pas Negeri, Mohd Nor Hamzah yang mendakwa kerajaan negeri menabur janji manis Pilihan Raya Umum ke-14 dengan mengumumkan tawaran permohonan 5,900 lot tanah kosong untuk pembinaan rumah kediaman.Majlis Aidilfitri itu dipengerusikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan, A. Latiff Awang yang juga Ketua UMNO Bahagian Marang.Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata, agenda dan keutamaan masa kini adalah membantu rakyat serta melaksanakan perkara yang baik untuk kepentingan masyarakat termasuk menyediakan kemudahan perumahan dan tanah kepada yang berkelayakan supaya dapat memiliki kediaman sendiri.“Saya meminta kepimpinan pembangkang supaya sama-sama memberi idea yang baik bagi membantu kerajaan kerana itu yang lebih baik kerana soalnya sekarang bagaimana kita mahu membantu rakyat dan inilah yang sedang Kerajaan BN laksanakan.“Bagi saya tiada masalah, mana-mana pihak yang ada idea dan juga cadangan yang baik supaya kemukakan kepada kerajaan, sebab itulah kerajaan negeri sekarang turun ke setiap  daerah  berasaskan prinsip inklusif untuk mendapatkan idea bagi pembentangan bajet untuk 2018 ,”katanya.Menurut Ahmad Razif, rakyat yang berdaftar di bawah e-kasih dan menepati syarat pula hanya perlu membayar dengan kadar nominal RM100 dan seterusnya kerajaan akan membantu membina rumah menerusi program pembangunan rakyat termiskin (PPRT).Tambah beliau lagi, kerajaan negeri juga sudah membangunkan lebih 10,000 unit rumah mampu milik dan kesemuanya sudah diagihkan kepada pemohon yang layak.Katanya, agenda menawarkan lot tanah itu juga sebagai kesinambungan daripada kebajikan dan bantuan menyediakan perumahan untuk rakyat, bagaimanapun kaedahnya ditransformasikan dengan menawarkan tanah supaya golongan yang berkelayakan dapat membina rumah dengan bantuan pelbagai agensi kerajaan seperti Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia, Syarikat Perumahan Negara Berhad dan Perumahan Rakyat 1Malaysia di tanah berkenaan.   
06 Jul 17
89
Empty Image
Kuala Terengganu `Bypass' Pendekkan Tempoh Perjalanan
Projek Kuala Terengganu Bypass  yang membabitkan kos RM321 juta yang dijangka siap pada awal 2019 dapat membantu mengurangkan kesesakan aliran trafik di sekitar kawasan bandar raya ini.Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Ir. Abdul Hamid Mat Daud, berkata pembinaan laluan dari Simpang Tok Molor melalui Jalan Tok Adis ke Kampung Durian Burung itu sekaligus akan mempercepatkan perjalanan dari Kuantan ke Kota Bharu tanpa melalui jalan sekitar Bandar Raya Kuala Terengganu.“Langkah itu dapat menjimatkan masa perjalanan kepada 30 hingg 40 minit berbanding  sekitar sejam sebelum ini pada waktu puncak,” ujarnya kepada TeganukitaKatanya, ia turut bakal memberi manfaat kepada penduduk terutamanya di kawasan Bandar Bharu Bukit Besar yang kini dalam proses dibangunkan.“Untuk melengkapkan laluan baru ini, turut dibina adalah empat jambatan, dua Vehicular Box Culvert (VBC), ataupun laluan bawah, menaik taraf persimpangan Tok Molor dan persimpangan Tok Ku kepada jenis bertingkat, sistem perparitan, pembentungan, lampu jalan, lampu isyarat dan kelangkapan jalan lain.“’Secara keseluruhannya, projek ini memakan belanja sebanyak RM321 juta, dan daripada jumlah itu, RM167 juta adalah merupakan kos kontrak manakala RM154 juta pula adalah untuk kos pengambilan tanah,”katanya.Menurutnya, berkenaan soal pengambilan tanah ini, ia melibatkan 293 lot dan baki lot yang masih belum diambil adalah 22 lot.“Sehingga masa ini, projek Bypass Kuala Terengganu ini sudah mencapai tahap kemajuan 22 peratus dan ini adalah 1.03 peratus lebih ke hadapan berbanding jadual sebenarnya. “Ia dijangka siap sepenuhnya pada Januari 2019, dan akan memberi manfaat kepada 70,000 orang penduduk terutamanya yang tinggal di kawasan pembangunan Bandar Baru Bukit Besar,”katanya.
06 Jul 17
1188
Empty Image
Pemilik RMM Ingkar Berdepan Tindakan Undang-Undang
Kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan pemilik Rumah Mampu Milik (RMM) yang menyalahgunakan kemudahan tersebut samada disewakan kepada orang lain, dijadikan ‘homestay’ atau tidak diduduki.Menteri Besar, Dato’Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas pemilik RMM sekiranya didapati bersalah menyalahgunakan insentif kerajaan itu untuk kepentingan individu.“Sekarang ini, kita sedang buat pembersihan dimana pihak Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) telah diarah untuk menjalankan siasatan memandangkan ada aduan yang diterima.“Antara penyalahgunaan yang dikenalpasti pasti setakat ini adalah pemilik tidak mendiami rumah yang dimohon dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka yang ingkar dengan syarat pemilikan RMM ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perhimpunan Penyayang Pejabat Kesihatan Negeri Terengganu dan Majlis Hari Raya Aidilfitri di Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohamad Omar.Ahmad Razif berkata, kepada pemilik yang merasakan tidak memerlukan kemudahan ini buat masa sekarang supaya menyerahkan semula kepada pihak kerajaan negeri.“Kita minta kepada mereka, contohnya yang belum duduk lagi rumah mampu milik ini, bagi sewa kepada orang lain atau jadikan homestay, serah balik atau mereka bakal berdepan tindakan undang-undang sekiranya menyalahgunakan kemudahan ini,” ujarnya.
05 Jul 17
28
Empty Image
Rakyat Sokong Tawaran Lot Kediaman
Penduduk Terengganu  mengalu-alukan langkah kerajaan negeri mengagihkan lot tanah kediaman kepada rakyat  dengan mengiklankannya mulai bulan depan.Langkah yang bertujuan membantu rakyat memiliki aset, selain meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat terutama yang kurang berkemampuan sewajarnya dipuji.Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Mohd Johari Abu Bakar, berkata beliau menyambut baik langkah itu yang bakal turut memberi peluang khususnya kepada golongan muda yang tiada tapak untuk membina kediaman sendiri.“Saya mencadangkan supaya 30 peratus daripada kuota tersebut diberikan kepada golongan muda yang telah berkeluarga serta tidak mempunyai rumah dan tanah.“Ia sekali gus dapat membantu golongan ini merelisasikan impian untuk membangunkan rumah sendiri tanpa terbeban dengan kos yang tinggi dan kesukaran mencari tapak,”katanya.Penjawat Awam, Razif Ali berkata dia berharap pihak berkaitan membuat tapisan ketat berkaitan  pemberian tanah itu.“Tawarkan  kepada mereka yang benar-benar berhak mengikut syarat yang ditetapkan bagi memastikan matlamat sebenar tercapai,”katanya.Penduduk dari Padang Hiliran, Kuala Terengganu Puad Daud berkata,  dia percaya apa yang dilakukan Kerajaan Terengganu mendapat sokongan pelbagai pihak terutama penduduk yang berpendapatan rendah.“Cukup sukar untuk memiliki tanah sendiri apatah lagi pada zaman sekarang, nilai tanah cukup tinggi,”katanya.Dalam laporan Teganukita.net sebelum ini, Kerajaan negeri mengenal pasti kira-kira 5,900 lot tanah di seluruh Terengganu untuk ditawarkan kepada rakyat bagi membina rumah sebagai usaha menangani masalah perumahan.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pengiklanan tanah-tanah kosong kediaman kepada rakyat negeri ini yang berkelayakan dan tidak memiliki tanah sebelum ini, akan dibuat selewat-lewatnya Ogos ini.“Kita sudah mengenal pasti 5,900 lot tanah di seluruh negeri yang akan diiklankan dalam masa terdekat untuk dipohon oleh mereka yang layak.“Awal bulan depan kita akan iklankan di seluruh pejabat tanah dan pusat khidmat DUN serta melalui media,” ujarnya.
05 Jul 17
45
Empty Image
Terengganu Utamakan Subjek Sains, Matematik Dan BI Untuk Kekal Cemerlang Peperiksaan Awam
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) akan memberi tumpuan yang lebih terhadap mata pelajaran Sains, Matematik dan juga Bahasa Inggeris bagi pelajar sekolah rendah dan menengah di negeri ini dalam memastikan Terengganu terus mengekalkan kecemerlangan dalam peperiksaan awam.Pengarahnya, Shafruddin Ali Hussin berkata, dalam menjayakan transformasi pendidikan ini, semua memainkan peranan masing-masing termasuk di peringkat jabatan, sekolah dan juga komuniti.“Bagi mengekalkan kecemerlangan, pada tahun ini kita sangat fokus kepada tiga mata pelajaran iaitu Sains, Matematik dan juga Bahasa Inggeris.“Pelbagai aktiviti dibuat termasuk pengetua dan guru besar dikehendaki membuat gerakan untuk meningkatkan penguasaan dalam tiga matapelajaran ini terutamanya mendedahkan pelajar terhadap kemahiran berfikir aras tinggi,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Bertemu Pelanggan dan Majlis Sambutan Hari Raya JPNT yang turut dimeriahkan dengan kedatangan Menteri Besar, Dato’Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Dataran Anjung Ilmu JPNT, hari ini.Safruddin berkata, JPNT turut menggalakkan penglibatan komuniti dalam aktiviti sekolah supaya ibu bapa dan juga masyarakat turut serta dalam kecemerlangan pendidikan Terengganu.Selain itu katanya, peranan kerajaan negeri juga cukup besar dengan memberi bantuan kepada JPNT sebanyak RM4 juta untuk memperkukuhkan dan memperkasakan aktiviti-aktiviti pendidikan tahun ini.“Dengan dorongan kerajaan negeri dan rakan strategik yang lain, JPNT mengharapkan Terengganu berjaya mengekalkan kecemerlangan seperti dalam peperiksaan UPSR dan peperiksaan-peperiksaan lain yang pernah kita capai sebelum ini,” ujarnya.
05 Jul 17
335
Empty Image
Lukisan Mural Di Stesen Bas Lama Jadi Tarikan Baharu
Lukisan mural karikatur yang menghiasi bangunan di tapak stesen bas lama menjadi tarikan terbaharu di bandar ini sekali gus dapat menarik pelancong ke Terengganu sempena Visit Beautiful Terengganu 2017.Projek inisiatif Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dengan sentuhan kreatif empat seniman dikenali sebagai RR Squad (Red Rebel Squad) di bawah Kelab Belia Kreatif Bandar Kuala Terengganu (Mandalika).Pengerusi Mandalika, Raja Badrudin Hakim, 30, berkata, lukisan tersebut dilakukan pada awal bulan Jun dan siap sepenuhnya pada 4 Julai lalu.Katanya, mereka hanya mengambil masa sebulan untuk siapkan sebanyak 6 lukisandi belakang bangunan yang melibatkan 13 buah kedai di Jalan Banggol, Kuala Terengganu.Menurutnya, idea ini telah dicetuskan oleh Datuk Bandar Kuala Terengganu, Zulkifli Abu Bakar yang meminta seniman Mandalika untuk menghiasi dan mencantikkan Bandar Kuala Terengganu.“Lukisan bertemakan kebudayaan dan tradisional masyarakat Terengganu. Tujuannya untuk menarik minat pelancong bagi mengenali budaya-budaya di Terengganu menerusi lukisan mural ini.“Saya berharap agar seni hias bandar dapat digiatkan lagi di Kuala Terengganu dengan memberi peluang kepada seniman khususnya anak seni Terengganu sendiri,” katanya.Seorang peniaga gerai makan, Nasirewan Najmi, 29, berkata sejak wujudnya lukisan mural di kawasan tersebut, hasil jualan kedai makannya meningkat berbanding sebelum ini.Katanya, pada waktu malam kawasan tersebut meriah dan tidak suram seperti sebelumnya ditambah dengan keceriaan kawasan yang berlatarkan bangunan berwarna-warni dan cerah. “Suasana sekitar pada waktu malam tidak sunyi dan selalu ramai orang yang datang ke kawasan ini untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan,”katanya.
04 Jul 17
1571
Empty Image
Sambutan Raya Wisma Darul Iman Penuh Warna-Warni
Halina menyampaikan hadiah kemenangan kepada Penolong Pegawai Tadbir, Zulmiksyar, mewakili Kelab Permata selepas  diumumkan pemenang pertandingan gerai terbaik sempena Sambutan hari Raya Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Wisma Darul Iman hari ini, penuh warna-warni dan diceriakan dengan kehadiran Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri To’ Puan Seri Halina Zakaria.Beliau dan isteri turut menyampaikan duit raya kepada 80 pelajar sekolah rendah di sekitar Kuala Terengganu yang terdiri daripada anak yatim serta kurang berkemampuan sebelum menikmati juadah pelbagai menu yang disediakan semua kelab di WDI.Seorang pelajar, Ainur Zahirah Saiful Mazram, 12, dari Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberi duit raya kepada pelajar sekolah sepertinya.Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato' Wan Nawawi Wan Ismail berkata, sambutan itu sudah menjadi acara tahunan bagi meraikan kakitangan serta semua rakan strategik dan pelanggan Pejabat SUK.Katanya, konsep Hari Raya pada tahun ini juga sepertimana tahun sebelumnya iaitu menyediakan juadah mengikut gerai dan turut diadakan pertandingan gerai terbaik.“Setiap kelab di WDI bertanding untuk menyediakan pelbagai juadah bagi meraikan tetamu pada hari ini, termasuklah hiasan gerai dan juadah makanan yang dihidangkan kepada para tetamu."Beraneka juadah telah disediakan antaranya sate, lemang, ketupat, mee soto, mee kari, nasi dagang, nasi minyak, cendol, buah-buahan, kuih tradisional dan sebagainya yang diajikan dengan penuh kreatif dan menarik,"katanya.Kelab Permata yang menyajikan hidangan sate beserta nasi impit menggunakan konsep `food truck' Visit Beautiful Terengganu 2017 muncul johan bagi pertandingan itu.Dalam pada itu, suasana diserikan dengan persembahan sketsa serta alunan lagu-lagu hari raya yang disampaikan oleh artis kebudayaan negeri Terengganu.Para jemputan terdiri daripada ahli kelab WDI, kakitangan jabatan-jabatan lain dan orang ramai sekitar Kuala Terengganu membanjiri majlis seawal jam 10 pagi hingga 3.00 petang.Sementara itu, Kelab Permata diumumkan sebagai johan gerai terbaik.
04 Jul 17
667
Empty Image
Penjawat Awam Agen Transformasi Kerajaan - MB
  Ahmad Razif membetulkan tali leher seorang pelajar sebelum mengagihkan duit raya kepadanya dan sekumpulan pejar lain di majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Wisma Darul Iman,  hari ini. Foto oleh Zulkipli CW PutraMenteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyeru penjawat awam di negeri ini supaya meneruskan usaha tanpa henti bagi memastikan proses transformasi kerajaan berjalan lancar dalam menjadikan Terengganu  sebagai negeri maju serta berpendapatan tinggi.Katanya, ini kerana golongan penjawat awam merupakan agen transformasi paling hadapan antara rakyat dan kerajaan selain sebagai tulang belakang pentadbiran kerajaan.“Pastinya cabaran penjawat awam adalah amat besar dan sentiasa menjadi perhatian dan pengukuran di kalangan rakyat dalam menentukan semua dasar kerajaan dapat dilaksanakan sebaik yang mungkin,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Aidilfitri 2017, anjuran Kelab Wisma Darul Iman (KWDI), Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, isterinya, To’ Puan Seri Halina Zakaria, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.Pada majlis anjuran KWDI itu, seramai 80 pelajar dari keluarga miskin termasuk anak yatim melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Ampuan Mariam, SK Tengku Bariah, SK Sultan Sulaiman I, SK Paya Bunga turut diraikan dan menerima duit raya.Ahmad Razif turut memberitahu berkata, kakitangan awam perlu bersikap jujur dan tidak mengkhianati dasar dan prinsip dalam bidang tugas masing-masing yang boleh mendatangkan impak negatif serta mencemarkan imej jabatan.“Pada masa sama  perlu  berusaha memenuhi aspirasi kerajaan bagi memastikan peranan mereka sebagai jentera menerajui barisan hadapan dalam memberi perkhidmatan yang baik dan cemerlang kepada rakyat sentiasa dipandang tinggi,”katanya.
04 Jul 17
88