Artikel "Utama" Terkini
Sultan Mizan Berkenan Berangkat Ke Majlis Sambutan Aidilfitri Pejabat KDYMM Sultan Terengganu
Sultan Mizan berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pejabat KDYMM Sultan Terengganu di Istana Syarqiyyah, Chendering Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Tg Syamim Tg IsmailSultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Istana Syarqiyyah, Chendering, Kuala Terengganu, hari ini.Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda baginda Tengku Nadhirah Zahrah, Tengku Muhammad Mua’az dan Tengku Fatimatuz Zahra.Keberangkatan baginda ke majlis anjuran Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Terengganu itu disambut Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan isteri To’ Puan Seri Halina Zakaria, Ahli Dewan Pangkuan Diraja dan beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Sejurus ketibaan baginda kira-kira jam 11.30 pagi, majlis diteruskan dengan jamuan makan sambil dihiburkan oleh persembahan artis tempatan.Majlis dimeriahkan dengan kehadiran ramai tetamu termasuk di kalangan penduduk tempatan yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan usia.Pelbagai menu disediakan kepada tetamu termasuk nasi minyak, nasi dagang, sate, lemang, tapai dan kuih muih.
12 Jul 17
877
UMT, UKOM Sepakat Jalinkan Kerjasama Strategik Tingkatkan Sosioekonomi Masyarakat
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sepakat untuk meneruskan kerjasama strategik bagi menyebar luas penyelidikan dan program yang dilaksanakan institusi itu supaya memberi manfaat kepada meningkatkan sosioekonomi masyarakat.Naib Canselor UMT, Profesor Dato’ Dr.Nor Aieni Mokhtar berkata, UMT bersedia untuk menyampaikan maklumat menerusi medium komunikasi massa dan cetak yang ada di UKOM bagi memastikan hasrat kerajaan untuk mengubah landskap kehidupan masyarakat ke arah lebih baik dan berkualiti tercapai."Dalam usaha membangunkan sumber manusia yang mahir dan berkualiti, UMT perlu mencari kaedah paling efisien bagi memastikan segala usaha yang dilaksanakan dapat disebarkan kepada masyarakat."Jadi kita boleh menggunakan bukan sahaja perspektif ilmu, malah kemahiran komunikasi dan penggunaan media massa dengan betul juga menjadi nadi utama kepada kejayaan setiap program dan perancangan institusi ini,"katanya.Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan pegawai UKOM yang diketuai Pengarahnya, Dato’ Muda Mamat.Hadir sama, Timbalan Pengarah UKOM, Muhd Aimin Mohd Tahir, penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Korporat dan Jaringan Industri) UMT, Profesor Dr Fauziah Abu Hasan dan Pengarah Penerbit UMT, Dato’ Profesor Madya Dr. Noraien Mansor.Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan inisiatif bagi memperkasakan sektor perniagaan industri kecil dan sedehana khususnya yang melibatkan maritim di negeri ini.Dalam pada itu, Muda juga berkongsi sejarah awa bagi memacu pembangunan UMT yang bermula 1979 yang sebelum ini dikenali sebagai Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Kustem), turut melibatkan perjuangan beliau ketika berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bersama kepimpinan ketika itu dengan diketuai mantan Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad
12 Jul 17
484
Konvoi Jelajah 1Jiwa Tiba Di Terengganu
Konvoi Jelajah 1Jiwa bersempena sambutan ulangtahun ke-50 Jubli Emas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) tiba di Terengganu hari ini dengan penyertaan 40 penunggang motosikal berkuasa tinggi.Konvoi selama lapan hari, bermula 8 Julai lalu itu disertai kakitangan Bernama dan pemilik motosikal berkuasa tinggi akan mengunjungi semua negeri di Semenanjung.Program sama turut melawat biro dan pejabat Bernama serta beberapa rumah pesara Bernama bagi menjalin hubungan berterusan antara mereka dengan agensi berita itu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata dia berharap program Jelajah itu membawa Bernama lebih dekat di hati rakyat termasuk masyarakat di Terengganu.Katanya, dia difahamkan jelajah selama lapan hari, bermula 8 Julai lalu itu turut mengunjungi pesara-pesara Bernama yang uzur.“Saya berharap program seumpama ini akan diteruskan dengan penglibatan pelbagai aktiviti kemasyarakatan setempat,” katanya .Beliau berkata demikian selepas melepaskan peserta konvoi Jelajah 1 Jiwa Bernama di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia,Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat.Ahmad Razif turut mengingatkan peserta konvoi agar sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan memandangkan kadar kemalangan yang melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal di negara ini agak membimbangkan.
12 Jul 17
94
Kerajaan Negeri Akan Iklan Tanah Kosong Mulai 1 Ogos
Ahmad Razif melepaskan peserta konvoi Jelajah 1 Jiwa BERNAMA di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Zulkifli C W PutraKerajaan negeri menerusi Pejabat Tanah dan Galian (PTG) akan mengiklankan kira-kira 5,900 lot tanah yang kosong di seluruh Terengganu mulai 1 Ogos ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, perkara itu sudah diputuskan dalam mesyuarat mingguan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini.Katanya, orang ramai boleh merujuk PTG Daerah serta Pusat Khidmat Masyarakat di kawasan masing-masing bagi mendapatkan perincian berkaitan perkara itu.“Mereka yang cukup syarat daripada segi pendapatan, status perkahwinan serta belum mempunyai tanah sendiri disaran memohon.“Syarat-syarat lain akan ditentukan pihak pentadbir tanah dan kepada mereka yang pohon, yang layak akan dipanggil menjalani temuduga. Sekiranya lulus, pemohon perlu membina rumah dalam tempoh tiga tahun selepas tempoh permohonan mereka berjaya,” katanya.Beliau berkata demikian selepas melepaskan peserta konvoi Jelajah 1 Jiwa BERNAMA di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia,Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat.Dalam laporan sebelum ini, Kerajaan negeri mengenal pasti kira-kira 5,900 lot tanah di seluruh Terengganu untuk ditawarkan kepada rakyat bagi membina rumah sebagai usaha menangani masalah perumahan.Pengiklanan tanah-tanah kosong kediaman kepada rakyat negeri ini yang berkelayakan dan tidak memiliki tanah sebelum ini, akan dibuat selewat-lewatnya Ogos ini.
12 Jul 17
63
Terengganu Perkenal Beca Berkonsep Baru RM10,000 Seunit
Kerajaan negeri akan memperkenal beca berkonsep baharu sebagai satu lagi produk terkini pelancongan Terengganu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sebelum diperkenalkan dalam masa terdekat, beca yang berharga RM10,000 seunit akan diberikan sebagai percubaan kepada empat pengusaha beca.“Sebagai permulaan kita sediakan dua model dengan empat jenis beca menggunakan konsep baharu ini untuk dicuba oleh pengusaha-pengusaha beca.“Kita akan minta pandangan dan pendapat mereka selaras dengan konsep inklusif yang dilaksanakan menerusi Transformasi Terengganu Baharu.“Kalau mereka bersetuju dengan mana-mana model beca ini, Insya-Allah dalam masa terdekat, kerajaan negeri akan perkenalkan beca berkonsep baru sebagai galakan pelancongan di Terengganu,” ujarnya di Stadium Tertutup Gong Badak, semalam.Katanya, kerajaan negeri akan buat keputusan selanjutnya selepas mendapat maklum balas dari pengusaha beca yang mencuba produk baru ini dan ianya akan dimulakan di sekitar Kuala Terengganu terlebih dahulu.
12 Jul 17
50
Panji Curve, Bangunan Komersial Tarikan Terbaru Di Kuala Terengganu
Panji Curve setinggi empat tingkat di Dataran Panji, Gong Kapas, Kuala Terengganu. Foto Zulkifli C W PutraLembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) terus melebarkan sayap perniagaannya apabila memiliki satu lagi premis perniagaan Panji Curve bernilai kira-kira RM40 jutadi Dataran Panji, Gong Kapas, Kuala Terengganu.Bangunan Komersial empat tingkat didirikan di kawasan seluas satu hektar itu akan beroperasi dalam tempoh terdekat selepas selesai penyerahan kunci kepada pemilik premis. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Negeri Dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, projek mesra Orang Kelainan Upaya itu dilengkapi 70 lot perkedaian, 127 petak tempat letak kenderaan dan kemudahan lif.Menurutnya, pembangunan projek itu merupakan usahasama antara kerajaan negeri melalui LTAWNT dengan RME Sdn. Bhd.Katanya, dengan menekankan konsep bandar selamat, Panji Curve berjaya disiapkan dalam tempoh setahun dengan penyerahan CCC (Certificate of Completion and Compliance) diadakan pada hari ini.“Harga jualan seunit lot perkedaian adalah antara RM529,000 hingga RM1 juta seunit.“Sambutan daripada usahawan tempatan dan luar Terengganu sangat memberangsangkan di mana 80 peratus daripada keseluruhan lot pekedaian telah terjual,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan CCC Projek Perkedaian, di Dataran Panji, Kuala Terengganu, hari ini. Hadir sama, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Mohd Zulkifli Abu Bakar.Mohd Jidin turut memberitahu, kerajaan negeri menyokong penuh sebarang usaha untuk menambah baik syarat-syarat kelulusan pelan pembangunan oleh pihak MBKT. “Pada masa sama, menghargai kesediaan dan kebolehan pihak pemaju dalam menyediakan konsep dan reka bentuk bangunan yang menarik dan setaraf dengan bandar-bandar besar lain di Malaysia.“Projek pembangunan ini juga wajar dicontohi dan menjadi ikutan kepada pihak berkuasa tempatan lain di Terengganu serta pemaju dan perunding lain untuk lain-lain projek di masa akan datang,”katanya..
11 Jul 17
2216
Ahli UMNO Kian Bersatu, Sedia Hadapi PRU14
Ahmad Razif memotong kek pada Majlis Sambutan Hari Raya Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu di Stadium Tertutup Gong Badak, hari ini. Ftoto Oleh: Tg Syamim Tg IsmailParti Barisan Nasional (BN) dan UMNO negeri ini sudah bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang bakal diadakan pada bila-bila masa.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ahli-ahli parti juga sudah bersatu dan tiada apa-apa isu dalaman yang masih berbangkit.“Nampaknya, ahli-ahli BN dan UMNO begitu bersemangat apabila kita lihat program-program raya yang dianjurkan oleh parti pun mendapat sambutan di luar jangkaan kita.“Ini menunjukkan sokongan rakyat kepada kerajaan dan juga parti BN dan UMNO berada pada tahap yang maksimum,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita bagi mengulas persediaan menghadapi PRU14 pada Majlis Sambutan Hari Raya Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu di Stadium Tertutup Gong Badak, hari ini.Ahmad Razif berkata, beliau berkeyakinan penuh bahawa tidak ada lagi isu dalaman parti BN dan UMNO di Terengganu dan seluruh kepimpinan serta ahli UMNO negeri ini juga sudah bersiap-sedia menghadapi PRU14.Sementara itu, beliau berkata persidangan peringkat bahagian di negeri ini akan bermula Ogos ini.“Baru-baru ini sahaja kita telah selesai mengadakan persidangan di peringkat cawangan-cawangan dan amat mengagumkan kerana sebahagian besar lebih daripada 98 peratus cawangan berjaya mengadakan mesyuarat.“Cuma ada beberapa cawangan yang tidak dapat adakan mesyuarat disebabkan sebahagian daripada ahli puteri telah melebihi had umur dan telah pergi kepada wanita dan menyebabkan bilangan sesetengah cawangan itu tidak cukup dan tidak boleh mengadakan mesyuarat,” ujarnya.Katanya, walau bagaimanapun ianya tidak menjadi masalah kepada parti kerana kes itu sangat kecil berbanding semangat yang menakjubkan daripada ahli-ahli cawangan yang menghadiri mesyuarat peringkat cawangan walaupun tiada pemilihan.
11 Jul 17
70
Bekas Dekan Pengajian Islam Kusza Dianugerahkan Tokoh Abidin 2016
Tan Sri Dato' Prof Dr Mohd Yusoff Noor (Kanan) memberi plak penghargaan kepada Jaafar Hassan.Bekas Dekan Sekolah Pengajian Islam Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (Kusza), Jaafar Hassan, 81, dianugerahkan Anugerah Tokoh Abidin (Persatuan Alumni Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Sultan Zainal Abidin (SMSZA) Kuala Terengganu) sempena Mesyuarat Agung Abidin dan Majlis Hari Raya Aidilfitri di Hotel Felda Residence, Kuala Terengganu, kelmarin. Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Dipertua Abidin, Tan Sri Dato' Prof Dr Mohd Yusoff Noor. Hadir sama, Timbalannya yang juga Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Dato' Muda Mamat dan Naib Yang Dipertua persatuan, Dato' Shaikh Harun Shaikh Ismail. Sementara itu, Jaafar yang juga bekas pelajar SMSZA merupakan pelajar Melayu pertama mendapat Anugerah Pingat Emas Syahadah Tertinggi di Majlis Hari Ilmu Pengetahuan yang dianugerahkan oleh Presiden Jamal Abdul Nasir pada 1962. Beliau meninggalkan tanah air untuk menyambung pelajaran di Madrasah Al-Mansuriah dan Al-Maahad Al-Ilmi As-Saudi di Mekah pada 1952 sebelum meneruskan pengajian di Maahad Al-Buúth Al-Islamiah Al-Azhar, Mesir selama dua tahun. Jaafar seterusnya menyambung pengajian di Universiti Al-azhar, Mesir sehingga menerima Ijazah Saujana Muda Syahadah Al-Aliah sebelum pulang ke tanah air pada 1964 dan terus menabur bakti di negeri tercinta. Sebaik pulang, beliau memulakan khidmat di Madrasah Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu selama 18 tahun sehingga dilantik sebagai Penolong Kanan Pentadbiran dan pada 1982, beliau dinaikkan pangkat sebagai pengetua Sekolah Menengah Agama Khairiah. Sepanjang penglibatan di bidang keagamaan, beliau turut mengarang sebuah buku bertajuk “At Tazkirah Wal Mau’ízah” diterbitkan pada 2003 dalam edisi rumi dan 2007 dalam edisi jawi. Dalam pada itu, Jaafar turut menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual minyak ubat warisan keluarga, iaitu minyak Akar Kayu Pak Ali Yunan dan amat dikenali oleh masyarakat di Terengganu lebih 100 tahun lamanya. Sehingga kini, beliau masih bergiat aktif dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat setempat dengan menyampaikan Kuliah Maghrib pada setiap malam Isnin di Masjid Tengku Sulong, Kuala Ibai dan Masjid Al-Muktafi Billah Shah Ladang.
11 Jul 17
246
RM313 Ribu Tajaan Indahkan Premis Perniagaan Di Sekitar Bandar Raya
Mohd Jidin bersama Mohd Zulkifli meninjau lukisan mural di Jalan Banggol, Kuala Terengganu. Foto Zulkifli C W PutraMajlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) memperoleh tajaan RM313,000 dari pelbagai pihak swasta bagi memperindahkan beberapa premis perniagaan usang di sekitar Bandar Raya Kuala Terengganu. Terbaru, bagi mengecat dan menghias bangunan di Jalan Banggol, Kuala Terengganu sebanyak RM77,000 diperuntukkan menerusi Program Seni Hias Bandar.Projek hasil sentuhan kreatif empat pelukis tempatan yang dikenali dengan gelaran Wan Coreng Moreng, Joe Janggut, Famy Moc dan Ku Bad itu mengambil masa kira-kira sebulan dan siap sepenuhnya akhir Ramadan lalu.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Negeri Dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, lukisan itu dimulakan di Kampung Cina dan mendapat tarikan pelancong untuk bergambar sekali gus dijadikan kenangan ketika berada di negeri ini.Katanya, kemudiannya di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang bertemakan karikatur pemain-pemain bola sepak lagenda Terengganu membabitkan kos RM12,000. “Fasa seterusnya melibatkan lukisan bermotifkan batik dan songket pada dinding Pasar Payang (RM200,000).“Kerajaan negeri akan memperbanyakkan lagi lukisan seumpama itu pada bangunan lama dan lorong berjalan kaki di negeri ini sebagai tarikan baharu kepada industri pelancongan,”katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat tinjauan lukisan mural sempena program Seni Hias Bandar, di Jalan Bandar, Kuala Terengganu, hari ini. Hadir sama, Datuk Bandar MBKT, Mohd Zulkifli Abu Bakar.Mohd Jidin turut memberitahu, lukisan seumpama itu akan diperluaskan pada dinding Hentian Bas MBKT dan pelbagai lokasi bersesuaian dengan memaparkan wajah dan kehidupan masyarakat Terengganu selain bertemakan Visit Beautiful Terengganu. “Usaha ini dianggap penting kerana mampu menarik minat pelancong untuk bergambar dan menviralkan kenangan di lokasi terbabit kepada umum melalui pelbagai saluran media sosial yang ada,”katanya.
08 Jul 17
581
Bekas Wanita UMNO Boleh Terus Berjuang Untuk Parti - Fatimah
Mantan pemimpin wanita UMNO masih mempunyai ruang untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara walaupun mereka tidak memegang sebarang jawatan dalam parti.Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Fatimah Hamat berkata, UMNO amat menghargai taat setia dan kerja keras Wanita UMNO yang disifatkan antara faktor yang membolehkan parti itu kekal menerajui kepimpinan negara."Wanita telah berdepan dengan pelbagai cabaran dan ujian bersilih berganti, namun atas permuafakatan dan penyatuan yang kukuh dan teguh, kita dapat mengatasi setiap halangan dari dalam mahupun dari luar parti kita sendiri."Oleh itu, kita ambil pendekatan untuk terus meraikan mantan-mantan jawatankuasa Wanita UMNO dan mereka patut diberikan penghormatan dan anugerah sementara nyawa masih dikandung badan," katanya.Beliau yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO Negeri Terengganu berkata demikian ketika berucap di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu,Kuala Berang, semalam.Menurut Fatimah lagi, bekas-bekas pemimpin itu telah berjuang dalam parti dan jasa mereka tidak ternilai dengan wang ringgit.Sementara itu, 20 bekas pemimpin tempatan yang terdiri daripada bekas Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Cawangan diraikan dalam majlis itu.Mereka yang terpilih turut diberikan sijil penghargaan khas sebagai tokoh pemimpin tempatan di atas sumbangan dan jasa yang ditaburkan untuk pembangunan dan kebajikan kepada rakyat daerah ini.Hitam OthmanSeorang penerima,Hitam Othman,61, berkata,beliau amat terharu dengan penghormatan dan pengiktirafan yang diberikan.Jelasnya yang pernah memegang jawatan Ketua Wanita UMNO Cawangan Kampung Peneh, Ajil selama 10 tahun menyifatkan penghargaan ini paling bermakna dalam perjuangannya selama ini."Terima kasih kepada Datuk Ketua Wanita yang telah menganjurkan program seumpama ini bagi meraikan dan mengenang jasa-jasa pemimpin terdahulu."UMNO dulu kini dan selamanya, tidak kira siapa yang menjadi calon dan membawa tiket Barisan Nasional..orang itulah yang kita sanjung dan perjuangkan sebagai pemimpin,"katanya lagi.Raja Kelsom Raja MudaBagi Bekas Ketua Wanita UMNO Padang Ujib, Manir,Raja kelsom Raja Muda,63, yang pernah berkhidmat lebih 20 tahun di bawah dua era pimpinan Ketua Wanita Bahagian merasakan perjuangan UMNO tetap masih relevan.Dia yang kini telah bersara kerana keuzuran berkata, penghargaan ini merupakan satu pendekatan yang baik dan tidak menyisihkan pemimpin-pemimpin lama."Saya bersyukur dan amat gembira sekali kerana diraikan pada malam ini dan saya rasa amat bersemangat untuk meneruskan perjuangan demi agama, bangsa dan agama walaupun dalam keuzuran," katanya.
08 Jul 17
491